Bab 1
“ABBY, kau
doakan aku agar
aku dapat berhenti
kerja ni,” Abby
mencelikkan matanya dengan
berat sebaik sahaja
terdengar satu suara
mendayu-dayu menyapa telinganya.
Berkerut-kerut keningnya cuba
menahan silau cahaya
yang menerjah masuk
ke kamar sebaik
sahaja sahabatnya membuka
tirai biliknya.
Dia mengeluh.
Muka inilah yang
selalu membuatkan dia
terjaga dari lenanya.
Diela, sahabat karibnya
sedang merayu padanya.
Diela melangkah menghampirinya dan
melutut di sisi
katil dengan wajah
kasihan. Cuba memancing
simpati dari Abby. Abby menggeliat
malas. Semenjak menjadi
penganggur terhormat pada
minggu lepas, dia
semakin malas hendak
bangun pagi. Menggeliat
sana sini dan
kembali tidur. Itulah
kaedah dia menaikkan
berat badan.
“Abby, doakanlah
aku!” Diela mendesak
sambil menggoyang-goyangkan badan
Abby yang berpaling
daripadanya itu.
“Orang lain
nak aku doakan
mereka bekerja dengan
elok, kau pula
nak aku doakan
untuk berhenti kerja.
Apa macam perangailah!”
Abby membebel geram.
Geram apbaila lenanya
diganggu. Dia menggaru-garu
belakang telinganya yang
gatal. Matanya macam
diapit dengan penyepit
makanan. Rapat. Terkatup
dek rasa mengantuk
yang menggoda mata.
“Alah. Aku
dah tak larat
nak kerja situ
lagi. Bosaku tu,
macamlah kau tak
tahu perangai dia?
Dia tuberperangai macam orang tak
siap!” kutuk Diela
geram. Terkacip giginya
ketika meluahkan rasa
marah yang berhimpun
di dalam hati.
“Itulah. Lain
kali pilih bos
elok-elok dulu. Tidaklah
menyesal di kemudian
hari,” Abby membebel
lagi. Matanya masih
lagi terpejam. Dia tidak mahu
membuka mata langsung.
Diela menderam marah.
Beginikah perangainya sahabat
yang sering diagung-agungkan olehnya?
Cis!
“Bukan aku
yang pilih, dah
bos itu yang
aku dapat! Tak
sangka aku kena
amuk sampai macam ni
sekali. Enam bulan
aku bertahan. Jantung ni
bagai nak tercabut
dah sesaknya setiap
kali kena jerkah.
Entah-entah kedudukan jantung
aku ni dah
teralih jatuh ke
perut sebab hari-hari
kena jerkah tanpa
perasaan,” Diela membebel
lagi. Kali ini
dia bangun dan
berpeluk tubuh. Muka
tidak puas hati
dipamer lagi.
“Kau yang
menggeletis nak menggatal
dengan dia dulu!”
DAMM!!! Macam terkena
tembakan berpandu maha
dahsyat apabila disindir
begitu. Diela mengemam
bibirnya geram. Berani
Abby mengutuk katanya?
Menggeletis? Dulu mungkin
ya! Tetapi sekarang,
tidak lagi!
“Cuci mata.
Biasalah kalau menghadap
orang handsome. Sekarang tak
lagi. Muka handsome pun,
kalau tahap kesabarannya,
zero. Tak
guna! Aku pun
dah bertunang sekarang.
Dah tak ada
maknanya nak menggeletis
bagai lagi,” Diela
memberi alasannya sambil
berjalan ke arah
tingkap. Cuba mengawal
nada suaranya agar
tidak melangkaui batasnya.
Dia memalingkan
mukanya ke atas
katil. Abby terbongkang!
Tidak langsung mendengar
alasannya tadi. Abby
dipandang dengan pandangan
kecil besar kecil
besar juga dari
atas sehingga ke
bawah katil. Berani
Abby mencabar iman
yang bertakhta di
hati nuraninya?
‘Baik punya
alasan aku bagi,
kau boleh buat derk!’
hati Diela bagai
disimbah api!
“Abby!!!” jeritnya
geram sehingga melengking
suaranya menyapa gegendang
telinga Abby. Abby
yang sedang enak tidur itu
pun apa lagi?
Terbuntang matanya dan dia
melompat turun dari
katil apabila mendengar
pekikan Diela. Apa
lagi? Buka langkah
silatlah dia di
tepi katil!
“Kenapa... kenapa...
kenapa? Siapa yang
kacau kau? Meh
sini aku lepuk
kepala dia!” hah!
Latahnya mula berbunyi.
Diela terkekeh-kekeh melihat
Abby membuka langkah
silat. Abby ni,
latahnya boleh tahan teruk juga.
Bukan Diela sengaja
hendak menjerit tadi.
Dia rasa geram
dengan Abby. Tak
sangka pula Abby
akan termelatah.
“Hush
kau ni. Teruklah
Dee. Janganlah terperanjatkan aku.
Aku tak boleh.
Aku nak hentikan
latah aku. Bukan
nak tambahkan lagi,”
Abby membebel geram.
Diela mengangkat kedua
belah tangannya. Mengalah.
“Maaf. Aku
tak sengaja nak
buat kau melatah.
Kau doakan jelah
aku. Aku minta
itu saja dari
kau. Doakan aku
agar bos aku
tu tak maki
aku bila aku
minta berhenti ni.
doakan aku berjaya
berhenti tanpa ngauman
dia,” Diela mendesak.
Abby mengeluh. Dia
mengangguk kemudiannya dan
kembali merebahkan badan
ke katil. Penat
bersilat. Kata-kata rayuan
dari Diela tadi
tidak diendahkan.
“Dah, pergi
kerja. Hati-hati,” Abby
sempat berpesan sebelum
matanya terkatup semula.
Dia kepenatan! Penat
menambah lemak.
ARRAYYAN melangkah
dengan penuh bergaya
memasuki pejabatnya. Setiap
langkahnya penuh gayanya
bagai disertai dengan
alunan lagu muzik
rock kapak serta
angin bertiup lembut
dan langkahnya pula
bagaikan sudah ‘dislow-motionkan’. Segak!
Pekerja wanita mula
mengambil tempat masing-masing
dengan tangan memegang
dada. Terkena panahan
cinta sang arjuna!
Mata pula terukir
bentuk hati. Mereka
jatuh cinta lagi
dan lagi pada
bos segak mereka
ini!
“Pagi bos!”
setiap kali melalui
meja pekerja bawahannya,
pasti pekerjanya memberikan
ucapan selamat pagi
buatnya yang membuatkan
dia lebih disegani
di syarikat itu.
Dia menganggukkan kepalanya
tanpa memandang kepada
si pemberi ucapan
pagi. Wajah seriusnya
memang dipamerkan pada
setiap hari bermula
dari hari Isnin
sehingga Jumaat.
Derap langkahnya
menjadi kegilaan pekerja
dara yang menggetik
hebat hendak memenangi
hati si ais
kutub selatan milik
Arrayyan. Bagaikan selebriti
mereka memuja Arrayyan.
Bos mereka hanya
berkemeja biru laut
digandingkan dengan tali
leher biru tua.
Rambutnya yang panjang
separas leher diikat
satu dan digel
rapi. Anak mata
kelabunya begitu fokus
pada pintu pejabatnya
yang berada di
hadapan. Sesampai di
pintu pejabat, tombol
dipegang tetapi tidak dipulas.
Dia berpaling.
Semua pekerja sedang
leka memerhatikan dia.
Dia mengangkat kening,
semua pekerja bagaikan
tahu renungan dan
tanda jika kening
bosnya diangkat itu.
Itu tandanya, mereka perlu
buat kerja! Arrayyan
tersenyum sinis apabila
semua pekerjanya tekun
membuat kerja setelah
renungan maut diberi.
Dia hanya ingin
melihat satu kelibat sahaja!
Iaitu setiausahanya merangkap
penolong peribadinya. Di
mana ‘makanan’ dia
itu pergi? Sehari
tak nampak kelibat
pekerja yang sentiasa
kalut itu membuatkan
dia tidak tenang.
Rasa tak aman
dunia jika sehari
tidak membuli setiausahanya.
“Diela!” jeritnya
kuat sambil berdiri
tegak di hadapan
pintu pejabatnya. Diela
terkocoh-kocoh berlari ke
arah bosnya. Hampir
tercampak kasut tumit
tingginya akibat memecut
marathon lima ratus
kilometer sejam.
“Ya bos!”
bagaikan tentera, Diela
menabik hormat bosnya.
“Hmmph,
ada bunga lagi
untuk saya?” dia
menyoal Diela. Kerek!
Diela menelan liur. Dianggukkan
kepalanya perlahan-lahan. Biasalah,
orang kacak, setiap
hari, adalah sampai
beberapa jambak bunga
buat si jejaka.
Yang untungnya, setiap
kali bunga yang
diterima bosnya itu
diarahkan agar dibuang
ke tong sampah,
Diela memilih untuk
‘membuang’ bunga-bunga tersebut
di dalam biliknya.
“Ada bos.
Saya dah letakkan
di atas meja
bos,” Diela menjawab
dengan lutut yang
mula terketar-ketar menahan
rasa gentar terhadap
bos segak bergayanya.
“Kan saya
dah cakap awal-awal?
Buangkan semuanya!!” Arrayyan
mula menjerkah. Terhinggut
bahu Diela dijerkah
sebegitu hebat di
hadapan rakan setugasnya
yang lain. Melayang
terbang semangatnya akibat
terlalu terperanjat. Rakan-rakan
sekerja lain juga
turut sama terhinggut
dengan jerkahan yang
maha hebat itu.
“Maafkan saya,
bos. Perempuan tu
minta saya jangan
buangkan bunga tu,
dia nak bos
simpan,” Diela tergagap-gagap merencanakan
jawapan.
Apa-apa sajalah
alasan, janji, dia
terselamat daripada jerkahan
yang maha hebat
dari Arrayyan ini.
Kalau terpaksa kelentong,
dia pasti akan
melakukannya untuk menyelamatkan
diri. Lagi pula,
dia berasa kasihan
pada perempuan tadi...
kasihan pada bosnya
yang berhati batu
ini juga. Gaykah
dia? Takkan Arrayyan langsung tiada
minat pada perempuan
secantik Natasha tadi?
Sedangkan dia yang
melihat Natasha itu
tadi pun sudah
ternganga luas. Kagum
dengan kecantikan rupa
paras Natasha yang
tidak dihinggapi sebarang
jerawat mahupun bintik
hitam dan sewaktu
dengannya.
“Hmmph,
saya bos awak
ke dia bos
awak?!” memetir sekali
lagi. Diela rasa
seperti nyawanya terbang
dibawa angin. Kalau
macam inilah, dari
tak ada sakit
jantung, boleh jadi
sakit jantung dia
dikerjakan bos machonya ini.
“Maaf bos!”
Diela meminta maaf
lagi.
“Lain kali
saya tak nak
perkara ini berulang
lagi. Kalau tidak,
nahas awak!” dummm! Kena
lagi. Disertai dengan
ugutan dan pandangan
mata yang menikam
anak matanya. Jari
telunjuk Arrayyan menghala
tepat ke hidungnya
sehingga Diela naik
juling merenung jari
telunjuk Arrayyan yang
hampir seinci hendak
menyentuh hidungnya itu.
Pekerja-pekerja lain
hanya mampu memandang
Diela dengan pandangan
simpati sahaja. Hmm. Tak
lamalah nampaknya Diela bekerja dengan
Arrayyan. Itu tanggapan
mereka. Arrayyan memang
sering kali bertukar
PA. Siapa yang
dapat bertahan dengan
sikapnya yang gemar
memetir itu? Angin
tak ada ribut
pun tak ada,
sedar-sedar petir menyambar
telinga mereka. Mahu
tak goyah?
“Baik bos,”
Diela patuh pada
bosnya. Lemah suaranya.
“Yang lain ni tertilik-tilik, terjengket-jengket mahu
melihat apa? Nak
saya amuk sekali
ke?!” tak payah
ugut, petirnya menyambar
lagi membuatkan pekerja-pekerja lain
terus berlari lintang-pukang membuat
kerja!
Arrayyan menjeling
pekerja-pekerjanya dengan tajam.
Dia memulas tombol
pintu bilik pejabatnya lalu
melangkahkan kaki ke
dalam tanpa berpaling
lagi. Pekerja di
belakangnya mula bersoseh-soseh setelah
pintu bilik bosnya
kedengaran GEDEGANGG!!!!
Kot ditubuhnya
dilucutkan lalu disangkut
ke kerusi empuk
di pejabatnya. Dia
menghempaskan tubuhnya dengan
kasar ke kerusi
tersebut. Dipusing-pusing kerusi
itu dengan muka
bengis. Jari mengetuk-ngetuk permukaan
meja yang berkaca
itu.
‘Sehari tak
buat hidup aku
tenang tak boleh
ke? Ini betina
mana pula yang
hantar bunga pada
aku? Tak tahu
malu betullah perempuan
zaman sekarang ni.
Berani lebih, kalah
lelaki,’. Amarah dihamburkan
hanya dalam hati.
Dia membelek kad yang disertakan
bersama bunga yang
diterimanya.
‘Khas untuk
Abang Handsome, terimalah bunga
ini sebagai tanda
perkenalan kita. I Natasha. Gadis
yang terserempak dengan
you waktu you
makan dekat Bubba
Gump dulu,’. Apa
punya singkatlah otak?
Kenal macam itu
terus nak hantar
bunga, flirting! Sejak bila
aku jadi abang
dia entah? Hatinya
mendengus. Dia mencampakkan
bunga itu ke
dalam bakul sampah.
Seketika kemudian, dia
menekan buzzer.
“Diela, bawakan
saya air!” setelah
penat memetir dia
meminta air. Barangkali
sudah kehilangan suara.
Kering tekak? Tentu
sekali. Setiap hari
memekak sahaja kerjanya,
tentu makan Strepsils
pun tak jalan!
“Baik bos!”
suara Diela bersemangat
seperti pada awal
pagi tadi. Dia
menyandarkan kembali tubuhnya
di kerusinya. Menanti
air kopi daripada
Diela. Dia sempat
membelek-belek beberapa dokumen
yang sudah tersedia
di atas meja untuk disemak.
‘Hmmph!
Boring! Kerja
yang sama. Cop
dan tanda tangan.
Kursus dan jumpa client.
Mesyuarat dan bersurai!
Entah apa-apalah. Benda-benda
macam ini pun
nak kena sahkan
juga!’ Dia merungut
di dalam hati. Tangannya giat
menanda tangan dokumen
yang disemak sekali
lalu itu. Seketika
kemudian, fail dicampak
ke tepi. Dia
mula menongkat dagunya,
termenung. Anak mata kelabunya memandang
tepat ke muka
tombol pintu. Fikiran
terawang ke lain.
TOK TOK TOK! Ketukan pintu mengganggu
konsentrasi Arrayyan. Dia
mendengus. Dia memang
tidak suka diganggu.
Tambah-tambah ketika dia
sedang termenung dan
juga sedang bekerja!
“Masuk,” dingin
arahannya. Muncul kelibat
Diela tersenyum sambil
menatang air dengan
tangan yang terketar-ketar.
“Ni dia
bos airnya,” Diela
menyerahkan secawan air.
Dia meletakkan di
atas meja bosnya
lantas menunduk hormat
meminta diri. Baru
lagi hendak sampai
di muka pintu
pejabat Arrayyan, dia
dipanggil.
“Diela,” panggil
Arrayyan.Tegas.
“Ya saya, bos?” soal
Diela. Dia takut-takut.
Tiada sesiapa
yang pernah terlepas
dari berasa takut
jika menghadap bosnya
yang satu ini.
Mukanya bengis semacam.
Setiap hari pun
begini. Setiap kali
salah seorang dari
pekerja di situ
dipanggil Arrayyan, tentu
mereka menadah tangan
di hadapan pintu
pejabatnya. Berdoa banyak-banyak
sebelum melangkah masuk
bersua muka dengan
Arrayyan. Pekerja yang
tidak dipanggil sempat
mengucapkan takziah kepada
yang dipanggil.
“Lain kali,
tolong buat dalam
cawan yang satu
lagi. Yang lebih
besar! Macam telinga
awak. Ini cawan
kecil, setaraf telinga
saya saja,” ada
sahaja kesalahan pekerjanya
di mata Arrayyan.
Sampaikan telinga gajah
pekerjanya ditegur. Diela
mengangguk-angguk tanda faham.
Sakit hatinya usah
dikata. Berani Arrayyan
mengutuk telinganya? Hey,
telinga aku ni special
tahu tak? Satu
dalam seribu!
Setelah keluar
dari bilik Arrayyan,
dia memasuki pantri.
Di situ, dia
hamburkan kemarahannya sesungguh
hati. Geramnya dia.
boleh bos dia
bandingkan saiz telinga
mereka? Mntanglah telinganya
lebih besar dari
telinga pekerja lain
di situ. Eee.
Tak ada hati
perut punya bos!
“Eee. Hantu
punya bos! Kejam!
Macam rejim Israel!
Syaitan berkepala lima.
Iblis bertanduk sepuluh!
Memang durjana! Kepala
masuk air! Bongok!”
nah! Segalanya dilepaskan
di dalam air
horlicksnya kemudian dia
meneguknya dengan rakus!
Ambik kau! Kena
telan.
“Marah betul
ya Diela? Ada lesen memaki
hamun ke?!” tegur
satu suara garau.
Memetir. Diela terkejung
di tempat dia
duduk. Perlahan-lahan dia
berpaling. Nafas lega
dilepaskan. Bukan bosnya!
Azham sahaja.
“Kau ni Zaham! Terperanjat
aku. Bagilah salam!” Diela
membebel sambil tangannya
mengusap dada. Lega.
Bukan Arrayyan yang
memetir tadi. Kalaulah
Arrayyan yang mendengar
tadi, tentu dia
sudah dipecat sebelum
meletak jawatan.
“Aku pulak!
Aku dah lama
berdiri kat sini.
Kau yang tak
perasankan aku. Sedap
dengar kau kutuk
bos. Kalau bos
tahu…” belum pun
habis ayat itu,
Diela sudah menjegilkan
matanya memberi amaran.
Gigi diketap geram.
“Syhhhh! Kalau
kau berani beritahu,
siaplah! Aku ganyang
mulut kau sepuas
hati dengan berus sabut!”
Diela mengugut Azham.
Mukanya berkerut-kerut memarahi
Azham.
Azham terkekeh-kekeh ketawa.
Sifat Diela ini,
unik amat! Cepat
sungguh melenting, tapi
bila dengan bos,
tertunduk-tunduk macam kepala
ditonyoh dari arah belakang. Entah
apa-apa. Kalau garang
sangat, pergilah berperang
dengan bos! Tunjuk
berani di belakang
sahaja. Hmmph!
“Kau ni!
Ada-ada sahajalah ugutannya.
Tak ada maknanya
aku nak beritahu.
Aku pun sakit
hati jugak dengan
dia tadi. Mana
boleh sebab sejambak bunga aje,
ditengking kau semahunya.
Kalau aku kat
tempat kau, aku
dah bukak payung
menahan air liurnya
dari tersembur ke
muka,” Azham melawak.
Tidak mahu Diela
terus memarahinya. Dia
hanya bergurau tadi.
Tidak sangka Diela
menjadi sepucat itu
melihat kehadirannya.
Diela tergelak
mendengar kata Azham.
Legalah dia. Azham
memang baik dengannya.
Malah Azham seringkali
melindunginya daripada amarah
bos. Lega! Pemuda
yang baru berusia
dua puluh enam
tahun yang berpakaian
segak itu menghampiri
Diela lalu dia
meneguk air yang
dibuatnya.
“Okeylah. Aku
pergi dulu. Aku
tak boleh berlama
kat sini. Takut
nanti kena sambar
petir lagi sekali.
Black out
minda aku,” Diela
meminta diri. Azham
tergelak. Dia terangguk-angguk tanda
setuju.
0 komen:
Post a Comment