BAB 6
“RISSA, abang mungkin
nampak tak sweet macam boyfriend kawan-kawan
Arissa. atau boyfriend
sesiapa pun. Tapi
abang nak Arissa
tahu yang Arissa
sentiasa menjadi keutamaan
abang. Jadi Arissa
kena pandai jaga
diri tau?” Arissa
terkebil-kebil memandang Ikmal
yang berkata-kata itu.
Mereka baru
saja sampai di
bawah bangunan apartment
Aida dan Hafizul.
Ikmal, bukan romantik
macam lelaki dalam
drama, akan keluar
bukakan pintu untuk
kekasihnya. Ikmal itu
Ikmal! Ikmal yang
tak pandai nak
beromantik. Jadi dia
kekal kaku di
dalam kereta.
Arissa pula
sudah membebel di
dalam hati.
‘Tak teringin
ke nak bukakan
pintu untuk aku?
Layan aku macam
puteri sekali sekala?’
“Kenapa abang
tiba-tiba cakap macam
ni?” soal Arissa
sengaja nak panjangkan
perbualan. Masih berharap
agar Ikmal akan
keluar dan bukakan
pintu untuknya. Atau
mengharapkan Ikmal memberitahunya sesuatu
yang romantik walaupun
dia tahu harapannya
sia-sia.
“Sebab abang
tahu Arissa macam
tak berapa happy ber-boyfriend-kan abang.”
Ikmal tayang sengih.
“Sedar pun.”
Jeling.
“Abang tak
minat tengok wayang,
shopping segala.” Kata
Ikmal lagi memberi
kata kiasan yang
dia tak pandai
buat apa yang
boyfriend lain buat
untuk gembirakan hati
awek mereka.
“Tahu.” Perlahan
saja suara Arissa.
Sebab itulah dia
agak terkilan. Ikmal
seorang kekasih yang
membosankan. Tiada aktiviti
menarik pun yang
mereka lakukan bersama
kecuali Muay Thai.
Tengok wayang?
Tiada. Bersiar-siar? Tiada.
Ikmal telan liur
melihat reaksi Arissa
itu. Tiba-tiba dia
rasa bersalah. Dia
bukannya single lagi.
Dia tak boleh
terlalu terbawa-bawa status
itu. Nanti Arissa
lari. Dia juga yang merana.
“Tapi abang try,
okey?” pujuknya tidak
lama kemudian. Bersinar
mata Arissa mendengarnya.
Rasa macam tak
percaya saja kata-kata
itu keluar dari
mulut seorang Ikmal.
“Eh, biar
betul ni?”
“Petang besok
kita keluar.” Ikmal
bersuara, mengukuhkan lagi
kata-katanya. Semakin membulat
mata Arissa mendengarnya.
Ikmal serius? Wajah
cerianya bertukar mendung
sebaik saja teringatkan
kakaknya yang masih
tidak mengetahui hubungan
cinta mereka.
“Tengoklah kalau
kak Aida bagi.”
Suaranya.
“Abang akan
cakap dengan dia.
Dah sekarang masuk
rumah.” Ikmal mendekatkan
wajah mereka. Arissa
tutup mata. Terkejut.
Takkan Ikmal nak
cium dia pula? Kenapa
mesti dia berdebar?
Kenapa mesti dia
tak palingkan muka
ke arah lain?
Takkanlah dia jadi
bodoh disebabkan cinta?
Tiba-tiba bunyi
pintu kereta dibuka.
Terbuka mata Arissa.
Ikmal sudah tersenyum-senyum. Cis!
Ikmal buka pintu
dari dalam saja.
Pemalas punya pakwe! Apalah
salahnya buka seatbelt tu,
buka pintu, jalan
keluar dan bukakan
pintu dari luar
untuknya? Hish! Arissa
membebel di dalam
hati.
“Tak sabar
nak Arissa keluar
dari kereta ya?”
soal Arissa berjauh
hati. Ikmal tergelak
kecil.
“Tak boleh
berlama sangat. Abang
ni lelaki.” Kata-kata
Ikmal itu cukup
buat Arissa faham.
Dia mengangguk akur.
IKMAL ke rumah
mereka hari ini.
Arissa tersenyum melebar
dari awal Ikmal
muncul sampailah sekarang.
Wajah garang Aida
langsung tidak menakutkan
dia. Dia hanya
nampak wajah kacak
Ikmal saja di
mana-mana.
“Sejak bila
bercinta kau orang
ni?” tegas nada
Aida. Ikmal tahu
Aida tidak sukakan
dia. Tapi dia
peduli apa? Demi
kasihnya pada Arissa,
dia sanggup berhadapan
dengan Aida. Malah
kalau dia diarahkan
untuk menghadap harimau
sekalipun dia sanggup.
“Aku dah
agak!” Hafizul yang
sedari tadi menjadi
pendengar mula bersuara
bangga. Bangga kerana
tekaan hatinya dulu betul.
“Kau diam.
Aku tengah serius
ni.” Aida mencubit
paha suaminya. Bahu
Hafizul terhinggut-hinggut menahan
tawa. Apa yang
nak diseriuskan sangat?
Bukannya Aida tidak
mengesyaki hubungan Ikmal
dan Arissa. Malah
dari dulu lagi
Aida sering berkata
yang Arissa dan
Ikmal tu macam
ada apa-apa.
“Hmm... barulah
jugak, kan Rissa?”
soal Ikmal selamba. Macam tiada
apa. Aida sudah
mencerlung memandang Arissa
yang tersenyum-senyum itu.
Arissa yang sedang
mendukung anak Aida
itu mengangguk.
“Aku tak
nak kau terasa,
Ikmal. Aku tahu
perkara ni akan
terjadi juga. Memang
dah lama aku
syak korang berdua
ni ada sesuatu.
Nak melarang, siapalah
aku? Cuma aku
nak bagi amaran,
sekali aku tengok
air mata Arissa
atas perbuatan khianat
kau, memang siap
kau.” Aida berkata
tegas. Ikmal angguk
berkali-kali. Halkumnya turun
naik.
“Jangan risau.
Dia takkan menangis
disebabkan aku.” Yakin
Ikmal bersuara.
Walaupun Ikmal
pandai seni mempertahankan diri
Muay Thai, namun
dia tetap takut
dengan amaran dari
Aida. Bukannya dia
risau kalau badannya
riuk dibelasah Aida
kerana itu tidak
mungkin. Tapi dia
risau kalau-kalau Aida
menghalang dia daripada
berkawan dengan Hafizul
atau berjumpa dengan
Arissa lagi.
Hafizul sahabat
karibnya yang dia
rela mati demi
mempertahankan hubungan mereka
dan Arissa pula
buah hati pengarang
jantungnya yang menjadi
penentu lena atau
tidak malam-malam harinya.
Kedua-dua itu merupakan
orang terpenting dalam
hidupnya.
Maknanya, selepas
ini dia kena
berhati-hati dalam tindakannya.
Setitis pun air
mata Arissa dia
tak boleh tumpahkan.
Aida seorang yang
sangat tegas dan
tidak pernah memungkiri
apa yang dikatanya.
Itu yang dia
takutkan sangat.
“Lagi satu, korang
nak keluar kan?
Setiap kali korang
keluar, korang kena balik sebelum
pukul sebelas malam.
Dan tolong jangan
ambil kesempatan atas
kelurusan adik aku.
Aku tak nak
Arissa ada pengalaman
macam aku. Kau
pun faham kan?”
soal Aida dengan
wajah serius. Ikmal
mengangguk.
Hafizul mengetap
bibir. Ikmal tersenyum
mengejek memandangnya. Hafizul
mencemik. Nak ejek
dialah tu sebab
dah terbabas sebelum
nikah. Huh!
“InsyaAllah takde.”
Ikmal berkata.
“Aku nak
kau janji.” Tegas
Aida.
“Aku janji
takkan ambik kesempatan
atas kelurusan dia.
Dan aku takkan
layan kalau dia
goda aku.” Sempat
lagi Ikmal berjenaka.
Arissa mencemik bila
mendengar kata-kata Ikmal
yang tak berasas
itu. Tak ada
maknanya dia nak
menggoda. Dia bukannya
pandai menggoda. Terkekeh-kekeh
Hafizul gelak namun
tak lama apabila
belakang badannya menerima
cubitan daripada Aida.
“Kau ingat
lucu?” soal Aida
memandang ke arah
suaminya. Kali ini
Ikmal dan Arissa
pula yang berusaha
menahan tawa melihat
wajah Hafizul yang
terus tercebik itu.
Baru lagi
nak membebel panjang,
tangisan Aizul kedengaran.
“Rissa, bagi
sini Aizul. Dia
lapar tu.” Hafizul
meminta anaknya. Aizul
bertukar tangan, Hafizul
menyumbat botol susu
yang masih bersisa
itu ke dalam
mulut anaknya.
“Korang, pergilah
cepat. Kang tak
puas jumpa pulak.
Ingat balik sebelum
pukul 11.” Pesan
Aida. Ikmal dan
Arissa berpandangan dan
tersenyum. Serentak mereka
mengangguk patuh. Tak
sangka juga. Sporting
juga Aida ni.
“Dan lagi
satu. Ikmal, kau
kena ingat, aku
juara memanah dulu.
Dan aku tak
kisah nak panah
kau dari atas
kalau aku tengok
kau melebih-lebih dengan
adik aku waktu
nak hantar dia
balik malam ni.”
Tegas lagi. Ikmal
tersengih dan mengangguk.
“Baik Katniss
Aidadeen.” Dia menabik
Aida. Terkekeh-kekeh Hafizul
dan Arissa gelak.
“JANGAN AJAK Rissa
tengok wayang lagi
kalau abang nak
tidur dari awal
sampai habis.” Bebel
Arissa sebaik sahaja
mereka melangkah keluar
panggung. Ikmal menggeliat
bersungguh-sungguh. Sakit badan kerana tidur
dalam keadaan duduk.
Dia terlepas keseluruhan
cerita yang mereka
sepatutnya tonton tadi.
Tidur lagi best.
“Mana ada
abang tidur? Abang
tengok kan tadi?”
masih nak menafikannya
walaupun dah terang-terang
dia memang tidur.
“Jangan nak
menipu. Awal-awal, waktu
iklan tu memanglah
abang tak tidur.
Tapi sibuk habiskan
popcorn Arissa. Lepas
tu, tak sampai
lima minit cerita
start, abang boleh
berdengkur. Malu muka
ni tahu tak?”
bebel Arissa lagi.
Wajahnya cemberut.
“Siapa aje
yang tak tidur
tengok cerita Cinderella?”
“Ada aje
yang tak tidur.
Lelaki kat sebelah
Arissa tadi tak
tidur.”
‘Itu sebab
dia lembut. Tak
pun mungkin sebab
dia nak jaga
hati awek dia.’
Balas Ikmal namun
hanya di dalam hati.
Malas dia nak
keruhkan keadaan dengan
memanjangkan pertelingkahan, dia mengalah
saja.
“Sorrylah. Okey,
kali ni kita
pergi shopping jelah.
Ada masa lagi
ni.” Ikmal melihat
jam di tangan.
Sebal hati Arissa
dengan perangai Ikmal.
Ingatkan betullah nak
jaga hati dia.
Rupa-rupanya, lelaki itu lebih menyakitkan
hati dia.
“Tak payahlah.”
“Okey kali
ni abang janji
abang tak tidur.”
Kata Ikmal.
“Memanglah. Siapa
tidur waktu shopping
tu memang pelik.
Layak digelar kera!”
marah Arissa. Ikmal
ketawa mengekek. Okey,
memang dia takkan
tidur waktu shopping
sebab tak sanggup
digelar kera.
Sangkanya teman
awek bershopping ni
seronok... rupa-rupanya sangat
membosankan. Arissa tanya
baju mana yang
lawa, bila dia
kata dua-dua tak
lawa, Arissa paksa
tunjuk satu yang
lawa. Bila dah
tunjuk, Arissa kata
tak mahu pula
sebab pada awalnya
Ikmal kata dua-dua
tak lawa.
Tak sangka
langsung perempuan punya
perangai sangat complicated. Sayang
punya pasal, terima
sajalah. Sudah dua
tiga buah butik
mereka jelajah tapi
satu pun Arissa
tak berkenan. Akhirnya
keluar juga keluhan
di mulut Ikmal.
“Mengeluh... mengeluh!
Dah tau tak
rela, lain kali
jangan beri cadangan.”
bebel Arissa.
“Mana ada?”
“Tak
payah
nak tipu, jomlah
balik.”
“Rissa...” panggil
Ikmal lembut. Masih
terlalu awal untuk
mereka pulang. Dia
tak puas lagi
meluangkan masa bersama
Arissa sebenarnya. Cuma
aktiviti yang mereka
jalankan saja sangat
membosankan.
“Abang suka
muay thailah. Apa
lagi?”
“Selain dari
tu?”
“Wall
climbing. Paintball. Video
games.” Ikmal bersuara
lagi. Itu aktiviti
yang dia suka
tetapi jarang sekali
dia lakukan kerana
dia menghabiskan hampir
seluruh masanya dengan
menumbuk punching bag atau
berlatih di gym.
“Okey. boleh.
Nanti abang setkan
bila kita wall
climbing, paintball dan
main video games.
Kalau video games,
bawak aje mainan
abang tu dekat
rumah kak Aida.”
Arissa mengeluarkan arahan.
“Rissa ingat
video games sekarang
macam dulu ke?
Yang main PS
segala? Orang sekarang
main games dalam
laptop aje tahu?
Dalam handphone.” Ikmal
tersenyum mengejek.
“Dah nama
video games. Okey
kalau macam tu
nanti Arissa bagi
abang laptop Arissa,
abang install games abang
dalam laptop Arissa.
Lepas tu ajar
Arissa main games
macam abang.” Kata
Arissa.
“Arissa akan
bosan.” Ikmal berkata.
Dia cukup faham
aktiviti itu tak
semua perempuan suka.
“Memang pun.
Tapi Arissa nak
tunjuk dekat abang,
macam mana caranya
nak jaga hati
pasangan!” Arissa sempat
menyindir. Tersenyum senget
Ikmal dibuatnya.
“Tu dah
dikira hipokrit. Kalau
tak minat baik
kata tak minat.
Berterus-terang lagi baik.”
Balasnya.
“Tak, minat
boleh dipupuk. Arissa
akan cuba minat
apa yang abang
minat. Sekarang, teman
Rissa makan. Lapar.”
Degilnya seorang Arissa.
Dengus hati Ikmal.
Tetapi entah kenapa
pendirian yang nampak
degil itulah yang
dia suka.
“Lapar?”
“Yelah.
Abang
pun tak makan
lagi, kan? Cepat
jangan banyak tanya.
Kang kena makan.”
Ugut Arissa. Ikmal
tersengih lebar. Arissa
ni nampak saja
marah, namun cukup
prihatin orangnya. Tahu-tahu
saja perut dia
dah lapar.
mula mula best lama lama junam
ReplyDelete