BAB
5
AKU menerima
pesanan ringkas WhatsApp
daripada Benji malam
ni. Sejujurnya, setiap
kali nama dia
bermain dalam fikiran,
pasti hatiku rasa
seperti ditusuk belati.
Pedih.
Hey, you
okay?
Boleh dia
tanya aku soalan
tu? Aku okey
ke lepas ditolak
mentah-mentah macam tu
depan mak dia? Lepas tu
kantoi pulak yang
Ikram itu bukan boyfriend aku
seperti yang aku
gembar-gemburkan? Siapa yang
akan okey kalau
dah jatuh ditimpa
tangga macam aku?
Hey, aku
sendiri pun tak
tahulah yang itu
tujuan mak dia
nak jumpa aku.
Kalau aku tahu,
aku sendiri takkan
pergi rumah berpuaka
tu sampai bila-bila.
Dah dua kali
aku rasa terhina
dekat rumah tu
semenjak dia ada. Mentanglah rumah
dia, sesuka hati
aje nak layan
aku macam aku
tak ada perasaan.
Aku berkeputusan
untuk tidak menghiraukan
langsung pesanan daripadanya.
Lukanya hati aku.
Malu lagi sebab
dia dah tahu
yang aku suka
kat dia selama
ni. Sekarang aku bencikan dia.
Benci sangat sampai
aku rasa nak
tinju muka dia.
I tahu
you tak tidur
lagi. Double blue tick.
I nak call boleh?
Kenapa dia
muncul untuk tambah
rasa sakit hati
aku saja. Kalau
tak suka tak
payah nak layan
aku! Apa yang
susah? Tak perlulah
dia nak main
tarik tali dengan
perasaan aku.
Nafas kutarik
dalam. Macam ini
rupa-rupanya rasa bila
cinta bertepuk sebelah
tangan. Aku takkan
hubungi dia lagi. No,
selama ni bukan
aku yang hubungi
dia. Tapi dia
yang hubungi aku. Tiba-tiba telefon
bimbitku berbunyi. See? Dia
yang cari aku.
“Hello.” Dengan
malas aku angkat
panggilannya. Malas nak
bagi salam.
“Hey…” tegurnya.
“Hey.” Balasku
semula.
“Dah nak
tidur?”
“Yeap.”
“Pasal tengah
hari tadi...” belum
pun dia habis
bersuara, aku dah
memotong. Sebut pasal
tengah hari tadi,
mood aku jatuh
merudum.
“I
don’t want to
talk about it,
Benji. Memalukan.” Tiba-tiba
air mata bertakung.
Dia nampak prihatin.
Tapi bila kami
dah macam dekat,
dia bagaikan letak
limit pula like, ‘ hey girl.
Do not cross
this line, okay?’
“Hey,
I’m so sorry.”
“Not
your fault.”
“I minta
maaf, Oddie.”
“It’s
okay Benji. Bukan ada
apa pun.” Aku
berkata.
“I…”
“Okaylah. mata
dah mengantuk. Nite nite,
Benji.” Ujarku sebelum
mematikan panggilannya. Mataku
pejam. Mengalir juga
air mata yang
aku takung.
Aku tak
patut ikut cakap
mama dari awal
lagi. Aku tak
patut langsung ambil
dia kat airport,
setuju dengan pelawaannya
ke Sungai Udang…
argh! Aku tak
patut jatuh suka
dekat dia.
“HAI…” Ikram
tersenyum lebar. Aku
menjelingnya. Sumpah pun
rasa sakit hati
dengan dia. Susah
ke nak faham
ilmu telepati aku?
Biasanya dia mudah
sangat bluetooth apa yang
ada dalam fikiran
aku. Kenapa semalam
tak?
“Hai…” aku
sahut. Dia tersengih.
Rasa bersalahlah tu.
“Marah lagi
ke kat aku?”
soalnya. Aku mengeluh.
“Tak dah.
Kau pun tau aku tak
boleh marah kat
kau lama sangat
kan? Kalau tak
siapa nak jadi pembantu dan photographer kitorang?”
aku tersengih.
“Tahu pun!”
dia bersandar ke
sofa.
“Tunggu dulu…”
aku memberi arahan.
Aku, Linda
dan Saleha pergi
masuk ke fitting
room sambil memakai
pakaian animal onesie
yang baru sampai.
Kali ini corak dinasour, Pikachu
dan juga Doraemon.
Tentu-tentulah aku jadi
Pikachu. Yang paling
comel mesti aku
yang pakai. Hahaha.
Keluar saja
dari fitting room, nampak
Ikram sudah berdua
dengan Benji. Pelik.
Bila dia sampai?
Kalau ikutkan, malasnya
aku nak tengok
muka dia. Nak
aje aku halau
dia keluar dari
sini.
“Comelnya…” puji Ikram bila
melihat kami bertiga
keluar malu-malu kucing.
Bertambah malu bila
Benji ada. Dulu
waktu pakai onesie
panda, takdelah aku
rasa nak malu
begini. Mungkin sebab
waktu tu aku
tengah mamai-mamai nak
tidur agaknya? Entah?
Sewaktu sesi
‘pengambaran’, aku kurang
selesa ditenung Benji.
Aku dapat rasakan
dia tenung aku. Bila aku
berlaga mata dengan
dia, dia tak
alih pun. Hanya
terus merenung. Menakutkan
betul!
“Sekejap eh…
nak cari fon kejap. Korang
proceedlah.” Aku bagi
alasan. Tak selesa
aku nak terus
bergambar tapi rasa
kekok dengan kewujudan
dia. Baik aku
tenangkan diri dulu.
Tiba-tiba ‘ekor’
Pikachuku ditarik. Ikram
tersengih sambil menarik
dengan lebih kuat.
Aku sudah berundur,
hampir terlentang ke
belakang. Kali ini,
bukan setakat Ikram
menarikku, tapi juga
Saleha dan Linda.
Terjerit-jerit aku.
“Kau jangan
nak memonteng. Gambar
bertiga ni tak
lawa langsung. Masing-masing
tak fokus! Gambar
semua muka gelabah,
apahal?” Ikram membebel.
Ekor aku masih
tidak dilepaskan.
“Ikram! Lepaslah
ekor aku…” aku
menarik ekor aku.
Ikram menarik
semula. Berlakulah sesi
tarik menarik, gelak
ketawa. Disebabkan budak
Linda dan Saleha
masuk campur, aku
menarik kedua ekor
mereka. Ekor dinasour
senang sikit nak
tarik dari ekor
Doraemon yang bulat.
Linda dapat
lepaskan diri dan
tergelak macam orang
gila. Dia berjoget-joget menonggeng
punggung ekor Doraemonnya
itu tanpa rasa
malu. Seronok dapat
lepaskan diri. Mentanglah
kau Doraemon!
Saleha pula
menarik-narik tangan aku,
supaya melepaskan ekornya.
Tiba-tiba pegangan tangan
Saleha pada tangan
aku terlucut. Akibat
sentakan kuat pada
ekor oleh Ikram
di belakangku, aku
tak dapat mengimbangi
diri lalu terlentang
ke belakang.
Gedegung! Kepala
aku, berpinarnya. Semua
muka menerjah aku.
Rapat sekali kepala
mereka bertiga menilik
sama ada aku
okey atau tak.
Aku tak okey.
Rasa bergegar otak.
Kepala Saleha yang
bersentuhan dengan kepala
Ikram itu dipisahkan
oleh satu tangan.
Kemudian, kepala Benji
mencelah di antara
kepala mereka.
“You okey?”
soalnya dengan kening
bertaut.
Aku lupa
dia ada. Dah
seronok bergelak ketawa
macam orang nak
putus nyawa. Aku
angguk sedikit tanda
okey. Pening lagi
sebenarnya. Tak sangka
dapat tatap muka
dia serapat ini.
Kacaknya. Kenapalah dia
buat aku gayat
ni? Pergilah main
jauh-jauh!
“Bergalaklah lagi.”
Sindirnya. Dia tarik
tangan aku agar
bangun. Aku terduduk
bersila. Belakang kepala
aku gosok. Tiba-tiba
tangannya singgah di
belakang kepalaku dan dia menggosok-gosok tempat
yang aku gosok
tadi.
AKU melihat
gambar-gambar yang ditangkap
oleh Ikram. Terbuntang
bila melihat ada
gambar Benji menggosok
kepalaku. Ingatkan sempatlah
aku padam, Benji
ternampak.
“Hantar kat
I gambar tu.”
Aduh. Dia nak
buat apa?
“Kenapa?”
“Kenangan ada
orang jatuh depan
I.” katanya. Saleha
dan Linda tersenyum-senyum. Ikram
pulak buat muka ‘alamak kantoi’
bila aku kecilkan
mata memandang dia.
Mana boleh dia
ambil gambar ni?
Memalukan aku betul.
“Tak apa,
aku hantar kat
kau. Since, aku yang
kena edit gambar-gambar
ni…” Aku menjeling
Ikram. Dia hanya
menayang sengih.
“Hantar kat email
boleh?” soal Benji.
Aduh, tak pasal-pasal
dia terlibat tahu?
Kenapalah dia selalu
muncul selepas dia
menyakitkan hati aku?
Dan dia akan
kembali sakitkan hati
aku. Sampai dia
puas agaknya…
“Oddie, adik
I nak satu
onesie. Tapi you
tolak gaji I
boleh?” soal Linda
berbisik di telingaku.
“Boleh, dia
nak onesie yang
mana satu?” soalku.
“Yang lembu
pink tu. Dia
kata comel.” Aku
tersenyum. Memang comel
pun. Aku ada
satu dekat rumah
tapi lembu hitam
putih. Lembu dari
New Zealand agaknya.
“Boleh… pergi
tengok stok ada
tak warna tu,
saiz dia? Kalau
ada, you scan
macam biasa eh?
Lepas tu rekodkan dalam
buku. Pandai-pandailah I
nanti.” Aku berkata.
Dia tersenyum dan
mengangguk.
“Terima kasih,
Oddie! You are the
best!” pujinya.
Dah biasa
pun dengar pujian
begitu dari Linda
dan Saleha. Taukeh
mana lagi yang
selalu bagi baju free
dekat pekerja dia
selain aku? Kalau
payah sangat nak
habis stok, aku
bagilah mereka pilihan
untuk memilih pakaian
yang mereka suka.
Sebulan biasanya satu
baju saja. Takut
nanti naik lemak
pula kalau diajar
selalu.
“OH ya,
kenapa awak datang?”
soalku pada Benji
bila kami ditinggalkan
berdua-duaan di kedai.
Ikram sudah balik.
Saleha dan Linda
sibuk mengira stok
di dalam stor.
Sebenarnya aku takut
ditinggalkan berdua dengan
dia. Sebab perangai
dia akan bertukar
bila dia dengan
aku saja.
“Saja. I
tak ada apa
nak dibuat dekat
rumah.” Katanya. Oh.
“Habis tu
tak pergi mana-mana
ke?” soalku.
“Pergi ke
sinilah.” Jawabnya selamba. Huh.
Tanya lagi soalan
cerdik begitu. Dapatlah
jawapan yang setaraf
dengan soalan.
“Pekerja you
memang rapat dengan
you kan?” soalnya.
“Kenapa awak
cakap macam tu?”
“Boleh bergurau
senda, berhutang dan
sebagainya.”
“Berhutang?”
“Tadi? Tolak
gaji.” Oh! Jadi
dia dengar perbualan
aku dengan Linda.
Bahaya ni kalau
ada si pemerhati
macam dia.
“Oh… biasalah.
Dah rapat, kenal
lama. Saya percayakan
diorang sebab apa-apa
diorang buat, selalu
mintak izin saya.”
Kataku.
Memang betul.
Aku bersyukur sangat
yang Linda dan
Saleha begitu amanah
dan jujur sekali.
Tak pernah lagilah
ada kes hilang
duit short sana sini.
Memang berhemah betul.
Buat kerja pun
cekap. Memang customer aku
selalu puji, servis
tip top sebab
pengeposan dibuat pada
setiap hari bekerja.
Nak-nak pos laju
dekat aje dengan
kawasan butik aku.
“You free tak
malam ni?” soalnya.
Gulp. Macam nak
ajak pergi dating
pulak.
“Bukanlah I
nak ajak candle
light dinner pun.
Cuma I takde
geng nak pergi
makan.” Tiba-tiba dia
kalut sendiri dengan
ajakannya tadi. Rasanya
hari inilah baru
aku dapat dengar
dia bercakap dengan
dialog yang panjang.
“Malam ni… saya
tak free.” Aku jawab
jujur. Lega. Kalau
aku free pun
memang aku tak
naklah jumpa dia.
Nanti dia sakitkan
hati aku lagi
dan lagi.
“Oh yeke?”
“Yeap. Dah
janji nak pergi
ikut Ikram.”
“Ke mana?”
soalnya. Aku terkejut.
“Bukanlah I
nak tahu sangat.
Tapi you tak
boleh cancel ke?” soalnya.
Eee peliknya dia
ni. Betul-betul perlukan
geng untuk teman
pergi makan ke?
Kenapa tak ajak
Linda ke? Linda single.
Atau ajak mama
dia ke?
“Oh. Eh,
I nak join boleh?”
“Err. Since you
are not a
fan of drifting
stuff, I think…”
“I’m
okay with that.
Kecuali bila you
yang bawa. I
cuma nak tengok…”
dia berjeda bila
aku pandang mukanya.
Kecuali bila aku
bawa? Habis dia
fikir siapa yang
akan bawa? Keningku
sudah terangkat.
“You
mean, you yang
akan…”
“Yes.”
“You okey
ke kalau I join?”
hmm. Takkan dia
tak nampak muka
tak okey aku
ni? Ke dia
nak aku muntah
dulu? Aku garu
telinga. Sebenarnya tak
okey. Aku dah
masuk frasa cuba
melimitkan hubungan kami.
Tapi kesian pula
dia kalau aku
menolak.
“Hmm. Okey
aje. Awak preparelah
apa yang patut.
Gas asma atau
apa.” Aku berkata
sarkastik. Yalah, itu
hari pun mengamuk
sakan dia bila
aku drift teruk
depan dia. Dia
tersenyum nipis.
“You ambil
I?”
“Awak ambil
saya kat rumah
malam ni.” Dia
angguk. Aku tak
suka bawa kereta
aku ke tempat
show. Kalau berlaku
kemalangan, contohnya, drift
terbabas, lepas tu
kena kereta… sakit
beb. Sakit nak bayar.
“Eh, you nak drift?”
“Guna kereta
lain.” Aku berkata.
Tengok ajelah.
0 komen:
Post a Comment