Bab 13
“WEH, korang
berdua tak pelik
ke dengan perangai
bos sekarang ni?”
Suzanna mula bergosip
ketika Abby, dia
dan Azham sedang
menikmati makan tengah
hari di kafe. Azham mengangguk
setuju dengan kata-kata
Suzanna itu. Memang
dia pun naik
pelik dengan sikap
Arrayyan sekarang.Abby menjungkitkan
keningnya seketika. Pending!
“Nak pelik
apanya?” soal Abby
lantas menyuapkan makanan
tanpa menghiraukan kata-kata
Suzanna itu.
“Weh Zana,
dia budak baru.
Manalah dia menghadap
dengan caci maki
bos sangat. Hari
kedua aje dia
kena maki. Lepas
tu terus bos
jadi insan yang
soleh dan cemerlang,”
bebel Azham. Suzanna
mengangguk-anggukkan
kepalanya. Ya tak ya juga!
Abby naik
meluat mendengar Azham
memuji Arrayyan. Soleh
dengan korang! Dengan
aku? Suruh buat
itu ini macamlah
aku ada sepuluh
tangan! Hantu punya
bos! Sudahlah dia
suka sangat mendera
aku! Cemerlang dengan
kau orang! Dengan
aku? Huh! Memang
takde langsung ciri-ciri
kecemerlangan itu. Abby
mendengus geram.
“Cakaplah, apa
yang awak orang
pelik sangat ni?”
soal Abby geram.
“Sebelum ni,
dia tu, pantang
kita buat silap
sikit, tentu saja
akan dihamuk sepuas
hati. Sekarang ni,
dia macam dah
pasif. Tak ada
nak jerkah sana-sini
macam dulu. Kalau
jumpa dengan pekerja-pekerja pun
dia boleh tunduk
hormat semula. Memang
pelik gilalah,” Azham
bersuara. Suzanna di
sebelahnya mengangguk-angguk tanda
setuju.
“Oh, saya
tahu sebab apa
dia jadi macam
itu,” Abby berkata
selamba tanpa menyedari
yang dia mungkin
akan termalukan bosnya
sendiri.
“Kenapa?” soal Azham dan Suzanna serentak.
Abby kecut
perut! Alamak! Biarpun
dia benci akan
Arrayyan, namun takkanlah
dia hendak memalukan
bosnya itu? Kalaulah
pekerja lain tahu
bahawa Arrayyan pernah
dipukul gara-gara mulutnya
yang berbisa itu,
mahu teruk Arrayyan
ditertawakan mereka semua. Lagi
malang, tentu Abby
bakal dipecat! Oh no!
“Alah, sebab
urat kentut dia
putuslah tu,” Abby
menjawab selamba. Debaran
di dada mula
menyurut. Lantaklah kalau
alasan tak logik
sekali pun. Yang
pasti, dia tidak
akan memberitahu sesiapa
mengenai insiden itu.
Azham dan Suzanna yang
menyangka Abby bergurau
sudah berdekah-dekah ketawa.
“Wey, aku
ingatkan betullah dia
tahu sebab apa
tadi, kan Zaham?!”
Suzanna menumbuk bahu Azham dan
ketawa lagi.
Abby hanya
melihat dua orang
itu. Sama cantik
dan sama padan.
Tidak mahukah mereka
bercinta sesama mereka?
Tentu sweet. Azham
itu orangnya agak
ramah berbanding Suzanna
yang nampak agak
serius dan pendiam
di pejabat. Bahasa
mereka pula, ‘kau
aku’. Tak macho langsung!
Tapi okey what? Nampak
keserasian mereka bila
berbual.
“Weh, makan
cepat. Saya kena
sambung kerja ni.
Bos kita tu
garang sangat dengan
saya,” Abby bersuara
kalut. Tidak mahu
berbincang tentang topik
yang sama. Arrayyan,
Arrayyan, Arrayyan!
“Garang sebab
apa pula? Dengan
kami semua dia
okey aje?” Azham
bersuara.
“Itu kalau
dia dengan awak
orang semua. Kalau
dengan saya, dia
tak okey! Dia
suruh buatitu dan
ini setiap masa.
Inipun dia beri
masa tak sampai
satu jam untuk
mencekik! Kalau tak,
potong gaji,” ujar Abby dalam
sendu. Sendulah sangat!
“Eh, cakap
pasal potong gaji,
dia jadi potong
tak gaji kita
bulan ni?” soal Azham memandang
muka Suzanna dengan
pelik. Suzanna menjungkitkan
bahunya dan memandang
ke arah Abby
pula. Azham turut
sama menanti jawapan
dari mulut Abby.
“Pasal tu,
kau orang tak
payah risau. Saya
dah settlekan semuanya dengan
bos,” ujar Abby
sambil tersenyum hambar.
Yalah! Lima puluh
peratus gajinya bakal
melayang! Takkan dia
nak gelak pula
dalam keadaan dia
yang bersusah hati
itu?
“Kau settle macam
mana?” soal Suzanna
yang lebih selesa
menggunakan ‘kau dan
aku’ berbanding Azham
dan Abby yang
suka menggunakan ‘awak
dan saya’. Abby
tersenyum hambar.
“Saya minta
maaf dan suruh
dia potong gaji
saya seoranglah!” jawab Abby.
“Huh? Alahai.
Mana adil macam
tu. Kasihanlah kat
awak! Kami yang
gelakkan dia separuh
nyawa, awak pulak
yang kena,” Azham
bersuara tidak puas
hati. Abby tersenyum
sahaja. Dah mereka
tergelakkan Arrayyan separuh
nyawa itu atas
‘jasa’ dia. Memanglah
dia kena bertanggung
jawab.
“Alahai, awak
berdua ketawakan dia
sebab latahan saya.
Saya yang melatah
teruk sampai awak
semua ketawakan dia.
Jadi, dalam kes
ni, saya rasa
bertanggung jawab pada
apa yang dah
jadi,” tutur Abby selamba. Dia
menghabiskan makanannya dan
menyisip air.
“Baiknya!” ujar Suzanna terharu.
Azham mengangguk-anggukkan kepalanya
tanda bersetuju dengan
Suzanna.
“Terima kasih,”
Azham mengucapkan terima
kasih kepada Abby. Abby mengangguk-anggukkan kepalanya.
“AWAK lambat
lima minit, gaji
ditolak lima puluh
ringgit!” Arrayyan bersuara
tegas. Mata Abby
terbuntang. Eh, si
penolak gaji ni
memang melampau sungguh!
Lewat lima minit
aje? Apa pasal
Arrayyan setiap masa
di pejabat hari
ini? Naik rimas
Abby melihatnya.
“Eee! Mana
aci bos? Saya
diberi masa empat
puluh minit aje.
Dahlah tak sama
dengan pekerja lain
yang dapat sejam
setengah. Bos ni!
Dahlah gaji saya
dah kena potong
lima puluh peratus.
Entah tinggal berapa
sen aje nanti!”
Abby menggumam geram.
Arrayyan membuntangkan matanya
dan seperti biasa Abby turut
membuntangkan matanya.
“Awak ni!
Suka sungguh merungut!
Awak nak kena
pecat ke apa?
Saya beri empat
puluh minit tu
dah kira okeylah
dari saya beri
awak masa tiga
puluh minit,” Arrayyan
berkata geram. Misi
mendera Abby dijalankan
lagi sehinggalah gadis
itu tidak berani
lagi melawan katanya!
Hahahaa.
“Tapi bos,
saya makan tadi
pun dah nak
tercekik dah sebab speed.
Saya nak kena
solat lagi. Manalah
cukup masa tu,”
bebel Abby lagi.
Memang tak cukup!
Empat puluh minit
sahaja? Apa Arrayyan
ingat dia makan
di surau ke?
Boleh terus ambil
air sembahyang begitu?
“Okey, mulai
hari ini, awak
akan diberi masa
rehat selama tiga
puluh minit!” Arrayyan
bengang bila Abby
melawan. Abby membuntangkan
matanya geram. Eh,
mana aci?! Tak
adil sungguh.
“Eh, mana
boleh, makin sikit
pulak dah! Apa
ni bos?” soal Abby yang
semakin tak keruan
itu. Kalau dia
boleh buat jahat,
sudah lama dia waxkan
jambang halus yang
tumbuh di muka
Arrayyan itu kasi
dia menjerit habis!
“Atau awak nak
saya kurangkan lagi?”
soal Arrayyan. Abby
akhirnya akur dengan
perintah Arrayyan itu.
Tak apalah. Dia
itukan bos? Hantu
punya bos! Ambil
kesempatan atas kesusahan
orang lain. Bongok!
Kutuk hatinya geram.
“Tak apalah.
Ini dia, kertas
yang bos suruh
saya buat pagi
tadi. Dah siap.
Saya keluar dulu,”
Abby meminta diri
dengan lemah. Arrayyan
rasa nak tergolek
di situ juga
akibat menahan rasa
lucu yang melampau.
Haa. Ambik kau!
Tahu pun buat
muka macam setan
diceramah agama!
“Nanti dulu,”
panggil Arrayyan. Rasanya,
kalau dia tak
melihat air mata Abby, tak
nampaklah dia itu
bos yang berkuasa
di situ, ya
tak?
“Ya?” soal Abby lemah.
Masa rehatnya disingkatkan
dan dia juga
bakal kehilangan duit
gaji yang banyak.
Memang bos ini
hantu! Hantu berkepala
lima! Syaitan bertanduk
lapan! Jin berpunggung
lima! Urrghh!
“Memandangkan awak
dah melanggar etika
kerja saya, saya
akan memberikan awak
denda yang setimpal
dengan kesalahan awak!”
Arrayyan bersuara lagi.
Puas dia menahan
senyum dan membuat
riak selamba lagi
serius.
“Huh? Masa
bila saya...” belum
pun habis bersuara,
Arrayyan memangkah.
“Tadi, ambil
masa rehat lama.
Lepas tu, mulut
awak tu, melawan
cakap saya! Awak
nak saya ciumkan
ke mulut awak
tu baru awak
nak diam?” soal
Arrayyan. Lama-lama wajahnya
sendiri berubah bila
menyedari kata-katanya tadi
terdapat unsur-unsur mengurat.
Wajah Abby sudah
merah membahang apabila
bos hantunya itu
dengan selamba berkata
seperti itu. Eee.
“Apa ni
bos? Cium-cium pulak!”
tempelak Abby dalam
malunya. Arrayyan sendiri
sudah terasa awkward dengan
keadaan itu.
“Saya tak
habis cakap lagi.
Saya nak ciumkan
mulut awak tu
dengan katak hijau
yang melekit-lekit!” Arrayyan
mencipta jawapan secepat
mungkin. Fuh! Selamatlah
aku ya Tuhan!
Abby cuba
membayangkan apa yang
dikatakan Arrayyan kepadanya.
Cium katak? Ergghh!
Gelinya. Tapi, kalau
cium Arrayyan? Eee. Abby menahan
muntah. Dia lebih
rela bercium dengan
katak hijau yang
melekit-lekit itu seratus
kali daripada mencium
mulut Arrayyan untuk
sekali! Eee! Dia
dengan katak? Dia
sangat geli tetapi
kalau dia dengan
Arrayyan pula? Sumpah
dia jijik!
Tak dapat
dia bayangkan kalau
mulut mereka bersentuhan.
Lagi-lagi bila mulut
mungilnya bersentuhan dengan
mulut Arrayyan yang
dipenuhi jambang yang
pendek itu. Werk!
Sudahlah perangai macam harem.
Hubungan dia dengan
Arrayyan itu macam
pemburu babi dengan
babi. Oh no! Gelinya.
Dia menggeliat geli-geleman
di situ.
“Baiklah bos,
dendalah apa sahaja.
Saya keluar dulu,”
Abby berkata lantas
berlari keluar. Dia
tak tahan nak
muntah!!!
Sebaik sahaja
Abby keluar, Arrayyan
terkekeh-kekeh sendirian.
“Tahu pun
nak geli pada
katak!” dia menggumam
sendirian. Dia tersenyum.
Entah kenapalah dia
suka melihat Abby
berserabut. Lagi berserabut
Abby, lagi tenang
hatinya. Lagi tenang
hati Abby, lagi
berserabut pula dia
rasa. Nampak tak
betapa kejamnya dia
di situ?
“KAU ni
kenapa?” soal Diela
kepada Abby yang
kelihatan pucat itu. Dia melekapkan
belakang tangannya ke
dahi Abby. Pelik.
Tak demam pun?
“Aku
tak laratlah. Sakit
kepala aku ni
kena dera,” adu Abby lemah.
Kalau dulu, sewaktu
Diela bekerja dengan
Arrayyan dan pulang
dalam keadaan seperti
ini, dia tergelak
bagaikan orang nak
mati. Sekarang, bila
tiba giliran dia
pula, rasa nak
bunuh diri!
“Siapa dera
kau?” soal Diela
ingin tahu.
“Siapa lagi?
Bos hantu tulah!
Kau tak tahu,
dia bagi aku
waktu rehat empat
puluh minit aje.
Lepas tu, dia
bagi aku kerja
berlambak!” adu Abby
lagi. Diela terbuntang.
“Hey? Aku
dulu dapat rehat
sejam setengah. Banyak
gila waktu dia
potong! Mana aci
macam tu!” Diela
mula mengamuk. Dia
juga berasa bengang
dengan Arrayyan. Sepatutnya
Arrayyan melayan Abby
dengan baik memandangkan
Abby sudah membantunya
ketika dia susah
dahulu. Ini tidak!
Abby yang makin
teruk didera. Kenapa
pula dah?
“Itulah. Hari
ni dia ubah
lagi, dia kasi
aku tiga puluh
minit sebab aku
memprotes. Kalau aku
protes lagi, dia
kurangkan lagi,” Abby
bersuara parau. Mukanya
sedih sekali. Kasihan
Diela melihat sahabat
karibnya begitu. Bahu
Abby dipicit lembut.
Dia tahu, bekerja
di bawah Arrayyan
memang memenatkan. Itu
memang tidak dinafikan.
Arrayyan begitu serius
dengan tugasnya.
“Isk! Teruknya!
Mana pernah dia
berkelakuan ‘sumbang’ macam
tu,” Diela membebel.
Cis! Sumbang Diela
kata? Macamlah Abby
mengadu yang dia
dicabul Arrayyan! Diela
ini, kadang-kadang, ayat
gramatisnya tak berapa
nak jadi!
“Itulah pasal.
Hari ni gaji
aku kena tolak
lima puluh ringgit
sebab aku lewat
lima minit! Seminit
sepuluh ringgit. Kalau
cukup beberapa puluh
minit sehari? Entah
berapa negatif yang
aku hutang gaji
dengan dia pulak,”
adu Abby lagi.
Diela kini sudah
terkancing-kancing giginya menahan
marah. Arggh!! Teruknya
bekas bos dia.
Perangai macam saka.
Saka pun tak
macam tu!
“Hey, aku
belum pernah pun
kena macam tu!”
Diela membandingkan lagi
keadaan dia dan Abby yang
bekerja di situ. Abby mengeluh.
Dia tahu kenapa
Arrayyan bersikap sebegitu.
Kerana dirinya juga.
Mulut dia lancang
dan dia sendiri
pun tak dapat
nak kawal terkadangnya.
Dia tahu Arrayyan
cukup bencikan dia
bekerja di situ.
Lihat panahan mata
dan layanan Arrayyan
pun dia dah
tahu.
“Itulah. Mungkin
dia rasa bengang
sebab aku asyik
melawan cakap dia
tak?” Abby meneka.
Diela mengangguk-anggukkan kepalanya. Mungkin juga.
tapi, sudah dipesan
pada Abby, banyakkan
bersabar. Arrayyan memang
tak berapa betul!
“Memang logik
sangat. Bos itu mana
pernah berperangai pelik
macam tu. Ini
dah kejam tahap
Israel dah! Kau
patut jaga mulut
kau bila dengan
dia. Habis dia
pecat kau nanti
kang,” Diela berpesan.
Risau pula dia
pada Abby yang
agak garang dan
bermulut laser itu. Abby itu
bukan kira bos
tak bos, siapa
langgar, dia sepak.
“Ada aku
kisah? Kalau ya
tekaan aku, lagi
aku buat dia
panas hati. Tengoklah
siapa yang keras
kepala,” Abby berkata
dengan nada jahat.
Wajahnya juga mempamerkan
senyuman jahat. Senyuman
dendam kesumat terhadap
Arrayyan yang sudah
membuat urat otaknya
berselirat setiap hari.
“His kau
ni! Janganlah!” Diela
pula yang takut-takut.
Abby ni bukannya
boleh dibuat main.
Ganas juga perangainya.
Kalau dah bengang
tu nanti, adalah
ideanya nak kenakan
orang.
“Aku tak
kira. Dia kenakan
aku sehabis nyawa
boleh pulak? Alah,
kau jangan risau.
Aku nak buat
dia rasa serabut
sikit aje,” Abby
berkata pula. jari
telunjuk dan ibu
jari dirapatkan tanda
‘sikit’.
Malas hendak
mendengar ceramah Diela
jika dia berkata,
dia hendak memporak-perandakan hidup
Arrayyan. Benci sungguh
dia pada Arrayyan.
Perangai, makin hari
macam haram. Suka
betul dia membebankan
Abby dengan kerja
yang menimbun sehingga
Abby berasa tidak
selamat lagi bekerja
di situ.
Diela menggeleng-gelengkan kepalanya.
Abby, jangan buat
pasal! Hatinya melarang
keras. Dia tahu, Abby itu
seorang yang sangat
keras kepala dan
otai orangnya. Pernah
sekali Abbymemasukkan julap
dalam makanan bos
lamanya yang miang
itu. Selepas itu,
boleh dia buat
muka tak bersalah?
Mujurlah tak jadi
kes. Akhirnya Dato’
Rahman berkata, dia
yang tersalah makan!
Hahaha.
Nak lagi
kejam? Abby pernah
‘mewujudkan’ perjumpaan Dato’
Rahman dengan klien
di Serdang ketika
dia sedang mengambil
MC. Punyalah jauh.
Padan dengan muka.
Dasar miang!
Banyak yang
telah Abby lakukan
pada Dato’ Rahman
yang miang itu.
Tapi mujur Abby
pandai berlakon dan
berlagak seperti tidak
bersalah dan tidak
tahu apa-apa. Jangan
dibuat main dengan
Abby. Tapi... Arrayyan
pun dua kali
lima liciknya dengan
Abby. Dah macam battle
pula. Siapa yang
bakal mengalah ni?
Arrayyan ke Abby?
Hati Diela
terpaksa menyokong Arrayyan
disebabkan perangai hantu
bosnya itu. Abby
takkan pernah menang
dengan Arrayyan! Arrayyan
ada shield dia yang
tersendiri...
0 komen:
Post a Comment