SALAH SIAPA? 6


Bab 6
“KAU tak masuk battle tu, Uncle Lim cakap.” Hafizul memecah kesunyian setelah melepaskan penatnya seharian berlatih di gelanggang tinju. Rasa nak riuk tubuhnya akibat melakukan skil dan trick yang telah lama dia tinggalkan dulu. Sungguh, berlatih sangat memenatkan tambahan pula Uncle Lim tidak mahu dia berlatih dengan emosi yang tertekan dan marah kerana ia sangat memenatkan.
Bagaimana dia hendak lari dari emosi itu sedangkan dia sememangnya sedang tertekan? Ikmal tersenyum memandang Hafizul.
“Aku tak boleh nak masuk.” balas Ikmal pendek.
“Asal pulak tak boleh?” soal Hafizul pelik. Biasanya, pantang ada battle, tentu sekali Ikmal menjadi orang pertama yang mendaftarkan diri. Sekarang, dia cuma menjadi pelatih kepada petinju-petinju Uncle Lim sahaja.
“Sebab aku ada masalah sikit.” Kata-kata Ikmal itu mengundang tawa kecil Hafizul. Ikmal memang selalu libatkan dirinya dalam masalah. Sejak dari mereka masih remaja lagi. Jadi, memang tak pelik kalau Ikmal berkata begitu.
“Masalah apa pulak kali ni ha?” soal Hafizul sambil mencemik.
“Dulu waktu battle dekat Thailand, aku alami gegaran kat otak sebab banyak kali kena debik kat kepala. Doktor tak bagi aku libatkan diri dalam boxing lagi untuk keselamatan aku. Sekarang, as you can see, aku cuma boleh beri tunjuk ajar sajalah pada budak baru. Including kau, newbie.” Kata Ikmal disertai dengan gurauan bagi menutup rasa pedihnya. Hafizul tersentak mendengar berita itu.
“Masalah tu kau kata sikit? Bongoklah kau! Asal aku tak tahu apa-apa pun? Jangan kata, yang kau senyap tiga empat bulan dulu sebab ni?” soal Hafizul bengang. Bukankah mereka bersahabat karib? Kenapa Ikmal tergamak merahsiakan perkara sebesar itu daripadanya? Ikmal hanya tergelak apabila dimarahi Hafizul. Bukannya apa sangat pun amarah Hafizul. Takkan kekal lama.
“Ya.”
“Asal kau tipu aku? Kalau aku tau, mesti aku dah lawat kau.” Hafizul agak terkilan.
Chill, brother. Bukannya aku nak mati pun sampai kau perlu risau tahap ni. Aku yang tak ready nak beritahu sesiapa. Yang tahunya, mak ayah aku aje. Aku tak nak raih simpati sesiapa.” Ikmal cuba berlagak tenang. Memang berita seperti itulah yang paling digeruni oleh semua petinju.
“Tapi aku bestfriend kau. Sampai hati kau.” Hafizul mula beremosi. Dia rasa seperti seorang rakan yang teruk kerana tiada di saat Ikmal memerlukannya. Sedangkan Ikmal sentiasa di sisinya ketika dia bermasalah.
“Nak buat macam mana, Joi? Aku sendiri pun tak dapat nak terima dulu. Ini jalan yang aku pilih. Aku suka bertinju. Dapatlah ‘habuannya’. Sebab itulah aku suruh kau fikir masak-masak untuk masuk semula dalam dunia boxing ni. Nak-nak, penyudahnya nanti, kau bakal berlawan dengan orang Mexico dengan orang Thailand. Diorang memang dah pro sangat dalam muay Thai dan sukan tinju ni. Takut nanti... jadi macam aku. Merana Aida dan anak kau.” Katanya selamba bersama sengihan. Hafizul tertunduk. Aida?
Akan risaukah Aida kepadanya sekarang setelah apa yang berlaku antara mereka? Rasa-rasanya, selagi Aida tidak ingat, selagi itulah dia akan diabaikan begini. Aida langsung tidak merindui dia sedangkan dia separuh nyawa menahan rindu.
“Aku tahu tu, Mal. Anak aku dengan Aida tu segala-galanya buat aku.” Kata Hafizul sebak. Sungguh, dia benar-benar memaksudkan kata-katanya. Dia begitu sayangkan Aida dan anaknya.
Bloody glad to hear that.” Kata Ikmal sambil mengangkat kedua bahunya.
Sungguh, dia begitu mengagumi kasih sayang Hafizul terhadap Aida. Sehingga sanggup mengakui segala yang berlaku itu merupakan salahnya seorang. Kadang kala, dia diburu rasa cemburu. Cemburu dengan sikap Hafizul yang terlalu penyayang dan rela berkorban demi yang tercinta.
Biarpun sahabatnya itu tidak bernasib baik dalam rumah tangga namun dia yakin, akan ada sinarnya buat orang yang tabah seperti Hafizul. Bukannya dia tidak tahu betapa Hafizul merindui anak dan isterinya di kampung. Bimbang dengan ugutan Aida, sehingga sekaranglah Hafizul terpaksa menanggung rindu. Lihat sahaja muka serabut Hafizul ditambah pula dengan wajah yang sudah keruh tidak berseri itu.
“Aku pun rasa gembira menuturnya.” Kata Hafizul sambil tersenyum hambar.
“Dahlah. Sambung training... atau kau nak berhenti untuk minum-minum dulu?” soal Ikmal mengubah topik. Hafizul dah cukup bersedih mendengar berita tentang keadaannya, dan dia tak mahu tambah lagi dengan menyebut nama Aida. Hafizul menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia mahu meneruskan latihannya.
“Malam sikitlah minum. Training dulu. Alang-alang, kau makan dekat rumah aku ajelah malam. Lepak kat rumah aku, weh. Lama sangat kau tak melepak dengan aku.” Ajak Hafizul.
Sebenarnya dia sunyi duduk di rumah sendirian di rumah. Setiap hari hanya wajah Aida yang menyapa. Entah besar mana perut Aida pun dia tak dapat nak agak. Yang pasti, dia sangat teruja untuk menyambut kehadiran bayi itu. Sebelum dia dipecat dulu, dia sering membelikan pakaian bayi untuk anaknya setiap kali gaji masuk.
“A ah. Rindu nak cuddle dengan kau.” Ikmal bergurau. Hafizul menjeling.
“Ha ah. Dah lama kau tak tuck in selimut aku...” sinis Hafizul pula. Kali ini Ikmal menggeliat geli-geleman. Tak dapat nak bayangkan rasanya kalau dia terpaksa mengucapkan selamat malam kepada Hafizul... eee. Sumbang!
“Ini setan!” Ikmal terbahak. Hafizul ikut ketawa besar.
“Dahlah. Jomlah.”
“Yelah. Yelah.” Ikmal menurut sahaja. Dia tahu Hafizul memerlukan tempat untuk meluah. Dan dia langsung tidak kisah untuk meminjamkan bahunya buat sahabat karibnya.
Hafizul sudah banyak membantunya di zaman muda mereka dulu. Apalah salahnya jika dia membantu meringankan beban sahabatnya dengan menjadi pendengar yang setia?
Hafizul memulakan latihannya dengan penuh ketekunan. Peluh yang mengalir di dahi dan badannya langsung tidak dipedulikan. Apa yang dia mahu ialah melepaskan geram kepada pad yang dipegang Ikmal. Sebentar lagi, dia akan naik ke gelanggang untuk berlatih bertinju bersama trainee yang lain. Dia tak mahu tumbang hanya dengan satu pukulan.
Setelah kepenatan, dia berehat sebentar sambil membetul-betulkan kain putih yang terlilit di tangannya.
“Aku ingat nak letak punch baglah kat rumah aku.” Kata Hafizul setelah masing-masing mendiamkan diri dengan agak lama.
“Untuk?” soal Ikmal bersama kerutan di kening.
“Untuk memudahkan aku praktislah. Aku payah tidurlah sekarang. Alang-alang, boleh aku praktis dekat rumah aje. Takkan aku nak tidur di sini ni pulak?” soal Hafizul.
Well, kat rumah aku ada dua. You can take one.” Ujar Ikmal. Hafizul memandangnya dengan pandangan tidak percaya. Anggukan Ikmal mengiyakan persoalan di mindanya. Ikmal serius.
“Berapa?”
“Ambik ajelah.” Ikmal berkata.
“Bagus jugak tu. Jimat duit aku. Time sengkek macam sekarang ni memang kena sungguh bantuan kau tu.” kata Hafizul sambil menayang sengih. Ikmal tergelak kecil.
“Balik nanti kau singgah rumah aku dulu. Aku tak larat nak angkat sorang benda tu. Bukannya ringan.” Pesannya. Hafizul angguk. Rupa-rupanya dah siap letak pasir pun... ingatkan sekadar sarungnya saja.
Alright. Thank you, bro.” Ucap Hafizul terharu. Ikmal memang tidak berkira langsung dengannya. Untung sungguh rasanya mendapat kawan sejati seperti Ikmal.
“Eh, gym kau macam mana?”
“Banyak lagi yang nak kena teliti. Treadmill tak sampai-sampai. Banyak kali dah aku duk ulang-alik sebab benda tu.” rungut Ikmal.
Dia bakal membuka pusat gymnasiumnya sendiri nanti beserta dengan kelas muay Thai. Rakan-rakan yang pernah berlatih dengannya sudi memberi sokongan kepadanya dari segi tenaga dan moral. Ada juga yang sudah menempah untuk menjadi tenaga pengajar kepada pelatih baru di gymnasiumnya nanti.
Make sure kau menang battle tu nanti.” Kata Ikmal.
Make sure kau doakan aku menang.” Balas Hafizul pula sambil tersenyum. Mata dialihkan ke ahli-ahli gym yang sedang bertinju di gelanggang.
Sure.” Ikmal menepuk tapak tangan Hafizul dan melagakan bahu mereka.

“AKU tak faham kenapa kau nak sangat menghukum diri kau dengan cara macam ni. Kau nak hukum diri kau atas alasan apa?” soal Ikmal setelah dia menyudahkan makanannya. Masakan Hafizul memang enak! Kenyang perutnya dapat makan masakan lelaki itu.
“Atas dosa akulah. Dosa aku pada Aida... dosa aku berbohong. Dosa aku merosakkan anak dara orang. Banyak sangat dosa tu.” Hafizul berkata dengan keluhan berat. Ikmal menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Tak cukup lagi dengan semua masalah yang kau dapat sepanjang kes tu? Bukannya salah kau pun...” kata Ikmal selamba. Dia tak suka Hafizul berterus-terusan menyalahkan dirinya sendiri. Meskipun anak dikandung Aida itu memang anak Hafizul, dia tetap dengan pendiriannya yang sahabatnya itu tak bersalah.
“Bukan salah aku apa jadahnya, weh? Dah terang-terang memang salah aku. Aku sentuh dia waktu dia tak sedar. Kau faham tak? Dia tengah tak sedar! Aku yang sedar waktu tu. Aku yang patut lindung dia. Tapi bila tengok dia macam tu, aku ambil kesempatan sedangkan aku patut lindung dia. Macam tu kau kata bukan salah aku?” kata Hafizul menyesali tindakan bodohnya dulu.
“Ya, ya! Aku faham. Tak perlulah kau nak ulang banyak kali benda yang sama. Aku tak pekak lagi. Kalau dah macam tu kau rasa, aku boleh buat apa? Taubat sajalah, Joi.” Kata Ikmal lagi. Mudah sungguh mulut itu berkata-kata. Bukannya dia yang menanggung rasa bersalah itu. Hafizul mendengus perlahan.
“Aku memang dah taubat. Aku takkan buat lagi. Takkan! Tapi tak cukup la. Sebab itulah aku cuba hukum diri aku dengan join benda ni. Sungguh. Lagipun, itu first time aku. Aku mana tahu lekat terus. Okey! Aku mengaku memang aku sungguh bodoh waktu tu. Entah macam manalah nak putar balik masa.” Hafizul mengeluh lagi. Mengenangkan kejadian malam tu sungguh mengerikan.
Yang menjadi mangsanya, Aida. Dan anak di dalam kandungan Aida itu.
“Yelah. Bermain dengan nafsu ni memang payahlah. Mujurlah aku tak ada perasaan dekat mana-mana perempuan lagi buat masa ni. Kalau tak, entah berapa orang dah ranap agaknya. Nafsu kita cuma ada satu tapi kuatnya mengalahkan sembilan nafsu perempuan. Tak namanya lelakilah kalau tak fikir benda nakal pada perempuan yang dia suka.” Ikmal berceramah.
Hafizul mengeluh. Ikmal bukannya tiada perasaan dekat mana-mana perempuan tetapi disebabkan satu perasaan yang dipanggil ‘serik’, dia terus menyingkirkan perempuan yang cuba mendekatinya. Untunglah kalau Hafizul juga boleh jadi seperti Ikmal. Tidaklah serabut otak memikirkan wanita.
“Hmmm. Aku tak patut kan... malam tu... aduh. Kenapalah?!” Hafizul menggaru kepalanya serabut.
“Dahlah wei. Benda dah tak boleh putar balik. Teruk mana kau menyesal pun, tetap benda tu ada dalam ingatan kau. Biarlah benda tu jadi panduan untuk kau. Nanti kau tak payah ulang buat benda yang sama. Anggaplah tu pengalaman ngeri kau. Kau nak hukum diri kau macam mana lagi, weh? Sengaja nak kena amuk dengan dia lagi? Nak buat dia tambah benci pada kau?” soal Ikmal mengejek.
Padanya, Hafizul sengaja mencari penyakit. Sudah dia tahu betapa bencinya Aida pada sukan muay thai, kenapa dia teruskan juga? Dia cukup tak faham dengan IQ Hafizul. Memang dah tahap tak boleh berfikir lurus ke macam mana? Setiap keputusan yang Hafizul buat itu akan berakhir dengan dia menyusahkan diri sendiri. Cinta memang pelik.
“Aku nak bagi orang debik akulah. Pada aku, tak cukuplah dosa aku dengan amarah diorang. Aku tetap rasa bersalah. Aku nak rasa puas didebik oranglah...” kata Hafizul dengan riak keruh.
“Inilah dia kawan aku! Masalah yang dihadapi mentalnya sekarang ialah bangang abadi...” Ikmal berkata dengan nada sarkastik sambil mencemikkan bibirnya.
Kebodohan Hafizul terserlah sungguh. Ikmal, dia seorang yang jujur. Dia takkan meminta maaf kerana berkata jujur. Memang itu yang dia rasa. Hafizul perlukan seseorang untuk berterus terang dengannya, seperti dia sekarang.
“Kau mengutuk aku erk?” Hafizul tidak berpuas hati bila dikutuk begitu. Tapi dia tidak nampak marah pun.
“Dah tu, aku nak kutuk siapa lagi? Siapa lagi yang ada otak ‘geliga’ tahap tak dapat nak bantu macam kau ni? ‘Genius’ gila. Lepas kau kena debik nanti, kau jadi macam aku. Tak boleh nak bertinju dah. Lepas tu mulalah kau rasa menyesal. Lepas tu pulak, kesian kat Aida dengan baby kau. Fikir tu biar panjang, brader.” Ikmal membebel geram. Hafizul terdiam lama. Benar kata Ikmal. Banyak benda lagi yang dia perlu fikirkan.
“Ya aku tahu.” Dia mengiyakan perlahan.
“Jangan sampai satu hari nanti kau merengek-rengek dekat aku yang Aida dah tak mau tengok muka kau lagi. Aku tak nak dengar lagi rengekan manja kau tu.” tergelak besar Hafizul mendengar kata-kata Ikmal itu. Hampeh! Dalam memberi nasihat, sempat lagi sahabat karibnya mengejek.
“Masa bila pulak aku merengek kat kau entah?” Hafizul menafikan geram. ikmal tergelak semakin kuat,
“Tak ingat waktu first kau datang rumah aku dengan seluar tak berzip dulu? Kau mengaku kau dah rosakkan Aida malam sebelumnya? You cried like a baby, Joi. Sampai seluar lupa zip, baju pun tak butang habis.” Hafizul bangkit dan mencekik kawannya. Ikmal tergelak besar. Akhirnya Hafizul ikut sama tergelak.
“Ah! Tak payah nak ungkitlah hal tu. Memalukan betul.” Hafizul kembali duduk di tempatnya. Ikmal masih tersengih-sengih.
“Itulah. Aku dah cakap. Semua rahsia kau, aku pegang la Joi. Kalau kau nak aku beritahu apa sebenarnya yang jadi pada Aida pun aku boleh aje bagitau dia.” kata Ikmal serius. Hafizul mengeluh mendengar kata-kata Ikmal itu. Teringat pada kejadian di mana dia mencari Ikmal sebaik sahaja pulang dari apartment Aida.
No no no! Biarkan dia tak tahu hal sebenar sampai dia ingat sendiri.”
“Dahlah. Malas aku nak cakap pasal kau lagi. Kau sendiri yang tergamak nak jadi bodoh sampai bila-bila, biarkan. Kalau dia tak ingat sampai bila-bila, kau tanggung ajelah. Aku malas nak masuk campur dah. Sekarang, apa perancangan kau nak masuk battle ni? Kau perlukan duit erk nak tampung kerja? Atau... kau memang nak hukum diri kau sampai bila-bila?” soal Ikmal sinis.
Both.” Jawab Hafizul perlahan. Ikmal mengeluh.
Okay then. Tiap-tiap hari kau kena datang praktis. Aku ulang semula ya, tiap-tiap hari. Sebab kau dikira dah ketinggalan macam-macam. Battle tu dah tak lama lagi...” Ikmal berkata dengan serius sekali. Kali ini tiada masa dia nak sindir menyindir, nak bergurau senda.
“Ya, aku tahu. Kau regginglah aku macam askar komando, aku tak kisah. Aku nak menang.” Hafizul memberi kebenaran.
“Kalau kau nak berlatih sampai tak nak balik pun tak apa. Kau bukannya buat apa juga kat rumah, kan?” soal Ikmal. Hafizul mengangguk mengiyakan saja. Memang dia tiada apa-apa hendak dibuat di rumah. Lebih baik dia berlatih sahaja. Tarikh pertarungan sudah semakin hampir.

“DA... apa yang budak tak guna tu hantar? Duit lagi? Dia tak pandai nak beri by hand ke apa?” soal Aris. Aida mendengus. Tak habis-habis Aris menyakitkan hatinya dengan kata-katanya yang tajam itu. Jauh di sudut hati, dia merindui suaminya. Dia yang merasa terluka setiap kali Hafizul dikutuk. Padahal dia jugalah yang berterus-terusan menyalahkan Hafizul. Ah! Sukarnya hendak ditebak hati sendiri.
“Dia hantar duit. Lebih banyak daripada biasa.” Kata Aida selamba. Sengaja dia tekankan ayat ‘lebih banyak daripada biasa’ itu supaya Aris tahu yang Hafizul tak pernah lupakan dia.
Ah! Dia bukannya mahukan duit pun dari Hafizul. Dia sendiri pun tidak tahu apa yang dia mahukan dari Hafizul. Dia rindu untuk berjumpa dengan Hafizul tetapi dalam masa yang sama, dia tidak mahu melihat wajah lelaki itu. Oh! Perasaan apakah ini?
“Hantar duit pun bukannya boleh buat apa jugak. Tu, anak dalam perut kau. Langsung dia tak ambil tahu.” Kutuk Aris berterusan. Aida mendengus geram.
“Dia ambil tahu tentang budak ni!” tegas kata-katanya. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia membela Hafizul. Aris tergelak sinis.
“Orang lain ada suami, layan elok-elok. Kau? Duduk kat sini tak ambik tahu langsung pasal dia. Makan. Makan. Makan. Tak fikir langsung laki kau kat sana makan ke tidak. Bila aku kutuk laki kau, kau tahu pulak nak mengamuk.” Sinis lagi kata-kata Aris.
Aida terdiam. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa mesti dia dilanda perasaan keliru begitu. Keliru dengan kehendak hatinya. Bukankah sepatutnya dia bencikan Hafizul?
“Pedulilah!” Aida mendengus lantas melangkahkan kaki ke dalam biliknya. Aris mengekor. Surat di tangan adiknya dirampas. Aida cuba merampas semula tetapi Aris mengangkat tinggi surat itu ke atas.
“Bagi sinilah!” marah Aida. Dia paling pantang bila barang-barangnya yang dianggap peribadi disentuh orang lain. Biarpun oleh Aris, abang kandungnya sendiri. Dia tak suka!
“Aku nak tahu apa yang dia dah goreng adik aku.” Kata Aris selamba tanpa rasa bersalah.
“Aku dah cakap dia tanya pasal anak dia.” Aida mendengus geram.
So, bagi ajelah aku baca. Kan senang?” soal Aris lantas berlalu dari situ dengan surat yang sudah bergumpal di tangan.

ARIS mengeluh. Apa sebenarnya yang berlaku di antara adiknya dan juga Hafizul sebelum Aida hilang ingatan dulu. Kenapa dia rasa seperti Hafizul sedang menyembunyikan sesuatu daripada mereka sekeluarga? Atas alasan apa adiknya dirosakkan lelaki itu?
Melalui surat Hafizul, dapat dia rumuskan yang Hafizul benar-benar mengambil berat tentang Aida dan anaknya. Setiap minggu pasti ada surat yang dititipkan buat adiknya. Mungkin benar bagai dikata Aida, Hafizul tidak menjengah ke kampung kerana tidak dibenarkan Aida. Tentu sekali Aida ada mengugut yang tidak-tidak kepada Hafizul. Sejujurnya, salah siapa perkara itu terjadi?
Benarkah Hafizul sayangkan adiknya? Atau, lelaki itu sekadar menunjukkan rasa sayang tetapi sebenarnya tidak? Tapi, setelah lama mengenali Hafizul, dia yakin lelaki itu benar-benar menyayangi adiknya. Itu dia dapat lihat melalui renungan mata Hafizul terhadap adiknya.
Tapi kalau dah sayang, mengapa dirosakkan?


0 komen:

Post a Comment

 

LunaSAMS Template by Ipietoon Cute Blog Design