Bab 1
2011-
Aku menggaru-garu pipi
yang tidak gatal
mana. Sudah puas
aku menunggu kehadiran
si Awin di
luar kelab ni.
Hampir tercabut lututku
akibat berdiri terlalu
lama. Boleh jadi
juga retak tumit
kaki aku dengan
memakai kasut tumit
tinggi setinggi empat
inci ini. Tinggi,
kan?Hampir jugalah aku
menyeranah dia di
dalam hati. Katanya
tadi baru putus
cinta? Mahu aku temankan dia
untuk lepaskan tekananlah,
apalah! Tengok-tengok, batang
hidung dia pun aku tak
nampak lagi. Hantu
punya member!
“Awin! Seriously! You nak
I tunggu you ke
ni? Sampai pukul
berapa I kena
berdiri macam bodyguard kat
luar sini? Kalau
tak jadihuha, I nak
baliklah! You lepaskan tensionyousorang-sorang!” aku
mula mengugutnya. Kelewatan
dia yang menyebabkan
aku mula mengugutnya.
Telefon bimbit yang
dilekapkan di telingaku
itu aku cekup
kuat-kuat menahan geram.
Alahai, selama
ini, aku selalu
mengugutnya dengan kata-kata
sebegitu tetapi untuk
melakukan seperti mana
yang aku ugut
tadi, aku tak
sampai hati pula
sebab Awin memang
sahabat terbaikku. Dia
sentiasa ada denganku
setiap kali aku
dilanda masalah. Jadi
pada hari ini,
aku perlu ada
untuknya!
“Kejaplah. I
tengah dalam perjalanan
ni. Lagi lima
minit I sampai.
You pesanlah
apa-apa dulu, I
bayarkan nanti. Jangan
risau, kay?” Awin memujukku.
Lima minit Awin
biasanya bersamaan dengan
dua puluh lima minit
masa sebenar! Hmm.
Boleh percayakah lima minit
Awin pada kali
ini? Suaranya kedengaran
sengau. Menangis lagi
rupanya. Aku pun
segera mematikan telefon.
Aku masuk
ke kelab itu
dengan perasaan takut.
Inilah pertama kali
aku menjejakkan kaki
bersendirian tanpa Awin
di dalam kelab
malam.Kalau sebelum ini,
aku biasa pergi
berdua-duaan dengan Awin. Ushar-usharjejakakacak sedangkan
aku sudah pun
mempunyai seorang kekasih.
Handsome juga
tau pakwe aku? Zarul.
But, itulah,
dia beriman jauh
dari aku. Sembahyang
penuh tak pernah
tinggal, tempat-tempat macam
ni, dia mana
pernah masuk?
Kalau dia
tanya aku, “Awak
dah solat?”, aku
mulalah berbohong sunat. “Sudah.” tak
pun aku jawab,
“Tak boleh.” sedangkan
aku sudah lama
benar tidak menyentuh
sejadah. Barulah aku
sedar yang aku
ini boleh tahan
buruk perangainya. Bukan
lagi buruk tetapi
perangaiku sudah ketara
macam syaitonnirajin! Rasa bersalah
kerana selalu berbohong
pada Zarul aku
tolak ke tepi.
Berpelukan dengan
Zarul? Berdosa katanya!
Baguslah. Sebab itu
aku selesa dengannya.
Aku pun tak
suka berpeluk-peluk dengan
dia. Dia bukannya
seorang lelaki jenis
yang suka mengambil
kesempatan. Baik betulkan
hati dia? Memang
tak layak untuk
aku. Langsung tak
layak. Aku sedar.
Macam mana aku
boleh berkenalan dengan
dia? Oh, perkenalan
kami memang sweet sangat!
Aku terpijak
kaki dia sewaktu
kami berkerumun di
dalam lif. Memang
sesak habis. Sudahlah
aku memakai high heel
bertumit halus. Aku
nampak mukanya merah
menyala. Aku diam
sahaja. Yalah! Manalah
nak perasan yang
aku sedang enak
pijak kaki dia. So,
aku buat tak
tahu sajalah. Ingatkan
mukanya merah sebab
rasa segan dengan
aku yang memang
hot gila
ni. (Aku memang
kuat perasan, jadi
biasakan diri untuk
berhadapan dengan sikap
aku yang satu
ini, okey?)
“Err cik!
Kaki saya! Awak
pijak dari tadi.”
bisiknya perlahan ke
telingaku. Aku menekup
mulut yang ternganga.
Cuba menahan tawa,
aku meminta maaf
dengannya. Kakiku segera
aku alihkan. Dua-dua
belah kaki pula
tu, aku landing baik
punya atas kasut
dia. Kesiannya kat
dia. Patutlah aku
rasa tinggi semacam.
Di situlah
perkenalan pertama kami.
Kami berpacaran dua
bulan selepas kejadian
aku memijak kakinya
itu. Kami berpacaran
agak lama. Cecah
jugalah setahun. Tapi
sekarang, hubungan kami
bagaikan sudah renggang.
Mungkinkah kerana, hubungan
kami menjadi tidak
berkat disebabkan aku
sering berperangai hipokrit
bila berada di
hadapannya? Yalah, di
hadapannya, aku tunjuk
baik, pijak semut
tak mati, pakai
baju tutup sana
sini walaupun tak
bertudung, sedangkan pada
waktu malam? Akulah
kutu rayau!
Kelab dan
pub menjadi tempat
lepakku. Aku bukan
berpeleseran dengan lelaki
buaya darat pun
tapi, aku suka
menghabiskan masa dan
wang aku untuk
tempat yang sebegini
kerana aku sudah
menjejakkan kaki ke
kelab dari umur
aku lapan belas
tahun lagi. Masih
dibawah umur! Jadi,
aku sudah terbiasa
dengan keadaan ini.
Sebab apa aku
terjebak dengan kehidupan
liar begini? Masih
terlalu awal untuk
aku memberitahu kalian
tentang kisah aku.
Aku tengok
jam tanganku yang
berwarna putih terletak
elok di pergelangan
tangan kiriku. Hailah,
dah sepuluh minit
aku tunggu minah
ni kat dalam
sini. Katanya lima
minit saja tadi. Benarlah! Lima
minit Awin memang
sama dengan dua
puluh lima minit
masa sebenar! Aku
naik bosan menanti
dia sendiri. Disebabkan
aku tak ada duit langsung
untuk membayar segelas
Long Island yang
aku pesan tadi,
maka terpaksa jugalah
aku menanti kehadiran
si Awin ini.
Kalau aku tak
tunggu, siapa yang
nak bayarkan? Sudahlah
aku tak buat
keluar duit dari
bank langsung ni.
Mataku leka
memerhati si penari
tak bergaji meliang-lintuk di dance
floor. Dengan lampu
terkelip sana sini,
agak berpinau mataku.
Ada yang pandai
menari, ada juga
yang tidak. Yang
tak pandai tu
biasa-biasanya terdiri dari
perempuan yang konon-konon
nak tunjuk diri
tu seksi tetapi
seksa mata aku
ini melihatnya. Kasihan
pula aku melihatnya.
Menari ikut rentaklah!
Geram pula aku
hendak mengajar mereka
cara menari lagu
kelab dengan betul.
Bukan seperti itu!
Rentak slow, habis dirancakkan
dengan tarian gila
mereka. Makan pil
ke apa? Seumur
hidup aku, pil-pil
tak pernah aku
telan walaupun perangai
aku buruk benar!
“Ekhem,
tempat duduk ni,
rasa-rasanya muat lagi
seorang!” tegur satu
suara garau lagi
seksi. Lamunanku termati
di situ.Aku segera
berpaling, bagaikan terpaku,
mataku ralit memandang
sesusuk tubuh ini. Gosh!
He
is so damn
sexy! Bagaikan ada
magnet, aku tak
mampu mengalihkan pandangan
mataku ke mana-mana
lagi. Melekap terus
ke wajah segak dan manjanya.
Aku rasa aku
sudah terpikat dengan
jejaka ni! Kacak,
penuh bergaya dan
segaknya!!! Kening dia tu
membuatkan wajahnya
nampak manja!
“Hmm? Sorry?” sengaja
aku bertanya dia
begitu sambil mengangkat
keningku. Aku mahu
dengar sekali lagi
kata-katanya. Adakah ini
bermakna dia hendak
duduk di sebelahku?
Aku sudah panas
punggung. Tak senang
duduk sekali. Nafas
terhenti di saluran
esofagus!
“Can
I sit here?”
soalnya bersama senyuman
menggoda. Kali ini
dia tidak lagi
berkias. Wow! Lelaki
kacak ini mahu
duduk di sebelahku?
Silakan!!! Hatiku memekik
riang tapi, muka
aku kenalah cover cun
sikit, kan? Jatuh market
aku nanti. Aku
pandang dia dari
atas ke bawah.
Scan tubuh
badannya. Yes! Perfect!
“Umph..
yup. Why not?” jawabku
dengan riak muka
‘malaikat’ dan mata
terkelip-kelip kegedikan. Aku
menjatuhkan kakiku dari
memijak besi kerusi
tinggi dihadapanku. Dia
mengambil tempat itu
dengan senyuman yang
tidak lekang dari
bibirnya. Tangannya kemudian
diangkat tinggi, meminta
pesanan mungkin? Sempat
lagi dia sedekahkan
senyuman manis buatku.
Jantungku berdegup kencang
bagaikan baru lepas
bermarathon.
“What
can I have
for you, sir?”
soal pelayan lelaki
yang dipanggilnya tadi dengan nada
yang agak kuat
disebabkan ingin melawan
bunyi stereo yang
terlalu kuat menghentam
gegendang telinga ini.
Aku pandang lelaki
tampan ini secara
curi-curi. Kacak sungguh.
Sumpah aku tak
tipu! Baunya pula
aku hidu penuh
rasa ghairah. Perfume apa
yang dia pakai
ni ya? Paco
Rabbane atau Paku
Gaban? Wanginya... Macam
tauke perfume pula. Dia
ada karisma! Itu
yang pasti!
“A
bottle of tequila
with soda.” pesannya
tanpa memandang lelaki
itu. Pelayan tersebut
lantas meninggalkan dia
setelah usai mengambil
pesanan. Dia menunduk
mengeluarkan rokok dari
poket jeans hitamnya.
Setelah dinyalakan api,
dia menghisap dengan
penuh khusyuk. Merokok?
Erkkkk! Tolak satu point. Aku
tak suka lelaki
merokok. No! Aku tak
suka bau rokok
sebenarnya.
“Wow! Tequila.”
aku berkata kagum.
Mahal tu! Melalui
pakaian, cara bercakap,
riak wajah, dan
sebagainya... aku dapat
agak bahawa dia
ini anak orang berada.
“Yeap, hey... I’m Andy.”
dia memperkenalkan dirinya
dengan senyuman manis.
Suaranya terpaksa dikuatkan
kerana bunyi muzik
terlalu kuat memalu
gegendang telinga kami.
Tangan kanan
dihulur mesra sambil
tangan kirinya meletakkan
rokok ke mulut.
Dia menyedut rokoknya
dan kemudian dia
menghembus asap penuh
gaya. Sebelah matanya
tertutup sedikit bagai
menghayati setiap helaan
rokok itu. Gosh! He
is killing me
softly inside. Matanya
yang redup membuatkan
aku rasa hendak
korek-korek saja dan
simpan dalam frame! Seksi
amat. Seksi dan
penuh misteri nusantaranya.
Auch! Naughty Emma.
Jantung aku berdegup
salah rentak! Aku
tak tahu kenapa
mesti jantung aku
berdebar sakan.
“Nama I
Emma Raisha, you boleh
panggil I Emma.
Raisha pun okey.”
aku berkata dengan
senyuman. Mahu melihat
reaksinya setelah aku
berbahasa melayu. Aku
agak, dia bakal
terkejut.
“Ow! You boleh
berbahasa Melayu, I
ingatkan you orang putih
selama ni. By the
way, sedap nama you.
Emma Raisha. Nama
secantik tuannya.” dia
berkata sambil ketawa.
Matanya dikenyitkan. Wow!
Dia gigit tepi bibir bawahnya.
Omaiii! Seksinya
dia. Aku berkira-kira
sama ada hendak
berkelip ataupun tidak.
Rasa rugi walaupun
berkelip sekali. Makhluk
di hadapanku ini
indah sekali!
Aku tersenyum.
Dah agak dah
dia bakal berkata
begitu. Terkejut sangat.
Ramai yang fikir
aku ini orang
putih. Sejujurnya, aku
tak suka orang
berfikir begitu. Mereka
hanya mengingatkan aku
pada daddy aku!Tapi ayatnya
buat senyumanku bertambah
lebar.. ‘selama ni?’.
Apa maksudnya?
“Melayu.” aku
jawab sepatah dengan
senyuman menggoda. Inilah
pertama kali aku
senyum miang sebegitu
kepada seorang lelaki.
Siapa suruh kacak
sangat? Kan dah
kena goda! Seronok
pula aku rasa
bila dipuji olehnya.
Alahai, siapalah yang
tak suka dipuji,
kan?
“So?
American-Malay? Australian?” soalnya
mengenai darah kacukanku.
“Canadian.” aku
jawab sepatah. Daddy aku
orang Kanada. Muka
aku memang banyaknya
mengikut gen daddy. Mata
pun berwarna coklat
terang. Humph! Buat apa
nak ingat orang
yang bencikan aku?
Kanada ke Uganda
ke, kalau dah
kena buang dengan
daddy sendiri,
baik tak payah
anggap aku anak
kacukan.
“Oh
I see. I
dah lama nampak
you kat
sini. You perasan I
tak? Setiap hari Sabtu
I ke sini.”
Andy membuka cerita.
Rokoknya dihulurkan
kepadaku tapi aku
menggeleng. Aku tidak
merokok. Bau rokok
pun aku kurang
suka sebenarnya tapi,
dah namanya kelab
malam, tentulah ada
juga bau rokok-rokok
ini semua.Air pesanannya
pada masa yang
sama sudah sampai.
Pelayan itu menuang
soda dan tequila
bersama ketulan ais
ke dalam dua
gelas kaca yang
dibawa bersamanya tadi
sehingga separuh gelas.
Setelah pelayan itu
pergi, aku menjawab
soalannya.
“I tak
perasankan you pun selama
ini?” aku berkata
begitu dengan senyuman
yang tidak lekang
dari bibirku. Ini
bermakna, he’s watching me!!!!
Sudah lama. Auch!
Tak tidurlah aku
pagi ni nampak
gayanya disebabkan jejaka
seksi di depan
mata aku ni.
Emma, calm down! Berlagak
tenang, boleh tak?!
“Manalah you nak
perasankan I kalau
mata you selalu pandang
gelas kosong saja!”
dia berkata lagi.
Senyuman hambar disedekahkan
buatku. Dia senyumlah
macam mana sekali
pun, tetap aku
rasa berdebar! Wuoh! Bahaya
ni... serius aku
tak tipu. Wajah
dia bagai memberitahuku
supaya jatuh hati
pada dia!
Bahagianya rasa!
Dia perasan apa
yang aku buat
di sini selama
ini? Perhatikan gelas
kosong? Oh bukan
ayat itu, ambil
perkataan sebelum tu,
selalu pandang gelas
kosong saja? SELALU?
Oh
gosh! Perut aku
dah sebu! Dada
dah macam kena
tumbuk! Berdebar-debar. Aku
tersenyum penuh dengan
rasa bahagia! Terasa
bagai ada lingkaran
syurga di atas
kepala. Happy!
“People
being here for
their own reason.
What is your reason
anyway?” soalnya tidak
lama kemudian. Jemari
kekarnya bermain-main dengan
gelas tequila di
hadapannya. Aku berkerut.
Sebab aku ke
sini? Mestilah sebab
aku nak temankan
Awin! Eh, dia
manalah kenal siapa
Awin, kan?
“Me?
I
just temankan kawan
baik I, Awin.
Dia suruh temankan.
Tapi, itulah, dia
tak sampai lagi.”
aku mengadu selamba
sambil mata mengerling
ke arah jam.
Dia tersenyum menggoda
macam awal tadilah.
Seksi, macho, dan hampir
membunuh aku! Lupa
terus aku pada
Zarul. Ah! Zarul
bukan tahu, yang
dia fikirkan, aku
sedang tidur sekarang
ni. Siapa suruh
tanya aku buat
apa? Memang aku
jawab, aku nak
tidurlah! Takkanlah aku
nak mengaku aku
di kelab malam
pula? Sedang minum
tequila? Nak mampus?!
Mahu berterabur gigi
si Zarul berceramah
tak sudah?
“Nope,
bukan sekarang tapi, before?”
soalnya. Oh! Dia
tanya kenapa aku
selalu datang sini
sebelum ni? Malu
juga muka aku
sebab terlebih yakin
menjawab soalannya tadi.
Rupa-rupanya salah! Adeyyy!
“I’m
stressed out! Nak
cari hiburan.” aku
jawab bersama tawa.
Tawa pedih yang
cuba aku sembunyikan
dari pandangan mata
orang. Aku ini
sebenarnya seorang gadis
yang paling takut
untuk berhadapan dengan
masalah. Sebab itu
aku ke sini.
Itu sebab utama
aku boleh terjebak
dengan benda-benda macam
ini.
“Oh, sebab
paling biasa orang
datang sini. Nak
lepaskan tekanan. I
pun macam tu jugak. So,
shall we?
Raikan perkenalan kita pada
hari ini? Lupakan
segala-gala perkara yang
menyakitkan otak ni? Cheers?”
soalnya sambil mengangkat
gelas tequila itu
bersama riak wajah
yang memikat kalbuku.
Aku mengangkat juga
gelas tequilaku bersama
senyuman dan kemudian,
kami lagakan gelas
itu.
“Cheers!”
aku berkata dengan
muka bangga kemudian
minuman itu aku
telan.Disebabkan aku sudah
mula minum dari
aku berusia belasan
tahun, aku sekarang
boleh minum arak
tanpa fikir dosa
pahala lagi. Pahala?
Ada ke minum
arak dapat pahala,
Emma? Mula-mula dahulu
berdebar-debar jugalah aku
rasa. Betul atau
tidak tindakan aku
ini?
Yalah, aku
juga belajar pendidikan
agama di sekolah.
Memang sudah tertulis
bahawa arak itu
minuman yang haram
kecuali ketika darurat!
Tapi aku? Menghalalkan
apa yang haram
tanpa memikirkan dosa.
Walaupun tidak darurat.
Setelah mencuba, sedikit
pun aku tidak
kisah lagi. Aku
rasa, tekanan yang
aku alami selama
inilah perkara yang
darurat buat diri
aku!
“Hey
buddy.” tegur satu
suara. Inilah dia
mak nenek itu!
Awin!!! Sekarang baru
dia sampai? Apa
pasal tak datang
besok sahaja? Tak
pun, berilah ruang
aku nak berkenalan
dengan si Andy
ni dulu ke?
“Awin, you pergi
mana? Lama tau
I tunggu you? Ingatkan
you tak
jadi datang dah!”
aku mengadu. Rasa
gembira melihat Awin
di depan mata
tapi, dalam masa
yang sama aku
jadi geram dengan
kelewatan dia ke
sini.
Aku cubit
perut Awin. Awin
mengelak. Dia tersenyum
hambar. Matanya masih
bengkak. Sedih ditinggalkan
kekasih hatinya, Zul.
Yalah, mereka sudah
berpacaran selama tiga
tahun, tup tup,
lelaki itu telah
membuntingkan anak Vivian.
Perempuan cina di
tempat kerjanya. Mengamuklah
Awin! Bukan setakat
mengamuk sahaja, Awin
hampir jugalah bertukar
menjadi Incredible Hulk
pagi tadi. Seram
aku melihatnya.
“At
least, you ada kawan
sekarang yang temankan
you.” Awin
memberi alasan dengan
senyuman hambar. Matanya
mengerling ke arah
Andy di tepiku.
“Areyouokay, my dear?”
soalku pula pabila
terlihat senyuman palsunya
itu. Kasihan sungguh
aku melihat keadaan
Awin. Sayangkan kekasihnya
setengah mati. Awin
menggeleng-gelengkan kepalanya tanda
dia tidak okey.
Andy aku lupakan
sekejap.Kerusi ditarik lalu
Awin duduk di
antara aku dengan
Andy. Dia menangis
tanpa rasa segan
pada Andy. Aku
peluk bahunya. Cuba
menenangkan perasaannya walaupun
aku tahu, caraku
kurang berkesan untuk
memujuknya.
“Syy,
it’s okay.
You deserve
a better man.
Menangislah selagi boleh
menangis. Menangis sampai
you rasa
lega, but promise me,
lepas ni, jangan
sesekali you menangis disebabkan
lelaki durjana tu.
Malam ni, I
nak you ‘lepaskan’ dia.”
aku cuba memujuk
Awin. Dia menangis
lagi lantas dia
peluk aku dengan
erat. Andy yang
tercengang-cengang tidak tahu
pokok pangkal cerita
itu tidak lagi
aku hiraukan. Ya,
dia memang hot! Tapi,
kawan karib aku
tengah ada masalah.
Aku tak boleh
fokus pada mengayat
dia.
“He’s
a *****!!” maki
Awin bersungguh. Air
matanya mula mengalir.
Aku lap dengan
kedua belah ibu
jariku. Sedih melihat
sahabatku begini jadinya.
Kepalanya aku rapatkan
ke bahuku.
Dia mengambil
gelas tequila aku
dan terus diteguk
sepenuh hati. Selepas
itu dia tuang
lagi dan teguk
tanpa soda. Ouch!
Tentu sekejap lagi
dia akan ‘high’!
Andy sudah terbelalak
melihat keadaan Awin
itu.Kasihan sangat aku
rasa pada Awin.
Sudahlah kesucian dirinya
diragut oleh Zul,
boleh pula Zul
tinggalkan dia macam
itu? Siap buntingkan
anak orang lain
lagi. Zul lelaki
paling kejam pada
mataku. Awin ini
bodoh juga. Sudah
dia tahu Zul
itu bagaimana perangainya
sebelum mereka berpacaran
dulu sebenarnya.
“I
know he is.
Go, lagi,
lepaskan. Beritahu dunia
apa yang you rasa.”
aku mengarahkan supaya
dia melepaskan semuanya.
“He’s
an asshole! Chickenshit! Damn idiot!
Bloody hell!!
Bla... bla...” maki
Awin bersungguh-sungguh. Segelas
air diteguk lagi.
Meleleh-leleh tequila itu
ke lehernya. Aku
ternganga. Tak pernah
aku dengar Awin
berkata-kata dengan begitu
kasar sekali.
“Feeling
better?” soalku. Dia
angguk dengan bersungguh-sungguh.
“Yeah
baby! Now, let’s celebrate
that. You sekarang dah
bebas dari orang
celaka macam dia, you
sepatutnya tak bersedih
tau? Meh sini I lapkan
muka you, dah make up
cantik-cantik macam ni,
rosaklah kalau menangis.
Bergembiralah sebab akhirnya
you kenal
siapa dia yang
sebenarnya dan tidak
terus tertipu dengan
dia. You berpeluang untuk
cari yang jauh
lebih baik dari
dia, sepatutnya you gembira.”
aku cuba menceriakan
hati Awin. Aku
lap air matanya.
Awin peluk aku
lagi. Tapi kali
ini, air matanya
sudah kering. Dia
sedekahkan senyuman manis
buat aku. Senyuman
yang aku nanti-nantikan!
“You
adalah kawan I
yang paling baik,
paling setia dan
paling menyenangkan hati
I. Youlah kawan I
dunia akhirat! Thanks Emma!”
dia ucapkan dengan
penuh rasa terharu.
Aku pun apa
lagi? Aku balas
pelukan dia. Aku
rasa lagi terharu!
Tak sangka aku
akan dihargai oleh
Awin sampai macam
itu sekali.
“Youtoo. Youare my bestie!
Sampai bila-bila. Now, let’s enjoy
this day! Youare now
officially free from
that jerk. Berjanji
dengan I yang
ini kali terakhir
you menangis
sebab dia?” aku aku menyoal
dengan serius. Dia
mengangguk dan tersengih
dengan air mata
berlinang.
“Ekhem.” Andy
berdeham. Aku tergelak.
Oh. Aku terlupa
pada kewujudan Andy!
Mujurlah dia berdeham
tadi. Jika tidak?
Tentu aku boleh
lupa terus dia
walaupun dia ada
di hadapanku.
“Oopss
sorry Andy. Andy, this
is my beloved
friend, Awin. Awin,
this is my
new friend, Andy.”
aku memperkenalkan diri
masing-masing.
“I bukan
‘beloved friend’
you jugak
ke?” soal Andy
bergurau. Aku dan
Awin tergelak mendengarnya.
Tak semudah itu,
Andy! Walaupun aku
berdebar menatap anak
matanya tetapi... hati
aku masih lagi
tak mahu curangkan
Zarul. Err, maybe.
“Hey
dude! Dapat awek,
terus lupa aku?”
soal seorang lelaki
yang dari mana
munculnya lantas ditumbuk
perlahan bahu Andy.
Awin dan aku
tersenyum ke arah
lelaki itu. Muka
melayu tulen. Kami
bersalaman dan memperkenalkan diri
masing-masing. Setelah itu,
lelaki bernama Jeff
itu mengajak Awin
menari bersama. Mereka
kelihatan rapat sekali.
Berpelukan. Awin,
itulah kelemahannya. Mudah
rebah dalam pelukan
orang! Sesiapa yang
mengajaknya menari pasti
akan dipeluk dengan
selamba. Gila! Sebab
itulah aku tak
suka ke lantai
menari. Di situ,
tangan sesiapa sahaja
boleh singgah ke
badan kita. No way!
Aku ke sini
untuk melepaskan stress, bukan
untuk menjadi perempuan
jalang.
“Youare
beautiful, Emma.” puji
Andy setelah agak
lama dia perhatikan
aku. Aku tersenyum.
Kami hanya duduk
memerhati saja Awin
dan Jeff dari
duduk.
“No,
I’m not!” aku
merendah diri walaupun
di dalam hati
bagaikan sudah dipam-pam
sahaja kembangnya. Sumpah
aku rasa bangga.
Mummy, he’s
hot! Nak mengurat
akulah tu. Sila
beratur, okay?
‘Yeah,
I am beautiful!’ hati
aku menjawab riang.
Tapi mulut terkemam-kemam takut
terluah kata-kata itu.
Nanti apa kata
Andy pula? Ingat,
mummy pesan,
jangan riak! Aku
buat muka selamba
semula.
0 komen:
Post a Comment