Bab 15
“ADUHHH!!! Lapar pulak
perut aku petang-petang
begini!” aku pegang
perut yang sudah
berkeroncong sakan. Malasnya
hendak memasak! Malas!
Malas! Malas!! Tangan
yang menaip sedari
tadi terhenti juga
akhirnya akibat perut
berkeroncong minta diisi.
Tanpa menekan suis shut
down, aku tutup
laptop yang masih
terang itu. Kejap
lagi aku nak
sambung menaip semula.
Novel dah sampai
bab enam puluh
tujuh. Satu bab
saja lagi!
Tangan sempat
mencapai earphone dan handphone. Earphone kusumbat
ke dalam telinga.
Lagu Bruno Mars
kupasang kuat. Kaki akuhayunkan menuju
ke dapur. Sudah
tidak tertahan lagi
rasa lapar di
perut. Terserempak lagi
dengan makhluk tuhan
itu. Julia lagi.
Aku buat tak
nampak sahaja kewujudan
dia di ruang
tamu. Terus aku
berlalu ke dapur.
Sambil menyanyi,
sambil aku menanak
nasi. Selepas itu,
aku keluarkan sayur
dari peti. Belacan,
bawang, lada, bawang
putih dan sedikit ikan
bilis yang sudah
dikupas. Selesai menyiang
bawang, aku membasuhnya
dan menumbuk menggunakan
lesung batu. Tiba-tiba,
telefon bimbitku bergetar.
Ada panggilan masuk.
Tentu sekali dari
dia, Encik Tunang
Tubi.
“Helo assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.” jawab
Encik Tunang Tubi.
Aku tersenyum mendengar
suaranya yang seksi
itu. Oh tuhan,
tolonglah jadikan dia
lelaki terseksi dalam
hidupku nanti. Eh?
Doa apa ni,
Mona?!
“Aira, awak
buat apa? Bisingnya. Kelentung
kelentang berbunyi.” dia
komen.
“Saya tengah
memasaklah, awak.” aku
berkata sambil memanaskan
kuali. Minyak kuisi
sedikit. Awas masakan
aku campak ke
dalam kuali. Sampai
naik bau, aku
goreng kangkung. Kangkung
goreng belacan! Mudah
sekali. Menu di
kala perut teramat
lapar begini.
“Mesti sedap,
kan?” soal dia.
Aku tergelak kecil.
“Tak.” aku
jawab selamba.
“Sedapnya bau...”
komen dia. Aku
terbelalak. Boleh bau
melalui telefonkah? Ada-ada
sahajalah Encik Tunang
Tubi ni.
“Bau apanya?
Bau ketiak sendiri?”
soalku. Dia tergelak
besar.
“Saya tengah
cium aroma masakan
awak ni.” dia
berkata sambil tergelak
kecil. Aku menggeleng-gelengkan kepala.
Ada-ada sahajalah Encik
Tunang Tubi ni!
“Merepek!” aku
membebel.
“Atchem!!!” dia terbersin
di hujung talian.
Aku tergelak kuat.
“Saya masak
kat sini pun
awak boleh bersin
erk?” soalku. Dia
ikut tergelak.
“Kan saya
dah cakap? Saya
tengah cium aroma
masakan awak ni.
Sampai terbersin saya. Awak tak
bagi jiran awak
makan masakan awak
ke? Awak kata
jiran awak bujang.
Mesti diorang tak
pandai memasak...” komen
Encik Tunang Tubi.
Bad dan
Irfan tak pandai
masak? Haruslah! Kalau
Taufiq, gerenti pandai
memasak punya! Dia
dah lama jadi
duda kan... siapa
lagi yang nak
masak untuk anak
dia kalau bukan
dia? Tapi... aku
pernah cium bau
masakan dari rumah
Bad sebelum Taufiq
pindah sini. Best oh!
Mungkin masakan Irfan,
si kaki ayat.
“Eh! Tak
ada kerja saya
nak bagi diorang
makan masakan saya.
Tambah-tambah si Bad-ut
tu! Awak tahu
tak tadi, datang
sekolah saya, buat
muka kerek? Bila
saya balik, elok
pulak dah! Ceria
semacam. Muka dia, shine
bright like a
diamond!” sempat aku
menyanyi serangkap lirik
lagu Diamond nyanyian
Rihanna itu. Terkekeh-kekeh Encik
Tunang Tubi gelakkan
aku. Aku kena
biasakan diri. Dia
memang kuat gelak!
“Hahaha. Happy sangat
nampak awak kut?
Awak comel sangat
agaknya, tu yang
buat dia suka.”
dia berkata. Meneka.
Aku menjelirkan lidah.
Masakan, aku hidangkan
ke dalam pinggan.
“Eii comel apalah
saya ni? Takkanlah?
Kat sekolah tadi dia serius.
Tapi kesian dekat
dia. Anak buah
dia telefon cakap
saya nak jumpa.
Entah masa bila
saya nak jumpa
dia? Muka dialah
paling saya duk
elak sekali daripada
berjumpa selama ni.”
aku berkata pula.
Encik Tunang Tubi
tergelak lagi.
“Kenapa Aira,
kenapa awak tak
nak jumpa dia?”
soal Encik Tunang
Tubi. Aku sengih.
“Sebab dia
teruk.” komenku selamba.
Ah! Bad bukan
tahu pun aku
kutuk dia!
“Kenapa dia
teruk?” soal Encik
Tunang Tubi lagi.
Aku mencemik. Mengingatkan
Bad sahaja terus
otakku rasa tepu.
Malasnya ingat dia.
Menyakitkan hati! Setiap
masa pula lagi.
“Dia panggil
saya dengan gelaran
yang saya tak
suka. Lepas tu
dia selalu cari point
nak bergaduh dengan
saya. Pokok pangkalnya, dia
selalu buat saya
sakit hatilah.” aku
berkata serabut. Mengenangkan
Bad membuatkan aku
rasa loya tekak!
Menyampah dan meluat
yang amat! Encik
Tunang Tubi terkekeh-kekeh ketawa.
“Nama dia
apa?” soal Encik
Tunang Tubi.
“Bad dan
Irfan.” aku jawab.
“Bad?” soalnya
pendek.
“Badrul tak
silap saya.” aku
berkata pula.
“Kawan saya
ada nama Badrul.
Orangnya kacak sangat.
Penyayang. Baik, ramah.”
ujarnya. Aku dah
nak termuntah mendengarnya.
Kacak tu dah betul,
tapi penyayang tu,
biar betul?! Orang
nama Bad ni
ada cukup kasih
sayang ke?
“Werk! Lain
benar dengan Bad
yang saya kenal!
Kacak tu, kira
betullah. Tapi kalau
penyayang tu taklah!”
aku memangkas.
“Ya? Ramai
orang nama Bad,
kan? Tapi kawan
saya tu betullah
penyayang. Sayang betul
dia dekat tunang
dia sampaikan saya
naik jealous dengan tunang
dia...” ujar Encik
Tunang Tubi. Gulp!
“Bad jiran
saya pun dah
bertunang.” aku kata
takut-takut.
“Ya? Entahkan
orang yang sama?”
dia meneka.
“Takkanlah! Sikap
tu lain...” aku
menidakkan.
“Eh? Mana
awak tahu dia
tak penyayang? Kalau
dia tak penyayang,
buat apa dia
datang ke sekolah
awak sebab anak
saudara dia?” soal
Encik Tunang Tubi.
Aku terbelalak.
“Awak tahu
dari mana?!” terkejut!
“Eh eh,
dia ni! Kan
awak juga yang
cakap dekat saya
tadi yang dia
datang sekolah sebab
anak buah dia call
dia...” dia berkata
bersungguh. Ha ahlah!
Aku juga yang
cerita. Penyayangkah Bad?
Gulp! Muka tak
ada nur!
“Eh? Ha
ahlah. Lupa pulak
saya. Kalau orang
yang sama...” aku
berjeda.
“Kenapa?” soalnya
tak sabar.
“Kalau orang
yang sama, mohon
sangat-sangat... jangan cerita
dekat dia yang
saya dah kutuk
dia tahap dewa
pada awak.” baru
sahaja habis berkata-kata,
telingaku terpaksa menerima
hamburan tawanya. Kuat. Berdekah-dekah. Cis!
“Kalau betul
orang yang sama,
takkanlah saya nak
cerita. Kalau tak
betul pun saya
takkan cerita. Saya
simpan je segala
kutukan dan amarah
awak tu dalam
hati sampai saya
lupa, okey?” ujarnya.
Aku tersenyum. Lega.
Lega sangat-sangat. Encik
Tunang Tubi memang
lelaki yang baik!
Wehehe.
“Hehehe. Terima
kasih awak.” ucapku
lega. Dia membalas
ucapanku dengan ‘sama-sama’.
Kami berbual lagi.
“So, awak
tak nak sedekahkan
dekat Bad tu
ke masakan awak?
Mesti dia suka
bau masakan awak.”
katanya.
“Ah! Tak
ada kerjalah saya
nak sedekah dekat
dia. Dia pun
tak pernah nak
sedekah apa-apa kat
saya. Sedekah kata-kata
menyakitkan hati dia
tu adalah.” kali
ini, tanpa dapat
Encik Tunang Tubi
aku bendung lagi,
berdekah-dekah suara dia gelak. Apa
pasal macam ada
gema je suara
dia? Perasaan aku
je kut.
“Awak tahu
tak yang saya
ada baca artikel
baru-baru ni, dalam
surah An-Naba’ ayat
18, Allah berfirman,
“pada sangka kala
ditiup, kamu sekalian
datang berbaris-baris.”. Awak
tahu tak yang Bad
tu merupakan dalam kategori orang
yang duduk di
barisan pertama daripada
dua belas barisan?!”
bersungguh aku bercerita.
Hilang sekejap rasa
lapar. Sekejap lagi
aku sambunglah memasak
semula. Besttopik ni.
“Hah?!! Awak
biar betul ni
Aira?! Awak janganlah
main-main! Tak baik
tau tuduh Bad
bukan-bukan. Kesian dia.
Bukan kerja kita
nak tempatkan orang
kat akhirat sana.”
eh eh Encik
Tunang Tubi ni.
Bukan main kalut lagi
dia membela si
Bad. Risau sangat.
Acah je pun.
“Yelah, saya
cakap berdasarkan apa
yang saya baca.
Barisan pertama ni
adalah orang-orang yang
sewaktu hidupnya menyakiti
hati jirannya. Apa
balasan dia saya
tak ingat tapi
dia duduk kat
barisan PERTAMA! Huh!”
bersungguh aku tekan
perkataan pertama itu bagi dia
faham...
“Alah awak,
niat dia nak
bergurau dengan awak
je tu.” aku
pelik. Kenapa dia
masih sibuk nak back
up si Bad?
Terbakar pula hati
aku ni.
“Saya rasa
sakit hati dengan
gurauan dia.” aku
berkata bersahaja.
“Tak baik
awak salah ertikan
gurauan dia. Dia
mungkin suka kat
awak sebab tu
dia gurau-gurau macam
tu.” sayu pula
hatiku mendengar suara
sayu Encik Tunang
Tubi. Adeyy.
“Macamlah awak
tu dia. Bukan
main nak bersayu
bagai suara.” aku
mencemik.
“Kalau saya
cakap, saya ni
dia?” soalnya. Itu
jam juga aku gelak gila-gila.
Encik Tunang Tubi
ni Bad, jiran
aku? Memang mengarut
sangat!
“Jangan nak
merepek. Kalau awak
ni dia, tang
mana pula letaknya
nama ‘Mirul’ tu?
Nama penuh dia
Badrul Syah! Tak
ada Mirul langsung.
Lagi satu, kalau
Encik Bad tu
suka saya, ya
Allah! Kesian tunang
dia.” aku berkata
pula. Dia diam
sahaja.
“Awak tahu
dari mana nama
saya Mirul? Saya
tak pernah cakap
pun nama saya
Mirul.” eleh! Nak
psiko aku pulak
Encik Tunang Tubi
ni, saja nak
buat aku sesak
tahap gaban la ni kononnya?
Ingat aku hairan?
“Mak bagitahu
nama awak Mirul.”
aku jawab dengan
senyuman.
“Kalau saya
cakap, mak awak
salah dengar, awak
nak cakap apa?”
soal dia pula.
“Heeee. Mak
saya telinga lintah.
Kalau abah, harus
juga salah dengar.
Suruh picit urat,
dia pergi mengurat!”
aku membebel. Encik
Tunang Tubi tergelak
mendengar kata-kataku. Kuat
dia gelak sampai
berdesing telingaku.
“Awak maafkanlah
orang... maksud saya, Bad tu.
Kesian sangat-sangat saya kat dia...”
Encik Tunang Tubi tidak lama
selepas dia habis
gelak. Dia masih
menyuruh aku memaafkan
Bad. Kesian sangat-sangat? Alahai!
Kenapa entah dia
harus bersimpati pada
Bad? Dia belum
tahu siapa Bad!
“Awak tak jealous
ke kalau saya
baik dengan dia?”
soalku. Dia diam
lama.
“Saya tak
suruh awak berbaik
dengan dia. Saya cuma nak
awak maafkan dia. Tak elok
berdendam tau. Dengan
kawan serumah lagi
awak nak marah,
dengan Bad-ut tu
lagi. Awak tak
boleh berdendam macam
ni. Tak elok,
awak.” dia membebel.
Aku tersengih. Dia
ni sentiasa positif
aje kan? Kecuali
bila berkaitan dengan
Farhan! Whoops! Negatif!
“Saya tak
berdendam langsung dengan
dia, awak. Saya
cuma kurang suka
bila bab dia
menyakat saya tu.
Tapi kekadang, boleh
buat saya tersenyum
sendiri jugak bila
kenang balik.” aku
berkata jujur. Dia
tergelak kecil.
“Dia tu
saya rasa, mungkin
berstatus tunang pada
pandangan orang lain.
Tapi saya rasa
dia belum bertunang
kut... entah-entah dia
terkena macam awak
terkena dengan housemate awak...”
ujarnya. Aku mencemik!
Tak ada makna!
Takkanlah Irfan sengaja
nak reka cerita
bagi memotong market Bad?
Tak ada kerja.
Irfan bukan jenis
lelaki seperti itu!
Kalau Bad, aku
percaya la juga.
Yakin!!!
“Sudahlah bercakap
pasal dia. Cari
topik lain.” aku
mengalih topik. Malas
nak cakap pasal
Bad oh! Bosan
sangat. Hari-hari, setiap
masa asyik bercakap
pasal dia pada
Encik Tunang Tubi.
Tak selesa pula
aku.
“Awak dengan
Julia dah berbaik?”
soalnya. Aku berkerut.
“Mana awak
tahu nama dia?”
soalku. Setahu aku,
aku tak pernah
beritahu pun.
“Eh? Awak
ada beritahu semalam.”
ujarnya. Aku berkerut.
Aku cakap housemate je. Rasanya memang
tak ada aku
sebut nama Julia.
Eh? Mungkin ada
kut? Aku yang tak perasan.
Tambah-tambah bila dah
mamai macam malam
buta semalam. Selalu
sangat macam ni. Hailah, Mona!
Aku tepuk dahi.
“Saya tengah
mamai kut malam
tadi...” aku mengeluh
perlahan. Eh? Perut
dah kembali senyum!
Lapar tak ingat.“Eh,
awak... kita berbual
lagi nanti ya?
Saya nak sambung
memasak dulu.” aku
berkata.
“Oh! Baiklah,
Aira. Awak bagi jiran
awak sikit. Kesian
mereka tu.” Encik
Tunang Tubi berkata.
Aku mencemik. Tak
ada masa aku
nak bagi makanan
yang aku masak
kat diorang!! Nanti-nantilah aku
bagi...
“Hmmm. Tengoklah
macam mana, okey?”
aku tidak mahu
berjanji. Takut aku
ubah fikiran pula
nanti. Semuanya bergantung
pada perangai Bad.
Kalau elok dia
dengan aku, baru
aku bagi.
0 komen:
Post a Comment