Bab
10
Enam
Tahun Kemudian...
IRSYAD MERAUP wajahnya
berkali-kali. Hari ini
dia terganggu lagi
dengan bayangan kisah
silamnya. Kisah silam
yang penuh dosa
dan menyebabkan dia
berasa menyesal seumur
hidup. Peristiwa di
mana kesabaran dan
imannya dihakis oleh
satu rasa. Tercabar...
“Zara.” panggilnya
lembut.
Setiap hari
dalam tempoh enam
tahun, sepatah nama
itu masih lagi
setia meniti di
bibirnya. Tidak pernah
sekali pun dia
tidak menyebut nama
Zara dalam masa
sehari. Di mana
gadis itu menghilang?
Marah lagikah dia?
Tentu! Akan selamanyakah
dia berdendam pada
aku? Persoalan wajibnya
menunjal lagi akal
fikiran. Ah! Puas
Irsyad cuba untuk
merasa hidup normal.
Tiada perasaan bersalah
dan tidak mengenang
dosa lampau namun
tidak juga berjaya.
Dalam hatinya masih terukir indah
nama Zara. Dalam
fikirannya masih ada
Zara dan dalam
tidurnya juga tetap
ada Zara.
Puas dia
bertaubat. Pintu hatinya
masih lagi terasa
kelam. Siang malam
dia bersujud kepadaNya
namun tetap dia
merasakan bahawa sujudnya
itu tidak mampu
membasuh khilafnya terhadap
Zara. Selagi tiadanya
Zara, selagi itulah
dia diserbu rasa
bersalah. Selagi kemaafannya
tidak diampunkan Zara,
selagi itulah dia
menggalas rasa bersalah
ini. Janganlah Zara
berubah menjadi orang
yang tidak elok
perangainya, ya Allah!
Kau kuatkanlah imannya
di mana sahaja
dia berada... doanya
sepanjang hari.
Kertas kerja
di atas meja
dipandang sepi. Mana-mana
dia pergi pun,
dia tetap ternampak
dosa semalamnya. Apa
sahaja yang dilakukannya,
dia tetap diganggu
khilafnya. Memikirkan betapa
kejamnya perbuatan dia
pada Zara membuatkan
hatinya langsung tertutup
untuk mengenali mana-mana
gadis.
Siang malam
dia tercari-cari satu
wajah itu. Wajah
yang sama. Serata
negara dia pergi,
tetap juga tidak
jumpa. Cuma hari
ini... hari ini
ingatannya terhadap Zara
begitu kuat sekali.
Dia sendiri tidak
tahu kenapa.
Zara, agak-agaknya,
di mana awak?
Saya berdoa siang
dan malam agar
dapat bertemu dengan
awak semula. Saya
berdoa agar Allah
mengampunkan setiap dosa
yang saya lakukan
terhadap awak. Saya
mendoakan setiap saat
agar awak sudi
memaafkan saya. Saya
betul-betul khilaf. Saya
minta maaf! Zara...
jika ditakdirkan kita
bertemu semula, hukumlah
saya! Hukumlah saya
sampai awak puas...
Saya takkan
lepaskan awak lagi.
Saya tak kisah walau apa
pun dugaan yang
bakal menimpa saya.
Saya hanya mahukan
kemaafan daripada awak!
Saya berjanji akan
bertanggung jawab atas
apa yang saya
dah buat pada
awak. Tapi macam
mana kalau awak
dah berkahwin? Adakah
saya perlu berundur?
Tidak! Tidak sesekali.
Saya tetap akan tunggu
awak.
Zara... muncullah
semula. Izinkan saya
perbaiki kesilapan saya
dulu meskipun saya
tahu awak takkan
sesekali membenarkan saya mendekati
awak lagi. I want
to make things
crystal clear. Zara...
kenapa awak lari hari tu?
Zara, kenapa awak
tak buat laporan
polis tentang kejadian
malam tu? Saya
lebih rela kalau
dikenakan tindakan asalkan
saya dapat bertanggung
jawab pada kesalahan
saya. Zara... kenapa
awak menghilangkan diri
terus lepas kejadian
tu?
Kenapa Aiman
tidak langsung datang
ke rumah saya?
Aiman tahukah tentang
peristiwa itu, Zara?
Kalau dia tahu
pasti dia mencari
saya. Kenapa awak
tak memberitahu dia?
Segalanya akan mudah
jika dia mencari
saya dan memukul
saya... tentu saya
akan tahu di
mana awak.
Irsyad mengesat
air mata yang
mula mengalir ke
pipi. Hidup dihantui
dosa sangat menakutkan!
Hidup dihantui perasaan
bersalah lebih-lebih lagi
menakutkan! Ya! lebih
bersalah lagi apabila
mengetahui status sebenar
Aiman dan Zara.
Memang dia rasa
tidak mahu hidup
saat itu juga!
Itu pun secara
tak langsung, Shila
tersebut nama penuh
Zara sekali dengan
nama bapanya. Nama
Aiman berbinkan nama
yang sama dengan
bapa Zara!
Dalam kekalutan,
dia mencari lebih
banyak info mengenai
Aiman dan Zara.
Sah! Teman sekolah
menengah Zara dan
Aiman, Bahari mendedahkan
bahawa Zara dan
Aiman sememangnya adik-beradik.
Nama bapa mereka
sama, sekolah juga
sama. Cuma yang
membezakan hanyalah rupa
dan warna kulit
kerana Zara lebih
menyerupai wajah ibunya
dan Aiman menyerupai
wajah bapanya!
Dan, disebabkan
itu, dia membuka
laptop Zara yang
Zara tinggalkan begitu
sahaja dulu. Gambar
keluarga mereka ada
di dalam rupa-rupanya.
Kenapalah dia tidak
membelek album keluarga
Zara ketika Aiman
meminjam komputer ribanya
dulu? Kalau tidak
semua ini pasti
tidak akan berlaku.
Kenapalah dia
mesti mengetahui hakikat itu
selepas dua bulan
mahkota Zara dirampas
dengan kejam? Kenapalah
setelah sekian lama
dia bersahabat dengan
Bahari, baru dia
tahu tentang Bahari,
Zara dan Aiman
yang merupakan satu
teman sekolah pada
suatu ketika dahulu?
Beberapa kali
Irsyad datang bertandang
ke rumah Zara
dengan muka tak
tahu malunya selepas
dua bulan kes
dia menghancurkan hidup
gadis itu tetapi
malang sekali bila
Zara sudah berpindah
rumah. Menurut Bahari, Aiman dan
Zara telah berpindah
sebulan selepas habis
peperiksaan akhir semester
Zara. Irsyad terdengar
satu berita tergempar daripada
Bahari iaitu ibu
dan ayah Zara
telah kembali ke
rahmatullah akibat
kemalangan jalan raya
seminggu sebelum mereka
berpindah.
Kasihan Zara.
Sudah jatuh ditimpa
tangga. Beratnya dugaan
yang menimpa dia!
sehingga kini, enam
tahun lamanya wajah
Zara tidak lagi
muncul. Hilang, ghaib
entah ke mana...
puas Irsyad mencari
di serata KL
dan negeri lain,
namun, tidak juga
ada wajah kesayangannya
itu. Mungkin... mereka
tidak ditakdirkan untuk
bertemu semula.
TOK!! TOK!!
TOK!!
Ketukan pintu
memeranjatkan Irsyad. Terbang
segala lamunannya. Sepantas
kilat air matanya
yang baru sahaja
kembali mengalir dilap
kering. Ego sebagi
seorang CEO masih
perlu dipelihara. Title bos
berhati kering masih
perlu menjadi sandarannya.
“Masuk!”
tak
berperasaan. Itulah yang
sering menjadi perbualan
seharian pekerja-pekerjanya. Suaranya
penuh ketegasan tanpa
terpalit sebarang senyuman.
Dia bos yang sering dikutuk
pekerja. Dia bos
yang kaku. Tidak
garang tetapi... suka menyendiri.
Agak sombong dan
bersikap pelik... ah!
Pedulikan pendapat mereka.
Hanya seorang gadis
sahaja yang bertanggung
jawab di atas
sikapnya itu. Zara.
“Ya Lina?”
soalnya dengan muka
tanpa perasaan.
“Bos, bos
ada temu janji
dengan client pukul tiga
ni dekat Duta
Village.” pesan Amalina
selaku pembantu peribadinya. Irsyad
sekadar mengangguk. Amalina
keluar semula setelah
membaca jadual Irsyad
dan menutup rapat
pintu pejabat bosnya.
Irsyad mengerling ke
arah jam pada dinding.
Sudah pukul dua
suku tengah hari.
Dia menyusun segala
dokumen ke dalam briefcasenya. Selepas
itu dia bangkit.
Gambar Zara
yang kelihatan gembira
menyambut cuti semesternya
pada enam tahun
lepas dikucup lama
sebelum dia meninggalkan
bilik itu. Itulah
satu-satunya gambar Zara
yang dia tangkap
secara curi sewaktu
berdiri di hadapan
bangunan DSG memerhati
gadis itu.
“AKU tak
naklah! Aku bukan
pandai berenang!” marah
Zara apabila tangannya
ditarik oleh Hadi
ke laut. Hadi
tetap berdegil. Senyuman
paling manis disedekahkan
buat Zara.
“Cepatlah Raudhah.
Aku kan pandai
berenang. Kau jangan
takut. You ikut aje.
Tak mudalah you ni!”
Hadi mengutuk selamba.
Zara merentap tangannya
kasar. Eh, eh!
Laki ni dahlah
manja tahap petala
tujuh! Boleh berenang
rupa-rupanya! Kejap kau,
kejap you! Apa kena
dengan Hadi ni sebenarnya? Hati
Zara berbisik marah.
“Pergilah, Uda!
Jangan rosakkan mood
kamilah!” kali ini
kembar Hadi pula
menolak Zara ke
laut. Hani menolak
Zara dengan kasar
ke arah air
laut.
“Hisss! Aku
tak nak!” Zara
berundur semula.
“Tak muda
langsung dia ni. Oldies!”
kutuk Hadi selamba.
Zara masih buat
muka toyanya. Jawapannya
masih sama. Tak
nak!
“Nyawa tak
kenal muda atau
tua tau!” bebel
Zara. Hadi dan
Hani buat muka.
Geram dengan Zara
yang menjadi wet blanket
itu. Apalah salahnya
berjimba sesama rakan?
Bukan selalu mereka
boleh bergelak riang.
“Tak ada
mananya! Aku belikan
korang makanan kejap.
Kau mainlah air
laut tu puas-puas!”
Zara melangkah ke
arah kedai di
tepi Pantai Balok
itu dengan muka
tak bersalah. Hadi
dan Hani berpandangan
sesama mereka. Kemudian
mereka mengangkat bahu.
Lantaklah! Bedeburr!! Terjun
ke dalam laut.
Zara tergelak menyaksikan
dua beradik itu.
Kelakar sungguh!
“SO,
boleh tak you berikan
jawapan you untuk projek
ni... errm... temu
janji yang seterusnya,
bila agak-agaknya ya?”
gadis itu bersuara
menggoda. Keningnya dijungkit-jungkit seksi.
Irsyad teguk air
liur. Bukannya dia tidak tahu
yang gadis di
hadapannya ini sedang
menggodanya. Lihat bahasa
tubuhnya sudah cukup.
“Nanti I
suruh secretary I call
you dan beritahu
tarikhnya.” Irsyad mengelak. Bukan
sekali dia berhadapan
dengan client sebegini. Sudah
berkali-kali! Malah ada
yang lebih teruk
lagi. Huh! Usah
cakaplah! Seram!! Hampir
sahaja kawasan ‘nur
kasihnya’ diraba sewaktu
dengan klien perempuan
dulu. Mujurlah Zarina
ada secara kebetulan,
terus sahaja Irsyad
mengaku yang Zarina
itu tunangnya.
Selepas kejadian
itu, teruk dia
diketawakan oleh Zarina.
“Err, nombor
telefon yang you call I tadi,
itu nombor you ke?
Kalau nombor you I call
you nanti dan confirmkan bila I free.” soal
gadis itu dengan
suara yang hampir
berbisik sambil memintal
rambutnya. Alahai! Cara
lapuk perempuan dalam
menggoda lelaki! Irsyad
telan air liur
lagi.
“Er. Not actually.
Itu nombor wife I.”
berubah terus air muka gadis
itu mendengar perkataan
‘wife’ yang
dituturkan oleh Irsyad.
Irsyad buat muka
selamba. Kalau dia
mengaku itu nombor
dia, ada canlah
dia diganggu pada
pukul tiga empat
pagi ni nanti.
Dah biasa kena!
“Oh! I ingatkan you tak
kahwin lagi! Bos
I... he said that
you’re not married
yet!” ujar gadis
itu yang sudah
memerah wajahnya.
“Just
married. Tapi tak
kecoh. No wonderlah dia
tak tahu.” Irsyad
menjawab dengan senyuman
yang dibuat-buat. Banyaklah
just married!
Pengantin hatinya entah
ke mana. Enam
tahun menghilang tanpa
khabar berita!
Kedengaran keluhan
hampa dari nafas
gadis itu. Irsyad
tidak rasa simpati
langsung dengan gadis
di hadapannya. Dia
hanya kejarkan satu
nama. Dia hanya
setia pada satu
hati. Dia hanya
mahukan satu orang...
Zara. Tiada yang
lain.
Selepas habis
temu janji yang
menyeksakan itu, Irsyad
berjalan-jalan di tepi
pantai. Ingin melapangkan
dada sebelum pulang
ke rumah. Hari
sudah lewat petang.
Baik punya gadis
tadi mengampu sampai
lewat beberapa jam
dia di situ.
“Hani!!” tersentak
Irsyad bila satu
suara yang melaung
sepatah nama dengan
kuat. Suara itu...
belum sempat dia
menoleh ke arah
si pemanggil, ramai
orang bersoseh-soseh menunjuk
ke arah tengah
laut.
Macam ada
kes kecemasan! Automatik
matanya menghala ke
arah laut. Kelihatan
tangan terkapai-kapai di
hujung sana. Ada
yang lemas! Irsyad
menanggalkan kotnya sambil
berlari ke arah
tangan yang dia
nampak tadi tanpa
menunggu lama. Laju
dia berenang ke
tengah laut.
“YA Allah!
Adik aku mana??”
soal Hadi sesak
apabila terdengar jeritan
Zara sebentar tadi.
Kuat Zara memanggil
adiknya. Dia merasakan
ada sesuatu yang
tidak kena. Tin
minuman di tangan
terlucut jatuh ke
tanah. Baru lagi
dia nak ke
darat untuk membeli
minuman kegemarannya. Air
yang dibeli Zara
tidak menepati cita
rasanya. Muka Zara
yang pucat ditatap
lama. Kini, mukanya
turut sama bertukar
pucat!!
“Hani. Ha...
Hani... dia tak
naik-naik.” ujar Zara
dengan nafas yang
sesak. Tangannya ditunjuk
ke arah laut.
“What?!!”
sergah Hadi sehingga
terhinggut bahu Zara
akibat terkejut dengan
kelantangan suaranya.
“Baru sekejap
tadi aku nampak!
Lepas tu, ada ombak,
then, dia hilang!” cerita
Zara tersekat-sekat. Orang
ramai yang menuding
ke satu arah
dipandang... dia berlari
ke pinggir laut.
Baru lagi hendak
terjun, dia melihat
adiknya sudah diheret
seseorang ke darat.
“Hani!” laungnya
kuat.
“Hani!!” laungnya
lagi.
“HANI!!! Hani!”
Zara menjerit kuat.
Dia menolak tubuh
si penyelamat ke
tepi lantas menerjah
sahabatnya. Ditampar-tampar lembut
pipi sahabat karibnya.
Berjujuh air matanya
mengalir. Hadi turut
sama cuak. Perasaan
bersalah menghantuinya. Hani!
Dia menggoyang-goyangkan badan
adiknya.
“Bangun!” Hadi
menekup hidung adiknya,
baru lagi hendak
melakukan CPR, bluerrkkkk!!
Penuh air tersembur
ke mukanya. Hani
terbatuk-batuk. Hadi lega!
Dibangunkan adiknya lalu dia menggosok
belakang badan Hani.
“Alhamdulillah Ya
Allah! Hani! Aku
dah cakap tadi!
Nyawa lebih penting!
Tolonglah jangan buat
aku takut lagi!”
bebel Zara sambil
teresak-esak menangis. Dipeluk
tubuh Hani sekuat
hati. Orang ramai
yang berkerumun beransur
mengurang. Semuanya menghela
nafas lega. Bahu
si penyelamat yanng
berteleku di sebelah
Hani sempat ditepuk orang
ramai mengucapkan syabas.
Zara perasan...
ada mata yang menyaksikannya tanpa
berkelip. Ekor matanya
merasakan ada sesuatu
yang tak kena.
Kenapa hati ni
berdegup kencang? Tiba-tiba
darahnya rasa tersejat.
Takut-takut dia melepaskan
pelukannya dan memandang
ke arah si
penyelamat Hani. Oh tuhan!
“Zara...” lembut...
nama dia diseru
Irsyad. Sudah lama
suara itu lenyap
dari fikirannya.
Zara terkejut.
Lemah jantungnya usah
dikata. Memang lelaki
ini!!! Tidak berubah
pun cuma... kematangan
sahaja yang membezakannya. Irsyad
kelihatan lebih matang.
Enam tahun Zara
menyepikan diri! Enam
tahun dia menghakis
sepatah nama Irsyad
bersama memori hitam
itu. Kenapa sekarang mesti lelaki
itu muncul semula?
Zara lantas bangun.
Usahkan mengucap terima
kasih terhadap Irsyad,
Hani yang baru
sedar itu pun
ditinggal bodoh.
“Raudhah!” panggil
Hadi. Irsyad ternganga.
Raudhah?? Izzati Raudhah!
Ya... mereka orang
yang sama. Irsyad
yang menyedari bahawa
Zara sudah menjauh
itu lantas bangun
dan mengejarnya.
“Zara!!!” pekik
Irsyad kuat. Dia
tidak akan melepaskan
gadis ini. Tidak
lagi!
0 komen:
Post a Comment