Bab 8
AKU
bangun tidur macam
hari-hari biasalah. Tapi
hari ini terasa
ada bezanya apabila
aku rasa macam
diri aku ini
diperhatikan oleh seseorang.
Aku celikkan mata
dan aku ternampak
dia sedang duduk
di sebelahku! Manisnya.
Rambutnya kusut masai
dan matanya masih
sepet. Mungkin baru
bangun tidur.
“Lenanya you tidur,
Emma. I datang
dari tadi tengok
you pun you
boleh tak terganggu
langsung.” tegurnya dengan
senyuman. Dia duduk
di sisi aku
sudah lama jugalah
rupanya. Adey! Malunya
aku. Sudahlah muka
aku buruk gila
waktu tengah tidur.
“You
tak tidur?” soalku
walaupun aku dapat
mengagak jawapannya. Aku
duduk di atas
katilku sambil membaiki
rambutku yang kusut-masai.
“Dah tidur.
Baru bangun setengah
jam lepas.” Andy
berkata sambil tersenyum.
Setengah jam lepas?
Awal betul dia
bangun? Biar betul
Andy ni?
“No
wonder mata you sepet.
Dah pukul berapa
ni?” soalku sambil
memejam dan mencelikkan
mata. Aku gosok
mata aku. Mengantuk
lagi sebenarnya ni.
“Lagi sepuluh
minit pukul lapan.
I nak pergi
kerja pukul sembilan
nanti. Is that okay
for you to
stay alone?” soalnya.
Aku mengangguk saja.
Aku bukannya budak
empat tahun yang
menangis bila ditinggal
sendirian di rumah.
Ini Emma Raisha,
kay? Sudah dua
puluh empat tahun!
I’m big
enough.
“You
nak I tolong
you?” aku
menyoal dia sambil
menekup mulutku. Apa
tujuanku berbuat begitu?
Tentulah tak mahu
dia pengsan jika
tercium bau mulutku
yang baru bangkit
dari tidur ini.
Aku memang anti
bercakap dengan orang
jika baru bangkit
dari tidur. Dia
mengangkat keningnya.
“Tolong apa?”
dia bertanya pendek.
Kening lebatnya terjungkit-jungkit. Cis.
Nampak seksi sangat
walaupun riak dia
biasa saja.
“Iron
baju kerja you ke
apa ke?” soalku
pula namun masih
lagi dalam keadaan
sama seperti tadi.
Mulutku tekup. Andy
berkerut seketika mendengar kata-kataku.
Muka dia macam
tak percaya pada
aku sahaja. Aku
serius ni! Takkanlah
aku nak tinggal
sini goyang kaki
goyang badan? Aku
patut membantunya juga!
Tak selesa betul
aku kalau tinggal
di rumah orang
dan buat muka
tak malu. Duduk
goyang kaki macam
madam besar!
“You
boleh buat ke?”
dia menyoal kembali.
Habis, siapa nak
beri jawapan kalau
macam ni? Asyik
berbalas soalan sahaja
dari tadi. Penat
tau?
“Sure!
You jangan
duduk rapat-rapat. Mulut
I tengah busuk
ni. Kang meninggal
you kat
sini.” akhirnya aku
menjawab dan menolak
badannya yang menghampiri
aku dengan tangan
kiriku. Dia tergelak-gelak.
“Okey, pergi
basuh muka dan
gosok gigi dulu.
I nak ambilkan
baju dan ironsteam.” dia
berkata seraya meninggalkanku. Aku
lipat selimut terlebih
dahulu. Kemudian, tempat
tidurku aku kemas
dengan rapi. Cuba
untuk menjadi sekemas
Andy.
Aku basuh
muka dan gosok
gigi di kamar
mandiku. Usai saja
membersihkan muka, aku
keluar dengan nafas
lega dan aku
dapat melihat Andy
dan iron steamnya sudah
menungguku di atas
katil. Dia sedang
tersenyum seperti biasa.
Andy memang pemurah
dengan senyuman. Jangan
tak tahu pula.
Sebab senyumannyalah aku
cair!
“Okey, I’ll teach you how
to use it.”
dia ajar aku
seperti biasa. Yakin
benar dia yang
aku memang tak
tahu nak guna
benda alah itu. Dia mengajar
dengan demonstrasinya sekali.
Selepas itu, dia
tinggalkan aku dan
bersiap di biliknya.
Semua barang
elektrik milik Andy
ini canggih-canggih. Susah
hati aku bila
hendak menggunakannya. Rosak
nanti, mahu mati
sebulan aku nak
membayarnya. Sudahlah mahal-mahal
jenama yang digunakannya.
Usai menggosok pakaian
kerja Andy, aku
menutup suis dan
mengemas dengan berhati-hati.
Aku ketuk pintu
biliknya. Dia buka.
Dia sedang bertuala
saja tika itu. Muka
aku rasa tebal
berinci-inci melihat keadaannya.
Cis! Seksi gila.
Indahnya kalau dia
ditakdirkan jadi lelaki
sejati dan jadi
suami aku. Kawasan
utama yang akan
aku kucup adalah
dadanya. Ngeehehehe. Miang!
“Pakai ni.”
aku menyerahkan baju
kemejanya dan berlalu
dari situ. Sempat
lagi dia mengusikku.
“You’re
blushing, mia amor!”
aku buat tak
dengar saja. Lantaklah!
AKU
pandang dia. Relax saja?
Lagi dua puluh
minit dia masuk
kerja. Boleh dia
buat tak tahu
saja? Siap makan
roti bakar dengan
penuh nikmat lagi.
Sampai terpejam matanya
menikmati roti itu.
Khusyuk sungguh! Dengki
pula aku melihatnya.
Aku pula yang
makan cepat-cepat bimbang
dia kesuntukan masa sedangkan
dia siap boleh
duduk dengan senang-lenang
lagi.
“You
kerja apa sebenarnya,
Dee?” barulah hari
ini aku menyoal
dia sedangkan kami
sudah lama berkenalan.
Baru terlintas di
fikiran hendak menanyakan
soal itu. Dia nampak mewah!
Andy berhenti mengunyah.
Aku agak, kerja
dia tentu sebagai
broker atau remisier!
Yang kaya-kaya.
“I pengurus
besar syarikat perindustrian
papa I.” jawabnya
bersahaja. Lepas tu aku terus
diam bagaikan tertelan
lidah sendiri. Tak
nak tanya apa-apa
lagi dah. Pengurus
besar? Ya Allah!
Kaya gila mamat
ni rupanya!! ‘Syarikat
papa I’? Rasa
macam nak tersembur
keluar gigi-gigiku setelah
mendengarnya. Takut pula
aku untuk tinggal
di kawasan ini
dengan orang kaya
terlajak macam Andy
ini. Takut disalah
anggap pula nanti.
“Kenapa you tanya?”
soalnya tidak lama
kemudian. Separuh roti
bakar itu sudah
dimamahnya. Matanya tajam
memandang aku. Gulp!
“I baru
bercadang nak sindir
you. You ingat
syarikat tu bapak you
yang punya ke?
Siap boleh relax aje
macam tak ada
apa-apa masalah. I
tengok yourelax sangat. Itu
yang I tanya.
Patutlah you tak tergesa-gesa
nak pergi kerja.
Memang syarikat bapak you
pun. Make sense.” aku
berkata sambil mengangguk-anggukkan kepalaku
tanda faham. Andy
tergelak.
“Perjalanan ke
tempat kerja I tak sampai
sepuluh minit pun.”
dia berkata selamba.
Inilah baru macho! Tak
ada nak sibuk-sibuk
memikir masalah lambat
datang kerja atau
takut bos marah.
Dialah bos! Untunglah.
“Umur you berapa
Emma? Betul ke
dua puluh empat?”
soalnya. Dia pandang
tepat ke mata
aku. Aduh. Masa
inilah jantung mula
berfungsi dengan laju.
Kenapa dia tanya
pasal umur aku?
Tak ada soalan
lainkah?
“I kan
dah pernah cakap.
Umur I dua
puluh empat. You dua
puluh tujuh kan?”
soalku selamba. Yalah,
sudah lama kami
berkenalan. Kami pernah
berborak tentang usia
masing-masing sewaktu diawal
perkenalan dulu.
“Nope, I
tipu you aje dulu
dan I tak sangka you percaya.”
ujarnya selamba sambil
menghabiskan sisa roti
yang tinggal. Mukanya
tiada riak! Aku
terbelalak saat itu juga. Dah
dua tahun aku
kena ‘sate’ dengan
dia? Wah! Gila
kejam.
“Apa? You tipu
I? Habis umur you
berapa?” soalku semacam
tak percaya. Dia
mengangkat tiga jarinya.
Aku terkejut gila.
Nyaris kerusi yang
aku duduki ini
berat, kalau tidak,
pasti aku sudah
terlentang ke belakang!
“Tiga puluh??!”
soalku yang sudah
gelabah gila ni.
Macam mana dia
kata umurnya tiga
puluh sedangkan wajahnya
sesuai untuk orang
yang berumur dua
puluh tujuh tahun!
Ah, tapi memikirkan
kerjanya sekarang, berpatutanlah
dengan umurnya. Sesuai
juga. Pengurus muda.
Aum! Pengurus besar
apa yang berumur
dua puluh tujuh?
Ada, tapi mungkin
rare!
“Yeap! Besok
umur I genap
tiga puluh tahun.
Tua dah I
rasa diri I ni.” katanya
sayu. Tiga puluh,
dikatakan tua? Aku
tak tahu hendak
berkata apa lagi.
Besok birthday dia? Yang
ke tiga puluh?
What?
“What
the hey, you dah
gila ke? Kenapa
baru sekarang you mengaku
tentang perkara ni?
Setahun you berkawan dengan
I, kan?” soalku
tidak percaya. Dia
ketawa lagi. Mungkin
kerana aku sambung
terus perkataan ‘what the
hey’ tu kot?
Entahlah.
“Saja.” jawabnya
selamba. Aku boleh
terkena sakit jantung
dan stroklah kalau
duduk rumah dia
lama-lama. Macam-macam kejutan
aku dapat. Entah
umur aku panjang
atau tidak jika
terus menetap di
sini lebih lama!
“I nak
buat kek! Untuk you.”
aku dapat idea
dan terus aku
luahkan pada Andy
tanpa menunggu masa
yang lama. Dia
memandangku. Matanya bersinar!
Tapi hanya untuk
sementara sahaja. Mukanya
bertukar keruh.
“Tapi you pandai
ke buat kek?”
soalnya seolah-olah sedang
merendah-rendahkan martabat aku! Memperkecilkan kebolehan
Emma Raisha. Aku
tersentak dengan soalan
berbaur sindiran daripadanya.
Sarkastik habis! Ya, aku
tahulah aku tak
pandai memasak. Siapalah
aku ni...
“I memang
suka buat kek.
Memasak biasa I
tak pandai.” aku
berkata dengan senyuman
meskipun hati aku
rasa tercabar dengan
nada sinisnya tadi.
Cuba untuk meyakinkan
dia. Aku sedang
jujur sekarang ni.
Tidak nampakkah dia
akan lingkaran pari-pari
dari syurga di
atas kepalaku ini?
Siap ada kepak
putih lagi!
“I nak you
belikan alatannya. Boleh?”
soalku lagi. Andy
mengangguk laju. Aku
rasa, mungkin dia
sudah percaya padaku.
“Of
course,mia amor!” ujarnya
sambil tersenyum. Menawan!
“Nanti I textyou
barang-barang yang I nak.” aku
berkata kemudian. Yalah,
dia dah lambat
sebenarnya. Lagi lima
belas minit nak
masuk kerja. Dia
angguk sekali. Aku
tersenyum. Puas! Akan
aku buktikan kepadanya
yang aku pandai
membuat kek! Apa guna oven
di rumahnya ini
kalau tidak pernah
guna?!Aku nak tengok
dia melutut di
kakiku kerana memandang
rendah padaku. Aku
juga nak tengok
dia jilat jari
bila makan kek
aku. Cis! Melampau.
“Take
care.” dia berkata
sambil ‘mencium’ pipiku
lagi dengan dua
jarinya. Aduhai! I am
not your wife!
Aku rasa dihargai
sangat bila dilayan
sebegitu. Rasa berdosa
dikambus cepat! Ingatanku
pada Zarul sudah
semakin luput. Mabuk
dah aku ni.
Mabuk cinta pada
si jejaka gay! Dia
tentu menganggap aku
sebagai adiknya, tapi
aku dah mula
anggap dia lebih
dari itu.
Aku hantar
pemergiannya dengan ekor
mata sahaja. Segaknya
dia berpakaian kerja.
Dari belakang pun
nampak segak. Andy,
dia memang prihatin.
Hanya dia yang
melayanku bagaikan puteri
selama ini. Aku
risau akan tersalah
tafsir tentang layanannya
terhadapku. Aku rasa,
kalau betullah aku
jatuh cinta tahap
tujuh petala pada dia,
aku keluar dari
rumah ni sajalah!
Tak sanggup rasa
bila cinta yang
aku rasa tidak
dapat dibalas.
Aku sekarang
sedang memikir hendak
buat apa ya
di rumah besarnya
ini? Aku naik
tangga sehingga ke
tingkat atas sekali.
Penat juga aku.
Aku tengok pemandangan
luar dari atas.
Cantik sangat. Sukanya
hati aku bila
tengok semua rumah
di sini cantik
dan mewah macam
rumah Andy. Macam
rumah di kawasan
kejiranan orang putih.
Semuanya tersusun begini.
Halaman pula dipenuhi
dengan rumput hijau
yang ditanam. Hm.
Cantik betul.
Kereta di
garaj masing-masing pula,
usah katalah. Semuanya
mewah-mewah. Audi, Mini
Cooper, BMW, Mercedes.
Hailah. Bilalah aku
nak kaya seperti
diorang semua ni?
At least, dapat
pakai Audi pun
jadi. Wahaha!
Aku ambil
keputusan untuk turun
semula ke bawah.
Ke dalam bilikku.
Aku senaraikan keperluan
untuk membuat kek
dan aku menghantar
senarai itu kepada
Andy dalam bentuk
mesej.
Bibik ni
tak datang-datang pun
lagi. ke dia
takut telinganya rosak
disebabkan nyanyian Andy
lagi? Hahaha! Don’t you
worry bibik, hari
ini, kita hidup
aman damai! Telinga kita
selamat!
0 komen:
Post a Comment