Bab 7
“LAMA gila awak
buat air ni.
Berjambang bagai dah
saya menunggu,” amboi
kut ya pun
nak imagine, janganlah tinggi
sangat, bos. Dah
memang berjambang dah
pun! Getus Abby
di dalam hati.
Jambang apa
yang tumbuh dalam
masa lima minit?
Jambang ke jamban?
Hendak sahaja Abby
menyumpah seranah bosnya
itu. Kerek nak
mampus! Harap muka
aje kacak, tapi
perangai macam tahik!
Kutuk Abby di
dalam hati. Geramnya,
kalaulah bosnya ini
sebesar kutu, sudah
lama ditindas sampai
lebur! Lagi sedap
kalau diketuk lima
puluh kali dalam
masa sesaat dengan
tukul! Biar terbenam
kepalanya ke dalam
tanah.
Tanpa sedar,
Abby tergelak-gelak dengan
imaginasinya mengerjakan bosnya
yang kerek itu. Alangkah
indahnya jika dapat
mengenakan orang seperti
itu. Tambah-tambah jika
orangnya adalah Arrayyan
Zainuddin! Melihat muka
derita Arrayyan bakal
menerbitkan rasa bahagia
di jiwanya.
“Gelak seorang
diri. Kenapa dengan
awak ni? Saya
tak diberitahu oleh
Diela pun tentang
masalah mental awak,”
selamba sahaja Arrayyan
bersuara kerek.
“Bukan bos,
maaf, saya ketawakan
ayat bos tu. Boskan memang
dah ada jambang,
buat apa nak
salahkan saya?” selamba
Abby menjawab. Dia
tergelak kecil. Mujurlah
masih punya alasan
untuk dijawab. Kalau
tak? Mana nak
cekau jawapan kartun? Arrayyan
panas hati dengan jawapan
yang diterimanya tadi.
“Tak apa.
Gelaklah puas-puas, besok,
tahulah awak kena
dengan saya macam
mana. Jangan tiba-tiba
awak nak berhenti
kerja sudah. Saya
takkan terima alasan
bodoh,” ugut Arayyan.
Terus Abby menutup
mulutnya. Diletakkan muk
kopi itu ke
atas meja Arrayyan.
“Maaf bos.
Ni dia air
yang bos minta,”
kata Abby sambil
tertunduk-tunduk.
“Lambat betul
membuat kopi. Diela
itu dulu pun
tidaklah selambat ini,”
selamba sahaja Arrayyan
mengungkit nama Diela.
Lagi seronok membandingkan
Diela yang bertelinga
besar dengan Abby
yang bermata besar
ini! Nak tengok
sikit, apa reaksi
Abby bila dibandingkan
dengan Diela. Mata
dipandang Abby dari
atas hingga ke
bawah dengan riak
megah. Aik! Dia
rileks je? Takkan
tak jealous?
“Maafkan saya
bos, saya berkenalan
dengan pekerja-pekerja kat
sini tadi. Itu
yang lambat sikit
tu,” Abby menjawab
perlahan. Dia tertunduk-tunduk. Tidak
berani menentang mata
Arrayyan yang cantik
itu. Boleh terkena
sawan dia melihat
mata Arrayyan yang
galak menatap anak
matanya. Tajam menikam
sukma tembus kat
hati! Eh?
“Awak ni
memang ada sajakan
alasan?” Arrayyan mencedutkan
keningnya. Bengang kerana
setiap amarahnya dijawab
selamba oleh Abby.
Rasa macam nak
tikam sahaja gadis
bertubuh ala-ala model
ini. Daripada tikam
baik aku tibai!
Esh! Maksiat.
Maksiat!! Arrayyan spontan
meraup mukanya. Boleh
dia fikir tak
elok?
“Bukan bos,
saya bercakap benda
yang betul,” Abby
masih lagi mempunyai
jawapan berani mati
untuk soalan kerek
bosnya itu. Arrayyan
mengeluh. Dahi dipicit-picit
penuh serabut. Tengok,
masih lagi menjawab!
Pekerja apalah macam ni.
Diela, kau akan
aku cari sampai
mati. Mana kau
kutip pekerja biadab
macam ni? Semput
jantung aku!
“Apalah malang
nasib aku dapat
pekerja yang macam
ni? Yang telinga
capang dah berhenti,
dapat yang bermata
besar macam koala
pulak! Alasannya beribu,”
Arrayyan mengeluh kuat. Fail-fail ditolak
ketepi dengan kasar.
Abby mengetap bibirnya
kuat-kuat. Kalau boleh
ditumbuk lumat mulut
Arrayyan tika ini,
sudah pasti dia
melakukannya. Mujurlah kau bos aku.
Getus Abby di
dalam hati.
“Tercegat apanya
lagi? Blahlah!” halau
Arrayyan geram. Tidak
suka sungguh dia
melihat wajah Abby
itu. Memanglah comel
tetapi mulutnya, eeee!
Melawan! Arrayyan paling
pantang dengan orang
yang tidak tahu
menghormatinya. Tangan Arrayyan
mengibas-ngibas ke arah
pintu.
Abby mencemik
geram sebaik sahaja
dia memusingkan badannya
ke belakang dan
dia membuat muka
meluat. Ingat aku
ni nyamuk ke
apa? Harap muka
aje handsome tapi perangai
kalah hantu. Hati
sudah mendecit geram. Dia
keluar dengan lenggang-lenggok modelnya
ke pejabat kecilnya.
Bosan betul!
Sambil-sambil membelek-belek beberapa
buah fail, Arrayyan
mencuri pandang Abby
yang duduk tak
diam sekali di
dalam pejabat kecilnya.
Sekejap Abby dilihat
tertunduk ke bawah
dan sekejap-sekejap terlenggak-lenggak ke
atas. Sekejap dia
tergaru-garu kepalanya dan
sekejap-sekejap dia tepuk
dahi. Seketika kemudian,
kelihatan Abby menghantuk-hantukkan kepalanya
ke meja berkali-kali.
“Meh sini
aku hantukkan kuat-kuat!
Menyemakkan biji mata
aku aje,” bebel
Arrayyan geram. Ada
benda yang dicarilah
tu.
Sakit mata
Arrayyan melihatnya. ‘Apa
pasal minah ni
buat semak mata
aku sangat ni?
Apa yang sebenarnya
dia cari? Aduh.
Berterabur bulu mata
aku melihatnya. Kelam
kabut dan tersangatlah
meloyakan tekak dengan
gaya dia yang
macam beruk ada
kutu tu.’ Bebel
Arrayyan sendirian di
dalam hati. Kalau
nak diikutkan hatinya,
mahu sahaja dia
menjerkahAbby. Dia bukannya
boleh melihat pekerjanya
berkeadaan macam itu.
Sebiji macam orang
terkena tungau!
Arrayyan menekan
buzzer.
“Abby, masuk
bilik saya sekarang,”
arahnya. Dia tidak
boleh melihat keadaan
Abby yang mengganggu
konsentrasinya itu. Hilang
fokus dia hendak
membuat kerja. Tidak
lama kemudian, Abby
memasuki bilik pejabat
Arrayyan dengan muka
berkerut. Tentu dia
pelik dipanggil beberapa
kali oleh Arrayyan
pada hari ini.
“Awak tak
reti beri salam
ya?” soal Arrayyan
bengang. Terkejut dia
melihat Abby sudah
tercegat di hadapan
matanya. Entah bila
gadis itu masuk,
dia pun tak
tahu. Khusyuk sangat
membuat kerja sampaikan
dia tidak menyedari
bahawa Abby telah
pun masuk. Nyaris
tak terpelanting pen
di tangan.
“Maaf bos,
tapi waktu bos
tekan buzzer tadi, bos
tak beri salam
pun. Lagi satu,
saya dah ketuk
pintu bos dan
beri salam. Tapi
bos buat derk aje.
Diela ada cakap,
bos dia memang
pesenmacam ini.
Dia cakap kalau
kali ketiga pntu
diketuk tanpa respons,
dia suruh serbu
masuk,” selamba jawapan
yang dijawab Abby.
Arrayyan rasa
macam tertelan tanah
dengan jawapan yang
diterimanya. Aduhai Abby!
Mulut berpuaka. Dia
rasa tergugat bila
carta mulut puakanya
kini akan dikongsi
bersama seorang gadis
seperti Abby. Argh!
Tak minat berkongsi
carta! Rasatergugat sungguh
dia dengan Abby.
Memang Abby itu
jenis yang macam
inikah? Macam mana
Diela boleh berkawan
dengan dia? Tapi
apa nak hairan?
Gajah berkawan dengan
koala. Okeylah tu.
Akibat rasa geram
dengan Abby, tanpa
sengaja dia menggenggam
jemarinya kuat.
‘Apa ni?
Siapa bos sekarang
ni? Aku ke
dia? Sabar! Ingat
janji kau pada
papa, Ayan. Hari
pertama aje, bawak
bersabar dengan pekerja
baru.’ Dia meniup
semangat bagi dirinya
sendiri. Kalau diikutkan
hatinya, pasti sudah
lima enam kali Abby dimaki
atas sebab mulutnya
yang begitu pandai
menjawab.
“Kenapa bos
panggil saya?” Abby
mematikan lamunan Arrayyan.
Arrayyan tersentak.
“Kenapa awak
menyemakkan pandangan mata
saya, Abby? Kenapa
awak tak duduk
diam dalam bilik
awak? Tak cukup
selesakah bilik kerja
awak tu? Saya
tengok awak dah
sebiji macam beruk
banyak kutu. Tergaru
sana sini,” tegur
Arrayyan tanpa memandang
wajah Abby. Tangannya
begitu tekun menulis
sesuatu. Menconteng dalam
erti kata sebenarnya.
Dia bengang dengan
Abby tadi. Sebab
itulah sampai tangan
rasa nak menconteng
saja.
Entahlah kenapa,
dia begitu suka
sekali mencari kesalahan
Abby. Mungkin kerana
dia tidak dapat
melunaskan rasa marah
dia lantas dia
mencari kesalahan Abby
kut? Entahlah. Yang
pasti, dia langsung
tidak suka pada
kewujudan Abby di
pejabatnya! Dia tak
suka!!!
Dia merasakan
seolah-olah Abby ditakdirkan
untuk berada di
situ, memanaskan hatinya
dan mempersendakan dirinya.
Abby begitu pandai
menjawab sehingga dia
rasa tercabar. Kenapa
ada gadis yang
bermulut macam aku
ni? Eeei, tak
puas hati betul
aku. Sudahlah awal
pagi tadi lagi
dia buat semua
pekerja mentertawakan aku
dengan gelaran ‘binti’ dia
tu. Aduhai! Aku
benci kau budak!
Arrayyan mengutuk Abby
di dalam hati.
Abby berkerut.
Itu pun salah?
Macamlah dia suruh
Arrayyan perhatikan dia!
“Saya mencari
sesuatu. Buku nota
Diela. Dia ada
tulis tugasan sebagai
PA kepada bos
kat dalam tu.
Kalau bos rasa,
saya ni menyemakkan
mata bos, ada
baiknya bos tekun
bekerja dan jangan
pandang ke bilik
saya. Nanti saya
taruk langsir ya
kat dalam bilik
tu supaya bos
tak rasa serabut
dengan saya lagi. Saya
memang macam ni.
Mudah kalut orangnya,”
Abby menjawab dengan
lembut dan lurus.
Arrayyan menconteng laju
kertas tadi lantas
mencekupnya dengan geram.
Masya-Allah budak inilah!
Menjawab lagi. semakin
luntur rasa sabarnya.
Abby terperanjat.
Alahai. Apa pasal
pulak bos ni
renyukkan kertas tu?
Tadi, bukan main
tekun dia membacanya.
“Ini, awak
ambil ni, awak
taip semula,” Arrayyan
menyerahkan kertas yang
direnyuknya tadi kepada
Abby tanpa memandang
wajah gadis itu. Abby tertelan
liur. Apa yang
Arrayyan nak marah
sangat ni? Dia jawab
soalan yang perlu.
“Kenapa bos
renyukkan? Lepas tu,
mulalah mintak saya
taip balik! Saya
pun ada kerja
lain ni bos...”
Abby merungut. Memanglah
bukan pekerja yang
baik. Arrayyan ketap
bibir menahan marah.
Papa! Kenapa papa
setuju nak ambil
dia bekerja di
sini? Kaki sudah
menghentak-hentak lantai dengan
kuat manakala tangan
pula menepuk meja beberapa kali.
Geram. Geram! Abby
ketap bibir rapat.
Takut dengan keadaan
Arrayyan itu.
Memanglah Arrayyyan
ada meminta kepada
Diela untuk Abby
menggantikan Diela namun,
Abby tetap dinilai
oleh Arrayyan dan
papanya. Dan papanya
bersetuju dengan mudah.
Melihat saja senyuman
dan jawapan dari
mulut Abby, terus
papanya setuju. Dato’
Zainuddin kata, Abby
sesuai sangat bekerja
di situ kerana
Abby berfikiran matang
dan tetap pendirian.
Menyampah! Kalau dulu
aku tahu dia
jadi PA aku,
aku rela tak
berPA sampai mati. Matang apa
macam ni? Dengus
Arrayyan.
“Awak ni,
tolonglah sekali aje,
jangan menjawab apa
yang saya arah.
Saya suruh taip
balik dan awak taip baliklah!”
Arrayyan masih mengawal
nadanya walaupun sudah
tinggi. Terkancing giginya
akibat menahan geram
yang teramat.
“Baiklah bos, kalau
tak ada apa-apa
saya keluar
dulu,” Abby meminta
diri lantas keluar
dari bilik yang
panas itu.
Bukannya bilik
itu tidak berair-cond
tetapi perangai bosnya
itu telah memanaskan
hatinya. Sabar ajelah
hati. Dada digosok
perlahan dengan mimik
muka meluat. Dia
membuka kertas yang
direnyuk Arrayyan itu.
Alahai. Sudah berconteng
sakan. Tentu Arrayyan
bengang dengan jawapannya
lantas diconteng kertas
itu semahunya. Habis!
Memenatkan aku aje
nak kena tulis
balik. Menyusahkan betullah
Encik Arrayyan Zainuddin
ni.
“Hai Abby,
awak ada masalah
ke dengan bos?” Azham menyoal
Abby sebaik sahaja
ternampak Abby keluar
dari bilik Arrayyan
dengan muka mencuka.
Abby tersenyum kepada
pemuda kacak itu. Azham memang
kacak. Tersangatlah kacak.
Lebih kacak dari
bosnya. Tetapi, mungkin
disebabkan oleh senyuman
Azham yang tak
pernah lekang dari
bibir kut? Kan
manis kalau senyum
macam ni? Sejuk
hati sesiapa yang
memandang.
‘Bos tu tak pernah
senyum. Mana nak
tahu macam mana
senyumannya? Entahkan Encik
Arrayyan dah diajar
sejak kecil supaya
jangan senyum. Kalau
senyum, berdosa, masuk
api neraka!’ Abby
membentak di dalam
hati.
“Saya tak
ada masalah dengan
dia. Dia yang
ada masalah dengan
saya. Biasalah. Kalau
dapat bos muda
memang macam ini,
kan? Baran lain
macam,” Abby menjawab
selamba. Dia mengerling
sekilas ke arah
Arrayyan yang sedang
membelek kertas di
dalam pejabatnya. Azham
tergelak.
“Awak ambil
tugas ini dengan
lebih tenang berbanding
dengan Diela pada
mula dulu,” Azham
bersuara. Abby berkerut.
Tenang apa? Rasanya
dialah yang paling
kalut antara dia
dengan Diela.
“Saya tak
adalah tenang mana.
Tapi, kalau saya
gelabah, mesti orang
ingat saya dah
nak terbersalin kat
sini. Kalau saya
tersasul atau tersalah,
saya mula gelabah.
Contohnya macam, kalau
satu tanggung jawab
tu, saya terabaikan,
saya akan rasa
bersalah dan mula
menggelabah. Bukan sikit-sikit
tapi sangat-sangat gelabah,”
entah kenapa Abby
berkata begitu pun
dia tak tahu
sebenarnya. Riak mukanya
bersungguh-sungguh bercerita kepada
Azham.
Dia teringat
pada ibunya. Kerana
kasih dan cinta
pada ibu dan
ayah, dia sanggup
berkorban tentang perasaannya.
Dia sanggup dimaki
oleh Arrayyan jika
itulah yang harus
dilakukan untuk membalas
budi ibu dan
ayahnya. Itulah tanggung
jawab dia sebagai
anak, bukan?
“Yalah. Macam
awak tersalah sebut
nama bos tadi
juga, kelakar betul.
Kitorang semua ingatkan
awak akan dimaki
sebab bos tu
pantang kalau pekerjanya
melakukan sedikit pun
kesalahan. Dia nak
semua kerja yang
sampai ke tangan
dia, perfect!” Azham berkata
sambil tergelak kecil.
Kelakar bila dia
terkenang semula bagaimana
Abby menyebut nama
Arrayyan pagi tadi.
Puas ditahan tawanya.
“Itu saya
memang tak sengaja.
Sebab saya dah
set dalam kepala
otak nak bintikan
nama Diela. Sampai
tak ingat pada
nama bos,” Abby
membela diri. Memang
betul apa yang
dikatanya itu. Memang
dia tidak perasan
terbintikan nama Arrayyan.
Azham tersenyum dan
mengangguk,
“Kami tahu. There
is no one
who dare to
mess up with
him, right? Takkan
la awak tiba-tiba
nak cari gaduh
dengan bos baru,”
Azham bersuara. Abby
mengangguk-anggukkan
kepalanya. Betullah. Siapa
sanggup cari pasal
dengan bos besar?
Gilalah orang tu.Sudahlah
bosnya yang ini terkenal dengan
perangainya yang mengalahkan
hantu.
“Abby,” panggil
Azham perlahan bila Abby mula
menapak pergi.Abby berpaling.
Kening terangkat sebelah. Muka
Azham dilihat dengan
riak pelik. Azham
tersenyum manis.
“Tapi saya
rasa, awak boleh,”
Azham bersuara. Bertambah
pelik Abby sampai
berkerut-kerut dahinya.
“Boleh apa?” Abby menjungkitkan
keningnya. Pelik!
“Boleh tundukkan
bos,” Azham berkata
lantas pergi duduk
semula ke mejanya.
Abby mengangkat bahunya.
Entah apa yang Azham ni
dah merepek. Nak
tundukkan orang yang
tak pandai menunduk
seperti Arrayyan? Memang
tersangatlah tak masuk
akal!
0 komen:
Post a Comment