Bab
12
“ASSALAMUALAIKUM..” Irsyad
memberi salam dengan
debaran yang menggila.
Haraplah mood Aiman okey
sahaja. Berkajang-kajang doa
yang telah dibacanya
sebelum memberi salam
kepada tuan rumah.
Berharap benar agar
Aiman sudi memaafkannya
atas apa yang
telah berlaku. Selepas
peristiwa enam tahun
lepas, dia tidak
lagi mendengar khabar
berita mengenai Aiman
dan Zara.
Mereka sudah
habis belajar. Sewaktu
menerima ijazah pula,
Aiman gagal menghadirkan
diri. Cuma wakilnya
sahaja yang tampil.
Itu pun Irsyad
tidak kenal siapa.
Mereka benar-benar telah
lesap!
“Waalaikumsalam...” jawab
satu suara garau
yang baru membuka
pintu. Eh eh!
Aiman! Badannya dah nampak tegap
sekarang! Lebih katang
dari dulu. Gulp.
Irsyad menelan liur.
Makin katang, makin
kuatlah! Bila makin
kuat, maka makin
barailah dia ditumbuk
dan dibelasah Aiman.
Lama wajahnya diperhati
oleh Aiman. Irsyad
semakin gugup. Ditenung
atas dan bawah
begitu.
“Lah!
Kau
Cat?!” terus tubuh
Irsyad dipeluk. Irsyad
ternganga. Aiman. Dia
tentu tidak tahu
menahu mengenai kejadian
enam tahun lepas!
Itu yang dapat
Irsyad rumuskan berdasarkan
layanan Aiman terhadapnya.
Lambat-lambat Irsyad membalas
pelukan Aiman.
Jika Aiman
masih belum tahu
perkara yang sebenar,
maknanya masalah semakin
besarlah! Bagaimana dia
hendak menceritakan hal
sebenar. Dia lebih
rela didebik terlebih
dahulu.
“Masuklah! Macam
mana kau tau alamat rumah
aku?” soal Aiman.
Irsyad membontoti langkah
Aiman ke dalam
rumah.
“Hadi. Aku
tunggu kau datang
rumah aku.” jawab
Irsyad. Aiman ternganga.
“Kau kenal
Hadi?” soalnya. Irsyad
mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Baru kenal...”
ujar Irsyad lantas
duduk di sofa
rumah Aiman setelah
dipelawa duduk.
“Aku tak
ingat macam mana
nak ke rumah
kau.” hanya itu
yang dibalas Aiman.
Dia berlalu ke
dapur setelah meminta
diri untuk membuat
air seketika. Irsyad merenung
ke segenap rumah
itu. Boleh tahan
besar. Aiman dah
berkerjaya sekarang nampaknya.
Seketika kemudian, Aiman
muncul bersama dulang
berisi cawan dan
jag air.
“Asal pindah
sini?” soal Irsyad.
“Saja. Zara
yang nak pindah
ke sini.” jawab
Aiman. Zupp! Nama
Zara dah disebut.
Tapi reaksi Aiman masih sama.
“Oh, adik
kau, Zara apa
khabar?” soal Irsyad
lagi.
“Hah? Tak
jumpa dia lagi
ke? Hadi dengan
Zara tu mana
pernah berenggang. Habis,
mana kenal Hadi
kalau Zara pun
kau tak jumpa
lagi?” soal Aiman
semakin pelik. Irsyad
tersentak. Cemburunya meruap-ruap
sesaat terdengarkan mengenai
Hadi dan Zara.
Namun disabarkan hatinya.
Kerana cemburu, dua
hati menderita. Dia tidak mahu
lagi berprasangka buruk.
“Jumpa. Tapi
sekejap. Tak sempat
nak bertegur.” jawab
Irsyad perlahan. Bukan
tak sempat. Tapi
Zara terlebih dahulu
melarikan diri.
“Eh, macam
mana kau tau
dia adik aku?”
soal Aiman pelik. Ya!
Memang dia tak
cerita.
“Bahari.” jawab
Irsyad sepatah.
“Kenapa kau
rahsiakan hubungan kau
dengan Zara dulu?”
kalau tak tentu
aku tak buat
benda bukan-bukan kat
dia!! Sambung Irsyad
di dalam hati.
“Saja. Dia
nak mengelak dari
lelaki ‘pelik-pelik’ yang
mengurat dia. Aku
pulak... kau tahulah,
kan? Nak mengelak
dari Zarina punya
pasal...” cerita Aiman
pula. Takut dia
membayangkan kegedikkan Zarina
dulu.
Irsyad mengangguk-angguk tanda
faham. Aiman punya
pasal, sampai sekarang
Zarina membujang. Kata
Zarina, Aiman cinta
pertamanya. Kalaulah Aiman
tengok keadaan Zarina
sekarang, tentu dia
akan terkejut! ‘Dan..
kalaulah Zara tahu
penderitaan aku. Seribu
kali dia akan terkejut! Tapi...
terkejutkah dia kalau
dia seribu kali
lebih menderita daripada
aku?’
“So,
Zara okey ke?”
soal Irsyad lagi.
Soalannya tadi tidak
dijawab.
“Itulah baru
okey sikit. Kalau
dulu, sebelum mama
papa kami meninggal...
aku sendiri naik
pelik dengan perangai
dia. Tak nak
bercakap. Tak nak
makan...” cerita Aiman.
Gulp! Irsyad menekur
lantai.
“Dia ada
cakap tak kenapa
dia jadi macam
tu?” soal Irsyad.
Aiman menggeleng-gelengkan kepalanya.
Tidak tahu menahu.
“Tak tahulah
dia. Aku syak,
dia rasa tak
sedap hati kut?
Yalah, selepas perubahan
perangai dia, terus
mama papa kami
pergi. Lepas mama
papa meninggal, lagi
teruk keadaan dia.
Sampai hantar ke
hospital. Teruk. Cengkung
bukan main lagi.
Lepas tu meracau-racau
dalam tidur. Jerit-jerit.
Aku tau dia
tak rela mama
papa aku pergi.”
cerita Aiman. Gulp! Lagi
sekali liur ditelan.
Irsyad semakin serba
salah.
“Dia... meracau
apa?” soal Irsyad
semakin takut.
“Entah. Jerit-jerit
cakap tak naklah,
janganlah! Entah apa-apa.”
Kata Aiman lagi.
“Hani adik
Hadi cakap dia
ada sebut nama
aku dalam tidur...”
Irsyad hendak menyoal
mengenai perkara itu.
Dan dia tahu
apa akibatnya bila
Aiman curiga nanti.
Cerita enam tahun
lepas menjadi ‘cagaran’.
Seramnya... namun dia
harus bersemuka dengan
amukan Aiman nanti.
“Ada.
Dia
memang suka sangat
dekat kau waktu
zaman belajar dulu.
Aku rasa dia
kecewa bila kau
pilih Shila dulu
kut. Adik aku
tu memanglah mudah
bawak masalah dia
masuk mimpi.” cerita
Aiman pula. Mukanya
macam tidak menyimpan
sebarang syak wasangka.
Air muka Irsyad
berubah. Zara pernah
sukakan dia? Pernah
SUKA pada dia?
“Asal kau
tak pernah beritahu
aku?” soal Irsyad
dengan nada suara
tersekat-sekat. Menggeletar tangannya
apabila mengetahui tentang
perkara itu. Semakin
dihunjam rasa bersalah.
Tentu Zara terlalu
membenci Irsyad bila
kepercayaannya diragut...
“Eeeii. Kau
gila? Malu adik
aku nanti.” Selamba
sahaja Aiman bersuara.
Air di atas
meja dituang dan diteguk. Dituang
untuk Irsyad. Irsyad
meneguk air itu
perlahan-lahan. Zara!
“Sekarang?” soal
Irsyad.
“Entah? Aku
tengok Hadi tu
macam berkenan kat
dia..” ujar Aiman
pula. Irsyad mendengus.
Jangan harap!
“Dulu dia
belajar kat Jengka
lagi ke?” soal
Irsyad lagi.
“Tak. Tukar
kampus. Entah dia.
Nak menyusahkan orang
buat surat bagai...”
cerita Aiman bersahaja.
Nampaknya Irsyad berminat
benar untuk mengetahui
lebih lanjut mengenai
Zara. “Eh, yang
kau tanya pasal
dia dari tadi
ni kenapa?” soal
Aiman pelik.
“Aku rindu
kat dia...” luah
Irsyad. Tergelak Aiman
dibuatnya.
“Haha! Mengarut!”
Aiman menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Betul. Aku
rindu kat dia.
Sangat...” ujar Irsyad.
Aiman tersengih. Gatal
Irsyad ni rupa-rupanya!
“Eh. Habis
tu Shila apa
cerita?” soal Aiman
tidak mahu mengulas
lanjut. Teringat pada
gadis yang menjadi
‘madu’ angan adiknya
dulu. Kalau dia
puji Shila, muka
adiknya berkerut seribu.
Tahulah dia yang
Zara ada hati
pada Irsyad. Cuma
malu nak mengaku.
“Ada... sihat.
Makin montel. Sekarang
duduk kat rumah.
Jaga anak.” cerita
Irsyad. Teringat pada Ami. Comel.
Macam mamanya. Tersenyum
Irsyad mengenangkan keletah
Ami.
“Wah. Dah
ada anak. Lama
kau orang bertahan
ye. Tak sangka
aku!” kagum Aiman
mendengarnya.
“Bukan akulah
suami dia. Aku
dengan dia mana
boleh menikah. Dia
tu anak susuan
mummy aku.
Mana ada aku
bercinta dengan dia. Anak
angkat mak bapak
aku tu.” cerita
Irsyad. Terkejut bila
Aiman menyangka dia
dengan Shila itu bercinta.
“Lah! Mati-mati
aku dengan Zara
ingat yang kau
bercinta dengan dia!
Sia-sia ajelah adik
aku patah hati
bila kau berdating dengan
Shila. Kesian Zara,
sampai mengigau dia.
Kecewa sangat dulu.”
Aiman berkata sambil
tersengih. Irsyad tersenyum
hambar. Apa reaksi
Aiman bila dia
tahu sebab sebenar
Zara mengigau dulu?
“Tak adalah.
Dia anak angkat
mummy. Kiranya
dia adik angkat
akulah.” cerita Irsyad
sambil tersenyum tawar.
“Kalau Zara
tahu pasal ni
enam tahun lepas,
mesti dia happy gila!”
selamba sahaja Aiman
bercerita. Irsyad tersenyum hambar.
Ya. Itu pun
kalau sebelum kejadian
tu...
“Kau bujang
lagilah ni, ya?”
soal Aiman. Irsyad
mengangguk-angguk. Inilah peluang
yang ditunggu-tunggu. Nak
masuk jarum!
“Lah... sayangnya.
Rupa ada. Badan
pun boleh tahan
katang. Nak tunggu
apanya lagi? Duduk
bersiul tepi jalan,
berderet perempuan beratur
tau?” soal Aiman
bersenda. Bahu Irsyad
ditepuk-tepuk ambil dia
tergelak. Irsyad tersengih.
“Tunggu Zara.”
Jawab Irsyad pendek
namun penuh maksudnya.
Bertambah kuat tawa
yang dilepaskan Aiman.
Berdekah-dekah.
“Buat apa
tunggu dia?” soal
Aiman setelah tawanya
reda.
“Entah. Dah
lebih enam tahun
aku tunggu dia.
Aku call dia guna
nombor telefon yang
ada pada Shila
tapi dia tukar
nombor nampaknya. Aku call
kau. Pun sama...”
jawab Irsyad jujur.
Terdiam terus Aiman
mendengarnya. Alahai! Ini
semua pasal diam-diam
jatuh cinta ke
apa ni? Belakang
telinga digaru.
“Dia tukar
nombor, aku pulak handphone kena curi!” beritahu
Aiman. Irsyad mengangguk-anggukkan kepalanya.
Patutlah begitu payah
untuk dia menghubungi
Aiman dan Zara.
“Asal tak
luah?” akhirnya Aiman
menyoal juga.
“Sebab setiap
kali aku mendekat...
banyak halangannya. Dia
tak suka layan
aku. Dia tak
pernah nak bercakap
dengan aku. Lepas
tu... aku ingatkan
dia awek kau...” ujar
Irsyad sambil tertunduk.
Sebab itulah dia
tega menyakiti Zara...
“Oh. Ha
ah. Kau ada
cakap tadi. Kalau
kau bagitau awal-awal,
aku rasa, dialah
orang paling happy.” komen
Aiman. Irsyad tersenyum
hambar. Dah tak
boleh putar balik
waktu. Kalau boleh
putar sekali pun,
dia hanya ingin
putarkan waktu semasa
dia merosakkan Zara.
Dia tidak mahu
kejadian itu terjadi!
Kenapalah dia tiada
iman ketika itu?!
0 komen:
Post a Comment