Bab 9
“NI barang-barang yang you nak.”
Andy menyerahkan barang-barang
yang dibelinya tadi.
Aku rasa gembira.
Andy memang tidak
pernah menghampakan aku
dari segi pertolongan.
Malah, dia belum
pernah menghampakan aku
kecuali hubungannya dengan
Mason. Memang hal
itu sahaja yang
menyebabkan hati aku
hampa dan remuk!
Err. Let’s not talk
about it...
Aku mengambil
barang-barang yang dihulurkan
dengan ucapan terima
kasih. Gembiranya aku
melihat barang-barang yang dibelinya. Banyak
sungguh. Aku rasa,
Andy ini tersalah
baca kut? Mana
ada aku minta
banyak-banyak macam ni?
“Berapa semua
ni?” soalku. Aku
masih punya wang
untuk membayar alatan
itu. Dia tersenyum.
Lain benar senyumannya
itu. Nakal! Oh
dia mahu kenakan
aku ya?
“You!”
jawabnya selamba. Aku
terbuntang! Lain yang
aku tanya lain
yang dia jawab.
Korek telinga ke
belum Andy ni?
“I tanya
berapa semua ni?”
aku sudah menggelabah.
Soalan aku tadi, aku ulang
dengan sebutan jelas
satu persatu. Biar
betul Andy ni!
Aku tak naklah
rasa macam ni.
berdebar-debar macam baru
lepas kena kejar
dek puma.
“Yalah I
jawab semua ini
bersamaan dengan you!” aku
naik seriau. Dia
mula memeluk pinggangku.
Biar betul Andy
ni? Takkanlah semacam
ini perangainya? Kata
gay?! Oh gosh! Lutut
Emma Raisha dah
mula ketar!!! Kenapa
sebelum ini, bila
dia peluk pinggang
aku, aku tak
rasa seperti yang
aku rasa sekarang?
Gulp!
“You
ni. Seriuslah!” aku
tak suka dengan
jawapannya itu. Menakutkan
aku sebenarnya. Aku
rasa macam dia
sedang menggoda aku.
Cis! Maaflah terperasan
sikit. Aku lepaskan
rangkulannya secepat mungkin.
Aku berdebar setengah
mati. Pucat! Mak
takut!
“Hahaha. You know
me, right? Saja
menyakat you. Tak payahlah
bayar. I belikan
untuk you, you buatkan kek
untuk I. So, fair
and square!” dia
berkata selamba sambil
merungkaikan tali lehernya.
Penat sahaja riak
wajahnya membuatkan aku
rasa simpati.
“Yalah. Tapi,
inikan birthdayyou. Rasanya macam
tak patut pula
I buat you macam
ni.” aku berkata
dengan nada yang
tak tenang. Aku
jadi tidak selesa
dengan layanan yang
diberikan olehnya. Terlalu
istimewa. Dan aku
pun mulalah perasan
berkali-kali.
“It’s
not a big
deal.” jawabnya lantas
naik ke tingkat
pertama. Cis. Dia
tinggalkan aku bodoh-bodoh
macam tu saja?Mungkin
dia hendak masuk
ke bilik dan
menukar pakaian. Aku
mengeluh. Aku bercadang,
hari ni, aku
nak buat Vanila
Cupcakes dahulu
memandangkan sudah lama
juga aku tinggalkan
skil membuat kek
aku ini.
Aku masukkan
dua gelas tepung.
Aku minta sebungkus
tepung Blue Key
dengan Andy tadi.
Tapi Andy beli
tiga bungkus. Entah
bilalah nak habis
ni! Sangat pelik.
Aku tersalah taip
atau Andy yang
tersalah baca? Tengoklah,
nanti okey atau
tidak hasilnya untuk cupcakes
aku nanti. Kemudian
aku masukkan satu
setengah gelas gula.
Banyak? Nampak
sahaja banyak. Dah
siap nanti, hasilnya,
mesti manis dan
comel macam aku
juga. Maaflah, sepanjang
aku tinggal dengan
Andy ini, sikap
aku pun dah
jadi terikut-ikut dengan
dia. Kuat perasan.
Sebelum itu
aku panaskan oven
terlebih dahulu kepada
350 darjah. Aku susun bekas cupcakes
itu di dalam
barisan. Cantik. Kemudian
aku campurkan serbuk
penaik, garam, susu
dan vanila ke
dalam mangkuk yang
berisi tepung dan
gula tadi. Aku
kacau bahan-bahan itu
selama dua minit.
Selepas itu
aku tambah telur
putih, empat biji
dan pukul dengan
laju sehingga berbuih
dan bahan-bahan itu
nampak gebu. Aku
pukul cepat-cepat dalam
masa dua minit
sahaja. Sudah macam
pro saja lagak
aku. Hasilnya, aku
berpuas hati dengan bakal cupcakesku.Kemudian aku
masukkan ke dalam
bekas cupcakes yang aku
susun tadi. Aku
masukkan ke dalam
oven selama dua
puluh sehingga dua
puluh lima minit.
Selepas siap,
aku sejukkan dahulu
selama sepuluh minit.
Selesai sahaja, aku
buat krim yang
berwarna-warni dan aku
hiaskan di atas cupcakes
aku. Aku rasa
gembira kerana cupcakes aku
menjadi pada hari
ini.
Andy ini
entah ke mana
dia pergi agaknya.
Aku hendak menyuruh
dia untuk merasa cupcakes aku
ni. Tak sabar
pula rasanya. Lama
juga aku terperap
di dapur. Aku
makan sebiji cupcakes aku.
Sedap! Masih tak
berubah skil aku
rupanya.
Aku kemas
segala peralatan tadi.
Bersepah! Lega apabila
segalanya siap. Jadi,
aku susun cupcakes aku
di atas meja
kecil di ruang
tamu. Andy selalu
duduk di situ
setiap hari. Jam
masih awal lagi.
Baru pukul tujuh
setengah malam. Aku
masih ada masa
lagi untuk mandi
dan membuat kek
untuk hari jadi
Andy pula. Tak
sabar rasanya untuk
memberikan Andy kek
buatan aku.
Kenapa aku
melakukan semua kerja
ini? Kerana aku
mahu berterima kasih
kepada Andy oleh
kerana dia telah
membenarkan aku tinggal
sementara di rumahnya.
Juga kerana... hati
aku benar-benar terasa
ingin menyambut hari
jadinya. Sekurang-kurangnya, aku
mahu ada kenangan
bersamanya...
“Hey,
you buat cupcakes?” soalnya
yang entah bila
wujud di belakangku.
Aku berpaling dan
tersenyum melihat dia
yang hanya berseluar
pendek tanpa baju
itu. Seksi gila.
“Yup! I
buatkan youcupcakes. Malam ni,
I buatkan you kek
pulak!” aku berkata
begitu lantas memberikannya
sebiji cupcakes. Dia ambil
dan memamahnya perlahan.
“Sedap. Lembut
rotinya. You belajar dari
mana buat ni?”
soal Andy lantas
menghabiskan cupcakes itu.
“I belajar
dari macam-macam cara.
Mula-mula I belajar
dari arwah mummy I,
lepas tu, I
tengok rancangan DC Cupcakes
dan Cake Boss.
I tengok tv
dan internet. Lepas
tu I beli
buku-buku cara membuat
cupcakes dan
kek.” aku turut
makan cupcakes setelah menerima
pujian daripadanya. Aku
duduk di sofa.
Penat berdiri di
dapur tadi. Dia
pula mengambil duduk
di sisiku.Cupcakes yang ada
diatas meja, diambil
lagi. Bangga rasanya
bila aku berjaya
membuatkan dia makan
makanan yang aku
buat. Siap bertambah
lagi.
Kami menonton
tv sambil memakan
cupcakes tersebut.
Kami juga ada
berborak kosong. Dia
ini boleh tahan
kelakarnya. Aku suka
cara dia. Dia
tidak pernah sesekali
menceritakan aku tentang
hubungan peribadinya dengan
Mason walaupun aku
tahu mereka bahagia
bersama. Lihat sahajalah
muka dia. Ada
nur. Bahagia, maksud
aku. Jealousnya aku!
Dia layan
aku masih sama
seperti mula-mula kami
kenal dulu. Selesa.
Terus terang aku
kata yang aku
rasa selesa dengan
keadaan kami ini.
Bagaikan teman tapi
mesra. Dia ada
bercerita tentang seorang
lelaki ini. Kacak.
Kalau imannya tak
kuat, sudah lama
diterkam lelaki bermuka
jambu itu. Aku
tergelak. Tapi dalam hati,
parah juga aku mendengarnya. Akhirnya
aku meminta diri
untuk mandi. Malas
hendak meladeni perasaan
aku yang semacam
apa ini.
Badan aku
yang mula berlengas
juga membuatkan aku
rasa tak selesa
bila dipeluk olehnya.
Aku memang dah
rasa tak selesa
dipeluk olehnya semenjak
tinggal berdua ni.
Andy ini memang
manja. Tak dapat
aku bayangkan bagaimana
dia bermanja dengan
Mason! Auch! Emma!!!
“HAPPY
birthday toyou! Happy
Birthday toyou! Happy birthday
to youAndy, Happy birthdaytoyou.” aku
menyanyi selamba. Sumbang
atau tidak, hanya
Andy yang boleh
nilai. Tapi, aku
rasa suara aku
dah macam Siti
Nurhaliza dah...
Aku bawa
kek yang akubuat
tadi ke hadapan
di ruang tamu.
Jam sudah menunjukkan
pukul dua belas
malam. Akulah orang
terawal mengucapkan dia
ucapan Selamat Hari
Jadi dan aku
rasa sangat berbangga.
Weee.Andy tersenyum senang
mendengar aku menyanyi.
Tapi, aku tak
tahulah pula kalau
hatinya rasa jengkel
dengan nyanyianku. Dia
menyambut kek hari
jadinya dengan muka
megah semacam apa.
“Inilah pertama
kali I raikan
birthday di
rumah sendiri. Dengan
you pulak
tu. Terharunya.” dia
berkata terharu. Dia
menyambut keknya dengan
senyuman manis. Ikhlas.
Kek tersebut diletakkan
di atas meja. Aku
ambil gambar dia
dengan keknya. Cun.
Dia calitkan krim
kek berwarna merah
itu ke hidungku.
Oh. Main
kasar ya? Jangan
tak tahu, aku
sengaja simpan krim
lebih sewaktu buat kek
ini tadi sebab
nak calitkan dekat
muka dialah. Aku
ambil mangkuk berisi
krim kek di
dapur lantas aku
calitkan sebanyak mungkin
di mukanya. Dia
ketawa dan tidak mengelak.
Bagai merelakan sahaja
mukanya dicomotkan aku. Dia turut
mencuit krim dalam
mangkukku untuk dicalitkan
ke mukaku. Sesekali,
baju kami kotor
terkena krim yang
berwarna putih dan
merah itu.
Setelah aku
perasan mukanya sudah
berubah jadi muka
badut McDonald, barulah
aku berhenti. Dia
ketawa senang hati.
Dia peluk aku.
Pipinya dilagakan di
pipi aku. Kemudian,
tangannya bertindak menyeluk
poket seluarnya dan
mengambil telefon bimbitnya.
Dia suruh aku
senyum. Aku senyum
sampai ke telinga.
Bermacam pose
yang kami lakukan
dalam gambar. Sampaikan
kami yang melihat
gambar-gambar yang kami
rakam tadi pun
tergelak.Memandangkan lilin masih
belum ditiup, aku
akhirnya mengarahkan dia
berhenti dari mengambil
gambar kami. Kek
itu harus dirasmikan
dahulu.
“Make a wish.” aku
mengarahkan dia untuk
berdoa dahulu. Dia
memejamkan matanya.
“I harap,
mama papa I
akan terima apa
jua pilihan hati I tanpa
bantahan dan rasa
kecewa.” dia berdoa
dengan mata terpejam.
Tentu Mason! Beratnya
keluhan dilepaskan. Aku
jatuh simpati padanya.
Alangkah indahnya kalau
dia ini lelaki
tulen? Tak perlu
risau memikirkan pilihan
hati.
“Wow!
A
big wish!” aku
berkata lantas menepuk
tanganku.
“Yeap.
A very big
wish.” katanya diikuti
dengan tiupan memadamkan
lilin yang sudah
pendek itu. Aku
tersenyum saja. Kelat.
Aku tahu maksud
doanya. Setelah kek
dipotong dan potongannya
diletakkan di atas
piring, aku simpan
kek selebihnya di
dalam peti. Aku
tarik tangannya.
“Come.”
aku ajak dia
ke ruang tamu
hadapan rumah. Dia
ikut sahaja tanpa
bantahan. Aku tutup
lampu dan nyalakan
lilin wangi miliknya
yang terdapat dalam
laci bilik tidurku.
Kami berdua-duaan dalam
gelap.
“Wow! Dah
macam couple.” katanya sambil
tersenyum. Dia duduk
di sisiku. Rapat.
I mean, sangat
rapat! Dadaku bagaikan
digoncang! Berdebar tahap
gaban.
“Youwish!” aku
berkata tegas menahan
rasa malu. Aku
sengaja hendak makan
dalam gelap bersamanya.
Baru nampak suasana
romantis. Selebihnya, aku memang
sudah merancang dari
awal lagi hendak
menyambut hari jadinya
dengan suasana begini.
Barulah lain daripada
yang lain.
“I
love my 30th
birthday.” ujarnya sambil
tersenyum. Dia sukakan
hari jadi dia
sedangkan orang lain
tidak suka meraikan
hari lahir yang
sudah mencecah angka
3 di pangkalnya!
Biar betul Andy
ni? Kami menghabiskan
masa berdua-duaan pada
malam hari jadinya.
Sesekali dia ketawa
ceria dengan lawak
bodohku. Kadang-kadang aku
buat-buat ketawa bila
dia buat lawak
tak jadinya.
Aku ajak
dia berkaraoke tetapi
dia menolak. Katanya,
biarlah suasana ini
berterusan. Dia suka.
Tenang. Sambil memeluk
bahuku, dia bercerita
mengenai zaman kanak-kanaknya dulu.
Aku tergelak. Dia
kata, kalau aku
tahu semua kisah
dia sewaktu kecil-kecil
dahulu, tentu aku
tak percaya.
Bila aku
suruh dia supaya
membuka cerita mengenai
dirinya di awal
remaja, dia menolak.
Dia kata, cukuplah
kalau aku tahu
kehidupannya serba sedikit
sewaktu kecil. Aku
tidak mahu mendesak
kerana, aku tidak
punya hak untuk
mendesaknya. Aku bukan
isterinya malah, bukan
juga kekasihnya. Aku
hanya seorang sahabat
buat Andy. Sahabat...
Kami berkongsi
kek dan berborak
sehingga lewat malam
ditemani beberapa tin Coca Cola.
0 komen:
Post a Comment