Bab 6
“BEFORE
I
left, I’ll cook
something special for you!”
Andy berkata dengan
senyuman manis yang
sentiasa menghiasi bibirnya.
Alahai! Comelnya. Sekarang jam
sudah menunjukkan pukul
lapan suku malam.
Pukul berapa ya
dia dan Mason
akan berjumpa? Tentu
mereka nak manja
bagai. Ouch! Teruknya
pemikiran aku. Sudah
tercemar. Sudah lama
aku tak update antivirus
dalam otakku ini.
Ah. Lupakan tentang
mereka. Kalau aku
berfikir tentang mereka,
hati aku juga
yang remuk.
“You
nak masak apa?”
soalku sekadar berbasa-basi.
Aku rasa
sakit hati bila
memikirkan hubungan dia
dengan Mason. Bukan
kerana cemburu berlebihan
tetapi kerana fitrah
manusia yang telah
dijadikan tuhan. Aku
akui, aku memang
tak cukup pengetahuan
agama tapi, aku
tetap rasa hubungan
sesama jenis itu
terlalu jijik dan
amatlah dilarang keras.
Manusia sudah dicipta
untuk hidung berpasangan,
lelaki dan perempuan.
Hey, bercakap tentang
larangan agama, arak
pula bagaimana? Erkkk.
Aku kan dah
nekad nak berhenti
minum?
“I nak
masakkan you chicken gril
with cencaluk, carrots,
and mango.” ujarnya
dengan senyuman menawan.
Dia tersenyum lagi!
Aduhai. Janganlah senyum.
Tak ada masalah
ke, Andy? Setiap
masa kau asyik
tersenyum aje.
Aku tersenyum.
Makanan apa tu?
Cencaluk? Biar betul
Andy ni? Aku
ingatkan dia ni
bandar terlajak sampaikan
hanya tahu makan
salad saja. Rupa-rupanya,
dia masih menerapkan ciri-ciri
kampung dalam dirinya!
Wah. Ada juga
lelaki macam ini
makan cencaluk? Sudah
nampak metropolitan gila.
Kagum aku!
“Sedap ke?”
soalku ragu-ragu. Cencaluk?
Mangga? Mahu terburai
perut makan benda-benda
masam macam tu? Apalah
Andy ni. Betul
ke dia boleh
memasak? Kalau aku
bermalam di jamban
hari ini, jangan
tanya kenapa aku
pukul Andy sampai
lembik besok! Mulalah
hati terasa ragu-ragu
dengan Andy.
“Trustme.
Sedap. I yang
masak. Mestilah sedap
punya!” ah. Dia
angkat bakul lagi.
Aku menjelingnya saja.
Kuat betullah berangan
mamat ni! Dia
ketawa lagi setelah
melihat reaksi meluatku.
Seksi.
“Macam mana
nak sediakan?” soalku
lagi. Sengaja hendak
menambahkan perbualan kami.
Aku tidak suka
kalau tak mendengar
suaranya. Jadi sasau.
Aku sudah nampak
macam wartawan pula.
Rajin benar aku
bertanya itu dan
ini. Nampaknya Andy
tidak menunjukkan riak
bosan pun denganku.
Dia jawab dengan
senyuman manis. Ah!
Boleh kena kencing
manis aku kalau
duduk di sini
lagi sebulan dua.
Sumpah dia memang
menawan. Macam lelaki
tulen. Arghh!
“Macam ni, first,
you potong
halia ni macam
ni, cincang panjang-panjang dan
halus-halus.” dia membuat
demo seperti biasa.
Seperti dia ajar
aku tepuk tangan
tutup lampu dan
juga sewaktu dia
ajar aku menggunakan
mesin penyedut hampagas
yang kecil molek
itu. Comel! Dia
sememangnya seorang tok
guru yang baik.Aku
leka memerhati cara
dia membuat masakan
istimewanya itu.
“Then?”
soalku tidak sabar
lagi. Wow. Macam menarik
saja ramuannya. Lebih
menarik lagi si
pembuatnya. Tekun sekali
dia menghadap bahan-bahan
itu.
“Then,
isi cencaluk ini. Make
sure, air cencaluk
tu tak ada
sebab air cencaluk
banyak asid. Isi
sesudu lebih. Then, isi
daging ayam seketul
ni yang dah
dihiris permukaannya kat
sini. Gaulkan sekali.”
dia ajar aku
menggaul ayam tersebut menggunakan
tangan pula. Mukanya
serius kali ini.
Aku sudah kecur
air liur melihat
cara dia menyediakan
makanan itu. Kecur
air liur melihat
makanan atau Andy?
“Perap selama
setengah jam. Sementara
tu, potong buah
mangga, bawang dan
lada besar yang
dibuang bijinya ini
halus-halus, sediakan kuali.
Panaskan... Masukkan minyak.
Then, masukkan
lada mesin, seterusnya
masuk semua sekali
ke sini.” dia
menerangkan dengan penuh
khusyuk.
“Mana you belajar
masak benda ni?”
soalku pelik.
“I tengok
Masterchef Malaysia. I ubah ramuan
dia dan cara
memasaknya sikit.” saat
itu, aku sudah
mula mengalih perhatian
ke wajahnya. Kacak.
Bibir merah
seksinya tergerak-gerak mengajar
aku untuk menyediakan
chickengrilnya tadi.
Suaranya tidak lagi
aku dengar. Hanya
slow motion sahaja
bibir seksinya sahaja
yang masih bergerak-gerak. Seksi.
Aku ralit memerhati
mukanya yang putih
bersih itu. Apa
punya indahlah makhluk
ciptaan tuhan.
Apa yang
kurang pada wajahnya?
Tahi lalat di
bawah mata kirinya?
Oh! Itu penambah
‘perisa’ sebenarnya. Dia
nampak lebih seksi
dengan tahi lalat
itu. Bibirnya yang
seksi itu? Itu
hak aku! Maaf.
Cantik sungguh bibirnya.
Apa yang kurang
di wajahnya? Telinga
pula? Oh. Telinga
dia agak besar.
Mujur tidak capang!
Tapi tetap tidak
mencacatkan wajahnya.
Kenapalah dia
tidak ditakdirkan untuk
menjadi lelaki sejati?
Dia bukan lelaki lembut. Dia
juga bukan lelaki
metroseksual di mana
lelaki suka memakai
alat solek. Dia
nampak macam lelaki
tulen!Aku pernah menaruh
minat pada dia.
Sampai sekarang pun
aku minat lagi.
Zarul? Sekadar tempat
untuk aku lampiaskan
rasa sunyi. Zarul,
aku sayangkan Zarul.
Biasalah. Aku tak
tahulah macam mana
dengan kata hati
aku ni.
Kadang-kadang aku
rasa sayangkan Zarul
sangat-sangat. Tapi, hari
ni, aku boleh
rileks je bila
teringatkan perempuan yang
dia peluk tu!
Cemburu? Adalah sikit.
Dengan aku, Zarul
tak peluk macam
tu pun. Zarul
tu baik. Dia
mana tahu aku
kaki kelab. Depan
dia aku hipokrit
gila. Dia nak
pegang tangan aku,
aku elak. Tak
selesa. Yalah. Memang
aku tak selesa
pun! Aku memang
tak suka bersosial
pun walaupun aku
suka menghabiskan masa
hidup aku di
kelab malam. Macam
mana tu?? Hanya
Andy! Hanya Andy
sahaja yang memelukku
seperti itu.
Aku tak
larang. Sebab apa?
Sebab dia tentu
tak bernafsu pada
perempuan. Itu yang
menyebabkan aku tidak
pernah melarang dia
daripada memegang tangan
dan memeluk diriku.
Aku tak rasa
takut pun. Malah
selesa pula! Macam
abang dengan adik.Kadang-kadang aku
rasa sayang sangat-sangat
pada Andy, tapi,
bila dia cakap
nak tidur rumah
Mason, aku tak
rasa marah pun?
Cemburu? Adalah sikit.
Macam kes Zarul
juga. Tapi, aku
dengan Zarul kan
sudah pernah berpacaran?
Aku dengan Andy?
Hanya berkawan.
Andy, kenapalah
aku jumpa kau
ek? Sedangkan, sepatutnya,
kita tak bertemu
langsung, itu lebih
baik! Tak adalah
aku rasa macam
tersyok kat kau!
Aku rasa dah
masuk perangkap cinta
kaulah!
“Hey! Day dreaming?” sergah
suara garau Andy
membuatkan aku terlopong
gila.
“Terkejut mak!”
aku mengurut dada
dengan kedua belah
tangan. Agak gedik
reaksi aku. Andy
sudah tergelak bagai
orang gila bila
aku bahasakan diri
aku, ‘mak’. Aku
mengarahkan dia untuk
diam. Dia menjungkitkan
keningnya.
“Kenapa?” dia
menyoal pelik. Barulah
aku perasan, dia
sudah hampir menyudahkan
masakannya. Dia sedang
membasuh tangannya di
sinki.
“Nanti orang
lain dengar you ketawa!”
aku berkata sambil
membuntangkan mataku sebagai
amaran buatnya.
“Nope,
kalis bunyi sayang. Rumah
I ni kalis
bunyi, you nak berkaraoke
kat ruang tamu
kat depan tu
sampai tarcabut anak
tekak pun boleh!
Make sure,
tutup sliding door rapat-rapat
kalau tak mahu
rumah ni dikelilingi
jiran yang marahkan
you sebab buat
bising.” katanya sambil
mencuit pipi comelku.
Aku biarkan sahaja.
Kalau tangannya berbekas
cencaluk tadi yang
mencubit pipiku, mahu
juga aku samak
lima kali.
“Sure?
Yes! I
nak karaoke!” aku terjerit
kegembiraan. Andy tersenyum
senang.
“Okey, sit! Kita
tunggu lagi lima
minit ayam ni
dalam microwave.” dia berkata
lantas mendudukkan aku di
kerusi
dapurnya. Dia duduk
di sisiku. Wanginya.
Nak jumpa Mason
bukan main lagi
dia bergaya.
“Puas you teliti
muka I?” soalnya.
Aku tersenyum salah
kena rasanya.
“Tak puas.
I nak tenung
sampai besok pagi.”
aku jawab sahaja
tanpa teragak-agak biarpun
dadaku sudah berdebar-debar akibat
terkantoi. Buat
selamba. Dia pandang
aku. Tajam. Rasa
macam tertusuk kat
jantung hati aku
ni, tapi aku
balas juga walaupun
sekejap. Tewas! Dia
mendekatkan wajahnya. Kami
semakin rapat... gulp.
Ting!! Kami
kalut bangkit dari
duduk. Kay, makanan aku
dah siap. Mujurlah
ada halangan! Kalau
tidak, malu sungguh
aku nak menatap
mukanya dengan wajah
merah aku! Dia
bangkit dan tersenyum-senyum.Tentunya, kami
berpisah sekejap lagi.
Bolehlah aku pergi
menyelongkar bilik tidurnya!
Ha ha ha!!!
Tapi, lebih
baik jangan. Orang
dah bagi aku
duduk sini pun
dah cukup baik.
Janganlah aku berperangai
tak semenggah kat rumah
orang! Buat malu
saja. Jadi, aku
batalkan niat aku
untuk meneroka biliknya
malah aku gantikan
dengan niat yang
lain.
“Okey, makanan
you dah
siap. Nasi ada
dalam periuk tu,
I pergi dulu.”
ujarnya lantas mengucup
dua jarinya dan
ditepekkan ke pipiku.
Aku ternganga. Aku
sudah keras di
tempat kejadian! Dia
‘cium’ aku? Walaupun
tak cium betul-betul
tapi still, ia boleh
dianggap sebagai sebuah
ciuman.
Dia pergi
begitu sahaja. Tinggalkan
aku. Aku pegang
pipi aku. Rasanya,
aku nak bingkaikan
pipi aku ni!
Aku diserbu rasa
bahagia teramat. Nak
senyum selebar yang mungkin!
Aku diserang satu
penyakit. Di mana
aku panggil ia
sebagai penyakit sawan
cinta!
Aku makan
nasi dan lauk
yang dimasaknya tadi
dengan senyuman yang
tak lekang dari
bibir. Sedap. Rasa
macam tersangkut pada
tukang masaknya sekali, Andy.
Bahagia sangat. Tapi,
bodohlah aku. Jatuh
cinta pada seorang
yang tak mungkin
dapat membalas rasa
cinta aku. Cintakah
aku pada Andy?
Hell
no! Lupakan
dia!! Dia dengan
Mason sedang sibuk
nak ‘berprojek’, aku
boleh tangkap cintan
dengan gayboy! Lebih baik
aku gali kubur aku
sendiri. Dah nak
kiamat dunia aku
agaknya! Dulu, golongan
gaylah yang
aku sering caci,
tapi, bila berkenalan dengan
Andy? Nak caci
pun rasa tak
sanggup.
0 komen:
Post a Comment