BAB
4
PINTU kereta aku
hempas sekuat hati.
Biar tercabut pintu
kereta dia tu.
Sakitnya hati aku!
Angin apa yang
serang dia tu?
Lain kali kalau
terpaksa, tak payah
nak offer aku ikut
sekali atau apa.
Tak payah nak
muncul depan aku
langsung!
Harap muka
saja kacak, perangai macam
tahi unta! Dia
meninggalkan aku begitu
saja. Memang dasar…
“Marahnya.” Tegur
mama sebaik saja
aku menghempas bagpack aku
ke lantai rumah.
Tak cukup dengan
itu, aku pijak-pijak
bagpack aku
tu bagai aku
memijak Benji.
“Dia tu
kerek nak mampus,
mama. Lain kali,
Oddie tak nak
tengok muka dia
lagi. Never! Ever! Everrrrr!” aku menjerit
sakit hati. Bahu
mama terhinggut-hinggut menahan
gelak. Aku menghempas
tubuh ke sofa
sambil berpeluk tubuh.
“Bukan Oddie
suka dia ke?”
mengeluh aku mendengar
soalan mama.
“Uh-uh. Tu
dulu. Sebelum Oddie
dapat peluang untuk
berbual dengan dia.
Sekarang hew. Memang
taklah!” aku menjulingkan
mata ke atas.
Aku memang bodoh
kalau suka kat
dia lagi. Dilayan
macam tahi unta
saja. Tahi unta
pun dapat layanan
lagi bagus daripada
ni.
“Baka cantik
kalau dengan dia.”
Mama menyenggol bahuku.
Kening diangkat-angkat dengan
riak nakal.
“Mama ingat
kami ni kucing
ke? Tak kisahlah
baka macam mana
pun. Oddie tak
nak dia! Fullstop!” rasa
nak mengamuk. Kesian
mama kena tempias.
Mujur mama terkekeh-kekeh saja
gelakkan aku.
“Kenapa sampai
jadi macam ni?”
“Dia sombong.
Oddie tak tahan
dengan orang sombong-sombong ni.
Takut tertangankan dia.” Aku merungut
geram. Mama tersenyum.
“Oddie. Dia
mungkin malu dengan
Oddie.”
“Mama, malu
dengan sombong tu
besar bezanya.”
“Nanti mama
cakap dengan Aunty
Marlynn.”
“Suruh Aunty
Marlynn berhenti pujuk
dia untuk dekat
dengan Oddie.” Aku
berkata lantas bangun.
Aku dengar mama
mengeluh. Maaflah mama,
Oddie tak dapat
penuhi permintaan mama
tu. Cukuplah.
“WHERE are
you?” tak perlu
kenalkan diri, aku
dah tahu dah
suara siapa yang
menelefon. Dia lagi,
dia lagi. Aku
jadi meluat dengan
dia.
“Butik. Why?”
“Wait
up.” Tut… tut…
mudah aje dia
matikan panggilan. Macam
mana dia dapat
nombor aku huh?
Lagi satu, adakah
ini bermakna yang
dia akan jumpa
aku lagi sekali?
Hantuk kepala kat
meja dua kali.
Aku tak nak
jumpa dia dah.
Sepuluh minit
kemudian, dia sampai.
Ringkas sekali dia
hari ni. Hanya
berbaju-t kosong warna
putih dan berseluar
pendek warna kuning
mustard. Cermin
mata Ray Ban
tersangkut di hidung.
Biasalah, gaya orang
kerek.
Tahu pulak
dia kat mana
butik aku?
Dia masuk
ke butik dan
terus duduk di
kerusi menunggu tanpa
aku pelawa. Aku
memandangnya pelik. Saleha
lagilah sampai ternganga-nganga. Mesti
dia ingat orang
asing datang nak
beli pakaian di
butik aku.
“Nak apa?” soalku kerek.
“Mama ajak
pergi rumah.” Jawabnya.
Yelah, diakan hanya
cakap benda yang
penting saja?
“What
for?” Aunty Marlynn
ni memang tak
serik agaknya.
“I
don’t know?” dia
angkat bahu.
“Awak baliklah
dulu. Petang nanti
saya datang. Busy ni.”
Aku memberi alasan.
Dia menyilangkan kaki
dan bersandar ke
kerusi sambil berpeluk
tubuh. Oh, itu
tanda dia nak
tunggu aku. Aku
nak mengelak dari
berhadapan dengan dia.
“Pergilah dulu.”
Tak faham-faham lagi
ke? Nak aku
cakap Bahasa Itali
ke? Mujur aku
tak pandai. Dia
angkat kening, tayang
muka ‘I’ll stay!’
“Pusingkan OPEN sign
tu pada CLOSED.” Arahku.
Siapa suruh menyibuk?
“Why?”
“Waktu rehat
ni, waktu untuk
menyusun stok dan
mengambil gambar.” Aku
berkata dengan tak
rela. Dia menurut,
kemudian, kembali duduk
dengan keadaan tadi,
silang kaki dan
silang tangan. Berlagaknya
cara dia duduk
pun…
Aku bergerak
ke belakang, mencapai
stok baju baru
untuk dicuba. Biasanya,
akulah yang kena
jadi model. Nak
jimat kos katakan.
Onesie corak harimau
bintang aku pakai
di bilik persalinan.
Okey, aku kena
bawa balik yang
ini sebab comel!
Pekerja aku,
Saleha yang tak
banyak bunyi itu
terus mencapai kamera
lantas mengambil gambarku.
Aku beraksi ala-ala
harimau comel di
depan kamera. Okey,
itu saja cara
untuk aku tarik
minat pelanggan untuk
memiliki onesie ini.
Benji menjatuhkan
kakinya lantas menongkat
siku ke kepala
lututnya. Dia memandang
ke lantai. Bahunya
terhinggut. Ketawa? Lucu
sangat ke? Kemudian,
kepalanya yang masih
tertunduk ke bawah
itu tergeleng-geleng.
“Baik awak
balik dulu. Saya
lambat lagi ni.
Stok baju banyak
sampai. Saya kena
cuba semua.” Ujarku.
Dia panggung kepala.
Mata tak habis-habis
pandang aku dari
atas sampai ke
bawah. Lepas tu
aku tengok matanya
berhenti di ‘ekorku’.
“Apa tengok-tengok? Tak
pernah nampak orang
ada ekor?” aku
menjelingnya. Dia berdiri
dan menggeliat. Seketika
kemudian, dia menghampiriku.
“I’m gonna help
you.” Jari telunjuknya
jatuh ke hidung
aku. Aku tersentak.
Dia ni
ada berapa sikap
ha? Sekejap okey,
sekejap tak okey.
Rasa gayat aku
teruk bila dia
sentuh hidung aku.
Saleha pula pura-pura
busy. Aduh.
Janganlah aku dijadikan
bahan gosip dia
dengan Linda. Linda
bercuti hari ni,
sebab itulah aku
di butik.
“Nak tolong
macam mana? Ketawa?”
soalku sinis.
“I’ll
be your model.”
Dia mencari stok onesie yang
sama denganku lantas
memakainya. Oh tuhan,
cutenya! Lupa
terus rasa marah
aku pada dia.
Aku tersenyum. Saleha
itu mengawal senyumnya.
“How
do I look?”
“This
will definitely boost
my sale.” Ujarku.
Dia tersenyum. Manisnya,
Ya Allah! Rasa
gayatku teruk. Macam
tak cecah bumi
kaki ni.
“THANKS…” ucapku.
Dia angguk. Radio
dibuka dan dia
mengetuk stereng mengikut
rentak lagu. Bila
berdua, dia kembali
serius. Kenapa eh?
Aku perasan, bila
ada orang lain
antara kami, dia
tak adalah seserius
ini.
Aku membuka
laptop yang aku
bawa lantas memasukkan
memori dari kamera
aku ke dalamnya.
Setelah dapat diakses,
aku mula mengedit
beberapa gambar untuk
dimasukkan ke dalam
aplikasi Instagram yang
berada dalam Bluestacks.
Tersenyum aku melihat
‘pertolongan’ dia. Dia
bukan bergaya pun.
Hanya berdiri tegak
macam patung mannequin
saja.
Patutlah dia
hanya jadi model
sambilan kalau begitu
saja gaya yang
dia pandai buat. Sepatah diarah,
barulah dia nak
ikut. Mungkin dia
segan dengan Saleha
agaknya.
Dan memang
betul kataku, sebaik
sahaja gambar dia
diupload sebagai teaser
tadi, menderu-deru comment
di Instagram yang
menanyakan aku tentang
onesie aku. Adalah
dua tiga orang
yang gatal sikit
tanya aku siapa
modelnya. Nakal betul
customer aku ni.
Kadang-kadang aku tergelak-gelak membaca
komen mereka yang
tak ada kaitan
dengan jualan aku.
“You
enjoy bekerja sebagai
taukeh butik?” aku
pandang ke mukanya
sebaik sahaja selesai
membalas komen pelanggan
aku yang agak
gatal menanyakan tentang
Benji itu.
“Yeah.
Why wouldn’t
I?” dia angguk
bila mendengar soalannya
dibalas dengan soalan.
Tiba-tiba aku ternampak
segaris senyuman di
bibirnya. Aku ikut
membalas senyuman. Dia
kekok rupa-rupanya. Fahamlah
aku.
“Awak tak
kisah ke kena
hantar saya balik ke butik semula?” soalku
tidak mahu suasana
terus menjadi kekok.
“Nope
don’t mind.” Jawabnya
sambil mengetuk-ngetuk stereng.
Alah, itu aje
yang dijawab? Memang
berat mulut betullah
dia ni.
“Kenapa mama
awak nak jumpa
eh?”
“Entah. I
dah tanya dia
senyum aje.” Jawabnya.
Hm. Tak ada
ke nak cari
idea lain untuk
panjangkan perbualan ni?
Akhirnya, aku mendiamkan
diri terus. Bukan
salah aku.
“HOW’S my
idea?”
soal Aunty Marlynn
teruja. Aku terkaku.
Benji tertunduk. Buat
masa ni, pergerakan
sebesar semut pun
aku boleh perasan
sebab keadaan kekok
sangat. Aunty Marlynn
betul-betul nak menantukan
aku sampai sanggup
mengemukakan cadangan sebegini
di hadapan aku
dan Benji.
‘Mama suka
Oddie. Mama rasa
Benji pun suka
dia. No, mama rasa
Benji akan suka
dia... blah blah
blah… blah… blah…
yada yada.” Semuanya
dah tak masuk
dalam kepala otak aku kecuali…
“Mama suka
kalau Benji menikah
dengan Oddie…” mungkin
Aunty Marlynn sakit
hati tengok kami
berdua terlalu kaku
antara satu sama
lain agaknya. Jadi,
dia ambil keputusan
untuk mengkenenkan kami
terus secara berdepan
begini.
“First,
no.” Benji bangkit.
Mukanya serius. Bukan
setakat serius. Muka
dia merah tahan
marah. Keningnya bercantum.
Okey, dia memang
sedang marah.
“What
were you thinking,
mama? I baru
habis belajar. Mama
nak suruh I
nikah dengan dia
sebab mama suka
dia? How ridiculous!” dia membentak. Okey,
bila dia marah
dia bahasakan dirinya
I dengan mama
dia.
“Mama tahu
Benji sukakan Oddie.”
Aunty Marlynn menayang
sengih. Kening Benji
semakin berkerut-kerut.
“Nonsense! Mana
mama dapat berita
mengarut ni? Benji
suka Oddie? Oh
God!” Benji berkata
dengan nada nak
gelak sinis tapi
dalam masa yang
sama, dia marah.
Tiba-tiba aku rasa
kecil hati sangat-sangat. Tak
perlulah dia bereaksi
macam tu. Macam
aku ni hina
sangat. Kalau cakap
‘No’ saja, aku boleh
terima lagi.
“Benji…” mama
dia menjegilkan mata.
Memberi isyarat bahawa
aku ada di
situ. Benji pandang
aku sekilas.
“Aunty,
saya ada kerja
kat butik. Saya
perlu balik ke
butik. Dan aunty… tolonglah.
Hentikannya. Kami tak
ada jodoh berdua.
Saya harap aunty ngan
mama saya hentikan
sajalah usaha untuk
menjodohkan kami. It’s not
working. Saya tak
nak lepas ni
keadaan jadi awkward.” Aku
terus bersuara.
Ketar rasanya
tangan ni nak
bagi penampar kat
Benji. Apa dia
ingat aku ni
sukalah kalau digandingkan
dengan dia? Waktu
muda remaja dulu
memanglah aku suka.
Sekarang langsung tak
suka! Dahlah mulut
dia tak bertapis.
“Tapi mama
Oddie kata yang
Oddie suka dia.”
Aduh. Kenapa Aunty
Marlynn pergi beritahu
depan Benji? Malulah
aku! Air muka
Benji berubah mendengarnya.
Muka nampak macam
bersalah. Aku sudah
sesak nafas. Rasa
macam diperangkap pula.
“Mama cakap aunty
yang beritahu dia.
Mana satu yang
betul ni?” aku
kembali menyoal. Saja
nak mengelirukan soalan
tu biar Benji
fikir aku tak
adalah terhegeh sangat
dekat dia. Mama cuma beritahu
yang aunty perasan aku
selalu tenung gambar
Benji saja. Ah,
biarlah!
“Hah?” Aunty
Marlynn terkejut.
“Dahlah aunty. Saya
minta maaf. Pekerja
saya agak busy
hari ni. Orang
ramai di butik
dan saya pun ada
kerja-kerja pengeposan nak
kena buat so...
Saya kena balik.”
Ujarku dengan satu
nafas.
Kalau aku
tarik nafas, aku
mungkin menangis. Tak
tahu kenapa, aku
rasa sedih sangat.
Penolakan Benji… cara
dia melayan aku…
entah? Kenapa dia
tak suka sangat
dekat aku ni?
Apa dosa yang
aku dah buat? Aku taulah
aku tak lawa
macam gadis bermata
biru dekat US
sana tapi tak
perlulah dia nak
hina-hina aku macam
ni.
“I hantar.”
Dia menawar diri.
“No!”
tiba-tiba aku terkasar
dengan dia. Aku
dah seriklah nak
tengok muka dia.
“Oddie…” panggilnya.
“Hey, teksi
lalu lalang. Awak
tak payah risaulah.”
Aku menayang gigi.
Senak di dada
aku cuba untuk
tak hiraukan. Aku
nak menangis sangat.
Entah kenapa aku
rasa betul-betul terhina.
“I hantar.”
Dia berkeras.
Aku cuba
tahan nafas. Tahan
air mata dari
mengalir. Macam-macam cara
aku cuba. Akhirnya
berjaya. Aunty Marlynn
menayang muka simpati.
Aku cuba tak
menghiraukan perasaan sedih
aku setiap kali terpandangkan
wajah simpatinya. Aku
tersenyum seikhlas mungkin
pada Aunty Marlynn.
“Okay.”
Aku bereaksi selamba.
“I DIDN’T
mean to…”
dia memecah kesunyian.
Mataku terkalih ke
arahnya. Dari tadi
aku terpaksa berpura-pura
sibuk membalas mesej
pelanggan yang mahu
membuat pesanan. Aku
tak nak layankan
sangat perasaan sedih
aku ni tapi…
bila dengar aje
suara dia, terus
hati rasa bagai
dilapah.
“Hey,
it’s okay. Saya
dah ada boyfriendlah. Mama
saya yang taksub
sangat nak jadikan
awak menantu dia.
Awak jangan salahkan
mama awak tahu?”
soalku. Kesian mama. Sorry
mama, ini saja
cara untuk pulihkan
hubungan Benji dengan
mama dia. Dan
ini saja cara
untuk aku melarikan
diri dari Benji.
“Oh…”
“There
he is…” aku
tersenyum apabila ternampak
kereta Honda Accord
berwarna kuning spoon
di depan butikku.
Aku tahu siapa
gerangannya. Yalah, aku
yang menghantar Whatsapp
supaya dia datang
dan temani Saleha
di butik sewaktu
aku dan Benji
dalam perjalanan ke
rumahnya tadi.
Kereta berhenti
di sebelah kereta
Ikram.
Tepat pada
masanya, Ikram keluar
dari butik. Dia
berjalan ke arah
kami. Benji menurunkan
cermin kereta apabila
Ikram semakin hampir.
Tersenyum lebar Ikram.
Aku kena buat
mesra dengan Ikram.
Dia itukan ‘boyfriend’
aku?
“Hai handsome.” Tegurku.
Dia tergelak kecil.
“Hai. Benji
ek?” soal Ikram.
Aku ketap bibir.
Alamak! Aku menghantar
isyarat mata kepada
Ikram. Tapi dia
berkerut tak faham.
Ikram inilah
lelaki yang mengajarku
cara-cara nak drift bagai
tu. Dia bagi
aku join kelab
dia. Memang syok
gila. Tapi… aku
masuk kelab itupun
secara haram. Haram
maksud aku di
sini ialah, tanpa
pengetahuan mama dan
papa. Hehehehe. Ikram
kawan baikku semenjak
kami belajar di
Universiti Teknologi Mara
di Puncak Alam
lagi.
“Yeap.”
“Ikram. So kaulah
Benji yang selama
ni diagung-agungkan oleh…”
kali ini aku
jegilkan mata. Janganlah
bikin kantoi aku!
“Kau
dah kenapa,
Bedah? Juling?” soalnya
kepadaku. Shit! Bahasa dia
tak manja macam
pasangan pakwe makwelah
pulak. Aku tepuk
dahi. Kantoi!
Benji pandang
aku dengan riak…
simpati? Entahlah. Sekarang
dia dah tahu
Ikram bukan pakwe
aku. Memang kena
si Ikram ni
kejap lagi. Segera
aku membuka seatbelt dan
berjalan keluar tanpa
mengucapkan terima kasih
kepada Benji. Malunya
aku, malunya… malunya!
“TAK ada
mood nampak.” Tegur
papa sebaik saja
aku melangkah ke
dapur. Tak perlu
buat muka masam,
memang papa dah
tahu kalau aku
ini ada mood
mahupun tiada. Lihat
cara aku berjalan
saja dia dah
kenal. Ditambah pula
dengan rambut runyai
aku. Kalau aku
tak ada mood,
nak betulkan rambut
pun aku rasa
malas.
Aku
mencemik. Geram bila
teringatkan Benji. Sabar
ajelah. Aku menjeling
apa yang aku
pandang. Roti, marjerin,
gula di hadapan
papa yang sedang
duduk di meja
makan. Sebenarnya, semua
benda aku nak
jeling. Sakit hati
punya pasal.
“Papa suruh
mama stop kenenkan Oddie
dengan anak kawan
dia.” Aku mula
mengadu. Papa memandang
mama di singki
dengan pandangan amaran.
Mama pula menjeling
aku.
“Mama dah stop
pun okey? Aunty Marlynn
yang tak puas
hati.” Kata mama
membela diri.
“Why?”
papa menyoalku. Aku
melabuhkan punggung ke
sebelah papa.
“I
don’t like her
son, pa… I hate
him.” rungutku. Hampir
saja aku menangis
bila teringat semula
penolakannya. Perangai dahlah
asyik nak kerek.
Ingatkan semalam dah
okeylah waktu dia offer
nak jadi aku
punya model. Rupa-rupanya
perangai tetap sama!
“Mama kata
Oddie suka Benji.”
Papa bersuara.
“I
used to like
him. Bukan sekarang.
Sekarang dah tak
lagi. Benci lagi
ada.” Aku mengutuk.
Papa tergelak.
“Papa, please help
me…” rayuku pada
papa. Biarlah kalau
mama tak nak
dengar kataku asalkan
papa dengar. Dan
kalau papa dengar
kata-kataku, mesti mama
kena akur. So,
memang aku kena
berusaha pujuk papa
sampai papa dengar.
“Papa boleh
tolong apa?” papaku
menyoal dalam tawa. Seronoknya papa
mengejek aku.
“I
don’t know. Cakaplah
sesuatu yang menyedapkan
hati Oddie.” Aku
merengus.
“Oddie dah
tua dan selayaknya
berkahwin.” Papa berkata
sambil tercemik.
“Papa, that’s mean!”
papa sudah tergelak
besar. Mama ikut
terhinggut-hinggut bahu ketawa.
Mereka berdua memang
suka sangat kenakan
aku. Ini yang
malang bila jadi
anak bongsu mereka. Yelah,
hubungan abang dengan
mama dan papa
bukannya rapat sangat.
Maklumlah anak sulung.
Aku pula anak
bongsu… mestilah dilebihkan.
“Papa tahu.”
“Papa, he’s rude.
Kalau betul papa
rasa Oddie dah
tua dan patut
menikah, papa carikan
orang lain. Tolonglah
pa. Yang pastinya
bukan Benji.” Aku
berkata dengan nada
nekad. Tak tahulah,
dengar nama dia
saja pun aku
mula rasa nak
meludah. Meluat! Papa
mengeluh.
“Nanti papa
tengok okey?”
“Papa, jangan
tengok aje…”
“Abang, budak
Benji tu sesuai…”
mama mula masuk
campur. Tak senang
duduk bila papa
macam nak berkompromi
dengan aku. Aku
kena guna kuasa
memujuk lebih lagi
ni.
“Dah dia
tak suka. Janganlah
dipaksa. Awak pun…” papa cuba
memujuk mama. Yes!
Papa sokong aku.
Aku jelir mama
sebaik saja papa
memandang mama. Mengejek
dia bila papa
sokong aku. Mama
menjegilkan matanya.
“Masalahnya Tiah
dah janji dengan
Lynn.” Kening mama
jatuh, mohon simpati.
“Dah tak
ada jodoh diorang
berdua nak buat
macam mana?” kali
ini aku tayang
sengih bahagia dekat
mama.
Rancangan mama
takkan berjaya. Siap
aku naikkan ibu
jari lagi di
belakang papa. Mama
bercekak pinggang. Sebaik
saja papa pandang
aku, aku buat
muka tagih simpati.
Biasanya mama selalu
kenakan aku macam
tu bila papa
bersetuju dengan dia
dalam menentang keputusan
aku. Hari ini
aku dapat balas
dendam. Betul-betul rasa
dendam terindah.
“Abang tahu
dari mana diorang
tak ada jodoh?”
soalan dibalas dengan soalan.
Daripada jadi pergaduhan,
baik aku hentikan.
“Stop!
Mama, macam ni.
Nak jadikan adil
senang aje. Bagi
Oddie cari sendiri
jodoh Oddie, okey?”
aku menayang sengih.
Mama sudah cemberut
muka.
“Papa setuju!”
papa memetik jarinya.
Sah-sah papa malas
nak masuk campur
urusan siapa jodoh
aku.
“Mama tak
setuju!” mama membangkang
dengan muka masam.
“Oh mama!”
serentak aku dan
papa merengek.
Mama melepaskan
keluhan. Mesti dia
cair dengar papa
merengek macam tu.
Tua-tua pun romantik
tau? Sampai sekarang,
mereka masih ada
dinner date dan
setiap bulan pasti
mereka akan ‘getaway’
ke hotel mewah.
Yeah, sounds
gross to me but… aku
harap aku dapat
jumpa lelaki yang
macam papa aku. My
cinta pertama.
“Okay, mama
bagi masa dua
bulan aje.” Yes!
“So,
dua bulanlah Oddie
nak pergi tenangkan
fikiran.”
“What?!”
kali ini mama
dan papa pula
berkata serentak. Diorang
tak suka kalau
aku sebut perkataan
tu sebab tenangkan
fikiran bermaksud, aku
bercuti sendirian… weehehee.
0 komen:
Post a Comment