Bab
6
“KESIAN dia...”
masih lagi dalam
mood mengejek aku.
Aku tahankan rasa
geram yang sudah
mencapai tahap bahaya
dan sukar untuk
diubati ini. Sudah
puas aku halau dia balik,
dia masih berdegil
konon-konon nak ‘temankan’
aku kat sini.
Kalau tak teman,
tak adanya hati
aku nak sakit
macam sekarang ni!
Masalahnya, dia buat
apa kat sini?
“Awak boleh
balik tak?” soalku
kasar.
“Awak ni
sombong sangatlah, Mona.
Tak baik tau
sombong-sombong sesama jiran.”
tegurnya.
“Habis yang
awak gatal sangat
nak menegur tu
kenapa? Dah tahu
saya memang spesies
macam ni dari
awal awak pindah
rumah tu kan?”
soalku sambil menghentam.
Dia tersenyum manis.
Tidak langsung terkesan.
Seperti kebiasaannya. Oh
tuhan, dia memang
kacak.
“Saya tegur
awak sebab kesombongan
awak ni la.
Betul-betul respect pada awak
sebab awak tak
melayan. Saya cuma
nak ajak awak
berkawan. Bukan ajak berkahwin. Tapi
kalau berkahwin pun...”
pappp! Buku aktiviti
anak muridku aku
tumbuk geram. Biarpun
tanganku sakit, muka
aku buat-buat tenang.
Macam aku dapat
sambung saja ayatnya
di belakang.
“Sebab itulah
saya tak suka
awak! Awak ni
spesies kuat mengayat!”
aku menembaknya dengan
kata-kata sinis. Dia
tersengih sahaja. Kepala
digaru-garu dengan muka
berkerut-kerut.
“Saya memang
macam ni. Dengan
awak aje sebenarnya.
Awak mengingatkan saya
pada seseorang yang
sangat baik dengan
saya. Tapi awak
janganlah risau, bukan
nak mengayat pun.”
ujarnya sambil tersengih.
“So, Irfan,
kalau awak nak
berkawan, awak kawanlah
dengan Julia. Dia
tu macam ada
hati kat awak.”
aku berkata selamba.
Kalau Julia tahu
yang aku sedang
kenenkan dia dengan
Irfan, tentu dia
rasa bangga gila.
Dia itukan suka
pada Irfan?
“Saya suka
dia sebab dia
ramah. Tapi saya
suka awak jugak
sebab awak misteri.
Awak garang. Seperti
yang saya kata,
awak mengingatkan saya
pada seseorang yang
saya kenal.” misteri?
Aku mencemik. Siapa
orang yang dia
kenal? Kekasihkah? Wah!
Kalau dia ada
kekasih, rasanya tak
perlu lagi dia
nak menggatal di
sini. Tapi, dia
menggatalkah? Sebenarnya tidak.
Habis tu, berkahwin
tadi? Alah, aku
tak tahu pun
ayat seterusnya, bukan?
“Saya tak
suka awak suka
saya sebab saya
tak suka awak
yang suka mengayat
ni suka kat
orang yang suka
menyendiri macam saya.”
aku berkata dengan
penuh semangat.
Lama-lama aku
terdiam. Memikir semula
kata-kataku. Apa pasal
macam lebih dari
lima aje perkataan
‘suka’ yang aku
sebut ni? Betul-betul
tak suka ke
eh? Muka Irfan
pun terkejut. Kemudian
dia mengulang tayang
ayat aku beberapa
kali dan beberapa
kali itu juga
dia tersangkut. Alamak
Mona! Kau dah
buat dia dan
kau sendiri keliru!
Aku tepuk dahi.
“Saya tak
suka, awak suka
saya, sebab saya...
apa tadi, Mona?”
soal Irfan sambil
menggaru belakang telinga.
Aku tergelak spontan.
Kasihannya dia. Macam
duduk kat lost world!
Terkeliru pula. Usahkan
dia, aku sendiri
pun keliru!
“Saya dah
lupa.” aku bercakap
sambil berdeham. Tak
sangka aku boleh
tergelak. Irfan ikut
tergelak.
“Apalah awak
ni! Cakap sampai
berbelit urat otak
saya.” dia tergelak
kecil.
Aku tersenyum.
Lama-lama keadaan jadi
canggung pula. Teringat
bagaimana aku menempek
aiskrim ke atas kepalanya baru-baru
ini. Err. Dia ni sebenarnya
okey. Cuma aku
tak suka tang
dia menggatal tu
aje. Rasa nak cekik-cekik aje.
“Pasal aiskrim
tu. Err, maaf...”
aku bersuara serba-salah. Aku
tak sangka yang
aku akan minta
maaf dengan dia.
Mungkin sebab kesudian
dia untuk menegur
aku tanpa mengungkit
kisah aiskrim itu
kut? Dia tergelak
spontan.
“Dahlah. Apa-apa
ajelah Mona. Saya
tak kisah langsung.
Betul kata awak,
automatik saya rasa
sejuk atas kepala
waktu tu.” dia
berkata. Aku tergelak
kuat. Hilang keayuan
yang aku cuba cover
selama ni. Kelakarlah
dia ni rupanya.
Boleh dia relax aje
bila dah dapat
‘hadiah’ daripadaku.
“Jom, saya
hantarkan awak balik.”
dia mempelawa sambil
tergelak lagi. Aku tersenyum sahaja
mendengar pelawaannya. Dia
baik. Sebenarnya... at least!
Hahaha.
“Tak apalah!”
aku bersuara. Menolak.
Malu.
“Anggap ajelah
saya maafkan awak
kes aiskrim tu
kalau awak sudi
dihantar saya.” dia
berkata sambil tersenyum
senget.
“Tadi awak
kata tak kisah?!”
aku memprotes. Ingatkan
aku dah dimaafkan.
“Tak kisah
dan dah maafkan
tu berbeza.” dia
pamer senyum senget
lagi sekali. Aku
mendengus. Oh! Nak
ambil kesempatan rupanya.
Tak maafkan dan
tak kisah tu
berbeza ke? Macam
pelik aje. Kalau
tak kisah, tentulah
kesalahan aku dimaafkan.
Eh? Teori mana
pula yang aku
pakai ni?
“Cepatlah Mona.”
ajaknya.
Aku akhirnya
bangkit. Memang sampai
kiamatlah kalau tunggu
bas ni ada.
Biasanya hampir setiap
jam ada. Entah
kenapa payah sangat
nak dapat bas,
entah? Kalau aku
bawa kereta, hampir
setiap minit terserempak
dengan bas. Tak
RapidKL, Metrobus! Hari
ini, semua tak
ada. Dah kena
bom ke apa?
Hish!
“Sebelum awak
masuk, hai, nama
saya Irfan, saya
jiran baru awak.”
Irfan mengucap salam
perkenalan. Aku sengih.
Nak kena jawab jugak
ke sedangkan aku
memang dah tahu
nama dia Irfan
dan dia memang
dah tahu nama
aku.
“Hai, Irfan.
Nice to
know you. Really.” aku
haikan dia dengan
senyuman salah kena.
Dia tergelak bukan
main kuat lagi.
Entah apa yang
lucunya aku pun
tak tahu?
“Masuklah, Mona.
Jom, saya hantar
awak.” dia mengalah
akhirnya. Aku akhirnya
mengangguk. Buku, aku letak atas
riba.
“Meh sini
buku-buku tu.” dia
meminta. Aku mengangkat
buku-bukuku.
“Kenapa?” soalku
pendek.
“Nak letak
kat belakang la.”
ujarnya pula.
“Tak apalah.”
aku menolak. Dia
tetap meminta. Akhirnya
aku menyerahkan dengan
keluhan. Mengalah. Dia
ni gentle sangat ni
pasal apa? Aku
rasa dia ni
dah salah anggap.
Aku bukan orang
yang dia kenal
tu. Aku Mona
aje. Jiran dia.
“Saya nak
ajak awak makan
dulu ni. Perut
dah berkeronyot.” dia
berkata pula. Berkeronyot
ke berkeroncong? Berkeronyot
bunyinya buruk benar!
Entah perkataan itu
diapprove atau
tidak dalam kamus
dewan. Aku rasalah...
eh kejap? Dia
nak pergi makan
dulu ke?
“Awak nak
pergi makan dulu?”
soalku. Dia angguk.
Seatbelt dipasang.
Aku menelan liur.
Aku kena teman
diakah? Menyesal pula
aku tumpang dia
balik!
“Awak dah
habis kerja dah?”
aku menyoal lagi.
“Belum. Patutnya saya
buat half day hari
ni tapi... macam
malas pulak! Sayang
gaji. Nanti nak
cuti lagi dah
payah.” katanya sambil
tergelak. Aku tersenyum.
“So,
apa kes awak
tadi? Macam mana
boleh rosak kereta?”
dia menyoal sambil
memandu. Air-cond bukan main
kuat lagi dia
pasang. Boleh beku
bulu hidung aku
duduk menghirup udara
di dalam ni.
Dah tentu-tentu kerja
dalam office ni. Berair-cond.
Berkemeja dan bertali
leher bagai. Nak
duduk tempat sejuk
aje. Beruang kutub
tak sedar diri!
Eh? Terkutuk pulak!
“Anak murid
saya pancitkan tayar
kereta saya.” aku
berkata selamba. Dia
tergelak.
“Mana awak
tahu anak murid
awak yang pancitkan
tayar kereta awak
tu? Entah-entah awak
terlanggar paku ke.”
soalnya sambil memandang
aku sekilas.
“Diorang memang
ada rekod macam
tu. Tiap-tiap minggu,
kalau tak puas
hati dengan mana-mana
cikgu mesti diorang
pancitkan tayar. Dah
tak larat nak
larang dah. Puas
didenda. Nakal sangat.
Guru besar punya
kereta pun diorang
pancitkan.” aku menjawab.
Irfan gelak bertambah
besar.
“Tau-tau
aje
awak diorang pancitkan
tayar guru besar.”
dia komen.
“Saya taulah
sebab saya nampak
tapi saya tak beritahu sesiapa.”
aku berkata pula.
Dia tergelak lagi.
Kali ini semakin
kuat tawanya. Serius,
aku tak tahu
tang mana yang
lucu sehingga dia
tergelak dari tadi.
Dia ni memang
mudah gelak tak?
Mungkinlah! Tapi okey
juga. Manis, what?
“Awak tahu
tapi awak tak report
kat guru besar
tu kenapa?” soal
Irfan dengan muka
memerahnya. Aku tersengih.
“Sebab itu
hari, saya bengang dengan
guru besar tu
jugak.” aku berkata
sambil tergelak kecil.
Mona, jahatnya kau!
Dia, macam biasa
tergelak lagi.
“Oh, I see.
Nampak tu.” dia
berkata selamba.
“Budak-budak zaman
sekarang ni memang
nakal mengena.” komen
Irfan sambil membelok
ke satu arah.
Eh? Dia nak
bawa aku ke
mana? Aku dah
gelabah.
“Nak makan
kat mana ni?”
soalku kalut.
“Jangan cuak
sangat. Saya nak
bawak awak makan
dekat dengan Kompleks
Mutiara aje.” ujarnya
kepadaku. Aku mengangguk.
Tak apalah. Baik
aku belanja dia.
Mungkin sebagai balasan kepada
pertolongan dia pada
hari ini. Mata
aku tertancap pada
sesuatu. Automatik aku
tersenyum.
“Kad apa
ni?” soalku sambil
tersengih.
“Macam punch card
la lebih kurang.
Jangan tengok lama-lama.
Saya skema sangat
waktu tu.” dia
berkata sambil tersengih.
Aku angguk-angguk dan
gelak. Dia berkemeja
dan berkot putih.
Macam doktor! Bercermin
mata tanpa bingkai
dengan rambut belah
tepi. Mujurlah aku
dalam kereta, tak
boleh gelak golek-golek!
Kelakarnya muka dia
waktu ni! Siapalah
yang membahan dia
sampai muka jadi
begini?
“Amirul Irfan
bin Kamal.” aku
menyebut namanya. Dia
tersenyum.
“Rahsia nama
penuh saya...” hek
eleh! Nak berahsia
pula. Kau dah
kenapa?
“Kenapa?” soalku
pelik. Dia tersenyum
sahaja.
“Macam mana
awak boleh lalu
dekat Intan Baiduri
ni?” soalku pelik.
“Saya memang
selalu lalu dekat
situ. Nak tengok
anak buah saya
sama ada sudah
naik bas ataupun
tidak.” Beritahunya.
“Awak ada
anak buah yang
belajar dekat situ?”
aku agak terkejut.
Dia mengangguk sambil
matanya fokus memandang
jalan raya. Malas
nak tanya lebih-lebih.
“WAHH, sejak
bila balik berdua
ni? Semenjak peristiwa
aiskrim terlungkup di
atas kepala ke
macam mana ni?”
soal Bad mengejek.
Aku menutup pintu
kereta Irfan dengan
rasa sebal. Cis
dia ni! Ada
saja menyibuk! Aku
jeling dia dua
ratus lapan puluh
darjah. Geram!
Irfan di
dalam kereta tersengih-sengih sahaja
ditegur begitu. Dia
memasukkan kereta ke halaman rumah.
Aku tunggu dia
keluar dari kereta
sebenarnya. Terlupa nak
ucap terima kasih
tadi. Dah kena
‘potong’ tadi! Bad
ni buat aku
menyampah betullah!
“Irfan, terima
kasih ya?” aku
mengucapkan terima kasih.
Dia mengangguk dan
tersenyum. Dua jarinya
dicantumkan dan diletakkan
ke kening. Salute. Maknanya,
no
big deal! Aku
angguk dan tersenyum.
Bad bersorak riang
dan bersiul-siul menyakat
aku dengan Irfan.
Aku jeling dia
tiga ratus sepuluh
darjah.
Tiba-tiba teringat
pada buku aku!
Aku tepuk dahi.
“Irfan, buku
saya...” aku bersuara
sambil ketap bibir.
Kalau boleh aku
nak lari aje
ke dalam rumah
sekarang ni. Tension tengok
muka Bad yang
nakal mengena ni.
Irfan membawa keluar
buku-bukuku.
“Hailah, mesti
payahkan jadi cikgu?
Kena bertahan dengan
ragam budak-budak lagi.
Kena tanda buku
lagi. Kena itu
kena ini.” Irfan
faham situasi aku.
Aku berbangga. Dia
menyerahkan bukuku sedikit
demi sedikit. Aku
mengambil dan tersengih.
“Terima kasih.”
aku mengucapkan terima
kasih dan dia
mengangguk.
“Sama-sama.” balas
Bad. Bad? Eh?!
Macamlah aku cakap
dengan dia. Perasan
tak sudah mamat
ni!
“Apa kes
boleh balik berdua
ni?” soal Bad
sambil tersengih nakal
dan menyenggol bahu
temannya. Aku berjalan
masuk ke rumah.
Malas nak melayan.
Malas nak mendengar.
Malu betul aku
bila kisah kereta
aku masuk berita
hangat.
Sebaik sahaja
aku melangkah masuk
ke dalam rumah,
aku disapa oleh
wajah Julia yang
berkeronyot. Aku tahu
apa problem dia. Aku
tahu sangat! Tak
lain tak bukan. Irfanlah tu.
Bukan aku sengaja
nak balik dengan
jiran aku!
“Kau sengaja
aje kan? Dah
tahu aku tak
suka kau rapat
dengan dia, itu
jugalah kau sibuk
nak menggatal!” dia
sindir aku. Sinis.
Aku berkerut. Apa
pasal pula dia
ni? tiba-tiba nak
emo? Masa bila
aku menggatal?
“Wey, agak-agaklah.
Kau ni tolonglah
jangan menuduh melulu
macam ni! Semak
dulu cerita sebenar.
Kaji dalam-dalam. Kau
tengok aku menggatal
ke tadi? Aku takde
panggil dia ‘abang’
macam kau pun!”
aku menempelak geram.
Langkah kaki kuhayun
ke bilik. Tak
pernah aku setegang
ini dengan Julia.
Sebab lelaki pula tu. Kalau
aku berkawan sekali
pun, salah ke?
Bukan aku jangka
aku bakal berkawan
dengan dia!
“Wey! Kau
kan tahu aku
suka dia. Kenapa
kau ikut dia
balik??” soal Julia
bengang. Aku tergelak
kecil. Langkah kakiku
mati di hadapan
pintu bilik. Aku
tak nak bergaduh
dengan Julia sebab crush
dia. Tak masuk
akal. Aku senang
dengan Irfan tapi aku tak
ada hati kat
dia. Kalau ikutkan
kat mana hati
aku berada, masih
lagi pada Fareez
dan selama-lamanya Fareez.
Mungkin nanti, suami
aku pula yang
merasa kasih sayangku
tetapi bukan lelaki
bergelar kawan!
Ternyata Julia
masih tidak kenal
aku. Aku nak
cerita kat dia
satu cerita ni. Harap dia
tak fikir bukan-bukan
lagi pasal aku.
“Meh ikut
aku masuk bilik.”
aku menarik Julia.
Sebuah kotak bawah
katil, aku tarik
keluar. Agak besar
kotak itu. Dia
tercengang.
“Dulu kau
yang minta aku
berkawan dengan jiran-jiran.
Bila aku mula
tegur, kau marah-marah.
Aku tak kisah
sebab dia tu crush
kau. Aku pun
tak nak kacaucrush orang.
Sebab aku memang
bukan perampas! Ni,
dia ni ex fiance
aku. Hati aku
kat dia. Takkan
berubah!” aku bersuara
parau. Gambar Fareez
yang sudah lama
tidak aku keluarkan,
akhirnya kembali aku
keluarkan dari kotak
itu. Julia tercengang.
Dia memang tak
tahu pasal Fareez.
Aku rahsiakan daripada
dia.
“Kau pernah
bertunang?” soalnya terkejut.
Aku bawa keluar
tiga bentuk cincin
pula. dia berkerut.
“Ini cincin
tunang, cincin risik
dan... cincin perkahwinan
kami. Sepatutnya! Dia
meninggal sehari sebelum
kami berkahwin. Kau
ingat, semudah itu
aku nak lupa
dia? makan masa
bertahun, Julia. Makan
tahun... sebab aku
dengan dia bercinta
dari zaman aku
habis sekolah lagi!
Sebab itulah aku
tak nak ada
lelaki pun dekat
dengan aku sebab
aku takut jadi
macam ni lagi.
Kau jangan
risau. Mak abah
aku sedang usaha
cari jodoh untuk
aku. Aku yang
suruh sebab aku
dah tak ada
masa nak bercinta.
Kau berhenti berdengki
dengan aku kalau
disebabkan Irfan, Bad
atau sesiapa sajalah.
Buang karan. Kasih
sayang aku pada
Fareez dan pada
suami aku nanti.
Kau pegang kata-kata
aku ni.” aku
berkata dengan suara
tertahan. Mata terasa
panas.
Tengok gambar
Fareez yang segak
berpeluk tubuh dan
bersandar di tiang
rumah itu benar-benar
meluluhkan hati aku.
Rasa rindu kembali membuak-buak
di dalam dada.
Sungguh. Aku rindukan
arwah. Kami bercinta
agak lama dan...
langsung tiada happy endingnya.
“Aku... aku...”
Julia sudah tergagap-gagap. Aku
menggelengkan kepala. Aku
tak salahkan dia. Dia patut
tahu semua ni
supaya tiada lagi
salah faham. Dari
awal lagi dia
cemburu dengan aku
yang sering menjadi
perhatian Irfan kononnya.
“Ini semua
buktinya. Lepas ni,
kau jangan fikir
bukan-bukan lagi pasal
aku. Tadi tu
kebetulan dan aku
terpaksa! Terpaksa tumpang
dia sebab tak
ada bas dan
teksi. Dan kebetulan
dia ada kat
situ. Tak ada
menggatal menggedik langsung.
Kau jangan risau.”
aku berkata sambil
mengeluh. Kemudian aku
meletakkan semula barang-barang
yang aku keluarkan
tadi ke dalam
kotak. Kotak aku
tutup dan kubawa
rapat ke dada. Ada rasa
rindu yang menggebu
di hati...
0 komen:
Post a Comment