Bab 9
“ASSALAMUALAIKUM,”Abby memberi salam.
Dia menanti Arrayyan
untuk mengarahkan dia
masuk. Dia hendak
berbincang dengan Arrayyan
mengenai perkara ini.
Pekerja lain tidak
seharusnya dijadikan tempat
untuk Arrayyan melampiaskan
amarahnya. Jika benar
Arrayyan berasa bengang,
maka sepatutnya Arrayyan
bersemuka dengannya sahaja
kerana dia yang
menyebabkan pekerja lain
ketawa.
“Assalamualaikum,” dia
memberi salam lagi.
Kali ini, barulah
ada respons daripada
Arrayyan. Sesudah Arrayyan
mengarahkan dia untuk
masuk, dia melangkah
ke dalam pejabat
luas Arrayyan dengan
rasa takut. Takut
dijerkah lagi walaupun
dia tahu dia
akan dijerkah juga.
Debaran di dada
usah dikata. Bagai
tidak mengenal erti
surut.
“Awak nak
apa?” dingin sahaja
soalan Arrayyan. Dia
masih bengang dengn
kejadian tadi. Abby
menunduk-nundukkan kepalanya bagaikan
baru ditepuk dengan
zink. Takut dia
menghadap muka Arrayyan
yang masih menyinga
itu. Takut diterkam.
Isk. Mintalah dijauhkan.
“Saya... saya
nak minta maaf
pada bos pasal
tadi. Saya tak
sengaja,” Abby berkata
sambil menunduk. Arrayyan
menyandar ke kerusi
sambil jemarinya mengetuk
meja. Sinis senyuman dipamerkan. Mukanya
masih merah padam
lagi menahan malu
akibat menjadi bahan
ketawa satu pejabat.
Kedua siku ditongkatkan
ke meja. Jemari
kedua belah tangan
disulamkan dan dirapatkan
ke bibir sementara
matanya tajam mencerun
memerhati Abby. Abby
semakin kegelisahan ditenung
begitu.
“Kalau saya
tak maafkan awak
atas sikap kartun
Spongebob awak yang
menyakitkan hati saya
ni, awak nak
buat apa?” Arrayyan
menyoal lagi. Dia
samakan aku dengan
Spongebob? Tersangatlah tak
patut! Hati Abby
menggumam geram. Eh?
Dia tengok kartunlah,
Abby! Hahaha!
“Saya minta
maaf bos, saya
bertanggung jawab pada
setiap apa yang
terjadi tadi. Bos
janganlah potong gaji
mereka,” Abby mula
merayu. Kedua tangannya
disatukan memohon ampun.
Arrayyan lagi galak
mengenakan Abby. Hah,
tahu pun nak
pakai mata Garfield.
Senyuman sinis sekali lagi
dipamer.
“Kalau saya
tak potong gaji
mereka, saya potong
gaji awak sebanyak
lima puluh peratus.
Awak okey dengan
syarat saya ni?”
soal Arrayyan kerek
ala-ala pandangan David
Carruso dalam drama
CSI Miami.
Siapa suruh
kau cari pasal
dengan aku? Kau
ingat, muka kau
lawa, mata kau
bulat, body kau
cantik, aku akan
tunduklah? Mata besar!
Jalan lembab. Melatah
pulak tu! Memang
out habis.
Sayang je, bila melatah,
macam-macam dia merepek.
Arrayyan menggumam.
Abby serba
salah dengan syarat
yang dikemukakan oleh
Arrayyan itu. Habislah
gaji dia nanti!
Macam mana dengan
dia? Dia juga
berada dalam kesusahan
sekarang. Tapi, dia
tidak boleh bersikap
pentingkan diri. Itu
tanggung jawabnya. Seperti
yang pernah dikatakan
kepada Azham semalam.
Dia yang bertanggung
jawab pada gaji
kawan-kawannya pada bulan
ini. Habislah dia
dimarahi semua pekerja
nanti!
“Tapi bos...”
Abby cuba menyangkal. Dia tidak
mahu korbankan gajinya
juga. Alamak! Banyak
pula masalahnya.
“Tak ada
tapi-tapi lagi!” Arrayyan
berkata tegas. Abby
mengetap bibirnya. Habislah
aku. Keputusan harus
dibuat. Sama ada
bersetuju atau tidak
dengan syarat Arrayyan
itu.
“Baiklah bos,”
akhirnya Abby bersuara.
Mengalah.
“Baiklah apa?
Awak okey dengan
gaji awak dipotong
sebanyak lima puluh
peratus atau awak okey
dengan gaji kawan-kawan
awak yang dipotong?”
soal Arrayyan sinis.
Abby menundukkan kepalanya
lantas merenung hujung
kasut. Sedih.
“Saya rela
dipotong gaji daripada
mengecewakan ibu, abah
dan orang yang
saya melindungi saya. Suka hati
boslah. Saya hanya
mengikut arahan dan
kata-kata majikan saya.
Saya faham kenapa
gaji saya dipotong.
Asalkan bos tak
potong gaji kawan-kawan saya,” Abby berkata
dengan nada perlahan
tetapi cukup jelas
di pendengaran Arrayyan.
Matanya sudah
berkaca-kaca bila mengenangkan
ibu dan abahnya.
Sejurus sahaja dia mengucapkan kata-kata
itu, dia terus meninggalkan pejabat
Arrayyan. Sebelum dia
menutup pintu, sempat
lagi dia mengucapkan
kata-kata maaf dan
terima kasihnya kepada
Arrayyan.
“Terima kasih
bos. Sekali lagi,
saya minta maaf,”
dia meninggalkan Arrayyan
sendirian tanpa meminta
diri.
ARRAYYAN menggaru-garu
kepalanya yang tak
gatal. Apa pasallah
dia rasa tak
sedap hati melihat
mata Abby yang
berkaca tadi? Rela
dipotong gaji daripada
menghampakan kedua orang
tua? Aduhai! Sebaknya
rasa hati. Berlakon
ek? Eh, macam
tulus sangat!
Arrayyan meraup
mukanya berkali-kali. Dalam
benci, dia jadi
simpati pada Abby.
Tentu Abby orang susah.
Kenapa dia harus
bersimpati pada perempuan
tak cukup lidah
tu? Entahlah! Benci
betullah perempuan ni.
Pandai dia main
drama!
Dia membelek-belek resumeAbby. Gambar
yang tertera, Abby
memakai kaca mata.
Tentu sahaja dia
rabun dan memakai
contactlens. Patutlah
mata hitam bukan
main besar lagi.
Ada sebab rupa-rupanya.
Comel. Eh?
Barulah Arrayyan
tahu, Abby pernah
bekerja di Syarikat
Seth & Kay.
Syarikat perlancongan yang
baru beberapa tahun
bertapak di bumi
Malaysia dan diterajui
oleh seorang lelaki
tua berpangkat Dato’
yang kaya. Boleh
tahan. Tiba-tiba telefon
bimbitnya berbunyi.
“Helo assalamualaikum. Arrayyan
Zainuddin, Syarikat Avaloft,”
Arrayyan memberi salam.
“Waalaikumsalam. Ini
Arrayyan, pengurus besar
dari Syarikat Avaloft
kan?” soal satu
suara garau di
hujung talian. Suara
seorang lelaki tua. Arrayyan berkerut.
Sudah diberitahu namanya
awal tadi. Lagi
mahu tanya?
“Ya saya.
Ada apa ya?
Ini siapa? Macam
mana Encik boleh
tahu nombor persendirian
saya?” Arrayyan menyoal
dengan kening berkerut-kerut. Siapakah
di hujung talian?
“Saya Dato’
Rahman. CEO Syarikat
Seth & Kay...”
sahut suara tua
di hujung sana.
Arrayyan terbuntang. Baru
lagi dia membaca
resumeAbby tadi.
Adakah dia menyeru
nama syarikat itu
tadi?
“Ya, ada
apa yang boleh
saya bantu?” soal
Arrayyan dengan ramah.
Hatinya sudah penuh
dengan tanda tanya
akan tujuan Dato’
Rahman menelefonnya.
“Saya hendak
memberitahu tentang salah
seorang pekerja Encik
yang bernama Baity.
Dia bekas pekerja
saya,” kata-kata lelaki
tua itu berjaya
menarik perhatian Arrayyan.
Kenapa seorang bekas
majikan menelefon majikan
baru semata-mata untuk
membincangkan tentang seorang
bekas pekerjanya?
“Ya.. ya... saya
ada pekerja baru
yang bernama seperti
yang Dato’ sebutkan
tadi,” ujar Arrayyan.
“Saya nak
beritahu tentang dia.
Segalanya tentang dia,”
beritahu lelaki tua
di hujung talian.
Arrayyan semakin tertarik.
Ada apa-apakah yang
dia perlu tahu
tentang Abby? Memang
dia teringin nak
tahu tentang Abby.
Entah kenapa.
“Ya?” Arrayyan
menyoal dengan kening
berkerut.
“ABBY, masuk pejabat saya
sekejap,” Arrayyan memanggil
Abby yang dilihatnya
sudah berkemas-kemas untuk
pulang. Waktu pejabat
sudah habis. Abby
yang mendengar arahan
itu segera ke
bilik Arrayyan. Semua
pekerja sudah balik.
Dia jadi takut.
Arrayyan akan menjadi
seperti majikan lamanyakah?
Sengaja menanti sehingga
semua pekerjanya pulang
dan mengajaknya melakukan
perkara sumbang? Mujurlah
dia terselamat! Tapi
kali ini terselamatkah
dia jika tenaga
muda seperti Arrayyan?
Err.. Abby! Jangan
fikir bukan-bukan!
“Ya
ada apa bos?”
soal Abby sebaik
sahaja dibenarkan masuk
ke pejabat Arrayyan.
Dia melangkah ke
meja Arrayyan yang
sedang merenungnya dengan
renungan maha tajam
dengan penuh tertib
dan berhati-hati. Haraplah
Arrayyan mahu berbincang
mengenai hal kerja
sahaja.
Kenapalah muka
Arrayyan ini serius
sangat? Dia tersalah
makan nasikah? Takkanlah
sekali pun tak
ada momen lucu
dalam hidupnya sampai
nak tersenyum segaris
pun dia tak mampu ukir?
Pelik juga Abby
dengan Arrayyan ini.
“Saya nak
tanya awak sesuatu.
Awak pernah bekerja
di Syarikat Seth
& Kay sebelum
ni?” soal Arrayyan
dengan muka tanpa
riak. Abby mengangguk-anggukkan kepalanya. Memang benar.
Kenapa ya? Hati
Abby mula rasa
tak sedap apabila
nama syarikat lama
tempatnya bekerja dulu
disebut. Arrayyan sudah
mula mendengus.
“Ya saya,”
Abby menjawab dengan
jujur. Memang dia
pernah bekerja di
syarikat perlancongan itu.
“Boleh saya
tahu, kenapa awak
berhenti kat syarikat
itu?” soal Arrayyan
dingin. Mukanya semakin
tegang. Matanya mencerlung
memandang Abby. Rahangnya
bergerak-gerak. Abby semakin
tak tentu arah.
“Sa.. saya yang
minta berhenti,” jawab Abby tergagap-gagap.
“Awak minta
berhenti atau awak
dipecat, Abby?” soal
Arrayyan dengan nada
yang mula meninggi.
Abby terkaku. Pucat
mukanya. Habislah! Tentu
sahaja Dato’ Rahman
itu menghubungi Arrayyan
dan menyebarkan fitnah
tentangnya seperti yang
pernah dilakukan terhadap
syarikat-syarikat lain. Adakah
dia akan diberhentikan
tak lama lagi?
Oh tidak! Di
mana dia hendak
bekerja lagi?
“Sa.. sa..
saya yang berhenti
begitu sahaja bos,”
jawab Abby takut-takut.
Meskipun dia sedang
berkata jujur, namun
dia masih takut
dengan akibat sekiranya
Arrayyan lebih mempercayai
Dato’ Rahman berbanding
dengannya. Arrayyan berdiri
tegak. Matanya mencerlung
memandang Abby.
“Awak jangan
nak bohong!!!” jerkah
Arrayyan kuat bersama
hentakkan kedua belah tangan
ke meja sehingga
Abby, tanpa sengaja
menghentak tangannya ke
meja kerja Arrayyan
dengan kuat. Membalas
renungan maha tajam
Arrayyan dengan riak
bengis.
“Aku tak
bohong la, bongok!!!” dia
menjerkah kembali. Arrayyan
terduduk semula ke
kerusinya sehingga hampir
melurut ke lantai.
Terkejut dia akibat
dijerkah sebegitu oleh Abby. Muka
gadis itu tersangatlah
menakutkan. Bengis bersama
dengusan nafas yang
turun naik. Abby
terkejut. Melatah, dia
tahu! Tetapi dia
tetap rasa tercabar!
“Awak panggil
saya bongok?!!” Arrayyan menjerkah
semula. Kuat! Abby
bertambah terperanjat.
“Memang kau bongok!!! Eh,
bangang! Eh! Bukan-bukan..
eee! Hantu punya
bos!” jerkah Abby
geram. Kaki dihentak-hentak ke
lantai dengan geram
bersama penumbuk yang
dikepal-kepal. Lama-lama dia
menekup mulutnya. Terperasan
pada latahannya yang
semakin menjadi-jadi itu.
“Ya Allah.
Saya minta maaf
bos! Sumpah saya
terkejut. Ya Allah!
Maafkan saya bos,” Abby meminta
maaf kalut setelah
tersedar dari latahannya.
Mulutnya ditepuk-tepuk kuat
dengan kedua belah
tangannya.
Saat itu,
Arrayyan sudah ternganga
dan hampir terbaring
di kerusi sandarnya
akibat terlalu terkejut.
Dia memegang dadanya.
Alamak! Berombak kencang!
Dia kata aku bongok,
bangang dan HANTU?
What? Berani
betul perempuan ni!
Arrayyan tersedar akan
keadaan dirinya yang
terlalu kronik akibat
terkejut dengan sikap Abby itu,
lantas berdiri. Dia
memandang Abby seperti
nak telan hidup-hidup
tanpa perencah.
“Kau inilah!
Kalau aku marah
kau, kau marah
aku balik, kan?
Kurang ajar sangat dah!
Mulut tu, kalau
aku dapat lempang
laju-laju guna tapak
kaki aku ni,
memang best sangat!” Arrayyan
mengamuk dengan gigi
yang terkacip rapat.
Bahasanya sudah bertukar
menjadi kau dan
aku.
Geram sungguh
dia. Mujurlah tiada
pekerja di situ
yang melihat dirinya
yang ditengking Abby
dan hampir melurut
ke lantai tadi.
Kalau tidak, mana
dia nak campak
muka kacaknya itu?
Sebelum ni, tiada
seorang pun manusia
yang berani membuntangkan
mata kepadanya dengan
riak bengis seperti
Abby dan Abby
berjaya memecahkan rekod
itu! Gila.
“Saya minta
maaf bos. Sumpah
saya tak sengaja,”
Abby bersuara sedih.
Takut melihat mata
bosnya yang tajam
menikam anak mata
hitamnya.
‘Sabar ajelah
aku!’ hati Arrayyan
menyabarkan dirinya. Dia
mengurut-urut dada.
“Sekarang aku
nak kau, packing barang-barang
kau, dan kau
balik dan jangan
datang sini lagi.
Aku tak nak
pekerja murahan macam
kau,” Arrayyan berkata
lantas berjalan ke
pintu pejabatnya. Abby
ternganga tidak percaya.
“Bos? Bos
cakap apa ni?” Abby menyoal
pilu.
Sedih bila
dia dicop sebagai
perempuan murahan tanpa
diketahui apa yang
menyebabkan dia dipandang
sebegitu hina oleh
bosnya. Apa lagi
yang Dato’ Rahman
buat cerita ni?
Takkanlah sebab Abby
menolak untuk menjadi
isterinya yang entah
ke berapa itu
dia nak gelapkan
masa depan Abby?
Atau, sebab dia
termakan sepakan Abby
pada hari dia
ingin mengambil kesempatan
dahulu? Tapi, itu
salah siapa? Bukan
Abby punya salah
yang menyebabkan dia
berlaku ganas terhadap
bekas majikannya yang
gila seks itu.
“Kau jangan
ingat aku tak
tahu yang kau
pernah cuba menggoda
Dato’ Rahman, kan?
Dia telefon aku
dan ceritakan segala
perilaku busuk kau tu pada
aku! Dia kata,
sekarang kau dalam
proses nak goda
aku pulak. Kau
nak harta aku,
kan? Supaya nanti
senang kau hidup!”
Arrayyan mengamuk.
Bahu Abby
terhinggut. Dek akibat
terlalu terkejut dengan
nama yang meniti
di bibir Arrayyan,
dia tidak melatah!
Memang dasar... Dato’
tu memang dah
melampau. Kalau aku
tenyeh dahi dia
dengan belacan dan
cili, memang best
sangat! Hati Abby
mengamuk. Air matanya
menitis setitis demi
setitis. Benarlah apa
yang pernah diugut
lelaki tua itu
sewaktu Abby menolaknya.
Teruknya dia difitnah.
Sehingga sebegitu rupa
Arrayyan membencinya.
‘Aku takkan
biarkan masa depan
kau cerah! Aku
akan malapkan kerjaya
kau.’ Kata-kata berunsur ugutan
itu sentiasa menghantui
Abby. Abby mengusap
dadanya. Sebak terasa
di situ. Sukar
bernafas dan terasa lelah!
Lelah dengan nasibnya
yang sentiasa malang
ini.
“Bos, saya
tak...” Abby cuba
membela malangnya, Arrayyan
bertindak menarik lengannya
dan menghalau dia
keluar.
“Aku tak
nak dengar alasan
lagi sebab aku
benci perempuan yang
suka memberikan alasan
macam kau! Sekarang
kau ambil barang-barang
kau dan berambus!”
jerkahnya dengan gigi
terkacip. Abby tidak
dapat menahan rasa
hati. Sungguh dia
sedih.
“Ambil ni
sekali dan jauhkan
diri kau dari
aku!” sekeping cek
dicampak ke muka Abby.
Abby menyambut dan
melihat kertas itu
beberapa kali. Lima
ribu? Untuk apa?
Abby menggeleng. Cukuplah
dia difitnah. Dia
mengoyak cek itu
dan mencampakkan kepada
Arrayyan semula. Dia
berlari ke bilik
pejabatnya bersama sedu-sedan.
Dia merasakan
seolah-olah dia itu
perempuan tak bermaruah
meskipun dia masih
mempunyai maruah. Dato’
Rahman memang jahanam
punya orang! Setan
bertanduk lapan. Jin
bertanduk tujuh dan
hantu berkepala babi! Abby mencaci
bekas majikannya di
dalam hati. Sementara
dia mengemas alatannya,
dia melihat Arrayyan
sudah melangkah keluar
dari pejabat dengan
muka bengis sambil
membawa briefcasenya. Arrayyan tidak
langsung memandang ke
arahnya.
Sekali pun
jika Arrayyan hendak
memecatnya, janganlah sampai
dia berhenti tanpa
menegakkan kebenarannya. Sekarang,
dia murah di
mata sesiapa. Sungguh
dia malu! Malu
dengan fitnah orang
yang tergila-gilakan dia.
Tanpa mengesat air
mata, Abby laju
mengemas barangnya. Baru
lagi hari kedua
dia bekerja di
situ. Sedih sungguh
dia dengan apa
yang menimpanya ini.
“Ibu maafkan
adik,” akhirnya, hanya
itu yang mampu
ditangisi...
0 komen:
Post a Comment