Bab
7
“SAYA nak
awak panggil penjaga
awak ke sini
sekarang juga! Awak
berdua ni memang
dah melampau sangat,
tahu? Sekarang, ambil
ni, telefon mereka
suruh datang ke sini.
Biar mereka tahu
apa yang awak
berdua dah lakukan
pada saya. Kecil-kecil
lagi dah pandai
nak jadi gangster
ya?” aku menghulurkan
gagang telefon pejabat
kepada Zahid dan
Ariff.
Mereka berdua
memandang wajahku dengan takut-takut.
Telefon, lambat-lambat Ariff
ambil dari tanganku.
Muka sedih mula
dipamer. Mereka mengaku
yang kejadian semalam itu
memang kerja mereka.
Merekalah yang memancitkan tayar
keretaku! Kan betul
tekaanku? Siapa lagi
yang pro buat
kerja macam tu
kalau bukan mereka?
Huh!
“Nak call siapa?”
Ariff menyoalku takut-takut.
Aku jegilkan mata
dan buat muka garang.
Zahid dari tadi
tak berkutik. Diam.
Ketakutan. Pucat. Kasihan
pula aku melihat
muka mereka tetapi
mereka memang perlu
diberi pengajaran! Biar
mereka tidak buat
lagi di hari
yang mendatang. Sejujurnya,
aku bukanlah seorang
yang garang sangat
pun di sekolah.
Cuma, bila berhadapan
dengan orang senakal
ini, darahku automatik
naik mencanak.
“Ibu bapa awak
ke, pak cik,
mak cik, nenek,
atuk, aci, bibik!
Sesiapa yang rapat
dengan awak, awak
panggil ke sini.
Biar saya nak
repot sikit aktiviti
awak berdua dekat
sekolah ni. Dengan
prestasi pembelajaran yang semakin merosotnya
lagi. Apa nak
jadi dengan awak
berdua ni entah?!”
aku membebel panjang.
Muka mereka terkulat-kulat dan
berpandangan sesama sendiri.
Mereka berbisik buat
sementara. Aku berdiri
bercekak pinggang menghadap
mereka.
Ariff mendail
nombor yang entah
apa lalu gagang
diletakkan ke telinganya.
“Helo, ha, uncle,
datang sini. Cikgu
Ariff marah-marah ni.
Ada benda yang
dia nak cakap
dengan uncle.” ujar Ariff
sayu. Aku menahan
senyum. Seorang lagi
mangsa. Sesudah giliran
Ariff, telefon aku
beri kepada Zahid
pula. Dia menekan-nekan
nombor telefon yang
entah berapa-berapa itu
lalu ditekap ke
telinga.
“Helo... datang
sekolah Jay sekarang.
Cikgu Jay ma...
ma... marah...” alamak!
Anak orang ni
dah menangis pula!
Aku tepuk dahi.
Zahid ni cengeng
rupa-rupanya. Kalau dalam
kelas, nakal mengena.
Aku buat muka
tak terkesan dengan
tangisannya walaupun jauh
di sudut hati,
aku terasa sayu
mendengar tangisannya.
Beberapa puluh
minit berlalu. Zahid
dan Ariff masih setia di
hadapanku. Kami buat
perjumpaan di pejabat
guru sekolah sahaja.
Kedua mereka tertunduk-tunduk dari
tadi. Aku berpeluk
tubuh dan bersandar. Menanti penjaga
mereka datang. Lama
pula. Sepanjang penantian
yang entah sampai
bila itu, aku
hanya merenung tajam
ke arah kedua
mereka sehingga nak mengangkat kepala
pun mereka tak
berani.
Jari-jari sudah
mula mengetuk meja.
Menanti dan menanti
lagi. Tidak semena-mena
mataku tertangkap sesusuk
tubuh yang aku
kenali sehingga membuat
hidungku mengeluarkan
dengusan yang kuat.
Si Bad! Buat
apa dia datang
sekolah aku?! Ada
apa-apakah yang dia
cari kat sini?
Aku tunduk-tunduk
hendak menyorok di
sebalik meja dengan
berpura-pura mengangkat pen
yang sengaja aku
kuis ke bawah
kerana bimbang dilihat
Bad. Harap dia blah
dari situ. Lagi cepat lagi
bagus. Tak nak
semakkan kepala otak
aku dengan melihat
muka dia. Inilah
kebetulan paling karut
sekali. Tak pernah
hayat orang yang
aku benci bakal
terserempak dengan aku
dalam keadaan begini.
Di tempat kerja
aku pula tu!
“Uncle!”
terpa Zahid. OMG!
Inilah uncle diorang? Patutlah
aku tengok muka
macam ada iras!
Perangai tu lagilah
beriras-iras! Aku tepuk
dahi. Kalau uncle Ariff
ini, Irfan, memang
aku terlentang terus!
“Kenapa ni Jay?” soal
Bad prihatin. Aku
menjeling. Dia menghampiri.
Mukanya begitu terkejut
sekali melihat aku.Spontan
aku terberdiri dari
duduk. Aduhai! Memang
malang betul nasib
aku hari ini.
Memang malang! Nasib
aku tak pernah
baik setiap kali
terpandang muka dia.
“Awak, Kak Fashionista?” soalnya
dengan muka serius.
Aku mendengus.
Nama itu paling
aku menyampah. Dia
tak ada adab
ke berjumpa dengan
cikgu sekolah ni?
Aku mengepal penumbuk
geram. Kenapa dia
tak pernah nak
lupa nama tu?
Teringin aku nak
pinjam alat dalam
cerita Men In
Black tu. Mesin
pemadam memori. Akan
aku pancarkan untuk
dia sesudah aku
memakai kaca mata
hitam. Sungguh segak
gayaku nanti.
“Yalah saya,
kat mana lagi
tempat seorang guru
harus duduk kalau
bukan di sekolah?
Di penjara?” soalku
sarkastik. Dia tersenyum
sinis. Anak muridku
tercengang-cengang melihat kami
bersinis-sinisan sesama sendiri.
Mana aku belajar
tatabahasa sinis-sinisan itu?
“Bukan di
pentas peragaan ke,
Kak Fashionista?” soalnya
sinis! Wargh! Terkena
balik aku. Malu! Malu! Malu!
“Silakan duduk
encik...” aku tak
tahu nak panggil
apa dia ni.
Baik aku biarkan
kosong sahaja selepas
‘encik’ itu.Aku mempelawa
dia duduk dan
aku pun kembali
duduk.
“Badrul Shah.”
dia menyebut nama
penuhnya sambil melabuhkan
punggung. Aku angguk
sahaja. Oh, jadi
itulah nama penuh
dia ya? Aku
ingatkan nama penuh
dia, Badai Di
Jiwa! Selalu membadaikan
jiwa aku dengan
perangai tak matangnya
itu. Menyampah tahu?!
“Uncle
saya mana, uncle?” sedih
suara Ariff bersuara
sambil menggoyang-goyangkan tangan
Bad. Dia yang
menelefon dahulu, dia punya uncle
yang lambat sampai.
Bad memegang bahu
Ariff supaya bertenang.
Di sebelah tangannya
pula sudah tersorok
Zahid yang mula
hendak menangis ketakutan.
“Assalamualaikum.” satu
suara garau menyapa.
Aku dan Bad
mendongak. Muka kami
sama-sama terkelu. Irfan?!
Sekarang aku tahu,
kenapa anak murid
aku dua orang
ini berperangai macam
saka! Memang aku
dah dapat jawapannya!
“Awak?” soalnya
teruja. Aku blur... cara
mereka terkejut melihat
aku berbeza sangat!
Bad terkejut
melihat aku dengan
muka betul-betul horror dia.
Macamlah dia nampak
hantu! Irfan pula
tersengih melebar macam
nampak timbunan berlian
dekat depan mata.
Aku senyum lambat-lambat. Macam
mana nak cerita
pada mereka masalah
anak buah mereka
yang aku baru
ajar pada bulan
ini? Sudahlah di
rumah, aku dibuli
mereka. Di sekolah
pula, anak buah
mereka mengambil alih
tugas mereka. Nampak
tak? Hidup aku
macam dah ditakdirkan
menjadi mangsa mereka!
Tak aci betul!
“Sila duduk
Encik Amirul Irfan.”
nama penuhnya aku
panggil. Dia mengangguk
dan duduk di
sisi Ariff. Bolehkah
aku bercerita mengenai
kes aku dibuli
ini? Nampak macam
tak logik tapi,
bagi aku logiknya
mengena sangat!
“Kenapa ya
kami dipanggil?” soal
Bad dengan kening
berkerut-kerutnya.
“Zahid, Ariff,
saya nak kamu
sendiri beritahu apa
yang kamu dah
lakukan pada saya.
Sejujurnya.” aku malas nak
cerita panjang-panjang. Baik
anak muridku sendiri
sahaja yang bercerita
supaya kes ini
tidak nampak macam
aku sengaja mereka
cerita. Bad memandang
anak buahnya. Zahid
tergagap-gagap.
“Jay buat
apa pada Kak
Fashionista ni?” soalnya
dengan muka serius.
Aku sudah berbulu
di ulu hati.
Rasa nak memaki
orang tu memang
ada. Boleh dia panggil aku ‘Kak Fashionista’depan anak
buah dia? Benci!!!
“Ariff buat
apa pada Cikgu
Mona?” soal Irfan
lembut. Kepala anak
buahnya diusap-usap. Irfan
lebih prihatin dan
penyayang. Ye ke?
Melihat dari mata
kepala, Bad mempunyai
kelebihan itu apabila
dia menyandarkan tubuh
kecil Zahid ke
dadanya. Melindungi anak
buahnya. Macamlah aku
nak hentam anak
buah dia. Sebelum
aku hentam anak
buah dia, lebih
baik aku hentam
dia dulu.
“Kami buat
apa yang uncle pernah
ajar dulu.” selamba
sahaja Zahid mengadu
sambil mula menangis.
Aku ternganga. Uncle pernah
ajar dulu?Oh my! Rasa
seram mula menjalar
ke minda. Oh,
jadi pancitkan tayar
kereta orang tu
memang ajaran merekalah?
Memang tak syak
lagi, mereka ini
ada konspirasi besar
dalam mengkhianat orang!
“Ya, uncle. Uncle ajar
kami dulu. Itulah
yang kami buat
pada cikgu.” Ariff
pula memberitahu sambil
menggoyang-goyangkan tangan Irfan
dengan muka takut.
Muka Bad dan
Irfan berpandangan. Berkerut-kerut.
“Yang mana
satu?” mereka menyoal
serentak. Aku terkejut
mendengar soalannya. Macam
nak tercabut rahang
aku rasa-rasanya akibat
terperanjat sehingga ternganga.
Boleh mereka tanya
‘yang mana satu’?!
Banyak sangat ke
‘ilmu’ yang diturunkan
pada budak-budak ni?!
Patutlah nakal semacam!!
Tok gurunya memang
betul-betul hantu rupa-rupanya.
“Jay dah
letak gam dekat
kerusi guru?” soal
Bad meneka. Zahid
menggeleng-geleng kepalanya. Rahang
aku sudah jatuh
ke lantai tanpa
dapat ditahan lagi. Sungguh kejam
kalah zionis! Dia
mengajar anak buah
dia buat naya
kat guru?! Apa
punya uncle ni? Kalau
aku ada rifle memang
dah ‘jalan’ empat-empat
orang kat depan
aku ni!
“Letak paku
tekan dekat kerusi
guru?” soal Bad
lagi dengan muka tak
bersalah. Mukaku dah
terkejut kalah orang
nampak hantu. Di... di...
diorang ajar anak
murid letak paku
tekan atas kerusi
guru?? Gi.. gi...
gila betul! Mujurlah
aku tidak dikenakan
begitu oleh Zahid
dan Ariff. Entah
macam manalah aku
nak duduk nanti
kalau aku terkena
trick mereka
yang itu. Sungguh
kejam!
“Habis? Jay
tabur jarum dekat
dalam beg tangan
dia?” soal Bad
lagi tanpa riak
bersalah.
Aku dah
mula rasa seram!
Gigit kuku jari
berkali-kali. Makin brutal
ni ‘ilmu’ yang
diturunkan kepada anak
buah dia. Tahap
ke berapa tu
agak-agak? Zahid sekali
lagi menggeleng-gelengkan kepalanya.
Bukan juga. Jari-jemari
automatik terasa ngilu
membayangkan kalau tanganku
terkena jarum-jarum itu
sewaktu mencari barang
di dalam beg
tanganku. Oh tuhan!
Itu penyeksaan yang
sangat keji!
“Ariff, buat
apa pada Cikgu
Mona? Ariff letak
katak bawah meja
guru ya?” Irfan
menyoal pula.
Ariff menggeleng-gelengkan kepalanya
dengan muka yang
takut memberitahu perkara
sebenar. Dadaku sudah
senak! Mata perlahan-lahan jatuh
melihat ke bawah
meja pejabat. Mujurlah
tiada katak! Ini,
kalau dibandingkan dengan
rejim Israel pun
memang tak terlawan
kejamnya! Sedikit sebanyak
aku rasa lega. Mujur
bukan katak yang
diletakkan di bawah
meja aku dulu
sebab aku paling
anti dengan katak.
“Habis? Ariff
letak tikus kat
laci guru?” soal
Irfan dengan muka
serius. Kanak-kanak itu
menggeleng-geleng lagi. Tikus
pula dah? Aku sudah tercungap-cungap. Apa
pasal mereka ni? Ajaran apa
yang mereka bawa?
Mana bukunya?! Aku
juga nak baca.
Mudah aku tahu
apa lagi plan yang
mereka ada untuk
mengenakan guru!
“Letak julap
dalam makanan guru?”
soal Bad lagi. Julap?!! Kedua
kanak-kanak itu menggeleng serentak.
Aku menarik nafas
baru. Tangan spontan
mengurut dada. Astaghfirullahalazim! Semakin
sesak nafas aku dibuat
mereka semua ini.
MasyaAllah! Kejam sungguh
ajarannya!
“Haa! Uncle tahu!”
Bad terjerit sambil
memetik jarinya. Mukanya
ceria sungguh. Aku
akhirnya boleh tersenyum
lega. Tahu pun!
Tak perlu lagi
aku dengar ‘ilmu’
mereka yang entah
berapa buah kitab
itu lagi. Hanya
menyesakkan dadaku sahaja
mendengar ajaran sesat
mereka itu. Memang
teruk ajarannya. Haraplah
terampun dosa anak
buah mereka bergurukan
dua ekor kera
itu. Nafas lega
akhirnya berjaya aku
hembuskan.
“Jay dan
Ariff letak cacing
dalam mee cikgu
ya?” saat itu
aku sudah nak
termuntah. Apa kena dengan keluarga
mereka ini? Macam
mana boleh turunkan
ajaran sesat kalah
ajaran Ayah Pin
ini kepada budak-budak
kecil? Kepala aku
sudah berpinar-pinar. Pening
teramat sangat! Tahan
punya tahan akhirnya
kepalaku memberat. Dunia
menjadi semakin kelam.
Telingaku sempat menangkap,
‘Mona!!’...
“MONA, awak
okey?” soal Irfan
kalut sebaik sahaja
aku berjaya membuka
mata. Bad tersenyum senget
dengan muka sinisnya.
Aku mendengus. Kenapa
aku perlu tengok
lagi muka budak
dua ekor ini?
Anak murid aku
mana? Aku dekat
mana ni?
“Saya dekat
mana ni?” soalku
dengan kepala masih
berdenyut-denyut.
“Awak dekat
bilik tidur saya.”
Beritahu Bad tanpa
riak bersalah. Mataku
membulat. Bilik tidur
dia?!! Automatik aku
melihat badan. Lega.
Masih ada pakaian.
“Hisy! Bukanlah.
Kau ni Bad!”
Irfan memarahi Bad.
Lega aku bukan
di bilik tidur
Bad. Tak rela
sungguh rasanya nak
‘menetap’ di bilik
tidur dia.
Mataku melilau
ke sekeliling. Beberapa
jururawat sedang lalu
lalang bersama pesakit
yang berpakaian seragam
hospital. Hospital?! Rasa
nak terberanak di
situ. Macam mana
aku boleh ada
dekat sini? Aku
tengok tangan. Dah
masuk air?! Irfan
setia duduk di
tepiku manakala Bad
membelek-belek fail. Pakaian
Irfan dan Bad
aku tengok silih
berganti. Mereka doktor
yang merawat akukah?
Jangan-jangan mereka dah
pakat nak letak
racun dalam kantung
air ni?!
“Cabut benda
ni sekarang! Awak
nak bunuh saya
ya?” aku menyoal
Bad kasar.
Tangan aku
hulur ke arahnya.
Minta dia cabut
wayar dan jarum
yang mencucuk tanganku
itu. Dia menjeling
sahaja. Tanpa suara.
“Aku cakap
cabut!” aku mengamuk.
Dia berkerut. Irfan
pula mula letak
telunjuk di bibir.
Syhhhh!! Minta aku
diam. Aku ketap
gigi. Pesakit lain
memandangku dengan kening
terangkat. Alamak! Propa lebih
pula! Bukannya sengaja
aku nak propa,
masalahnya sekarang, aku
diserang rasa panik
yang sangat tinggi.
Mereka yang merawat aku!
“Kau orang
memang nak aku
mati kan? Saja
letak racun dalam
ni? Kalau anak
saudara pun kau
boleh ajar buat
bukan-bukan, inikan pula
kau orang sendiri!”
aku menjerkah dengan
suara tertahan. Bahasa
sudah berubah semakin
kasar. Bad tergelak
kecil sehingga terhinggut-hinggut bahunya.
Dia tidak boleh
ketawa lepas, aku
tahu itu! Etika
seorang doktor di
hospital. Irfan bangkit.
Mukanya cemas.
“Awak dah
salah faham ni,
Mona! Mana ada
kitorang letak racun.
Awak pengsan tadi,
itu yang kami
bawak pergi hospital.
Awak jangan risau,
free of
charge. Saya kan
doktor yang merawat
awak.” Irfan berkata
menyedapkan hati aku.
“Susah saya
nak percaya dengan
awak berdua ni!Free
of charge konon.
Jangan-jangan ini jalan pintas saya
ke kubur.” aku
membentak sambil menunjukkan
wayar ditangan. Semakin
kuat hinggutan bahu
Bad. Irfan pula
tersengih-sengih. Apa yang
kelakarnya? Buat orang
pengsan macam ni,
tak kelakar ke?
“Awak janganlah
ingat kitorang jahat
sangat, Mona.” Irfan
memujukku. Aku mendengus.
“Dah ajar
anak murid saya
letak cacing dalam
makananlah, apalah. Tak
jahat ke kalau
macam itu?” aku
menyoal dengan mata
membuntang. Geram! Geram!
Mereka tergelak juga
akhirnya. Berdekah-dekah. Ekhem!!
Jururawat berdeham berkali-kali.
Mereka berdua kemudiannya
menunduk dan ketawa
tanpa suara.
Aku memandang
mereka berdua dengan
muka bengang. Tag nama di
kot doktor mereka
aku pandang. Dr.
Syah di dada
Bad dan Dr.
Amirul di dada
Irfan. Aku mendengus.
Doktor berperangai macam
ni? Doktor pakar
sakit jiwa pun
tak dapat nak
rawat doktor dua orang ni.
Mental!
“Sampai pengsan
aku dikerjanya!” aku
membebel sendiri pula.
Geram lagi. Mereka
gelak lagi dengan
cara paling beriman.
Irfan tergelak di
bahu Bad dan
Bad tergelak di
bahu Irfan. Nampak
tak keserasian mereka
tu? Bahu terhinggut-hinggut tanpa
suara. Entah apa
yang lucu sangat
pun aku tak
tahu!
“Awak pengsan
sebab tekanan darah
awak tinggilah, Kak
Fashionista! Bukan salah
kami. Tapi pelik,
dengar macam itu
pun boleh pengsan!”
dia berkata sambil
tergelak lagi. Tanpa
suara. Aku mendengus.
Tak pernah hayat
aku dapat penyakit
seumpama itu! Mana
pernah keluarga aku
dapat penyakit pelik-pelik
ni? Dioranglah penyebabnya.
“KENAPA kau
balik dengan Abang
Bad dan Irfan
hari ni?” soal
Julia kepadaku. Aku
mengeluh.
Di rumah,
satu lagi masalah
baru. Mujurlah aku
sekadar pengsan biasa.
Tak demam dan
tak sakit teruk.
Lalu aku dibolehkan
balik pada petangnya.
Masalah baru pula
muncul apabila si
Julia ini seakan-akan
tidak mahu melihat
aku berbaik langsung
dengan jiran monyetku.
Dulu, siapa juga
yang berpesan supaya
beramah dengan jiran-jiran?
Dia jugalah orangnya.
Bukan aku
nak berbaik pun.
Dah mereka hantar
aku ke hospital
menaiki kereta Bad,
nak tak nak,
balik sekalilah aku
dengan dua ekor
monyet tu! Sepanjang
perjalanan pulang ke
rumah tadi, mereka
menceritakan sebab musabab
kenapa mereka mengajar
anak buah mereka
berperlakuan ‘zionis’ seperti
itu.
Barulah aku
tahu, rupa-rupanya, Ariff
dan Zahid sebenarnya
sering dibuli oleh
cikgu dan rakan di
sekolah lamanya sehingga
trauma untuk kembali
ke sekolah. Disebabkan
itu, mereka dipindahkan
ke sekolah di
mana aku mengajar
sekarang.
Lebih parah
lagi, Zahid dan
Ariff dahulu asalnya
pelajar yang skema
dan sangat-sangat lurus
bendul. Tidak sanggup
melihat anak buah
mereka dibuli dengan
kejam oleh rakan-rakan
sekolah dan cikgu
juga, mereka akhirnya
menukar sekolah dua
orang kanak-kanak itu.
Bukan itu sahaja,
sempatlah mereka mengajar
anak buah mereka
supaya jangan terlalu
mengikut telunjuk orang.
Memang lurus budak
dua orang tu.
Tak ikut langsung
telunjuk orang. Telunjuk
aku ni sekali
diorang tak ikut.
Aduhai anak muridku!
Malang betul
kau orang ada uncle
yang prihatin sangat
sampai macam ni
tahapnya! Kasihan aku
melihat muka mereka
yang bengkak-bengkil dipukul
dan dibuli di
asrama sewaktu Irfan
menayangkan gambar mereka
kepadaku. Sebab itulah
pada pendapat aku,
budak-budak kecil tak
berapa sesuai duduk
di asrama. Aku
macam tak percaya
aje bila cikgu
pun membuli sama.
Cikgu jenis apalah
yang tak berhati
perut sangat tu?!
Buat buruk nama
cikgu lain aje.
Bila terkenangkan
semula peristiwa di
mana Zahid dan
Ariff dirotan oleh
guru besar dan
akhirnya mereka memancitkan
tayar guru besar
dahulu, barulah aku
tahu. Memang mereka
tidak buat tetapi
telah dituduh mencuri.
Aku percaya pada
mereka sebab mereka
bermati-matian mengaku tidak
bersalah sampai menangis
teresak-esak. Dah macam
kena hukum gantung
pula.
Sebagai seorang
guru, sepatutnya, kajilah
dulu sahih ke
tidak benda yang
terjadi itu. Mentanglah
budak dua orang
tu selalu buat
masalah dalam kelas
setiap guru, dia
terus tarik budak
itu dan menuduh
mereka mencuri. Tapi,
sebenarnya barang yang
kononnya dicuri itu,
ada dalam biliknya.
Dia yang tersalah
letak. Memang aku
bengang sangat. Sebab
itulah aku buat
tak tahu sahaja
bila ternampak mereka
berdua pancitkan tayar
guru besar. Kalau
boleh, waktu itu
aku teringin nak
tumpang sekaki dengan
mencalarkan keretanya yang
berkilat molek itu.
Tapi cara
Irfan dan Bad mengajar anak
buah mereka itu
sangatlah tak betul!
Aku ni habis
terkena. Mujurlah tayar
kereta sahaja dipancitkan.
Kalau dia letak
sesuatu dalam makanan
aku ke, paku
payung atas kerusi
aku ke, tak
ke naya aku?
Bad akhirnya
tergelak apabila aku
membebel mengenai tayar
kereta aku yang
dipancitkan budak dua
orang itu. Irfan
mahu bertanggung jawab
tapi aku menolak.
Tidak mengapalah. Aku
sudah sediakan pam
angin di dalam
keretaku pagi tadi.
Sekarang, keretaku sekali
lagi tersadai di
sekolah. Aduhai.
“Cukuplah kalau
awak berdua cakap
dekat anak saudara
awak tu supaya
belajar rajin-rajin dan
ikut cakap cikgu
dia. Kalau cikgu
dia buat naya
barulah betul! Ini,
dalam kelas sudahlah
nakal tak terampun!
Bila disuruh berdiri
dekat depan dia
tonggeng-tonggeng punggung dekat
kita.
Dia orang
berdua tu tak
ada kena buli
pun kat sini.
Cikgu dan anak
murid yang lain
yang kena buli
dek diorang. Siap
dengan guru besar
lagi kena buli.
Suruh diorang behave pulak
ya? Abang Long
kawasan budak dua
orang tu. Saya
pun tak berani
nak cari pasal
dengan diorang.” aku membebel.
Otai sangat anak
saudara diorang. Huh! Menakutkan.
Irfan dan
Bad ketawa terbahak-bahak mendengar
kata-kataku. Aku rasa,
mungkinlah Bad dengan
aku memang berbulu
sesama sendiri. Tetapi,
dia dah kurang
sikit menyakat aku
melainkan panggilan Kak
Fashionista dia tu. Itu tak
mahu hilang. Pelik
juga aku kenapa.
Tapi, bila datang
angin kuat menyakat
dia tu, aku
yang duduk kat
belakang ni rasa
macam nak katuk
kepala dia dengan
tukul besi. Sebab
dia yang memandu,
aku batalkan niat
aku. Aku tak
nak mati lagi!
“Nanti, kalau
awak rasa diorang
teraniaya, awak buat
tak tahu aje
eh bila diorang
balas kat orang yang aniaya
mereka tu ye?”
Irfan berpesan padaku.
Aku memikir
dua tiga kali
juga. Irfan buat
muka menagih simpati
sambil memandangku di
belakang ini. Aku
akhirnya mengangguk. Bagus
juga. Aku yang
bekerja sebagai cikgu
ini pun asyik
kena buli dengan
cikgu lain. Apalah
salahnya sekali sekala
aku berkompromi dengan
budak dua orang
tu? Wah, jahatnya
aku!
“Tapi ada
syarat.” aku berkata
sambil tersenyum.
“Apa?” soal
mereka serentak.
“Saya nak
awak senaraikan jenis-jenis
buli yang awak
dah ajar mereka.
Saya nak tick satu-satu
dengan aduan yang
kami dapat nanti.”
aku berkata. Mereka
berdua tergelak serentak.
“Panjang berjela,
Mona! Larat ke
awak nak baca
semua tu nanti?”
si Irfan bersuara
dalam tawanya. Aku
tersenyum.
“Larat sangat.
Setakat list-list macam tu, saya peduli
apa?” aku berkata
bongkak. Aku tulis
novel beratus muka
surat langsung! Sambungku
di dalam hati. Astaghfirullah. Riak...
riak...Tanpa sengaja, aku
tersenyum. Besok, in
shaa Allah masalah
aku dengan si
Zahid dan Ariff
akan selesai. Irfan
mempelawa untuk menumpang
mereka besok tapi
aku menolak. Malam
nanti, aku nak
ambil kereta aku
di sekolah dengan
Julia memandangkan kereta
Julia dah ada
di hadapan rumah.
0 komen:
Post a Comment