BAB
2
“AIZAT! Dah
sampai rupa-rupanya! Eh?
Balik berdua? Dah
kenal-kenallah ni?” mak
tersengih lebar. Panjang
umur mak. Baru
lagi si Samurai
senget ni duk
tanya tentang mak. Aku pandang
encik samurai yang
masih dengan wajah
seriusnya itu. Dia
menjelingku 360 darjah
sehingga bergolek-golek anak
mata hitamnya. Aku
ternganga. Sombong dan
bajet betul mamat
ni. Kalau wajahnya
stok model-model boleh
aku terima. Ni,
muka macam stok ‘model’ yanggaru
ketiak kat atas
pokok. Kera lagi handsome!
“Mak! Dia
ni gila!” aku
mengadu di depan
dia. Dia mencemik.
“Eh, kau
tu yang gila.
Banyak mulut. Pot
pet pot pet
tak henti-henti. Mak
De bencikan siapalah
waktu mengandung dulu
sampai terkenan dekat
budak ni?” soalnya
selamba. Aku rasa
macam nak hentak
botol kicap di
dalam plastik ini keatas kepalanya.
Aku banyak mulut ini disebabkan
dia yang mencari masalah
denganku terlebih dahulu.
Bukannya aku teringin
hendak bercakap banyak
dengan orang gila
macam dia ni.
“Mak!” aku
mengadu sambil hentak
kaki tanda protes.
Mak tergelak
sahaja. Tidak langsung
membela sesiapa di
antara kami. Plastik
ditanganku emak capai.
Tangan kanan emakku
dicapai dan dikucup
sang samurai dengan
lembut. Tersentuh pula
hatiku melihat adegan
itu. Oh, tahu
pula dia hormat
orang tua. Tak
sangka betul.Aku sangkakan
yang dia bakal
buat bena tak
bena sahaja kepada
mak aku tadi.
“Apa pandang-pandang?!” dia
menjegilkan matanya.
Eleh. Aku
pandang kau cium
tangan mak aku
pun kau nak
marah! Seriuslah dia
ni mental.Macamlah aku
pandang dia tak
pakai baju. Euw!
Memang aku tak
rasa hendak pandang
dia langsung sekalipun
dia tidak mengenakan
sebarang pakaian ke
tubuhnya. Sudahlah tubuhnya
langsung tak tough, terbantut
seleraku.
“Saya pandang
sebab takut awak
terus cium tangan
mak saya sampai
ke bahu.” aku
menjelingnya. Lagi nak
tanya kenapa? Aku
pelik ni! Tak
nampak ke dia
muka curious aku tengok
dia hormat mak
aku?
“Eh! Ada
pulak cakap dengan
abang macam tu?”
mak membebel. Abang?
Aku pandang dia,
dia pandang aku.
Serentak kami menjelirkan
lidah. Meluat. Muka
macam ini nak
dibuat ‘abang’? Puih!
Terima kasih sahajalah.
Bagi percuma sepuluh
pun aku tak
mahu.Mak membelek isi plastik itu.
“Abang? Sejak
bila entah orang
ada abang yang
rambut panjang macam
ni...” aku mengomel
perlahan sambil menjelingnya
360 darjah. Dia
menjelingku kembali.
“Sejak bila
entah aku ada
adik yang bermulut
bising macam si
minah ni.” dia
berkata pula. Mak
hanya tergelak mendengar
kata-kata pedas dari Encik Samurai
itu. Sungguh aku
rasa geram! Sesuka
hati kau ajekan
nak panggil aku
minah?
“Kenapa sampai
ada telur yang
pecah ni?” soal
mak dengan suara
tak puas hati.
Aku tertunduk. Alamak!
Terlupa pada telur
yang pecah tadi. Mak marah
ke?
“Dia yang
ninjakan!” aku jelir
lidah kepada Aizat.
Dia membuntangkan mata.
Tak percaya kena
fitnah dengan aku.
Siapa suruh cari
pasal tadi, kan?
Padan dengan muka
dia.
“Eh?Fitnah tu,
Mak De.Kau ni.
Aku pulak yang
kena. Aku tak sentuh pun
telur itu.” dia
membela diri.
“Anak Mak
De ni memanglah
dia! Usah dilayan
ye, Aizat. Mak
De tahu kamu
takkan tak buat
kerja-kerja tak berfaedah
begitu. Kerja macam
tu, ni ha...
si anak dara
Mak De ni aje
yang rajin membuatnya.”
mak aku meluku
kepalaku dengan buku
lima. Humph! Aizat
tayang muka bangga
bila aku diluku
mak. Geram betul
aku dengan dia
ni. Sumpah pun!
“Eh, lupa
nak tanya. Kamu
ni bila sampai
ke mari?” soal
emak yang tak
mahu aku bertempur
dengan samurai. Mak pun dah tahu mulut
aku laser tahap
mana. Tapi... yang samurai ni
lagi laser daripada
mulut aku!
“Saya ni baru aje
sampai, Mak De.
Jumpa budak senget
ni kat kedai
depan sana. Ingatkan
dah legalah lepas pada jumpa
dia. Tengok-tengok, muka
dia lagi ikut
saya balik ke rumah. Saya
sangkakan dia terlepas
dari Tanjung Rambutan
tadi. Rupa-rupanya anak
dara Mak De.”
jawabnya selamba. Mak aku hanya
tergelak. Mak! Dia
kutuk anak mak
macam ni pun
mak boleh ketawa
senang perut? Tak
adil betul! Masa
bila entah aku
ikut dia balik?
Perasan sangat dia
ni. Buat aku
tambah menyampah padanya.
“Lain kali
tengok keadaan diri
dulu sebelum cakap
orang terlepas dari
Tanjung Rambutan. Saya
berpakaian elok. Lainlah
kalau awak. Pakai
seluar jeans koyak-koyak.
Rambut panjang kalah
perempuan. Pakai baju
lengan digulung-gulungkan sampai
nampak bulu ketiak.
Muka pulak macam
orang pecah rumahaje.”
aku menjelir. Mak
menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Ini
namanya rock!”
doa menaikkan jari
kelingking, telunjuk dan
ibu jarinya. Simbol
rock kononnya. Nak muntah kacang
aku mendengarnya. Mujur
aku tak makan
kacang tadi.
“Rock kepala
hanguk awak! Pengemis
punya pakaian lagi
cantiklah dari pakaian
pelik awak ni.
Pengemis pun malu
nak pakai baju
macam ni.” aku
mendengus. Sengaja aku menayang muka
tak hairan aku dekat dia.
“Pengemis otak
kau!” dia menjegilkan
matanya. Aku mula
menayang penumbuk kecilku
ini.
“Jangan bergaduhlah,
anak-anak!” abah muncul.
Aku terdiam dan
menunduk. Bila abah
dah masuk campur,
tiada sesiapa berani
membantah lagi. Si
samurai bersalaman dengan
abahku. Cium tangan
lagi. Tak sangka
dalam imej rocknya,
dia menghormati orang
tua. Oh, itu
merupakan satu kebaikan
yang ada dalam
dirinya.
“Pak De, si Alang dengan Din mana?” soal samurai tanpa
menghiraukan pergaduhan kami
tadi.
Aku mencemik.
Nak tunjuk prihatinlah
tu kononnya? Boleh
blah! Kalau dengan
aku? Memang tiada
langsung dia nak
tunjuk perangai macam
ni. Baru tak
sampai sejam berjumpa
dengan dia, otak
aku dah mula
rasa sakit. Mulut dia macam
torpedo. Dia hanya
tahu untuk ‘memberi’
sahaja tanpa ‘menerima’.
Itu yang membuatkan
aku tak puas hati dengan
sikapnya.
“Ada, melepak
agaknya. Biasalah... orang bujang. Macam
itulah bila dah
balik kerja. Dekat
rumah ni bukannya
ada aktiviti lain
yang diorang boleh
buat selain melayan
budak kecil ni.”
abahku berkata sambil
merunyai-runyaikan rambutku. Kemudian,
dia menghampiri si
samurai dan memeluk
bahunya.
“Mak, ni dia duit
lebih. Seringgit lagi,
tu, air mineral
dia. Orang tolong
bayarkan tadi.” aku
memulangkan baki kepada
emakku. Merajuk dengan
mak kerana langsung
tidak menghiraukan rengekanku
tadi. Sebab tu
aku guna ‘orang’.
Mak hanya tersenyum. Aku berjalan
ke bilik. Malas
nak menghadap muka
orang pecah rumah macam si samurai ni.
Cemburu aku melihat
kemesraan dia dengan
orang tuaku.
“Seringgit pun
nak kecoh!” dia menyindir. Aku
berpusing semula.
“Abah
tengoklah dia ni.
Selalu cari gaduh
tau?!” aku mengadu.
Rasa
nak sepak dia
laju-laju. Nak kata
dia sedang bergurau,
mukanya serius dan
tampak sinis. Belum
pernah aku berhadapan
dengan lelaki bermulut
laser seperti dia
ini. Abang-abangku pun
tak macam ni.
Gurauan mereka berpada-pada
sikit.
“Melur...” lembut
abah menyebut namaku.
Nada abah menyuruh
agar aku mengalah
dengan sepupu jahatku
ini. Aku mendengus.
Semuanya nak bela
si samurai. Benci!
“Melur?
Sampai besar pun
kau kena panggil
Melur ek? Tak
ada nama glamor
ke? Kesiannya aku
kat kau.” dia
mengejek namaku. Cis!
“Elok
sikit eh mulut
tu! Abah tengoklah
dia ni!” aku
mencemik. Nak menangis
rasanya. Dari tadi
aku asyik terkena
saja dengan dia
ni. Biadab sangat.
Abah dan mak
tergelak sahaja. Geram!
Geram! Geram!
“Eloklah
mulut aku ni.”
dia menjawab lagi.
Kalau tadi aku
rasa seperti hendak
hentakkan kepala dia
dengan botol kicap,
sekarang aku rasa
nak hentak kepala
sendiri dekat dinding
seribu kali. Sakit
hati sangat.
“Mak
De panggillah dia
Melati ke, Kemboja Puteh ke, Orked
ke? Ni, Melur!
Nama klasik! Sedap
lagi nama Saloma.”
dia mengejek. Aku
rasa macam nak
cantas sahaja kepala
dia. Melati tu
pun klasik juga
apa?! Semua nama
dia bagi tu
pun nama klasik,
tahu?! Itu pun
belum lagi dia
jumpa Leha. Kalau
tak, tentu dia
akan katakan perkara
yang sama pada
Leha.
“Mak!
Baik mak bawak
dia pergi berjampi.
Mulut dia ni
puaka sangat!” aku
akhirnya menangis geram.
Sempat aku sedekahkan
penumbuk sedebik ke
dadanya dengan kuat.
Dup! Kuat! Aku
boleh dengar bunyi
tumbukanku! Dia tu
sudahlah tulang. Aku
dengar dia mengaduh.
Ah! Pedulilah...
“Melur...” panggil
mak memujuk.
Aku
berlari ke bilik.
Nak mengangis puas-puas.
Sakitnya hati. Tak
pernah lagi aku
jumpa lelaki yang
menyakitkan hati macam
dia ni seumur
hidupku. Sebab dialah,
aku mula rasa
kekurangan perhatian dari
mak dan abah.
MALAM ini,
suasana di meja
makan nampak mesra
alam sekali. Semua
orang sibuk bercerita
kecuali aku. Aku hanya terdiam.
Kepala sedikit pun
tak kuangkat. Sedari
tadi, aku hanya
menunduk, menekuni makananku.
Banyak kali abang-abangku
cuba menarik minat
aku berbual.
Sudah
banyak kali mereka
menyebut nama Aaron
Aziz. Ya, mereka
tahu bahawa aku
dan Aaron Aziz
tidak dapat dipisahkan.
Aaron merupakan aktor
kegemaranku. Aku kemam-kemam bibir
sahajalah kerana tak mampu memberi
komen mengenai artis
pujaanku yang satu
itu. Aku sedang
memprotes! Satu-satunya cara
aku memprotes ialah
dengan mogok suara.
Teringin benar aku hendak
menceritakan keterujaanku melihat
Aaron Aziz yang berlakon dalam
Ombak Rindu dan
Adam dan Hawa
itu kini menjadi
pengacara kepada rancangan
realiti tv, Fear
Factor. Tapi aku
tak mampu bersuara.
Sebab... si samurai
ada di sini.
Kalau aku bersuara,
mesti dia nak
memperkecilkan aku lagi
seperti tadi.
“Melur tak
tengok ke Aaron
Aziz tadi? Kitorang
tengok Fear Factor.
Melur tak keluar.
Rugi tau? Nampak
badan tough mamat tu.
Tambah-tambah bila dia
pakai baju ketat
warna hitam. Teringin
sungguh nak jadi katang macam
dia.” Abang Alangku
berkata sambil dipersetujui
oleh abang Dinku.
Argh! Bencilah macam
ni. Aku hanya
menggeleng-gelengkan kepala buat
muka tak kisah.
Padahal aku kisah
sangat!
Semuanya sebab
samurai.Terlepas peluang aku
untuk menonton artis
pujaanku itu. Benci
samurai! Benci! Benci!
Kalau dia tak
menyakitkan hati aku,
memang aku buat
muka tembok saja
dengan menonton rancangan
itu tanpa mempedulikannya. Masalahnya...
dia dah buat
aku menangis dari
awal lagi!Aku benci
lelaki yang tidak
pandai menjaga perasaan
orang seperti dia.
Selepas makan
dengan tergesa-gesa, aku
membasuh pinggan. Tak
sanggup lagi hendak
mendengar mereka semua
memuji Aaron Aziz
di depanku. Muncul
pula dia, si
samurai di sebelahku.
Dia menanti giliran
untuk membasuh pinggannya
sendiri. Ada bagusnya
juga. Basuh pinggan
tu sendiri, jangan
sibuk nak mengharapkan
aku. Aku dah
memasak untuk dia pun
dah cukup bagus!
Menyesal aku tak
letak julap dalam
makanannya tadi. Biar
dia terus bermastautin
di dalam tandas
sahaja sebagai balasan
perbuatannya terhadapku. Benci
betul bila aku
kenang semula!
“Melur.” panggilnya
lembut. Tangannya cuba
mencapai span kuning
di tanganku tetapi
aku menepis. Ikut turn
la! Huh! Lembut
macam mana pun
kau nak panggil
aku, takkan aku
layan. Aku tahu
niat kau nak
Melurkan aku! Nada
suaranya mengejek namaku.
“Melur....” mendayu-dayu
dia memanggilku. Benci. Meremang
bulu romaku.
“Jangan panggil
nama sayalah!” aku
menjelingnya. Bengang. Aku
tahu dia cuma
hendak mengejek namaku.
Buruk sangatkah sepatah
nama ini?
“Habis tu
kalau aku tak
panggil kau Melur,
aku nak panggil
kau apa? Telur?”
soalnya selamba dengan
suara mendatar.
Aku menahan
sabar. Jangan sampai
terbelah dua pinggan
ni aku hentakkan
ke kepala dia.
Sabar aku semakin
menipis semenjak kehadiran
dia. Aku merenjiskan
tanganku yang basah
ke muka dia
lantas aku berjalan
ke luar dapur.
Padan dengan muka.
Terkelip-keliplah kau seorang
diri!
“Melur... tak
baik buat Aizat
macam tu.” tegur
abah.
Heee. Ada
saja mata yang
nampak perbuatan khianatku
padanya. Asyik-asyik salah
aku aje yang
mereka nampak. Aku
pandang Aizat, dia
tayang muka berlagak sambil
mengesat wajahnya yang
basah direnjisku. Memang
aku rasa nak
cap muka dia
dengan tapak kaki!
Tak apa, kali
ni kau selamat.Selamat sebab
ada abah dan
mak.Aku tenyeh hidung
dengan ibu jari
sambil menghantar pandangan
maut kepadanya sebelum
berlalu pergi.
“Berlagak.” Komennya
selamba. Abang-abangku bergosip
berdua. Dari wajah
mereka, aku tahu
yang mereka sebenarnya
sedang berusaha menahan
gelak. Heeee! Aku
geram sungguh. Satu
keluargaku memanjakan Aizat
lebih dari mereka
manjakan aku. Aku
anak bongsu di
rumah ini. Bukannya
Aizat, si samurai
bengong tu! Ah!
Kenapa Along tiada
di kampung sekarang?
Tentu nasibku bakal
terbela sedikit dengan
adanya Along.
AKU berbaring
di dalam buaian
di beranda rumah.
Tengah-tengah malam begini,
memanglah agak menakutkan
kalau aku bersendirian
di buaian tetapi
itulah aktivitiku pada setiap malam.
Lagi pula, aku
ingin menghilangkan stres!
Stres dengan kehadiran
si kambing tu!
Haaa. Kan dah
dapat pangkat baru?Kambing
pula. Rasakan kau,
samurai!
Aku membelek
bintang. Cantik bintang
hari ini. Bersinar terang
dan indah. Bulan
pun nampak penuh.
Indahnya ciptaan Allah
SWT. Betapa bersyukurnya
aku melihat keindahan
ini dengan mata
kepalaku sendiri. Jatuh
simpati aku pada
mereka yang tidak
dapat melihat keindahan
alam ini. Bagaimanalah
mereka rasa?
Terdengar derapan
langkah menghampiriku. Abah
kut? Nak pujuk
akulah tu. Yalah,
aku kecil hati
dengan abah. Sebelum
adanya Aizat, memang
abah akan utamakan
aku. Sekarang? Apa
yang dah jadi?Semuanya
Aizat! Itu Aizat, ini
Aizat sampaikan aku
rasa tersisih...
“Kau buat
apa kat dalam
tu?” soalnya.
Suara dialah.
Humph!Bukan suara abah.
Abah dah tak nak pujuk aku
lagi ke? Sedihnya.
Aku benci Aizat.
Aku tak nak
tegur dia lagi sebab dia
jahat. Aku berpura-pura
tak dengar sapaannya.
Konon-konon leka sangatlah
merenung bintang. Aku
nak buat apa
lagi dalam buaian
ni? Baringlah! Takkan
memasak pula? Dia
berdiri di sebelahku
sambil mendongak ke
langit, memerhati bintang
sama sepertiku. Tangan
diseluk ke kocek.
Ikutkan hati aku
ni, mahu sahaja
aku tendang dia biar berlipat
tulang belakangnya, namun
aku harus bersabar.
Aku bukanlah perempuan
jahat seperti itu.
“Aku tak
tahu pun Melur
ada masalah pendengaran.”Tegurnya. Selepas
itu dia gelak
ikut hidung. Tahan
gelak sampai tak
tertahan ke macam
mana? Aku tahu
dia gelakkan nama
aku.Klasik sangat ke
nama Melur tu?
Benci betul aku pada dia ni. Pandang
muka dia pun
aku dah tak
ingin, tau tak?!
“Tak payah
nak Melurkan saya
sangat! Kang, bertelur
dahi awak tu
saya kerjakan.” aku
mendengus. Dia tayang
muka tak hairan
saja. Menyampah aku.
“Bagi aku baring kat
situ pulak.” dia
menghentikan ayunan perlahan
buaianku dengan mencengkam
tepi buaianku menggunakan
sebelah tangan sahaja.
Aku menggoyang-goyangkan badan
supaya buaian ini kembali membuai
tetapi dia bertindak
menarik buaian itu
dengan lebih kuat. Rapat ke
pahanya. Tulang dia
berkalsium ke apa?
Kuat sungguh. Badan
keding aje masalahnya.
Tak bergerak langsung
dia meskipun aku
meronta sepenuh tenaga
di dalam buaian
ini supaya aku
dapat berbuaisemula.
“Tak payah.”
aku berkata dengan
nada yang semakin
meninggi.
“Bagilah. Dekat
tempat aku tak
ada benda alah ni.” dia masih lagi
tidak mahu melepaskan
buaianku. Tersenget buaianku,
tak berayun dan
statik. Aku pandang
lantai. Alamak! Tersenget
macam ni. Takutnya
jika terjatuh ke
bawah.
“Tak ada
buaian macam ni?
Kat KL sana
patut ada semua
benda ni.” aku menempelaknya geram.
“Memang tak
ada. Buaian kat
sana lawa-lawa. Tak
seburuk ini.” dia
mengutuk. Dasar budak
bandar! Kalau dah
tahu lawa, kenapa
nak yang buruk
lagi? Dia ni
sengaja betul cari
penyakit!
“Kalau dah tahu buruk,
pergilah cari buaian
lain yang lawa
dari buaian ni!”
aku menjelingnya. Masih
berdegil untuk tidak
menyerah kalah kepadanya.
Buaian ini, aku
yang punya!
“Aku nak
yang buruk ni.
Nak tengok keteguhan
dia.” dia memberi
alasan dengan suara
yang mendatar. Alasan
sungguh. Macamlah dia
tu berat sangat
sehingga hendak menguji
keteguhan buaian ini.
Sedangkan Abang Din
yang berbadan besar
itupun, buaian ini
mampu tampung, inikan
pula dia yang
keding ini.
“Tak payah
nak beri alasanlah!
Dahlah, lepaskan. Jatuh
saya ni nanti!”
aku mendengus kuat.
Dia menggoncang-goncang buaianku
dengan kedua belah
tangannya mengharapkan agar
aku terjatuh. Aku
mencengkam kuat buaianku
tetapi dia semakin
agresif menggoncang buaianku.
Dia ni kasar
sungguh orangnya! Gedebuk.
Akhirnya aku terjatuh
jua ke lantai!
Sakitnya. Aku melihat
siku yang terasa
sakit. Mujur di
beranda ada mentol
yang bercahaya oren.
Boleh nampaklah juga.
Menggelupas kulit sikuku.
Aku meniup
sikuku. Sakit!!! Dia
merebahkan badannya ke
buaian tanpa riak
bersalah lantas mengalaskan
tangan kiri ke
bawah kepala sambil
memejamkan mata. Hah!
Bagus! Tidur kat luarlah
kau seorang diri. Lagi bagus
kalau ada kera
tengah malam begini.
Biar dia kena kekah dengan
kera. Baru padan
dengan muka. Aku
bangkit dan ingin
melangkah ke dalam
rumah. Namun, seluarku
ditarik. Nyaris terlondeh
ke bawah,mujurlah sempat
aku tarik ke
atas semula. Hey!
Apa ni?
“Hey lepaslah!”
aku menjerkah. Aku merentap seluarku
namun, tangannya masih
mencengkamnya. Dia ni
bukan sahaja kasar,
malah tak pandai
nak hormat hak privasi
orang. Bagaimana kalau
tercabut seluarku tadi?
Tak rela sungguh
aku!
“Bagi aku
tengok siku kau.”
dia berkata sambil
membuka matanya perlahan-lahan memandangku.
Aku menjelingnya. Dia memuncungkan mulutnya
ke arah sikuku.
Masih menyuruhku untuk
menunjukkan sikuku yang
luka tadi. Untuk
apa? Untuk dia
tambah asam limau
pada luka akukah?
Serentak itu
aku melihat semula
sikuku. Ada kesan darah sedikit.
Pedulilah. Perit begitu
padakusikit saja. Tidak
seperit hati aku. Aku merentap
kuat seluar trekku
dari pegangannya sebelum
melangkah masuk. Tak
ingin aku nak
bertegur dengan dia
lagi.Perangai macam setan!
Kalau dulu ada
cerita Ali Setan,
sekarang dah moden.
Aizat Setan pula
menggantikan Ali. Aku
dengar dia mengeluh.
Apa pasal pulak dia nak
mengeluh? Patutnya aku
yang mengeluh. Kehadiran
dia tak diundang...
0 komen:
Post a Comment