BAB 5
“AWALNYA datang...”
tegur Ikmal dengan
senyuman. Arissa berkerut.
Bukankah pagi tadi
Ikmal juga yang
berpesan supaya datang
awal?
“Tadi abang
pesan suruh datang
awal...” Arissa berkata
tanpa menghiraukan pandangan
lelaki itu. Tahu
sangat Ikmal sengaja
nak kenakan dia.
“Mengaku ajelah
tak sabar jumpa
abang.” Sengaja nak
menyakat Arissa. wajah
Arissa tak merona
merah pun tapi
nampak cemberut.
“Kalau tahulah
macam ni sewelnya
abang ni, baik
Rissa tidur sampai
pukul enam petang
kang.” Arissa mendengus.
Ikmal tergelak. Oo,
tidur rupa-rupanya. Patutlah
last seen
pukul tiga dua
puluh lapan minit.
Dia macam dah
tak senang duduk
bila Whatsapp gadis
pujaannya itu tidak online. Bukannya
dia nak mesej sangat pun,
tapi melihat kekasihnya
online, sudah
cukup buatnya.
“Hari ni
nak belajar apa
ni?” soal Arissa.
“Kick
la. Takkan kiss pulak?”
terus berubah gatal
muka Ikmal. Arissa
rasa nak muntah.
Ini memang sah
angin gatal Ikmal
muncul. Jarang-jarang Ikmal
berkelakuan begini. Masalahnya,
setiap kali dia
datang bulan pula
tu barulah Ikmal
nak berperangai menjengkelkan
begini. Menduga kesabaran betul.
“Gatal.” Arissa
menjatuhkan beg galasnya
ke tepi dinding.
“Kalau kiss, bukan
dekat sini...” lebih
kepada menggumam, Ikmal
bersuara. Tapi telinga
Arissa tetap mampu
menangkap tutur katanya.
Arissa berpaling dan
menyedekahkan dia jelingan
maut.
“Ish! Ni
ada terbawak balik
hantu ke dari
taman pagi tadi?”
marah Arissa. Terkekeh-kekeh Ikmal
gelak. Amboi, lasernya
mulut.
Tahu dah
dia. Mesti Arissa
period. Cemberut
saja dari tadi. Walaupun tak
sampai setahun dia
mengenali Arissa, dia
sudah tahu sama
ada gadis itu
datang bulan atau
tidak. Tak perlu
sesiapa beritahu. Dia
memang tahu. Perangai
Arissa berbeza. Garang
yang melampau-lampau.
“Period
ek? Garang lain
macam hari ni...”
Ikmal bukan lelaki
gentle, berterus
terang tentang apa
yang bermain di
fikirannya. Saja nak
menyakat.
“Sibuk je
nak tahu. Gatal!
Gatal! Gatal!” Arissa
menendang kaki Ikmal
berkali-kali, selari dengan
sebutan ‘gatal’ itu.
Kali ini mukanya
berubah merah. Ikmal
tergelak lagi. Aduhai,
ganasnya Arissa. Kalau
ditakdirkan dia mati
digusti Arissa pun
dia sanggup.
“Tak payah
belajar kick dah ni.
Arissa dah mahir.”
Ikmal menggosok belakang
lututnya. Selalu dekat
situ menjadi sasaran
Arissa yang lebih
rendah daripadanya. Perit
juga bila kena
tendang dengan hujung
kasut tebal Arissa
itu.
“Buat perangai
gatal gitu, bukan
setakat kick dah Rissa
mahir...” tak sempat
dia nak habiskan
ayatnya, Ikmal menyambung...
“Kiss
pun
Arissa mahir kan?”
bukkk! Serentak itu,
Arissa menghadiahkan mat
wiang san kepada
Ikmal. Tumbukan cangkuk
tepat ke perut.
Terbatuk-batuk Ikmal kerana menahan
rasa sakit dan
tergelak dalam masa
yang sama.
“Rissa nak balik. Kalau Rissa tahu
sebab ini abang
suruh Rissa datang
awal, memang Rissa
cari trainer lain.” rengus
Arissa.
“Dengan abang
je free. Dengan orang
lain berbayar.” Ikmal
bersiul-siul. Bukannya pandai
nak pujuk. Menyakitkan hati
Arissa saja yang
dia pandai buat.
“Biarlah kena
bayar pun asalkan
tak gatal macam
abang.” Arissa berjalan
meluru keluar. Sakit
hatinya dipermainkan Ikmal.
Ikmal sudah panas
punggung.
“Okey sorry. Abang
bergurau aje. Dah,
pusing balik. Masuk,
kita berlatih terus.”
Ikmal berkata serius.
Arissa langsung tidak
menghiraukan panggilan itu.
Masih lagi dia
melangkah laju. Sengaja
nak tunjuk protes.
“Rissa sayang.
Abang jadi punching bag
Arissa hari ni.
Abang jadi model
patungnya, Rissa boleh
pukul abang puas-puas...”
Arissa berhenti melangkah.
Memang dia rasa
nak jadikan Ikmal
model patung yang
selalu ditumbuknya itu. Tawaran yang
menarik. Padanya, lelaki
yang menyakitkan hatinya
wajar menerima segala
tumbukannya.
“Janji?” soal
Arissa. Ikmal tersenyum
dan mengangguk.
“Jangan menyesal...”
Arissa kembali meluru
masuk ke dalam
gym. Ikmal tergelak.
Suka sangat Arissa
kalau dia yang
menjadi mangsa. Bersemangat
terus.
“Jangan aim dekat
kepala abang. Kalau
abang tumbang nanti...
Arissa kena cari
pengganti abanglah.” Kata
Ikmal. Walaupun kedengaran
main-main tapi Arissa
tahu Ikmal serius.
“Tak naklah.”
Arissa rasa bersalah
pula. Kalau Ikmal
tumbang disebabkan oleh
dia, lagilah dia
rasa bersalah. Nak-nak
kalau Ikmal K.O
kat situ. Siapa
nak jawab dengan
keluarga Ikmal? Siapa
nak pujuk dia
menangis melalak nanti?
“Abang tahu,
Rissa takkan nak
cari pengganti abang.
Abang kan lelaki
paling sweet dalam dunia
ni?” Ikmal mula
mengangkat bakul. Arissa
mendengus. Sweet? Memang takde langsung!
“Sweet
ke suwey?” soal Arissa.
Tergelak besar Ikmal
dibuatnya.
“Dan untuk
pengetahuan abang, kalau
abang K.O sebab
Rissa, Rissa tak
nak masuk penjara.
Lagi satu Rissa
tak nak ada trainer
yang Rissa nak
kena bayar. Untuk
kepentingan Rissa jugak.
Dah, cepat start.” Ikmal
tersenyum. Ego.
Macamlah dia
tak tahu Arissa
tu sayang dekat
dia. Dulu Arissa
tersiku dia sikit
saja, berkajang-kajang perkataan
maaf diucapkan. Siap
dengan pakej gosok
pipi lagi.
“ANGKAT tinggi
lagi, sayang.” Terjatuh
terus kaki Arissa
sebaik sahaja mendengar
panggilan Ikmal kepadanya.
Dia melagakan penumbuknya
yang bersarung tangan
pink pemberian Ikmal.
Nak cakap atau
tidak ya?
“Rissa kurang
selesa.” Dengan muka
yang merah menyala,
Arissa mengaku.
“Kenapa? Sebab
abang panggil sayang?”
muka Arissa makin
merah mendengar soalan
itu. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
Liur ditelan. Nak
mengaku ke tak?
Ikmal tepuk
dahi. Baru teringat
gadis pujaannya tengah
datang bulan. Yelah,
sebelum ini dia
mana pernah latih
Muay Thai sewaktu
Arissa datang bulan.
Biasa dia latih
Arissa buat basic
workout seperti angkat
berat, berlari atas
treadmill, squat, crunch,
planking dan sebagainya.
Memandangkan Arissa dah
pandai buat semua
itu, barulah dia proceed
dengan seni mempertahankan diri
Muay Thai.
Dia tak
mahu Arissa terlalu
terburu-buru untuk mempelajari
Muay Thai. Sebolehnya,
biarlah ada tubuh
badan yang fit
dahulu.
“Hari ni kita
praktis dalam gelangganglah.” Ikmal
berkata. Arissa mengangguk.
Lega. Tak perlulah
dia angkat kaki
tinggi-tinggi. Malas nak
mengaku, tapi kadang-kadang
Ikmal ni memahami
juga orangnya.
“Kita cover balik chapter
lama yang kita
dah belajar dulu.
Okey?” soal Ikmal.
Arissa mengangguk. Cheh,
dah macam ada
buku silibus saja
nak kena ada
bab-bab.
“ARISSA bosan
ke belajar dengan
abang?” soal Ikmal
yang memegang pad
penahan tumbukan itu.
Dapat dia lihat
wajah serius Arissa.
Seperti orang tiad
a
mood saja.
“Tak adalah.
Kenapa abang cakap
macam tu?” soal
Arissa.
Dia berhenti.
Kain tuala putih
yang tersangkut di
bahu Ikmal ditarik
dan dia mengelap
peluhnya. Tuala itu
kembali disangkutkan ke
bahu Ikmal. Ikmal
ternganga melihat perlakuan
spontan Arissa itu.
Tersenyum juga dia.
Nampaknya Arissa tak
kisah berkongsi dengan
dia. Tak gelikah
Arissa pada bekas
peluhnya? Adakah ini
semua kerana rasa
cinta?
“Kenapa?” soal
Arissa lagi apabila
Ikmal tidak membalas
soalannya. Ikmal tersedar.
“Pijoi dan
Aida ada beritahu
abang dulu yang
Rissa cukup bencikan
sesuatu bercorak rutin.”
Kata Ikmal. Kening
Arissa terjungkit.
“Rutin? Maksud
abang buat kerja
berulang-ulang. Buat benda
yang sama setiap
hari?” soal Arissa.
Ikmal mengangguk-anggukkan kepalanya
berkali-kali.
“Yeap.”
“Memanglah Rissa
tak suka. Tapi
Muay Thai, Rissa
minat. So tak kisah
langsunglah kalau dah
minat.” Arissa membaiki
ikatan rambutnya dengan
mengikat tinggi rambutnya
kemudian disanggul kemas.
Dalam keadaan berpeluh
menyebabkan dia tak
selesa rambut panjangnya
mengurai ke leher.
Ikmal memandang
sekilas perlakuan Arissa
itu. Dia perasan
Arissa tak macam
Aida. Aida bertudung.
Mak Arissa tak
kisahkah?
“Kalau abang
tanya Rissa marah
tak?” soal Ikmal.
“Apa?”
“Kenapa Aida
bertudung, Rissa tak?”
“Rissa degil
kut, tu sebabnya.
Lagi satu Kak
Aida tu bersekolah
kat sekolah agama
dulu. Imej ala-ala
ustazah tu ada
walaupun dia tak
bertudung labuh.”
“Mak tak
bising?”
“Gila tak
bising?” soalan dibalas
dengan soalan. Arislah
yang paling bising.
Tak larat nak
marah penyudahnya. Degil!
“Habis tu?”
“Rissa yang degil macam
nak arwah.” Jawab
Arissa. Terkunci terus
mulut Ikmal mendengarnya.
Hmm. Macam dia
sungguh perangai Arissa
ni. Biarpun benda
tu baik untuknya,
kalau dah dia
cakap tak nak,
tak naklah. Macam
manalah dia nak
bentuk nanti?
Tapi dia
lega, walaupun Arissa
tak pakai tudung,
gadis itu tidak
berpakaian seksi. Itu
sudah cukup baik.
Arissa sentiasa memakai
baju berlengan panjang.
Payah nak tengok
Arissa pakai baju-t
lengan pendek.
“Rissa pernah
cuba. Tapi rasa
macam hipokrit. Perangai
tak cantik mana
untuk seorang perempuan
bertudung. Biarlah apa
orang nak cakap.
Orang zaman dulu
berkemban tak ada
siapa nak hairan.”
Arissa berkata tidak
lama kemudian.
“Abang teringat
gambar mak abang
yang abang terjumpa
dulu...” katanya.
“Kenapa?”
“Mak pakai
maxi. Tak ada
lengan. Kain senteng
sampai paha. Dada
nampak lurah. Abang
komen, mak seksi
sungguh. Patutlah abah
suka...” Ikmal tergelak-gelak.
“Dan mak
abang kata apa?”
“Dia kata...
‘mak memang vogue. Ramai
orang tergilakan mak
waktu mak muda.’
Lepas tu, abah
abang muncul cekak
pinggang. Gambar tu
abah abang bakar
depan mata kami.”
Ikmal bercerita sambil
tergelak-gelak. Arissa ikut
mengekek ketawa.
Mujurlah dia
tidak seseksi itu.
Arissa teringat gambar
lama Achik. Rambut
orang zaman tujuh
puluhan dulu memang
kembang agaknya. Ramai
kawan-kawan mak dia
berambut sepesen saja.
Selepas itu, pakai
maxi tak ada
lengan. Dia nak
pakai baju tak
ada lengan pun
terpaksa fikir lima
enam kali.
Tapi dia
respek Ayah Chik.
Macam manalah bapanya
boleh bimbing ibunya
untuk berpakaian sopan
dan menutup aurat?
Tentu ibunya tak
degil macam dia!
0 komen:
Post a Comment