BAB
10
“NAK ke mana
tu Melur?” soal
mak pada aku yang sedang
mencalitkan minyak wangi
ke kawasan urat lengan. Mak
ni, tahu-tahu sahaja
aku nak keluar.
Aduhlah Melur! Mestilah
mak tahu! Takkanlah
duduk di rumah
pun aku nak
pakai perfume, ya tak?!
Lagi pula, aku
memang melaram sedikit
hari ni. Maklumlah.
Pekan sehari, kan?
“Nak pergi
pekan sehari mak.”
jawabku sambil tersenyum
bangga.
“Ai, banyak
duit kau, Melur.”
mak berkata sangsi.
Mestilah mak tak
percaya. Aku sudah
lama tidak menerima
tempahan gubahan hantaran.
Dan sekarang aku
bergantung seratus peratus
pada duit mak
dan abah.
“Aizat bagi.”
aku berkata sambil
menempekkan bedak kompak
ke wajahku.
“Abang Aizat...”
mak menegur. Tidak
suka cara aku
menggelarkan Aizat begitu.
Aku mencemik. Tak
ingin aku nak
panggil dia ‘abang’.
Geli. Dia pun
pasti tak ingin
dipanggil abang. Bukankah
dulu dia tidak
mahu menganggap aku
ini seperti adiknya?
“Alah, tak
payah nak abang-abang
pun tak apa.
Dengan Melur pun
dia guna aku-kau
aje. Dia pun
tak hairanlah, mak.
Jangan risau.” ujarku
selamba.
“Hmm. Tak
lama lagi jadi
laki Melur tu.
Baik belajar panggil
abang awal-awal. Ni,
nak pergi dengan
siapa?” soal mak.
Aku mencemik
lagi apabila mak
kata tak lama
lagi Aizat bakal
menjadi suamiku. Sungguh
aku tak rela.
Ya, dulu aku
pernah bersetuju. Tapi
itu dulu punya
cerita. Sekarang tak
lagi! Lagi pula,
aku tak rasa
yang kami bakal
menikah. Mak auta
sahaja sebab takut
aku jadi anak
dara pemalas. Aku
kenal sangat mak
aku.
“Nak pergi
dengan Ijai.” jawabku
selamba sambil mengoleskan
petroleum jelly
ke bibirku.
“Pergi dengan
Abang Aizat kamu
sekali. Tak elok
pergi berdua saja.
Nanti apa kata
tunangnya.”pesan mak. Aku
mencemik serta-merta. Sikit-sikit
Abang Aizat. Uwerk.
Meluat aku dengan
Samurai tu.
“Ada Nora.”
jawabku yang masih
tidak mahu ditemani
Aizat. Mak mengeluh
sedikit. Keningnya digaru-garu
dengan jari kelingking. Sebelah
tangan lagi bercekak
pinggang. Mungkin mak
tak tahu nak
kata apa dah
dengan aku. Yalah,
setiap kata-katanya pasti
aku tepis dengan
penuh keazaman. Aku
tak mahu ada
Aizat. Itu saja.
Terencat niatku hendak
berbelanja kalau dia
ada. Diakan suka
pertikaikan setiap perkara
yang aku buat?
“Nanti Nora
cemburu pula.” mak
memberi alasan.
“Mak... Orang
tak naklah macam
ni. Setiap kali
nak gerak aje
mesti kena ada
si samurai tu.
Lagilah jadi buah
mulut orang nanti.
Mengekor aje. Melur
ni bukannya kucing
sampai nak kena
ada ekor. Ekor
yang buruk pula
tu. Lagilah Melur
tak nak.” aku
membebel. Aku sudah
bersiap dengan dompet
di celah ketiak.
Hendak membeli belah
di pekan sehari.
“Kau kutuk
aku, Melur?!” suara
samurai menyapa tiba-tiba.
Terkejut aku! Dia
dah tercegat kat
depan pintu rupa-rupanya!
Eh? Apa pasal
kacak semacam aje
dia ni? Bukan
main dia bergaya.
Nak ke mana?
Dia tercengang sedikit
memandangku yang kini
berdiri berhadapan dengannya.
Eleh, mesti dia
terkejut bila tengok
aku cantik sangat
hari ni.
“Mana ada
saya kutuk awak?!”
aku menafikannya. Takkanlah
aku cakap tak
nak pergi dengan
dia pun satu
kutukan?
“Kau ingat
aku tak dengar?
Ekor kucing tu
apa?” dia berkata
sinis.
“Ekor kucing
Ijai. Terkepot.” Aku
membuat cerita. Mak
sudah menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Tak payah
nak kelentonglah. Habis
kau panggilaku samurai,tu
apa pulak?” soalnya
tak puas hati.
“Selama ni
saya panggil awak
samurai tak ada
pulak awak nak
mengamuk.” aku menjelingnya.
“Hari ni
tak boleh!” dia
menjelingku semula. Eh
eh! Dia ni,
mengada-ngada. Apa dia
fikir dia comel
kalau cakap begitu?
“Lantak awaklah!
Mak, Melur pergi dulu
ya?” aku meminta
diri.
“Melur, kau
kena pergi dengan
aku. Nanti ada
orang buli kau,
aku tunjuk muka
saja, diorang dah
bertempiaran lari.” cheh!
Ayat tak boleh
blah betul. Kalau
aku tengah makan
tadi, memang tak
hadamlah makanan aku!
Siapalah yang nak
lari tengok dia?
Sudahlah badan keding.
Kalau orang lari
pun, aku yakin
orang itu akan kembali
membawa geng untuk
mentertawakan dia secara
berjemaah.
“Ala, tak
payahlah pergilah.” aku
berkata dengan muka
serius. Tak selesa
sungguh aku kalau
dia ikut aku
pergi ke mana-mana.
Nanti jadi buah
mulut lagi.
“Peduli apa
aku? Kau bagi
ke tak ke,
aku memang nak
pergi ke pekan.
Mak De, saya
pergi dulu ya.”
dia meminta izin
dengan mak aku
lantas dikucup tangan
emak. Aku ternganga
sedikit. Aku keluar
dari rumah pun
tak pernah cium
tangan mak. Mulalah
aku rasa malu
sendiri. Huhuhu.
“Hati-hati ya,
Aizat? Tengok-tengokkan Melur
ni sekali. Jangan
bagi dia rapat
sangat dengan Ijai
tu. Nanti kecil
hati Nora.” mak
bersuara. Aizat mengangguk.
Heee, benci! Kena
pergi dengan dia
jugakah? Menyampah tahu?
“Mak De
jangan risau. Kalau
dia dekat dengan
Ijai tu, saya
dukung dia balik
rumah!” Aizat berkata
selamba. Nak dukung
aku? Larat ke?
Mak hanya menggeleng-gelengkan kepalanya
mendengar kata-kata Aizat
itu.
“Melur, kau
tukar baju. Kau
pakai apa ni?”
arahnya selamba. Aku
terkejut. Ingatkan dia
pandang aku sebab
kagum. Rupa-rupanya dia
suruh aku tukar
baju? Rasa-rasanya, inilah
pertama kali aku
melaram. Takkan tak
cantik kut?
“Saya pakai
bajulah. Tak okey
ke?” soalku.
“Tak. Kau
padam mekap kau
sekarang. Macam orang
gila.” Katanya. Eh?
Seteruk itukah pemakaian
aku hari ini?
Setahu aku, aku
memakai sehelai kemeja
putih berlengan labuh
dipadankan dengan seluar
jeans lusuh straight cut.
Takkanlah aku nak
ke pekan sehari
dengan memakai seluar
trek seperti kebiasaannya?
Tak cantiklah!
“Mana ada
mekap? Letak bedak
aje pun. Tak
pakai alis mata pun. Mulut
pun biasa-biasa saja.
Letak maskara saja
pun kena padam
ke?” protesku.
“Padam! Buruk!”
kutuknya.
“Biarlah!” aku
menghentak kaki tanda
protes.
“ASAL setiap
kali aku tengok
muka kau, mesti
muka Aizat ada
sekali?” Ijai menyoalku
perlahan. Takut Aizat
yang berjalan di
belakang terdengar soalannya. Aku tersengih.
“Apa kau
ingat aku saja
suka-suka nak bawa
dia? Hey, aku
lebih rela kalau
kera berderet ikut
kat belakang akulah.
Mak akulah yang
suruh dia ikut.”
aku kembali berbisik.
Tiba-tiba, Aizat mencelah
antara aku dengan
Ijai.
“Mak kau
dah pesan, jangan
bagi kau dengan
Ijai rapat-rapat sangat.
Kau nak aku
dukung kau buat
balik ke rumah
ke?” keras suaranya
menegah. Cheh! Benci
betul aku mendengarnya.
Aku menilik ke
arah Ijai di
sebelah kiri Aizat.
“See?
Aku rimas sebab
inilah!” aku membentak
sambil menjeling Aizat.
Ijai tergelak kuat.
“Hairan pulak
aku dengan rimas
kau tu? Mak
kau punya pesanan
ni. Aku kena
jaga kau!” dia
menjelingku. Alasan sungguh!
“Mak takut
Nora terasa hati.
Nora bukannya ada
lagi. Rumah Nora
pun kita tak
lalu lagi.” aku
mencemik geram.
“Kau nak
Nora nampak dulu ke baru
kau nak menjauh?”
soal Aizat sinis.
Aku menjelingnya. Heee,
memang apa yang
dia kata tu
ada betulnya juga.
“Apa pasal
kau diam? Sebab
dah kalah?” soalnya
selamba. Aku menjelingnya.
“Diamlah, pepijat!”
aku menjelingnya geram
dan melangkah ke
depan dengan langkah
besar. Benci sangat-sangat, tahu?!
“Pepijat mana
boleh diam setiap
kali jumpa bunga
melur. Serangga sukakan
bunga.” jawabnya selamba.
Aku terhenti melangkah
dibuatnya. Dia sukakan
akukah maksud kata-kata
dia tu? Eeee,
apa pasal otak
aku kuat perasan
sangat ni?
Bukkk!! Terkedepan
aku dilanggarnya! Nyaris
tak tersembam ke
tanah bila lengan
aku dipaut Aizat
daripada jatuh. Ijai
sudah terkekeh-kekeh gelak.
Heee. Geram betul
aku! Aku merentap
tanganku sesudah stabil
berdiri.
“Hey kau
ni! Apa pasal suka sangat
berhenti mengejut macam
ni? Ini kali
kedua dah kau
buat brek emergency macam
ni.” marahnya. Dua
kali aku dimarahinya
disebabkan berhenti mengejut.
Mana aku nak
tahu yang dia
ikut belakang aku
serapat itu. Lagi
satu, perlukah dia
ikut aku sampai
tahap ini?
“Mana saya
tahu awak nak
ikut rapat macam
ni!” aku menjelingnya.
“Lain kali,
pacak side mirror kat
atas bahu kau
tu, kalau nak
main brek-brek macam
ni! Tengok ada
orang ke tidak
dekat belakang.” marahnya.
Bertambah kuat Ijai
gelak. Mengarut sangat
Aizat ni. Dia
ingat aku boleh
jadi macam dalam
cerita Kungfu Hustle
tu ke apa?Ada
pisau terpacak dekat
bahu dan buat side
mirror.
“Heee, biarlah!”
aku mendengus dan
kembali berjalan. Malas
dah aku nak
tanya dia sama
ada dia suka
kat aku ke
tidak. Berdasarkan pemerhatian
aku, dia suka...
dia suka menyakitkan
hati aku!
“KAU nak
beli apa?” soalnya.
Aduhai. Dia lagi,
dia lagi! Kenapalah
dia ikut aku
ke mana-mana saja
aku pergi? Aku
nak usyar pakaian dalam
pun tak boleh.
Payahlah begini.
“Tak beli
apa. Tengok-tengok aje.”
aku berkata lantas
berjalan beriringan dengan
Nora dan Ijai.
Dia menandingi langkahku
dan berbisik ke
telingaku.
“Takkanlah tujuan
kau datang sini
semata-mata nak tengok-tengok
aje?” sindirnya.
“Eh, biarlah
saya nak tengok
ke. Nak jeling
ke apa...” aku
melawan. Aku ingin
kembali berjalan dengan
Nora dan Ijai
namun dihalang Aizat.
“Baik kau
jangan menyibuk dekat
dia orang. Orang
tu nak dating berdua.
Jalan dengan aku
kat sini, ada
faedahnya. Dating dengan aku
ni haa. Aku boleh belanja
kau.” dia tak
pasti sama ada
dia betul-betul berbisik
ataupun dia berbisik
pakai mikrofon! Kuat.
Ijai tersenyum-senyum mendengar
kata-kata Aizat itu.
Bangga sangat dia
bila Aizat memahaminya
yang nak berdating tu.
Aku mencemik.
“Jauhkan jarak
awak dari saya,
sepuluh meter.” Aku
mengarahkan Aizat untuk
menjauhiku. Dia mencemik.
“Okey. Jangan
kau lari dari
aku sudah. Sampai
ke hujung dunia
aku mengejar.” Dia
berkata selamba. Aku
mengangkat ibu jariku.
Setuju! Lagi pula,
berdayakah aku hendak
berlari sampai ke
hujung dunia?
Aku berhenti melangkah
betul-betul di depan sebuah
gerai buah. Tekak
teringin nak merasa
buah jambu air
dan jambu batu.
Tentu enak jika
buah itu dicolek
dengan asam boi
dan... kicap berlada.
Digigit sampai hancur
dan ditelan... Oh
tuhan! Kecur liurku
membayangkan aku memakannya
dengan pergerakan perlahan.
“Beli buah,
dik?” soal si
peniaga tua kepadaku
sekali gus mematikan
bayanganku. Aku mengangguk.
Yelah, takkan aku
nak beli kasut
pula di gerai
buah-buahan ni? Terus
dia menyerahkan sebuah
bakul kecil untuk
mengisi buah kepadaku.
Aku memilih-milih dengan
berhati-hati. Risau kalau
dapat buah yang
sudah buruk.
“Cantiknya awak
ni. Hai awak.
Nak beli apa
ni, hmm?” soal
seorang lelaki yang
langsung tak dikenali.
Ini seorang lagi,
tanya soalan budak
tadika! Aku berhenti
dekat sini, takkanlah
nak beli motor
pula?!
Gelinya aku.
Macam orang tak
pernah jumpa perempuan
pula dari gaya
teguran dia. Kasihan.
Aku tidak mengendahkan
soalan dari lelaki
itu malah aku meneruskan aktivitimemilihbuah-buahan yang mengecurkan air
liurku ini. Peniaga
tua itu pula
hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Nama awak
apa?” soal lelaki
itu lagi. Heee,
sungguhlah aku rimas
dengan spesies lelaki
macam ni. Kalau
orang dah diam
tu, maknanya tak
mahu layanlah! Aku
mengelak apabila lelaki
itu berdiri di
sebelahku.
“Jangan sombong
sangat, awak. Berdosa.
Datang dengan siapa
ni?” soal lelaki
itu lagi. Dia
ni, gerenti geng-geng
mat pek yang
selalu duduk kat
bawah jambatan tu.
Orang kampung seberang.
Cara pemakaian pun
melambangkan dia memang
geng-geng mat pek!
“Jangan kacau
bini aku, boleh?”
soal satu suara
tiba-tiba. Aku berpaling.
Aizat! Dia sedang
berpeluk tubuh dan
menghantar pandangan tajam
kepada si lelaki
yang menggangguku. Huh.
Apa motif dia
cakap aku bini
dia? Cakap adik,
sudahlah!
“Ka... kau?”
soal si lelaki
itu tergagap-gagap. Macam
takut benar saja
dia melihat Aizat.
Sampai pucat wajah
dia.
“Kenapa dengan
aku? Teringat kenangan
lama, huh?” soal
Aizat dengan muka
tegangnya.
Aku tak
pasti, kenapa muka
dia setegang ini.
Kenangan lama? Apa
maksud Aizat? Kenapa
lelaki itu tiba-tiba
bertempiaran lari? Dan,
benarkah seperti yang
Aizat kata di
rumah tadi? Lihat
saja muka dia,
pasti orang bertempiaran
lari? Memang betul!
Tak sangka akan
ada orang takutkan
si keding ini.
“Kenapa dengan
dia tu?” soalku
tak tertahan.
“Nampak hantu.
Dah, beli cepat,
lepas tu balik.
Mujur aku ada.”
Aizat masih lagi
dengan muka tegangnya.
Aku tak
faham. Kenapa Aizat
ni ditakuti lelaki
itu? Kenangan lama?
Ada kaitan dengan
kes dia masuk
sekolah jahat dulukah?
Mungkin. Mungkin lelaki
itu dibulinya. Maksud
aku, dibuli dengan
teruk sehingga meninggalkan
trauma. Boleh jadi.
Aku nak sangat
kenal dengan Aizat
yang dulu. Apa
pasal dia berubah
jadi jahat? Sewaktu
aku berpindah ke
Negeri Sembilan dulu,
dia masih di
sekolah rendah. Menurut
emak, waktu di
sekolah rendah, aku
manja sangat dengan
dia.
Dalam beberapa
tahun tinggal di
Negeri Sembilan, kami
dikejutkan dengan berita
dia dihantar ke
sekolah bagi pesalah
juvana di Kuala
Lumpur. Sewaktu itu,
aku masih tidak
mengerti mengapa? Jadi,
aku tidak mengambil
peduli langsung. Sehingga
sekarang pun, aku
masih lagi tidak
mengerti mengapa dia
dihantar ke sana.
Bila ibu dan
bapanya meninggal dunia,
barulah kami pulang
semula ke kampung
ini dan tinggal
di rumahnya yang
telah kosong itu.
Sekarang, dia pulang
semula ke sini. Ah, berbalik
semula kepada topik
asal! Aku rasa,
betullah! Lelaki tadi
tu pernah dibuli
Aizat dulu! Lihat
sajalah muka trauma
dia tu.
“Kau nak
termenung sampai lusa
ke?” soal Aizat.
Aku tersentak.
“Tak, memikirkan
lelaki tadi. Tentu
teruk dia dibuli
awak dulu. Sampai
pucat lesi macam
tu sekali.” Aku
menyerkap. Air muka
Aizat berubah.
“Kau tak
faham apa-apa, jangan
mudah meletakkan seseorang
dalam sesuatu situasi.
Beli cepat, kalau
tak, kau balik
seorang!” Dia mendengus.
Terkejut aku. Apa
pasal tiba-tiba dia
nak membentak ni?
Aku memilih jambu
air dan jambu
batu dengan cepat.
Bimbang jika tiada
orang mahu membayarnya.
Sesudah Aizat
membayarkan jambu itu
untukku, dia mengajakku
untuk pulang. Aku
menolak.
“Saya nak
pergi beli asam
boi. Nak cicah
dengan jambu ni.
Lepas tu nak
beli apam balik
untuk mak dan
abah. Lepas tu,
laksa pinang. Perut
dah lapar. Awak
nak balik, awak
baliklah dulu. Tak
apa, biarlah saya
balik sendiri. Saya
dah biasa.” Aku
menghalaunya dengan cara
paling hormat.
“Nanti laki
tu kacau kau
lagi, payah pulak
hidup kau. Beli
cepat sikit. Pilihkan
untuk aku makanan
sedap-sedap sikit. Perut
aku pun lapar.”
Ujarnya. Aku angguk
saja. Dari tadi,
dia asyik membayar.
Apalah salahnya kalau
aku buat baik
dengan dia, kan?
Tapi...
“Apa kaitan
lelaki tadi tu
dengan awak?” soalku.
“One
fine day, kau
akan tahu jugak.
Aku cerita satu
persatu kat kau
nanti. Dah, cepat.”
Dia mengarahkan aku
untuk cepat-cepat membeli.
“Nanti tu
bila? Kalau semua
benda awak nak
ceritakan nanti, awak
ingat ke semua
cerita tu?” soalku
tidak berpuas hati.
Semua benda dia
cakap, dia nak
ceritakan nanti. Masalahnya,
bila?! Geram sungguh
aku. Suka betul
dia berahsia. Tak padan dengan
lelaki samurai. Berjiwa
sentimental rupa-rupanya.
“Kan aku
dah cakap? One fine
day! Aku ingat
punya.” dia menegaskan.
Sekarang bukan finedaykah? Aku
mengalah juga akhirnya.
Biarlah. Apa boleh
buat? Takkan aku
nak desak dia
supaya bercerita pula,
ya tak? Aku
bukanlah seteruk itu.
“MAK Senah
kata, kau ada
terserempak dengan Daus
tadi dekat pekan
sehari, betul ke?”
soal Abang Din
kepada Aizat. Mak
Senah ada ke
dekat pekan tadi?
Tak perasan pula
aku. Memang orang
kampung ni terror bab
sebar berita. Jangan
pelik pula. Sebab
itulah aku kena
berhati-hati sepanjang hidup
di kampung ini.
Berhati-hati pun, tetap
juga jadi bahan
bualan orang.
Aizat mengangguk-anggukkan kepalanya.
Mengiakan soalan Abang
Din. Siapa pula Daus? Masa
bila pula Samurai
ni ada terserempak
dengan mana-mana kawan
dia? Mungkin sewaktu
aku suruh dia
jauhkan diri dia
sepuluh meter tadi
kut?
“Dia nampak kau,
dia tak buat
apa ke?” soal
Abang Din lagi.
Aku sudah berkerut
seribu. Kenapa ni?
Macam ada kisah
tersembunyi saja. Dari
nada Abang Din,
aku dapat rasakan
ada sesuatu yang
tak kena antara
lelaki yang bernama
‘Daus’ itu dengan
Aizat.
“Tak, dia
terus lari.” Jawab
Aizat serius. Oh!
Lelaki yang mengurat
aku tadi. Daus
ke namanya?
“Hm. Maaf
pun dia tak
ada cakap?” soal
Abang Din tak
percaya. Huh? Maaf?
Oh! Jadi bukan
kes Aizat masuk
juvanalah agaknya. Entah-entah
kes rebut awek
ke? Logik juga.
Sebab si Daus
tu kan mengurat
aku. Kali ni,
entahkan Aizat nak
menang dan disebabkan
itulah Aizat mengaku
aku bini dia,
tak? Hmm. Boleh
jadi...
“Tak.” Jawab Aizat sepatah.
“Apalah pengecut
punya budak. Kalau
aku jadi kau,
dah makan penumbuk
dah mamat tu.”
Abang Din berkata
serius.
“Tak dan
nak layang penumbuk,
dia lari dulu.”
Jawab Aizat pula. Cakap
besar. Macamlah dia
berani nak buat
kacau. Semakin hati
aku tak keruan
nak ambil tahu.
“Orang, bila
dah tahu diri
tu salah, memanglah
macam tu keadaannya.”
Komen abah pula
yang baru muncul
di ruang tamu
itu. Aku semakin
geram nak menyoal.
Tapi... abah dah
banyak kali pesan,
jangan sibuk nak
menyampuk dalam mana-mana
perbualan. Bertabahlah Melur!
“Mak Senah
puji kau. Katanya
kau boleh bersabar
tadi. Kalau aku...
tak ada mananya
dia boleh balik
guna kaki.” Abang
Din menayang sengih.
Ah! Apa yang
mereka katakan ni?!
“Kes dulu,
aku tak kisah
sangat. Aku nak
tumbuk dia tadi
bukan sebab kes
dulu tapi sebab
dia duk mengusik
si Melur ni.
Aku pantang betul
orang usik hak
aku.” Aizat bersuara
geram. HAH?!! Dia
cakap HAK dia?!!!Abang
aku sudah tersedak-sedak.
0 komen:
Post a Comment