Bab 12
“KAU takut saham
kau jatuh kan?
Itu pasal kau
suruh rahsiakan. Apa
pasal tak nak
diorang tahu? Sebab
kau merasa nak
menggatal pulak dengan
Abang Taufiq? Dengan
Abang Bad? Dengan
Abang Irfan? Dengan
Alang? Macam tu?”
aku dihujam dengan
soalan yang begitu
menyakitkan hati di
saat aku menyambung
tulis novelku yang
telah sekian lama
terbiar.
Tengah stress
begini memang terapi
sungguh bila dapat
menulis. Idea mencurah-curah bagaikan
hujan lebat di
musim tengkujuh. Tanganku
yang sedang menaip
laju serta-merta terhenti
mendengar tuduhan Julia
yang langsung tidak
berasas itu. Kalau
ikutkan hati aku,
dah lama budak
Julia ni lonyai
aku belasah. Sudahlah
dia tuduh aku
macamlah aku ni sibuk
nak menjaga market. Macamlah
aku kisah sangat
nak berpacaran dengan
salah seorang dari
jiran-jiranku.
Sudahlah dia
bercerita tentang aku
menyerah soal jodoh
kepada mak abah
aku. Macamlah aku
terdesak sangat nak
berlaki. Macamlah aku
ni tak laku
langsung! Aku terluka
bila sahabat karibku
sendiri yang berkata-kata
begitu.Lidahnya lebih tajam
dari belati! Ikutkan
hati, mahu sahaja
aku hamburkan amarah
aku kepadanya. Biar
dia tahu, aku
tak suka cerita
tentang aku dijaja.
Cerita yang belum
tentu sahih pula
tu! Kenapa?! Kenapa
dia nak cerita
tentang semua tu?
Penting ke? Pada
aku, itu semua no
reason for concern!
Tanganku kembali
menyambung taip. Lantak
kaulah Julia. Kalau
kau menyakitkan hati
aku lagi, jangan
tanya kenapa kalau
aku memaki kau.
Itu sahaja. Aku
malas bersuara sebab
aku tak mahu
timbulkan pergaduhan. Sungguh
aku berkecil hati
dengan Julia. Rasa
meluat semenjak kami
ada jiran lelaki.
Perangai dia nak
jaga market dan
menggeletis tu semakin
menjadi-jadi. Disebabkan dia
BFF aku, aku
bertahan dengan karenah
dia yang terkadang
menjengkelkan aku ni.
“Aku bercakap
dengan kau... kau
nak mengurat abang
Taufiq pulak kan?
Pantang tengok aku
cup laki tu,
kau mesti nak
dekat kan? Dulu
abang Irfan, sekarang
abang Taufiq. Kau
tak boleh jadi
lebih baik dari
itu ke?” soal
Julia sinis. Cup? Dia
ingat, siapa jodoh
dia, dia boleh
pilih? Boleh main
cup-cup? Tanganku terhenti
menaip lagi. Tapi
kali ini, tapak
tanganku menghentak meja
sekuat hati. Pap!!
Geram. Aku
manusia biasa. Kurang
imannya bila amarah
menguasai diri... aku
berdiri dari dudukku.
Menghadap Julia. Memang
dia, aku nampak
sebesar semut dah.
Kalau dia nak
bergaduh, baik! Mari
bergaduh. Sebab aku
memang dah lama
sangat tak maki
orang.
“Kau ingat aku
gedik macam kau
ke? Kau ada
bukti nak cakap
aku macam tu?”
soalku geram. Muka
Julia sudah berubah.
Takut-takut. Agaknya dia
terkejut aku hentak
meja tadi kut?
Dari dia di
pintu bilikku, kini
dia sudah berundur
setapak demi setapak
bila aku menghampirinya. Dia
berundur sehingga terkeluar
dari bilikku tanpa
perlu aku menghalaunya.
“Mona, aku...”
dia tergagap-gagap.
“Aku tanya,
kau ada bukti
ke?!” aku menjerkah.
Bahu dia terhinggut.
Dadaku turun naik
menahan geram.Tuhan tolonglah
bentengkan kesabaranku sedikit
sahaja. Bimbang tanganku
melayang pula...
“Kalau tak
ada bukti, jangan
nak main tuduh!
Kau ingat aku
terliur sangat ke
nak ambil hak
orang? Yang dah bercup pun
aku tak inginlah
Julia! Jodoh kita
bukan pada yang
kita main cup-cup!
Besok-besok tukar nak
cup laki lain
pula. Kau ingat
aku ni gatal
macam kau ke?!
Pantang nampak laki
terus nak menggedik!
Aku marah kau
sebab kau jaja
cerita aku. Pasal
mak abah aku
carikan jodoh untuk
aku. Cerita kau
menunjukkan aku ni
tak laku kat
mata diorang! Menunjukkan,
aku ni... terdesak
sangat nak berkahwin!
Kalau aku
dah bertunang, aku
boleh terima lagi.
Kalau aku ni dah nak
kahwin pun tak
apa. Masalah sekarang
ialah benda tu
belum tentu jadi
lagi. Tak sahih
pun lagi. Malu
aku kalau tak
jadi bertunang. Malu
muka aku! Bukan
kau! Otak kau
letak kat mana?
Jangan tuduh aku
nak menjaga market aku
bila kau sendiri
yang sibuk nak
jaga market kau! Kau
cerita semua tu
supaya mereka semua
tak berbual dengan
aku. Itu yang
kau nak, kan?
Supaya perhatian mereka
beralih pada kau
yang bujang ni
saja!” aku menjerkah
lagi. Sungguh, lega
lepas aku hamburkan
rasa terkilanku setelah
lama aku memendamnya.
Biarlah dia tahu
perasaan terkilanku kerana
dia tidak pernah
mahu menjaga hatiku.
Air mata
Julia sudah luruh.
Entah kenapa, rasa
kasihan, sedikit pun
tidak ada dalam
hatiku. Memang aku dah tak
boleh tahan! Ya,
cakaplah aku kejam
atau apa aku
sudah tidak kisah.
Tiada maknanya lagi
aku nak fikirkan
perasaan orang lain.
“Mona... aku...”
dia sudah tersedu-sedan. Entah
kenapa, aku tak
teringin hendak memujuk
pun. Tuduhan dia,
cara dia... buat
aku rasa marah.
Benci!
“Lepas ni,
jangan pernah bercakap
dengan aku. Kau,
kau! Aku, aku!
Aku tak kenal
dah kau siapa.”
aku berkata lantas
menutup pintu bilik
sekuat hati. Air
mataku mula merembes.
Inilah kali pertama...
aku memarahi dia.
Aku bersikap tidak
profesional hanya kerana
amarah. Hanya kerana
rasa diri terhina.
Tapi aku puas.
Aku takkan minta
maaf dengan dia!
TELEFON bimbitku berbunyi.
Aku mengelap air
mata. Lama juga
aku menangis. Selepas
mandi tadi, aku
kembali melayan perasaan.
Menangis bagai kehilangan
orang yang disayangi.
Secara teorinya, ya!
Aku kehilangan Julia,
seorang rakan baikku
hanya kerana seorang
lelaki yang belum
tentu menjadi milik
sesiapa.
Aku kecewa.
Kawan baik aku
yang bergelar guru
sekolah menengah itu
tidak mempunyai akal
yang panjang. Otaknya
agak singkat. Itu
yang aku kesalkan
sangat. Aku malu.
Cerita tentangku dijaja
sebegitu rupa. Malu
jika aku dituduh
perempuan tak laku.
Malu jika dituduh
terdesak nak kahwin
sehingga perlukan bantuan
mak dan abah
untuk mencari jodohku...
aku malu! Telefon
yang dari tadi
menjerit-jerit minta diangkat
akhirnya aku jawab.
“Helo assalamualaikum.” aku
memberi salam. Nada
suara, cuba aku
tahan.
“Waalaikumsalam. Aira...”
lembut suara di
hujung talian menyapa.
Oh! Dia rupa-rupanya.
“Ya...” aku
menyahut.
“Suara awak
sengau semacamlah. Awak
menangis? Awak okey
tak?” soal Encik
Bakal Tunang di
hujung talian. Prihatin
sungguh bunyinya. Rupa-rupanya
ada juga yang
prihatin terhadap diriku. Air
mataku automatik mengalir
semula apabila mengenangkan
yang aku tidak
okey disebabkan Julia.
Sedu-sedan mula menemaniku.Daripada sedu-sedan,
sekarang, esakan semakin
kuat. Tidak langsung
aku pedulikan dia
di hujung talian.
“Aira...” panggilnya
lembut. Adakah dia
serabut mendengar hingusku
yang sekejap-sekejap aku
tarik? Atau, dia
sebenarnya tidak suka
akan perempuan menangis?
Entah-entah dia ingat
aku sengaja ingin
mendapatkan perhatian dari
dia, tak?
“Bagi saya
lima minit awak,
kejap lagi awak
telefon balik. Saya
tak okey sangat-sangat ni.”
aku berkata jujur
dalam sedu-sedan. Bunyi
hingus menemani helaan
nafasku.
“No, no, no.
It’s okay.
Take your
time. Saya tak
nak letak. Saya
nak temankan awak.
Saya nak jadi
bahu tempat awak
menangis. Menangislah kalau
itu buat awak
rasa lebih baik. Menangis itu
bagus kadangnya, Aira. Terlepas apa
yang terbeban kat
hati tu. Awak
jangan risau. Saya
ada.” ujar Alang
lembut. Dia faham...
semakin terharu aku
mendengar kata-katanya. Oh
tuhan! Baiknya dia.
“Saya menangis
bisinglah. Saya malu
dengan awak...” aku
bersuara tersekat-sekat. Tersedu-sedan
lagi.
“Tak apa.
Comel...” ujarnya pula
sambil tergelak kecil.
“Awak belum
tengok muka saya.
Kalau awak tengok,
mesti awak terkejut.
Mesti awak tarik
balik perkataan comel
tu...” aku berkata
lagi dalam tangisan.
Kotak tisu di
ribaku, aku letak
ke tepi. Sempat
tanganku menarik berhelai-helai tisu
untuk mengelap mata
dan menghembus hingus.
Dia tergelak di
hujung talian.
“Tak apa.
Saya tak kisah.
Awak comel ke
tak comel ke,
tetap juga saya
nak.” katanya selamba.
Jadi, aku melayan
perasaanku dengan menangis
dan menangis lagi.
“Aira. Kalau
benda tu membebankan,
lepaskanlah. Jerit kuat-kuat
ke? Tak apa,
saya dengar.” Alang
di hujung talian
berkata lembut. Air
mataku semakin lebat.
Sudah lama tidak
ada orang seprihatin
ini denganku kecuali
mak dan abah.
Dulu arwah Fareez,
sekarang dia...
Tapi, untuk
aku menjerit di
waktu begini, memang
tak kena sangatlah
walaupun aku teringin
nak lampiaskan jeritanku
sepuas hati. Ya,
aku akan menyanyi
sepuas hati setiap
kali rasa tertekan.
Tapi, sekarang sudah
malam buta. Kalau
aku menyanyi, bimbang
besok hari aku
disarungkan baju pasung
pula.
“Nanti jiran
saya marah!” aku
berkata dalam tangisan.
Malu memanglah malu.
Tapi aku betul-betul
sedang bersedih ni.
Dia sajalah tempat
aku bercerita sebab...
Julia dah khianati
aku. Sedihnya. Memikirkan
Julia, aku menangis
lagi. Sesekali terdengar
Alang tergelak kecil
mendengarku menangis.
“Awak jerit
kuat-kuat, tekuplah guna
bantal, sayang.” Katanya.
Huh! Meremang. Sayang?
Mujurlah aku tengah
layan perasaan sedih
aku ini kalau
tidak? Mahu tergagap
aku hendak berkata-kata
dengan dia.
“Still lagi bising.
Nanti saya dituduh
mengganggu ketenteraman awam
pula.” Aku mengeluh
perlahan.
“Kalau diorang
marah, awak ambil
tukul, awak ketuk
kepala diorang sampai
‘senyap’.” ujarnya bersama
tawa kecil. Aku
ikut tertawa kecil
sebelum menyambung tangisanku.
Merepek! Macamlah tak
ada polis di
Malaysia ini aku untuk buat
jenayah seperti itu.
Tapi dalam otak
aku sudah membayangkan
jika aku mengetuk
kepala Bad dengan
tukul. Entah kenapa
muncul pula wajah
dia dalam kotak
fikiran aku. Mungkin
sebab memang dia
saja yang suka
cari pasal dengan
aku agaknya.
“Main-mainlah awak
ni!” aku marah
dia. Dia tergelak.
“Aira, saya
serius. Lepaskan kalau
ia membebankan awak...”
dia berkata lagi.
“Nanti awak
tak jadi nak
bertunang dengan saya
bila dah dengar
suara saya menjerit...”
aku berkata sedih.
Sengaja nak mengada-ngada. Dia
gelak lagi.
“Awak merepek
apa ni? Saya
bukan lelaki macam
itulah. Sekali saya
buat keputusan, payah
saya nak tukar
balik. Buat masa
ni, belum pernah
saya buat keputusan
dan saya tukar
semula keputusan saya.
Lagipun, saya bukannya
suruh awak buat
benda tak elok
pun. Takkanlah disebabkan
jeritan awak pun
saya nak batalkan
pertunangan kita? Awak
ni, Aira...” dia
berkata dengan nada
serius.
“Betul ni
awak tak kisah,
kalau saya menjerit
ni?” soalku tidak
lama kemudian.
“Ehm hem...”
dia mengiyakan. Oh,
tak kisah ye? Satu... dua...
tiga...
“Tension betul akuuuu!!!”
aku menjerit sekuat
hati. Melepaskan segala-galanya yang
terbuku di hati. Yes!
Lega sikit. Betul
kata dia.
“Ouch!” dia di
hujung talian mengaduh
bersama gelak kecil.
Alamak! Kuat sangat
ke?
“Kenapa awak?”
soalku.
“Sakit telinga
saya. Saya tak ready
lagi tadi nak
dengar awak jerit
sebenarnya. Hahaha. Terperanjat.
Serius comel awak
ni.” dia berkata
sambil tergelak. Bersungguh-sungguh pula
tu dia gelak. Tang
mana yang comel?
Dia bukannya pernah
jumpa aku!
“Sorry?!” aku meminta
maaf. Kuat sangat
agaknya aku menjerit
pada malam-malam buta
begini. Tak pernah
dibuat orang menjerit
di waktu begini.
Ah, pedulilah! Aku
lepas tension!
“Tak apalah
awak. Saya tak
kisah pun. Sekarang
awak dah lega? Feel
better?” soalnya. Aku
angguk. Selepas itu
aku ketuk dahi.
Lupa. Dia tak
nampak aku angguk.
Aku berjalan ke
arah suis lampu
lantas aku tutup.
Aku nak berbual
dengan dia sebelum
tidur. Wehehe.
“Feeling better...” aku
mengiyakan. Dia mengucap
syukur.
“Alhamdulillah. So
sekarang, dah okey
atau awak nak share
masalah awak? Saya
sedia mendengar.” dia
berkata dengan nada
prihatin. Aku menahan
senyum. Mak, abah!
Terima kasih sudi
kenalkan lelaki seprihatin
ini kepada Aira.
Mungkin keprihatinan dia
tak kekal lama,
tapi, cukuplah untuk
hari ini. Aira
rasa gembira sungguh.
“Kalau saya
cerita, awak janji
jangan cerita dengan
sesiapa masalah saya
ni?” aku minta
dia berjanji. Entah
kenapa aku percayakan
dia. Mungkin kerana
kami menerima nasib
yang serupa kut?Atau,
mungkin juga kami
bakal berkongsi katil.
Eh? Berkongsi hatilah,
Mona!!! Gatalnya aku! Aku berbaring
di atas katil.
Selimut, aku tarik
sehingga ke paras
dada. Bantal kutepuk
tiga kali bersama
pesanan, tolong bangunkan
aku pukul lima
pagi!
“Saya sudi
mendengar. Saya janji
akan rahsiakan. Lagipun,
tak ada sebab
saya nak beritahu
masalah awak kat
orang lain. Untuk
apa pula, ye
tak? Aira, saya
nak awak selesa
dengan saya dan
tak anggap saya
macam orang luar
meskipun kita belum
kenal rapat lagi.”
suaranya romantik sekali.
Cair betul aku.
Tak apalah kalau
orangnya tak handsome. Suara
pun dah berjaya
sejukkan hati aku
ni.
“Hmm. Betul
tu. Okey, cerita
dia macam ni...
saya bergaduh dengan
kawan baik saya
sebenarnya. Dia housemate saya.
Saya sedih sangat
sebab inilah kali
pertama saya bergaduh
besar dengan dia...”
ujarku sambil menahan
sebak. Teringat kejadian
petang tadi automatik
bibir tercebik-cebik menahan
sedih.
“Ya? Pasal
apa?” soalnya yang
setia menanti ceritaku.
“Pasal lelaki...”
aku bersuara hampa.
Sebab lelaki, Julia
dan aku jadi
begini.
“Jangan kata
yang awak dengan
dia suka pada
lelaki yang sama.
Habis tu awak
nak campak saya
ni kat mana?”
soal dia sedikit
kalut.
“Bukanlah awak!
Saya bergaduh dengan
dia memang pasal
laki tapi bukan
sebab berhubungan. Awak
janganlah risau. Saya
tak buat hal,
okey? Sebenarnya macam
ni... dia suka
pada jiran saya.
Jiran saya tu pulak bergurau
dengan saya. Dia
sakit hati. Dia
ceritakan tentang saya
yang nak bertunang
ni dekat jiran-jiran
saya. Saya malulah.
Dia siap umumkan lagi tentang awak,
iaitu pilihan mak
abah saya. Dalam
hati saya, eh,
perlu ke cerita
pasal pilihan orang
tua? Nampak sangat
yang saya terdesak
nak kahwin. Nampak
sangat macam saya
tak laku sampaikan
ada orang tua
kena pilihkan. Sejujurnya,
saya malu sangat.
Entah kat manalah
saya nak letak
air muka saya
ni.” aku berkata.
Air mata kembali
bertakung.
“Lah. Kesiannya
kat awak. Tak
patut dia buat
awak macam tu. Tapi bagus
jugak dia beritahu
pasal kita. At least,
tak adalah jiran
awak nak menggatal
dengan awak. Nampak
tak? Hikmah tu.
Lagi pula, janganlah
disebabkan perkara tu
awak nak rasa
rendah diri, rasa
diri tak laku
apa semua. Saya
tak rasa macam
tu pun terhadap
awak...” dia berkata
pula. Aku mendengus.
Memang betul ada
hikmah di sebalik
setiap kejadian itu
tetapi...
“Tapi saya
malulah, awak! Dia
cakap macam tu.
Dia tak fikir
ke perasaan saya?
Saya takut, kita
tak jadi bertunang.
Saya malu tau
bila benda-benda tak
jadi ni? Apa
pula kata jiran
saya? Apa kata
orang ramai?” aku
berkata serius.
“Awak jangan
risau. Lepas dengar
awak menjerit tadi,
saya yakin awak
jodoh saya. Awak
tulang rusuk saya.
Kita bertunang hujung
minggu ni. Jangan
risau okey? Semua
pasti jadi. Akan
jadi punya.” dia
berkata seakan berjanji.
Yakin benar dia!
Kenapa pula dia
yakin setelah aku
menjerit tadi? Tak
faham sungguh aku!
“Kalau tak
jadi?” soalku sedih.
“Tak ada
kalau-kalaulah, Aira. Pasti
jadi!” dia jawab
yakin.
“Awak belum
tahu siapa saya.”
ujarku.
“Awak pun
belum tahu siapa
saya.” dia membalas.
Okey! Dia berjaya
mendiamkan aku untuk
beberapa saat.
“Eeee, nak
menang ambillah!” aku
mengamuk. Dia tergelak.
Aku turut tergelak
kecil. Tak sangka
aku bakal memarahi
dia.
“Aira...” panggilnya
lembut.
“Ya...” aku
menyahut.
“Ceritalah lagi.
Sampai jadi gaduh
tu kenapa?” soalnya.
“Dia asak
saya. Dia kata
saya sengaja nak
jaga market. Kononnya saya
sengaja merahsiakan tentang
pertunangan kita nanti
untuk menggatal dengan
jiran-jiran lelaki saya.
Saya marahlah dia. Cantik sungguh
tuduhan dia tu!
Saya marah sungguh-sungguh sampai
saya tak sendiri
pun tak percaya.
Saya tak pernah
berniat pun nak
menggatal dengan jiran-jiran
lelaki saya. Saya
cuma takut. Takut
kalau benda tu
tak jadi sebab
ramai dah tahu. Kalau
tak jadi, mulut
orang lagi yang
saya kena hadap.
Saya dengan arwah
dulu tak jadi.
Sehari sebelum kahwin
langsung. Mulut orang
juga saya kena
hadap walaupun semuanya
sekadar bersimpati kepada
saya. Saya cuma
tak nak benda
tu berulang. Saya
tak suka menagih
simpati orang.” aku
berkata parau.
Memang itulah
alasan kenapa aku
marah Julia. Bukannya
sebab nak jaga market
aku. Tidak terlintas
langsung di hatiku
nak menjaga market.
“Saya faham
tempat awak. Saya
pernah rasa apa
yang awak rasa
dengan kawan baik
awak tu.” komennya.
Dia juga pernah
merasa hal yang
sama? Biar betul?
“Sudahlah. Saya
malas nak cakap
pasal dia lagi.
Sakit hati saya
tak hilang lagi.
Saya tak suka
dituduh melulu. Sebab
tu saya marah
sangat. Sekarang, kita
buat sesi perkenalan
ya? Kesian awak.
Dari tadi kena
dengar saya membebel.”
aku berkata. Dia
tergelak.
“Saya okey
ajelah, Aira.” katanya.
“Okeylah. Saya
nak tahu tentang
awak. Ceritalah.” aku
berkata serius.
“Tak ada
yang istimewa sangat
pun tentang saya
ni. Saya seorang
yang penyayang, itu
semestinya. Kasih sayang
saya untuk keluarga,
Allah, dan awak
sangat banyak. Hehehe.
Saya tak suka perempuan gatal
dan saya suka
perempuan garang. Macam
awak. Sebab dengar
katalah, perempuan garang
macam awak ni
sebenarnya sangat romantik
dengan pasangan. Lagi
pula, perempuan garang
sukar didekati. Sebab
itulah saya rasa bertuah dapat
dekati awak.” dia
berkata selamba. Aku
terkekeh-kekeh ketawa.
“Mana ada
garanglah!” aku menafikannya.
“Betul awak
garang.” Katanya pula.
Yakin benar bunyinya.
“Tak baik
fitnah.” Kataku pula.
“Saya cakap
perkara yang betul.
Dari tadi saya
kena marah aje
dengan awak.” katanya
pula. Aku tergelak
kecil.
“Alah, bukan
marah betul pun...
dahlah, sambung.” Aku
mengarahkan dia untuk
menyambung semula sesi
perkenalan kami yang
terhenti tadi. Eh,
tak habis ke
kredit dia? Eh?
Ha ahlah!
“Saya doktor
bahagian...”
“Eh kejap!
Kredit awak tak
habis ke ni?
Dah lama awak
telefon saya, kan?” aku memotong
tanpa dia sempat
menghabiskan ayatnya. Dia
tergelak lagi. Entah apa yang
lucunya.
“Tak habis.
Saya buat 131.
Nanti dah habis
sejam, saya buatlah
lagi.” ujarnya selamba.
Oh! Masing-masing pakai
Maxis. 131 hanya
seringgit sejam. Tapi
dengarnya, Maxis dah
nak tukar pelan.
“Oh, sambung
balik. Awak doktor.
Umur?” soalku. Padahal abah
pernah beritahuku. Tapi
aku agak ragu-ragu
untuk mempercayainya. Abah
aku tu kan
suka bergurau.
“Umur, dua
puluh lapan tahun.
Tinggi, enam kaki.
Berat, berat sangat.
Sebab saya berisi
sikit. Muka kalau
setakat nak buat cover
depan majalah maskulin
tu memang laku.”
ujarnya sambil tergelak.
Aku ikut tergelak. Ingatkan
dia serius. Hailah!
“Eeee, perasannya!”
kutukku. Dia tergelak.
“Saya tak handsomelah. Badan
pun chubby-chubby. Kulit
hitam manis. Pakai
kaca mata. Gigi
pun tak berapa
nak elok.” ujarnya
sambil tergelak. Aku
ikut tergelak. Bagaimana
rupanya, itu belakang
kira.
“Sambung lagi.”
aku arahnya sambung.
“Suka makan
makanan kurang berkhasiat
walaupun saya seorang
doktor. Contohnya, burger...
pizza, jajan. Awak
jangan contohi saya
ek?” dia berpesan.
Aku terkekeh-kekeh gelak.“Suka
warna hitam dan
putih.”sambungnya. Sama! Yang
ini sama dengan
ciri-ciriku.
“Samalah! Awak
suka warna hitam
dan putih atas
alasan apa? Apa
yang ada pada
warna itu?” soalku.
“Simbolik...” komennya
sepatah. “Awak?” soalnya.
“Sebab warna
hitam melambangkan misteri.
Warna hitam tu
cantik! Macam ada
rahsia di sebaliknya.
Kalau warna putih
pulak... sebab damai.
Kesucian. Bersih. Tenang...”
ujarku sambil memejamkan
mata dan membayangkan
warna putih... putih
semata.
“Awak memang
simbolik!” ujarnya sambil
ketawa kecil. Aku
ikut ketawa.
“Mak abah
awak kata awak
penulis novel.”Katanya lagi.
Senyumanku mati. Jadi,
dia dah tahu banyak
perkara tentangku. Hmmm.
Kalau korek rahsia
dengan mak abah
menggunakan cara psiko
macam aku guna
dulu, memanglah menjadi.
Tapi, aku tak
rasa dia perlu
guna cara psiko
sebab mak abah
memang dah berkenan
sangat dekat dia.
Jadi, mungkinlah mak
dan abah yang
sendiri menghebahkannya tanpa
segan silu.
“Tulis pun ikut suka
aje.Bila ada idea
tu, adalah. Bila
tak ada tu,
bertahunlah tak menulis.
Tak layak digelar
penulis pun lagi.” aku
merendah diri. Sejujurnya,
memang aku tulis
ikut suka aku
saja.
Nak kata
aku penulis novel?
Oh, please! Tak sesuai
sangat walaupun aku
memang tulis novel.
Entah, pada aku,
pangkat penulis itu
hanya sesuai untuk
ditujukan buat penulis
yang berbakat seperti
Damya Hanna, Melur
Jelita, Aisya Sofea,
Fauziah Ashari dan
lain-lain. Penulis yang
mempunyai ilmu pengetahuan
yang luas. Tidak
sepertiku.
“Tapi stilllagi seorang
penulis novel.”Katanya tidak
mahu kalah.
“Apa-apalah awak!”
aku berkata geram.
Malas hendak bercerita
lanjut mengenai minatku
yang satu itu.
Aku tak selesa.
Tak suka. Sebab
dia lelaki. Lelaki
jarang ada yang
baca novel. Dan,
jarang lelaki suka
bercerita tentang novel
ini.
“Bila nak
buat novel kisah
kita ni?” soal
dia. Hailah! Novel
lagi ke? Cubalah
ubah topik. Malu
aku jadinya.
“Kisah kita
tak bermula pun lagi...” aku
berkata selamba. Dia
tergelak kecil.
“Kisah kita
dah lama bermula
sebenarnya. Awak saja
yang tak tahu
tentang tu. Awak janji
dengan saya ya,
Aira, lepas kahwin,
awak tulis cerita
kita. Suka duka,
gaduh baik segala.
Macam mana kita
kenal, semua tu
awak kena masukkan
ke dalam novel
tu nanti.” pintanya.
Tulis kisah
tentang dijodohkan oleh ibu dan
abah? Klise sungguh! Entah
apa kata pembaca
nanti. Teruknya hasil
nukilan Medina Wari.
Ok, nama pena
aku memang sangat
pelik, okey? Jangan
tanya kenapa sebab
aku pun tak
tahu kenapa aku
letak nama itu
sebagai nama penaku.
“Esk! Tak
ada masa la
saya!” aku mengelak.
“Bolehlah?” pintanya
dengan suara manja.
“Okeylah...” aku
mengalah sahaja. Kalau
boleh, cepatlah habis
topik ni. Tak
larat nak tahan
rasa malu dah.
Penulis novel jiwang
yang tak ada
kekasih? Karut! Tapi
itulah aku.
“Awak pakai
nama pena apa?”
soalnya lagi. Aduh,
topik ni lagi.
“Dah kahwin
nanti awak tahulah.”
ujarku berahsia. Malaslah
nak beritahu dia
tentang Medina Wari.
“Saya tanya
abah.” ugutnya.
“Abah awak
tahu ke?” soalku.
“Abah awaklah
sayang. Tak lama
lagi jadi abah
saya juga. Jadi,
saya panggil abah
ajelah. Abah saya,
saya panggil daddy.” ujarnya
sambil tergelak kuat.
Tahulah aku dia
ni banyak main-main!
“Daddylah sangat. Nak
gaya barat aje.”
aku menjuihkan bibir.
Badanku sudah mengiring
ke sisi. Menghala
ke tingkap. Terlihat
samar cahaya lampu menerjah masuk
melalui tingkap kaca
itu. Mata terus
memanah ke langit.
Berharap agar kami
melihat bulan yang
sama...
“Hahaha. Saya
panggil ayah sebenarnya.”
ujarnya sambil tergelak
kecil. Aku tersenyum.
Ayah rupa-rupanya.
Entah bagaimanalah rupa
ayah dia? Tak
dapat aku gambarkan...
kami kemudiannya berbual-bual
tentang diri kami.
Tentang cinta lamanya
yang pergi meninggalkan
dia setelah menemui
kekasih baru. Tentang
dia yang lambat
mendapat tahu bahawa
dia telah ditinggalkan.
Tentang diriku yang
menjadi pengantin tak
jadi.
“Aira...” tiba-tiba
suaranya berubah romantik
tahap kronik. Jantungku
mulaa dipalu kebimbangan.
Rasa jatuh hati
mendengar suaranya.
“Ya...” jawabku.
“Erm... awak
tak lihat bulan?”
soalnya. Lihat? Kelakarnya
bila lelaki menggunakan
perkataan lihat berbanding
‘tengok’ atau ‘pandang’.
Skema!
“Saya tengah
tengoklah ni.” jawabku
sambil memandang bulan.
“Saya pun
sama. Cantikkan?” soalnya.
“Ya...” jawabku
sambil menganggukkan kepalaku
sedikit. Pedulilah jika
dia tak nampak
pada anggukkanku.
“Macam awak.”
sambungnya. Manisnya mulut
dia...
“Hahaha. Mengarutlah
awak ni.” aku
hanya tergelak. Gelak
yang kekok.
“Saya serius.”
Jawabnya pendek dengan
suara huskynya. Oh tuhan,
bagaimana jika kami
benar-benar berjodoh suatu
hari nanti? Adakah
aku akan ditemani
suaranya yang seksi ini?
“Awak belum
tengok rupa saya. By
the way, terima
kasih.” Ucapku. Kami
berbual-bual tentang maklumat
masing-masing seperti hari
jadi, pekerjaan dan
sebagainya tidak lama
kemudian.
Akhirnya kami
mencapai kata sepakat,
kalau rasa nak
ubah fikiran, tolong
beritahu awal-awal dan
kami, jawab TIDAK
akan ubah lagi.
Dia bercerita juga
bagaimana dia berjumpa
dengan abah buat
pertama kalinya dan
abah bercekak pinggang
macam nak marah
sehingga dia berundur beberapa
tapak ke belakang
akibat takut. Kemudian
abahku gelak gila-gila
mengejeknya. Bukan setakat
abah aku yang
gelak, ayah dia
pun tergelak sama.
Aku yang mendengar
ceritanya itu turut
tergelak.
Apa pasallah
abah nak bercekak
pinggang bagai menyambut
kedatangannya? Siapa yang
tak berundur kalau
awal-awal datang lagi,
terus tuan rumah
bercekak pinggang tanpa
diketahui apa sebabnya.
Abah... abah... nakal
sungguh!
Akhirnya, kami
menamatkan panggilan setelah
menyedari jam sudah
menginjak ke angka
satu setengah pagi.
Tiba-tiba rasa rindu bertamu. Cintakah
ini? Senyuman di
bibirku terukir lagi.
Harap dia tidak
tinggalkan aku. Nombor
telefonnya yang masih
belum aku simpan
petang tadi akhirnya
menjadi simpananku.
Encik Tunang
Tubi... (Encik Tunang To Be)
0 komen:
Post a Comment