BAB 10
“APA yang
awak nak tanya
saya? Tanya cepat,
saya banyak kerja
dekat rumah.” Bohongku.
Aku rasa dia
juga tahu yang
aku sedang berbohong
memandangkan aku hanya
duduk di rumah
sepanjang hari. Aku
tidak bekerja.
“Saya nak
tahu, puan sendiri,
ada tak yang
pernah rasa tak
berpuas hati dengan
puan sehingga menimbulkan
motif untuk...” soalannya
membuatkan aku terbuntang.
Apa pula maksud
dia? Bukankah baru-baru
ini dia menyoal
tentang sesiapa yang
tidak berpuas hati
dengan suamiku. Dan
sekarang, dia mahu
menyoal sesiapa yang
tidak berpuas hati
dengan aku pula?
Adakah dia ingin
menuduh aku adalah
punca suamiku disabotaj?
“Awak cakap
apa ni?!” suaraku
mulai menaik.
“Puan, bagi
saya habiskan dulu.
Saya dah bertanya
kepada kawan-kawan arwah
namun semua kata
yang arwah tak
pernah bermusuh.” Inspektor
Amri bersuara.
“Jadi apa
kaitan pula dengan
orang tak berpuas
hati dengan saya?
Sekarang awak nak
menuduh saya?!” soalku
geram. Kalau boleh
aku tinggalkan parut
dekat muka dia,
dah lama aku
tinggalkan! Mulutnya cabul
sekali.
“Ya Allah...”
dia memicit dahi.
“Saya bertanya
sebab mungkin ada
pihak yang sebenarnya
tak berpuas hati
dengan puan dan
sedaya upaya cuba
untuk menjatuhkan puan. Dia mungkin
tahu kelemahan puan.
Iaitu suami puan.
Itu yang saya
maksudkan.” Beritahu Inspektor
Amri. Aku mula
menelan liur. Terasa
malu kerana salah
sangka. Ah! Dia
tak patut menyoal
aku dengan soalan
sebegitu.
“Tak ada.” Jawabku
pendek.
“Satu nama
pun tak muncul?
Waktu kecil-kecil dulu
ke? Atau puan
pernah jadi pembuli...
sehingga menyebabkan dia
berdendam?” soalan terbarunya
membuatkan darahku naik
mendadak. Kalau tadi
aku rasa bersalah
kerana tersalah sangka,
kali ini aku
yakin yang aku
takkan tersalah sangka
lagi.
“Soalan apa
ni?! Awak tengok
muka saya ni
ada gaya pembuli
ke?!” aku sudah
naik minyak. Mana
boleh dia soal
soalan sebegitu bodoh
kepadaku. Aku tak
pernah membuli orang
seumur hidupku. Langsung
tak pernah! Dibuli
pernahlah juga. Itupun
sewaktu aku darjah
satu! Mustahil!
Dia memandangku
dengan pandangan... ‘saya
rasa muka puan
ada gaya pembuli,
sikit-sikit’.
“Ada?” soalku
terkejut. Hampir terpekik
aku melihat reaksi
dia bagi soalan
aku tadi. Dia
angguk.
“Tak ada!
Tak ada! Saya
tak pernah buli
orang. Suami saya
pun tak pernah
buli orang. Kami
bukan dari keturunan
jahat-jahat. Kalau itu
yang buat awak
puas hati.” aku
menarik nafas sedalam-dalamnya. Aku
betul-betul perlu banyak
bersabar dengan orang
yang sebegini. Kalau
sabarku hilang, jangan
tanya kenapa dia
yang kena gari.
“Tak apalah
puan, itu saja
buat masa ni.”
Dia menunduk hormat
kepadaku sebelum berlalu.
Dapat aku lihat
senyuman yang cuba
ditahannya. Aha aha!
Seronok sangat menuduh
aku pembuli, agaknya.
“Macam tu
aje? Apa perkembangannya?” soalku
geram. Aku nak
tahu apa perkembangan
kes yang sedang
dia siasat ini.
“Saya sedang
cari maklumat. Saya
harap puan bersabar.
Ada kes yang
makan masa berbelas
tahun. Ada yang
makan masa sehari
saja. Tapi kita
tak ada saksi,
jadi... kes ini
boleh jadi lama.”
Dia tidak langsung
cuba untuk menyedapkan
hati aku. Satu
sebab lagi yang
membuatkan aku menyampah
tengok muka dia.
PERCAYALAH, aku
tidak rela nak
berhadapan dengan dia
lama-lama. Tapi aku
terpaksa. Aku hendak
tahu perkembangan kes
siasatannya. Dia hanya
berkemeja t berkolar
dan berseluar jeans
biru. Mungkin hari
ini dia tidak
masuk ke balai
agaknya. Aku juga
sudah boleh menghafal
rutin hariannya. Mungkin
kerana beberapa minggu
ini dia kerap
benar menghubungiku dan
berbincang mengenai kes
suamiku.
“Macam mana?”
soalku tanpa menunggu
lama. Aku nak
tahu perkembangan kes
suamiku. Kalau boleh,
aku mahu tahu
setiap hari.
“Pesan air
dulu.” Dia mengarahkan
aku supaya bersabar.
“Saya nak
tahu macam mana?”
aku tetap bertegas.
Dia menggeleng-gelengkan kepalanya
dengan desakanku. Mungkin
dia geram denganku.
Sengaja dia melengah-lengahkan masaku
dengan melihat menu
minuman yang terdapat
di restoran itu.
Kalau boleh aku
sekeh, sudah lama
aku lakukannya. Menguji
kesabaran sungguh.
“Kami rasa,
kami dah dapat
agak siapa yang
melakukannya.” Beritahunya selepas
selesai memesan minuman.
“Siapa? Kenapa
tak tangkap?” soalku
bersungguh.
“Dapat agak
dan dapat tahu
tu, lain puan.
Kalau dapat tahu
sekali pun, selagi
tak ada waran,
tak ada bukti,
kami tak boleh
bertindak. Kalau dapat
agak, apa yang
kami agak tu
salah, akan memburukkan
reputasi. Buat masa
ni, kami memilih
jalan, berhati-hati. Dia
mungkin boleh terlepas
buat sementara waktu
ni... tapi tidak
nanti.” Beritahu Amri
dengan riak tenangnya.
Aku mencemik.
“Ini aje
perkembangan dia?” tubuhku
bersandar ke kerusi
dengan berpeluk tubuh.
Aku bazirkan masa
aku dengan menghadap
muka dia semata-mata
untuk mengetahui yang
dia dapat agak
siapa?
“Awak syak
siapa?” soalku.
“Pihak kami tak boleh
beritahu siapa kami
syak selagi tak
sahih. Saya minta
maaf...” dia berkata.
Ini yang buat
aku naik minyak
ni. Memang sangat-sangatlah membazirkan
masa aku. Aku
bangkit, menarik beg
tangan dan terus
meninggalkan dia sendirian.
“PUAN!” panggilan
dia tidak aku
hiraukan sehinggalah dia
menghentikan langkahku dengan
menarik tanganku. Aku
terhenti dan berpaling
memandang wajahnya dengan
muka bengis. Kenapalah
dia ini terlalu
kasar orangnya?
“Atas alasan
apa awak suruh
saya ke mari
dan bagi saya
berita yang seciput
ni?” soalku dengan
marah.
Dia sengaja
nak suruh aku
berharap atau dia
sengaja nak membazirkan
masa aku? Aku
tak faham! Sudah
berapa lama kes
ini dibiarkan begini?
Ya aku tahu,
ada kes yang
memerlukan masa yang
lama untuk diselesaikan
cuma aku dah
bosan menunggu. Aku
mahu keadilan ditegakkan!
“Awak nak
kejujuran ke penipuan?”
dia menyoalku dengan
nada yang agak
tegang.
“Kejujuran. Awak
pasti tak tahu
siapa kan? Awak
mesti tak tahu
pun siapa orangnya
dan tak dapat
nak agak pun
sesiapa kan?” soalku
dengan geram. Wajahnya
ditundukkan memandang ke
bawah. Aku agak
pandangan ini mengiyakan
soalanku.
“You’re
wasting my time.”
Aku mendengus. Aku
tak suka ada
orang yang membazirkan
masa aku untuk
meratap pemergian suamiku.
Ya, aku masih
lagi menangis mengenangkan
suami aku dan
aku tahu ianya
tidak elok. Aku
cuma... mahu menangis
puas-puas dan sekarang
dia sudah mencuri
masaku!
“Saya nak
jumpa awak.” Beritahunya.
“What?”
aku sudah mula
rasa lain macam.
Cara pandangan dia...
tipulah kalau aku
kata pandangan itu
bukan pandangan kasih,
bukan pandangan lelaki
yang prihatin. Aku
pernah mendapat pandangan
itu daripada seorang
insan... Rasydan.
“Satu-satunya alasan
saya buat begini
ialah, saya nak
jumpa dengan awak,
Irqin. Saya nak
tengok muka awak.”
Pengakuannya merobek jantungku.
Bagaimana boleh jadi
begini? Dia itu...
dia itu lelaki
yang membawa berita
buruk kepadaku...
“What!”
“I don’t know
what I’m talking
about. I’m so
sorry. Saya hantarkan
awak balik.” Dia
sudah kelam-kabut sebaik
sahaja melihat reaksiku.
“Sejujurnya, saya
nak tengok muka
awak setiap masa and
I don’t even
know why... saya,
minta maaf.” Dia
menarik nafas dalam-dalam.
“Saya boleh
balik sendiri. I don’t
need your help.”
Kataku sambil berlalu
pergi. Berdebar jantungku.
Semudah itu dia
kata rindu?! Gila.
Atas alasan apa?
Macam mana nak masuk group tu? Saya nak masuk . Ni email saya zatyapishhh@gmail.com . Apa apa send inbox boleh?
ReplyDeleteSorry, saya baru baca. sis boleh search Kisah Dongeng Dekna Lee :)
Delete