Bab
15
“AKU
benci dia!! Aku
benci dia!!!” raung Abby sekuat
hati. Diela di
sebelahnya sudah hijau
muka! Tidak pernah
sekali pun dalam
seumur hidupnya, dia
melihat Abby meraung
seperti ini. Macam
isteri yang ditinggalkan
suami! Habis barang-barang
yang ada di
atas katil dicampak
ke lantai. Diela
mengurut dadanya. Belum
pernah Abby berkeadaan
sebegini. Dia jadi
takut! Selama ini, Abby tersangat
cool!
Abby menendang selimut
dan bantal di
atas katilnya sehingga
tercampak ke bawah.
Tidak cukup dengan
itu, bantal hiasan
di tangannya dicekup-cekup
geram. Raungan masih
kekal raungan. Kuat
dan teramat membingitkan
telinga.
“Aku tahu kau
bencikan dia. Tapi babe,
hidup mesti diteruskan
juga,” Diela memujuk
Abby yang sudah
teresak-esak menangis itu.
Dah macam budak
patah gigi pula!
Kesian sungguh dia
melihat Abby yang
sentiasa bernasib malang
itu. Aduhai Abby!
Bahu Abby dipicit-picit
lembut. Memberi semangat
dan memujuk lembut.
“Aku tak nak
tengok muka dia
dah! Tak nak!!
Aku benci dia!
Benci sangat-sangat!! Kenapa
aku harus bekerja
dengan bos yang
macam hantu tu,
Dee?” raung Abby
lagi. Kali ini
bertambah kuat. Rambut
yang bersanggul dan
sedia berserabai itu
diserabaikan lagi sehingga
terlepas sanggulnya. Memang
muka Abby waktu
ini boleh masuk
pertandingan Muka Paling
Hodoh Antarabangsa, Diela
rasa.
“Alah. Kan aku dah pernah
cakap, dia tu
memang hantu,” Diela
berkata perlahan. Memujuk
hati si teman
karibnya. Abby masih
lagi tersedu-sedan. Geram
betul dia diayam-ayamkan oleh
Arrayyan dengan teruk
sekali. Teruk sungguh
Arrayyan ni!
“Apa yang dia
dah buat kat
kau sebenarnya? Kenapa
dari tadi kau
tak henti-henti menangis
ni?” soal Diela
prihatin. Sudah hampir
satu jam si Abby ni
menangis tanpa henti.
Dia sudah naik
risau dengan apa
yang menimpa Abby.
Jangan-jangan, Arrayyan cuba
hendak memperkosa Abby
tak?! Ternganga dia
dengan tanggapan itu.
“ABBY,
masuk bilik saya
sekarang!” jerkah Arrayyan
melalui interkom. Abby
melatah bagai nak
gila. Hai! Tak
pernah hayat pula
dia menjerkah melalui
interkom. Dah nak
mati besok ke
apa? Hati Abby
menggumam geram. Penat
dia mengawal latahnya
agar tidak kedengaran
yang bukan-bukan lagi
selepas ditegur tadi!
“Ya bos?” soal Abby sebaik
sahaja dia dibenarkan
masuk ke dalam
bilik pejabat bosnya.
Dia memandang muka
Arrayyan yang sudah
mencuka itu dengan
pandangan takut-takut. Ada
apa pula ni?
Baru lagi tadi
dia berjaya mencari
fail dari Syarikat
Season itu sebanyak
lapan buah, masih
tidak cukup lagikah
pada Arrayyan?
“Awak ni, tadi
saya suruh awak
carikan saya fail
dari mana?” soal
Arrayyan tegas. Matanya
mencerlung memandang ke
arah Abby yang
terkulat-kulat di hadapannya
itu. Serius benar
muka Arrayyan memandangnya.
Langsung tidak berkelip.
Tajam dan menikam!
“Bos minta saya
carikan bos fail
dari Syarikat Season
kan?” soal Abby
dengan dahi berlapis-lapis. Nasib
dahi dia tak
berwarna-warni aje. Kalau
tidak, tentu orang
dah fikir ada
kek lapis atas
dahi dia!
“Ya, saya minta
berapa banyak?” soal
Arrayyan yang sudah
berdiri tegak di
hadapan Abby. Kedua
belah tangannya seperti
biasa, diselukkan ke
dalam kocek. Anak
matanya tajam merenung
mata bulat Abby.
Dia mengecilkan sedikit
matanya. Sengaja hendak
menunjukkan riak serius
supaya Abby takut
dengannya. Nakal!
“Err.. bos mintak
sekurang-kurangnya, lapan,” Abby
tergagap-gagap. Abby mula
tidak yakin. Lapan
ke sembilan? Rasanya
lapan! Ke berapa
eh?
Tak tahulah kenapa
jantung dia rasa
berdegup kencang bila
ditenung sebegitu dalam
jarak yang teramat
dekat. Rasa macam
tak boleh bernafas!
Mata Arrayyan... cantik!
Betul. Inilah pertama
kali dia melihat
mata secantik ini.
Bulatnya, boleh tahan.
Redup aje. Bibir
pulak... alahai. Seksinya.
Rasa nak simpan
buat stok cium!
Cheh gatal.
“Awak memang tak
pandai mengira ya?
Matematik dapat berapa
waktu Darjah Satu
dulu?” soal Arrayyan
tegas. Giginya terkacip-kacip menahan
rasa marah. Abby
berkerut. Apa ni?
Darjah Satu? Lama
mana dah aku
tinggalkan zaman tu?
Mana nak ingat?
Tapi dia memang
terror dalam
subjek Matematik di
zaman sekolahnya. Rasa-rasanya
dia dapat 97
peratus dalam peperiksaan
akhir Darjah Satu
dulu.
“Bos? Maafkan saya?
Saya tak faham,”
soal Abby pelik.
Maksud Arrayyan, dia
tersalah kira fail?
Takkanlah dia tersalah
kira kut? Hampir
lima kali juga
dia mengira bilangan
fail itu dengan
Azham tadi. Rasa-rasanya,
kebarangkalian untuk dia
tersalah kira fail
itu tersangatlah tipis!
“Fail tu hanya
ada tujuh. Mana
lagi satu?” soal
Arrayyan dengan dada
yang naik sedikit.
Mungkin sedang mengumpul
amarahnya di situ
sebelum dihamburkan sekuat
hati.Abby terbelalak bagai
nak gila. Bukankah
sudah cukup lapan
tadi?
“Eh, tadi dah
cukuplah bos! Serius.
Memang dah cukup.
Saya kira dengan
Zaham sebanyak lima
kali! Kami kira
sama-sama tadi. Memang
ada tujuh. Lepas
tu, saya jumpa
lagi satu yang last
tadi,” Abby menegakkan
keadilannya. Tegang tekaknya
akibat bercakap dengan
nada yang agak
tinggi membela diri.
Dia membelek-belek fail
di atas meja
Arrayyan. Aik? Ada
tujuh?
Arrayyan rasa tercabar
bila Abby menyebut
nama Azham! Biarpun
Abby hanya cakap,
‘kami kira sama-sama
tadi’, namun dia
sudah rasa macam Abby cakap,
‘kami tidur sama-sama
tadi’. Cemburunya berada
di tahap paling
bahaya! Selagi Abby
tidak berhenti menyebut
nama Azham dan
juga perkataan ‘sama-sama
dengan Azham’ itu
tak dibuang, selagi
itu Abby akan
didera mental dan
fizikal!
“Azham, Azham, Azham!!!”
Arrayyan menjerkah geram.
Bahu Abby terhinggut
bersama latahannya.
“Azham, Azham, Azham!!”
menyedari latahannya menyebabkan
mata Arrayyan terbuntang,
Abby cepat-cepat menekup
mulutnya menahan rasa
lucu. Tentu Arrayyan ingat, Abby hendak
menganjing-anjingkan dia!
‘Maafkan saya, bos.
Saya tak sengaja.
Malang betul nasib
saya ni dapat
bos yang kuat
menjerkah macam awak!
Bertambah teruk latah
saya. Hantu punya
bos!’. Abby bermonolog.
“Awak ni!!! Ada chance
jugak saya cekik sampai
biru kat sini
nanti!!” Arrayyan menjegilkan
biji matanya dengan
gigi yang terkacip.
Kedua belah tangannya
dinaikkan dengan gaya
ingin mencekik Abby. Marah betul
dia.
Biarpun Abby hanya
melatah, tetapi, latahan
Abby itu membuatkan
dia rasa seolah-olah
diejek oleh gadis
itu! Kalau boleh
dia boleh hadiahkan
pelempang kat pipi Abby, sudah
lama dia beri Abby rasa.
Tapi dia bukanlah
jantan dayus meskipun
sudah kali keberapa
juga dia hampir
naik tangan dengan
Abby! Betul-betul menguji
minda dan mencabar
keimanan dia. Belum
pernah dia berhadapan
dengan gadis yang
terlalu complicated macam Abby
ni.
Siapa sangka, luaran
pekerja yang tampak
skema seperti Abby
ini rupa-rupanya mempunyai
mulut pedas dan
longkang macam sambal
petai! Ada sahaja
jawapannya yang buat
Arrayyan semakin senak
dada bila berhadapan
dengannya. Dengan mukanya
yang terlalu innocent dalam
menghamburkan jawapan membuatkan
Arrayyan rasa nak
pitam!
“Saya minta maaf,
bos,” Abby cepat-cepat
meminta maaf meskipun
senyumannya tidak lagi
dapat disembunyikan. Muka
Arrayyan yang sedang
mengetap gigi menahan
geram itu sungguh
melucukan! Rasa macam
nak gelak golek-golek
kat situ juga!
“Hoi!!” jerkah Arrayyan
geram. Geram dengan
reaksi Abby yang sedang menahan
tawa itu. Dia
tidak buta menilai,
okey?!
“Hoi!” Abby menjerkah
balik bersama hadiah
tapak tangan di
pipi Arrayyan. Arrayyan
ternganga bila ditampar
oleh Abby. Kuat!
Sangat kuat sehingga
telinganya rasa berdengung.
Boleh bergegar gegendang
telinganya kerana ditampar
oleh Abby. Terasa
dunia ini berhenti
berputar. Malunya! Jatuh
maruahnya apabila ditampar
oleh seorang gadis
yang kelihatan lemah
ini. Malu kerana
ditampar oleh seorang
pekerja! Mujurlah Abby
tidak menamparnya di
khalayak ramai!
“Awak... berani awak
tampar pipi saya?!”
ayat yang biasa
dituturnya. Dia membuntangkan
mata dan memegang
pipinya yang terasa
pijar. Kini perlahan
sahaja suaranyanya kerana
tidak menyangka langsung
akan buah tangan
daripada Abby itu.
Kalau nak cium
pipi aku tak
apalah juga! Ini
dia.. TAMPAR!!
“Ma.. ma.. maaf
bos.. sa.. saa..
saya tak sengaja,”
Abby tergagap-gagap. Kalau
sebelum ini dia
tidak rasa bersalah
kerana menampar pipi
Arrayyan tetapi hari
ini tidak lagi.
Bila tangannya sudah
naik pijar begitu,
apatah lagi pipi
Arrayyan yang menerima
‘cenderahati’ itu. Lagilah
parah! Tangannya menggigil-gigil ketakutan.
“Awak ni memang
dah melampau sangat
Abby! Melampau!!!” jerkah
Arrayyan sekuat hati.
Bahu Abby terhinggut
tanpa mengeluarkan latahan
akibat terlalu terkejut.
Senak dadanya dimarahi
begitu oleh Arrayyan.
Arrayyan jahat! Kuat
menjerkah.
Pekerja di luar
yang sibuk membuat
kerja terhenti dari
melakukan kerja apabila
mendengar jerkahan Arrayyan
yang dahsyat itu.
Mereka semua tertilik-tilik ingin
tahu apa yang
terjadi di dalam
pejabat bos. Yang
pasti, tiada suara Abby melatah!
Tentu Abby dah
terkejut tahap cipan
tu bila dia
tak melatah.
Jangan-jangan, Abby dah
mati keras dalam
tu tak? Sedangkan
mereka yang berdiri
di luar ini
pun masing-masing terhinggut
bahu mendengar jerkahan
dari bilik yang pintunya
tertutup rapat itu,
inikan pula Abby
yang berada bersama
bos di dalam
bilik sana?
“ABBY..” Arrayyan
cuba memujuk bila
melihat air mata Abby sudah
luruh. Inilah pertama
kali dia melihat
Abby menangis tersedu-sedan
tanpa bersuara. Sumpah
Abby nampak cantik
dalam keadaan begitu.
Comel! Tetapi, apabila
melihat air mata Abby mengalir
laju membuatkan hati
keras Arrayyan jadi
sayu sendiri. Abby
menangis seteruk itu
disebabkan olehnya. Dan
hatinya menjadi tidak
enak.
Bukankah Abby itu
hatinya keras? Sebelum
ini, dia boleh
aje terima jerkahan
walaupun dengan kuat.
Tak sangka langsung
hari ini, Abby
akan menangis! Rasa
bersalah mula menghunjam
diri. Dia sedar,
dia sudah menggunakan
volume suara
yang paling tinggi
yang masih belum
pernah digunakan sebelum
ini. Dan volume setinggi
itu dijerkah kepada
seorang gadis.. lebih
parah lagi, gadis
yang disukainya!
Rasa hendak menghantukkan
kepalanya ke dinding
sekuat hati. Kenapa
hati ini tak
tenang melihat air
mata Abby? Niat
asalnya yang memanggil
Abby tadi hanyalah
untuk mengenakan gadis
itu tadi. Fail
yang dimaksudkan olehnya
tadi sebenarnya ada.
Dia cuma menyorokkan
fail itu di
dalam lacinya supaya
Abby kelam-kabut mencari
fail yang lain.
Hati dia berasa
bengang dengan kemesraan
Abby dengan pekerja
lelaki lain terutamanya
Azham tadi! Tercabar
dengan sikap Abby
yang selalu tidak
mengendahkan kewujudan dia
di pejabat itu!
Helo, dia itu
jauh lebih kacak
daripada Azham kay?
Kenapa asyik-asyik Azham sahaja
yang Abby sebut?
Yang Abby cari?
Tak sangka pula Abby akan
menaikkan darahnya. Dia
rasa tercabar bila Abby dengan
selamba melepaskan tawa
kecil apabila dimarahinya.
Geram. Sebab itulah
dia menjerkah ‘hoi’
itu tadi.
Bila hati dah
sedia geram, Abby
tambah lagi dengan
menghadiahkan dia sebutir
penampar, lagilah dia
rasa nak mengamuk!
Itu yang jadi
dia terpekik kuat
tu. Nak naik tangan, tak
sanggup! Hanya mampu
naik suara sahajalah.
Abbymasih statik di
tempat dia berdiri.
Tak berganjak walau
sedikitpun. Hanya bahunya
sahaja yang terhinggut-hinggut menahan
sedu.
“Abby, saya...” belum
pun dia sempat
berterus-terang, Abby segera
berlari keluar meninggalkannya sendirian.
Arrayyan semakin ditebak
rasa bersalah. Kenapa
dia rasa tak
sedap hati ni???
Kepalanya digaru-garu serabut.
Abby.. nama itu
hanya berjaya diseru
di dalam hati
saja.
“KAU
ni sebenarnya rasa
bersalah kan sebab
dah tertampar pipi
dia?” Diela meneka.
Abby tertunduk. Sesudah
habis bercerita, barulah
Diela membuka suara.
Diela memang pendengar
yan setia. Yalah,
apa guna ada
telinga besar sebesar
gajah kalau tak
pandai mendengar, ya
tak?
“Aku rasa bersalah
sebab tertampar dia.
Ya! Tapi tak
perlulah dia jerkah
aku sampai macam
tu. Aku pun
ada jantung yang
nak berfungsi dengan
elok!” Abbymenangis lagi. Sudah habis
dua kotak tisu
Diela diambilnya. Semuanya
bergelimpangan di atas
katil.
“Dahlah. Janganlah sampai
macam ni. Nanti
dia eloklah tu,”
Diela cuba memujuk
rakan karibnya. Abby
menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia
bukan sahaja kecewa
dijerkah sebenarnya. Dia
terlalu kecewa pada
banyak perkara di
hari yang sama!
“Kau tahu tak,
lauk sambal kau
tu, aku tak
usik langsung. Sebab
dialah! Semua kerja,
dia nak aku
buat tanpa beri
aku waktu rehat! Hari
ni aku tak
berehat langsung. Penat
tahu tak? Aku
dah tak nak
kerja kat situ
lagi! Tak nak!
Tak nak! Tak
nak!!!” jerit Abby
dalam tangisannya. Tangannya
menumbuk dan mencengkam
cadar katil sehingga
tercabut dari tilamnya.
Diela menahan gelak.
Memanglah dia berasa
kasihan terhadap Abby
sekarang namun keadaan
ini sedikit-sebanyak berjaya
mencuit hatinya. Dia
dah agak! Abby
mesti kalah punya
dengan hantu macam
Arrayyan itu!
“Janganlah tak kerja.
Kerja ajelah lagi
kat situ. Lah,
aku boleh buat
lauk sambal lain
untuk kau,” Diela
memujuk lagi. setakat
sambal hitam yang
Abby kesalkan, dia
boleh buat yang
lain. Cukup bahan,
menjadilah sambal hitam
yang menjadi kegemaran
Abby itu. Abby
menggeleng-gelengkan
kepalanya.
“Aku dah tak
nak kerja kat
situ lagi. Aku
nak berhenti. Banyak
makan hati dapat
bos macam tu. Harem!”
maki Abby dalam
sedu-sedan.
“Kerjalah... janganlah berhenti... babe,
kau tak kesiankan
mak kau ke?
Kau nak ke mak kau
tak berduit? Ini
aje harapan kau.
Kalau syarikat lain, confirm-confirm kau
dah kena reject dah. Takpe,
takpe... kau
buat tak tau
aje kat bos
tu. Jangan keluarkan sepatah
suara pun. Just angguk
dan geleng aje,
ya? Tak adalah
dia nak menjerkah
kau lagi,” Diela
beri cadangan spastik!
Abby menopang dagu. Bila Diela
dah mula guna
perkataan ‘mak’, dia
jadi kalah. Ada
betulnya juga kata
Diela. Agaknya Arrayyan
rasa tercabar kut
dengan setiap jawapan
yang dia keluarkan?
Terlalu jujur pun
salah ke?
Abby membaringkan kepalanya
ke riba Diela.
Penat menangis. Diela
mengusap kepalanya macam
belaian kakak kepada
seorang adik. Manja
dan mesra. Diela
memang cukup sayang
padanya. Itu dia
tahu. Seorang sahabat
yang sentiasa ada
ketika sahabatnya dalam
kesusahan sahaja merupakan
seorang sahabat yang
penyayang.
“Kau demam ni Abby,” ujar Diela
kalut apabila tangannya
tersentuh dahi Abby
yang panas itu.
Bos ni memang
hantu betul! Sampai
demam kawan aku
dijerkahnya.
“Tahu. Kepala aku
pening sangat dah
ni. Terkejut sangat
kut? Belum pernah
kena jerkah sampai
macam ni. Lemah
jantung aku,” Abby
berkata perlahan. Lirih
sahaja bunyinya. Diela
memicit-micit dahi Abby
bila Abby mengadu
pening kepala. Dalam
hatinya, sembilan puluh
sembilan bakul sumpah
seranah dihadiahkan buat
Arrayyan! Memang besok,
aku jumpa dia!
Nak kena ni!
Kesian kawan aku.
Hantu punya bos!!
Bab seterusnya tak de ke?
ReplyDeleteBestnyer ☺
ReplyDeleteSy baru je habis baca novel nih. Sy cuma nk cakap yg novel ni memang terbaek sbb berjaya buat sy senyum sorang2 mcm kerang busuk. Sweet n funny! hi3... Yg paling best skali part latah tu. Memang x blh blah. Anyway, kipidap writer!
ReplyDeleteyeah! terima kasih banyak2 ya... <3
DeleteAssalamualaikum akak. saya nak cakap citer akak mmg best gilerrr.novel ni terbaik, dlm bnyk2 novel, novel ni paling best yg pernah saya baca.sweeet sangat dan lawak. Sampai hari ni still terabayang scene sweet+lawak diorang .
ReplyDeleteBila nak update 🤗
ReplyDelete