Bab 8
“MACAM mana kau dengan hantu
tu?” soal Diela
sambil mengunyah sandwichsardin yang
baru dihidang olehnya.
Dia duduk berhadapan
dengan Abby yang
sedang menyapu sardin
hancur ke atas
roti kepingnya.
“Hantu?” soal Abby sambil
lantas menjungkitkan keningnya.
Apa yang pelik
sangatnya? Dia ada
terserempak dengan hantukah
tadi? Rasanya, memang
tak ada. Minta-mintalah dijauhkan
terus!
“Itu Incik
Arrayyan Zainuddinlah!” Diela
bersuara geram. Sebijik
macam orang Bangla.
Terbahak Abby dengan
kata-kata Diela itu.Apa
pasal pula Diela
nak tahu tentang
bos lamanya? Sudah
naik rindu ke? Hehehe. Mungkin
juga. Sehari tak
dijerkah, mungkin hidup
Diela tidak sempurna agaknya.
“Hantu tu?
Tak menghantui aku
sangat pun. Dia, tak macam
kau cakaplah. Memetir.
Takde pun.
Dia tegas biasa-biasa
aje dengan
aku. Takdelah sampai
terhinggut bahu. Tapi,
ada juga macam
yang kau cakap
tu, dia suka
cari kesalahan orang,”
Abby berkata sambil
membelek-belek kukunya. Sandwich
sardin di tangan
kanan disuap ke
mulut dengan penuh selera.
Omnomnom! Berselera.
“Dia dah
cari kesalahan kau
ke?” Diela mula
berminat mendengar kata-kata
Abby itu. Mencari
kesalahan orang. Itu
memang sifat semula
jadi bos lamanya.
Abby mengangguk dengan
mulut penuhnya. Sesudah
ditelan sandwichnya, dia
bersuara.
“Ada. Kau
tau tak, ada
ke patut tadi,
dia panggil aku
semata-mata untuk tanya
kenapa aku semakkan
pandangan mata dia? Dia
kata aku
macam beruk banyak
kutu. Beruk?! Dia
samakan aku dengan
binatang berkutu tu. Gila tak handsome! Eeei,
aku rasa Encik
Arrayyan tu tak
cukup karanlah! Dia
lahir punggung keluar
dulu atau apa?
Perangai macam tahik! Boleh
dia kata aku
menjawab? Dah dia
tanya, takkan aku tak
jawab. Nanti kalau
aku tak jawab
apa yang dia
kata? Dia mesti
anggap aku biadab
pulak ya dak?”Abby
menyoal Diela. Diela
mengangguk-angguk tanda setuju.
Memang kalau berhadapan
dengan Arrayyan, menjawab
salah, tak jawab
pun salah! Jadi,
kuranglah rasa hairan
Diela di situ.
“Aku rasa,
bos tu ada
masalahlah. Sebab dia
dah terlewat kahwin,
dia jadi macam
tu. Kurang kasih
sayang,” ulas Diela
sambil mencemikkan mukanya.
Abby mencebirkan bibirnya.
Tak rasional langsung.
Lewat kahwin? Kurang
kasih sayang? Berperangai
macam tu? Abby
tak rasa ada
kaitan langsung dengan
perangai gila Arrayyan
tu.
“Kurang kasih
sayang apa? Aku
rasa dia tu
terlalu dimanjakan. Sampai
tak pandai nak respect
orang. Setiap masa
dia nampak dia
yang perfect,” Abby
mengemukakan pendapatnya. Diela
menjungkitkan bahunya. Mungkin
juga. Logik pendapat
Abby itu. Arrayyankan
anak orang kaya.
Biasa bermanja-manja ni?
“Apa kata,
kau mengurat bos
tu. Dan tanya
dia, kenapa dia
jadi macam tu?”
Diela memberi cadangan
gila. Hampir sahaja
Abby tercekik anak
tekak sendiri akibat
terkejut. Nak mengurat
untuk apa? Untuk
mati cepat dijerkah
setiap hari atau
apa?
“Kau nak
aku mengurat bos?
Maaf! Dia bukan taste
aku. Wandi itu taste
aku. Tak minat
aku lelaki yang
sentiasa seluk poket seluar macam Arrayyan
tu. Lepas tu,
tilik kasut dia.
Sekejap-sekejap tilik kasut
yang hitam berkilat
tu. Itu lelaki
ego namanya. Macam sakai.
Kau tahu sakai tu
macam mana?” soal Abby. Diela
menggeleng-gelengkan
kepalanya lurus tanda
tidak tahu.
“Macam kau!” ambik
kau Diela. Abby
tengah bengang, boleh
dia kemukakan cadangan
gila seperti itu?
Diela terkujat. Cis!
Apa pula dia
dikatakan sakai? Sangat tak
patut.
“Hish. Percaya
aje aku
dengan kau,” marah
Diela. Nak tergelak
juga dia melihat
muka merah padam Abby
itu. Baru sehari
bekerja dengan Arrayyan,
terus Abby rasa
meluat. Bahaya betul!
“Sebab tu
aku kata kau sakai.
Mana boleh kau
nak suruh aku
mengurat dia. Ee.
Orang mental pun
belum tentu nak
lelaki yang macam
itu,” Abby mengutuk
lagi. Diela terkekeh-kekeh ketawa.
Memang betul! Siapalah
nak orang macam
Arrayyan itu? Suka
mencari kesalahan orang,
bajet diri kacak,
perfect. Sentiasa nak
merendah-rendahkan orang lain.
Husss!
“Sorry
kay? So, keseluruhan kerja
kau macam mana?”
Diela mengubah topik.
“Aku okey aje
kerja kat situ.
Tak ada masalah.
Lagipun aku diterima
dengan baik oleh
pekerja kat situ.
Bos tu sikap
dia, kerek ajelah.
Dengan pekerja lain
aku okey,” Abby
memberi kesimpulan. Diela
mengangguk-angguk tanda berpuas
hati dan bersetuju
dengan Abby.
“Mesti Azham
dan Suzanna layan
kau okey kan?
Dengan Kak Rozie.
Betul tak?” soal
Diela teruja. Dia
tahu, muka itulah
yang selalu membantunya
dan memberi ucap
selamat bagi yang baru
bekerja di Syarikat
Avaloft itu. Abby
mengangguk-angguk dan tersenyum.
Benar kata-kata Diela.
“Diorang
baik sangat dengan
aku,” ujar Abby
bersama senyuman senang
hati. Benar, Azham
dan Suzanna memberikan
layanan terbaik kepadanya
juga Kak Rozie.
Rasa selesa berbual
dengan mereka bertiga.
Kalau pekerja lain,
Maira yang nampak kurang
senang sedikit dengan
kehadirannya tetapi apa
dia kisah? Dia
bukan bekerja untuk
disukai semua orang.
Dia hanya bekerja
untuk buat yang
terbaik bagi membantu
ibu dan bapanya.
Itu sahaja.
“SAYA
panggil awak tadikan,
Cik Abby kenapa awaktak
masuk?!” meninggi suara
Arrayyan menyoal Abby
dengan mata yang
sudah membuntang. Geram!
Kalau boleh ditelan
gadis bermata besar
itu, sudah pasti
dia sudah melakukannya.
Dia sendiri pun
berasa aneh dengan
dirinya. Jika dia
menatap anak mata Abby yang
besar itu, secara
automatik, matanya turut
membesar.
Bengang dia dengan
Abby usah dikata.
Ada ke patut,
Abby bertindak bodoh
dengan tidak menghiraukan
panggilan dia ke
dalam bilik pejabatnya?
Ee, memang cari
masalah. Hajat hati,
dia hendak membebani
gadis itu dengan
tugas-tugas yang banyak
sehingga gadis itu
berasa serik lagi
untuk melawan katanya,
alih-alih, dia dikenakan
semula oleh gadis
itu. Sakit betul
hatinya.
Boleh Abby
buat don’t know saja
terhadapnya? Eee, benar-benar
mencabar minda. Siap
boleh berborak bagai
dengan Azham dan Suzanna. Lagi
sakit mata Arrayyan
melihatnya. Pakai eye mo
pun tentu tak
jalan! Makan gaji
buta! Kutuknya di dalam
hati.
“Saya minta
maaf bos, tadi
saya...” baru lagi
dia hendak mengemukakan
alasannya, Arrayyan pantas
mencantas.
“Saya tak nak dengar
sebarang alasan lagi!
Awak ni Abby...
banyak betul alasan,
kan?” Arrayyan semakin
menjegilkan matanya. Dah
hampir terkeluar biji matanya
akibat membuntang melebihi
had. Alahai. Susahlah
macam ni. Abby
menggaru-garu belakang telinga
comelnya. Dia menelan
liur. Hendak jawab
apa kalau dah
Arrayyan tidak mahu
mendengar penjelasannya?
Tadi dia
hendak merujuk kepada
Azham dan Suzanna
mengenai dokumen yang
dipegangnya. Selama dia
bekerja ini, itulah
pertama kali dia
terpaksa mengendalikan dokumen
seperti itu. Dokumen
yang Arrayyan renyuk
dan contengkan semalam.
Ada beberapa patah
perkataan yang dia tak
dapat lihat dengan
jelas disebabkan sudah
diconteng oleh Arrayyan.
Dia perlu mengetahui
apa isi kandungannya
supaya tidak terdapat
sebarang kesalahan taip.
“Maaf bos,
tapi saya...” belum
pun Abby melindung
dirinya, Arrayyan sudah
memotong.
“Saya apa?!!”
jerkah Arrayyan kuat
sehingga Abby melatah.
“Saya manalah
tahu awak tu apa?!!” jerkah
Abby pula. Kali
ini bahu Arrayyan
terhinggut. Terperanjat. Rasanya
inilah julung kalinya
dia dijerkah semula
oleh pekerja bawahannya
sepanjang dia bekerja
di sini. Dia
terdiam. Bukan Arrayyan
sahaja, seluruh pejabat
di situ terdiam.
Bunyi cengkerik pun
tak ada! Cengkerik
pun tahu takut
dengan Arrayyan.
Semua pakat
terkejut dengan jerkahan
Abby. Sejujurnya, siapalah
yang berani melawan
bos segarang Arrayyan?
Mereka yang melihat
berusaha menahan tawa.
Kelakar melihat bahu
Arrayyan terhinggut kuat
dengan jerkahan Abby
yang kuat itu.
Jelaslah, Abby melatah!
“Ya Allah
bos! Saya minta
maaf! Sumpah tak
sengaja,” Abby meminta
maaf secepat mungkin.
Badannya ditunduk-tundukkan beberapa
kali dan tangan
kanannya menekup mulut
yang menjerkah Arrayyan
tadi.
“Awak ni
memang dah melampau
awak tahu, tak?!”
Arrayyan menjerkah semula.
Geram betul dia
melihat reaksi pekerjanya
yang berusaha menahan
tawa sehingga bergegar-gegar badan.
“Saya tahu.
Eh tak! Eh,
saya tahulah!” Abby
melatah lagi bila
mendengar suara kuat
Arrayyan menyapa gegendang
telinganya secara paksa
itu. Arrayyan menjegilkan
matanya dan menghampiri
Abby dengan riak
mahu menelan Abby
hidup-hidup di situ
juga tanpa sos
dan kicap. Azham
tiba-tiba menghalang bosnya.
“Erk bos!
Jangan marah dia.
Dia ni hanya
melatah,” Azham bersuara
kalut. Suzanna turut
melindungi Abby. Arrayyan
menghentikan langkahnya. Baru
lagi dia hendak
menengking Abby betul-betul
di telinga. Mujur Azham dan Suzanna menghalang.
Arrayyan mendengus kasar.
Dia berpeluk tubuh.
Kuat. Rahangnya bergerak-gerak. Nampaknya
dia sedang berusaha
menahan amarahnya agar
tidak sampai ke
tahap paling teruk.
“Maafkan saya
bos, saya melatah
teruk,” Abby meminta
maaf. Matanya sudah berkaca. Rasa
bersalah pula kerana
berlaku biadap terhadap
Arrayyan meskipun tanpa
disengajakannya.
“Hm. Lain
kali, saya tak
nak awak ulangi
perangai awak ni.
Mana kerja yang
saya suruh awak
buat semalam?” Arrayyan
menyoal Abby dengan
suara tertahan-tahan. Penumbuk
digenggam kuat. Bengang
kerana tidak berjaya
menjerkah gadis itu
untuk ketiga kalinya.
“Err. Saya
tengah buat kerja
itulah tadi,” Abby
bersuara takut-takut. Arrayyan
mendengus. Memang Abby
ni banyak sungguh
alasannya. Jangan tanya
kenapa jika suatu
hari dia mengikat
mulut si Abby
tu dengan tali
rafia.
“Kenapa lembab
sangat buat kerja?”
Arrayyan mula mendengus
geram.
“Saya tak
tahu perkataan yang
bos dah conteng
tu,” Abby menjawab
takut-takut. Sejujurnya, dia
tak berapa nak
faham sangat perkataan
yang bercetak dengan
warna hitam itu
dan diconteng juga
dengan dakwat pen
hitam! Siapa suruh
Arrayyan conteng sesuka
hati? Mulalah menyusahkan
orang! Bebel Abby
di dalam hati.
“Sekarang awak
nak salahkan saya?
Awak ni! Kalau
sekali saya soal,
macam-macam jawapan awak
reka kan? Tak
nak jadi penulis
novel ke? Boleh
jadi sebijik novel
ni nanti,” Arrayyan
menyindir geram. Kalau Abby itu
semut, memang dia
sudah sembur guna
Shieldtox sampai tak
meninggalkan kesan. Sakit
sungguh hati melihat
wajah Abby. Wajah
yang menduga kesabarannya.
Baru lagi
hari kedua Abby
bekerja di situ,
hidupnya sudah merana
sungguh! Sakit hatinya
dengan kepetahan Abby
menyangkal setiap amarahnya
sehingga dia rasa
tidak selamat lagi
menjadi bos di
situ. Helo? Encik
Arrayyan Zainuddin rasa
tak selamat disebabkan
seorang perempuan macam
Abby?
“Betul bos,
tadi Abby menyoal
kami tentang perkataan-perkataan yang
dah tak nampak
akibat diconteng itu. So,
kami sama-sama hendak
membantu dia,” Azham
bersuara. Suzanna mengangguk-angguk tanda
bersetuju dengan kata-kata
Azham itu. Kasihan pada
Abby apabila berlaku
jujur pun tetap
juga dimarahi.
“Awak ada
bos, Abby. Apa
yang awak tak
faham, sepatutnya, awak
terus tanya saya,”
Arrayyan mengendurkan suaranya
meskipun dia masih berasa bengang
dengan Abby. Beria-ia
Azham melindungi Abby
membuatkan dia naik
meluat dengan gadis
cantik itu. Perangai
tak serupa bikin!
“Saya minta
maaf bos, tapi
bos kan tak
suka diganggu. Diela
pernah cakap dengan
saya yang bos
tak suka diganggu.
Saya tengok tadi,
kepala bos asyik
ke bawah menghadap
dokumen. Diela pernah
cakap, kalau bos
berkeadaan macam tu,
jangan sesekali pergi
cari penyakit kalau
tak ada penyakit.
Dia cakap, kalau
teringin telinga comel
saya ni tercabut,
barulah masuk. Eh,
takkan saya nak
masuk pulak ya
dak? Rosaklah telinga
saya ni nanti,”
Abby menjawab dengan
petah. Pekerja lain
semua menunduk dan
tersenyum-senyum. Masing-masing terhibur
mendengar jawapan Abby
itu.
Arrayyan mendongkol
marah. Geram sungguh
dia dengan Abby.
Kalau setiap hari
macam ini, mahu
dia berbaring di
katil hospital selama
sebulan! Sakit hati.
Sakit hati sesungguh-sungguhnya dengan
Abby! Anak dara
siapalah melawan kata
begini? Miss Excuses!
“Eee! Awak
ni kan, memang
menjawab aje pandai! Saya
pecat awak nanti!
Apa lagi yang
Diela dah burukkan
saya?” Arrayyan mengamuk.
Diela berani mengutuk
dia? Mentanglah dah
berhenti kerja. Dah
selamatlah tu, kononnya!
Bentak hati Arrayyan
geram. Kalau dia
jumpa Diela ini
memang dia akan
cekik kuat-kuat!
“Eh, Diela
tak pernah memburukkan
bos. Dia kata,
bos sangat tegas
dan berkaliber. Itu
sahaja,” bohong Abby
apabila menyedari yang
dia sudah terlepas
kata. Habislah aku
kalau bos tahu!
Lagi habis kalau
Diela tahu! Diela
merajuk bukan main
lama lagi.
“Ya Allah
ya tuhanku, sabar
jelah aku,” akhirnya
Arrayyan mengalah. Dia
mengurut-urut dadanya. Cuba
bertenang sebaik mungkin.
Mana boleh dia
berasa kalah dengan
seorang gadis seperti
Abby? Ini memang
karut! Berpeluh-peluh dia
berhadapan dengan Abby.
Gadis itu pula
nampak tenang sahaja.
Tak boleh jadi
betul!
“Maafkan saya
bos,” akhirnya Abby
meminta maaf. Alamak!
Apa pasallah mulut
aku cabul semacam
aje hari
ni? Dahi tak
gatal digaru-garu. Bila
dah kalut, macam-macam
yang nak digarunya!
“Dahlah, siapkan
cepat. Kalau pukul
dua ni nanti,
masih lagi tak
siap, saya potong
gaji awak! Dahlah
menjawab setiap patah kata saya.
Memang sangat melampau!”
bebel Arrayyan garang.
Pekerja-pekerja lain yang
sedang tersengih melihat
adegan sebabak itu
masing-masing beriak selamba
apabila Arrayyan merenung
mereka seorang demi
seorang. Takut.
“Dan kau
orang, kalau sibuk
nak gelakkan aku,
baik kau orang
keluar!!” jerkah Arrayyan
kuat apabila sebahagian
dari pekerjanya tergelak-gelak.
“Keluar!!” Abby
pula menyergah Arrayyan.
Bukan dia sengaja
tetapi dia melatah!
Semua pekerja yang
menahan tawa tadi
akhirnya tergelak juga. ada yang
memegang perut, ada
yang menepuk meja
dan menghentak kaki.
Abby nampak suasana
macam di zoo
itu. Menakutkan!
“Aku potong
gaji kau orang
semua dua puluh
peratus!” Arrayyan berkata
sambil berjalan pergi
ke biliknya. Semua
terdiam mendengar kata-kata
Arrayyan itu. Dia
sempat menjeling Abby
dengan jelingan maut.
Geram kerana latahan
Abby itu berjaya
membuatkan dia kelihatan
seperti seorang bodoh.
Bodoh di mata
pekerja lain.
‘Hantu punya
bos!’ maki Abby di
dalam hati.
GEDEGANGG!!! Pintu
terkatup rapat dan
kuat. Arrayyan mengamuk.
Bahu semua pekerja
terhinggut hebat dek
bunyi kuat hempasan
pintu itu.
Abby berasa
bersalah apabila pekerja
mula bersoseh-soseh mengenai
gaji mereka yang
bakal dipotong oleh
Arrayyan. Semua menunjukkan
riak sedih. Abby
rasa bertanggung jawab.
Memang dia bertanggung
jawab kepada kejadian
itu. Sebab latahan
dialah, pekerja semua
terpaksa berhadapan dengan
masalah gaji. Dia
akhirnya membuat keputusan
untuk bersemuka dengan
Arrayyan. Apa nak
jadi pun jadilah!
0 komen:
Post a Comment