BAB
8
“AKU bergurau aje
semalam. Tak sangka
kau terasa sampai
tak nak datang
rumah. Nanti datanglah
lagi. Aku tak
halau punya. Bawak
bakal bini kau
terus. Ada juga
kawan untuk si
Melur ni merapu
bersama.” ternganga aku
dengan Ijai dibuatnya.
Dia bergurau ke
semalam? Ada gaya
macam sedang bergurau
ke? Dia menjerkah
sesungguhnya! Ya! Itu
yang pasti. Muka
dia naik marah
sungguh semalam.
Mujur juga
dia tahu nak
buka mulut. Kalau
tidak, sampai ke
senjalah kami mengunci
mulut. Tadi, sewaktu
Ijai nampak sahaja
wajahnya turut serta
di meja makan
ini, deras sahaja
Ijai bangkit. Ingin
pergi. Tetapi, cepat-cepat
aku menghalang. Ijai
akur dan dia
duduk semula. Ijai
mana boleh bantah
cakap Queen Melur dia
yang cantik ni. Selepas
itu, kami order
ABC dan mendiamkan
diri beberapa ketika
sehinggalah Aizat sendiri
yang bersuara.
“Eh! Tak
apalah, bang! Aku
tak kisah pun.
Aku malas nak pergi sana
sebabnya, setiap kali
aku pergi ke
sana, mesti Melur
menangis.” Ijai cuba
berbahasa. Tapi, bahasa
dia dulu dari ‘saya’ dah
bertukar jadi aku
pula. Mungkin cuba
biasakan diri dengan
bahasa Aizat yang
sememangnya kasar itu.
His! Dia kata
aku selalu menangis?
Baru dua kali!
Lagi satu,
betul ke Ijai
tak kisah? Dua
kali dia dijerkah
Aizat. Sampai pucat
lesi mukanya. Kalau
aku, harus aku
menyimpan dendam.
“Budak selebet
ni memanglah! Cengeng
terlajak. Ni, kau
nak bernikah dengan
siapa sebenarnya? Macam
mana orangnya?” soal
Aizat beramah.
Wah! Banyak
pula mulut dia.
Ijai tersengih malu-malu
apabila ditanya mengenai
siapa yang bakal
dinikahinya. Orang angau
tak habis, begitulah
keadaannya. Menyampah aku
tengok! Muda-muda lagi
dah nak menikah.
Cemburu pula aku
dengan lelaki perempuan yang nak
kahwin di usia
muda ni. Aku
di rumah pula?
Kumpul lemak saja!
“Dengan anak
Dato’ Haji Samsudin.
Nora nama dia.”
dia tergaru-garu belakang
telinganya. Aizat kelihatan
tercengang mendengar perkataan
‘Dato’.
Hahaha! Apa
kau ingat, orang
selebet macam dia
tak mampu? Ijai
inilah makhluk paling
rajin bekerja, tau?
Dato’ Haji Samsudin
itu merupakan majikannya.
Majikan yang baik
hati. Disebabkan kerajinan
dan budi pekerti
Ijailah dia berkenan
nak buat menantu.
Lagi pula, Nora
itu anak tunggal
Dato’ Samsuddin. Apa
jua permintaan Nora,
pasti bakal ditunaikan
Dato’. Dato’ pula
semakin berusia. Dia
bimbang tiada orang
hendak menjaga Nora.
Disebabkan itulah dia
ingin menikahkan Nora
dengan Ijai supaya
Ijai boleh jagakan
Nora sekiranya dia
tiada.
“Tak sangka
aku orang selebet
macam kau boleh dapat anak
Dato’. Kau mengurat
macam mana? Ajar
aku sikit. Mana
tahu aku boleh
dapat anak Tan
Sri ke.” selamba
sahaja dia memberi
komen dan menyoal.
Aku memijak kakinya
di bawah meja.
Kuat. Bimbang Ijai
terasa hati kerana
dipandang rendah.
“Sakitlah kaki
aku, bongok! Kau jealous
ke apa ni?”
dia menjerkah sambil
menjegilkan matanya. Semua
mata memandang kami.
Gulp! Tak ada
masa aku nak
cemburu, okey?!
“Simpang!!” jawabku
dengan suara tertahan.
“Er, aku
pun tak sangka
dia nakkan aku
yang selebet ni.
Mana ada aku
mengurat dia. Dia
yang mengurat aku
dulu.” Ijai meredakan
amarah Aizat.
Huh! Ijai
tersengih malu-malu. Memang
kisah benarnya begitu.
Nora rajin bertandang
ke tempat kerja
Ijai menghantar lauk-pauklah,
kuih-muihlah. Suka sebab
Ijai rajin agaknya.
Dulu aku tak
percaya juga bila
Ijai kata Nora
asyik kerdip-kerdip mata
memandang dia. Selepas
aku sendiri yang
menyaksikan kesungguhan Nora
mendekati Ijai, terus
aku percaya.
Nora sampai
menangis kerana cemburukan
aku yang ketawa
mengekek dengan Ijai
insiden kera Pak
Mail jatuh motor
dulu. Selepas itu,
Ijai dengan segaknya
mengaku yang aku
hanya kawan baik
dia saja. Selepas
dari kes itu,
aku jadi rapat
dengan Nora.
“Huh! Memang
gilalah anak Dato’
nak mengurat kau.”
kutuk Aizat lagi.
Ya Allah! Dia
ni kenapa? Sekali
lagi aku pijak
kakinya. Kali ini
kuat aku tenyeh-tenyeh
dengan terompahku sampaikan
dia berkerut sakan.
“Sakitlah, gila!”
dia mengacip giginya
menahan sakit dan
menahan amarah mungkin?
“Nora tu
memang suka dekat
dia pun. Yang
awak tak puas
hati sangat ni
kenapanya?” soalku bengang.
Geram betul dengan
dia ni. Sekurang-kurangnya, jagalah
hati sahabatku. Menyesal
aku ikut kata
mak. Kalau aku
tahu tadi begini
perangai dia, lebih
baik aku tunda
sahaja pertemuan aku
dengan Ijai. Lagi
baik!
“Lantak akulah!
Cantik ke budaknya?”
soal Aizat sambil
menjelingku. Eleh. Bukannya
dia sibuk nak
tahu pun. Sekadar
ajak berbual sebenarnya.
“Cantik!”
laju
sahaja Ijai menjawab
sambil menayangkan giginya.
“Mana cantik
dengan Melur?” soalnya
pula sambil memandangku
sekejap. Banyak soal
pulak mamat samurai
ni. Eh? Dia
nak puji aku cantik
ke macam mana ni? Mana
cantik dengan aku?
Maknanya, aku cantiklah
tu! Wahahaha! Bangga
aku.
“Cantik macam
Melur!” puji Ijai
bersungguh.
“Maknanya tak
cantiklah tu.” heeeee!
Boleh berasap telinga
aku mendengarnya. Bukannya
dia nak puji
aku. Dikutuk lagi
adalah. Dahi Ijai
sudah berkerut.
“Apa pulak
tak cantik? Cantiklah
ni.” Ijai menilik
mukaku bersungguh-sungguh.
Tidak lama
kemudian, Aizat menghadang
mukaku dengan tapak
tangannya. Aku menjeling
Aizat geram. Perangai
dia... masyaAllah! ABC
aku sedut geram.
Kalaulah aku boleh
cucukkan straw ni
dekat leher samurai
dan sedut semua
darah dia sampai
pucat macam drakula
kan bagus? Biar
padan dengan muka
dia!
“Tak payah
nak tenung sangat
anak dara Mak
De aku eh?
Ingat sikit yang
kau tu dah
bertunang. Ni, budak
Melur ni tak cantik langsung.
Selebet. Tak payah
tengok lama-lama, boleh
kena kanser mata
kau nanti.” kutuknya
bersahaja. Ewah-ewah anak
orang ni dah
lama hidup agaknya.
Inilah sebabnya aku
tak suka dia join
aku dengan Ijai.
Mulut dia tahu
nak mengutuk sahaja
sampaikan aku naik
menyampah.
“Selebet tu
adalah sikit.” Ijai
mengiyakan pula. Heee!
Geram pula aku
jadinya. Bagaimana dalam
kes ini, Ijai
boleh bersekongkol dengan
dia?
“Projek apa
kau orang nak
bincang ni sebenarnya?”
soal Aizat setelah
kami bertiga menyepi.
“Hmm. Nak
suruh Melur buatkan
hantaran kahwin aku
dengan buat cenderahati
untuk tetamu.” jawab
Ijai.
“Oh! Baguslah.
Jahanam habis hantaran
kau tu nanti.”
Aizat berkata sambil
mengangguk-anggukkan kepalanya tanda
bagus!
Huh! Dia
pandang aku tak
ada mata. Selama
ini memang kerja
aku menggubah hantaran
kahwin orang. Dia
aje tak tahu.
Aku siap buat
duit lagi dengan
tangan kreatif aku
ni. Cuma, perkahwinan
Ijai sahaja aku
tidak mengenakan caj.
Aku buat atas
dasar kawan. Orang
putih kata, free of
charge.
“Eh tidaklah!
Dia ni nampak
aje selebet. Tangan
dia kreatif, bang!
Nak gubah bunga
telur dan pelamin
pun nanti dialah
juga orangnya. Sentuhan
dia, memang hidup.
Ramai yang berpuas
hati. Silap hari
bulan kalau dia
buat arca monyet,
boleh hidup monyet
tu. Kalah Deko
Bersama Eric.” bersungguh
Ijai mempertahankan aku
daripada dikutuk walaupun
dalam ayatnya ada
juga dia mengutukku.
“Aku takut
dia ambik monyet
kat belakang rumah
aje nanti nak
‘menghidupkan’ sentuhan dia
tu. Jangan kau
menyesal.” Kutuknya selamba.
Ya Allah, mujurlah
aku masih boleh
bersabar. Sabar sikit
saja lagi, Melur.
“Eh! Tak
adalah sampai begitu,
kan Melur? Tergamak
pulak dia nak
letakkan monyet dekat
majlis kahwin saya.”
Ijai tersipu-sipu menahan
tawa. Lebih baik
aku diam. Mulut
ini ingin saja
menyembur orang.
“Oh! Bagusnya.
Jangan menangis pulak
bila runtuh pelamin
kautu nanti.” selamba
sahaja nadanya tetapi
cukup menyakitkan hati.
“Heeee! Aku
bunuh jugak anak
orang ni nanti,
Jai!” aku masih
cuba menahan rasa
geram. Bercakap dengan
gigi yang terkacip.
“Jangan nanti
ada yang mengadu
dapat bunga telur
tanpa telur sudah.”
tambahnya lagi. Ijai sudah tergelak
besar. Tidak dapat
lagi menahan lucu
kata-kata Aizat gamaknya. Aku
pandang Ijai dengan
pandangan amaran, ‘berani
kau ketawakan aku?’. Terus
mati sengihannya. Ha! Tahu
pun takut.
“Eh Melur!
Kau dengan abang
Aizat jadi aku
punya pengapit, boleh?”
soal Ijai mengubah
topik. Aku menggeleng-gelengkan kepalaku.
Nak kena hadap
muka Aizat lagi
di majlis perkahwinan
Ijai? Memang cari
nahas betullah aku
kalau aku setuju!
“Tak naklah!”
cepat-cepat aku membentak.
Tak mahu.
“Bila nak
langsungnya?” soal Aizat
tanpa menjawab soalan
Ijai.
“Tiga bulan
lagi.” jawab Ijai
sambil tersengih menampakkan
giginya yang agak
kuning itu.
“Sempat aku
kahwin dulu.” jawabnya
bersahaja dengan gaya
samurainya. Ada juga yang balik kena kutip
gigi sepanjang jalan ni nanti.
“Prepare
awal-awallah, bang! Aku
ni nak nikah
dengan anak orang
kaya. Anak Dato’.
Lainlah kalau kau, bang. Si
Leha tu tak
kaya pun. Berlagak
aje lebih dengan
barang kemas tiruan
dia tu.” Ijai
tersengih. Aku nak
tergelak bila Leha
dikutuk Ijai. Muka
Aizat berkerut seribu. Tak
pasti sama ada
dia keliru atau
marah bila Lehanya
dikutuk Ijai.
“Siapa kata
aku nak kahwin
dengan Leha? Aku
tak cakap pun
yang aku nak
kahwin dengan dia.”
jawabnya dengan muka
selambanya.
Ijai ketap
bibir. Malu. Dia ni memang
suka malukan orang
dengan kata-kata sinis
dia tu. Tambah
sedarjah rasa benci
aku pada dia. Aku sudah
rasa nak tikam
orang dengan garfu
di dalam bekas
sudu ini. Sabar,
Melur! Sabar! Sabar!
Sabar!
“Habis? Abang
nak kahwin dengan
siapa?” soal Ijai
ternganga.
“Melur.” jawabnya
sepatah. Serentak itu,
aku tersedak kacang
ABC yang sedang
aku sedut ni!
Uhuk! Uhuk!Uhuk! Kalau
tadi aku rasa
nak cucuk dia
dengan garfu, tapi
sekarang aku rasa
nak telan saja
garfu tu. Lagi
elok dari mendengar
kata-katanya yang mengarut
itu.
“Kau ni dah
kenapa?!” marah Aizat
sambil merenungku dengan
kerutan di dahinya.
Amboi. Marah benar
gayanya.
Aku tak
dapat menjawab soalan
dia. Tekak terasa
gatal dan pedih
kerana masih terasa
kacang yang tidak
hancur terlekat di
kerongkong! Laju sahaja
Ijai menghulurkan air
mineral dalam botol
kecil yang tersedia
di atas meja.
Sampai berair biji
mata aku akibat
tersedak mendengar kata-kata
tak berasasnya itu.
Heee. Kenapa pula
nak nikah dengan
aku?!
“Kenapa mesti
saya?” soalku geram.
“Leha cantik
sangat. Tak padan
dengan aku. Orang
dulu-dulu kata, yang
cantik jodohnya dengan
yang tak kacak.
Saling melengkapi. Yang
tinggi dengan yang
rendah. Yang kacak
macam aku ni,
kenalah dengan yang macam... kau. Kau faham
kan?” Katanya selamba.
Ijai tergelak terkekeh-kekeh mendengarnya.
Oh! Jadi aku ni buruklah
pada mata dia?
Tak guna punya
samurai! Sudahlah!
“Mesyuarat dibatalkan!
Aku nak... BALIK!!”
jerkahku kuat lantas
bangun menepuk meja
dan meninggalkan mereka
berdua. Peduli dengan
pandangan orang kampung.
Mereka ada mata.
0 komen:
Post a Comment