BAB
6
“MONYET! Bengong! Bangsat!”
aku menyeranah sambil
memanjat pokok rambutan
dengan geram. Tinggi.
Disebabkan rasa sakit
hati, aku memanjat
lebih tinggi. Sampai
ke hujung dahan.
Puas hati aku.
Dahan yang
tidak berapa lebar
itu aku peluk
kuat dan melepaskan
tangisan geramku secara
perlahan. Tak mahu
ada yang dengar.
Tapi, lama-kelamaan, sedu-sedan
mula mengiringi tangisanku.
Aku sedih sangat
dan aku tak
tahu kenapa aku mesti
rasa sesedih ini.
“Leha balik
dulu!” jerit suara
Leha. Pergi baliklah
kau, monyet! Menyemak
aje kat sini! Tangan
mencapai rambutan yang
tergantung berdekatan denganku
sambil air mata
masih mengalir. Geram.
Sakit hati... sedih...
semuanya bercampur menjadi
satu.
“Baliklah dulu.
Kalau jatuh jangan
bangun ye. Tunggu
aje kat situ
sampai ada kereta
datang langgar.” Sayup-sayup
kedengaran suara si
samurai bergurau dengan
Leha.
“Hehehehe! Abang
Aizat ni kelakarlah!”
Leha tergelak gedik.
Nak muntah aku
dibuatnya. Benci dua
makhluk itu! Aku
benci!! Rasa nak
kunyah dengan biji-biji
rambutan ni sekali,
tau?! Geram sungguh
aku.
“Turunlah. Rambutan
ni ada lebih.”
suara Aizat menyapa.
Dah sisa-sisa baru tahu nak
bagi aku? Blahlah
kau, samurai!
“Turunlah.” suara
dia masih ada. Mendatar. Aku
buat pekak sahaja.
Langsung tidak pandang
ke bawah. Buat
apa nak pandang
ke bawah? Bukankah
ada dia? Dan
buat apa aku
nak pandang dia?
Bukankah dia hanya
menyakitkan hati aku
saja?
“Turunlah, Melur.
Bahaya.” dia mendengus
sedikit. Bunyi macam
prihatin sangat aje.
Ah! Aku peduli
apa? Dia juga
yang suruh aku
panjat tadi. Bila
aku panjat, sibuk
nak datang sini?
“Melur. Aku...
aku... Argh! Turunlah,
Melur.” panggilnya dengan
nada memujuk. Aku
masih buat tak
endah. Mujurlah pokok
rambutan ni dah
tak ada dahan
yang lebih tinggi
dari kedudukanku sekarang.
Kalau tak memang
aku panjat lebih
tinggi lagi. Percayalah
cakap aku!
“Melur, aku
naik atas tu,
siaplah kau!” dia
mengugut. Aku dah
tak hairan. Kalau
dulu aku kelam-kabut
sebab ugutannya itu,
sekarang tidak lagi.
Malas aku nak
ambil tahu. Sekali
pun dia nak
pukul aku, silakan!
Aku malas nak
kisah!
“Melur, turun!
Aku cakap turun,
kan?!” dia menjerkah.
Aku buat tak
endah.
“Kau ingat
manis sangat kau
memanjat macam tu?!
Kau tu anak
dara! Sebelum kau
jatuh macam dulu,
baik kau turun.”
aku menjeling.
Bila aku
dah panjat pokok,
baru nak ingatkan
aku yang aku
ni anak dara?
Selama ni? Pada
dia, aku ni
anak kera. Sampai
boleh memanjat sendiri
apa semua. Leha
tu baru anak
dara pada pandangan
dia. Aku benci
dia.
“Aku cakap
turun!!” kuat suara
dia menjerkah di bawah.
Bergema... kecil
hatiku semakin menjadi-jadi.
Sekuat itu dia
menengkingku. Aku akhirnya
turun juga. Bengang.
Air mata pun
turun sama macam
aku sedang turun
dari pokok rambutan
ini. Pedih hatiku.
Malu. Ditengking begitu
atas alasan apa?
Atas alasan aku
memanjat pokok untuk
mencari rambutan buatku
sendiri? Itu pun
salah? Mujur juga
aku sudah merasa
banyak buah rambutan.
Sekurang-kurangnya, tak adalah
aku nak terliur
yang orang lagi.
Sesampai di
bawah, aku terus
menyarungkan selipar jepunku
dan berjalan pergi.
Sedu-sedan masih bersisa.
“Melur.” dia
tarik lengan baju
aku. Aku menyentak.
“Melur, aku
takut kau jatuh.
Melur... aku...” dia
mengejar. Tapi cepat-cepat
aku mengesat air
mata dan berlari
ke depan rumah.
Geram. Geram sangat-sangat.
“MELUR! Asal setiap
kali aku jumpa
kau, mesti kau
menangis erk? Drama
Queen betullah kau
ni.” soal Ijai
yang entah bila
muncul. Prihatin. Tak
macam Aizat. Aku
kesat air mata
dan duduk di
pangkin. Dia duduk
di sebelahku.
“Aku benci
beruk tu!” aku
mengadu. Dia tergelak.
“Beruk mana
pulak ni?” soal
Ijai prihatin. Agaknya
dia terfikirkan beruk
yang selalu curi
buah pisang di
kebun belakang rumahku.
“Sepupu aku
itulah. Beruk!” aku
mengutuk lagi sambil
mengesat air mata
yang masih bersisa.
“Tak elok
berukkan seorang manusia.
Ni, hadiah kau
dulu. Kau tinggal
aje. Nah. Ni
ABC kau sekali.
Aku belikan yang
baru sebab yang
kau dulu sepupu
kau dah habiskan.”
dia berkata tenang.
Aku mendengus. Sibuk
nak habiskan ABC
aku. Benci sungguh.
Aku tak bercakap
dengan dia langsung.
Sudah hampir seminggu
aku melancarkan mogok
suara.
“Ijai, kau
panjatkan aku pokok
rambutan boleh?” soalku.
“Bukan selama
ni kau rajin
memanjat ke?” soal
Ijai sambil mengekek
ketawakan aku.
“Hari tu
aku jatuh pokok.
Mak abah tak
bagi memanjat lagi
dah. Tadi aku
panjat, beruk tu
kacau. Tolonglah Ijai...”
aku merayu.
“Habis tu?
Kau luka kat
mana-mana tak? Apa
pasal sampai boleh
jatuh ni, Melur?
Dulu kau terror gila
memanjat sampai tak
dapat beza aku
antara kau dengan
kera belakang rumah
kau tu!” Ijai
berkata prihatin sambil
sempat dia mengutukku.
His! Aku mencemik.
Aizat pun kata
aku teringin nak
jadi kera dulu.
Hmm. Aku memang
ada gaya kera
ke? Sedihnya.
“Jatuh gitu
je. Terseliuh pinggang.
Sekarang dah okey. Ala, Jai!
Bolehlah erk?” aku
membuat muka kesian.
“Kau pun
tahu, kan? Aku
ni penggayat tegar.”
dia mengakuinya. Aku
angguk. Lupa pula.
Dia memang takut
dengan ketinggian. Dari
kecil lagi.
“Aku terliur
sangat.” aku mendengus
sambil memandang kaki.
Tiba-tiba ada sebakul
rambutan di hadapanku.
Aku mendongak. Aizat
menghulurkannya dengan muka
tegangnya itu. Aku
kembali tunduk. Tak
menghiraukan pemberiannya. Kecil
hati dengan dia.
“Aku bagi
ni, ambiklah! Kang
meleleh pulak air
liur tu!” dia
membentak. Aku pandang
Ijai. Ijai angkat
bahu sambil mencebirkan
bibirnya. Keningnya diangkat.
Suruh aku ambil.
Aku buat tak
nampak saja pada
kewujudan bakul di
depan mukaku ini.
Terus aku berdiri.
Aku ambil ABC
pada tangan Ijai,
kemudian aku ambil
kotak hadiahku lantas
kupeluk.
“Nantilah kita
berborak ya Jai?
Aku tak ada mood.”
aku berkata sambil
melangkahkan kaki menuju
ke tangga rumah.
Ijai bangkit dari
pangkin.
“Aku pun
kena blah ni.
Ada hal.” katanya.
Hal dengan Noralah
tu.
“Okey, bye! Terima
kasih erk untuk
hadiah ni?” aku
segera naik ke
dalam rumah. Meninggalkan
Aizat terpinga-pinga sendirian.
Padan dengan muka.
Dia nak sangat
kan? Rasalah penangan
aku! Aku merajuk
memang lama.
“MELUR, ni
rambutan yang Aizat
bagi.” mak aku
menghulur bakul berisi
buah rambutan buatku. Aku
mencemik. Dah tak
ingin. Aku mengunyah
kentang goreng segera
yang digoreng mak
tadi tanpa perasaan.
“Makanlah rambutan
tu.” Suara Aizat menyapa. Suaranya
lemah seperti suara
orang yang sedang
berjauh hati. Aku
buat tak dengar
sahaja. Sudah lama
sungguh aku tidak
bersuara dengannya. Aku
peduli apa?!
“Mak cakap
kat dia, Melur
tak nak makan.”
aku menolak bakul
buah rambutan itu
ke tepi.
Kan mak
dah kena jadi
orang tengah? Aku
memang malas nak
pandang muka dia!
Macam-macam cara yang
dia telah cuba untuk
memujuk aku. Semuanya
aku abaikan. Padan
dengan muka. Aku
berlalu ke dapur.
Meninggalkan mak yang
terpinga-pinga. Aizat? Aku
tak sempat nak tengok pun
reaksi dia.
Semenjak kejadian
dia menjerkahku yang
memanjat pokok kali
lepas, semakin kerap
dia mencarikan aku
buah rambutan. Tapi,
satu biji pun
aku tak usik. Berakhir dengan
dia makan sendiri.
Sampai terbatuk-batuk. Padan
dengan muka. Nak
pujuk aku? Takkan
termakan aku dengan
pujukan dia. Leha
ada, tidak pula
dia memberi Leha
makan rambutan tu.
Waktu aku terliur
dulu sibukkan sangat kat Leha
dia.
“Letih-letih dia
panjat pokok.” suara
ibuku dari ruang
tamu mematikan langkahku
seketika.
“Bukan Melur
suruh pun dia
panjat. Dia sendiri
pun tahu Melur
handal memanjat sebab
dah berkawan dengan
nyet di
belakang rumah. Buat
apa dia nak
carikan lagi untuk
Melur? Sebab nak
jadi macam nyet-nyet
belakang rumah ke?”
aku menjawab selamba dengan
nada sinis.
“Melur tak
baik macam tu.”
mak menegur. Seperti
biasa, hanya salah
aku yang mereka
nampak.
Tiba di
dapur, aku duduk bercangkung di
hadapan buah durian.
Musim buah sekarang,
memang senang nak
jumpa buah. Parang
kutarik. Aku mencantas
tangkai buah durian.
Hari ini aku
teringin nak makan
durian. Rambutan? Malas
dah aku makan
walaupun terliur gila! Buah kegemaran
aku tu!
Punggung durian,
aku tetak dengan
parang. Buat tanda
sebelum mengopeknya. Parang
aku letak ke
sisi. Aku cuba
mengopek. Tak berjaya!
Kena tetak besar
sikit agaknya. Tiba-tiba
parangku diambil sebelum
sempat aku mengambil
semula di atas
lantai.
“Meh sini
aku buatkan.” Aizat
mengambil buah durian
dari tanganku.
Tiada riak
bersalah dipamer. Aku
merengus. Dia mengopek
buah durian itu
menggunakan tangan kekarnya.
Keluar segala jenis urat.
Mak urat, bapak
urat, atuk dan
nenek urat pun
ada. Fuyo! Mudah
sahaja dia mengopek
durian itu. Dah
berjaya. Kudrat dia
dengan aku berbeza.
Ya, besar bezanya
meskipun badan dia
keding.
“Nah, makan
ni.” dia mengambil
seulas.
Aku termenung
pula. Tadi terasa
nak makan durian,
tengok muka dia,
selera aku tiba-tiba
mati. Aku bangkit.
Nak berjalan ke
bilik. Dia menarik
lenganku sehingga aku
tersentak.
“Nak apa?!”
inilah kali pertama
aku bercakap dengan
dia sesudah beberapa
hari aku merajuk
dengan dia.
“Makan.” dia
menonyoh durian itu
ke mulutku. Kepalaku
terundur ke belakang
dengan tonyohan kasarnya itu.
Heee. Tak
sopan betul dia
ni! Habis durian
itu terkena hidungku!
Cis! Aku terpaksa
mengambil dari tangannya.
Dia menjelingku. Aku
pun sama. Menjeling
dia sehingga bergolek
anak mata hitam.
Dia menarik lenganku
dan kami kembali
duduk menghadap durian-durian
itu. Satu patah
perkataan pun aku
tak bersuara. Aku
masih mogok suara
dengannya. Biarlah sampai
bila-bila pun.
“Dah tiga
hari kau tak
bercakap dengan aku.
Kalau kau simpan
suara kau pun,
bukannya boleh jadi
sedap macam suara Siti
Nurhaliza pun.” dia
menyindir. Aku masih
diam. Biarlah dia
dengan kata-kata sinisnya
asalkan aku tak
kacau hidup dia. Sesudah
makan, aku bangkit
meninggalkan dia.
“Melur...” panggilnya.
Aku buat tak
endah sahaja. Cukuplah
hati aku sakit.
0 komen:
Post a Comment