Bab 3
BUNYI
stereo yang bising
lagi membingitkan dari
dalam disko ini
menerbitkan rasa rimas
dalam diri aku.
Memanglah sebelum ini
aku sudah terbiasa
dengan bunyi yang
membingitkan telingaku seperti
ini tetapi tidak
pula pada hari
ini! Sudah hampir
lima bulan aku
tidak ke sini
sebenarnya. Sepatutnya aku
berhenti saja! Entah
mengapa, aku berasa
tidak mahu melepak
lebih lama di
sini. Hatiku berasa
gusar akan sesuatu.
Kerana apa? Adakah
kerana Zarul sudah
berjaya mencari pengganti?
Benarkah disebabkan itu? Atau disebabkan
pintu hatiku tidak
terbuka lagi untuk
ke tempat begini?
Mungkin sebab
yang pertama. Apa
kurangnya aku berbanding
wanita itu di
mata Zarul? Bukankah
aku ini lebih
cantik, seksi, berpengetahuan tinggi
dan pandai bergaya
berbanding perempuan selekeh
itu? Gosh! Aku
masih lagi pertikaikan
tentang pilihan Zarul
rupanya. Aku rasa
hati aku tidaklah
seremuk waktu pertama
kali melihat mereka
berpelukan tadi. Tapi,
kenapa hati ini
seperti tidak senang
melihat orang lain
bahagia?
Aku juga
yang sudah reda
dengan semua ini
bukan? Bukannya aku
ada rasa cinta
pada dia cuma
aku rasa iri
hati bila Zarul
menemui pengganti lebih
cepat daripada aku!
Pandai juga kau
mengayat orang ya
Zarul? Aku rasa
geram dengan kesenangan
yang orang lain
peroleh bila mana
aku dalam kesusahan
seperti ini. Aku
mengaku hati aku
busuk! Ada sahaja
kesalahan orang yang
aku hendak tegur
hari ini. Mungkin
kerana aku benar-benar
nak melihat ada
orang dalam kesusahan
sepertiku.
Sekurang-kurangnya, aku tidaklah
keseorangan menghadapi detik
sukar begini. Kejamnya
aku!
“Hey! Kalau
nak cari pengganti
pun, carilah yang
jauh lebih baik
daripada I, kay?
Yang lebih cantik,
lebih tinggi, lebih
mantap tubuh badannya,
barulah I tengok
pun jadi tergugat.
Ini tidak! Macam
nak pergi buat
lawak sarkas sahaja
bini you tu, Zarul!
Tolonglah! You memang tak
ada taste. Bad taste!” aku
mengutuk selamba sendirian.
Aku meneguk
lagi air di
dalam gelas runcing
itu. Sesekali aku
tersendawa. Mungkin kesan
daripada air yang
aku minum di
kelab itu. Sepatutnya
aku enjoy! Tidak cukupkah
sebotol Margarita yang
dibelanja sahabatku ini?
Andy. Dia memang
kaya, segak, bergaya
dan menggiurkan. Lebih
memikat hati berbanding
Zarul.Sumpah aku jatuh
cinta kepadanya dahulu
sewaktu pertama kali
aku mengenalinya di
sini. Namun, perasaanku
hanya sementara bila
aku tersedar akan
sesuatu. Sesuatu yang
membuatkan hati aku
remuk rendam!
Bukannya aku
hendak menuduh, tetapi,
dengan mata kepalaku
sendiri, aku pernah
nampak tangannya meraba
bontot dan memeluk
tubuh kaum Adam
juga! Siap lelaki
itu memegang tangannya
dan melekatkan tangan
Andy di punggungnya
lebih lama. Geli
betul aku melihatnya
sehingga aku menggeliat
kegelian dari dudukku!
Cis. Kau gay
rupanya Andy! Kau gay!
Entah macam mana
hati aku yang
tak berapa nak
suci ini boleh
terjerat dengan kau
dulu. Senyuman kau nampak menawan,
badan kau nampak
sasa dan seksi
malah mata kau
menikam sukma. Sehingga
aku terlelah sendiri
menatapnya. Tak kusangka
kau ini jenis
orang yang makan
kaum sendiri. Kau
kaum Lut! Aku
kecewa...
“Feel
better, honey?” soal Andy
yang baru sahaja
usai terkinja-kinja dengan
Awin dan Jeff
di ruang menari.
Andy dan Awin
ini bukannya rapat
mana. Kalau ikutkan,
Andy hanya rapat
dengan aku sahaja.
Yalah. Awin itukan
awek Jeff? Mahu
kena karate dengan
Jeff nanti kalau
dia rapat-rapat?
Andy mengajak
aku menari tadi
tapi aku tolak.
Aku tertekan. Bila
tertekan sangat, hendak
menari pun rasa
malas. Kalau orang
lain, tertekan sahaja
terus memilih untuk
menari tetapi tidak
aku. Aku tolak
Awin ke arah
Andy. Awin ajak
Andy menari. Sekejap
saja. Andy datang
pula padaku. Aku
tahu Andy tak
suka menari dengan
Awin. Awin itu
suka meraba bila
dia mabuk. Andy
kan gay? Manalah suka diraba perempuan
tambah-tambah Awinlah orang
yang merabanya!
Sahabatku yang
satu itu memanglah
lebih teruk perangainya
daripada aku. Namun,
jika sudah menelan
air haram ini,
aku juga teruk.
Malah lebih kurang
sahaja dengan Awin
pun. Dia teruk
cara lain, dan
aku juga teruk
cara lain. So, fair
and square, okay?
Aku diibaratkan
sebagai Raja Farah
dalam Aku Masih
Dara manakala Awin
diibaratkan seperti Yana
Samsuddin dalam filem
tersebut. Aku, nampak
saja liar tapi,
satu-satunya perkara yang
aku tak suka
buat adalah, mengorbankan
kesucian diriku. No! No! No! Mungkin
ramai yang akan
tuduh aku ini
seorang yang kolot
tapi, aku tetap
dengan pendirian aku.
Aku hanya boleh
dimiliki oleh seseorang
yang bergelar suami
sahaja!
Aku dapat
rasa Andy memeluk
bahuku. Aku mengelak
tetapi dia mengemaskan
pelukannya. Akhirnya aku
hanya membiarkan sahaja.
Aku tahu dia
tak ada apa-apa
rasa pun dengan
aku. Aku tahu
dia gay jadi, aku
tak rasa dia
akan ‘terliur’ dengan
aku. Aduhai Andy.
Janganlah kau buat
pasal. Nanti Mason,
lelaki yang kau
cabul dulu tu,
datang menetak aku
pula dengan pisau rambo.
Mana aku nak lari?! Pelik
juga aku. Ke
mana perginya Mason?
Si kekasih Andy
tu...
“Yup! I
rasa jauh lebih
baik sekarang. Can you
drive me home?”
soalku yang sudah
mula pening. Mungkin
sudah terlalu ‘high’ dengan
minuman yang entah
apa rasa di
tanganku ini. ‘Home’? Datang
dari mana ‘home’ aku?
Aku kan homeless? Aku
terlupa pula pada ‘home’
aku yang telah
disita tadi. Aduhai.
Ke mana aku
nak jejak selepas
ini?
“Sabarlah sayang.
Takkanlah nak balik
dah? Biasanya you yang
paling liat nak
balik! You look
sad! Shall I treat you a
bottle of Cordon
Bleu to make you happy?”
soalnya dengan kening
terangkat sebelah.
Nakal sungguh
mukanya. Aku masih
lagi pelik, kenapa
hari ini Mason
tidak turut serta
ya? Biasanya Andy
dengan Mason itu
macam belangkas. Tak
pernah berpisah! Ke
mana-mana, pasti berdua.
Macam buddyz Digi. Dia
tidak ditemani oleh
sesiapakah? Dia masih
memandang aku dengan
muka nakalnya. Aku
berfikir-fikir seketika. Tadi,
dia kata dia
mahu belanja Cordon
Bleu? What?! Cordon Bleu?!!
Oh
damn! Sebotol
air Cordon Bleu
itu mencecah ribuan
ringgit. Paling murah
pun mungkin lima
ratus! Tapi itu
yang high class la.
Aku tahu jenis
Andy ni suka
yang high class. Standard
dalam enam atau
tujuh ratus lebih.
Gilalah! No way this
man is going
to treat me
that drink! Memang
membazir habis! Rugi
betul. Boleh beli
sepasang kasut Prada.
Atau mungkin dua
tiga pasang lagi!
Entah? Dah lama
aku tak keluar
bershopping. Sengkek!
“I
love it but,
I tak boleh
lama-lama kat sini.
Kepala I sakit.
I
can’t stop thinking
about that jerk
man, about my
problem. About my house!
Oh! Dah kena
sita rupanya. Rumah
I kena sitalah,
Andy! Barulah I
teringat!” bebelku sambil
menepuk-nepuk dahi yang
sudah pening-pening lalat
dan tergelak kecil.
Mentertawakan diri sendiri
yang loser. Aku pun
tak berapa peka
dengan apa yang
kukatakan kepadanya, namun
yang pasti, aku
cakap ikut sedap
rasa saja. Aku
cakap tentang masalah
aku, for sure!
“It’s
okay honey, I’m
here. You boleh luahkan
apa sahaja yang you
rasa sekarang! Everything that
make you feel
better.” ulang lelaki
itu penuh yakin.
Dia memang seorang
sahabat sejati walaupun
bukan lelaki sejati.
Beruntungnya aku punya
dia sebagai sahabatku.
“Not
here!” ujarku manja.
Aku menekan-nekan jari
telunjukku ke dadanya.
Bibir aku gigit
senget dan mengerlipkan
mataku penuh menggoda
ke arahnya. Dia
turut menggigit bibirnya.
Senget dan seksi.
Matanya dikenyitkan dan
dia merangkul pinggangku.
Hey Emma, dengan
gay pun
jadi ye?! Aku
menolak tangannya. Tidak
berapa selesa dengan
status gaynya.
Pening dan
serabut mungkin yang
menyebabkan aku jadi
gedik melampau sebegini. Biasanya, kalau aku
mabuk, aku pakai
rengek sahaja pada
Andy. Alah. Apa
aku kisah? Rakan-rakanku
ini semuanya jenis
tak ‘makan’ kawan.
Tambah-tambah Andy ni.
Rasa selamat sangat
dengan dia.
Sudah cecah
dua tahun aku
mengenali Andy dan
Jeff. Tapi, segalanya
tentang mereka, masih
menjadi rahsia. Walau
bagaimanapun, sekarang aku boleh dikatakan,
mereka sahabat sejati
aku kerana mereka
sentiasa ada di
saat aku memerlukan
mereka. Aku pun
tak pasti macam
mana Andy boleh
terjebak dalam persahabatan
aku dengan Awin.
Pada awalnya kami
sekadar bertukar-tukar nombor
telefon sahaja. Selepas
itu, Andy menghubungi
kami dan meminta
kami untuk menemaninya
untuk ke night club
dan shopping complex. Rupa-rupanya
dalam masa itu
Jeff sudah terjerat
pada Awin.
Selepas keluar
beberapa kali, hubungan
kami jadi rapat.
Lebih rapat. Melainkan,
Andy selalu bawa
Mason bersamanya. Andy
jarang beriringan denganku
jika ada Mason.
Mungkin nak menjaga
hati kekasihnya kut?
Entah?
“Okey, come!” ajaknya
seraya menarik tanganku
mengikutinya keluar daripada
kelab itu. Aku
rasa hendak termuntah
tetapi kutahankan saja.
Risau pula tempiasnya
bakal terkena pada
baju berjenama Adidas
milik Andy itu.
Mahu dia samak
bajunya selama setahun.Dia
memeluk bahuku. Aku
melentokkan kepalaku ke
bahunya. Ah! Lega
sedikit rasa. Ada
bahu untuk aku
tumpangkan kepalaku yang
dah naik pening
ini. Kalau tidak,
cara aku berjalan
macam orang tak
ada tulang kaki.
Nampak macam sepasang
kekasih yang sangat
daring, tetapi
kami hanya sepasang
sahabat sejati yang
sangat caring
“Emma mia amor,
I’ve told you already!
Tak perlu fikirkan
lelaki macam dia
tu! Dia tidak
layak untuk you. Buat
bazir air mata you
sahaja. Now look! What have
he done to you? Dia
dah lukakan hatiyou, tahu
tak?! I tengok
pun jadi terluka
sama. I tak
boleh tengok you dalam
keadaan macam ni,
Emma! I want my
Emma back. Jujur
I cakap, you tak
cantik langsung sekarang.”
bebel Andy prihatin.
Dia kutuk aku?
Apa nak hairan.
Lantaklah! Dia berusaha
mengimbangi badannya yang
menampung berat aku.
Dia panggil aku ‘mia
amor’?
Agaknya warga gay
memang prihatin beginikah?
Luka hati aku
bukan kerana Zarul
tetapi lebih kerana
rumah yang sudah
menjadi pelindung aku
selama dua puluh
empat tahun itu!
Aku benar-benar terluka
dengan segala apa
yang aku lalui
dalam tahun 2013
ini. Semua orang
berpakat meninggalkan aku!
Hanya sahabat-sahabatku sahaja
yang tinggal...
Aku mula
menangis. Terharu. Entahlah.
Emosi aku tidak
tenteram sekarang. Apabila
dia melihat aku
berterusan menangis, dia
cepat-cepat membuka pintu
kereta mewahnya. Porsche!
Mungkin model 911
GT2. Damn hot!! Terhenti
seketika nafasku melihat
kereta mewah ini.
Kenapalah aku baru
perasan akan kewujudan
kereta ini?
Tak hairanlah
jika dia boleh
berbelanja sakan. Memang
dia kaya. Totally rich
but he is
a GAY! Remember that,
honey! Aku terhenti
di hadapan keretanya.
Biasanya dia hanya
memandu kereta Mini
Coopernya sahaja. Sahaja?
Gulp! Belum pernah
aku menaiki kereta
mewah terlajak seperti
ini. Mini Cooper
pun mewah juga,
cuma, tidak kelihatan
eksklusif macam Porsche
ini. Kacaknya Porsche
ni...
Sekarang, aku
berkira-kira untuk menangis
atau terkinja-kinja di
hadapan kereta ini.
Mewah gila, wey!
Rugilah kalau aku
membazirkan masa aku
yang ada dengan
hanya menangis. Tapi,
kalau aku terkinja-kinja tak
tentu pasal, apa
pula kata Andy
nanti?
Akhirnya, aku
menyambung kembali tangisanku
yang terhenti tadi.
Andy menolakku masuk
ke dalam kereta.
Cis! Tak gentle langsung.
Nyaris aku tersungkur
ke dalam kereta.
Mujur juga skirt paras
pahaku tidak terselak.
Kalau tidak, okey, youwatch
a free live
show today, Andy!
Selepas itu dia meminta
maaf berkali-kali. Tahulah
aku bahawa dia
tidak sengaja tertolak
aku rupanya. Mujur
aku tak buka
silat. Itu pun
kalau aku pandai
bersilatlah.
Kami berdua-duaan
di dalam kereta.
Dia memulakan perjalanan
kami yang entah
ke mana dengan
berhati-hati. Mula-mula sahajalah
dia berhati-hati, lama-kelamaan, keretanya
semakin memecut laju.
Sehinggakan badan aku
terkebelakang dengan kelajuan
melampau dia memandu.
Entah ke mana
dia tuju, aku
pun tak tahu.
Memang dia pemandu
yang cekap.
“Sayang, stop crying.
Please?” dengan
mudah sahaja dia
memanggil aku dengan
panggilan ‘sayang’. Geli
aku rasa. Yalah,
dia itukan spesies
suka apa yang
dia dah ada? Damn
Emma! Carilah istilah
yang lebih sesuai
dan tidak kedengaran
‘jijik’ macam itu, kay?!
Please, think
first before you
say. Mujurlah istilah
itu hanya bergema
di dalam hati
nurani ini sahaja.
Pheww! Kalau
Andy dengar, mahu
meraung lima kali
sehari dia mendengarnya.
“How
can I stop
crying? Tiga jam
lepas, I tengok
dia peluk perempuan
lain. Dan tiga
jam lepas jugak
I dapat tahu,
yang mereka sudah
berkahwin! Lepas tu,
rumah yang I
duduk selama dua
puluh empat tahun
sudah kena sita,
Dee! Beritahu I,
macam mana I
nak happy dengan berita-berita
ni? Should I say
‘yeay’ and celebrate
this day?” soalku
sambil menangis lagi.
Aku sudah tidak
kisah pada rasa
malu lagi.
“Sudahlah, you
deserve a better
man in your
life. Berlambak lagi
lelaki yang nakkan
you. You tak
perlu fikirkan masalah
rumah you tu. You ada
I. See, kalau you tak
mabuk hari ni,
entah sampai bilalah
I tak tahu you
ni dah homeless. Why?You
tak share dengan I
pun masalah you.
How
could you? You sendiri
tahu kan, I
takkan pernah tinggalkan
you? You ada
I untuk mengadu.”
ujar Andy memujuk.
Tangannya menggenggam jemariku
lalu dibawa ke
bibirnya. Cis! Dia
cium tangan aku?
Adakah aku kena
samak selepas ini?
Euwww!
“I
have no one!
Semua orang yang
I sayang, dah
tinggalkan I. Daddy I, Mummy
I! Sister Ella I!
I tak ada
sesiapa lagi dah.
Sedangkan rumah pun
I tak ada. You
sendiri boleh fikirlah
tahap malang I
ni memang teruk!
Lepas ni, kawan-kawan
I pasti akan
meninggalkan I pula
sebab I memang
loser!!” rintihku
lagi. Kecewa sangat
dengan semua yang
menimpa aku.
Sebak rasa
hati. Dengan penceraian
mummy dan daddy
aku. Daddy membawa diri
balik ke negara
asalnya, Kanada. Mummy pula
baru tujuh bulan
lepas meninggal akibat
kanser payu dara.
Ella menetap di
Kanada bersama dengan
Daddy. Daddy sedikit
pun tidak mahu
aku kembali ke
pangkuannya. Kata daddy, aku
bukan anak yang
baik. Benarlah! Aku
menjadi begini kerana
penceraian mereka pada
enam tahun lepas.
Aku jadi liar!
Ya, aku mengaku.
Aku tertekan dengan
pergaduhan mummy dan daddyku pada
setiap hari disebabkan
olehku!
“At
least, you ada Awin. You
ada I. You have
my shoulder to
cry on.” pujuk
Andy lagi. Lebih
lembut.Kali ini kereta
mewahnya sudah pun
berhenti di tepi
tasik. Dia memeluk
bahuku, memberiku seribu
kekuatan. Itulah Andy,
pemuda yang tidak
pernah lokek menghulurkan
bantuan dan memberi
kata-kata semangat. Dia
tidak pernah berkira-kira
untuk meminjamkan bahunya.
Dia baik!
“That’s
what I wanna
hear!” ujarku seraya
membalas pelukannya.
“Yup, I
always be here
for you. You own
my shoulder!” ujarnya sambil
mengusap bahuku lembut.
Keadaannya sama seperti
sang kekasih memujuk
aweknya yang merajuk
hati saja. Lega
hatiku mendengarnya.
“I
feel like, diri
I ni useless!” luahku
lagi. Andy mengeluh
mendengar kata-kataku.
“No you don’t!”
sekali lagi Andy
cuba menyedapkan hatiku.
Aku berterusan menangis
sampai basah baju
Andy dengan air
mataku. Biarkan! Siapa
suruh dia untuk
menjadi guru kaunseling
tak bertauliahku? Siapa
suruh dia offer bahunya
untukku tadi?
“Dee,
why....” baru lagi
aku hendak menyoal
tentang ‘fitrahnya’, telefon
bimbitnya berbunyi. Oh!
Bukan lagi telefon
bimbit tetapi telefon
pintar! Mewahnya. Touch sana, touch
sini. Slide sana slide sini.
Untung benar! Hidup
aku dulu, macam
itu jugak sehinggalah
mummy dan daddy
bercerai. Terus hidup
kami jadi papa
kedana.
“Yeap
mama? What’s up?” soalnya
selamba setelah telefonnya
dibawa ke telinga.
Wow! ‘what’s up’? Seriously, bercakap
dengan mama, macam
itukah? Lagi satu,
lewat benar mama
dia tidur? Sudah
jam dua pagi
ni! Baru lagi
aku hendak membuka
mulut, dia terlebih
dahulu mengisyaratkan aku
untuk diam. Risau
didengari mamanya mungkin?
But why?
“Yaa, Fendy
tak tidur lagi,
ada kerja. Fendy
balik minggu ni
macam biasalah. Mama
ni kenapa tak
tidur lagi?” ujar
Andy tidak lama
kemudian. Fendy? Aku
rasa hendak tercekik
tulang saat itu
juga. Tapi, mana
datang tulangnya? Bukan
main sivik lagi
dia bahasakan dirinya.
Jadi, nama dia
sebenar, Fendy? Sudah
lama aku berkawan
dengan dia, baru
hari ini aku
tahu nama dia
Fendy? Memanglah aku
ni tak alert langsung!
Dia ada kerja?
Menipu erk?! Takkan
dia nak jujur
dengan mama dia
pula, kan?
“No,
no
no! Mama! Mama
dah janji takkan
desak-desak Fendy, kan? Remember
that?” suaranya mula
menaik. Aku nampak
dahinya berkerut! Aku
juga jadi berkerut.
Desak apa? Mama
dia mendesak dia
melakukan sesuatu yang
dia tak rela? Curious
ni. Kalau aku
buka mulut kang,
bimbang penampar Andy
naik pula ke
muka. Muka dia
macam tengah stres
tu.
Aku yang
terkejut dengan nadanya
itu hanya memerhati
sahaja tingkahnya. Alahai.
Sweetnya. Bercakap
dengan mama menggunakan
bahasa Fendy-mama! Baby boy!
Kalaulah mama dia
tahu yang dia
ini seorang gay dan
kaki kelab, mahu pengsan
setahun orang tua
itu dikerjakan anak
tunggalnya ini.
“Yeap!
Ya mama, dialah
orangnya. Like I said
before, just give me
some more times!
I’ll consider that.
I will, mama!
Promise!” seperti
orang kalah perang
sahaja bunyi nada
suara Andy. Manja
amat. Sayu saja
wajah yang dipamer.
Bagaikan sedang merintih
di dalam hati.
“Okay,
ma. I’ll inform
you later.” ujarnya
seraya mematikan panggilan.
Dia mengeluh berat.
Saat itu aku,
sudah pun tenang.
Aku pandang dia
yang tertunduk. Bersedih
nampak gayanya. Aku
tersenyum kelat.
“Do you want
me to lend you my
shoulder?” soalku. Dia
tersengih tidak lama
kemudiannya. Lucukah? Tentu
dia berfikir yang
aku sengaja hendak
mengenakan dia. Bukan
niatku untuk mengejeknya
tapi, benarlah, dia
nampaknya macam memerlukan
bahuku. Dia dalam
masalah. Perasaanku sudah
pun reda sedikit.
“I’m
okay!” ujarnya yakin.
Dia mengusap kepalaku
dengan selamba. Oh,
itu tabiatnya! Suka
membuatkan rambutku jadi
serabai dan akhir
sekali, kepalaku menjadi
mangsa kucupannya. Alah.
Dah biasa terjadi
pun. Andy memang
penyayang. Sayang sekali
dia tidak menyayangi
aku atau mana-mana
perempuan lebih dari
seorang kawan.
Kami kemudiannya
keluar dari kereta
dan berjalan di
sekitar tasik Putrajaya
itu dengan berpimpin
tangan. Kami duduk
di atas kerusi
kosong yang tersedia
di situ. Bersebelahan.
Dia menongkat kedua
sikunya ke kedua
belah lutut dan
tertunduk memandang ke
bawah. Aku pegang
lembut bahunya kemudian
aku picit-picit perlahan.
Memberi kekuatan kepadanya.
Aku tahu dia
ada masalah.
“Kenapa?” aku
tanya dia. Dia
menggeleng-gelengkan
kepalanya. Dia ini
memang perahsia amat
orangnya!
“Temankan I.”
dia mengarahkan aku
untuk menemaninya. Sekarang,
aku dalam masalah!
Dia juga sama.
Kami memang sahabat
sejati, kan? Sampaikan
dapat masalah pun
di waktu yang
sama.
“Thank
you, Dee... for
being here.” aku
berkata perlahan.
“A
friend in need
is a friend
indeed... just
remember that, hun.”
bisiknya. Aku tersenyum.
Dia menggenggam tanganku
erat. Aku hanya
memandang sayu genggaman
tangan ini.
‘Jangan lepaskan
genggaman tangan ni,
Dee. Tanpa you, I
tak kuat,’ hanya
hatiku sahaja yang
mampu bersuara...
0 komen:
Post a Comment