BAB 7
Kutabur harapan
yang tinggi,
Setia menanti
kepulanganmu wahai suamiku,
Walau kutahu
tiada guna untukkuberharap lagi,
Namun tetap
juga kumenunggu...
Dua minggu
kemudian...
DUA orang
pegawai polis masih
setia berdiri di
hadapanku dengan wajah
serius. Aku masih
tidak boleh menyerap
berita yang disampaikan.
Atau mungkin aku
tidak mahu percaya
atau tidak mahu
mendengar langsung berita
sebegitu.
“Jangan nak
buat April Fool.
Tak kelakar pun.
Mana suami saya?”
aku menilik di
belakang mereka dengan
senyuman semanis boleh.
Cuba menafikan perkara
buruk yang mungkin
terjadi kepada suamiku.
“Suami puan,
dia. Dia ditimpa
kemalangan. Kami nak
puan datang segera
ke hospital. Arwah...
dia...” sebaik sahaja
polis itu bersuara,
aku rebah. Melurut
ke lantai. Lutut
terasa lembik. Hati
terasa dipanah petir!
Fikiran terasa serabut!
“Allah!” hanya
itu kalimah yang
mampu kuucapkan sebelum
tubuh menyembah lantai.
Suara cemas dua
anggota polis itu
memanggilku, kedengaran samar-samar.
“MA! Abang
mana ma? Irqin
mimpi buruk, ma!
Irqin mimpi buruk
sangat-sangat sampai Irqin
tak mahu tidur
semula.” aku menangis-nangis sebaik
sahaja mencelikkan mata
dan disapa ibu
mertuaku. Ibu mertuaku
menangis. Kenapa ibu
mertuaku menangis?
“Ma! Abang
mana? Irqin mimpi
yang tidak-tidak pasal
dia, ma!” aku
mula tersedu-sedan. Bimbang
ditinggalkan secara kekal
oleh suamiku.
“Irqin sayang... sabar,
nak...” kata-kata ibu
mertuaku tidak menenangkan
jiwaku. Malah, jiwaku
lebih berserabut lagi.
Apa makna kata-kata
ibu mertuaku itu?
Kenapa dia perlu
berkata begitu? Sabar
untuk apa? Aku
bermimpi sahaja, kan?
“Ma! Abang
cakap nak balik.
Dia suruh Irqin
tunggu! Mana abang?”
aku menangis lagi.
Sebak rasa dada
bila soalanku tidak
dijawab ibu mertuaku
sendiri. Bapa mertuaku
hanya menunduk. Aku
mula rasa tak
sedap hati dengan
wajah sugul itu.
“Pa! Mana
abang, pa?” soalku
pada bapa mertuaku
pula.
“Abang Irqin
dah tak ada,
sayang.” lemah sahaja
tutur bicaranya membuatkan
aku naik marah!
“Cakaplah terus
terang! Kenapa semua
macam ni? Cakaplah!
Mana abang?! Abang!!!
Abang!! Sahutlah!!” jeritku
kuat. Geram. Dia
tak boleh pergi.
Dia sudah janji
hendak menjagaku! Dia
sudah janji hendak
pulang. Tak mungkin
dia dah tak
ada!
“Ya Allah!
Sabar nak! Sabar.
Ini semua dugaan.
Rasydan dah tak
ada, nak. Sabar.”
ibu mertuaku masih
setia di sisiku,
mengusap belakang badanku.
Aku tak perlukan
dia untuk mengusapku!
Aku perlukan suamiku!
Si suami untuk
membelai rambutku, mengurut
belakangku. Aku perlukan
Rasydan! Kenapa semua
berpakat nak kenakan
aku?
“Janganlah tipu
Irqin! Beritahulah mana
abang Irqin pergi?!
Beritahulah Irqin! Tolonglah!
Abang, jangan main-main
macam ni. Abang...
Irqin nak jumpa
abang. Mana abang?”
soalku perit.
“Puan, bawa
bersabar. Suami puan
sudah tiada.” aku
mencerlung memandang pegawai polis
itu! Dialah! Dialah
yang membawa berita
palsu itu. Aku
benci dia! Dia
dengan pegawai polis
wanita itu sama
sahaja. Mereka berpakat
hendak mengenakan aku!
Suka agaknya melihat
aku hampir gila
begini.
“Ma! Dialah
yang reka cerita
tu! Dia tipu
aje! Abang ada
sebenarnya!” aku sudah
terjun dari katil
bujang itu. Aku
di hospital entah
sejak bila, aku
pun tak tahu?! Aku
menumbuk-numbuk dada polis
lelaki itu dengan
geram.
“Kau jangan
menipu aku! Mana
kau sorok laki
aku?!!” jerkahku. Dia
tidak mengelak tetapi
melindung dirinya dari
dipukul dengan sebelah
tangannya. Tubuhku ditarik
bapa dan ibu
mertuaku daripada terus
menyerang dia.
“Sabar puan...”
si pegawai wanita
cuba menenangkan aku.
“Suami Irqin
mana?!” soalku lagi.
Air mata terus
mengalir. Setelah penat
memberontak, aku terjelepok
di atas lantai.
Memeluk kaki ibu
mertuaku.
“Abang mana?”
soalku tanpa jemu.
“Rasydan dah
tak ada, sayang.
Dia dah bertemu
penciptaNya. Sabar, sayang.
Sabar. Ini dugaan
buat kita. Arwah
dah tak ada,
sayang...” bahuku diusap
lagi. Lembut sekali
usapannya namun tidak
berjaya menghalau kesedihanku.
Aku hanya mahukan
suamiku.
“Apa dosa
Irqin sampaikan Allah
tarik nyawa suami
Irqin? Tak cukup ke
dia ambil ibu
bapa Irqin, ma?
Apa dosa Irqin?
Apa yang Allah
nak dari Irqin?!”
akhirnya aku menangis
semahunya di lutut
ibu mertuaku.
“Tak baik
berkata macam itu
Irqin. Ada hikmahnya
Allah buat...” Ibu
mertuaku tidak dapat
menghabiskan kata-katanya. Dia
ikut teresak sama.
“Hikmahnya apa?
Irqin tak nampak
apa-apa hikmah lagi!
Irqin rasa pedih
sangat, ma! Susah
sangat ke Dia
nak makbulkan doa
Irqin? Irqin tak
minta hidup senang
pun. Irqin cuma
nak abang selalu
ada di sisi
Irqin aje!” aku
terus menyalahkan takdir.
“Astaghfirullahalazim!” berpadu
banyak suara beristighfar
mendengar aduanku. Aku
tak peduli lagi.
Aku hanya mahu
menangis! Menangis dan
menangis!
“Abang cakap
dekat Irqin yang
dia nak balik!
Dia nak temankan
Irqin, ma. Dia
kesiankan Irqin seorang
diri kat rumah!
Dia kata dia
nak ucapkan selamat
malam pada Irqin
pada setiap malam.
Sekarang macam mana
Irqin nak tidur
kalau dia tak
ada, ma?!” aku
menangis lagi. Ibu
mertuaku sudah teresak.
Dia melurut ke
lantai dan memelukku
erat.
“Maa!” panggilku
apabila mereka hanya
menangis tanpa suara.
“Abang mana?!”
soalku lagi.
“Dia dah
dikebumikan siang tadi,
Irqin. Dia tak
boleh tunggu Irqin.
Dia harus dikebumikan.
Irqin baru sedar...”
ibu mertuaku bersuara
tenggelam timbul. Saat
itu juga hatiku
luluh berkecai! Aku
tidak dapat melihatnya
untuk kali yang
terakhir. Aku juga
tidak mampu mencium
jenazahnya. Aku tak
mampu berbuat apa-apa.
“Kenapa tak
kejutkan Irqin?!” bentakku
dengan esakan yang
makin menggila.
“Sabar nak.
Doa banyak-banyak. Mudah-mudahan
dia tenang di
sana. Jangan ratapi
pemergiannya, sayang. Allah
lebih sayangkan dia.
Allah ambil semula
apa yang menjadi
haknya. Jangan pertikaikan
kuasa Allah, nak.
Tak baik... sabar
ya nak?” macam
mana aku nak
sabar? Dia nak
balik semalam! Sekarang?
Dia sudah ke
liang lahad! Siapa
nak ucapkan ‘Selamat
malam, cinta’ pada
aku lagi lepas
ni?
“Ma! Tapi
abang dah janji
nak ada setiap
malam untuk Irqin!”
aku menangis lagi.
Kali ini
lebih teruk. Ramai
yang turut menangis.
Tetapi... apalah sangat
tangisan mereka yang
sekadar atas rasa
simpati itu? Aku yang
menanggungnya. Semua ini
bagaikan mimpi. Bagaimana?
Bagaimana aku hendak
berhadapan dengan dunia
selepas ini? Bagaimana
untuk aku biasakan
diri untuk membuka
mata tanpanya di
sisi?
Bagaimana untuk
aku tidur tanpa
ucapan selamat malam
cintanya? Bagaimana aku
harus hadapi hidup
sendiri begini? Aku
tak cukup kuat!
Aku insan yang
lemah! Hendak menongkah
kuasaNya, itu bukanlah
kekuatanku. Untuk berserah
juga aku tak
mampu!
“Irqin. Jangan
menangis lagi nak.
Izinkan dia pergi
dengan tenang.” ibu
mertuaku masih lagi
memujuk dengan esak
tangisnya.
Sebak. Dada
terasa memberat dengan
perasaan pilu ini.
Hendak mengambil nafas
baru pun aku
tersemput sendiri dek
kerana esakan yang
menggila. Sedar sahaja
dari pengsan, aku
terdengar berita pengebumiannya. Ah!
Isteri apa aku
ini kalau sewaktu
arwah suamiku sendiri
dikebumikan pun aku
tiada? Isteri apa
aku ini? Ya
Allah ya Tuhanku.
Dugaan apa yang
Engkau turunkan kepadaku
ini? Aku tak
kuat, ya Allah!
Aku belum kuat!
Isteri apakah
aku ini kalau
tiada saat suamiku
disembahyangkan? Tak dapat
aku bayangkan keadaan
suamiku dikafankan. Terasa
pedih. Perit. Abang.
Tolonglah! Tolonglah sedarkan
Irqin sekiranya ini
mimpi. Abang! Irqin
tak kuat, bang!!
“Ya ayuhallazinna
amanu sobiru wasobiru
wa robitu wattaqullahala ‘allakum
tuflihun.” kedengaran satu surah
dibaca ibu mertuaku
dalam esak tangisnya.
“Bersabar nak.
Bersabar. Baca doa tu tanpa
henti.” bisiknya ke
telingaku.
“Buat apa
Irqin nak berdoa?
Bukan Allah nak
dengar pun. Dia
ambil semua orang
yang Irqin sayang.
Irqin ada abang
je, ma! Tak
adaorang lain dah.
Ada abang seorang
aje. Itu pun
Dia tarik! Apa
salah Irqin?” aku
merintih pedih. Cukuplah
kalau dia ada.
Sungguh! Cukuplah kalau
dia ada di
sini. Di sisiku.
Mengucup keningku seperti
kebiasaannya. Aku hanya
mahukan dia!
Tiba-tiba bajuku
dicekak oleh si
pegawai polis lelaki
itu. Wajahnya nampak
bengis. Semua orang
di wad itu
tercengang-cengang melihat kekasarannya.
Termasuk aku. Berani
dia buat aku
begini?! Tiada sesiapa
berani bersuara.
“Saya tahu
awak bersedih dan
saya turut bersimpati
tetapi tolong... Tolong
buka mata awak
luas-luas! Menyalahkan takdir,
bukan caranya! Awak
bercakap seolah-olah awak
dilahirkan dengan cara
yang lain! Kita
ni semua hidup
sebab Allah hembuskan
roh dalam jasad
kita tahu? Jangan
bercakap macam awak
tak ada Allah,
tak ada agama!
Jangan sesekali mempertikaikan kuasaNya!
Kalau awak
nak saman saya
sebab saya serang
awak dengan cara
begini, go ahead. Tapi,
jangan sesekali menyalahkan
apa yang dah
tertulis untuk kita.
Nyawa kita ni
dipinjamkan saja. Itu
awak kena ingat.
Kalau Dia nak
tarik nyawa awak
sekarang pun dia
tarik, tahu?! Saya
tak boleh terima
cara dan kata-kata
awak, terlalu kejam.
Saya minta maaf
dan salam takziah
dari saya.” kemudian
bajuku terus dilepaskan
dan dia keluar
melalui pintu wad
begitu sahaja.
“Kau siapa?!”
aku menjerkahnya tetapi
dia sedikitpun tidak
berpaling.
“Astaghfirullahalazim, Irqin!
Sabar nak. Betul
apa yang dikatanya.
Tak baik menyalahkan
takdir Allah. Setiap
yang hidup pasti
akan kembali ke
sana.”Bapa mertuaku yang
memilih untuk mendiamkan
diri sedari tadi,
akhirnya bersuara. Sedu-sedan
ibu mertuaku sudah
tidak kedengaran lagi.
Aku bagaikan nampak
wajah sugul suamiku
memerhatiku di sini.
Wajahnya kelihatan hampa.
Dia hampa dengan
akukah? Memang patut
pun!
Dia juga
tidak suka aku
menyalahkan takdir. Aku
sedar tu! Tapi
kata-kata tak boleh
ditarik balik. Aku
khilaf... aku khilaf
hanya kerana aku
terlalu sayangkan Rasydan.
Aku khilaf dengan
apa yang aku
ada di dunia.
Ya Allah, ampunkanlah
dosaku.
“Kenapa wajah
abang muram?” soalku.
Raungan ibu mertuaku
semakin kuat sebaik
sahaja aku bersuara.
“Irqin. Doa
banyak-banyak, sayang...” lembut
suara ibu mertuaku
memujuk.
“Abang. Kenapa
abang diam?” tangisku.
“Ma, abang
diam aje... dia
marah, ma...” rintihku.
Mendayu-dayu suara ibu
mertuaku membaca doa
bagi menenangkan hatiku.
0 komen:
Post a Comment