MINTAK MAAFFFFF!! HUH, SEMUA SEBAB INTERNET. OKEY SEKARANG, BOLEHLAH ANDA BACA KISAH IKMAL NI. HEHEHE . PERINGATAN, KISAH NI DAH BERAKHIR DI BLOG. LIMA BAB LAGI AKAN DISAMBUNGKAN KE GROUP FACEBOOK. DAN SELEPAS TU, SAYA AKAN MULA MENGARANG SENDIRI SAMPAI HABIS, DAN HANTAR DEKAT PENERBIT. WEEHEE. HAPPY READING. LOVE, DEKNA.
BAB 10
“SIAPA yang belasah
Ikmal?! Bagitau abang,
siapa?!” jerkah Hafizul.
Dia bermundar-mandir di
hadapan dewan bedah
dengan penuh serabut.
Arissa dari tadi
menangis-nangis. Aida dah
puas menenangkan kedua
mereka. Seorang menangis
dan seorang lagi
mengamuk-ngamuk.
“Semua ni
salah Arissa. Kalaulah
Rissa dengar cakap...”
belum sempat dia
menghabiskan ayatnya, Hafizul
mencelah.
“Abang tanya
siapa belasah dia!
Bukan siapa yang
salah!” semakin lebat
air mata Arissa.
Tak pernah-pernah Hafizul
semarah ini dengannya
malah, Hafizul memang
tak pernah marah
langsung.
Hafizul serabut,
susah hati. Sahabat
karibnya sedang berjuang
untuk hidup di
dalam dewan bedah.
Dia turut menyalahkan
dirinya kerana lambat
tiba.
“Zakwan...” beritahu
Arissa yang teresak-esak
menangis itu.
“Siapa!” jerkah
Hafizul lagi. Tak
puas hati dengan
maklumat yang diterima.
Dia bukan tahu
siapa Zakwan itu.
“Abang, janganlah
marah-marah macam tu.
Dia pun tengah
stress ni. Lagipun
ni hospital!” Aida
mendengus.
“Macam mana
aku tak marah,
Da? Kawan baik
aku kat dalam
tu. Belum tentu
hidup lagi nasibnya.
Kau pun tahu
dia tak boleh
tumbang pun!” bebel
Hafizul. Dia sudah
terduduk bersandar di
dinding hospital. Menangis-nangis kerana
bimbang bakal kehilangan
Ikmal.
Aida ikut
menangis bila melihat
keadaan suaminya begitu.
Hafizul benar-benar sayangkan
Ikmal. Mereka sudah
bersahabat baik sejak
sekian lama. Jadi
memang patut pun
Hafizul tertekan begitu.
Mujurlah anak
ditinggalkan dengan Achik
dan Ayah Chik
yang kebetulan baru
sampai ke Kuala
Lumpur. Besok mereka
mahu pergi ke
kenduri menikah anak
saudara mereka di
Klang.
ARISSA terjaga
dari tidur bila
bayang kejadian tadi
menghantuinya kembali. Tak
sedar bagaimana dia
boleh tertidur dalam
keadaan menangis dan
duduk begitu. Zakwan
masih belum dapat
ditangkap. Namun keterangan
dari Arissa sudah
diambil pihak polis.
Arissa menggigit
kuku ibu jarinya.
Susah hatinya memikirkan
kekasih hati. Air
mata dah bergelen-gelen tumpah
memikirkan sekiranya Ikmal
tidak bernasib baik
dalam pembedahan.
Hafizul dan
dia masih setia di hadapan
dewan pembedahan. Aida
sudah pulang ke
rumah dihantar oleh
Hafizul sebelum kembali
ke hospital untuk
mengetahui keputusan pembedahan
Ikmal. Aizul perlukan
dia di rumah.
Hafizul masih tidak
sudi memandangnya.
Abang iparnya
itu berpeluk tubuh
dan bersandar ke
dinding hospital dalam
keadaan berdiri. Masing-masing
senyap sunyi menanti
khabar berita dari
dalam dewan bedah.
Keluarga Ikmal
masih dalam perjalanan.
Jarak dari Perlis
ke Kuala Lumpur
mengambil masa yang
lama untuk sampai
memandangkan dia baru
lagi memberitahu mengenai
Ikmal kepada mereka. Seorang
doktor keluar dari
dewan bedah.
“Siapa ahli
keluarga Encik Ikmal?”
soalan doktor itu
menyebabkan liur ditelan
terasa pahit. Hafizul
mengangkat sedikit tangannya.
“Alhamdulillah, semuanya
telah selamat. Cumanya
dia masih berada
dalam keadaan koma.
Dan akan dipindahkan
ke ICU. Macam
ini. Saya dapati
Encik Ikmal ada
kecederaan lama dekat
kepala dia. Dan
ini tentu sekali
sangat berisiko pada
dia. Apa yang
saya dapat kenal
pasti, terdapat kecederaan
di beberapa bahagian
otak dia. Bahagian
parietal iaitu bahagian
atas tengah pada
otak besar atau cerebrum encik
Ikmal tidak mengalami
kecederaan serius.
Mujur juga sebab
bahagian ini berfungsi mengawal pergerakan, tekanan, sentuhan dan rasa
sakit. Jika terjejas, dia
berkemungkinan akan lumpuh. Kami
dapati Encik Ikmal mengalami
kecederaan di bahagian
belakang kepala akibat
dihentak dengan objek
keras. Sesiapa yang cedera di bahagian terbabit tidak dapat
melihat dengan jelas atau mengalami kesukaran untuk memfokus. Jadi,
kemungkinan semua ni
akan menjejaskan penglihatan
dia.” Doktor itu
bersuara. Hafizul dan
Arissa sempat menadah
tangan tanda kesyukuran.
Lega Ikmal sudah
melepasi tahap kritikalnya.
“Habis tu, selain dari
penglihatan, pertuturan dia
tak akan terjejas
kan? Memori dia
ke?” Arissa sudah
ketakutan. Bimbang Ikmal
turut menjadi seperti
Aida. Dia tak
mahu lenyap dari
ingatan Ikmal.
“Macam ni, memandangkan
encik Ikmal memang
ada masalah pada
otak dia sebelum
kejadian ini lagi,
sukar untuk saya
sahkan yang dia
tak akan ada
masalah itu semua.
Tapi berdasarkan analisis,
Encik Ikmal tiada
kecederaan serius di
bahagian otak kiri.
Otak kiri penting
untuk pertuturan, pendengaran
dan memori. Akan
tetapi, masalah memori
ini tetap boleh
berlaku.
Mereka yang terhantuk dan mengalami gegaran otak akan mengalami sakit kepala, muntah-muntah dan pening
atau hilang ingatan dalam jangka
pendek.
Memandangkan dia ada kecederaan di
bahagian belakang kepala
iaitu pada otak
belakang atau cerebellum,
jadi mungkin sikap
dan koordinasi gerak
otot dia akan
terganggu.
Dia
mungkin tak mampu
untuk memasukkan makanan
ke dalam mulutnya.
Tak mampu mengancingkan
baju. Malah, memegang
pen untuk menulis. Pada tahap kritikal, ada pesakit yang koma
atau tiada pergerakan langsung
seperti keadaan Encik
Ikmal sekarang.” Terang
doktor itu. Arissa
sudah menangis-nangis mendengarnya.
“Doktor,
ada harapan tak
untuk dia pulih
seperti sedia kala?”
“Insya-Allah.
Sebab kami pernah
menerima pesakit yang
lebih teruk berbanding
ini. Tapi itu
semua atas kehendak
Allah. Berdoa banyak-banyak.” Kata
doktor itu sebelum
beransur pergi.
Arissa
duduk di kerusi
menunggu. Dia melihat
tubuh Ikmal dikeluarkan
dari dewan bedah
untuk dipindahkan ke
ICU. Hafizul mengekor
sebelum diarahkan untuk
berhenti dan tidak
masuk ke bilik
ICU. Arissa pula
langsung tiada kekuatan
untuk berdiri melihat
keadaan Ikmal yang
begitu.
“BALIK tidur,
Arissa. Besok datang
lagi. Dia dah
selamat tu.” Akhirnya
Hafizul menegur adik
iparnya. Arissa menggeleng-gelengkan kepalanya.
Dia masih trauma.
Dia tak boleh
tidur.
Hafizul
melabuhkan punggungnya ke
sebelah Arissa. Bahu
Arissa ditepuk bagi
meredakan tangisnya. Arissa
menangis di bahu
Hafizul. Lelaki yang
memang selama ini
dianggap macam abang
kandungnya kerana mereka
membesar bersama.
Hafizul
rasa bersalah kerana
berkasar tadi.
“Abang
minta maaf. Abang
takut sangat tadi.”
Hafizul akhirnya sedar
salah diri. Arissa
hanya mengangguk lemah.
“Abang
macam mana kalau
Ikmal lupakan Rissa
macam akak lupakan
abang?” tangis Arissa.
Soalan itu membuatkan
Hafizul termenung. Dialah
yang paling sedih
sekali sebab tak
rela adik kesayangannya
menerima nasib yang
serupa dengannya. Biarlah
dia saja yang
merasa betapa terseksanya
bila dilupakan.
“Doalah
banyak-banyak.” Dia menggosok
kepala Arissa.
“Rissa
takut...” Arissa mengesat
air matanya.
Semakin
takut bila memikirkan
kata-kata Ikmal sebelum
mereka keluar tadi.
“Besok
jogging tak?” terngiang-ngiang suara
Hafizul menyoal.
“InsyaAllah. Kalau
umur panjang.” Terus
pecah semula tangisan
Arissa mengenangkan jawapan
dari Ikmal itu. Ikmal macam
tahu-tahu saja kejadian
malam ni akan
berlaku.
Hafizul
hanya membiarkan adik
iparnya menangis di
bahunya. Mesti berat
beban yang ditanggung
Arissa. Situasi Arissa
sekarang lebih kurang
sama dengan situasi
dia bila tahu
Aida kemalangan. Begitulah
rasa sakitnya.
“Arissa,
balik mandi dan
berehat dulu...” pujuk
Hafizul.
“Arissa...” pujuk
Hafizul bila Arissa
hanya memilih untuk
terus menangis. Arissa
bangkit perlahan-lahan.
“Jom,
abang hantarkan Rissa
balik. Tukar baju
tu dulu. Tengok
darah Ikmal dah
kering begitu. Tak
eloklah.” Nasihat Hafizul.
Arissa melihat ke
arah bajunya. Masih
ada darah Ikmal
pada bajunya. Dia
semakin berat hati.
Tapi kata-kata Hafizul
ada betulnya.
“PERGI mandi,
tukar baju segala.
Lepas tu solat
dan rehat.” Pesan
Aida pula sebaik
saja kaki Arissa
melangkah masuk ke
dalam rumah. Nampaknya
Aida sudah terbangun
dari tidurnya. Solat
Subuh barangkali.
Arissa
angguk. Dia menuju
ke bilik tidurnya
dengan langkah gontai.
Hafizul pula segera
mendapatkan si isteri.
Dia memeluk Aida
dan menangis dalam
pelukan Aida.
“Kesian
adik kita, Da.
Dia akan terima
nasib yang sama
macam aku dulu.”
Luahnya perlahan. Aida
mengangguk faham. Berair
matanya mendengar kata-kata
itu. Hafizul cukup
sayangkan Arissa. Sebagai
seorang abang, pasti
Hafizul tidak mahu
nasib Arissa serupa
dengannya.
“Dah
selesai ke?” soal
Aida. Hafizul mengangguk.
“Doktor
kata apa?”
“Berkemungkinan
dia akan lupa. Berkemungkinan ada
gangguan pada otot-otot
dia. Contohnya tak
dapat nak pegang
pen. Punahlah impian
dia, Da.” kata
Hafizul dengan sebak.
Aida dudukkan Hafizul
ke kerusi. Bahu
Hafizul diurut lembut.
“Itukan
kemungkinan? Kita doa
banyak-banyak ya?” pujuk
Aida.
“Kesian
kawan aku, Da.”
Rintih Hafizul. Aida
faham. Hafizul dengan
Ikmal macam adik-beradik
kandung. Rapatnya mengalahkan
apa. Jadi berita
itu pasti mengganggu
ketenteraman suaminya.
“Aku tak nak
laluinya sekali lagi
Da. Aku tak
nak dia lupa
aku.” Hafizul menangis
lagi. Aida turut
sama menangis.
“Ini ujian buat
kau, sayang. Janganlah
macam ni. Kita
doa banyak-banyak ya?
InsyaAllah dia akan
okey.” Aida bukannya
pandai memujuk. Memang
dia jatuh simpati
pada Hafizul. Sudahlah
pernah dilupakan oleh
dia... sekarang, sekali
lagi dia berkemungkinan bakal
dilupakan.
“Aku kena pergi
balik ke sana.”
“Aku tahu. Pergilah.
Temankan dia. Aku
duduk di sini
temankan adik kita.”
Kata Aida. Hafizul
angguk. Dia menyapu
air matanya. Kepala
Aida dikucupnya. Sekali
lagi dia memeluk
Aida, kekuatannya.
“Aku tak tahu
macam mana aku
nak hadap semua
ni kalau kau
masih tak ingat
aku.”
“Semua ni Allah
dah susun. Ada
hikmahnya.” Aida memegang
pipi suaminya kemudian
dikucup pipi itu
dengan lembut.
“Jaga
kesihatan kau juga.
Makan juga tau?
Kau pergi mandi
dulu. Aku sediakan
makan. Lepas tu
baru kau pergi,
ya?” soal Aida.
Hafizul angguk. Akur.
0 komen:
Post a Comment