BAB
2
AKU
ingin
melabuhkan punggung di
sebelahnya. Tak sanggup
juga kalau terus
bertatapan muka dengan
dia. Baik aku
duduk di sebelah
dia saja. Tapi
malang… dia meletakkan
kakinya di situ.
Tak senonoh langsung
cara dia duduk!
“Saya nak
duduk.”
“Banyak lagi
kerusi lain.” Jawabnya
selamba sambil mengerling
ke arah kerusi
di hadapannya. Memang
rasa nak cekik
dia ni. Aku
ambil keputusan untuk
duduk di kerusi
sebelah yang bertentangan
dengan dia. Tak
perlulah aku bertentang
mata secara depan
dengan dia.
“Kenapa tak
duduk depan I?”
nadanya masih sama.
Mendatar.
“Ammm… duduk
sini senang nak
keluar…” huh. Alasan
aku memang bagus
betul. Tempat duduk
aku ni memudahkan
aku untuk keluar
terus. Dia angguk.
Tidak lama kemudian
dia menggamit seorang
pelayan untuk datang
ke meja kami.
Sesudah makanan dipesan,
pelayan itu pergi.
Aku jugalah
yang masih kaku
macam nak arwah
dekat sini. Menyesal
aku tak bawa
fon tadi. Ingatkan
tak adalah kegunaan.
Aku gigit kuku
ibu jari. Mata
sesekali curi-curi pandang
dia. Dia tekun
membelek surat khabar
di atas meja
ini.
Mujur juga
tahu nak baca
surat khabar. Lama
dia biarkan aku
sepi sendiri kat
sini. Entah apa
yang dibacanya aku
pun tak tahulah.
Even aku sendiri
pun payah nak
selak akhbar.
“So…” dia
panggung kepala. Aku
telan liur. Baru
aku cakap ‘so’,
dia dah tenung
aku macam nak
arwah tu kenapa?
Keningnya diangkat sebelah.
“Lupa.” Aku
berkata tidak lama
kemudian. Dah memang
lupa nak cakap
apa. Sekali kena
tenung aje, sewel
terus aku. Dia
kembali tunduk dan
membaca surat khabar.
Okay, keep
reading. Aku tahulah
akhbar tu lagi
cantik dari aku.
Blurghhh…
Dia pandang
aku yang buat
bubbling ini. Aku
gigit bibir.
“Distracting.” Komennya
sepatah. Perghhh! Padu
beb. Tepat ke
jantung.
“Sorry.” Aku
garu pipi. Memang
dia ni sombong
betullah! Menyesal aku
suka dia. Tak
ada yang elok
pun selain rupanya.
Perangai zero.
Makanan sampai
juga akhirnya. Aku
rasa nak sembah
pelayan ni tahu?
Terima kasih banyak-banyaklah sudi
selamatkan awkward moment
tadi.
Tanpa menunggu lama,
terus aku menyuap
makanan. Dia berdeham.
Aku berhenti mengunyah
dengan nasi penuh
dalam mulut. Macam
ada benda yang
tak kena saja.
Aku pandang mukanya.
Dia tadah kedua
belah tangannya. Alamak!
“Doa!” aku
bercakap sambil tersedak-sedak. Nyaris
tak tersembur keluar
nasi aku kunyah
tadi. Lupa nak
baca doa.
“Allahuma…” dia
membaca doa makan
dengan lancar sekali.
Terkejut juga sebab
dia itukan duduk
di negeri orang
putih? Aku ingatkan
dia lupa diri.
Rupa-rupanya aku yang
lupa diri. Duduk
di Malaysia pulak
tu. Memalukan!
*****************************
“LEMME drive.”
Dia menadah tangan
minta kunci. Aku
menggeleng-gelengkan
kepalaku. Mana boleh
Bumblebee aku nak
beri dia bawak!
Calar nanti.
“You bawak
slow.”
“Okey biar saya bawa.
Saya janji kali
ni saya tak
bawa slow macam
tadi...” dia angguk.
Okey, sir.
Kau nak tengok
sangat kan aku
memecut? Kau memang
silap besarlah mencabar
seorang bekas drifter
macam aku ni.
Aku melangkah
masuk dengan bacaan
Bismillah. Begitulah setiap
kali nak bawa
kereta. Dia sudah
ambil tempat duduk.
“Buckle up,
sir.” Arahku sambil
menahan senyum. Dia
buat tak dengar
saja. Oh, Italian
boy ni kerek
ya?
Aku mula
memandu kereta manualku.
Mula-mula aje aku
acah-acah bawak perlahan.
Bagi dia menguap
dua tiga kali.
Seperti jangkaanku, dia
menguap. Aku menyangkutkan
kaca mata hitamku
ke hidung. Lagu,
aku pasang kuat.
Dear Future Husband
dari Meghan Trainor.
Sambil menyanyi, aku
mula nak beraksi.
“Dear
future husband here’s
a few things,
you need to
know if, you
wanna be… my one and
only all my
life…”
Sesampai di
jalan lurus yang
kurang kereta, aku
mula tersenyum. Dalam
keadaan statik, aku
masukkan gear satu. Keretaku berkelajuan
sederhana. Aku menekan
clutch dan
menarik handbreak sehingga kereta
berpusing ke kanan.
Kemudian aku lepaskan
handbreak dan clutch
serentak. Dengan tenang,
aku kawal stereng
dan throttle sehinggalah kereta
kembali berpusing mengikut
arah lawan dan
kereta kembali tegak. Drift terbaik
U-turn aku setakat
ini. Ngam-ngam soi
aje lajaknya. Bagus
betul.
Aku kerling
Benji di sisi. Tangan kirinya
sudah berada di
tempat pemegang di
atas pintu kereta
dan tangan kanan
mencengkam kemas kusyen
kereta. Walaupun riaknya
tenang saja, tapi
aku tahu dia
dah mula takut.
Aku menekan pedal.
Badan Benji bagai
ditolak ke belakang.
Aku menjeling
kakinya. Dia dah
tekan brek imaginasi.
Bagus!
“Stop
this car, let
me drive!” satu-satu perkataan
keluar dari mulutnya.
Hahahaha! Rasa
macam nak berjoget
kegembiraan bila tengok
dia begitu. Aku
menghentikan kereta ini
di tepi jalan
sambil memasang signal.
Dia keluar dengan
muka bengisnya lantas
menuju ke arah
pemandu. Aku pula
terus melangkah ke
tempat penumpang tanpa
perlu keluar dari
kereta. Biasalah badan
kecil, menyusup ajelah.
“You nak
bunuh diri, jangan
libatkan I!” dia
mendengus.
“Awak juga
yang cakap saya
bawa slow.”
“Tapi I
tak suruh you
buat drift kat
sini!”
“Oh ya?
Sebab cara awak
bercakap tadi macam
nak saya tunjukkan
kehebatan saya memandu.”
Selamba aku mengangkat
bakul.
“I
don’t trust a
girl that use
three pedals.” Oh,
sebab itu rupanya
dia nak drive.
Cakaplah awal-awal. Jangan
bagi alasan aku
bawa slow.
“A kickass
girl use three
pedals.” Jawabku bersahaja.
Lantaklah kalau dia
nak terasa. Pergi
mandilah.
“Dumbass!” kutuknya.
“Asshole.” Suara tak
keluar tapi mulutku
saja yang bergerak.
Dia
menyangkutkan kaca matanya
ke hidung. Sempat
lagi dia menjelingku.
Okey. Fine. Aku memang
suka pun jelingan
dia tu. Huh! Berasap mata
aku melihatnya.
***********************************
“WHY don’t
you pick me up?” bentaknya
sebaik saja dia
keluar dari kereta.
Wajah ceria Aunty
Marlynn berubah mendengar
soalan itu. Ada
ke patut soal
macam tu untuk
orang yang dah
sambut kepulangan dia
dengan senyuman seindah suria?
Pernah tak
korang tiba-tiba jadi
tak suka pada
seseorang disebabkan attitude
dia zero? Aku
pernah! Sekarang inilah.
Aku boleh terima
layanan dia pada
aku dingin. Tapi
aku tak suka
dia melayan mama
dia begitu. Keluar
dari kereta macam
tak boleh nak
peluk cium dulu?
Kalau akulah
pulang dari oversea
setelah sekian lama
tak jumpa mak
aku, gerenti aku
pergi terpa mak
aku dulu dan
cium mak aku.
Ini tak! Sibuk
nak merajuk macam
budak kecil. Budak
kecil pun fikir
lima enam kali
nak buat perangai
macam tu.
“Mama busy.”
“I
don’t buy it.”
Hish kurang ajarnya
budak Itali ni…
kalau Aunty Marlynn
benarkan, aku nak
tolong sekeh-sekehkan kepala
dia.
“Son…”
“Suruh dia
balik.” Begitu saja
arahannya. Aku cukup
faham. Akulah ‘dia’
tu.
Aku bergerak
ke tempat pemandu
dan segera menutup
pintu kereta yang
dia buka tanpa
menutup balik. Memang
tak ada adab
budak Itali ni. Dia ingat ada
orang yang nak
tolong buka tutup
pintu untuk dia
agaknya.
Malas nak
duduk di situ
lama-lama, aku aku
reverse keretaku sambil
memandang ke cermin
pandang belakang… dia
tercegat di belakang
kereta aku, bercekak
pinggang. Laju kaki
menekan brek. Jantung
macam dah nak
tercabut.
“Hey! Awak
nak kena langgar
ke?” marahku sebaik
saja menurunkan cermin
kereta. Mujur aku sempat tekan
brek. Kalau tak
gerenti dia dah
masuk hospital dah.
“My
bag.”
“Tahu pun!”
“I
said my bag.
My bagpack. Not
my bad!” dia
bercakap sepatah-sepatah. Okay,
aku pekak! Rasa
nak angkat cermin
dan buat tinted
gelap. Malunya! Depan
Aunty Marlynn pulak
tu. Aku menjeling.
Sombong betul dia
ni. Aku layan
elok pun buat
kerek.
“Ambillah.” Jawabku.
Dia membuka pintu
kereta belakang lantas
menyauk beg kulitnya.
Bagus.
“Tutup pintu
balik!” arahku kasar.
Selepas pintu dihempas,
aku terus pecut
keluar dari laman
rumah. Dekat selekoh
berdekatan, aku drift.
Saja nak bagi
dia bau asap
kereta aku.
Nak bawa
ke mana perangai
kerek dia tu?
Ucap terima kasih
pun tak. Setahu aku,
mamat Perancis aje
yang kerek. Tak
sangka mamat Itali
pun sama. Mentang
dah jadi model.
Hey, kau femes
kat negara orang,
bukan Malaysia!
***************************
“SO
macam mana dengan
Benji?” soal mama
sambil tersenyum lebar.
Manisnya muka mama…
yang tak manisnya,
muka aku! Boleh
mama kenangkan semula
Benji? Nak muntah
rasanya bila bayangkan
muka sombong dia.
“Rude.”
Komenku sepatah lantas
melabuhkan punggung ke
sebelah mama. Kepala
aku jatuhkan ke
bahu mama.
“Kenapa?”
“Entahlah. Makin
bongkak, mama. Rugi
tau Oddie terpaksa
habiskan masa dan
minyak kereta Oddie
untuk orang yang
tak pandai berterima
kasih macam dia.”
Aku merungut.
Mama tersenyum.
“Jangan-jangan dia
malu, tak?” teka
mama. Mama ni
memang positif aje
yang dia fikir.
Memanglah bagus, tapi
dalam keadaan sekarang…
sangat tak bagus.
“Tak adalah
mama. Mama tau
tak? Dari awal
Oddie pick up
dia kat airport
sampailah kami pergi
makan lepas tu
balik, muka satu
pesen dia itulah
yang dia tayang,
mama. Tak ada
nak senyum. Tak
ada nak berbual.”
Aku mula membebel.
“Lah. Takkan
dia tak buka
mulut langsung?” mama bersuara
lembut. Aku mencemik. Teringat
patah-patah perkataan yang
menyayat hati yang
keluar dari mulut
Benji.
“Ada. Contohnya,
‘I nak makan’,
‘distracting’, ‘let me
drive’, ‘awak bawak
slow’ dan seangkatan
dengannya.” Aku mengajuk
cara Benji bersuara.
Cara sombong bongkak
dia tu. Mama
sudah tergelak mendengarnya.
“Mama, it ain’t
funny! Dia sangat
menjengkelkan. I’m
totally regret for
what I’ve done
today. Oddie tak
sepatutnya ikut cakap
mama. Oddie patut
duduk di butik aje.” Aku
mula membentak. Mama
seolah-olah tak hairan
dengan layanan buruk
Benji terhadapku.
“Eleh, sejam
kat butik pun
dah membebel. Sanggup
ke duk sana
lama-lama?” mama menyindir.
“Huh, at least
lebih baik dari
menghadap dia. Dia
ingat dia balik
Malaysia ni dia
femes macam dekat
sana agaknya. Sombong
gila!” aku merengus.
0 komen:
Post a Comment