Bab 15
“IMAN nak
pergi mana ni?”
soal Zara apabila
melihat abangnya sedang
bersiap-siap mengalahkan orang
hendak pergi berdating.
Bergelen-gelen minyak wangi
disembur ke badan
sampai Zara terbersin
menciumnya.
“Iman nak
pergi tengok Zarina
bershopping dekat ECM.”
ujar Aiman bersungguh
lantas menghadiahkan senyuman
manis. Zara berkerut.
Nak pergi tengok
orang bershopping pun
sampai macam ini
wanginya? Dan... pergi
tengok Zarina atau
pergi ‘tangkap’ Zarina?
“Perempuan gedik
tu?!” Zara menekkankan
perkataan ‘gedik’ itu
supaya Aiman sedar
diri. Apa dah
jadi dengan Aiman
ni? kenapa? Kenapa
dan kenapa?! Kenapa
mesti Zarina? Ah!
Bencilah!
“She’s
no longer gediklah,
Zara!” Aiman menafikannya.
Dia merapikan bajunya
yang sedikit terkeluar
dari seluar. Memasukkannya
semula ke dalam
seluar dan mengibas-ngibas bagai
ada kekotoran di
situ. Zara mencemik.
“She’s
still the same.”
Zara berkata yakin.
Aiman tersengih-sengih dan
menggeleng-gelengkan
kepalanya.
“You
don’t have any idea about
what are you
saying, Zara. Even Iman
sendiri pun terkejut
dengan perubahan dia. Believe
me. Bukan Zara
yang tengok perubahan
dia, tapi Iman.”
Aiman berkata megah.
“I don’t believe
you!” Zara menjeling.
“You’ll
give all your
damn trusts to
me someday when
I finally have
her and show
her to you!”
Aiman berkata yakin.
Zara tergelak sinis.
Tunjuklah macam mana
pun, dia takkan
beriparkan orang segedik
Zarina! Never!
“So,
Zarina would be
your second... no!
Third. Nahhhh!
Fourth... erm
still wrong. But I think,
she would be
your fifth girlfriend!” Zara
memeluk tubuh dan
membuuat muka meluat.
Aiman... playboy Kampung Jati.
“She’s
the one.” ujar
Aiman yakin.
“Hahaha! Stop joking
around Aiman Yusuf!
You burn
my calories! Semua
orang tahu, betapa playboynya my big
brother ni! Takkan
ada seorang pun
yang Iman nak
serius. Percayalah.” Zara
mengejek.
“I’m
not a playboy!”
Aiman menafikan. Kening
terangkat sebelah. Tak
habis-habis Zara menuduhnya
dengan panggilan itu.
Dia bekas playboy. B-E-K-A-S!
“Yes
you are! Terangkan
kat Zara ye,
Iman sayang? Siapa
dia Zura? Ouch! Rita? Hmm... Aida?
Huda? Oopsie! I know all
of your girlfriends! Dan
sekarang? Zarina? You gotta
be kidding me!
PLAYBOY!” Zara
berkata gedik ala-ala Zarina.
Aiman tergelak dengan
tingkah laku adiknya.
Pandai betul Zara
mengejek cara Zarina
dulu. Zarina yang
gedik enam tahun
lepas.
“Hey! At least,
I’m not
a gayboy! They are
not my girlfriends,
anyway. Teman biasa
je. Bukan salah
Iman kalau diorang yang
melebih-lebih sebab Iman
inikan maintain cool. Most
of the time.”
jawab Aiman. Kali
ini rambutnya disembur
dengan spray rambut
bagi mengukuhkan kedudukan
rambut yang terpacak
elok.
“Maintain
cool? Most of the
time? Great! Kalau Zarina
betul-betul berubah, nantikan
dia punya impact pada
Iman. Kalau dia
tak berubah, I guess,
besok dia dah
ada kat depan
rumah ni.” Zara
berkata yakin. Kening
diangkat-angkat.
“She’ll
be here tomorrow.
Dia dah berubah!
I’m pretty
confident ‘bout that,
Zara sayang. Iman
ni, sekali cakap
aje, terus dia
lemah. Iman pandai
buat dia ‘kalah’!”
yakin benar ayat
yang ditutur Aiman
bagaikan besok, Zarina
menjadi miliknya. Zara
pula sudah tergelak
besar! Abang dia
sedang melawak atau
dia yang terlebih
ketawa?
“What happened to
you after this?”
soal Zara sambil
tergelak-gelak.
“What
do you mean
by that?” Aiman
menyoal. Dia tak
faham. Serius, tak
faham!
“Bersiap sedialah
dengan serangan empat
perempuan sekali gus
nanti.” Zara membelek
kukunya. Aiman memandangnya
dengan riak pelik.
“What?”
soal Aiman.
“What, what?” soal
Zara pula. Kening
sudah terangkat tinggi.
“Bersiap sedia?”
soal Aiman yang
masih blur itu. Zara
gemar berkias dan
dia paling lemah
dalam bahasa kiasan.
Ah!
“They
are going to
punch you. They are going
to punch you.”
Nyanyi Zara mengejek.
Aiman bercekak pinggang.
Zara memang tak
tahu! Tak tahu
apa-apa mengenai dia.
Kalau dia bercerita
sekarang, tentu Zara
gelakkan dia separuh
mati. Atau, mungkin
juga Zara akan
bersimpati terhadapnya? Tekaan
pertama tu macam
mengena!
“They’re
my past! Zarina is
my future.” Aiman
mendengus.
“Past
apanya? Jangan nak
membongak!” Zara bersuara
garang.
“I’m
telling you the
truth!” Zara sedikit
pun tidak percaya
kata-kata Aiman. Bukan
dia tidak tahu
bagaimana perangai abangnya.
Dia menggeleng-gelenngkan kepalanya.
“Listen
here, Iman. Bila
nak berubah ni?”
soal Zara mengangkat
kening.
“I’m
on my way! Sudahlah
Zara. Asyik tak
percayakan Iman aje. Let
me tell you
the most unbreakable
secret that I
ever had.” bisik
Aiman. Zara terpempan
sekejap. Terperanjat mendengar
kata-kata Aiman itu. Unbreakable
secret? Tentang dia
dengan Irsyadkah? Gulp!
Payau liur ditelan.
Tadi dia tersenyum,
secara automatik senyumannya
berubah. Mati!
“Sebenarnya Iman
dah putuskan hubungan
Iman dengan those girls.
Iman nak Zarina
seorang aje. Percaya
tak?? Iman buat
itu semua untuk
orang yang paling
Iman benci suatu
ketika dahulu? You
gotta believe me.
Look, Zara.
Here, here! Ni
semua, Iman dapat
waktu putuskan hubungan
kami baru-baru ni.”
Aiman menunjukkan kesan
cakaran di belakang
telinganya. Selepas itu,
disinsing sedikit lengan
bajunya lalu ditunjukkan
kesan cakaran lagi.
lega. Zara berasa
lega. Bukan cerita
tentang dia yang
Aiman maksudkan. Dia
meneliti luka-luka yang
Aiman dapat hasil
daripada perbuatannya.
Zara ketawa
tak henti-henti sebaik
sahaja dia melihat
kesan-kesan luka abangnya.
“You
are so very
crazy, Iman. Are you
nuts?!” Zara terkekeh-kekeh ketawa.
Melihat kesan cakaran
itu, barulah dia
yakin bahawa kata-kata
abangnya tadi betul!
Gilalah Aiman jika
sanggup menjadi mangsa
cakaran bekas kekasihnya
semata-mata untuk gadis
yang paling dia
benci dulu. Aiman
mengangkat penumbuknya bila
Zara masih tidak
henti-henti mentertawakannya.
“Stop
it, Zara!” marah
Aiman geram.
“No,
I can’t!” Zara
tergelak lagi. Ditekan-tekan
perutnya. Aiman mendengus.
Teruk keadaan adik
dia sekarang. Dari
ketawa berdekah-dekah sehingga
tiada langsung suara
yang keluar. Siap
boleh tepuk-tepuk tangan
macam orang tak
betul.
“You
have to remember
this quote, Zara.
Listen carefully. ‘Laughing
so hard, no
noise coming out,
so you sit
there clapping like
a retarded seal’!”
dengus Aiman. Semakin
kronik Zara ketawa
mendengar ‘quote’ yang abangnya
katakan itu.
Akhirnya Aiman
ikut ketawa apabila
melihat muka Zara
yang memerah akibat
ketawa itu. Leganya!
Inilah pertama kali
dalam tempoh enam
tahun, Zara ketawa
segembira ini. Ya,
ini barulah adik
dia sebelum mama
dan papa mereka
pergi. Yes! Dia
sudah mmendapatkan adiknya
semula.
Dia menggeletek
perut Zara sehingga
Zara terkekeh-kekeh lagi.
Zara pula sudah
meninju-ninju dada abangnya.
Kuat suara mereka
terjerit.
“I’M glad
that you finally
laughing again, Zara.
Really glad.” ujar
Irsyad yang hanya
memandang dari luar
tingkah dua beradik
itu. Cadangnya dia
mahu menjemput Zara
untuk pergi ke
mana-mana dan berbincang
tentang niatnya untuk
memperisterikan Zara. Tetapi,
rasanya masih terlalu
awal. Sedangkan tengok
muka dia pun
Zara dah naik
pucat. Bagaimana jika
gadis itu melihatnya
di sini?
Sudahnya, dia
memanjangkan langkah kembali
ke kereta. Dia
duduk di dalam keretanya yang
cerminnya bertinted gelap. Memerhati
Zara daripada jauh
sudah cukup memujuk
rindunya. Kelihatan Zara
berlari keluar rumah
tanpa selipar dan
tergelak-gelak sehingga mukanya
naik merah. Kemudian
menyusul pula Aiman
menaikkan tangannya. Mujur
kereta diparkir agak
jauh dari kawasan
rumah itu. Jika
tidak, tentu Zara
boleh perasan padanya.
“Iman, no!” jerit
Zara kuat.
“Rasakan!!!” Aiman
menggeletek adiknya.
Kalau dulu
dia melihat keadaan
Aiman memeluk Zara
seperti hari ini,
dia akan naik
angin. Cemburu dan
sakit hati. Tetapi
tidak kini. Dia
berterima kasih kepada
Aiman kerana sudi
menjaga dan menceriakan
hari-hari Zara! Aiman
tentu seorang abang
yang baik dan
bertanggung jawab...
“Zara, in all
honesty, I’m only
happy when you
are happy.” bisik
Irsyad perlahan. Senyuman
terukir melihat Zara
yang kelihatan benar-benar
ceria itu. Inilah
wajah yang dirinduinya.
Zara yang ceria.
Bukan Zara yang
pucat dan muram.
“Keep
smiling, Zara. Keep
smiling.” bisik Irsyad.
Dia memasukkan gear
dan menekan minyak
meninggalkan kawasan itu.
Muka diraup berkali-kali.
Dia masih belum
punya kekuatan untuk
berhadapan dengan Zara.
Dicemuh dan dihina,
dia tidak kisah.
Tetapi, penolakan Zara
sentiasa memeritkan dadanya.
Bagaimana jika Zara
tidak menerima dia
nanti? Akankah perkara
dahulu berulang kembali?
“MACAM kereta
Irsyad aje tu.”
ujar Aiman mematikan
senyum tawa Zara.
Sebuah kereta mewah
meluncur laju meninggalkan
tempat mereka. Zara
ikut memandang ke
arah kereta itu.
Berwarna silver. Bukan
kereta Irsyad jika
Irsyad masih memakai
kereta BMWnya yang
lama.
“Dia pakai
kereta tu ke?”
soal Zara pelik.
“Hmm... ehmm.”
jawab Aiman bersama
anggukkan. Tangannya menyeluk
kocek. Telefon bimbit
dikeluarkan. Dia mendail
nombor Irsyad. Zara
sudah mencemik meluat
di belakangnya. Buat
apa Irsyad nak
datang ke sini?
Berani lagi Irsyad
menonjolkan diri dia
selepas apa yang
dah berlaku? Selepas
apa yang Irsyad
dah lakukan, berani
lagi Irsyad buat
muka tak tahu
malu?
“Irsyad,
is that you?
Kau datang ya
tadi?” soalnnya setelah
Irsyad menjawab panggilannya.
“Tidaklah. Aku
kat rumah aku
ni. Kenapa Iman?”
soal Irsyad. Dia
berbohong! Dia tidak
mahu Zara semakin
membencinya. Dia takut
jika Zara membencinya!
Bagaimana jika Zara
tahu yang dia
memerhatikan gadis itu
dalam diam? Sama
macam enam tahun
lepas!
“Oh. Aku
ingatkan kau tadi.
Macam kereta kau.”
ujar Aiman tanpa
syak wasangka.
“Aku tak
keluar pun lagi.
Mungkin ada yang
pakai kereta sama
warna dengan aku
kut yang lalu
kawasan rumah kau.
Aku cadang nak
pergi ke rumah
kau. Tapi aku ada hallah
pulak.” Bohong Irsyad
lagi.
“Mungkin
juga.
Aku ni nak
pergi tengok Zarina
ni. Nak test market
lagi sekali. Hehehe.
Doakan aku weh.”
selamba Aiman berkata.
“Ya. Good luck!”
ucap Irsyad sambil
tergelak kecil.
“Okey, terima
kasih! Cat, Zara
ada ni. Nak
bercakap dengan dia
tak?” soal Aiman.
Zara membuntangkan mata
mendengar kata-kata abangnya.
Dia menghentak-hentakkan kaki
lantas terus berlari
masuk ke dalam
rumah. Tak ingin
dia bercakap dengan
Irsyad! Lelaki durjana
itu! Aiman ternganga
melihat keadaan adiknya
itu.
“Dia nak
ke bercakap dengan
aku?” soal Irsyad.
“Err, dia
dah berlari masuk.”
Aiman bersuara serba-salah.
Risau jika Irsyad
terasa.
“Aku dah
agak dah.” Irsyad
bersuara hampa.
Aiman berkerut.
Apa dah jadi
dengan Zara dan
Irsyad ni? Selepas
Irsyad menghantar adiknya
pulang enam tahun
lepas, terus adiknya
tidak membenarkan Aiman
menyebut nama Irsyad
lagi. Bila disoal
sama ada Irsyad
ada melakukan sesuatu
tidak elok kepadanya,
Zara bermati-matian berkata
tidak. Jadi, kenapa
Zara hendak bencikan
Irsyad sangat?
“What
happened between both
of you?!” soal
Aiman akhirnya. Sudah
lama dia berasa
aneh dengan penerimaan
Zara pada Irsyad.
Nak kata pernah
bercinta dnegan Irsyad,
memang taklah! Dari
zaman universiti lagi
Zara pantang mendengar
nama Irsyad. Takkanlah
sampai sekarang? Kepala
tak gatal digaru-garu.
“Err, nothing. Kau
tanyalah dia kenapa.
Weh, aku ada
hal. Aku chow dulu.”
Irsyad mengelak. Sesak
nafasnya hendak mengungkit
perkara enam tahun
lepas. Menyebabkan dia
terus dihunjam rasa
bersalah yang tidak
pernah berhenti menghantui!
Aiman menggaru-garu
kepalanya yang tak
gatal. Rahsia apa
sebenarnya mereka simpankan
bersama? Kenapa mesti
adiknya membenci Irsyad
jika tiada apa
yang buruk berlaku
antara mereka? Atau
mereka pernah bercinta
dalam diam dan
Irsyad pernah mencurangi
adiknya? Tak mustahil
jika melihatkan keadaan
Irsyad dan Zara
sekarang. Seperti Tom
and Jerry. Kejar
mengejar...
Cita best tapi terhenti sampai situ je. kot ye pun cita jangan pendek sngat
ReplyDelete