BAB
4
“KU teringat hati,
yang bertabur mimpi.
Ke mana kau
pergi cinta... perjalanan
sunyi, engkau tempuh
sendiri, kuatkanlah hati
cinta. Ingatkan
engkau kepada, embun
pagi bersahaja, yang
menemanimu sebelum cahaya,
ingatkan engkau kepada
angin yang berhembus
mesra yang kan
membelaimu cinta.” terbuka
kembali mataku mendengar suara
dia. Pandai dia
menyanyi! Lagu Sebelum
Cahaya! Aku suka
lagu tu!
Betul ke
dia menyanyi? Atau
ada sesiapa pasang
lagu tu? Tapi dengarnya
macam live saja. Petikan
gitar akustik membuatkan
aku yakin. Itu
suara si samurai.
Tak sangka... pandai
menyanyi rupa-rupanya dia.
“Sedap suara
Aizat.” mak pun
memuji. Aku angguk
sedikit. Mengiyakan. Tak
sangka dalam mulut
jahat dia tu,
suaranya boleh tahan
sedap.
“Hm. Bolehlah.”
aku jawab dengan ego.
“Dari kecil
lagi suka menyanyi.
Mak ingat lagi.
Dia darjah enam
waktu tu, Melur
baru masuk tadika.
Dia bergendang-gendang dengan
tin-tin susu kosong
yang dia kutip.
Lepas tu dia
menyanyi lagu nasyid.
Tapi suara dia
dulu nyaring bukan
main! Sampai arwah
mak dia pun
mengamuk mendengar dia
menyanyi.” mak aku
bercerita dan tergelak
sendiri. Aku ikut tergelak.
Oh! Beza usia dia
denganku adalah enam
tahun. Jauh juga
tu. Aku dah
dua puluh satu.
Dia dua puluh
tujuhlah? Lepas belajar
dekat sekolah jahat,
dia buat apa?
Kenapa baru sekarang
dia balik kampung?
Itu aku nak tahu
sangat! Selama dia
duduk KL, macam
mana kehidupan dia
kat sana? Tentu
liar!
“Kekuatan hati
yang berpegang janji,
genggamlah tanganku cinta,
ku tak akan
pergi meninggalkanmu sendiri,
temani hatimu cinta,
ingatkan engkau kepada,
embun pagi bersahaja,
yang menemanimu sebelum
cahaya, ingatkan engkau
kepada, angin yang
berhembus mesra, yang
kan membelaimu cinta...
ku teringat hati yang
bertabur mimpi, kemana
kau pergi cinta,
perjalanan sunyi, engkau
tempuh sendiri, kuatkanlah
hati cinta...” aku
tersentuh mendengar nyanyiannya.
Tak
sangka. Dia boleh
menyanyi, dan aku
terperasan sedikit. ‘Engkau’
dalam lagu tu
macam aku aje.
Ngehehe! Dengan samurai
pun aku boleh
berkenan? Tak! Tak okey?!Aku melalut
sebab sedap sangat
kena urut. Itu
sahaja sebabnya!
“Sedap
suara kau, Jat.”
suara Abang Din
memuji. Abang Din
dah balik?! Awalnya.
Tentu dia balik
berehat sebab jam
pun belum pukul
dua lagi. Mak
cepat-cepat menutup tubuhku dengan
kain batik kerana bimbang
Abang Din masuk
ke rumah.
“Jangan
masuk!!!” jerit Aizat.
Aku sudah tak
senang dalam baringan.
Takut.
“Kenapa
pulak?” abangku menyoal.
Tombol pintu tak
jadi dibuka. Aku
dan mak melepaskan
nafas lega serentak.
Terima kasih, Aizat.
Dalam tak rela,
aku berterima kasih
kepadanya.
“Adik
kau berurut kat
dalam.” Aizat berkata.
“Kenapa
pula?” soal Abang
Din. Eh! Banyak
tanya orang tua
ni!
“Dia
jatuh pokok tadi.
Terseliuh pinggang. Mak
De tengah urut.
Kau tak payah
masuklah! Tunggu siap
dulu.” dia melarang
keras.
“Macam
mana boleh jatuh
pokok? Dia kan
handal memanjat? Macam
kera dah skil
dia memanjat.” Abang
Din menyoal sambil
tergelak. Aku dengar
suara Aizat tergelak.
Macho habis. Geram
betul aku! Selalu
aku dibahan mereka.
“Melur
dengar tau?!” aku
menegur dari dalam.
Semakin kuat gelak
tawa mereka.Entah macam
manalah muka Aizat
tengah gelak kan?
Teringin benar aku
nak tengok. Mesti
kacak...
Aku
tersenyum. Nampak sweet pulak.
Eh? Kenapa hati
aku macam nak
belot saja ni?
Takkan sebab dia
menyanyi lagu Sebelum
Cahaya kut? Mengarut!
Ke sebab dia
angkat aku tadi?
Lagi mengarut sebab
dia angkat lepas
tu terus dia lepaskan aku ke tanah
sampai pinggang aku
tak boleh nak
bergerak langsung. Mujurlah
mak aku ni
bekas bidan. Tahulah
juga nak mengurut
aku. Kalau tak,
memang aku suruh
dia yang urut! Eh? Gatalnya
aku.
“SIAP dah.
Mari masuk.” mak
memanggil mereka di
luar.
Aku dah
boleh bangun. Tapi
pinggang terasa lain
macam sikit. Jalan
pun kena sopan
sangat. Aku duduk
bersandar di kerusi
depan tv. Tidak
lama kemudian, mereka
masuk. Sedang aku
rasa seronok ingin
menonton cerita Endless
Love, si Aizat
mengalih channel MTV!
Nak aje aku
sepak dia ni.
Mujur aku sedang
tak berdaya. Aku
tak pernah missed tengok
cerita Endless Love
tu, tahu tak?!
Marian Rivera dan
Ding Dong Dantes
tu pelakon kegemaran
aku sepanjang hayat.
(Selepas Aaron Aziz
okey?)
Sekarang aku
kena hadap cerita
yang pelik ni.
Entah artis mana-mana
yang tersengguk-sengguk memegang
gitar sambil menyanyi.
Ingat style agaknya? Macam
ada spring kat
leher! Pelik aje. Entah
sejak bila Astro
aku ada channel ni
pun aku tak
tahu. Serius, ketinggalan
zaman sungguh aku!
“Janganlah alih!”
aku mendengus. Cuba
merampas semula remote tetapi
dia mengelak. Dia
buat pekak sambil
melarikan remote ke kiri
dan ke kanan
dari aku. Oh!
Dia tahu aku
tak boleh aktif
bergerak, tangkas saja
dia melarikan remote daripadaku.
“Mak! Tengok
dia ni!” aku
mengadu.
“Mak kau
dah jenuh tengok muka aku.
Jangan risau.” jawabnya
selamba. Kacang tanah
di dalam tupperware diambil
dan dikunyah tanpa
riak bersalah. Mak
pula tergelak kecil
mendengar jawapan dia.
“Heee!” aku
mendengus geram.
“Aizat, Melur.
Abah dengan mak
nak cakap sikit
ni.” mak pandang
abah. Abah pandang mak.
Aku dan Aizat
pandang mak dan
abah dengan muka
pelik. Aizat aje
yang tetap dengan
muka kereknya itu.
“Cakaplah Pak De.” Aizat
berkata selamba sedangkan
aku sudah kecut
perut.
“Malam-malam, bila
Melur di luar,
Aizat jangan tumpang
sekaki. Lepas tu
bila Aizat pula
di luar, Melur
jangan tumpang sekaki.
Takut jadi buah
mulut lagi. Melur
pun tahu kan
perangai Hasyim dengan
Leha tu macam
mana? Sedar-sedar aje,
dah kecoh sekampung
kisah kau orang
berdua yang kononnya
berkuch-kuch hota hai
tengah malam semalam.
Aizat, nanti
bila si Melur
ni jatuh ke
apa, tinggal dulu
dia kat bawah
pokok tu. Panggil
Pak De ke...
Mak De ke.
Kamu bukannya tak
tahu si Hasyim
tu macam mana
orangnya? Nanti dia
buat mulut lagi. Niat kamu
memanglah baik, nak
menolong. Orang pandang
pula berbeza. Kalau
nak lepak sama-sama,
lepak dekat depan
pangkin tu. Biar
semua mata nampak.
Siang-siang harilah tapinya.”
abah bersyarah. Aku
pandang Aizat. Dia
pandang aku. Jeling.
Cis! Menjeling sahaja
dia tahu!
“Baik Pak De.” jawab
Aizat patuh.
“Bukan ke
tadi mak dengan
abah yang suruh
dia pujuk...” belum
habis berkata-kata, si
Aizat menyampuk.
“Aizat masuk
bilik dulu Pak
De, nak mandi.
Tadi dukung budak
busuk sampai badan
pun sama busuk.”
dia berlalu begitu
sahaja. Sempat dia campakkanremote
tv ke ribaku.
Bersungguh-sungguh aku menyambut
remote itu. Hish! Macam
apa je.
“Tengoklah dia
tu, abah! Suka
sangat buat Melur
macam ni.” aku
mencemik.
“Melur pun.
Jagalah nada suara
bercakap dengan dia.
Tak elok berkasar
tau? Dia lagi
tua daripada Melur.
Kenalah hormat.” abah
menegur. Kan? Salah
aku lagi yang
abah nampak.
“Abah, dia
yang mula cakap
tak elok dengan
Melur. Bahasa dia
kasar sangat.” aku
sudah terasa nak menangis.
“Melur kan
tahu, dia tu
duduk dalam persekitaran
macam mana? Belajar
kat mana dulu? Membesar
macam mana? Memang
cara percakapan dia
berubah. Dah tak
sama macam kecil-kecil
dulu. Adik, abang.
Dah tak ada
semua tu.” abah
aku berkata lembut.
Aku mencemik.
Bukan aku mengharapkan dia membahasakan dia
dia tu‘abang’ denganku
tapi, sekurang-kurangnya, respectlah aku ni
sikit. Cara bercakap
tu, kurangkanlah dari
menyindir aku! Dan,
sekali lagi, abah
nampak salahku seorang...
“NAH!” dia menyerahkan
sehelai plaster luka kepadaku. Aku
mengangkat muka. Dia
duduk di sisiku
di atas pangkin.
Dia mengangkat sebelah
kaki ke atas
pangkin lantas dipeluk
kakinya itu. Tangannya
lincah membuka balutan
plaster luka
itu.
“Untuk apa?”
soalku pelik.
Dia nak
bagi benda alah
ni untuk apa?
Tak faham betul
aku. Dia ke
kedai Pak Teh
semata-mata untuk membeli
benda inikah? Tak
berasasnya alasan dia
ke sana. Buat
penat dia berjalan
kaki sahaja. Aku
tak nampak langsung
barang apa yang
dibelinya.
“Untuk tutup
mulut kau yang
bising tu!” jawabnya
selamba. Kasar!
“Tak payah.
Tahulah saya nak
tutup mulut sendiri.”
aku menjelingnya lantas
bangun. Belum sempat
melangkah, tanganku dipautnya.
Aku berpaling. Nak
marah! Dia menjatuhkan
kakinya dari pangkin.
Mukanya begitu serius.
“Jangan pergi.”
terkejut aku. Terasa diri
ini sedang shooting drama
Korea pula. Dia
menghalang aku pergi?
Gulp!
“Lepaslah! Nanti
Hasyim nampak!” aku
merentap tanganku tapi
tak berjaya. Dia
menggenggam kuat. Sekali
rentap, aku terduduk
semula. Kali ini
ke atas ribanya!
Sakit pinggangku! Sudahlah
baru lepas berurut!
Cepat-cepat aku bangun. Aduhhh!
Tersenget tulang pinggangku
kalau berterusan bangkit
dan duduk secara
mengejut begini. Dia
tersenyum senget. Tangannya
masih tidak mahu
melepaskan lenganku.
“Biarlah dia nak nampak
pun!” jawabnya selamba.
Mukanya juga tenang.
Bagaikan tiada apa
yang berlaku. Tak
sakit ke dia?
Aku duduk atas
riba dia? Alah.
Aku bukannya gemuk
pun. Tapi, dia
tu keding!
“Aizat, janganlah
macam ni.” aku
cuba melonggarkan pegangannya.
Dia tetap mengeraskan
diri. Dia pandang
aku. Maksud aku,
tajam. Dia pandang
aku tak berkelip.
“Barulah aku
dapat dengar kau
panggil nama aku
dengan elok.” ujarnya
masih ralit merenung
aku. Aku sudah
terasa lain macam
ditenung begitu. Rasa
macam ada sesuatu
yang pelik melekat
kat muka aku
yang menyebabkan dia
tak berkelip begitu.
“Lepaslah.” aku
mula rasa nak
menangis.
“Kau duduk
dulu baru aku
lepas.” dia berkata.
Aku akur. Duduk
di sebelahnya. Dia
melepaskan tanganku.
“Tunjuk siku
yang luka malam
tadi.” arahnya. Oh!
Dia nak tampal
kat siku rupa-rupanya.
Bukan nak tampal
kat mulut aku.
Cakap ajelah terus
terang, kan senang?
Tak adalah aku
nak memberontak. Heee.
“Kecil je.”
aku mendengus. Luka
di sikuku tak
besar mana pun.
Menggelupas kulit aje
pun. Perit, memanglah
perit. Setiap kali
kena air tu,
terkancing jugalah gigi
aku. Tapi, biasalah
tu.
“Bagi aku
tengok!” dia berkata
tegas. Aku menunjuk
dengan muka tak
rela.
“Meh, aku
tampal benda alah
ni.” dia mengilas
tanganku.
Adey! Sakit
sungguh! Dia ni
memang tak pandai
berlembut langsung. Dari
nak tampal luka
aku, dia nak
seliuhkan pula lengan
aku! Dia ni
boleh diumpamakan seperti
tikus membaiki labu! Dia menampal
plaster itu
ke sikuku yang
terluka malam tadi.
Usai menampal. Dia
mengusap-usap dahulu plaster
itu supaya melekap
di sikuku. Perbuatannya
itu membuatkan aku
merentap cepat tanganku.
Apa dia ingat
aku suka agaknya
dia buat begitu?
“Jangan cederakan
diri sendiri lagi.”
ujarnya dengan muka
tak bersalahnya. Aku
ternganga.
“Saya cederakan
diri sendiri? Memang
taklah! Awak yang
buat saya kena
ni.” aku menunjukkan
sikuku dengan tak
puas hati. Luka
disebabkan dia! Geramnya!
Macamlah aku sengaja
nak buat-buat jatuh.
Dah dia yang
rajin sangat nak goncang
buaian aku tu,
siapa suruh?
“Well,
aku tak sengajalah
tu.” ujarnya begitu
selamba sambil bangun
dari pangkin. Dia
berjalan ke arah
rumah. Naik tangga
dan menghilang di
dalam rumah. Begitu
sahaja? Tak sengaja
menggoncang buaian aku berkali-kali sehingga
aku melepek jatuh
ke bawah? Huh!
Alasan orang tak
normal.
Heee! Dalam
baik dia, dia
memang tetap dengan
perangai samurai dia!
0 komen:
Post a Comment