BAB
4
Ingin kuhidup
seribu tahun lagi
menghayati detik ini,
Detik di
mana hanya ada
kau dan aku...
AKTIVITI pada
hari kedua, Island
Hoping. Penat juga
memandangkan duduk kat
atas bot agak
lama. Aku mabuk
laut. Entah apa
yang aku tak
mabuk agaknya? Naik
kapal terbang mabuk.
Naik bot pun
mabuk. Mujurlah Rasydan
sentiasa ada.
Pakej yang
kami ambil ialah
Phi Phi Island,
tujuh point. Bayaran
dikenakan memang berpatutan.
Hanya RM170 untuk
sekepala termasuk makan
tengah hari dan
juga air mineral.
Point yang
pertama ialah Maya
Bay. Memang famous tempat
ni menurut kata
si leader kami.
Katanya di sinilah
Leonardo DiCaprio berlakon
dalam filem The
Beach. Disebabkan Leonardo
pernah berendam kat
dalam laut ni,
jadi aku pun
mengambil peluang untuk
mandi ‘bekas’ Leonardo
dan beribu orang
lain mandi dan
kencing ini. Maklumlah,
masa diberikan hanyalah
empat puluh minit,
jadi baik aku
manfaatkan, ye dak?
Pasir putih,
laut membiru... sebelum
mandi, kami sempatlah
berselfie. Lepas tu,
kamera entah ke
mana, kami entah
ke mana. Seronok
sangat bermain air.
Mujurlah ada orang
nak jaga kamera.
Leaderlah. Siapa lagi?
Sesudah mandi,
kami berangkat pula
ke point kedua
iaitu Bamboo Island.
Air laut dia...
memang tersangat cantik!
Dah macam dalam
gambar beredit pulak
dah. Aktiviti snorkeling
boleh dilakukan di
sini. Jadi kami
diberi masa lagi.
Gelaplah kulit aku
nanti. Aku tak
buat aktiviti snorkeling.
Sebab aku rasa,
masa inilah aku
nak ambil gambar
pemandangan dan gambar
laki aku bersnorkeling. Memang
cantik gila. Air
laut dia jelas
sejelas jelasnya.
Tergedik-gedik kaki
Rasydan melibas air.
Comel. Entah apa
yang dia nampak
agaknya? Aku bukan
tak nak snorkeling.
Aku rimas bila
pakai benda tu
kat muka. Nak-nak
aku ni tak
pandai menyelam. Walaupun
tak dalam, tapi
skil apungan badan
tu kena ada.
Aku tak ada
skil tu. Baik
tak payah.
Kalau
aku mati lemas
nanti, sampai bila-bila
Rasydan kena hadap
rasa malu bila
isteri dia boleh
mati lemas di
tempat cetek begini.
SETELAH banyak
point yang
kami lawati, tibalah
masa untuk pulang
ke hotel semula.
Berat hati hendak
meninggalkan tempat-tempat cantik
di sini. Memang
tak jemu mata
memandang. Tapi terpaksalah
kan? Kalau tak
kena tinggal pula dengan leader.
Selepas kami
usai mandi, aku
mula berdiri di
depan cermin. Nak
menangis rasanya bila
tengok muka sendiri.
Muka aku gelap
gelita! Aku pegang
kedua belah pipi
dengan kedua belah
tangan. Tangan pun
dah hitam sama!
Bahaya bahang matahari
ni. Macam mana
minah saleh semalam
rileks aje berjemur
dengan bra tak
pakai?
Orang lain
letih jaga kulit
tak bagi hitam,
mereka duduk berjemur
pulak lagi. Berbogel
pulak tu. Gila
apa?
“Abang! Hitamnya
muka Irqin.” Aduku
sambil menyentuh kulit
mukaku yang sudah
bertukar warna. Dahlah
baru sekarang nak
rasa pedih akibat
berjemur sepanjang hari.
“Abang pun
sama. Biasalah tu.
Hitamkan manis...” dia
menyedapkan hati aku.
Hidungnya menyentuh pipiku.
“Abang lelaki
tak apa... Irqin
ni letih-letih pakai
krim muka itu
ini, sekali?” aku
merungut. Dia tersenyum
saja.
“We
have fun tadi
kan?” Rasydan masih memujuk.
Aku angguk. Memang
aku gembira sangat.
Tapi... sedih juga
bila nampak biji
mata putih aje.
Tak adalah seteruk
itu kulit aku
terhangus tapi aku
rasa macam tu...
macam dayang senandung.
“Okey, besok
Irqin nak cari
spa. Buat facial segala.
Boleh?” soalku. Suamiku angguk.
“Boleh sayang...
tapi sayang dah
lawa. Tak kisahlah
hitam ke putih...
abang nak sayang
tau sayang sangat-sangat
cantik di mata
abang. Abang beruntung
ada isteri secantik
Irqin. Tak jemu
mata memandang.” Panjang
lebar sekali pujiannya.
Eleh, macam aku
tak tahu muka
miang dia tu. Membodek!
“Yelah. Hari
ni Irqin urut
abang.” Aku mengalah
tiba-tiba. Dia tergelak
besar.
“Menyesal bodek.
Irqin dah tahu
agenda abang rupa-rupanya.
Cepat...” dia merebahkan
diri ke atas
katil dalam keadaan
meniarap.
“ABANG... yuhuu...
tidur?” aku mencelikkan
mata dia dengan
jariku. Sengaja mengganggu
tidurnya. Matanya terbuka.
Dia pejam celikkan
matanya. Kening jatuh,
meminta simpati supaya
aku benarkan dia
tidur. Hehehe. Jahatnya
rasa bila ganggu
dia tidur. Dahlah
dia kepenatan.
“Kenapa sayang?”
dia kembali memejamkan
matanya. Aku menghadap
muka kacaknya. Keningnya
aku sentuh lembut.
Dia tersenyum tanpa
membuka mata.
“Rindu. Irqin
tak boleh tidur.”
Bisikku. Dia menggagau
mencari tanganku lalu
dibawa ke bibir.
Dikucup tanganku berkali-kali.
“Abang kat
depan mata pun
boleh rindu ke?
Tidurlah. Tak penat
ke?” soalnya.
“Penat. Tapi
tak boleh tidur.”
Bisikku lagi. Mata
dia masih terpejam.
Tapi aku tahu
dia dengar.
“Mata abang
tak larat nak
buka. Sedap sangat
urutan sayang.” Ucapnya
bersama senyuman yang
makin pudar. Makin
nak tidurlah tu.
Entah-entah separa sedar
dah dia bercakap.
“Abang sayang
Irqin?” soalku.
“Hmm.” Dia
menyahut semakin perlahan.
Hish. Baru hari
kedua kat sini,
dah lembik macam
ini? Itulah, siapa
suruh sakan buat
aktiviti kanulah apalah.
“Abang tidurlah.”
Aku mengucup keningnya.
Kesian pulak. Tiba-tiba
matanya terbuka. Kuyu.
Dia tersenyum. Tangannya
melingkar di bahuku
lalu dipeluk kejap.
Ubun-ubunku dikucup berkali-kali.
“Selamat malam,
cinta. Tidur lena,
sayangku.” Ucapnya perlahan.
Aku tersenyum. Patutlah
aku tak boleh
tidur. Tadi dia
tak ucap. Aku
membalas pelukannya.
“Selamat malam,
abang. Love you.”
Ucapku sambil mengucup dagunya.
“ABANG...” panggilku.
Celik sahaja mata,
aku melihat dia
sedang menaip sesuatu
di komputer ribanya
di sisiku. Kakinya
berlunjur malah badannya
hanya beralaskan bantal
yang didirikan di
kepala katil.
“Hey,
morning love. Lena
tidur?” soalnya yang
terhenti menaip itu.
Keningku dikucup sebelum
kembali menghadap laptop.
“Hmm... lena.”
“Jetlagged sangat
ke?” soalnya.
Aku tersenyum
dan mengerdipkan mataku,
mengiakan soalannya, baru
malam tadi kami
tiba dari Phuket.
Penatnya usah kata...
memandangkan aku dan
dia pergi membeli-belah
sebelum kami berangkat
semalam. Nak kata
jarak jauh, tidaklah.
Tapi bila buat
kerja dalam keadaan
berkejar-kejar ini, memang
penatnya luar biasa.
“Abang menaip
apa?” soalku. Setahu
aku dia belum
mula bekerja pun.
“Abang berbalas
email dengan si
Zack ni. Nak
minta tolong dia
edit dan cucikan
gambar kita dekat Phuket tu.”
Suamiku berkata. Aku
ikut bersandar di
tepinya. Membaca emailnya.
Zack, kawan
karib dia itu
merupakan seorang photographer dan
mempunyai kedai foto.
Mereka berkawan baik
semenjak dari kecil
lagi. Sejujurnya, aku
tak berapa berkenan
dengan perangai Zack
tu sebab dia
bercinta dengan tunangan
orang. Suamiku sendiri
sudah berbuih mulut
berpesan kepadanya supaya
tidak mengucar-kacirkan hubungan
orang. Namun, Zack
kata kekasihnya itu
bertunang tanpa rela.
Entahlah, aku
pun tak faham
sebenarnya hubungan cinta
Zack itu. Memang
cari nahas sungguh.
“Tak percayakan
abang ke?” usik
suamiku sambil menyenggol
bahuku dengan bahunya.
Aku tersenyum. Ubun-ubunku
dikucup laju.
“Suka tengok
abang menaip. Laju.”
Balasku bersahaja. Sebenarnya,
apa saja yang
dia buat, semua
aku suka. Bagai
ada daya penarik
untuk setiap perbuatannya
sampaikan aku ingin
selalu melihatnya.
“Eleh, kalau
takut abang curang
baik mengaku...” usiknya
lagi. Aku tergelak.
Dia curang?
Aku takkan percaya.
Bukannya apa, semua
kata laluan sama
ada komputer riba,
email, akaun Facebook,
dan sebagainya diberitahu
kepadaku. Dia memang
tidak suka berahsia
denganku. Aku percayakan
kesetiaan suamiku.
“Orang nak
bermanja dengan abang
pun tak boleh!”
aku merungut geram
sambil menjauhkan diriku
daripadanya.
Dia meletakkan
komputer ribanya ke
tepi, meninggalkan ayat
yang masih tergantung
pada skrin komputer
ribanya.
“Boleh sangat
ha. Cepat, cepat!”
dia mendepangkan tangannya.
Aku tergelak. wajahnya
aku tolak perlahan
dengan jari telunjuk.
“Gatal!” kataku.
Dia tergelak besar.
“Tadi kata
nak manja sangat...”
dia duduk tegak
dan menarik aku
berbaring di ribanya.
Rambutku diusap-usap lembut.
Dia faham manja
yang bagaimana aku
maksudkan jadi dia
memanjakan aku dengan
cara begini. Sempurna!
“Abang, Zack
dengan perempuan tu
lagi ke?” soalku
sambil menatap mata
redupnya. Keluhan suamiku
mula kedengaran.
“Abang tak
tahu nak nasihat
macam mana dah.
Kawan abang tu
degil sangat dari
kecil. Abang tak
boleh nak buat
apa dah. Biarlah
dia. Abang risaukan
dia sebenarnya. Takut
jadi sesuatu yang tak diingini.
Kita tak tahu
angin orang macam
mana kan? Kalau
si tunang awek
dia dapat tahu...
risau pula abang
ni dengan Zack.”
Beritahu suamiku.
“Banyak lagi
perempuan lain...” aku
merungut.
“Kata Zack,
‘she’s the
one’. Tak boleh
nak kata apalah.
Zack bukan senang
jatuh cinta. Sekali
jatuh cinta, dengan
tunang orang pula.
Cari masalah sungguhlah.”
Bebel suamiku. Tidak
lama kemudian, aku
mendengar keluhannya.
“Mujur abang
jatuh hati dengan
perempuan single and available
macam Irqin...” aku
berkata dengan nada
gurauan. Dia tersengih.
“Abang bukan
jatuh okey? Tersadung...”
“Tersadung aje?”
“Lepas tu
abang terjun...” kami
tergelak serentak. Rambutku
dirunyai-runyaikan sebelum dia
mencubit pipiku.
“Terjun pun
terjunlah.” Kataku bangga.
“SIAPA datang?”
soalku yang baru
keluar dari kamar
mandi. Suamiku tersenyum
manis dan menghampiriku.
“Zack. Tapi
dah balik dah.”
Beritahunya.
“Cerianya muka...”
komenku.
“Sayang, gambar
kita dah siap
diframekan.” Patutlah ceria
saja. Dia memang
ternanti-nantikan gambar kami
di Maldives tempoh
hari. Setiap hari
mulutnya mengomel tentang
gambar itu hendak
disangkutkan di dinding.
“Dah sangkut?”
soalku. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Abang nak
letak dekat atas
kepala katil.”
“Laaa. Itu
hari abang kata
nak letak dekat
ruang tamu...”
“Tak naklah.
Tak jadi. Dekat
ruang tamu abang
nak letak gambar
candid sayang dekat
situ. Lawa gila.
Abang dah cakap
itu hari. Sayang
kena tengok gambar
sayang. Comel sangat.”
Beria-ia dia memuji.
Aku yang masih
dibaluti kain tuala
ini ditarik ke
ruang tamu. Dapat
aku lihat gambar
aku yang dibingkaikan
itu disandarkan ke
atas sofa.
“Wow... ini
ke gambar yang
Irqin tak mahu
tengok dulu?” soalku.
“Yap! Inilah
gambarnya. Comelkan? Sayang
pegang topi dan
tergelak macam tu.”
Komennya teruja.
“Cantiknya... abang
ada bakat sama
macam Zack!” pujiku.
Dia mendukungku dan
memusingkan badanku setempat.
Aku tahu dia
gembira.
“Eh, abang
ni. Lucut kain
ni nanti.” Aku
membulatkan mata. Dia
ketawa.
“Abang gembira
sangat ni. Tak
sangka abang jadi
jurugambar untuk gambar
yang cantik ni.
Lebih abang banggakan
lagi, inilah satu-satunya
gambar yang Zack
tak edit...” dia
membangga diri. Aku
mencuit hidungnya.
“Mana gambar
kita berdua?” soalku.
Dia tersenyum lebar
kali ini. Perlahan-lahan dia
jalan mengundur ke
arah belakang sofa.
Aku tertilik-tilik. Apa
yang dia cuba
buat?
Di belakang
sofa, dia menarik
keluar dua buah
gambar sederhana besar
yang juga telah
siap dibingkaikan. Satu
gambar hitam putih
di mana hidung
kami berlaga berlatar
belakangkan matahari terbenam.
Gambar yang diambil
oleh salah seorang
pelancong asing di Phuket dulu
dan satu lagi
gambar dia mengucup
ubun-ubunku dan aku
tergelak dengan mata
yang terpejam. Juga
berwarna hitam putih.
Gambar itu
sudah cukup membuatkan
hati aku rindu
untuk ke sana
lagi bagi menghayati
detik-detik kami bersama.
Sangat menyeronokkan!
“Cantik kan?”
pujinya teruja. Aku
angguk berkali-kali. Air
mata mula berlinang.
Kedua-dua gambar itu
menunjukkan yang dia
benar-benar menyayangi aku.
“Hey, kenapa
ni?” soalnya apabila
air mataku mula
menjujuh jatuh. Bahuku
sudah mula terhinggut-hinggut. Dia
menghampiriku. Gambar diletakkan
di atas sofa.
Aku tanpa
berlengah terus mendakap
tubuhnya. Dia membalas
dakapanku. Telingaku dikucup
lembut.
“Terharu sangat
tengok gambar-gambar ni...”
aku berkata. Dia
tergelak kecil.
“Abang ingatkan
kenapalah tadi. Cengeng
betul sayang ni...”
komennya. Lehernya aku
rangkul.
“Terima kasih
sudi sayang Irqin,
bang.” Ucapku sambil
menjingkitkan kaki dan
mengucup pipinya. Dia
mengenyitkan matanya.
“Always
be my pleasure,
cinta. Dah, jangan
sedih-sedih. Jom kita
tengok gambar yang
lain dalam album
yang Zack buat
khas untuk kita.
Hadiah pengantin baru
katanya.” Dia menarik
tanganku agar duduk
melihat gambar yang
lain.
“Irqin nak
pakai baju dulu.
Irqin berkemban ni...”
aku merungut.
“Kejap lagilah.
Tak ada sesiapa
tengok. Abang aje
kan?” dia memujuk.
Aku mengalah. Dia
mendudukkan aku di
celah kelengkangnya sambil
tangan memeluk pinggangku.
Dagunya ditongkatkan ke
bahuku. Dan aku
membuka album gambar
kami helaian demi
helaian untuk kami
tatap bersama...
Oh tuhan,
hentikan sekejap waktu
ini untuk aku
hayati lebih lama
bersamanya. Hanya dengan
dia.
0 komen:
Post a Comment