PROLOG
ZARA berjalan
lemah menuju ke bilik tidurnya. Menggeletar badannya
menyedari bahawa mereka
kembali bertemu selepas
enam tahun! Kenapa
baru kini lelaki
itu muncul semula
dalam hidupnya? Kenapa
baru sekarang Irsyad
muncul untuk membuktikan
kata-katanya? Setelah puas
maruah dirinya diinjak,
kenapa baru kini
Irsyad datang? Jangan
pernah bermimpi untuk dia melihat
muka Irsyad lagi
selepas pertemuan mereka
hari ini. Tekadnya
di dalam hati.
Zara mengusap air
matanya. Pedih. Itu
yang dia rasakan
setiap kali melihat
wajah lelaki itu.
Lelaki yang telah
meninggalkan kesan hitam
dalam hidupnya dulu.
Lelaki sama yang
menyebabkan dia berhenti
belajar di UiTM
Jengka dan terpaksa
berpindah kampus... lelaki
yang menyebabkan dia
rebah, tiada keyakinan
diri dalam hidup!
Lelaki itu yang
membuatkan dia menderita
bertahun lamanya! Bahkan,
sehingga ke hari
ini.
Munculnya lelaki itu
pada hari ini telah menyebabkan
dia dengan Aiman bertengkar! Belum
pernah Aiman sekasar
ini dengannya. Belum
pernah Aiman meninggikan
suara dengannya. Belum
pernah dia dicap
sebagai perempuan yang
tidak punya apa-apa
oleh sesiapa dan
hari ini, insan
kesayangannya yang menyatakan
begitu. Sungguh perit
tak terkata hati
ini. Hanya kerana
wujudnya seorang lelaki
bergelar Syed Irsyadul
Firdaus!
Dia berbaring lesu
ke atas katil.
Mukanya menekup bantal.
Tangisan yang dari
tadi ditahan pecah
juga. Kuat esakannya.
Itu sahaja satu-satunya
cara untuk dia
kembali tenang. Sudah
lama dia simpan
air matanya. Sudah
terlalu lama. Kenapa
mudah sekali untuk
dia menangis sebaik
sahaja Irsyad muncul?
Masih sayangkah Zara
kepada Irsyad? Zara
menggeleng-gelengkan
kepalanya. Lelaki dayus
seperti Irsyad tidak
layak untuk dicintai
dan disayangi! Lelaki
dayus! Otaknya terkenang
kejadian lampau yang
berlaku pada enam
tahun lepas. Cuti
semester yang sepatutnya
disambut dengan riang
gembira bertukar menjadi
satu tragedi! Tragedi
hitam buat dirinya.
“Zara, jom saya
hantarkan awak balik
Kuantan.” tegur satu
suara. Tak lain
tak bukan, itu
suara lelaki yang
diminatinya dalam diam.
Irsyad. Senyuman manis
buayanya sentiasa ada
sehingga menampakkan lesung
pipitnya yang agak
ketara di kedua
belah pipi. Debaran
di dada tatkala
melihat senyuman semanis
gula itu tidak
dihiraukan.
Zara meneruskan langkah.
Irsyad yang mengekorinya
dengan kereta mewah
itu langsung tidak
dihiraukan. Pedulilah! Mewah
atau tidak. Dia
tidak mahu terlalu
mengikut perasaan. Memanglah
hatinya berasa gembira
jika Irsyad sudi
menghantarnya pulang, tetapi
bagaimana dengan nasib
kekasih Irsyad? Teman
baiknya sendiri! Dia
tidak mahu dicap
merampas kekasih rakan.
Lagi pula, Irsyad
ini kelihatan seperti
playboy! Banyak
berkawan dengan perempuan.
Zara tak terfikir
untuk mengambil risiko
untuk ‘bermadu’ dengan
kekasih lelaki itu
yang lainnya.
“Zara.” panggil Irsyad
lagi. Lembut.
Zara mempercepatkan langkahnya.
Sempatkah? Masih adakah
tiket yang terjual
pada hari ini?
Sebenarnya dia langsung
tidak membeli tiket untuk pulang.
Sepatutnya Aiman yang
menghantar dia pulang
pada hari ini.
Namun, kereta Aiman
pula rosak. Sudahnya, terpaksa
dia menaiki kenderaan
awam untuk pulang
ke rumah.
“Naiklah, Zara.” Irsyad
mempelawa lagi. Zara
buat tidak endah
sahaja. Kaki dipercepatkan
langkahnya.
“Zara.” panggil Irsyad
tanpa jemu.
“Saya balik naik
bas.” Zara akhirnya
bersuara. Irsyad tersenyum
sahaja.
“Mana ada tiketlah
cik kak!” Irsyad
berkata sambil jemarinya
mengetuk-ngetuk stereng perlahan-lahan. Langkah
Zara terhenti. Matanya
terbuntang. Inilah kali
pertama dia hendak
menaiki bas. Mana
dia tahu segalanya
tentang tiket? Selama
ini dia hanya
pulang dengan Aiman
saja.
“Betul ke?” soalnya
terkejut. Irsyad mengangguk-angguk kepalanya
yakin. Yakin sekali.
Sedangkan semua itu
sekadar satu pembohongan
untuk dia menumpangkan
si gadis berhati
ais ini.
“Betullah. Kawan-kawan saya
semuanya tak lepas
balik. Diorang pun
kumpul orang untuk
suruh pak cik
van yang hantar
balik. Ramai sangat
yang nak balik
Kuantan.” ujar Irsyad
dengan muka serius.
Zara bertambah cuak.
Matanya memandang ke
kiri dan ke
kanan. Selepas itu,
langkah diatur semula.
Mungkin tiket bas
ada yang nak ‘letgo’
kut?
“Awak nak ke
mana? Jomlah naik
kereta saya. Saya
hantarkan. Kita sehala.
Awak nak balik
Kuantan juga kan?”
dia masih tidak
jemu memujuk. Zara
menggeleng tanpa berpaling.
Dia bimbang sekiranya
kekasih awal akhir
Irsyad nampak mereka
di situ. Sebolehnya,
dia tidak mahu
langsung ada musuh
di mana-mana.
“Tak apalah. Terima
kasih.” ujar Zara
acuh tak acuh. Akibat rasa
geram tidak dilayan,
Irsyad menghentikan keretanya
di hadapan Zara,
sekali gus mematikan
langkah gadis itu.
Zara berdecit geram.
Orang tak nak, dia paksa!
Bebel hati Zara.
“Heee, payah betullah
nak pujuk awak
ni. Saya bukan
ajak awak pergi dating
pun. Saya nak
tolong awak. Saya
pun nak balik
Kuantan ni. Hala
kita sama. jangan
risau, free of charge lagi. Tak
bazir duit awak
langsung.” bebel Irsyad
geram. Beg yang
dijinjit Zara dirampas selamba.
Zara cuba merampas
semula begnya namun
Irsyad mengelak.
“Bagi balik beg
tu!” bentak Zara
dengan gigi terkacip
geram. Dia cuba
merampas tetapi Irsyad
memusing-musingkan badannya mengelak.
“Awak ni kenapa?!”
jerkah Zara geram.
Spontan itu tumbukan
padu dihadiahkan ke
bahu lelaki itu
apabila dia lelah
mencuba untuk merampas
semula begnya. Irsyad
spontan terundur ke belakang beberapa
tapak. Irsyad rasa
tercabar dijerkah sebegitu.
Tak mengapalah. Sabar,
wahai hati. Bersabar...
“Saya nak tolong
awak!” Irsyad membentak
juga. Sebelah tangan
mengusap dada yang
terasa sakit setelah
ditumbuk tadi.
“Saya tak perlukan
pertolongan awaklah! Ada ke saya
minta tolong dari
awak?!” marah Zara
geram. Irsyad menahan
dirinya daripada marah.
Kalau tidak disebabkan
dia ingin tahu
lebih lanjut mengenai
latar belakang Zara, tidak ingin
dia memaksa begini.
Beg Zara dijatuhkan
ke bawah.
“Awak nak balik
sendiri, awak baliklah.
Jalan kaki. Tiket
bas dah tak
ada. Pergilah tanya
kaunter tiket kat
bandar sana kalau
tak percaya. Pandai-pandailah awak nak
tumpang sesiapa.” Irsyad
melangkah perlahan-lahan ke
keretanya.
Zara telan liur.
Benarkah?
“Err, Irsyad...” panggilnya
perlahan. Irsyad berhenti
melangkah. Senyuman dikulum.
Macam mengena sahaja
jeratnya! Dia berpaling
lambat-lambat ke arah
Zara dengan riak
serius.
“Kenapa?” soalnya serius.
“Kalau awak tak
percaya, pergilah tengok
sendiri.” Kata Irsyad
bersama dengusan. Sengaja
mahu kedengaran meyakinkan.
“Saya tumpang awak sampai ke bandar Kuantan
boleh?” soal Zara
lambat-lambat. Irsyad tersenyum
dan mengangguk. Dia
kembali mengambil beg
yang dijatuhkan tadi.
“Sampai ke rumah
pun tak apa.
Saya tak kisah
langsung. Sampai nanti,
tunjukkan saya hala
ke rumah awak. Jom.” ajak
Irsyad senang hati.
Payah! Payah untuk
dia mendekati gadis
bernama Zara ini.
Ini merupakan cara
terakhir.
Nanti, dia bakal
menamatkan ijazahnya di
UiTM Jengka itu.
Jadi, payah baginya
untuk berhubung dengan
Zara lagi. Sekurang-kurangnya, biarlah
dia tahu di
mana Zara tinggal.
Boleh dia melepaskan
rindu nanti.
“AWAK ni
dari tadi diam
aje, kenapa?” soal
Irsyad pelik. Sudah
sampai di Gambang!
Zara tidak membuka
mulut langsung. Cadangnya
dia hendak meluah
apa yang terbuku
di hatinya semenjak
pertama kali dia
melihat Zara tetapi
Zara... gadis itu
membatu sedari awal
tadi.
“Awak bawak macam
palesit.” komen Zara
sambil mencekup tali
pinggang keledar yang
melekap di dadanya.
Bimbang betul dia
dengan cara pemanduan
Irsyad. Padanya, 110km/j
itu sudah cukup
laju! Kalau Aiman
bawa selaju ini,
tentu percuma sahaja
dia seligi. Irsyad
tersenyum.
“110 ni standardlah, Zara.
Kalau bawak 80,
bila lagi nak
sampai?” soal Irsyad
selamba. Dia memperlahankan kenderaannya
kepada 100 apabila
menyedari tangan Zara
mencengkam kuat tali
pinggang keledarnya. Bibirnya
mengulum senyuman. Comel!
Segala-galanya tentang Zara
begitu comel di
matanya.
“Macam mana dengan
exam, okey?
Agak-agak, boleh skor
tak? Semua boleh jawab?”
soal Irsyad memperlahankan sedikit
kenderaannya. Zara mengangguk.
“Insya-Allah.” Bisiknya perlahan.
“Kenapa tak balik
besok aje?” soal
Irsyad lagi.
“Sebab dah hantar
borang clearance dekat UPK.”
ujar Zara sambil
membuang pandang ke luar
tingkap. Dia menjawab
apabila disoal saja.
Tidak terasa hendak
memanjangkan perbualan mereka.
Dia tidak selesa.
“Oh, borang tu. Cepatnya awak
hantar. Kalau saya
dulu, saya hantar
bila betul-betul nak
balik. Untunglah awak,
dah boleh berehat-rehat
lepas ni. Kami
budak degree ni ada
lagi benda-benda yang nak kena study.”
ujar Irsyad selamba.
Zara angkat bahu.
Tiada komen.
“Awak memang minat
ke jurusan yang
awak ambil sekarang
ni?” soal Irsyad
lagi. Tidak mahu
keadaan jadi kaku
begitu. Zara angguk
kepalanya sekali.
“Minat.” komennya pendek.
Kekok. Irsyad pula
semakin tercabar bila
Zara melayannya dengan
endah tak endah
begitu. Setahunya, tiada
sesiapa berani melayannya
begitu melainkan Zara.
Sebab itu dia
tercabar betul bila
hanya Aiman yang
mendapat perhatian Zara.
Sepatutnya dia!
“Saya pun minat
jugak. Tapi saya lagi minat dekat awak
dari jurusan yang
saya ambil tu.”
Irsyad berkata bersama
gelak kecil. Zara
menghadiahkan jelingan.
“Jangan main-main.” arahan
mendatar diterima. Irsyad
tersenyum.
“Kalau saya cakap
yang saya tak
main-main?” soal Irsyad.
“Bergurau...” omel Zara
geram.
“Saya seriuslah Zara.
Banyak tentang awak
yang saya dah
korek dari Shila.”
terdengar nama itu
membuatkan Zara tersedar.
Shila. Kekasih Irsyad.
Irsyad bercinta dengan
Shila dan dalam
masa yang sama,
boleh lelaki itu
mencari tahu tentang
dirinya? Teruknya! Lelaki
jenis apa Irsyad
ni?!
“Oh!” jawapan paling
pendek yang diterima
Irsyad. Irsyad menahan
rasa geram.
“Contohnya, nama penuh
awak, Nur Izzati
Raudhah. Umur, 18
tahun. Lahir pada lima hari
bulan tiga. Asal
Kuantan. Suka makan
Nasi goreng ikan
masin. Minum air jus
apple. Apa lagi
ya? Hah! Suka
baca novel. Malay
dan English...” ujar
Irsyad bersungguh. Zara
menelan liur. Banyak
juga tentangnya yang
Irsyad tahu.
“Betul?” soal Irsyad
lantas memandang ke
arah Zara. Zara
hanya mengangguk. Tidak
tahu hendak bereaksi
bagaimana. Pelik apabila
dirinya diteliti sebegitu
rupa oleh lelaki
yang pernah menjadi
crushnya.
“Kan saya dah
cakap! Banyak benda
tentang awak yang
saya dah korek.
Saya minat awak
dari awal lagi.
Saya nampak awak
dekat DSG. Start dari
situlah saya sibuk
nak tahu pasal
awak.” cerita Irsyad
ramah. Zara mula
tak selesa. Tak
selesa jika hal
peribadi dibincangkan. Bukannya
apa, dia malu.
Lagi pula... Shila...
“Tak payah minat
sayalah. Bukannya ada
benda yang istimewa pun
tentang saya.” ujar
Zara. Nadanya mendatar
seperti tadi.
“But Zara, I’m
so in love
with you. Sangat-sangat
cintakan awak. Awak
tak boleh nak
halang sebab saya
sendiri pun tak
dapat nak halang
perasaan ni. Kalau
saya boleh halang,
dah lama saya
halang. Sebab awak
bukannya minat saya
pun.” terluah juga
akhirnya kata-kata yang
terpendam sekian lama.
Rasa bebas. Tenang
sekejap sebelum kembali
susah hati melihat
wajah monyok Zara.
Zara tidak mengertikah
perasaan dia?
“Kenapa mesti saya?”
soal Zara meningkah.
“Kenapa? Kenapa mesti
bukan awak? Sebab
awak dah ada
Aiman?” soal Irsyad
sinis. Bukan... sebab
awak ada Shila.
Shila tu bestfriend saya.
Saya tak sanggup
nak khianati sahabat
karib saya sendiri.
Sambung hati Zara
sebak. Salahnya juga
kerana jatuh hati
pada kekasih sahabat
karib sendiri. Kenapa
Irsyad? Kenapa mesti
saya?
“Sebab tu ke?”
asak Irsyad. Zara
mengangguk lambat-lambat.
“Err, ya!” jawabnya.
“Aiman, Aiman, Aiman.
Saya tak tahulah
apa istimewanya sangat
dia tu. Zarina
pun suka dia
separuh mati. Perempuan
memang suka lelaki
bajet cool macam Aiman tu
ek?” soal Irsyad
dengan muka meluat.
Zara tercengang. Abang
aku dikatakan bajet cool?!
Hatinya terasa dilapah!
“Hati-hati dengan kata-kata
awak!” Zara mula
nak melenting.
“Kenapa?” soal Irsyad
mengejek.
“Saya tak suka
awak mengata Aiman!
Saya tak suka
awak kutuk dia
macam tu.” bentak
Zara. Tidak suka
abang kesayangannya menjadi
mangsa.
“Maaf. Saya cuma
geram. Sebab dia
ambil hati awaklah!
Kalau dia nak
ambil Zarina ke
siapa-siapa ke, saya
tak kisah. Ini
buah hati saya
juga yang dia
ambil!” bebel Irsyad.
Dengusan dilepaskan. Zara
mematah-matahkan jemarinya.
“Shut
up and drive
please?!” arah Zara
geram. Sakit hatinya
bersisa.
Abangnya menjadi mangsa
kritikan Irsyad. Sedangkan
Aiman begitu mengagumi
Irsyad. Air muka
Irsyad berubah mendung.
Zara mendengus. Kasihan
Aiman yang tidak
tahu apa-apa itu.
Sudahlah Aiman begitu
mengagumi Irsyad. Sampai
hati Irsyad sanggup
mengutuk Aiman di
belakang.
Irsyad menggenggam stereng
kereta. Dia geram
dengan Zara yang
sibuk membela Aiman.
Dia rasa tercabar.
Layanan Zara pula
semakin hari semakin
kasar. Pagi tadi,
dia ditengking, sekarang
ini dia diuji
sebegini pula. Imannya
sungguh goyah bila
asyik diuji begini
oleh gadis yang
sama! Belum kira
hari-hari sebelumnya! Tidak
pernah Zara melayannya
dengan elok sedangkan
dia ikhlas hendak
berkawan.
“Kenapa awak sombong
dengan saya? Dengan
Aiman awak okey
je? Tak boleh
ke awak layan
saya baik-baik macam
awak layan dia?”
soal Irsyad lagi.
“Saya tak sukalah
awak membanding-bandingkan diri awak dengan
Aiman! Tolonglah! Awak
berdua terlalu jauh
berbeza... bagai langit
dan bumi. Kedudukan
awak dengan dia dekat hati
saya pun jauh
tarafnya. Berhenti nak
angkat diri awak
sendiri sebab awak
takkan pernah menang
dengan dia!” bentak
Zara geram.
Irsyad terdiam mendengar
kata-kata Zara itu.
Seteruk itukah dia
ditolak? Sampaikan taraf
dia dengan Aiman
pun dikatakan jauh?
Apa bezanya dia
dengan Aiman? Sungguh
dia rasa terhina
dengan sikap Zara
pada kali ini. Kakinya mula
menekan pedal minyak.
Nak dia diam,
mudah sahaja. Buat
dia marah! Dan
sekarang, Zara berjaya
buat dia rasa
marah!
Zara mula terasa
takut. Mula rasa
bersalah kerana menimbulkan
amarah Irsyad.
“Jangan bawa laju,
Irsyad! Dah seratus
enam puluh dah
tu! Awak dah
gila ke?!” Zara
berkata kelam-kabut.
“Kenapa Zara? Sekali
je, tak bolehkah
awak bercakap lembut
dengan saya?! Semua
yang saya cakap,
tak pernah awak
nak terima dengan
elok! Balik-balik awak
hina saya. Apa
dosa saya pada
awak, huh?!!” jerkah
Irsyad geram. Zara
terkedu. Tubuh Zara
terdorong ke belakang dek
momentum dan kelajuan
kereta yang mencapai
tahap maksima itu.
Nampaknya Irsyad benar-benar
rasa tercabar dengan
sikap bolayannya.
“Irsyad! Janganlah macam ni! Saya takut. Saya
tak nak mati
lagi. Saya minta
maaf.” akui Zara. Badannya sudah
mula menggeletar hebat. Tangannya tanpa
sengaja terus memaut
ke lengan Irsyad.
Meminta simpati.
“Awak duduk diam
jelah. Jangan banyak
cakap!” marah Irsyad.
Terperanjat Zara dengan
tengkingan itu. Irsyad
sebelum ini sentiasa
berwajah manis dan
memberi senyuman kepadanya.
Tidak pernah sekali
pun lelaki ini
meninggikan suara dengannya.
“Awak...” hanya itu yang dia mampu
berkata. Dia menjadi takut tiba-tiba.
Apalah nasib yang bakal aku terima ni
Ya Allah.
“RUMAH saya
bukan kat sini!
Kat belah sana!”
Zara terjerit apabila
Irsyad memandu laju
melanggar lampu merah
menuju ke Tanjung
Lumpur. Rumahnya di
Lorong Sri Setali
sahaja!
“Diam! Jangan banyak
bunyi!” jerkah Irsyad
geram.
Geram bila Zara
berterusan membela Aiman.
Bengang bila Zara
tidak suka mendengar
dia bersuara. Bengang
bila Zara tidak
mengendahkannya dan bengang
bila layanan baiknya
tidak pernah dihargai
oleh Zara. Zara
tergamam. Air mata
mula bertakung. Dia
sepatutnya sedar diri.
Dia hanya menumpang!
“Irsyad, saya nak
balik.” Zara merengek.
Air mata mula
mengalir. Rengekan Zara itu
menerbitkan senyuman sinis
di bibir Irsyad.
“Baru sekarang awak
nak merayu?!” ejek
Irsyad geram. Sesampai
di rumahnya yang
tersergam indah pada
lewat senja itu,
dia menarik lengan
Zara keluar dari
keretanya. Zara meronta-ronta
mengelak.
“Cepat ikut!” marah
Irsyad geram. Rumah
itu senyap tak
berpenghuni! Gelap gelita.
Zara jadi takut.
Bagaimana dengan nasibnya?
“Irsyad, hantar saya
balik, please? Apa kata
famili awak nanti?
Apa kata jiran-jiran
awak?!” Zara merayu-rayu.
Irsyad tidak mengendahkan
rayuan Zara itu.
Tangannya berterusan mengheret
si gadis sombong
itu. Pautan Zara
ke lengannya tidak
diendahkan. Apa yang
dia rasa kini
ialah, sakit hati,
sakit hati dan
sakit hati!
“Keluarga saya tak
ada. Awak tengok
keliling rumah ni. Dengan jarak
yang macam tu,
awak rasa ada
orang dengar tak?”
soal Irsyad sinis.
“Apa kata kekasih
awak nanti? Shila
mesti kecewa!” Zara
memberi alasan lagi.
Irsyad tergelak sinis.
“Saya mana ada
awek! Shila itu bukan kekasih
saya! Takkan pernah
menjadi kekasih saya. Baru sekarang
awak nak merayu?
Saya buat baik
dengan awak selama
ni, tak pernah
sekali pun awak nak pandang.
Tak pernah sekali
pun awak nak hargai. Saya
sukakan awak! Tapi
apa yang saya dapat? Layanan
buruk dari awak! Setiap masa,
sekali pun awak
tak pernah layan
saya dengan baik,
Zara!
Saya dihina oleh
awak depan orang
ramai, saya ditolak
mentah-mentah. Bila saya
datang nak menghulur
bantuan, awak masih
dengan sikap angkuh
awak. Tell me? Apa
yang patut saya
buat? Awak nak
saya layan awak
buruk jugak kan?
Itu yang awak
nak selama ni,
kan?!” soal Irsyad
menggertak. Lengan Zara
dicengkam kuat. Zara
menangis-nangis dan menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Irsyad janganlah macam
ni.” rayu Zara
dengan suara yang
tidak berapa jelas.
Mendengar sahaja kata-kata
terakhir yang keluar
dari mulut Irsyad
membuatkan Zara menggeletar
hebat. Tubuh kecilnya
dicempung secara tiba-tiba.
Irsyad bagaikan sudah
dirasuk! Dia tercabar
dengan layanan Zara.
Rumah yang gelap itu
dibuka lampu. Terang.
Keluarganya sedang bercuti
ke Krabi, Thailand
sekarang. Itu yang
menyebabkan dia membawa
pulang Zara sekarang!
Apa yang terbuku
di hatinya, dia
mahu Zara rasa
sakit dilayan buruk!
Sama seperti dia
menanggung sakit sepanjang
tempoh dia mendekati
gadis itu! Biar
Zara rasa. Dan,
selepas ini Zara
akan terus menjadi
miliknya. Hanya miliknya!
Bukan Aiman.
Zara meronta-ronta minta
dilepaskan namun, Irsyad
memeluk tubuh kecilnya
dengan kemas sekali.
Jeritannya langsung tidak
dihiraukan oleh Irsyad.
Lelaki ini memang
binatang!!
“Lepaskan aku!!” jerit Zara kuat. Dia
mula menggunakan bahasa ‘aku’ dengan Irsyad. Irsyad
tidak berkata apa.
Tubuh Zara dibawa
ke atas. Ke
dalam biliknya. Di
situ, sesi penyeksaan
dan pengenalan kepada
dunia layanan buruk
bakal Zara terima.
Itu balasan buat
Zara!
“Lepas!!” jerit Zara
lagi. Tubuh kecil Zara dicampak
ke katil. Bilik
dikunci. Baju dibuka
dengan muka bengis.
“Aku akan pastikan
kau hak milik
aku seorang. Kau
akan kahwin dengan
aku! Hanya aku!!
Bukan Aiman bangsat
tu!” jerkah Irsyad.
Hari ini, Zara
akan kenal erti
layanan buruk yang
sebenarnya daripada lelaki
bernama Irsyad!
TOK!!
TOK! TOK!! Bunyi ketukan
pintu meleraikan ingatan
Zara kepada kejadian
lampau. Dia menyeka
air mata yang
bersisa. Terasa jijik
dirinya setiap kali teringat
peristiwa itu. Begitu
payahnya untuk dia
melupakan peristiwa hitam
itu. Enam tahun
dia hidup dalam
ketakutan dan tiada
keyakinan diri.
“Adik, buka pintu
ni.” suara Aiman
memujuk. Tangisan Zara
kembali pecah sebaik
sahaja mendengar suara
itu. Suara Aiman
memujuknya. Mungkin Aiman
rasa bersalah. Mungkin...
mungkin juga... Aiman
ingin memujuknya supaya
bersetuju dengan cadangan
gila lelaki itu.
Tidak! Dia tidak
akan sesekali mempertaruhkan dirinya
untuk terlibat dengan
lelaki bernama Irsyad
itu lagi! Lelaki
bernama Irsyad itu
sepatutnya tidak singgah
di hatinya lagi...
0 komen:
Post a Comment