Bab 11
“AYAN, apa
pasal kau tersengih-sengih dari
tadi ni?” soal
Hisyam yang sudah
muak melihat senyuman
nakal Arrayyan itu.
Apa punya pekerjaanlah?
Dari siang tadi
asyik tersengih-sengih sendirian
di kerusi sandar
di tepi kolam
itu. Dari siang,
bawa ke petang.
Naik menyampah dia
melihat senyuman Arrayyan
itu. Kalau sebelum
ini, lelaki itu
paling kurang senyum
berbanding dirinya tetapi
sekarang? Dah kalah
orang angau lagi
dah!
Arrayyan,
bila dah ditegur
begitu mulalah beriak
selamba. Potong stim!
Dari pagi sehingga
ke petang dia
asyik teringat pada
pukulan maut Abby
semalam yang menyelamatkan
dia daripada dipukul
samseng. Sekali dijerkah,
berkali-kali dia mendebik.
Kelakar sungguh. Boleh
tahan juga latah Abby. Merbahaya!
Tapi barulah dia
perasab betapa comelnya
Abby!
Jerkah aje
sekali dan dia
terus menurut. Kasihan
betul. Paling tak
boleh blah bila Abby benar-benar
menghentak celah kelengkang
samseng semalam. Rasanya
inilah pertama kali
dia bertemu dengan
seorang gadis yang
bersopan-santun pada luarannya
tetapi brutal di
dalam. Sewaktu ditangkap
polis, samseng itu
tidak dapat berdiri
dengan betul. Habislah
‘peranakan’ kau kena
tuba dengan Abby!
Gumam hati Arrayyan
sendiri.
Lagi dia
tak boleh lupa,
bagaimana dia mengangkat
lutut Abby sewaktu
mencuci luka di
lutut gadis itu
semalam. Entah macam
mana dia boleh
tak mengamuk pada Abby yang
menamparnya, dia pun
tak tahu. Setahunya,
inilah kali pertama
dia ditampar oleh
seorang gadis seumur
hidupnya. Tetapi, mujurlah
Abby sempat bertindak,
kalau tidak, tentu
dia nampak dah apa
yang tersembunyi di
sebalik skirt hitam
gadis itu. Erkh!
“Weh.. weh...
weh!” tegur Hisyam.
Mati senyuman Arrayyan.
Tadi serius
sangat dah muka
Arrayyan apabila ditegur tetapi
selang beberapa saat
kemudian, dia kembali
tersenyum nakal. Macam
orang miang. Geli
betul. Sudahlah mata
Arrayyan pandang ke
arah dia tapi
fikiran entah ke
mana. Siap diusap-usap
lagi dagunya dengan
miang. Sumpah Hisyam
nak pengsan bila
ditenung seperti itu
oleh seorang lelaki!
“Kau ingat
aku gay apa nak
pandang-pandang macam tu?”
sergah Hisyam bengang
melihat senyuman Arrayyan
yang ketara miang.
Arrayyan berubah
riak apabila disergah
dengan kuat oleh
Hisyam. Barulah dia
perasan bahawa yang
di hadapannya kini
adalah Hisyam dan
bukannya Abby! Alamak!
Macam mana boleh
jadi macam ni?
Bisikan syaitan! Bisikan
syaitan! Arrayyan mengurut-urut
dadanya akibat terkejut
dengan sergahan sepupu
merangkap teman baiknya
itu.
“Kau ni kenapa?!” Hisyam
jadi bengang. Kalaulah
sekali lagi Arrayyan
memandangnya dengan pandangan
itu, mahu bersepai
muka Arrayyan dia
debik. ‘Ada pula
kita yang kacak
menawan ini dipandang
macam kita ni
perempuan cantik lagi
seksi? Nak mampus?’
Hisyam menggumam geram.
“Aku teringat
kat pekerja aku
yang tolong aku
semalam. Dia tu
kelakarlah! Macam harem,” kutuk
Arrayyan selamba. Apa
pula kelakar macam harem?
Memang tak patut
sungguh! Desis hati
Hisyam sendiri.
“Harem
tak harem. Kau jugak yang
tersengih miang bila
teringat kat dia,”
tempelak Hisyam. Arrayyan
menjeling. Kenapalah dia
jadi malu bila
teringat akan insiden
yang terjadi kepadanya
dan Abby semalam?
Macam mana dia
boleh jadi sebegitu
gentle dan
mencuci luka gadis
itu?
“Sibuklah kau!
Aku teringat waktu
dia melatah teruk
tu. Siap dia
tampar lagi laki
tu,” Arrayyan cover line.
Malu.Dia sendiri pun
terkena tamparan Abby!
Hahaha!
“Eleh, kau
ingat aku bodoh
nak percaya kata-kata
dusta kau tu?
Kalau teringat dia
melatah, buat apa
kau buat muka
miang macam orang
lapar kasut? Entah-entah,
kau ni dah
terkena badi cinta
dia tak?” serkap
Hisyam. Kali ini, mukanya pula
miang memandang Arrayyan
dengan penuh teruja.
Cis Hisyam, kau
pun dah nampak
macam lelaki gay dah!
“Jatuh cinta?”
soal Arrayyan dengan
muka tak percaya.
Hisyam mengangguk-anggukkan kepalanya.
Arrayyan menggeleng-geleng, Hisyam
mengangguk, Arrayyan mengeleng!
Beberapa kali mereka
berkeadaan begitu akhirnya
Arrayyan mengalah. Naik
teleng kepalanya melihat
kepala Hisyam yang
macam ada spring
itu. Terangguk-angguk.
“Dengan pekerja
aku yang kuat
melatah tu?” soal
Arrayyan lagi tidak
percaya. Hisyam sekali
lagi mengangguk-anggukkan kepalanya.
Arrayyan kembali menggeleng-gelengkan kepalanya
beberapa kali.
“Apa salahnya?”
soal Hisyam dengan
senyuman nakal. Macam sweet
aje. Hisyam tanya apa
salahnya? Hisyam memang
pandai buat lawak!
“Hahahahaha!!!” Arrayyan
berdekah-dekah semahunya di
tepi kolam renang
rumah Hisyam itu.
Semahunya sehingga dia
lelah sendiri menarik
nafas. Hisyam terkejut
dengan Arrayyan yang
tiba-tiba menghamburkan tawanya
tanpa sebab itu.Apa
yang kelakarnya?
“Oit.. oit..
oit! Apa yang
lucu sangatnya? Aku
rasa tak ada
apa yang lucu
pun?!” Hisyam berkata
dengan nada pelik.
Jatuh cinta dengan
pekerja yang melatah
itu pelikkah?
“Kalau aku
jatuh cinta dengan
budak tu, memang
aku gilalah! Sumpah
aku gila!!! Sudahlah
kuat melatah, mata pulak bulat
bukan main, jalan
terkedek-kedek macam tak
cukup kaki, mulut
macam harem saka! Kuat
melawan! Memang tak
sesuai buat calon
bini langsung. Kesian
aku dengan nasib
dia. Entah siapalah
lelaki malang yang
dapat dia nanti.
Kalau aku jatuh
cinta jugak dengan
dia, sekarang jugak
aku ditimpa malu
depan kau! Hahahahaa!!!”
Arrayyan tergelak lagi
sebaik sahaja dia
menghamburkan kata-kata itu
bersama gayanya.
Bila tiba
tang kuat melatah,
jari-jarinya dicantumkan beberapa
kali tanda Abby
kuat melatah. Kemudian,
bila tiba cerita
tang mata bulat
Abby pula, dia
menjegilkan matanya sebulat
yang boleh. Mahu
tunjuk pada Hisyam
bagaimana keadaan Abby
sebenarnya. Bila tiba
waktu dia bercerita
mengenai Abby jalan
terkedek-kedek pula, dia
goyang-goyangkan badan dan
menonggek-nonggekkan
punggung. Hisyam menggaru-garu
kepalanya.
Pelik dia
dengan ‘lawak’ Arrayyan
yang tak berapa
nak jadi itu.
Siap Arrayyan menghentak-hentak kakinya
di atas lantai
langsung akibat lucu
yang melampau. Apa
yang kelakar sangatnya
pun? Mengutuk seorang
pekerja melatah pun
menyebabkan Arrayyan terkena
sawankah? Dari posisi
duduk, Arrayyan sudah
bangkit berdiri dan
ketawa lagi. Ketawa
punya ketawa, sedar-sedar... BEDEBUSHH!!
Masuk dalam kolam.
Ambik kau!
Kali ini, Hisyam
pula gelak bagai
nak gila. Takut
kalau mati besok,
tak ada chancelah dia
nak gelakkan Arrayyan
lagi. Bukan senang
untuk Arrayyan membuat
lawak macam sekarang
ini walaupun tanpa sengaja.
Seronok betul dia
melihat Arrayyan terkial-kial
hendak keluar dari
kolam itu. Habis
bajunya basah kuyup.
“Ini kelakar!!!”
Hisyam ketawa berdekah-dekah sambil
menahan perut yang
sudah mengeras akibat
rasa lucu yang melampau. Tadi
cakap besar lagi,
kalau jatuh cinta
pada pekerjanya, waktu
itu juga dia
mendapat malu. Dah
dapat sungguh! Dah
jatuh cinta tak
nak mengaku, kan
Allah dah bagi
balasan.
“Ini baru
kelakar! Sangat kelakar!”
Hisyam tergelak bagai
nak gila.
“Tolong hulur
tangan kau!” pinta
Arrayyan bengang. Tangan
kanannya dihulur tapi
Hisyam tergelak-gelak dan
tidak memperdulikan hulurannya.
Adakah gadis
yang bernama Abby
itu benar-benar berdaulat?
Baru kutuk sikit
dah dapat balasan.
Cash! Hisyam
buat tak dengar
sahaja pada Arrayyan
yang masih setia
mengharapkan pertolongan daripadanya.
Layu habis rambut
yang digel kemas
tadi. Sudahlah mulutnya
penuh dengan air akibat terjatuh
sambil gelak. Dia
mula menyembur air
di dalam mulutnya
dengan geram ke
arah Hisyam. Hisyam
mengelak dan ketawa
lagi.
“Ini baru
betul-betul kelakar!!” ejek
Hisyam lagi.
“Kau jangan
gelak sangat. Besok,
jangan tanya aku
kenapa kalau kepala
kau terpusing ke
belakang,” gertak Arrayyan
geram. Kali ini
bertambah kuat dekahan
Hisyam.
“Hantu punya
sepupu!” jerkah Arrayyan
geram dan Hisyam
kali ini sudah
bersandar lesu di
atas kerusi akibat
kepenatan mentertawakan Arrayyan.
Rasakan!
“HEY, babe?
Okay tak ni?”
soal Diela prihatin.
Sedih dia melihat
keadaan lutut Abby
yang lebam membiru
dan luka-luka itu. Tercalar. Kulitnya
terkoyak. Besar juga!
Terhincut-hincut gadis itu
berjalan hari ini.
Kesiannya.
“Okey je,” Abby
berkata perlahan. Diela
tahu Abby tak
okey. Meleleh-leleh air
matanya mengalir. Abby
kata, semalam, sewaktu
Arrayyan merawat lukanya,
puas ditahan air
matanya dari tumpah. Sibuk
sangat nak jaga
air muka.
Hati Diela
bertambah sakit bila diberitahu mengenai
Dato’ Rahman yang
sengaja bikin kacau
dan memfitnah Abby.
Dia rasa jengkel
dengan orang tua
yang tak boleh
menerima kenyataan itu.
Sakit hati usah
dikata. Lagi parah
hatinya bila mendengar
cerita mengenai Arrayyan
yang langsung memecat
Abby tanpa usul
periksa.
Mujurlah ada
budi yang Abby
taburkan berjaya mengubah
pendirian Arrayyan. Kalau
tidak? Macam mana Abby nak
bekerja lagi? Kasihan
betul sahabatku. Sebaik
sahaja mendengar cerita
tentang Arrayyan dipukul,
menggelegak tawa Diela.
Cis! Langsung tidak
bersimpati dengan nasib
bos lamanya. Itulah,
kalau mulut jahat,
itulah balasannya. Bukan
ke pepatah ada
menyatakan, kerana pulut
santan binasa, kerana
mulut badan binasa?
Itulah dia balasannya
buat Arrayyan.
“Wandi tahu
tak kau ni
kena debik semalam?”
soal Diela prihatin.
Abby mengangguk dengan
muka sedih. Dari
riak muka Abby,
Diela tahu Wandi
tidak prihatin sepertinya
dan Arrayyan.
Entah kenapalah
dia berasa tidak
senang hati dengan
sikap kekasih Abby
itu sekarang. Sudah
jarang bersua muka.
Alasannya, sibuk memanjang.
Kalau sebulan sekali
ajak jumpa pun
susah. Dia rasa,
ada sesuatu yang
dah berlaku cuma
dia tidak sampai
hati untuk meluahkannya
kepada Abby.
Abby sahabat
karibnya yang ternyata
amat menyayangi Wandi.
Apa sahaja Wandi kata, semua
dia turut. Terlalu
lurus. Tahulah mereka
sudah bertahun-tahun menjalin
hubungan cinta tetapi
Wandi nampak kurang
serius berbanding Abby.
Dia takut jika Abby dikecewakan.
Abby itu, nampak
sahaja kental di
luarannya tetapi di
dalam? Dia teramatlah
lembut hatinya.
“Takkanlah dia
tak terkesan langsung
bila dengar kau
luka-luka macam ni?”
soal Diela bengang.
Abby mengeluh perlahan.
Dia tidak suka
bila Diela mula
bertindak sebagai ejen
negatif dalam perhubungannya dengan
Wandi. Dia sebolehnya,
mahu berfikir positif
tentang perubahan Wandi.
“Dia busy semalam,”
Abby membela kekasihnya
dengan suara mendatar.
“Aku tak
tahulah nak cakap
apa lagi dengan
kau ni, Abby!
Aku tak tahulah
hati kau ni
diperbuat daripada apa.
Apa pasal kau
tak tanya dia
saja? Kenapa sampai
teruk macam ni
sekali dia abaikan
kau? Kalau dia
ada hal sekali
pun, takkanlah sampai
tak telefon langsung?”
bebel Diela bengang.
“Dahlah Diela.
Aku kata dia busy
kan?” Abby mula
naik angin. Diela
mengangkat bahunya. Malas
hendak dilayan dengan
amarah Abby. Abby
tu bodoh sebab
terlalu percayakan kata-kata
Wandi. Kalau dialah,
sumpah dia tak
nak percaya. Orang
gila pun tak
teringin nak percaya!
Apa pulak sibuk
sampai teruk macam
itu sekali? Wandi
tu Perdana Menteri
ke apa?
“Aku nak chow.
Aku keluar dengan
encik abang aku.
Kau take care. Kalau
nak pesan apa-apa,
mesej aku. Kalau
rasa sunyi, callencik bos
suruh temankan.. auw!”
sakat Diela yang
tak mahu hubungan
mereka renggang gara-gara
perselisihan faham tadi. Abby tergelak.
Semenjak Diela melihat
Arrayyan menghantarAbby pulang
semalam, bukan main
lagi Abby diejek
gadis bertelinga capang
itu. Sakit sungguh
hatinya.
Memanglah Arrayyan
mempelawa untuk menghantarnya
pulang. Beribu alasan
dia beri namun
Arrayyan tetap tidak
menerima. Arrayyan memang bukan
kaki telan rasuah
dan bodek. Terpaksalah
dia menurut juga.
Arrayyan kata, dia
bertanggung jawab pada
apa yang telah
terjadi pada Abby
itu. Wah, dalam
kekerekkan dia, ada
juga baiknya. Jangan
puji sangat, Abby,
takut nanti teruk
pula dia kerjakan
kau! Amaran diterima
daripada hatinya sendiri.
Hati Abby
sebenarnya tergugat juga
dengan kata-kata Diela
tadi. Dia akhirnya
membuat keputusan untuk
menelefon Wandi. Minta-mintalah hari
ini, Wandi sudi
mengangkat panggilannya. Sudah
lama benar Wandi
tidak mengendahkan dia. Semalampun, mungkin
disebabkan terlalu mamai
sehinggakan Wandi mengangkat
panggilannya. Suara pun
serak-serak basah.
Beberapa kali
nombor telefon Wandi
didail namun tiada
sahutan. Wandi tidak
mengangkat panggilannya. Rasa
nak meraung. Kenapa
hati dia tak
tenang dengan sikap
Wandi sekarang? Wandi
sedang mengkhianati diakah?
Sudah lama mereka
menjalinkan hubungan cinta,
janganlah Wandi membuat
onar.
Dan kalaulah
benar tanggapan Diela
terhadap Wandi, dia
berharap benar agar
penipuan Wandi terbongkar
di hadapan matanya
betul. Biarlah dia
melihat. Biarlah hatinya
sakit janji dia
tahu segalanya. Hanya
itu sahaja yang
dipinta.
Akhirnya, Abby
mengeluh hampa.
0 komen:
Post a Comment