BAB 1
HAI, nama
aku Oddie. Aku
pemilik Oddie’s Paradise.
Memang klise sekali
apabila cerita bermula
dengan pengenalan diri.
Tapi nak buat
macam mana? Aku
kena perkenalkan diri
aku terlebih dahulu
supaya korang tahu
serba sedikit tentang
aku.
Aku perempuan
Melayu terakhir, kata
abangku. Dia merepek.
Jangan percayakan dia.
Aku seorang yang
agak lasak sebenarnya.
Aku suka tempat
tinggi. Lagi tinggi
lagi bagus. Gayat?
Uh-uh. Tak ada istilah gayat
dalam kamus hidup
aku. Tapi… ada
pengecualian. Nanti aku
cerita pasal gayat
yang terkecuali itu.
Sebab apa
abang aku cakap
aku ni perempuan
Melayu terakhir? Sebab
aku ada butik
pakaian perempuan yang
diberi nama Oddie’s
Paradise. Butik dengan
perempuan kan feminin
bunyinya? Mula-mula butik
ni aku buka
secara online saja.
Dan aku sebagai
agent dropship sebab
waktu belajar dulu
aku perlukan duit
lebih. Aku anak
yang baik yang
tak mahu menyusahkan
hidup mama dan
papa aku.
Tiba-tiba terkencang
pula bisnes aku.
Dari agent dropship,
kini aku menjadi
taukeh. Aku selalu
ke Vietnam dan
Bangkok untuk memborong
stok baru. China?
Belum berkesempatan lagi
sebab jauh dan perlukan modal yang lebih besar.
Sebagai seorang
businesswoman online dan
offline yang baru
nak berjaya macam
aku ni, aku
memang kena banyak
bersabar bila mendengar
perkataan ‘hye sis,
bila nak pos
barang?’ dari customer
aku. Customer always
right, kan? Walaupun
waktu tu kau
rasa nak geletek
diorang sebab diorang
baru buat payment
terus tanya bila
nak pos. Lagi
sakit hati bila
kau dah tulis
tulisan besar-besar PRE-ORDER
tapi diorang duk tanya hari-hari,
bila nak pos,
bila nak pos!
Come on,
business ladies, high
five! Kita semua
pernah merasa pengalaman
yang ‘mencabar’ ni.
Macam-macam yang aku
nak ceritakan tapi
sorry. Sampai sini
dulu. Muka mama dah
terjengul depan pintu.
“Tak mandi
lagi?” tegurnya. Aku
sengih. Angguk dan
menggeliat. Comforter aku
tarik menutupi muka
sebelum merebahkan badan
semula ke atas
katil.
“Ya Allah,
Oddie. Bangunlah!” suruh
mama. Aku menyelak
comforter yang menutup
muka. Sengihan paling
lebar aku sedekahkan
buat mama. Aku
memang dah bangun
tapi sengaja aku
bermalasan kat atas
katil ni. Inilah
my hardest goodbye!
Katil kesayanganku…
Mama menghampiriku
lantas melabuhkan punggung
di sisiku. Rambutku
yang runyai menutup
muka, mama alih
dan selit ke
belakang telinga. Selepas
itu, kepalaku mama
usap dan tersenyum
manis. Keningku bertaut,
mula memandang mama
dengan pandangan curiga.
“Hmmm, semacam
aje mama. Kenapa
eh?” soalku terus.
Tahu. Mama buat
begitu sebab ada
agenda. Kalau tak
nak minta tolong
aku, tentu mama
ada benda yang
nak suruh aku
turut cakapnya.
“Minggu ni
duduk rumah ye?”
pujuk mama. Aku
dah agak! Aku
gosok mata yang
rasa berhabuk.
“Kan duduk
rumah dah ni?”
giatku.
“Maksud mama,
Sabtu Ahad.” Mama
tersenyum manis. Hmm,
mama yang aku
kenal, kalau senyum
melebihi telinga ni,
pasti dia dah
ada perancangan yang
pelik-pelik yang dia
nak aku join.
“Tak bolehlah,
ma. Oddie nak…”
belum sempat aku
sambung ayat, dia
dah mencelah dulu.
“Panjat gunung
lagi?” sinis soalan
Mama. Alah. Mama
bukan tak tahu
hobi aku ni
lain dari yang
lain.
“Bukan gunung,
ma. Bukit je.”
Aku sengih. Bila
sebut bukit mama
tahulah ke mana
aku nak pergi.
Mama julingkan matanya
ke atas.
“Bukit Broga
tu dah banyak
kali Oddie panjat.
Tiap-tiap minggu. Tak
bosan ke? Minggu-minggu
depanlah pulak.” Pujuk
mama. Suaranya masih
lembut. Macam suara
nurse di hospital
swasta.
“Alah ma…”
baru nak ber’alah’
sikit, mama dah
buat muka sepuluh
sen. Ni yang
aku tak sampai
hati ni.
“Tolonglah,
Oddie.” Mama guna
suara dengan tone
paling rendah dan
beralun merdu memujuk
aku.
“Mama janganlah
buat muka seposen
macam tu, ma.
Sayu hati ni. Mama nak
Oddie duduk rumah
buat apa?” aku
menyoal mama. Mama
ketap bibir, tahan
senyum. Dah kenapa?
Rasa-rasanya rancangan mama
nakal. Sebab mama
pernah senyum macam
tu sekali aje
iaitu sewaktu dia
ajak aku jadi
spy papa. Takut
papa curang di
belakangnya.
Dah lama
mama tak buat
muka macam ni. Takkan
nak suruh aku
jadi spy lagi
sekali kut? Papa
sekarang dah banyak
duduk kat rumah,
kalau tak silap
akulah…
“Benji balik
minggu ni.” Mendengar
satu nama itu,
jantungku seolah-olah berhenti
berdegup.
“Huh?” terduduk
terus aku mendengarnya.
Okey, scene ni berhenti.
Mari aku ceritakan
serba sedikit tentang
Benji.
Benji seorang
lelaki berdarah kacukan
Itali. Ayah kandungnya
merupakan orang Itali.
Mamanya kawan baik
mamaku. Mereka berkawan
semenjak di bangku
sekolah lagi. Nak
dijadikan cerita, ayah
Benji ni jatuh
hati dekat Aunty
Marlynn sewaktu Aunty
Marlynn belajar di
Itali. So, mereka pun
berkahwin.
Tapi… seribu
kali tapi. Ayah
Benji tak mahu
kekal lama dalam
Islam. Sebaliknya, dia
berbalik semula ke
agama asalnya dan
menceraikan Aunty Marlynn
sebab dia dah
jumpa perempuan lain.
Waktu tu Benji
baru berusia setahun.
Selepas itu Aunty
Marlynn pulang ke
Malaysia dan menikah
dengan orang Malaysia.
Tan tan!!! Sebab
itulah muka Benji
dan Uncle Rahmad
tu lain benar.
Sebab dia hanya
anak tiri.
Walaupun anak
tiri, Uncle Rahmad
menatang Benji bagai
minyak yang penuh.
Mengalahkan anaknya sendiri.
Mungkin sebab dia
kesian dengan nasib
Benji yang tidak
mendapat kasih sayang
seorang bapa kandung
agaknya.
Benji, orangnya
memang sebijik muka
orang Italilah. Tapi
sayang seribu kali
sayang, dia tak
pandai cakap Itali.
Dia tak nak
belajar langsung. Katanya
malu dia berasal
dari situ. (aku
rasa dia terlalu
marahkan ayahnya)
So, dia
belajar di USA.
Ambil kos apa
entahlah, aku tak
tahu. Oh, dan
ya. Dia merupakan
crush aku. Aku
suka dia sebab
dia payah senyum
kut? Dia pendiam
sangat. Gaya dia
misteri. Oh tuhan!
Aku rindu nak
tengok dia… enam
bulan lepas dia
ada pulang ke
Malaysia… dan dialah
gayat aku yang
terkecuali tu. Setiap
kali berada dekat
dengan dia, mesti
aku rasa gayat
yang melampau. Tak
tahu kenapa?
Mungkin sekarang
dia dah habis
belajar pun…
“Ekhem.” Dehaman
mama mematikan ingatanku
pada Benji, si
kacak itu.
“Kenapa mama?
Apa kena mengena
antara Benji dengan
Oddie?”
“Mama nak
suruh Oddie jemput
dia kat airport.
Bawak dia pergi
berjalan-jalan…” mendayu-dayu suara
mama.
“Pelik ni.
Kenapa mesti Oddie?”
aku memandang mama
penuh dengan rasa
curiga. Macam tak
boleh nak suruh Aunty Marlynn sendiri
yang pergi ambil
dia. Tak Aunty
Marlynn, hmmm, orang
lain pun ada. Contohnya, teksi!
Benji tu dah
besarlah! Lelaki pulak
tu. Kalau dekat
US dia boleh
hidup, takkan kat
negara kecil macam
Malaysia ini pun
nak kena berjemput?
“Hmm. Nak
mama jujur ke?”
muka mama nampak
lain macam. Berseri-seri.
“Okay, it’s
gonna hurt, right?”
aku yakin mama
ada agenda lain…
“Depends…” senyuman
mama melebar.
“Apa dia?”
“You
know how much
Aunty Marlynn likes
you, right?” aku
dah agak! Memang yang
inilah yang mama
akan cakap. Blah blah
blah, jodoh.
“Yeah… so?”
aku buat-buat tak
faham.
“Yeah. And
dia kalau boleh
nak jadikan Oddie
menantu dia.” Hmm,
dah dapat agak
pun. Aku menjulingkan
mata ke atas. Kesian
kat
Benji tu. Mesti dia
tak tahu apa-apa.
“Hish mama
ni! Orang tu
entah-entah perempuan minah
saleh kat sana.”
Yelah. Muka standard
mamat Itali kut? Takkanlah
tak
tersangkut langsung minah
saleh? Menipulah!
“Aunty Marlynn
dah check. Clear,
sayang. Tak ada.
Sebab itulah Aunty
Marlynn nak jodohkan
dengan Oddie. Sebab…”
“Sebab apa?”
“Benji dah
lama simpan perasaan
dekat Oddie.” Okey,
ini kelakar. Benji
pandang aku pun
asyik menjeling. Takkan
simpan perasaan pulak?
Jangan-jangan simpan perasaan
benci tak?
“Kenapa gelak?”
“Lucu.” Gelakku bertambah
kuat.
“Apa yang
lucu?”
“Mama kalau
nak tipu pun
tengoklah pada logik
tak logiknya. Anak
mama ni dahlah kulit hitam.
Lawa pun tak.
Dia duk sana
hari-hari tau menghadap
perempuan mata biru? Sekali
kena
jodohkan dengan perempuan
yang bukan setakat
mata aje hitam,
tapi dengan muka-muka
ni sekali. Alahai,
kesianlah dekat dia
mama.” aku memangkas.
“Alah, trylah
dulu. Hitam boleh
pakai collogen. Qu
Puteh ada, Terlajak
Laris pun ada. Oddie
dulu
tak hitam pun
tapi sibuk dengan
hiking segala yang
jadi hitam tu…”
mama membebel.
“Mama…”
“Mama tahu
Oddie dah lama
sukakan dia. Inilah
masanya, Oddie.” Mama
tiba-tiba menjadi seorang
pakar psikologi. Bahaya
ni.
“Excuse me,
mama?”
“Jangan nak
excuse me sangatlah.
Macamlah Oddie bukan
lahir dari perut
mama. Mama tahu
macam mana anak
mama punya expression
impression segala sion.”
Mama berkata yakin.
Aku angkat kening
sebelah. Macam mana mama
tahu rahsia hati
aku?
“Apa mama
merepek ni?” aku
merungut.
“Setiap kali
kita ke rumah
Aunty Marlynn, Oddie
akan tenung gambar
Benji dekat dinding
lebih dari lima
minit.” Mama bersorak
tiba-tiba sebaik saja
usai berkata-kata. Macam bangga
sangat bila berjaya
buktikan tanggapannya betul.
“Mama!”
“Apa?”
“Mama ni…”
“Kalau nak
harapkan Oddie pendam
perasaan tu, memang
akan jadi kulat
tahu? Baik mama
ambik pendekatan macam
ni.” Amboi, semakin
bahagia wajah mama.
“Oddie tak
nak Aunty Marlynn
tahu…”
“Aunty memang
dah tahu.”
“Hah?!”
“Dialah yang
perasan Oddie pi
tenung gambar anak
bujang dia.”
“Aduh malunya.
Kalau Benji tahu…”
“Benji takkan
tahu. Kami rancang
nak bagi Oddie
dengan Benji sedar
perasaan masing-masing. Tapi memandangkan
mulut mama ni tak boleh
simpan rahsia, sekarang
Oddie dah tahu
pelan mama dengan
Aunty Marlynn. Jangan sampai Benji
tau,
okey? Kalau boleh
biarlah sampai akhirnya
dia mengaku yang
dia jatuh hati
dengan anak mama
yang cantik ni…”
ganasnya pendekatan orang
tua kami.
“SO, you
ambik I?” soalnya.
Aku angguk lambat-lambat
sambil memeluk kertas
kadbod yang tertulis
nama dia. Aku
sedang gayat sebab
dia betul-betul di
hadapanku. Okay, how I’m
gonna react? Menjerit
ke? Peluk dia?
Kiss pipi dia?
Menyorok bawah kain
mak cik kat
hujung sana? No!
Cool, Oddie. Cool…
ingat, dia tak
tahu tentang perasaan
kau, so you
don’t have to
worry much.
“Yap.”
Aku perasan banyak
mata memandang ke
arah kami. Mesti
diorang kata kami
langsung tak sepadan.
Ramai sangat perempuan
pandang dia. Itu
yang buat aku
semakin rendah diri.
Tahulah dia kacak,
aku tak cantik.
Tak payahlah pandang
aku atas bawah
begitu. Terhina sungguh
rasanya!
“Mama I
mana?” dia tercari-cari
kelibat mamanya. Aku
angkat bahu menandakan
tiada. Hello, dia
Nampak aku berdua
ke tercegat dekat
sini? Dia masih
dengan muka sombong
dia tu.
Beg kulit
yang berwarna coklat
bergalas di bahunya
dijatuhkan lantas dia
menyangkutkan ke bahu
aku. Okay. Not
cool, man. So
not cool… semakin
teruk rasa gayat
aku bila tangannya
singgah ke bahuku,
membetulkan tali beg
dia yang hampir
menggelebeh ke bawah.
“Of course.”
Aku berpusing secepat
mungkin. Boleh mencair
muka aku kalau
kena tatap muka
kacak dia lama-lama.
Rambutnya memang rambut
orang Italilah. Yang
berkerinting cara macho
tu. Lepas tu
hidung usah kata.
Boleh buat sangkut
baju dah. Mancung
sungguh. Bibir pulak…
hai… bila aku
dapat nikmati bibir
comel tu? Dalam
mimpilah, Oddie!
“As long
as…” you love
me? Sambungku di
dalam hati. Eh?
Kenapa dia berhenti
macam itu aje?
“As long
as I want.”
Jawabnya bersahaja. Kaca
mata akhirnya dilipat
dan disangkut ke
baju putih plain
yang dipakainya. Wargh!
Sangat tak adil
tahu dia buat
gayat aku tak
hilang? Renungan mata
dia… gila!
“So ammm…
awak nak makan
kat mana?”
“Dekat mana
you rasa?”
0 komen:
Post a Comment