Bab 2
2013-
Tahun ini, pelbagai
masalah yang jatuh
menimpa aku. Aku
ini boleh diibaratkan
seperti sudah jatuh
ditimpa tangga, ditimpa
bangunan runtuh dan
berbagai-bagai lagilah! Boleh
diumpamakan juga bagai
sudah jatuh digilis
treler dan kemudian
dilanggar kereta tetapi
masih tak mati-mati.
Begitulah nasib aku.
Hidup segan mati
tak mahu. Takut
nak bawa dosa
ke kubur.
Bermula pada
bulan Januari, mummy aku
meninggal dunia akibat
menghidap kanser payudara.
Aku tak ada
sesiapa lagi sesaat
sahaja mummyku menghembuskan nafasnya
yang terakhir. Merintih
teruk aku bila
ditinggalkan mummy. Dalam pelukan
aku pula tu! Mujurlah aku
masih punya sahabat
yang sentiasa memberikan
kekuatan kepadaku. Bahu
merekalah tempat aku
menumpang. Awin, Jeff
dan Andy. Tidak
pernah kurang layanan
mereka padaku. Masih
sama seperti dulu.
Prihatin.
Selepas itu,
pada bulan Febuari
pula, aku berpisah
dengan Zarul secara
rasmi. Perit jugalah
hati aku. Yalah.
Sudah tiga tahun
aku menjadi kekasihnya.
Zarul kata, dia
sudah tidak mahu
meneruskan perhubungan kami
yang entah sampai
ke mana ini.
Katanya, dia mahukan
komitmen yang lebih
lagi iaitu di
alam perkahwinan! Dia
kata aku sudah
tidak serius lagi
dengannya.
Aku tak
mampu berikan dia
komitmen itu disebabkan
aku takut dia
tahu cara hidup
aku yang sebenar!
Aku juga tidak
pasti tentang perasaan
aku pada dia.
Aku tahu, aku
tidak mencintai dia.
Aku hanya menyayangi
dia sebenarnya. Dia hanya
tempat aku menumpang
kasih. Aku tahu,
aku tak patut
‘ikat’ dia dengan
menjalinkan hubungan cinta
sekiranya tiada hati
padanya. Itu menampakkan
betapa aku mementingkan
diri sendiri.
Keadaan bertambah
parah apabila, aku dipecat kerana
selalu tidak hadirkan
diri ke tempat
kerja pada bulan
Januari sewaktu mummy sakit
dan meninggal. Aku
jaga mummy di hospital.
Sebab itulah aku
gagal hadir ke
tempat kerja.
Pada bulan
Mac, aku mendapat
emel daripada Ella,
adik kesayanganku menyatakan bahawa dia
akan menetap di
Kanada buat selama-lamanya. Parah
hatiku saat itu!
Siapa yang bakal
menemaniku di sini
nanti? Siapa yang
mahu setia di
sisiku nanti? Kenapa
begitu cepat segalanya
diragut daripadaku? Kenapa
semua ini berlaku
serentak?
Pada bulan
Mei aku dikejutkan
dengan surat tentang
rumah aku yang
bakal disita jika
aku tidak membuat
sebarang pembayaran. Tentang
rumah ini, aku
diamkan saja daripada
sahabat-sahabatku. Belum masanya
untuk aku memberitahu
mereka. Hati aku
jadi luluh mengenangkan
segala-gala yang aku
terima. Agaknya, betullah
kata daddy suatu ketika
dahulu bahawa aku
ni pembawa malang.
Dan, hari
ini pada bulan
Julai, aku mendapat
tahu bahawa rumah mummyku
telah disita. Di
mana aku akan
tinggal selepas ini?
Bermacam kerja yang
aku pergi hadiri
temu duganya, tidak
juga berjaya! Wang
poket pula sudah
semakin mengempis. Tertekan
betul aku bila
hidup aku jadi
macam ni!Mummy ada meninggalkan
sejumlah wang dalam
akaun simpanannya untukku
sebelum dia meninggal
dulu. Sekarang, wang
itu sudah tinggal
beberapa ribu sahaja
semenjak aku menjadi
penganggur berjaya. Memanglah
nampak macam banyak!
Tapi, bayaran rumah
pun aku tak
mampu nak bayar!
Menyesal pula
aku menghabiskan duit
itu untuk membeli
arak yang mahal-mahal
dan buat untuk
berhibur. Hanya tinggal
beberapa jumlah wang
lagi buat perbelanjaanku untuk
bulan-bulan seterusnya. Aku
perlu mencari kerja
dalam masa terdekat
ini! Duit itu
cukup untuk makan
dan sewa selama
dua tiga bulan
mungkin. Itu pun
kalau aku pandai
berjimat! Emma Raisha
dengan duit? Gosh!
Macam orang tak
pernah nampak duit!
Asyik berbelanja sahaja
tak kira waktu.
Selepas ini,
aku harus membuat
catuan makanan! Tapi,
aku hendak tinggal
di mana? Ingat
mudah ke nak
cari rumah sewa sekarang ni?
Kalau ada rumah
sewa, aku nak
kerja apa? Basuh
punggung bayi? Yucks. No way!
Emma Raisha tak
buat kerja-kerja macam
tu. Kerja, lagilah
susah nak cari. Urghh!Aku sudah
menghubungi adikku Ella
di Kanada, katanya
daddy akan
berikan dia wang
belanja. Dapatlah dia
memasukkan sedikit wangnya
kepadaku nanti. Hubungan
kami masih baik
walaupun terpaksa berpisah.
Aku reda.
Aku pun
tak mahu balik
semula pada daddy. Daddy cukup
bencikan aku. Kata daddy,
semenjak aku lahir
ke dunia ini,
terus segalanya jadi
tak betul. Aku
anak malang, katanya.
Sentiasa buat dia
naik angin dan
bermacam lagilah. Daddymenyalahkan aku
ketika dia dengan
mummy bercerai.
Hanya mummy yang selalu
menidakkan kata daddy.
Daddy cuma sayangkan
Ella. Semenjak Ella
lahir ke dunia,
perniagaan daddy semakin maju.
Sebab itulah Ella
dikatakan anak yang
membawa rahmat. Ella
tidak pernah membantah,
Ella baik, Ella bagus, Ella
rajin, Ella this, Ella that,
Ella yada yada yada!
Aku diam saja.
Takkanlah aku hendak
berperang dengan adikku
disebabkan daddy?
Mummy pernah berpesan
padaku, sayangilah Ella
sepertimana aku sayangkan
mummy. Itu
sahaja pesan mummyku. Sekarang,
adikku berpisah denganku,
tetapi, kami selalu
juga curi-curi berhubung
melalui Skype. Aku
yang meminta supaya
Ella merahsiakan perkara
ini daripada daddy. Bimbang
jika daddy tahu, dia bakal menyekat
hubungan kami adik-beradik.
Aku sayangkan Ella
sangat-sangat sebab Ella
tidak pernah lupakan
aku sebagai kakaknya
ini.
Rindu nak
menatap wajah comel
adikku itu. Rupanya
ada iras mummy. Aku
pula ada iras daddy.
Aku tak suka!
Kenapa tidak aku
yang ada iras mummy?
Ella suruh aku
tinggal bersama mereka
di Kanada. Katanya
daddy sudah
mula rindukan aku.
Aku langsung tak
percaya malah, sebaik
sahaja mendengar kata-kata
Ella itu, aku tergelak sesungguhnya
sampai puas. Selama
berapa tahun aku
dengan daddy tinggal serumah
dulu, pandang aku
pun daddy tak mahu!
Takkanlah tiba-tiba dia
boleh rindu? Mungkin
daddy sedang
mengigau ketika dia
mengatakan begitu kepada
Ella! Nice comedy!
Ella kata
yang daddy sudah jumpa
pengganti mummy. Cantik. Aunty Marisole
namanya. Aku doakan
mereka bahagia saja. Aunty
Marisole yang banyak
menyedarkan daddy tentang pentingnya
keluarga. Daddy disedarkan oleh
orang lain? Bukan mummy?
Oh! Aku rasa
nak hantukkan kepala
sendiri ke dinding.Geram
juga bila mendapat
tahu tentang hal
itu tetapi, aku
malas hendak membebankan
otak aku untuk
memikirkan tentang perkara
itu. Ella masih
belum tahu tentang
rumah mummy yang telah
disita. Kalau Ella
tahu, kemungkinan dia
akan meraung tak
sudah. Di rumah
itu sahaja kenangan
yang kami ada
bersama dengan arwah mummy.
Aku pun sudah
puas meraung sebenarnya
tadi.
Malang betul
nasib aku tahun
ni. Memang tahun 2013 tidak
sukakan Emma Raisha
kut? Entahlah. Aku
rasa seperti hendak
menyendiri saja. Aku
takut hendak berhadapan
dengan dunia aku
lagi. Aku takut
tiada sesiapa mahu
berkawan denganku lagi.
Aku tiada apa-apa
lagi dah selain
diri aku.Atau, perlukah
aku ikut sahaja
daddy yang
menetap di Kanada?
Aku tak sanggup
hendak melihat layanan
daddy yang
berat sebelah pada
Ella nanti. Hati
aku cukup sayu
melihat Ella sentiasa
dimanjakan daddy dan aku
sering diherdik kerana
menyemakkan pandangan matanya.
Yang aku
pelik, kenapa daddy baru
cari pengganti selepas
mummy meninggal?
Kenapa baru sekarang?
Mereka sudah bercerai
selama enam tahun
lamanya! Tidak cukupkah
waktu itu untuk daddy
mencari pengganti? Atau daddy
memang tidak berjaya
mencari pengganti disebabkan
sikapnya yang macam
taufan itu? Aku
percaya, sebab kedualah
punca daddy masih menyendiri
selepas bercerai dengan
mummy.
Termenung menghadap tasik
yang tenang, aku
meratapi hidup bersendirian
tanpa sesiapa lagi
ahli keluargaku. Hendak
meminta tolong daripada
Awin? Ah! Dia
pun baru sahaja
dihalau oleh mama
dan papanya! Apa
puncanya, aku pun
tak pasti.Tapi Awin kata, disebabkan
sikap liarnya sahaja.
Oh! Dia selalu
ikut Jeff pulang
ke rumah lelaki
itu. Adalah tu
projeknya. Awin! Aku
sudah berpesan kepadanya
agar jangan mudah
rebah ke pangkuan
lelaki, tetap juga
dia begitu! Aku sampai
dah tak larat
nak menegur!
Peningnya kepala
memikirkan hidup yang
semakin hari semakin
sempit ni.Sebelum ke
sini tadi, aku
ada terserempak dengan
Zarul di pusat
beli-belah. Dia sedang
peluk seorang perempuan
dengan penuh kasih
sayang. Baru aku
tahu begitu perangainya.
Bila aku nampak
dia bersendirian, aku
tegur dia.
“You
dah ada pengganti.
Cepatnya! Berpelukan di
tempat awam.” aku
sindir dia sebenarnya.
Dia tenang sahaja.
Tak ada riak
terperanjat langsung. Tangannya
diseluk ke kocek.
Itulah tabiat dia
selama bercinta denganku.
Tabiat lelaki ego.
“Pilihan mama
saya. Kami dah
kahwin bulan lepas.
Alhamdulillah. Doakan kebahagiaan
kami.” bagaikan ditembak
jantungku saat itu.
Rasa macam tak
dihargai langsung! Dia
betul-betul terdesak nak
berkahwin rupanya! Selepas
itu aku nampak
isterinya datang menghampiri.
Sempat lagi aku
menghadiahkan senyuman. Walaupun
dalam keadaan yang
terluka, aku masih
lagi perlu menghormati
orang. Dia memilih
gadis bertudung. Sesuailah
dengannya yang agak
alim itu. Aku
mendoakan mereka mendapat
cahaya mata yang
soleh dan solehah.
Hati ini,
luka. Ada luka
yang besar. Aku
tahu aku tidaklah
punya rasa cinta
terhadap Zarul tetapi
aku masih lagi
punya maruah. Hatiku
tercalar melihat pengganti
baru aku! ‘Cantik’
sangat! Muka dia
macam baru lepas
kena cium dengan
unta! Isy! Tak
baik betul aku
samakan seseorang seperti
itu. Mungkin budi
pekertinya lebih elok
dan sempurna daripadaku.
Mungkin dia seorang
yang memahami berbanding
aku. Bukan mungkin...
aku tahu, isterinya
sejuta kali lebih
baik daripadaku. Lihat
air muka sahajalah.
Ada ‘nur’. Air
muka aku pula?
Kelam! Macam orang
tak jumpa jalan
pulang.
Aku tertunduk
memandang kakiku yang
hanya tersarung fipper. Hari
ini aku betul-betul
selekeh! Aku akuinya.
Sangat selekeh. Sebelum
ini, aku hanya
berpakaian seperti ini
jika hendak masuk
tidur. Aku macam
tiada hati untuk
meneruskan hidup lagi.
Air mata yang
kian bertakung aku
biarkan meleleh menyapa
pipiku.Baru lagi aku
hendak meladeni perasaan,
telefon bimbitku berbunyi.
Aku tatap skrin
lama. Andy!!! Perlukah
aku memberitahunya mengenai
keadaanku sekarang? Perlukah
aku memberitahunya tentang
nasib malang aku?
Untuk apa? Untuk
diabaikan mereka? Selepas
aku beritahu keadaanku,
tentu mereka akan
tinggalkan aku...
0 komen:
Post a Comment