BAB
6
“ASSALAMUALAIKUM miss.” pembelajaran
di dalam kelas
Miss Hazirah terganggu
dengan kemunculan seorang
lelaki. Irsyad! Serta-merta
pen yang Zara
pegang itu terlucut
jatuh. Kuatnya aura
Irsyad. Terkejut. Dia
sedang berfikir soal
Irsyad sebenarnya. Tentang
penolakannya yang membawa
seribu rasa kesal
dan terkilan dalam
diri.
Terkilan kerana
dia terpaksa mengorbankan
perasaannya sendiri untuk
insan bergelar kawan.
Tentu Irsyad tidak
mahu memandang wajahnya
lagi selepas ini.
Selepas peristiwa semalam,
Zara tidak yakin
bahawa Irsyad akan
menegur dia lagi.
Salahnya juga. Apalah
salahnya dia menyambut
huluran Irsyad? Kawan
sahaja! Tapi, tegakah
dia hendak memendam
rasa sampai bila-bila
sesudah mereka bergelar
kawan?
Mata dia
tidak habis-habis mencuri
pandang ke arah
Irsyad yang kelihatan
segak berbaju kemeja
berwarna kelabu bertali
leher putih itu,
gulp. Nampak macam
ahli korporat pula.
Rambut Irsyad hari
ini digel dengan
bergaya sekali. So handsome!
Wait a
minute. What?! Zara, sedar tak
yang kau puji
tu, kekasih kepada
perempuan yang ada
di sebelah kau?!
Zara cuba mengingatkan
dirinya agar tidak
terjebak dengan sebarang
rasa terhadap Irsyad.
Shila di sebelah
dipandang lama. Shila
leka memandang Irsyad
di hadapan dengan
senyuman. Senyuman manis
pula.
Hati Zara
sakit lagi... cemburu
kerana bukan dia
di tempat Shila.
Shila beruntung. Beruntung
sangat...
“Waalaikumsalam. Yes Irsyad,
what can I
help you?” soal
Miss Hazirah yang
mengajar subjek BEL
atau English itu.
Cis! Miss Hazirah
pun dah kenal
siapa Irsyad. Memang
popularlah nampaknya lelaki
itu di UiTM
ini.
Zara tertunduk-tunduk apabila
perasan mata dia
dan Irsyad bertamu
seketika. Kantoi yang
dia sudah merenung
muka Irsyad tadi.
Aduhai. Kenapa tak
jaga mata ni
Zara? Zara bermonolog
lagi. Wajah Irsyad
berubah tegang tatkala
memandang wajahnya. Irsyad
masih marah... fikirnya.
“I’m looking
for Shila.” kata
Irsyad sambil melilau
mencari kelibat Shila.
Pandang sana
dia nampak Zara,
pandang ke laluan
lain, matanya masih
tak jemu nak
pandang Zara. Comel
sungguh Zara pada
hari itu. Gadis
itu memakai skarf
yang bereben besar
di rambut perangnya.
Comel! Rambut perang
beralun gadis itu
dibiarkan lepas tanpa
bertocang. Comelnya! Macam
anak patung!
Sekali lagi
Irsyad meneruskan pencarian
Shila. Rasanya tidaklah
ramai anak murid
Miss Hazirah. Tapi,
kenapa mata asyik
nampak Zara sahaja?
Di mana pula
perginya budak bertuah
itu? Zup sana
zupp sini, dammm!!
Jumpa pun Shila.
Tepi Zara aje pun.
Aduhai! Kuat betul
aura Zara sehinggakan
dia tidak perasan
pada Shila yang
memandangnya dengan penuh
berharap. Jangan kantoi
yang dia sibuk
merenung Zara sudah.
Mahu kecoh satu
kampus itu nanti.
Jangan buat main
dengan Shila.
“Yes,
there you are!”
Irsyad tersengih apabila
terjumpa kelibat Shila.
Dia memetik jarinya
kegembiraan setelah akhirnya
terjumpa si Shila.
Zara mengetap bibir
mendengar betapa gembiranya
Irsyad dapat bertemu
kekasih hati.
“Can
I borrow her
for a sec?”
soal Irsyad penuh
berharap. Miss Hazirah
mengangkat bahu. Dia seperti sedang
berfikir-fikir.. nak bagi
pinjam ke tak
nak? Nak bagi
ke tak nak?!
Zara menahan dengusan.
Cemburunya! Kenapa rasa
cemburu itu tak
mahu ‘pergi’ dari
hatinya? Hendak mendengus,
bimbang Shila dengar
pula. Naya nanti.
“Just one sec.”
balas Miss Hazirah
akhirnya memberi kata
putus bersama tersenyum
menyakat. Shila sudah
tersengih lebar. Dia
bangkit menghampiri Irsyad.
“Can
I have her
for two or
three minutes?” soal
Irsyad pula tersengih
malu. Kalau sesaat
aje, apa yang
boleh dia cakap
pada Shila?
Ayat Irsyad
buat Zara rasa
meluat. Can I have
her? Have her?!!! Borrow sudahlah!
Macam apa je.
Terserlah perangai buaya
platinum dia kat
situ. Dasar lelaki!
Pantang ada perempuan
comel, sibuk nak
menggatal. Tapi Zara,
kau tu... comel
sangat ke sampai
Irsyad tak putus
asa nak menegur
ya? Otaknya mula
berfikir. Zara PERASAN!
Caps lock!
Kemudian dia tersenyum
hambar. Ya, dia
mudah perasan semenjak
ditegur Irsyad dulu.
Shila bangkit dan
berjalan ke arah
Irsyad dengan sengihan
lebar.
Mulut yang
bersoseh, usah katalah!
Pelajar perempuan yang
paling ramai bersoseh.
Aduhai. Cemburu sungguh
Zara jadinya. Hey
Zara, dia crush kau
je, remember?! Hatinya cuba
ditenangkan sebaik mungkin.
Pen yang melurut
jatuh tadi diangkat
dan dia berpura-pura
tekun menyalin nota.
Nota apa? Miss
Hazirah tak ada
pun suruh salin
apa-apa. Lantaklah! Lukis
gambar kartun pun
okey. Asalkan, jangan
menyibuk hal Shila
dan Irsyad!
Hasilnya, dia
melukis gambar kartun
lelaki. Berotot tetapi
muka macam lanun.
Siap bertanduk lagi.
Di sisinya terdapat
seorang gadis comel.
Sah! Memang Irsyad
dan Shila... ha
ha ha!
“Sweetnya!” ramai
pula mulut yang
memuji betapa manisnya
hubungan Irsyad dan
Shila. Zara dengar!
Kenapa dia mesti
rasa terbakar? Eee.
Tak memasal tau,
Zara!
Beberapa minit
kemudian, muncul semula
Shila dan Irsyad.
Shila dilihat sudah
tersengih sehingga ke
telinga. Irsyad tersenyum
sahaja. Amboi bahagianya
muuka diorang! Hiss!
Sakit pulak hati
ni menengok!
“Thanks
miss.” ucap Irsyad
penuh hormat. Dia
meminta diri. Miss
Hazirah menyambung pelajaran
dengan selamba. Shila
pula mengambil tempat
duduk di sisi
Zara dengan senyuman
manis terukir di
bibirnya.
“Irsyad kirim
salam dekat you. Zara
cuba you tengok, apa
yang I dapat
tadi.” tunjuk Shila.
Dihulurkan jam
tangan berjenama Rolex
di tangan. Zara
menjawab salam yang
dihulurkan dengan riak
pelik. Shila ni,
takkan tak cemburu
kut? Pakwe kirim salam
kat perempuan lain?
Nak kata adik-beradik,
muka tak sama.
Nama pun lain.
Shila tak ada
‘Sharifah’. Sepatutnya ada. So,
mereka bukan adik
beradik. Sangat bukan!
Dan ‘I love
you’ semalam membuktikan
segalanya. Oh. Tentu
sahaja Shila bersikap
terbuka. Dia kan
budak bandar! Tapi,
Irsyad sudah tidak
marah pada diakah?
Ada pula salam
yang dikirim...
“Siapa bagi?
Wow! Seriously. Gorgeous!” puji
Zara walaupun sakit
hatinya. Dan... bodohkah
dia kalau masih
menyoal Shila tentang
si pemberinya sedangkan
sudah jelas lagi
bersuluh siapa pemberinya?
“Mama bagi
kat I. Suruh
Irsyad yang tolong
pass kan. Sweet
kan? Irsyad, dia
nak belanja I
makan KFC malam
ni. Sambut birthday I. You
nak join? Jomlah join kitorang.” ajak
Shila ramah. Zara
menggeleng-gelengkan
kepalanya. Tak mahulah!
Hubungan mama Shila
dengan Irsyad tampaknya
sangat baik.
Hmmm... dan Zara
tidak menyangka, bukan
Irsyad yang beri.
“Ruginya you tak join.
Bukan selalu dapat
peluang macam ni.”
Shila membakar dalam
ramahnya. Zara menggeleng-gelengkan kepalanya.
Tak mahulah! Ingat
dia tu teringin
nak memandang Shila
dengan Irsyad nanti?
Buat hangit mata
sahaja!
“Tak apalah.
I dah janji
dengan Aiman nak
keluar sama-sama malam
ni.” ujar Zara
sambil tersenyum. Sejak
bila dia berjanji
dengan abangnya? Bab-bab
nak lepaskan diri,
kau memang terror ya,
Zara?!
“Aiman... Aiman...
Aiman. You dengan
dia ada apa-apa
ke?” soal Shila
yang sudah naik bosan
mendengar nama Aiman yang selalu
disebut oleh Zara
itu. Bila ditanya,
Zara hanya tersengih-sengih. Tidak
mengiyakan dan tidak
juga menafikannya. Zara
tersenyum kelat.
“Mana ada
apa-apalah. Kami BFF.”
jawab Zara cuba
melepaskan diri. Oh!
Shila terangguk-angguk tanda
faham. Ya ya
aje dia tak ada apa
dengan Aiman? Hati
si Shila meragui
kata-kata Zara. Bff
apa kalau pagi
petang siang malam
berkepit dan bermesra
begitu?
“You
nak keluar kat
mana?” soal Shila
selepas itu. Macam
nak menyiasat sahaja!
Zara terdiam.
“Kat bandarlah.”
jawab si Zara
dengan lurusnya. Shila
pula sudah tepuk
dahi. Apa masalah
Zara ni? Apa
pasallah lurus bendul
sangat ni?
“Maksud I,
bandar kat mana?
Makan ke? KFC
jugak or, kat
mana-mana?” soal Shila.
Alamak?! Macam mana dia nak
keluar jika belum
berjanji dengan Aiman
lagi?
“Erm. I
rasa dekat gerai area B5 kut?
Makan-makan kat situ.”
jawab Zara pula.
Malunya. Apa pasal
boleh jadi lurus
bendul sangat dia
hari ini? Mujur
Shila bersabar sahaja.
“Ruginya kalau
you tak join kami.”
Shila masih rasa
tak puas hati
bila Zara tidak
mahu mengikuti mereka
malam nanti.
MALAM itu,
jenuh Zara memujuk
Aiman untuk makan
bersama di bandar.
Takut dituduh menipu
pula walhal memang
dia menipu tadi.
Buatnya si Shila
pergi ke B5
dan dia tiada
di sana, mana
pula dia nak
cekau jawapan? Si
Aiman, pelbagailah alasannya
apabila diajak Zara
keluar. Namun bila
Zara sudah merajuk,
mulalah terhegeh-hegeh dia
nak memujuk.
Pelik dia
dengan Zara. Biasanya
gadis itu agak
liat untuk keluar
malam dengannya. Selalunya,
bila diajak makan
malam di luar,
berjuta-juta alasan yang
Zara berikan. Malas,
adalah alasan yang
utama.
“Sayang Aiman
intan payung sorang,
jom... jom... jom.”
jenuh Aiman memujuk
Zara. Zara di
hujung talian sudah
terkekeh-kekeh ketawa. Alahai.
Comel! Kalau Aiman
ada kekasih nanti,
sudah tentu kekasihnya
tak dapat nak
merajuk lama-lama. Pandai
betul dia berlawak
dan memujuk.
“Berikan alasan,
kenapa Zara beria
nak ajak Iman
keluar makan?” soal Aiman. Zara
bungkam. Nak beritahu
sejujurnya atau tipu
sunat sahaja? Dia
menggaru-garu kepalanya yang
tak gatal. Nak
cakap apa ni?
“Err... dah
lama kita tak
makan kat luar.”
Zara beralasan. Namun
alasannya kedengaran rapuh
sekali di telinga
abangnya. Adiknya tak
pernah sekalipun memberikan
alasan sebegitu rupa.
“Tak ada
alasan lebih kuno
dari tu?” soal
Aiman dengan nada
sarkastik. Zara gigit
bibir. Aduhai. Aiman
bukannnya budak kecil
untuk dia menipu
begitu.
“Betullah!” Zara
cuba meyakinkan Aiman.
“Jangan nak
tipu. Malaslah Iman
nak keluar kalau macam ni!”
si abang mula
memberontak bila tahu
si adik tidak
berkata jujur dengannya.
Zara mengeluh.
“Tadi, orang
tipu Shila. Dia
ajak join sambut birthday dia
dekat KFC. Ada
si Irsyad tu
sekali. Tak naklah.
Tak selesanya rasa.
Takkanlah orang nak
menghadap dua orang
tu bercinta aje?
Mestilah nampak sangat
kewujudan orang kat
situ sekadar menyemakkan
mata diorang, kan?
Terkelip-kelip tengok diorang
suap-menyuap. Orang pulak,
siapa nak suapkan?
Orang cakaplah yang
orang dah janji
dengan Iman yang
orang keluar makan
dengan Iman kat
B5. Takut kalau
dia check betul-betul kat
B5 tu nanti.”
Zara bercerita dengan
nada merajuk.
Sengaja dia
menggunakan bahasa ‘orang’
untuk meraih simpati
Aiman. Aiman di
hujung talian sudah
tergelak sakan mendengar
cerita Zara. Entah
apa yang lucunya,
dia pun tak
tahu.
“Itulah, menipu
lagi! Siapa mengajar
Zara menipu hah?”
ejek Aiman.
“Iman ni!” marah Zara.
“Patutlah mood
macam tak ada
aje. Buah hati
dia berdating dengan
awek... kesian dia
kena pendam rasa...”
ejek Aiman. Zara
mendengus.
Aiman suka
mengejek dia dengan
Irsyad. Tambah-tambah selepas
kes dia menolak
salam perkenalan dari
Irsyad dulu. Memang
kecoh satu universiti
menyatakan betapa bodohnya
Zara dan betapa
kasihannya Irsyad. Aiman
juga mendapat tahu
hal itu lantas
dia diejek.
“Iman...” Zara
mula hendak menangis
diejek begitu. Aiman
juga perasan pada
Zara yang selalu
menjadi pemerhati dalam
diam itu. Dia
tahu adiknya menyimpan
rasa pada Irsyad.
Zara sahaja yang
ego tak bertempat.
Mungkin sebab rakan
karibnya, Shila. Dia
tahu sangat sikap
adiknya yang tak
akan sesekali merampas
hak orang.
“Yalah-yalah. Okey-okey,
siap-siap. Kita pergi
makan ya, Intan
Payung?” pujuk Aiman.
Zara tersenyum kemenangan.
0 komen:
Post a Comment