BAB 5
Wahai suamiku,
Rasydan
Senyumlah untukku,
bidadarimu...
“WAHAI TUHAN kami!
Ampunkanlah dosa-dosa kami, dan
hapuskanlah daripada kami
kesalahan-kesalahan kami, dan
matikanlah kami bersama
orang yang berbakti.
Wahai TUHAN kami!
Berilah kepada kami
pahala yang ENGKAU
janjikan kepada kami
melalui Rasul-rasulMU, dan
janganlah ENGKAU hinakan
kami pada hari
kiamat, sesungguhnya ENGKAU
tidak memungkiri janji.”
lama dia berteleku
di atas sejadah
pada hari ini.
Aku mengaminkan doanya.
Alhamdulillah, dia suami
yang baik. Yang
sempurna. Yang terindah.
Sentiasa mengakhiri solat
kami dengan doa-doa
kepadanNya.
“Abang?” panggilku
perlahan. Dia tersentak.
Dia berpaling. Air
matanya bertakung di
pelupuk mata. Dia
nampak sedih sekali.
“Tahu doa
apa yang abang
baca tadi?” soalnya
tanpa menjawab soalanku.
Aku mengangkat wajah.
Memandang matanya yang
masih berkaca. Aku
angguk yakin.
“Surah ali’-Imran.”
jawabku sambil tersenyum.
Dia ikut tersenyum
dan mengangguk sedikit.
“Pandai isteri
abang.” ucapnya.
“Ayat ke
berapa?” soalku pula.
“Seratus sembilan
puluh empat.” dia
tersenyum hambar. Aku
angguk dan tunduk.
Dia memang seorang
suami yang soleh.
“Why
with that sad
face?” soalku sambil
mencuit dagunya lembut
dengan jari telunjuk.
Dia memandang anak
mataku lama.
“Nothing.
Abang cuma bersyukur.
Bersyukur menjadi suami
Irqin. Bersyukur Irqin
menjadi isteri abang.
Bersyukur kerana berkesempatan
mencurah kasih pada
Irqin. Bersyukur dengan
apa yang abang
ada. Alhamdulillah. Abang
nak tengok muka
sayang ni puas-puas.
Malam ni, jangan
masak. Abang nak
sayang berehat sahaja.
Berehat dan layan
abang. Manjakan abang.
Tell me
a bedtime story.”
ujarnya lantas mengucup
dahiku. Lama. Air
matanya menitis ke
pipiku.
“Abang? Abang
menangis kenapa?” soalku
tak sedap hati.
Belum pernah aku
melihat dia berkeadaan
begini sebelum ini.
Biasanya dia ceria
saja.
Aku mengesat
air matanya dengan
kedua ibu jariku.
Pipinya aku pegang
lama. Mengarahkan agar
matanya merenung mataku.
Di situ aku
ingin tahu segalanya.
Dari mata dia,
terpancar kesedihan. Dia
ada masalah atau
tersakit di mana-manakah?
Wajahnya muram sungguh
hari ini. Aku
jadi risau melihat
kesugulan dia. dia
tidak pernah begini.
Dua tiga hari
ini, dia agak
sugul. Aku bimbang
jika dia punya
masalah sahaja.
“Abang terlalu
bersyukur dengan nikmatnya,
sayang. Biarpun hanya
untuk sementara waktu.
Abang sangat mensyukurinya. Abang
dikurniakan isteri yang
solehah. Abang rindukan
sayang. Akan rindukan
sayang. Sentiasa rindukan
sayang. Ingat tu
sampai bila-bila. Abang
sayangkan Irqin sampai
bila-bila.” aku semakin
tak sedap hati.
Apa ni?
“Abang bersyukur
pun salah? Abang
rindukan Irqin. Malam
ni, abang nak
tatap muka Irqin
puas-puas. Besok abang
bekerja semula. Mesti
abang agak sibuk.
Irqin pun tahu
kan?” soalnya. Oh!
Dia takut rindukan
aku rupa-rupanya.
“Tapi abang
cakap, seolah-olah abang
nak tinggalkan Irqin!”
aku membentak sedikit.
Dia memeluk bahuku.
Kucupannya singgah di
ubun-ubunku.
“Mati itu
pasti. Cuma, selagi
hayat dikandung badan,
abang takkan tinggalkan
Irqin.
Never. Abang
rindukan Irqin. Dah
lama kita tak
buat aktiviti bersama.
Tengok tv, menari,
memasak, baca buku...”
dia berkata.
“Hm. Tak
nak cakap pasal
matilah! Abang nak
habiskan masa tu
dengan Irqin? Apa
kata, kitaaa...” aku
meleretkan ‘kita’ itu.
“Kita apa?”
soalnya.
“Kita lawan
PS3? Irqin dah
pandai main kereta
tu.” aku tersengih.
Cuba menceriakan hatinya.
Dia tersenyum. Keningku
dikucup laju.
“Come, lipat
sejadah dan telekung
tu. Abang orderkan
pizza ya? Kita
makan sambil main
PS3.” ujarnya lantas
bangun. Dia melipat
sejadahnya. Aku memegang
dada. Kenapa rasa
resah ini seakan
tidak mahu hilang?
Kenapa? Kenapa tiba-tiba
aku terasa dia
semakin ‘jauh’ denganku?
Apa sebenarnya yang
berlaku pada dia?
“ABANG asyik
kalah aje. Malaslah
main.” dia mencemik
dan menjatuhkan kepalanya
ke bahuku. Aku
mengutil lengannya. Dia
tergelak. Dia mengejek
aku sebenarnya. Aku
tahu, dia sengaja
buat-buat kalah apabila
aku merajuk dengannya
setiap kali dia
menang.
“Mengada abang
ni!” aku pandang
wajahnya yang sedang
memejamkan mata sambil
kepalanya masih bersandar
ke bahuku. Desahan
nafasnya perlahan hari
ini. Berat. Entahlah?
Dia pun manja
lain macam sangat
hari ni. Pinggangku
tiba-tiba dirangkul. Erat.
“Abang sayangkan
sayang sampai nanti
abang mati.” ujarnya
perlahan dengan mata
yang masih terpejam.
Aku tersentuh mendengarnya.
Kenapa dia asyik
ulang kata yang
sama? Aku rasa
sebak mendengar kata-katanya.
“Erm. Sedapnya
dapat peluk sayang
macam ni. Hilang
segala tekanan. Alhamdulillah. Terima
kasih, cinta.” ucapnya
lembut.
PS3 tidak
lagi diberi perhatian.
Pizza yang masih
berbaki di dalam
kotak, tidak lagi
dikunyah. Kami menghabiskan
beberapa minit dalam
keadaan begini. Tiba-tiba
aku rasa rindukan
pelukannya sedangkan setiap
malam juga pasti
dia memelukku. Cuma,
mungkin pelukannya hari
ini berbeza sedikit.
Pelukan ini bagaikan
tanda terlepasnya dia
dari tekanan yang
menghantui. Dia tidak mahu
berkongsi. Tidak seperti
hari-hari sebelum ini.
Mungkin kerana masalah
yang dihadapinya kali
ini agak berat.
Aku bukanlah jenis
yang suka memaksa.
Bila dia bersedia,
dia akan bercerita
dengan sendirinya. Itulah
dia cara Muhammad
Rasydan Hakim, suamiku.
0 komen:
Post a Comment