BAB
5
“HAI Leha,
berita apa pulak
ya kali ni?”
aku menyindir sebaik
sahaja kelibat Leha
melenggang-lenggok datang ke
rumahku. Muka tak
tahu malu. Dia
menjelingku dan berjalan
ke arah Aizat
yang sedang bermain
gitar di tangga
rumah.
“Sibuklah kau.
Aku bukan nak
cari kau pun.”
dia menjelingku. Aku
mencemik. Buah rambutan
di dalam bakul,
aku makan. Aizat
yang tolong panjatkan
tadi. Hehehe. Mesti
sebab dia rasa
bersalah denganku. Yalah,
dia dah buat
aku jatuh dari
pokok minggu lepas!
Nyaris tak patah
tulang aku.
“Habis?
Datang
sini nak apa? Nak
cari penyakit? Ke
nak cari gaduh?!”
soalku sinis.
“Orang nak
cari abang...” dia
menjelingku. Abang? Puih!
Macam mana pula
abang dia, Si
Man Sewel tu boleh
ada dekat rumah
aku ni? Mengarut
betul. Dia menjelingku
dan berdiri tegak
di hadapan Aizat.
Dia memintal-mintal rambutnya.
Gedik ya Rabbi!
Oh! Aizat ke
‘abang’ dia?
“Abang Aizat,
Leha nak minta
maaf sebab Leha
buat kacau dulu.”
dia memintal-mintal rambutnya.
Aku julingkan mata
ke atas. Geli.
Nak menggediklah tu.
Aizat angkat kepala.
Jarinya terhenti memetik
gitar. Dia memandangku.
Aku menjeling terbalik.
“It’s
okay Leha, abang
faham.” dia berkata
lembut sambil menjeling
ke arahku. Tercekik
biji rambutan aku!
Uhuk uhuk!! Abang?
Dengan aku? Tidaklah
aku hadap sangat
panggilan tu tapi,
ini dah melampau.
Dengan aku, dia
beraku-engkau aje. Tapi
dengan Leha, si
perempuan yang penjaja
cerita ni? Nak
pula dia berabang-Leha! Aku
tayang muka meluat.
Aizat memandangku
dengan kening terangkat. Senyuman senget
lagi sinis disedekahkan
buatku. Entah kenapa.
Nak tunjuk sangat
dia ber-abang dengan
Leha ke macam
mana? Ingat aku
hairan agaknya?! Aku
menghempas bakul rambutan
di sebelahku dengan
geram.
“Leha tak
sengaja.” hmm. Leha
pun bukan main
lagi... panas biji
mata aku melihatnya.
Tergedik-gedik. Sumpah aku
rasa nak tolong
tinjukan dahi dia.
Tak sengaja nak
jaja cerita? Boleh ke macam
tu? Geli sangat!
“Tak apa,
Leha. Abang tak
salahkan Leha. Leha
nak buah rambutan
yang abang panjatkan
tadi? Si bunga
Melur ni dah
ambil pulak. Abang
cadang nak bagi
Leha.” dia menghampiriku
lantas merampas keras bakul buah
rambutan lalu dihulurkan
kepada Leha. Nak
bagi Leha? Dia
bukannya tahu pun
Leha nak datang
minta maaf hari
ni. Sengaja nak
sakitkan hati akulah
tu! Dasar makhluk
samurai!
Leha buat
muka terharu gila.
Dia menjelingku gedik. Bangga
bila Aizat sudi
menghadiahkan dia sesuatu.
Sesuatu yang berbulu!
Dan mataku sudah
berbulu menengoknya! Ternganga
aku. Geram betul! Tadi
dia kata, dia
beri pada aku
rambutan ni sebab tak nak
aku memanjat lagi.
Sekarang? Nak bagi
Leha? Huh! Menyampah
sangat tau?! Entah
apa yang istimewa
sangat dengan Leha
tu pun aku
tak tahulah!
Dup! Sebiji
buah rambutan yang
masih setia di
tanganku, aku campak
tepat ke dahi
si samurai. Padan
muka kau! Padan
muka! Dia menggosok
dahi dan mengaduh.
Aku bangkit.
“Sakitlah bongok!”
dia menjerkahku. Terkejut!
Kuat dia menjerkah.
Dia ni, kasar sungguh-sungguh tau?!
Benciii! Bongok dia
panggil aku? Dia
memanglah...!! urff!!!
“Samurai bangang!”
aku jerkah dia semula dengan
geram. Sempat aku
hentak-hentak kaki tanda
protes. Dia menjelingku
360 darjah. Sumpah
menakutkan!
“DI atas
sana tempatmu, bunga
Melur, bukan di
taman yang indah,
bunga Melurrr.. hanya
di dahan rambutan,
tiada dihiasi jambangan
indah permaiii.” lagu
Allahyarham Tan Sri P. Ramlee
digubah semata-mata nak
kenakan aku. Aku
rasa nak menangis.
Leha terkekeh-kekeh gelak
mendengar suara Aizat
yang menyumbang dengan
sendirinya saat key tinggi
dinyanyikan.
Mujur suara
dia tak sampai
menyanyikan lagu itu.
Kalau sampai, ada
juga kaki aku sampai ke
muka dia.
“Hahahaa! Abang
Aizat ni pandailah
buat lawak!” si
Leha meliang-lintuk di
sisi Aizat. Urfff.
Aku nak muntah
sangat. Sumpah pun! Kenapa mesti
nama aku Melur?
Aku tak suka
nama ni! Tak
suka! Tak suka!!
Kenapa tak nama
Siti Nurhaliza ke
apa ke. Yang
sedap-sedap sikit ke.
Siapa yang taruk
nama aku Melur
ni?! Heee.
“Pandai kan
abang gubah lagu?”
riak dia menjawab.
Matanya sempat menjeling
ke arahku. Menyampahnya
aku tengok Leha.
Sudah berhari-hari dia
jadi pendatang asing
tanpa izin di
sini. Benci sungguh
aku. Nak melepak
dekat pangkin ni
lama-lama pun aku
dah tak lalu
kalau muka ini
yang perlu aku
hadap setiap masa.
Rasa panas
hati menyaksikan kemesraan
dua ekor kera
jadian ini. Bunyi
enjin motor semakin
hampir. Eh? Dah
lama aku tak
nampak dia. Hahaa!
Tak adalah aku rasa
nak sakit hati
lagi! Tak perlulah
aku nak layankan
sangat ‘pemandangan’ yang
menanahkan biji mata
aku ni.
“Abang Aizat,
abang nyanyikanlah lagu
untuk Leha pula.”
tergedik-gedik Leha meminta
untuk dinyanyikan.
“Aselehei... ha,
lehe, Leha patah
leher!” Ijai tanpa
disuruh, menyanyikan lagu
itu khas untuk
Leha berserta tariannya.
Kahkahkah! Kat situ
juga aku gelak
gila-gila. Padan dengan
muka. Kelat wajah
Leha dikerjakan sahabat
karibku yang sememangnya
anti dengan dia
itu. Muka Aizat
juga berubah. Nak
tergelak tetapi dia
tahan. Buruk!
“Leha tak
suruh pun kau
menyanyi, Ijai!” Leha
menghentak-hentakkan kakinya tak
puas hati.
“Bukan aku
menyanyi untuk kau
pun. Aku menyanyi
untuk Melur.” balas
Ijai sambil menjelirkan
lidahnya. Hahahahaha! Aku
gelak lagi. Nak
terkencing sungguh aku
rasa ni.
“Heee!” jerit
Leha geram.
“Ijai! Kau
apa khabar?? Lamanya
tak jumpa. Makin handsome
ar!” aku tumbuk
bahunya. Dia tergelak
sambil mengambil duduk
di sebelahku.
“Aku malas
nak datang sini
sangat. Kau pun
tahu, kan? Mulut
orang kampung ni.
Semuanya... hm.” dia
mengeluh. Aku angguk.
“Aku rindu
nak berborak dengan
kau!” aku buat
muka nak menangis.
Dia tergelak kuat.
“Mengadalah kau
ni! Eh, kejap.
Dalam raga motor
aku ada hadiah
untuk kau! Gaji
pertama aku yang
baru naik pangkat
ni.” dia berjalan
ke arah motor
lantas mengambil sekotak
hadiah dan seplastik
unknown! Aku
tak tahu apa
di dalam plastik
merah itu. Naik
pangkat? Dari supervisor dia
jadi apa erk?
“Untungnya aku!
Yeay!! Hadiah apa?”
soalku teruja.
Eh? Kenapa
suasana diam? Dah
tak menyanyi ke
Aizat? Aku kerling
ke arahnya. Mukanya
masih serius merenung
aku. Macam nak
telan. Si Leha
pula mencemik memandangku
sambil berpeluk tubuh.
Agaknya dia dengki
aku yang mendapat
hadiah daripada Ijai.
Pedulilah! Werk werk!
Padan muka, kau
tak dapat!
“Tengoklah sendiri.”
ujarnya sambil menyerahkan
hadiah itu dan
kembali duduk di
sebelahku.
Di dalam
plastik itu rupa-rupanya ABC yang
dibungkus dalam cawan
plastik. Dua cawan.
Yeay! Dah
lama tak makan
ABC. Aku cucuk
straw dekat ABC cup
itu. Kemudian, aku
serahkan pada Ijai.
Straw kedua aku
cucuk di cawan
yang lagi satu
untuk aku. Kami
menyedut sama-sama sambil
berbual-bual. Kalau jumpa
Ijai memang meriah
sungguh duniaku. Dia
sahabat yang tidak
pernah kedekut denganku
dan sentiasa mendengar
masalahku. Dia sahabat
terbaik yang pernah
aku ada.
“Bukalah kotak
tu.” arah Ijai
sambil memuncungkan mulutnya
ke arah kotak.
Aku menurut arahannya.
“Eh! Comelnya!!!”
aku terjerit kecil.
Aku mengeluarkan dua
patung kecil. Comel
sungguh.
“Yang tu
kau, yang ni
aku!” Ijai tergelak
apabila dia menunjukkan
yang dialah patung
yang memakai skirt itu
manakala aku patung
yang memakai tuxedo. Pertukaran
jantinakah?
“Hahahaha! Mana
boleh kau jadi
yang pakai skirt!” aku
tergelak kuat. Dia
ikut gelak.
“Yela! Perangai
kau kan macam
jantan sikit! Dengan
memanjat pokoknya lagi...”
dia melaser aku. Aku
terkekeh-kekeh gelak.
“Habis? Kau
macam perempuanlah?” aku
sambung gelak lagi.
Sampai berair mata.
Ijai juga ketawa
kuat bila aku
kata dia perempuan.
“Melur! Tak
elok gelak dekah-dekah
macam tu. Kau
tu anak dara!”
jerkah Aizat tiba-tiba.
Tertelan anak tekak
aku dibuatnya! Terkejut
kena jerkah. Ijai
turut terdiam.
“Padan dengan
muka, gedik sangat!”
Leha menjelirkan lidahnya
padaku.
“Tak boleh
ke sekali aje,
kau tak berkasar
dengan aku?!” jerkahku
semula dengan nafas
yang turun naik.
Air mata mula
merembes. Geram. Buat pertama
kalinya aku bahasakan
diri aku ‘kau
aku’ dengan dia. Muka dia
nampak berubah. Terkejut
dijerkah agaknya. Leha
juga nampak tergamam.
Apa mereka ingat
aku takut?!
“Melur, Aizat
cakap benda betul...”
mak aku yang
menilik dari tingkap
itu menyampuk. Mungkin
mak nak menegur
aku yang gelak kuat
ni kut. Aizat,
kalau dia tegur secara
baik tak apalah
juga. Ini dia
menjerkah!
“Semuanya Aizat
yang betul! Semua
dia betul!” aku
jerit geram dan berlari masuk
ke dalam rumah
meninggalkan hadiahku dan
Ijai. Aku gelak
pun salah. Aku
diam pun salah.
Aku buat apa-apa
semuanya salah! Sakitnya
hati aku.
SELEPAS kes
itu, aku langsung
tidak bertegur sapa
dengan Aizat. Leha
jauh sekali. Setiap
kali dia melenggang
di rumahku, aku
naik terus dalam
rumah. Malas aku
nak menyaksikan drama
sebabak mereka. Aku
jadi berat mulut.
Bengang. Bengang dengan
Aizat. Dia tak
pernah cuba berlembut
denganku.
Buktinya, baru
tadi. Aku tak
usik dia sikit
habuk pun, dia
sibuk pula menyendeng
dan mengejek-ejekku. Tak
habis-habis dia memanggilku
bunga melur. Bila
aku mendengus, dia
tukar jadi bunga telur. Menyampah!
Kejam sungguh!
Kalau setakat
ejek sahaja aku
tak hairan lagi.
Ini, dia sibuk
dengan perangai nak
mengadanya itu. Setiap
hari Leha datang
rumah dan Aizat
akan menyanyikan Leha
lagu cinta samurainya.
Dengan aku tak
ada pula dia
nak menyanyi begitu.
Aku benci dia.
Bukan cemburu. Tapi...
urgh! Aku tak
tahu kenapa!
“Abang Aizat...”
suara sengau manja
menggedik itu lagi
yang menjadi santapan
telinga aku setiap
hari. S.E.T.I.A.P H.A.R.I!
Aku menjeling terbalik.
Kalaulah dia tahu
betapa aku bencikan
dia... huh!
“Ya Leha...”
lembut ke main
Aizat membalas! Melayan!
Gatal!
“Apa pandang-pandang?!” Aizat
menjegilkan mata ke
arahku. Terkejut aku!
Aii, pandang
pun tak boleh
dah sekarang erk?!
Sakit sungguh hati
aku ni, tuhan
saja yang tahu.
Kalau tak nak
aku pandang, pergilah
dating atas
pokok. Biar satu
kampung yang pandang!
Ini aku
rasa nak sembur
dua ekor ni dengan Ridsect! Biar
mampus keras macam
nyamuk gajah! Heee.
Kenapa aku nak
marah sangat pun,
aku tak tahu?!
Geram, hari ni
samurai panjat pokok
rambutan lagi. Tapi
kali ni dia
tak bagi aku
usik langsung buah
tu. Dia kawal
rapi. Geramnya. Kedekut
pula dia. Bila
aku nak memanjat,
sibuk pula dia
melarang. Macamlah dia
abang aku. Abah
pula ikut melarang
sama bila dia
mengadu kat abah.
Benci sungguh aku.
“Leha nak
buah tu.” mulut
Leha memuncung dari
jauh. Jari telunjuk menggulung-gulung rambut.
Selalu buat gedik
macam tu.
“Dia takkan
bagi.” aku mencemik.
Tadi dia petik
tapi dia tak
hulur kat aku
pun. Takkan aku
nak minta? Aku
sudah lama tidak
bercakap dengan dia.
“Aku nak
bagi Leha. Sebab
tu aku tak
bagi sesiapa usik
tadi.” dia berkata
selamba. Leha tergelak
mengejek.
“Well,
abang Aizatkan suka kat Leha...”
dia menggedik-gedik perasan.
Aizat buat
muka toya sahaja.
Aku kat sini,
rasa macam nak
sepak-sepak kulit durian
kat muka masing-masing. Tiba-tiba
sehelai daun jatuh
ke rambut Leha.
Aku tahan senyum.
Malas nak tegur.
Biar dia sibuk menggulung
rambut dia. Biar
dia rasa dia
cantik sangat dengan
daun tu atas
kepala.
‘Hee, nak aje aku
sikatkan rambut kau tu
dengan
kulit durian, tau?’
aku menjelingnya 360
darjah. Cakap dalam
hati sahajalah. Malas
nak tunjuk sangat
rasa sakit hatiku
ini. Tiba-tiba, Aizat
mengalihkan daun itu.
Aku rasa nak
meraung geram!
“Ada daun
atas kepala Leha.”
tegurnya prihatin sambil
mengerling ke arahku.
Macam nak
menunjuk sangat yang
dia prihatin pada
Leha. Leha sudah
melenggok macam sotong
dibuang tulang satunya.
Huh! Rambutan pada
tangannya dikekah dan
dia menyumbat ke
dalam mulut dengan
malu-malu sambil matanya
tidak henti-henti melirik
pada si samurai.
Aku geram! Rambutan
masak ranum itu
nampak sangat sedap.
Argh! Aku nak
juga.
“Nak?” soal
Leha.
Aku angguk
dengan muka sedih.
Memang aku nak
sangat. Terliur. Dah
lama tak makan
buah rambutan semenjak
kali pertama Leha
minta maaf dengan
Aizat, sejak itulah
aku berhenti makan
rambutan. Baru lagi
Leha nak beri
aku, terus Aizat
merampasnya.
“Dia spesies
yang suka panjat
pokok. Berkawan dengan
nyet-nyet tu.
Dia boleh ambil
sendiri.” Aizat berkata
selamba.
Sedihnya. Tak
disangka-sangka air mata
tiba-tiba bergenang. Sakit
hati... sungguh hati
aku sakit sangat-sangat. Rasa
dipermainkan. Dia juga
yang tak bagi aku
memanjat dulu. Aku
memandang Leha. Dia
tersenyum mengejek.
Yang tu seekor
lagi! Tak ikhlas
nak memberi. Aku
mendengus. Cuba menahan
air mata yang
tiba-tiba bergenang. Dia
layan aku macam
ni... macam aku
tak ada hati
dan perasaan. Setiap
hari begini. Hati
aku rasa tak
tertahan langsung dah
menjadi mangsa buli
mereka berdua!
Aku melangkah
ke belakang rumah
membawa hati kecil
ini. Terliur sangat-sangat
pada rambutan yang
dikunyah Leha tadi.
Tak apa. Aku
memang lebih rela
berkawan dengan nyet-nyet tu berbanding dengan
monyet jadian dua
ekor ni! Perangai
macam... urgh!
Sakitnya hatiii!!!
Kenapalah setiap kali
aku dibuli, pasti
tiada mak atau
abah menyaksikannya? Di
saat aku membalas
dengan kata-kata amarahku,
barulah mak dan
abah muncul. Dan...
aku pasti dipersalahkan. Kenapalah
mesti aku yang
melalui nasib malang
begini? Nak marah
Aizat pun aku
dah tak berselera
sekarang. Biarlah. Balik-balik,
aku juga yang
dimarahi semula nanti.
“Nak pergi
jumpa nyet?” soal
Aizat sinis sambil
menghalang laluanku dengan
tubuh kedingnya. Aku
menjelingnya. Gugur setitis
air mataku. Terus
aku menolak tubuhnya
ke belakang dan
meneruskan perjalananku menuju
pokok rambutan di
belakang rumah.
0 komen:
Post a Comment