BAB
3
DI
dalam
bilik, aku mula
termenung panjang memikirkan
nasib aku. Kenapalah...
kenapalah dia mengambil
keputusan untuk pulang
ke kampung ini
setelah berhenti bekerja
di KL sana?
Kenapa dia tidak
pulang ke rumah
mak saudara yang
lain? Atau mungkin
dia pulang ke
sini semata-mata kerana
dia merindui emaknya?
Boleh jadi juga.
Sewaktu emaknya meninggal
dunia dulu pun,
dia tidak dapat
menjenguk dek kerana
dia ditahan di
sekolah budak jahat. Kasihannya
dia... kalau aku di tempat
dia, entahkan sudah
naik gila aku...
Eh, kenapa
pula aku mesti
kasihankan dia sedangkan
dia langsung tidak
mengasihani aku? Mulut
dia... asyik nak
mengenakan aku saja. Sudahlah tadi
dia membuat sikuku
luka! Fikir positiflah,
Melur. Mungkin dia
nak berkawan tetapi
malu? Eh, ada
ke gaya malu
muka dia tadi?
Tidak pula. Ego,
mungkin.
Ah! Tak
syoknya duduk di
dalam bilik.
Aku melangkah
keluar. Menuju ke
tv di mana
ada abah sedang
duduk bersila di
atas lantai. Aku
melabuhkan punggungku ke
kerusi yang berkusyen
petak. Sebiji kusyen
aku ambil pada
kerusi di sisiku
untuk dipeluk. Cerita
apa yang abah
tonton malam-malam begini?
“Tak tidur
lagi, Melur?” soal
abah sambil menjelingku
sekilas. Abah bukannya
suka sangat aku
tidur lewat.
“Biasalah abah.
Selagi belum pukul
dua pagi, selagi
itulah mata Melur
tak mengantuk.” Balasku
bersahaja.
“Belajar tidur
awal, Melur.” Pesan
abah. Setiap malam
aku mendengar pesanan
yang serupa namun
aku tetap mengingkari
pesan abah.
“Nantilah Melur
belajar. Nak tengok
tv dengan abah.
Sekurang-kurangnya, Melur boleh
temankan abah. Nampak
tak hikmah Melur
tidur lewat tu?”
soalku sengaja memberi
alasan. Abah tersenyum
dan menggeleng-gelengkan kepalanya.
Mata kembali menghadap
ke tv.
“Benda-benda macam
tu tahu pulak
kamu mencari hikmahnya,
ya?” bebel abah. Remote,
abah serahkan padaku.
“Tengoklah cerita
apa Melur nak
tengok. Cerita abah
dah habis ni.
Abah nak masuk
tidur pulak.” kata
abah lantas bangkit
dari duduknya. Dia
berdiri setempat dan
menggeliat sambil memusingkan
badannya ke kiri
dan ke kanan.
Menghilangkan lenguh, barangkali.
“Cepatnya?” soalku.
Abah mengangguk.
“Besok abah
kena kutip getah
pagi-pagi, lepas tu
menoreh lagi. Lagipun
mata abah ni
‘sekolah’, waktu-waktu begini
dah pandai rasa
mengantuk... tak macam
mata kamu.” tempelak
abah. Ya tak
ya juga. Mata
ahli keluargaku semuanya
‘bersekolah’.
Selepas Isyak
saja, mak terus
tidur. Abang-abangku juga
begitu. Mereka terpaksa
tidur awal untuk
bekerja di pagi
hari. Di rumah
ini, hanya aku
sahaja yang tidur
lewat. Abah biasa
tidur awal sejam
dua berbandingku. Biasanya
begitulah.
“Ingat, jangan
tidur lewat sangat.
Sebelum tidur, pasang
dulu ubat nyamuk.
Nanti tergaru-garu pula.
Pasangkan untuk Aizat
sekali. Dia tidur
di luar lagi
malam ni. Bilik
dia di belakang
masih belum siap
dikemas.” Abah mengarahkan
aku untuk memasang
ubat nyamuk. Aku
memcemik.
“Tahulah Melur.
Kalau si samurai
tu nak tidur,
biarlah dia pasangkan
sendiri. Apa pula
nak suruh Melur
yang tolong pasangkan?”
cemikku.
“Tolong, tak
salahkan?” soal abah
lantas menghayunkan langkahnya
ke bilik. Mahu
saja aku menjawab
‘salah’. Teringin benar
untuk aku melihat
si samurai bergaru-garu
sehingga esok hari
akibat digigit nyamuk.
Tak tidur seharian
pun tak mengapa.
Aku memandang saja remote
di tangan. Nak
tengok tv ke
tidak?
Kalau aku
bosan, aku akan
mencari sesuatu untuk
menghilangkan bosan iaitu
dengan menjahit dan
membuat kraftangan. Tetapi,
bahan-bahan seperti kain
dan reben pula
sudah habis. Jadi,
terpaksalah aku menghapuskan
rasa bosanku dengan
menonton tv saja.
Harap adalah rancangan
yang menarik hati.
Rancangan yang menarik
ialah... (bunyi gendang
suspen)... Jodoh!
Pintu rumah tiba-tiba terkuak.
Muka ketat sang
samurai menyapa mata.
Aku buat tidak
tahu sahaja pada
kewujudannya di sini. Lihat sahaja
muka dia, pasti
hatiku mula mengutuknya.
Mataku masih tertancap
pada kaca televisyen
walaupun fikiran sudah
melayang jauh. Berharap
benar agar dia
segera tidur sahaja.
Menyemak saja.
“Tak tidur
lagi kau?” soal
dia. Aku buat
pekak saja. Dah
tahu aku terpacak
kat depan tv
ni, takkanlah aku
dah tidur kut? Kalau aku
tidur, siapa pula
yang sedang terpacak
ni? Hantu akukah?
Soalan entah apa-apa.
Dia duduk
di sisiku. Terus
aku bangkit, meletakkan
remoteke lantai
dan berlalu masuk
ke dalam bilik.
Waktu aku duduk
di luar, sibuk
dia nak duduk
di luar. Dah masuk dalam
pun, dia masih
lagi menyibuk. Tak
faham aku!
PINTU bilikku
diketuk berkali-kali. Aduhai.
Mata ni barulah
nak tidur. Pedulilah.
Mataku semakin memberat
ni. Bantal peluk
di sisi, aku
rapatkan ke dada.
“Melur. Bukak
pintu ni.” suaranya
membuatkan mataku terbuka
seketika sebelum kembali
tertutup dek kerana
menahan kantuk yang
amat berat.
“Nak apa?”
gumamku dengan mata
terpejam.
“Kau tak
pasang ubat nyamuk.
Nanti berganyang kau
kat dalam sana.”
Alamak! Automatik mataku
terbuka. Aku lupalah
nak pasang ubat
nyamuk. Walhal abah sudah berpesan
tadi. Mesti nak
kena bakarkan untuk
Aizat sekali. AH!
Malaslah aku. Rela
aku digigit nyamuk
daripada membantu Aizat.
Mata juga sudah
tidak dapat kutahan
lagi.
“Mana awak
tahu saya tak
pasang lagi?” soalku
pelik.
“Ubat nyamuk
masih berplastik lagi
dalam kotak. Pasang
ubat nyamuk ni
dulu baru masuk
tidur.” Pesannya lagi
dengan suara yang
perlahan. Bimbang mengganggu
orang lain tidurlah
tu. Ganggu aku,
tak apa pula?
“Alah, biarlah.”
Aku merungut. Tak
ada nyamuk kut
malam ni?
“Melur, aku
dah tolong pasangkan
untuk kau ni.
Kau jangan nak
jadi pemalas sangat.
Cepat ambik, letak kat dalam
bilik.” Asaknya. Dia
dah bakarkan ubat
nyamuk? Bagus betul.
Tapi...
“Alah...” malasnya
aku rasa nak
bangkit dari katil
ini.
“Tak payah
alah-alah laaa. Benda
ni dua lingkaran
aku nyalakan. Untuk
aku satu, untuk
kau satu. Kalau
kau tak ambil
takkan aku nak
pakai dua-dua? Kau
nak aku mati
lemas dengan asap
ke apa?” soalnya
menyindir. Hisy! Walaupun
aku bencikan dia, tak
adalah aku sampai
hati nak harapkan
dia mati.
“Hisy! Malam-malam
buta macam ni
banyak pulak mulut
dia. Besok dituduhnya
kita yang banyak
cakaplah apalah.” Bebelku
yang sudah mula
terduduk di atas
katil ini. Mengganggu
sungguhlah Aizat ni!
“Kau tak
payah banyak cakap!
Ambil sekarang! Aku
pekik satu rumah
kang.” Ugutnya. Aku
dengan malas melangkah
ke pintu lantasku
buka pintu dengan
muka cemberut. Bengang
kerana pada saat
mata dah sangat
mengantuk, sibuk dia
datang mengacau. Sudahlah
didesak pula tu.
“Buat muka!
Buat muka! Aku
dah ringankan beban
kau ni, patutnya
kau berterima kasih
dengan aku.” Bebelnya
lantas menyerahkan bekas
ubat nyamuk kepadaku.
Lambat-lambat aku menyambutnya.
“Hmm. Yelah.
Terima kasih.” Ucapku
sebelum menutup pintu.
Tak sempat aku
nak tengok reaksi
dia.
“MAK peliklah
dengan orang kampung
ni. Duk mengata
kamu berdua. Si
Hasyim tu nampak
kau berdua kat
luar malam tadi.
Terus diceritanya satu
kampung. Cepat betul
berita tersebar. Buletin
Utama pun tak
dapat cari makan
kalau ada wartawan
macam Hasyim tu
kat kampung ni. Macamlah orang
kampung ni tak
tahu yang mak ni ada banyak anak
teruna. Abah pun ada dekat
rumah ni malam
tadi. Diorang kata kau
orang berdua sibuk
duk buat maksiat di
luar...” mak mengeluh. Kepalanya
dipicit-picit. Pening barangkali
dengan fitnah orang
kampung.
Biarlah aku
jujur saja. Ini
sudah fitnah ke
berapa belas kali
yang dilemparkan terhadap
keluargaku. Aku pun
tak tahu apa
masalah Hasyim tu
sebenarnya. Pantang betul
aku dengan Hasyim
ni. Orangnya sudah
tua. Tapi tak
kahwin-kahwin. Sebab hati
busuk itulah agaknya!
Suka sangat mencari
cela orang. Sedangkan
tepi kainnya sendiri
rabak!Aku tak faham
dengan dunia sekarang,
orang sibuk nak
berdakwah, sibuk nak
membetulkan kesilapan orang
sehingga kesilapan sendiri
pun terlupa untuk
dipandang. Manusia... manusia.
“Mana ada,
Mak De. Saya
dengan Melur tak
buat apa-apa pun
di luar. Demi
Allah.” Kata sepupuku
membela diri. Siap
diangkat tapak tangan
kanannya lagi tanda
dia bersumpah yang kami tidak
melakukan perkara terkutuk
malam tadi.
“Ya, Mak
De tahu sangat
tu. Yang peliknya,
dia buat apa
tengah-tengah malam kat
rumah orang? Nak
skodeng anak dara
mak ke apa?
Mencari kesalahan betullah
si laki tua
tu! Patutlah sampai
ke tua tak
nikah-nikah! Tak lakulah
sampai bila-bila kalau
buat perangai buruk
begitu.” mak menghentam
geram. Abah tergelak
kecil mendengar rungutan
mak.
“Entah? Itu
yang abang nak
tanya tu. Apa
pulak yang dia
buat depan rumah
kita ni, entah?
Tengah malam begitu.”
abah berkata kepada
mak. Ha ah!
Betul juga tu.
Dia buat apa
kat depan rumah
aku semalam? Aku
tak perasan pun!
Mengintai ke apa?
Rumah-rumah di kampung
ini sudahlah jaraknya,
sebatu sebuah rumah.
Muka abah
nampak tenang sahaja.
Bagaikan tidak terkesan
dengan gosip Hasyim.
Abah dah biasa.
Dulu, abang Din
aku juga pernah
terkena bila dia
membantu Kak Mirah
di tepi jalan.
Basikal Kak Mirah
tercabut rantainya jadi,
Abang Din berhenti
menghulurkan bantuan. Membetulkan
semula rantai yang
tercabut. Hasyim pula
sibuk mengutuk Abang
Din. Dia kata
Abang Din sibuk
nak menggatal dengan
anak Imam Razak.
Imam Razak pun
apa lagi? Terus
dikurung anak daranya.
Sampai sudah tak
nampak batang hidung
Kak Mirah. Imam
Razak pula sampai
sekarang bermasam muka
dengan Abang Din.
Harap aje Imam,
mudah termakan dengan
fitnah orang. Menyampah
aku! Bukannya abang
aku cabul anak
dia pun. Membantu
pun salah!
Selepas Abang
Din, aku pula
yang terkena tempiasnya.
Aku melepak dengan
Ijai dekat kedai
ABC pada waktu
petang pun jadi
isu! Padahal berbual
biasa. Tidak duduk
sebelah–menyebelah pun. Bersentuhan
kulit, lagilah yilek!
Tiada. Yang aku
peliknya, tetap juga
orang kampung terpengaruh
dengan mulut busuknya
itu. Geram sungguh
aku. Hasyim itu
ada ramai ‘orang
kuat’ yang mempercayai
fitnahnya.
Tapi, ada
juga yang dah
tak berapa percayakan
dia bila mana,
ramai anak dara
dan anak teruna
orang menjadi mangsa
gosipnya. Teruk sungguh
perangai dia! Kalah
perangai orang perempuan.
“Menyibuk depan
rumah orang. Cari
cerita untuk rancangan
realiti dia agaknya!
Tolonglah cipta satu
rancangan realiti tv
untuk dia. Dah
tak dapat dibendung
sangat dah minat
dia mereka cerita
tu.” mak menempelak
geram. Mak nampak
bengang sungguh. Terkekeh-kekeh aku
ketawakan mak. Mulut
mak memang laser.
Tengok anaknyalah.
“Sabar Mah,
awak pun tahu
si Hasyim tu
macam mana mulutnya
kan? Tengok si
Din tu. Sampai
sekarang takut nak
dekat dengan anak
dara orang disebabkan
mulut dia. Yang
gosip terbaru ni, salahkan anak
awak tu. Gatal
sangat nak keluar
malam-malam.” abah menjelingku.
Eh? Macamlah aku
keluar jauh. Depan
rumah aje pun! Itupun masih
di bawah bumbung
yang sama. Tengok
bintang pun salah? Aku
mensyukuri nikmat Allah
tu!
“Mak dengan
abah jangan nak
salahkan Melur pulak
sebab duduk luar
malam tadi. Melur
memang dah duduk
kat luar lepas
makan malam lagi.
Dia yang tiba-tiba
datang menyibuk.” aku
mendengus sambil menjeling
ke arah Aizat.
Aizat tidak membuat
apa-apa riak pun.
Sekadar mengunyah kacang
tanah sambil menonton
televisyen. Mukanya tak
terkesan langsung yang
aku sedang menyalahkan
dia. Bagaikan rela
dipersalahkan.
“Salah Melurlah.
Dah tahu ada
anak teruna kat
rumah, patut berkurung
dalam bilik aje.”
abah membebel. Aku
lagi yang terkena.
“Dah memang
setiap malam pun
kan, Melur kat
situ? Sebelum Melur
tidur, Melur memang
akan tengok bintang
dulu. Macamlah mak dengan abah
tak tahu. Sebelum
ni tak ada
pulak mak abah
melarang Melur! Semenjak
ada dia ni,
semuanya nampak salah
Melur seorang. Salah
dia, semua buat
buta.” aku berkecil
hati. Sebak rasa
hati apabila aku sentiasa dipersalahkan.
Aizat pandang aku.
Kemudian dia mengalihkan
pandangannya ke tv.
Mesti dia nak
mengejek aku. Sebab
abah aku tetap
bela dia.
“Melur...” panggil
abah dan mak
serentak.
“Dahlah, Melur
nak keluar. Panas
duduk sini.” aku
menjeling Aizat dengan
geram. Kaki kuhayun
keluar rumah dan
terus menuju ke
belakang rumah.
DI belakang
rumah, terdapat sebatang
pokok rambutan yang
sedang berbuah lebat.
Maklumlah, sekarang sudah
tiba musim buah-buahan. Aku
memanjat dan duduk
di dahan yang
bercabang. Rambutan yang
merah menyala, aku
kopek lalu aku
makan dengan geram.
Membayangkan yang aku
sedang kekah budak
Aizat tu.
Sebenarnya, ini
salah satu caraku
menghilangkan stres. Aku
suka panjat pokok.
Ya. Memang pelik
bagi seorang anak
dara diva sepertiku
untuk memanjat pokok
begini tetapi aku sudah terbiasa.
Aku membesar dengan
abang-abangku yang tersangat
nakal! Along, Alang
dan Abang Din.
Mereka bertigalah yang
mengajarku memanjat. Walaupun
beberapa kali dilarang
emak dan abah,
namun tetap jua
aku tidak mengendahkan
larangan mereka. Akukan
Melur? Melur memang
degil orangnya.
Pernah mataku
dikencing kerengga ketika
usiaku mencecah lapan
tahun gara-gara memanjat
pokok rambutan. Sakitnya
tak terampun. Tapi,
aku mana kenal
erti serik? Aku
panjat saja lagi
seminggu selepas kejadian
itu. Kerengga pun
dah pandai beri
laluan pada Menteri
Besar Rambutan macam
aku sekarang ni.
“Tak elok
anak dara memanjat
pokok.” tegur satu
suara. Aizat.
Aku menjelingnya
di bawah yang
terdongak memandangku. Biji
rambutan di dalam
mulut, aku ludah
ke arahnya di
bawah. Dia sempat
mengelak. Kalau boleh
aku kencing, dah
lama aku kencing
atas muka dia ni. Waktu
kecil dulu aku
pernah buat kerja
macam ni. Aku
kencing kat Leha
yang sibuk nak join
geng aku dan
abang aku.
Bila dia
menangis, aku cakaplah,
“siapa suruh masuk
‘jamban’ aku?”. Terus
dia lari balik
rumah. Jahat tak
aku? Waktu tu aku
tak
senonoh lagi. Baru
tujuh tahun kalau
tak silap aku. Sekarang, aku
dah besar dan behave.
Nak selak kain
atau buka seluar
pun aku berfikir
sejuta kali dan
jawapannya, tentulah tidak!
Mendengar dengusan
Aizat membuatkan aku
kembali ke alam
nyata. Putik rambutan
muda, aku campak
ke bawah. Dia
terlompat kecil mengelak.
Aku memanjat dahan
yang lebih tinggi.
Mencari rambutan yang
masak ranum. Buah
kegemaranku baru sahaja
masak!
“Jatuh nanti,
Melur. Mak abah kau suruh
aku datang pujuk
kau. Menggedik aje
nak merajuk. Konon
nak feeling Hindustanlah tu.
Orang Hindustan pun
tak panjat pokok
tau bila merajuk?
Paling tidak pun
diorang panjat gunung
aje.” dia bercekak
pinggang di bawah
dan mendongak ke
atas, memandangku. Aku
menjeling. Nak buat
lawak ke? Sebab
aku tak rasa
lawak pun!
“Ada saya
suruh awak datang
pujuk saya kat
sini? Ada saya
merajuk ke?” aku
menjawab sambil mencampakkan
kulit rambutan ke
arahnya. Tak cukup
dengan itu, aku
serang dia dengan
rambutan masak dan
rambutan muda. Dia
mengelak lagi. Terloncat-loncat dia
mengelak dari terkena
seranganku. Dah macam
permainan bola beracun
pula. Mungkin, istilah
yang sesuai sekarang
ialah rambutan beracun.
“Hey! Kau
turun sekarang! Aku
pantang betul dengan
perempuan macam ni!”
dia menjegilkan matanya
ke arahku.
Aku buat
muka tak hairan
malah terus aku
serang dia dengan
berbiji-biji buah rambutan
muda. Kelepuk! Kelepuk!
Terkena dia. Puas
hati aku. Padan
dengan muka dia.
Siapa suruh dia
meragut kasih sayang
mak abahku? Puas
hati aku melihat
kerutan keningnya. Padan
dengan muka. Siapa
suruh dia lalu di kawasan
aku? Argh! Pokok
pangkalnya, siapa suruh
dia muncul dalam
hidup aku?!
“Hey! Sakit betul hati
aku! Kau siap!
Memang kau siap!”
jerkahnya di bawah.
Dia menyinsing baju
lengan panjangnya. Gayanya
macam nak memanjat.
Aku sudah kelam
kabut. Cuba hendak
memanjat lebih tinggi
tetapi tersalah langkah.
Aku terjatuh. Terhentak
pula dengan dahan
sebesar betis sebelum
aku sampai ke
tanah.
“Melur!!” dia
menjerit. Gedebuk! Aduh...
“Terima kasih
tuhan!” dia mengaminkan
ucapannya. Apa? Dia
berterima kasih atas
kemalangan yang menimpa
aku?!! Kejam sungguh.
Aku cuba untuk
bangkit tetapi tidak
berjaya. Sakit! Sakit
sangat! Ya Allah!
Pinggang aku rasa
lain macam.
“Itulah. Siapa
suruh buat jahat
dengan aku? Aku
tegur kau elok-elok,
kau buat kerek.
Siap campak rambutan
lagi kat aku.
Kan sekarang kau
yang tercampak kat
aku? Mujur aku
tak sambut tadi.
Kalau tak mahu
patah pinggang aku
menyambut badan gemuk
kau ni.” dia
menyindirku.
Bukannya nak
tolong hulurkan tangan.
Hek eleh! Siapa
yang buat kerek
dari awal? Bukan
dia ke? Tegur
eloklah sangat! Boleh
blah! Dia datang
nak mengutuk aku
aje dari awal
pun. Badan macam ini
pun dikata gemuk?
Mata dia ni
teruk sangat ke
rosaknya?
“Aduh!” aku
cuba bangkit lagi
namun masih tak
berjaya. Dia hanya
membuat muka tak
hairannya saja.
“Kut ya
pun, tolonglah saya
bangkit!” aku mulalah
rasa nak mengamuk.
Tangan kuhulur kepadanya.
Meminta tolong supaya
dia membantu aku
berdiri.
“Ha, ingatkan
tak pandai nak
minta tolong tadi.
Apa kau ingat
kau tu kera
ke sampai nak
loncat dari dahan
ke dahan?” bebelnya.
Bukannya aku suruh
dia ceramahkan aku
pun. Akhirnya dia
menarik tanganku untuk
bangkit. Dibuka ketiakku
dan dia letak
dibahunya. Kakiku dia
angkat. Dia sedang
dukung aku?! Si
keding ni? Larat
ke? Eh?
“Hey! Turunkan
saya.” aku cuba
meronta tapi pinggang
dah tergeliat. Tak
boleh nak buat
apa. Sakit. Terpaksalah
aku buat keras
macam robot.
“Kau diamlah!
Aku campak ke
longkang kang. Dahlah
badan gemuk!” dia
menjegilkan matanya. Aku
terdiam. Gemuk sangat
ke aku ni?
Aku melihat tangannya
yang mendukungku. Nampak
macam aku ni
betul-betul gemuk saja
sampaikan urat lengan
dia jelas kelihatan.
Pedulilah. Kan bagus
kalau badan dia
macam Aaron Aziz?
Ini badan macam
orang tak cukup
zat. Jatuh simpati
aku melihatnya. Muka
dia kacak jugak
eh?! Baru aku
tahu...
Argh! Tak rela aku
nak dia dukung
aku lama-lama macam
ni. Terasa macam
sedang shooting filem
hindustan. Tak selesa
langsung. Atau.. dia sengaja dukung
aku ni sebab
dia jatuh hati
pada aku tapi
tak nak mengaku
erk? Hehehe.
“Kau jangan
nak berangan ek!
Aku kesiankan kau
ni! Kalau berangan
lebih-lebih, aku campak
balik kau atas
pokok tu kang.”
dia menjelingkan aku. Aku menjelingnya
kembali.
Tahu-tahu pula
dia apa yang
aku sedang fikirkan.
Kesian apa macam
ni? Huh! Baru
lagi sampai di
depan rumah. Dia
terlepas dukungannya. Sekali
lagi aku jatuh
ke tanah. Lebih
sakit! Pinggangku terasa
bagai nak patah! Aku
cedera parah! Macam
ini dia kata
kasihan? Dua orang
yang cukup aku
kenal sedang berdiri
di depan rumah.
“HAH! Tu
dia buktinya. Sibuk
berkuch-kuch hota hai
kat belakang rumah.
Korang berdua tak
sedar! Anak buat
maksiat dekat depan
mata ni ha.
Sekarang, saksikanlah buktinya
kat depan mata.
Biar kau orang
tahu anak dara
kau orang ni
macam mana perangainya.
Tak semenggah langsung.
Harap aje anak
dara.” Hasyim mencemik.
Si samurai pandang
aku. Keningnya bertaut. Pelik. Aku
pandang mak dan
abah yang ternganga
pandang aku.
“Dia jatuh dari pokok
rambutan.”kata si samurai
kepada abah tanpa
membela dirinya kepada
Hasyim.
“Kusmangat punya
anak dara! Memanjat
pokok aje kerjanya!Kompius aku!
Aku bela anak
dara ke anak
kera?” marah mak. Telingaku dipiat.
Adey! Aku masih
di tanah ni!
Tak terlarat nak
bangun... abah menghampiriku. Aku
buat muka sedih.
Tanganku lambai. Minta
dikendong. Tetapi abah
berdiri statik di
sebelahku.
“Sakit!” aku
mengadu. Air mata
berlinang.
“Propalah tu!”
si Leha mula
mencemik.
Apa dia
buat kat sini?
Menyampah betul aku
dengan Leha ni.
Dia dengan Hasyim
ni molek dicampak
ke gaung. Mulut tahu
nak memfitnah orang
saja. Benci betul aku! Apa
dia ingat aku
sengaja propa? Apa
dia ingat aku
teringin nak kena
angkat dengan lelaki
keding ni? Kalau
Aaron Aziz aku
nak juga! Ini
Aziz Satar versi
muda. Ingat aku suka agaknya
kena dukung dengan
samurai gila ni?
“Macam mana
boleh jatuh?” mak
abah nampaknya langsung
tidak menghiraukan kata-kata
si Hasyim dengan
Leha. Mereka lebih
mempercayai anaknya ini.
Lebih menumpukan pada
aku. Terharu.
“Entah dia.
Perasan diri tu
kera.” kata-kata Aizat
memang menyakitkan telinga.
Aku mendengus.
Cuba bersabar. Sabarlah
wahai hati. Aku
tahu aku boleh
bersabar! Mana boleh
dia kata aku
perasan kera? Apa
dia ingat aku
nak sangat disamakan
dengan kera? Macamlah
kera sahaja yang
ada bakat memanjat
ni? Huh! Dia
tu pun tak
jauh beza dengan
kera. Keding aje.
Lengan kera lagi
besar dari lengan
dia.
“Leha, Hasyim...
baliklah. Saya tahulah
nak nasihat anak
saya.” abah menghalau
mereka dengan penuh berbudi.
Aku mencebir memandang
Leha yang menjelingku.
Abah, kalau tak
berbudi pun tak
apa dengan orang
macam ni. Lagi
bagus kalau abah
hambat dengan chainsaw abah
kat bawah rumah
ni biar diorang
takut nak datang
lagi.
“Nasihat saja
tak guna. Ini
anak dara dengan
anak teruna duduk
serumah. Bukannya suami
isteri. Adik beradik
pun bukan. Ikatan
apa tak ada.”
si Hasyim masih
lagi tidak mahu
berputus asa.
Ha! Mujurlah
aku dalam keadaan
tak terdaya sekarang
ni. Kalau aku
tak jatuh pokok
tadi, memang akulah
yang menghambat mereka
dengan chainsaw tu. Suka
mencari salah orang.
Aku duduk berdua
dengan samurai gila
ni? Aku lebih
rela duduk berdua
makan semeja dengan
kera tau?!
“Tapi dia
orang duduk dengan
kami. Anak teruna
kami pun ada
juga. Bukannya mereka
sebilik. Nak geledah
bilik budak-budak ni
pun tak apa.”
abah punya suara
sudah meninggi. Bengang.
Aku simpati. Bukan
aku sengaja nak
berkuch-kuch hota hai.
Kalau aku nak
berkuch-kuch hota hai
pun, akan aku
pastikan, bukan dengan
samurai bongok ni!
Kasihan mak abah,
terkena tempias.
“Alah, sedangkan
kat belakang rumah
pun boleh buat
maksiat. Tak manislah,
Pak Cik.” si
Leha menabur kabaid
nampaknya pada api
yang baru nak
marak. Aku pandang
abah. Muka abah
macam nak telan
orang. Aku kerling
ke arah si
samurai. Dia menatap
wajah Leha dengan
tajam tak berkelip.
Tak tahu sama
ada marah atau
berkenan. Nampak macam
berkenan.
“Yang kau
berdua ni pulak
kenapa? Tak ada
ikatan juga tapi
ke hulu ke hilir bersama
menjaja cerita orang.
Ingat manis sangat
agaknya? Semua perkara
buruk orang kau
berdua nak jaja.
Dah tak ada
Astro kat rumah
sampaikan diri sendiri
pun nak jadi
Astro?” mak menyergah
geram.
Waktu itu
aku sudah tergelak
melihatkan wajah kelat
Hasyim dan Leha
yang disembur mak.
Biarlah kedudukan aku
masih di tanah
sekalipun asalkan aku
dapat gelak. Muka
mereka memang tak
boleh blah. Merah habis.
Kalah udang kena
salai! Kan mak
dah gelar mereka
Astro? Padan dengan
muka.
“Cuma nasihat.
Tak elok.” si
Hasyim sudah termalu
sendiri.
“Tahulah aku
nak nasihat anak
aku pulak. Senang-senang
aku bawak dua
orang ni jumpa
kadi. Kahwinkan aje.
Habis cerita. Pergi
cari channel lain pulak.
Kat belakang tu beruk ada
dua tiga ekor,
pergi buat shootingNational Geographic
pulak! Tak cukup
dengan kera, anak-anak
ayam aku berlambak
kat dalam reban
tu. Pergi bawak
kamera kat situ.”
mak aku menjerkah
lagi. Kali ini
aku sudah tergelak
sungguh-sungguh. Kaki abahku,
aku peluk dan
gelak lagi. Abah
ikut tergelak. Terkekeh-kekeh.
“Takkanlah mak
cik nak kahwinkan
Abang Aizat dengan
perempuan ni?!” soal
Leha tergedik-gedik tak
menyangka.
“Perempuan kau
kata? Anak aku
tu! Cantik sikit
bahasa. Aku sental-sentalkan jugak
dengan lesung batu
bercili kat mulut
kau tu nanti.”
Suara emak naik
lagi satu oktaf.
Leha menyorok di
belakang Hasyim bila
melihat mak aku
sudah hampir bertukar
menjadi Hulk.
“Pergi balik!”
mak aku menjerkah
lagi. Terhinggut bahu
Leha dan Hasyim
dijerkah begitu. Padan
dengan muka. Leha
pandang aku tak
puas hati. Aku
mencemik. Ingat aku
hairan? Aku terus
lagi gelak sampai
puas. Sampai nak
terkencing.
“Tak payahlah
Kak Mah nak
menghalau sampai macam
ni.” Hasyim sudah
naik marah.
“Abang, awak
pergi ambik chainsaw awak
kat bawah rumah
tu. Dia nak
suruh kita halau
cara ‘lain’ tu.”
mak aku memuncungkan
ke arah bawah
rumah. Saat itu,
kelam-kelibut si Hasyim
dan Leha berlari
pulang. Aku sudah
tergelak tahap tak
terampun lagi. Ya
Allah! Kelakar sungguh
mak aku! Mak, I
love you!
“SORRY Mak
De. Kalau saya
tahu tadi, saya
biarkan aje beruk-beruk
kat belakang tu
yang dukung Melur
berjemaah.” heeee dia
ni memanglah nak
kena sekeh dengan
aku!
Mujurlah aku
tengah sakit. Kesian
mak abah kena
papah aku naik
atas. Dia dah tak
dukung aku dah. Mak dan
abah aku tergelak.
Lawak sangatlah tu
dengan idea kera
dia tu. Menyampah
sangat aku dengan
dia ni.
“Tak apa.
Mak De paham.
Dua orang tu
memang macam tu.
Satu kampung pun
dah tahu. Tak
payah tengok Astro
lagi. Semua berita
sensasi terkini diorang
ada. Yang dua
ekor tu baru
kena dengan tagline Astro.
Macam-macam ada.” ujar
mak selamba. Aku
tersengih. Mak keluarkan
minyak panas. Nak
mengurut belakang badanku.
Dekat ruang tamu?
Biar betul ni,
mak?!
“Saya tunggu
kat luar.” dia
mengundur diri. Oh!
Dia memahami. Ada
baiknya kat situ...
aku pejam mata
dan meniarap di
tepi emak.
“Dengan mak, dia bersaya
bagai. Dengan Melur,
dia aku kau
je mak. Kurang
ajar gila.” aku
merungut dengan mata
terpejam.
“Takkan aku
nak berMelur-Telur dengan
kau?” soalnya sinis.
Eh? Dia tak
blah lagi? Kata-katanya
menyakitkan hati aku.
Tak habis-habis nak
kenakan aku. Telur?
Huh.
“Heee!” aku
merengus geram.
Dia menapak
keluar dengan abah
sambilmembawa gitar. Abah membawa bekas
abu rokok keluar
bersamanya. Nak merokok
dengan si Aizatlah tu.
Apalah lelaki ni, suka bakar
duit. Abah aku tu, berapa
kali kena laser dengan
mak supaya berhenti
merokok, tetap juga
dia merokok. Lelaki...
abang-abangku juga merokok.
Mujur aku tak!
Aizat pula, jarang
sekali aku lihat
dia merokok. Adalah
sebatang dua sehari.
Tak ketagih macam
abah dan abang-abangku. Abang-abang
aku ketika ini tiada
di rumah. Bekerja
di kilang getah.
Masih bekerja...
Mak aku
mula mengurut setelah
pintu tertutup rapat.
Memang aku tertidur
ni nanti...
“Mak, Melur
tak buat apa-apa
pun dengan Abang
Aizat. Sumpah tak.
Kenapa ada saja
mulut nak memfitnah
kami?” soalku perlahan.
“Mak tahu.
Apa kau ingat
mak tak skodeng
kamu berdua kat
belakang tadi?” soal
emak kembali. Wah!
Mak skodeng aku dengan Aizat?
Kenapa? Mak tak
percayakan kami ke?
Berselera pulaklah aku
dekat si keding
tu (uwek!).
“Habis, kenapa
mak terperanjat benar
bila Melur jatuh
pokok kalau mak
skodeng tadi?” soalku
pelik.
“Dah macam
mana mak nak
skodeng bila dah
si Hasyim dan
Leha tu datang
tadi? Nak mak
ajak diorang skodeng
kamu sekali ke
macam mana?” soal
emak pula. Sarkastik. Terdiam
terus aku.
“Tak baik
layan Aizat buruk-buruk,
dia tu anak
yatim piatu.” Mak
berpesan sambil menambah
minyak urut ke
belakang badanku. Panas.
“Dengar tu,
Melur!” suara Aizat
di luar menyampuk.
Ish! Dengar juga
dia rupa-rupanya pada
perbualan kami di
dalam.
“Sibuklah! Hmmm...
Tak dengar pun
diorang bagi salam.”
Rungutku.
“Tak dengarlah,
dah mak turun
ke tanah waktu
skodeng kamu tadi.
Lepas tu diorang
datang, takkan nak
berbual pakai mikrofon
pula semata-mata nak
kamu di belakang
sana dengar?” soal
emak yang mula
naik angin dek
kerana kebodohanku menyatakan
soalan yang kurang
logik. Suara Aizat
dan abah gelak
mula kedengaran. Amboi,
gembira betul dia
bila aku kena
marah dengan mak.
Lawaklah cite ni besttttttt!!!!!!!!!
ReplyDelete