JODOH SEBELAH PINTU 9

Bab  9
"MAK  dah jumpa calon untuk Aira.Ya  Allah,  Aira.  Kacaksungguh  orangnya.  Nampak  baik  sungguh.  Mula-mula  mak  tengok  dia,  hati  mak  kata  dah!  Dia  jodoh  Aira!  Berkerjaya juga  nak  oi.  Tapi  sederhana  saja  orangnya.  Balik  minggu  nilah.  Mak  dengan  abah  nak  bincang  sesuatu  yang  penting  ni.”mak aku dah mula buka topik yang biasa aku dengar.Tak apalah. Lagi pula aku dah rasa cukup tua sekarang ni. Bukankah aku menyerahkan seratus peratus tentang jodoh aku kepada mak abah aku?
“Macam  mana  orangnya,  mak?”  soalku.
“Adalah.  Nanti  baliklah  mak  ceritakan  semuanya.”  mak  aku  berkata  lembut.
“Hmm.  Yelah  mak!  Aira  balik  minggu  ni.  Mak  buat  asam  pedas  banyak  tomato  eh?”  soalku  demand.  Aku  memang  suka  makan  asam  pedas  yang  diisi  banyak  tomato.  Oh  my...  kecur  liurku  dengan  hanya  membayangkannya  sahaja.  Mak  tergelak  di  hujung  talian.
“Dari  kecil  sampai  ke  besar,  itu  ajelah  yang  dia  tahu  makan!”  bebel  mak.  Sesudah  berbual  agak  lama  dalam  telefon,  aku  matikan  talian.  Minggu  ni  memang  kena  baliklah  nampaknya.  Apa  yang  penting  sangatnya,  entah?  Tak  apa...

“KACAK  orangnya.  Rugi  betul  kalau  Aira  menolak.  Bekerjaya  juga  orangnya.  Tinggi,  usia  pun  dah  sesuai  berumah  tangga.”  mak  aku  berkata  sebaik  sahaja  aku  menyoal  mengenai  lelaki  yang  bakal  menjadi  ‘pendampingku’  nanti.  Eleh,  mak  tu  semua  lelaki  dikatakan  kacak. 
"Ohyeke? Baguslah. Bujang ke laki orang  dia  tu, mak?" takut juga mak aku pilih laki orang. Kut-kut duda ke. Kalau boleh,  aku  naklah yang teruna.Cheh, Mona! Dah meningkat usia pun masih memilih ke?!  Tapi,  aku  ada  hak!  Hehehe.
"Duda anak tiga.” jawab makselamba. Aku terbelalak.  Duda  anak  tiga  mak  kata?  Mampuslah  aku!  Mak tergelak. Aku rasa nak lari laju-laju! Tapi aneh. Mak tergelak kenapa? Suka aku dapat anak tiri agaknya. Mak  kan  dah  tak  sabar  nak  bercucu.  Pelik betul!
“Mak  biar  betul?  Takkan  nak  Aira  kahwin  dengan  duda  yang  dah  ada  anak?  Kalau  duda  tu,  boleh  Aira  terima  lagi.”  aku  mula  rasa  nak  menangis.  Duda  mana  yang  gatal  sangat  nak  berbinikan  aku  ni?  Memang  nak  kena!
"Bujanglah! Ingat mak suka ke anak mak ni kahwin dengan duda? Anak tiga pula  tu. Mana nak ambil tahu hal suami lagi, mana nak ambil tahu hal sendiri lagi. Ni tambah hal anak-anak  tiri  pula. Aira... Aira...  macamlah  Aira  tak  perasan  mak cakap  yang  dia  tu  dah  sesuai  mendirikan  rumah  tangga.  Maknanya  dia  belum  nikahlah  lagi." mak menggeleng-gelengkan kepalanya. Aku mengusap dada. Lega. Ingatkan betullah dia duda.  Nak  marathon  ke  Paris  dah  aku  yang  mendengarnya  ni  tadi. 
"Siapa namanya, mak?" gatal pula nak tahu nama bakal  jodohku. Mak tersenyum simpul.  Aku  pandang  abah.  Abah  juga  tersenyum.  Nak  berahsia  pula!
"You  have to figure it out.”  abah menyampuk  dengan  slang  Inggeris  dan  gaya  yang  mengalahkan  David  Carusso. Penuh  gaya.  Mak terangguk-angguk setuju dengan abah. Aku mendengus. Siapakah yang malang tu sanggup nak memperisterikan aku yang kayu ni? Terdetik juga di hati ni nak tanya mak. Mak pula  dah  pandai  nak  merahsiakan nama  lelaki  tu.
Abah tarik tangan aku dan diletakkan sesuatu di tanganku. Sehelai kertas  putih  yang  agak  terkoyak. Apa?Aku belek dengan tak sabar. Tak ada tulis nama tapi dia tulis, Encik Tunang. Bakal okey? Yakin aje  dia  yang  aku  ni  nak  bertunang  dengan  dia. Di bawah nama  yang  ditulis  tadi tertera nombor telefon beliau. Aku kemam bibir. Cadang nak mengutuk.
"Mah, ambilkan abang air masak  tu.” baru nak buka mulut, abahku pula bersuara. Aku tahan bercakap. Nak tanya mak ke tak nak?
“Mak,  dia  kerja  apa?   Nama  apa?  Umur  dia  tu  sebenarnya  berapa?”  soalku  bertalu-talu.
“Mak  dah  kata,  ambik  tahu  sendiri.  Tu,  nombor  dah  ada,  call  aje  dia  dan  beritahu  dia  tentang  Aira.”  mak  aku  bersuara  geram.  Masa  bila  mak  kata,  ambil  tahu  sendiri?  Setahu  aku,  abah  yang  cakap  macam  tu  tadi.  Hehehe.  Mak  aku  menghulurkan  air kepada abah.
“Abah,  dia  tu  siapa?”  aku  menyoal  abah  pula.  Aku  kan  rapat  dengan  abah.  Mungkin  abah  boleh  pecahkan  rahsia  mak  selepas  dibodek-bodek  dengan  urutan.  Abah  hanya  menyimpul  senyum.  Langsung  tak  memberitahu  aku  sepatah  jawapan  pun.  Aku  mendengus.  Nak  berahsia  sangat,  kan?  Baiklah...  Aku  ada  satu  game  untuk  mak.  Game  psiko  namanya.
“Habis  tu  kalau  Aira  yang  telefon  dia,  dia  tahu  ke  mak?”  aku  menyoal  mak  dengan  muka  serius.  Mak  dan  abah  angguk  yakin.  Okey,  beralih  ke  soalan  seterusnya.
“Macam  mana  dia  nak  tahu  kalau  mak  dengan  abah  langsung  tak  beri  dia  nombor  Aira  dulu?”  aku  menyoal.  Buat-buat  geram  kononnya.
“Apa  pulak  tak  bagi,  mak  bagilah!”  mak  bersuara  lantang. 
Aku  mencatat  dalam  kepala  otak.  Kalau  dah  ada  nombor  telefon  aku,  kenapa  dia  tak  telefon  aku  dulu?  Kenapa  mesti  nak  aku  yang  telefon  dia  dulu?  Ini  aneh  banget!  Lelaki  ni  macam  nak  tak  nak  aje  kenal  dengan  aku.
“Oh!  Patutlah!”  aku  petik  jari.  Mak  dan  abah  pandang  aku  dengan  kening  terangkat.
“Patutlah  apa?”  soal  mereka  serentak.  Jerat  mengena!
"Mak, dia tudah  takde kerja  lain  ek?" aku menyoal  selamba  lantas  menyisip  minuman. 
Tekak  mula  rasa  dahaga.  Lagi  pula,  aku  cuba  berlagak  natural  supaya  mak  dan  abah  yakin  dengan  lakonanku.  Abah pandang mak, mak pandang abah. Kemudian, sama-sama mereka menggelengkan kepala. Aku buat kening berkerut.
"Kerjalah... Kerja kerajaan lagi.”ujar mak. Oh. Kerja kerajaan. Cikgu? Tentera? Polis? Kerani? Pegawai tinggi?Curious ni. 
"Hm... mak ada bagi nomborAira  kat dia  kan?" soalku lagi. Mak  mengangguk. Aku percaya mak! Aku buat mulut bentuk o.
"Patutlah ada nombor pelik masuk kebelakangan ni. Setiap malam  nombor  tu  aje  yang call!  Nombor  macam  sama  dengan  nombor  ni." aku buat muka rimas sambilpicit dahi.  Lakonan  haruslah  mantap.  Kalau  tak  mantap,  bukan  anak  abah,  aku  ni!  Mak dan abah terlopong. Itu tandanya perangkap dah  hampir  mengena.
"Setiap hari hantar mesej jiwang. Dalam bahasa  Jawa pula tu. Jenuh  Aira  minta   tolong  kawan  untuk  terjemahkan.  Mujurlah  Aira  ada  berkawan  dengan  orang  Jawa.” dosa menipu, fikir kemudianlah, Mona! Aku tahan gelakapabilamelihat mak berpandangan dengan abah  dengan  muka  pelik  mereka.  Kedua-dua mereka terlopong.
"Alang  tu  pandai cakapJawa ke bang? Eh, dia kacauAira  bila?" soal mak. Aku senyum senget. Oh, nama dia Alang rupanya. Mak pun duk panggil Alang...  berahsia  sangat.  Nak  suruh  aku  tanya  lelaki  itu  sendiri,  memang  taklah!  Buat  apa  aku  bazir  tenaga  tanya  dia  sedangkan  ‘rujukan’  aku  dah  ada?
"Setiap harilah. Kadang-kadang rasa nak makiaje. Siapalah yang buat dajal macam ni.  Bila  Aira  tanya  siapa  dia,  dia  cakap  dia  Mystery  Man.  Bila  Aira  tanya  umur  berapa,  katanya  empat  puluh  satu.” aku picit kening pula dengan muka serabut.
Nanti kau orang tirulah styleaku kalau nak jalan pintas ke neraka. Rasa berdosa main psiko ngan mak ni aku campak ke tepi. Dah habispsiko nanti, aku minta maaflah!Muka  mak  bertambah  terkejut  mendengar  ceritaku.
"Salah orang tak?  Alang  tu  muda  lagi.  Tua  setahun  aje  dari  Aira!  Alang tu entah sibuk merawat pesakitnya, sempat ke dia hantar sms bagai? Setiap masa pula tu! Abang kan?" mak menyoal abah.
Abah mengangguk-anggukkan  kepalanya  mengiakan  soalan  mak. Pesakit? Sah doktor! Ke jururawat macam cerita Misiku Kuza?  Tapi  Kuza  perempuan!  Tak mungkinlah  dia  jururawat!Kalau  mungkin  pun...  lembutkah  dia?  Eeuww. Tak nak aku!!
"Oh, nama dia Alang.Tua  setahun  dari  Aira.  Dia doktorlah ni?" aku tersengih. Muka mak dan abah berubah. Aku cabut lari ke bilik  sebelum  sempat  mak  ketam-ketamkan  aku.
"Bertuah punya anak! Psiko  aku aje rupanya. Percayalah aku dengan penipuannya. Hey Aira,  kalau  aku dapat, memang aku tenyeh  engkau  ye?! Tengoklah bang anak awak tu!" mak membebel. Aku tergelak dari dalam bilik yang  telah  dikunci. Abah  juga  tergelak  besar.  Mana  tumpahnya  kuah  kalau  tidak  ke  nasi?
"Sorry mak, abah. Thanks for the info.” aku berkata bangga. You figure it outlah sangat. Bagi aku nombor lelaki tu, buat apa? Aku ni perempuan. Dialah yang patut mulakan langkah dulu.Nanti  bagilah  aku  gambar  ke  apa?  Kacak  manalah  sangat  kalau  mata  mak  yang  melihatnya?  Mak  aku  ni  pantang  nampak  lelaki  berhidung  mancung,  semuanya  dia  kata  kacak  walaupun  gigi  depan  tak  ada.
Suara tak puas hati mak masih kedengaran di luar. Abah aku pula hanya terkekeh-kekeh ketawa. Memang aku menurun betul perangai abah.  Senget-senget  sikit.  Nak buat macam mana? He he.Nombor telefon di tangan, aku renyukkan dan campak ke dalam beg. 
Doktor...  doktor  apa  ya?  Doktor  psikiatri  ke?  Doktor  sakit  puan  ke?  Euw!  Haraplah  bukan  doktor  sakit  puan.  Automatik  fikiran  teringat  pada  dua  doktor  di  sebelah  rumah.  Hmm.  Diorang  tak  nampak  macam  doktor  pun!  Macam  orang  sakit  jiwa  adalah!
"Jangan lupacontactdia. Minggu depan dia dah  nak  hantar rombongan risikan.  Bertunanglah  dulu.” suara abah kuat. Dah tentu-tentu dekat luar bilik aku je.
Aku agak  terkejut  mendengar  kata-kata  abah  itu. Minggu depan? Lelaki  mana  yang  tak tahu  sabar  sangat  ni?  Atau mak dengan abah yang tak sabar ni? Maklumlah, anaknya dah berumur dua puluh  tujuh  tahun. Bagi perempuan yang masih belum berkahwin pada umur begini sudah  boleh  dikira sebagai 'tua' atau kalau mengikut hitungan warga emasnya, umur aku bersamaan dengan lima puluh tujuh tahunusia  perempuan yang sudah berkahwin. See?
Okey, jangan takut bagi  yang tak kahwin lagi tu. Ini teori mak aku,dan aku guna pakai sebab macam logik. Huhu...Pendapat peribadi aku pula, selagi tak  berkahwin, selagi itulah  aku rasa muda. Kehkehkeh. Pendapat peribadi aku tak boleh pakai sebab itu namanya 'pendapat jaga hati sendiri'. Aku mengeluh. Nak contact ke tak nak? Ah!Tak naklah! Dia lelaki, dialah yang patut cari aku. Aku keluar dari bilik. Terlupa nak tanya mak, macam mana mak boleh kenal dengan dia? Sibuk lari sampai terlupa nak tanya soalan penting tu.
"Mak, macam mana mak boleh kenal dia?" aku menyoal  sambil  kaki  kembali  melangkah  ke  ruang  tamu. Kepala yang tak gatal, aku garu-garu. Mak dan abah berpandangan lagi. Sebenarnya, melalui renungan mata tu, mak dan abah aku agihkan tugas menjawab setiap soalan aku. Dari kecil lagi aku perasan. Patutlah hubungan mereka kekal bahagia sampai sekarang. Persefahaman itu ada...
"Kawan abah ada kenal sorang lelaki ni. Katanya anak bujangnya mencari calon untuk dibuat bini. Kecewa bercinta. Lepas tu serik nak bercinta pulak. Tapi umur dah makin meningkat. Nak jugalah dia berumah tangga. Katanya, dia nak buka hati untuk isterinya saja nanti. Kacak sungguh orangnya. Siapalah sanggup menduakan dia entah?" abah bercerita dengan bersungguh-sungguh. Sedih  juga  kisahnya.  Nyaris jugalah aku keluarkan sekotak tisu tadi.
"Lepas tu, abah?" cerita abah macam takcomplete. Sebab itu aku nakkan kesinambungannya. 
"Kawan abah memang dah tahu yang abah tengah giat cari menantu. Dia cerita kat kawan dia, kawan dia cerita kat anak bujangnya. Anak bujangnya tersentuh dengan kisah Aira. Tentang si Fareez, dia nak kenal-kenal  dengan  Aira.  Bila  dah  berbual  dengan  abah  dan  mak,  terus  dia  nak  masuk  meminang  sedangkan  mak  abah  tak  tunjuk  lagi  gambar  Aira.  Dia  kata  yang  dia  tak  memilih  rupa.  Rugi  betul  dia  tak  nak  tengok  muka  Aira.  Anak  abah  ni  cantik  bak  bidadari  orangnya.  Mesti  dia  rasa  macam  menang  loteri  bila  tengok  bakal  bini  dia  nanti.”Bersungguh  abah  berkata  sambil  memujiku.  Aku hanya  terdiam bila nama Fareez dikaitkan. Senyuman aku lemparkan hambar.
Ada juga yang bersimpati denganku. Doktor? Tentu dia seorang yang skema. Berkaca mata. Gigi tersusun cantik. Rambut belah tepi dan digel sehingga berkilat. T-shirt yang dipakai pula berkolar sepanjang masa bersama seluar slack ataujeans straight cut. Urfff. Cukuplah aku berhadapan dengan cikgu sekolah yang berpewatakan begitu. Janganlah bakal tunangku begitu juga nanti. Euww!
Tapi Farhan... Dia tidak pula berpewatakan begitu. Sebab itulah Julia pernah jatuh hati pada dia. Aku jatuh suka sikit je. Itupun sekejap sebab aku dah kembali ke pangkal jalan.Kihkihkih. Apa pasallah otak fikir Farhan pulak ni? Minggu depan dah aku nak bertunang. Oh  Tuhan!
Tak adalah aku  rasa  jealous lagi  bila cikgu sebaya aku sibuk duk telefon suami  mereka. Bila aku dah kahwin nanti, memang aku tayang pulak rasa bahagia  aku  depan cikgu-cikgu  di  sekolah. Salah seorang cikgu daripada mereka yang bujang di sekolahitu  pernah  mengata aku. Dia kata aku tak laku. Umurnya baru  sahaja  dua puluh tiga. Terlalu yakin yang dia bakal berkahwin pada usia dua puluh lima. 
Jangan lupa pada hukum karma. Aku takutAllah  balikkan pada dia perkataan tak laku tu nanti. Aku relax dengan perangai orang macam ni. Jangan ingat cikgu sesama cikgu tak ada konflik. Kerjalah sebagai apa pun, asal ada sahaja  orang  yangberfikiran kurang matang, perkara kecil pun nak diisukan. Percayalah cakap kak Mona!
"Eh, jauh mengelamun... Dah pergihoneymoon!" suara nakal  abah mematikanlamunanku. Terbang lari fikiranku pada cikgu-cikgu di sekolah. Aku tersengih  sahaja  biarpun  diusik  abah.  Abah  memang  suka  mengusik.
"Dirul nama  sebenarnya  kalau  tak silap abah. Kami  kenal  pun  gitu-gitu  aje.  Berkenal-kenalanlahdulu dengan dia.” ujar abah. 
"Mirullah,abang! Bukan Dirul!" mak membetulkan namanya. Aku mencemik. Mirul ke Dirul ke. Pada aku, tetap sama! Aku tak suka nak ambil tahu. Selagi dia bukan tunang aku, selagi itu aku tak ada hak nak ambil tahu lebih-lebih. Tapi... Tadi aku juga yangberia-ia  nak tahu nama dia. Hehehe...
Eh,  kejap!  Kejap!  Mirul?  Jiran  aku  itu  namanya  Amirul  Irfan.  Amirul? Mirul?  Doktor  juga.  Gulp!  Kebetulan  ni...  isk!  Macam  manalah  boleh  terfikirkan  Irfan  pulak  ni?  Aku  menjuihkan  bibir. 
"Abang lupa sebab kita duk panggil dia Alang.”abah berkata  lantas  tersengih. Mirul ya? Alang tu pula nama apa? Aku pening sudah!
"Itulah bang, waktu dia perkenalkan diri dia, abang patut buka telinga  abang yang  besar tu luas-luas.”abah tersengih sahaja dibebel  mak. Macam biasa. 
"Aira kena panggil dia 'abang'.”selamba sahaja abahku mengeluarkan arahan. Aku terberdiri. Nak panggil dia abang? Kalau Julia, tak payah disuruh  pun  dia  tetap panggil 'abang'. Aku pula...?? Argh! Buruknya panggilan tuuuu!! Memang taklah aku nak panggil dia abang.
"Eh! Tak naklah! Apa hal pulak nak kena panggil dia Abang?" aku memprotes bersama mukacemberut. Geram. Meluat. Semua ada.
"Umur dia lagi  tua dari Aira. Tua setahun. Kenalah panggil abang. Dah kahwin nanti lembut sikit lidah nak menuturnya.” abah tersenyum. Aku jelir lidah. Gelinya!! Arwah Fareez pun aku tak panggil 'abang'. Eee... Tua setahun aje pun!
"Tak naklah! Tua setahun aje pun..." aku memprotes. Abah memandangku dengan muka tahan senyum.
"Setahun ke, dua tahun ke, sebulan ke, dia lagi tua dari Aira. Senang dah kahwin nanti, boleh pelawa dia makan ke minum ke?'Makan, bang... Minum, bang'... Kan manis tu. Macam mak Aira. Sejuk hati abah dengar.” abahku letak telapak tangannya di dada sambil pejamkan matanya. 
Nampaklah aku betapa 'sejuknya' hati abah dipanggil 'abang' oleh emakku sendiri. Tapi hati aku ni pula yang panas bila abah ajuk suara perempuan mempelawa insan yang bergelar 'bang' itu minum dan makan. Buruk benar bunyinya. Kalaulah insan bergelar 'bang' itu dengar, memang pengsan berdirilah dia!
"Eeee!" aku berkata meluat lantas berlari ke bilik. Lebih baik aku mengurung diri di dalam bilik.
"Ajarlah anak merepek macam dia!" mak membebel pada abah.
Abahku hanya terkekeh-kekeh ketawa. Aku tersenyum. Abah ni, nakal!  Suka  kenakan  mak...  suka  kenakan  aku  juga.  Abah  yang  terbaik  serata  alam.  Aku  tahu  tak  ramai  orang  yang  ada  abah  yang  happening  macam  abah  aku.  Beruntungnya  aku...
"Aira, dia suruh mesej dia dulu.” abah terjerit dari ruang tamu. Aku mencemik. Tak mahu! Buat apa? Semata-mata nak panggil dia, bang? Euww! Gross sangat! 
"Abahlah suruh dia mesej dulu. Dia tu lelaki! Aira anak abah ni perempuan!  Takkanlah  Aira  pula  yang  kena  terhegeh-hegeh  mesej  dia.  Tak  naklah!" aku memprotes. Kedengaran suara mak dan abah bersatu dalam tawa.
"Anak kita dah pandai malu-malu kucing  sekarang... Macam manalah rupa dia malu-malu atas pelamin  nanti  kan,  bang?  Mesti buruk rupa dia..." mak memberi komen sambil disokong abah dan mereka berdua tergelak-gelak. Aku mendengus.
“Mak, Aira dengar, okey?!”  aku  jerit  malu.
“Lah!  Baguslah!”  mak  dan  abah  berkata  serentak. 
Selepas  itu  mereka  terkekeh-kekeh  ketawa.  Aku  berdeham  kuat.  Mak  dengan  abah  pun  kaki  menyakat  aje.  Aku  pelik  betul  dengan  hidup  aku.  Asyik  dikelilingi  dengan  orang  yang  suka  menyakat  aje!  Malang...  Arwah  Fareez  dulu  pun  jadi  kuat  menyakat  juga  setelah  dia  berbual  dengan  abah  dulu.  Abah  dah  sebarkan  virus  dia  pada  ramai  orang.  Bahaya  betul!



0 komen:

Post a Comment

 

LunaSAMS Template by Ipietoon Cute Blog Design