Bab 12
“ABBY, masuk
pejabat saya!” buzzer ditekan
dan Abby akan
dijadikan mangsa dia
pada hari ini,
esok dan selama-lamanya. Hahaha.
Sakit hatinya bila
memikirkan kata-kata Hisyam
kelmarin. Kata-kata yang
benar-benar mencabar kelakian
dia.
“Kau kenapa?
Asyik gelakkan aku
dari petang tadi
lagi? Dah malam
ni,” marah Arrayyan
kepada Hisyam apabila
Hisyam sibuk menceritakan
bagaimana Arrayyan terjatuh
ke dalam kolam
itu akibat terlalu
‘khusyuk’ ketawa kepada
ibu dan ayahnya.
Habis ibu
dan ayahnya turut menggelakkan Arrayyan
semahunya. Kalau setakat
gelak biasa, tidak
mengapalah juga. Ini
sampaikan menepuk-nepuk meja.
Hisyamlah insan yang
paling teruk sekali
melambakkan tawanya. Ketawa
macam dah tak
ada hari esok.
Kalau ikutkan hati
yang tercabarnya itu,
ingin sekali dia
sedekahkan hayunan penumbuk
ke muka Hisyam.
“Aku rasa,
aku nak mintalah
autograf pekerja kau
tu. Aku rasa
dia tu ‘berdaulat’
sangat!” Hisyam ketawa
lagi. Kali ini
dia menepuk-nepuk meja dan
menghentak-hentakkan kakinya di
balkoni luar itu.
Disebabkan kata-kata Hisyam
itulah, Arrayyan jadi
bengang pada Abby.
Disebabkan Abby, dia
semakin hari semakin
kelihatan bodoh dan kelakar di
mata pekerjanya dan
Hisyam! Apa Abby
dah buat ni?
Sudahlah Hisyam
bersungguh-sungguh memuji kehebatan
Abby apabila dia
membuka cerita mengenai
serangan samseng durjana
tiga ekor tu.
Bertambah kerdil dia rasa di
mata orang lain.
Cemburu betul bila Abby diangkat
menjadi hero yang
menyelamatkan dia. Abby
itu perempuan! Perempuan
sepatutnya, lemah! His!
Teruk betul Abby ni.
“Ya ada
apa bos?” soal Abby lembut
sebaik sahaja dia
memasuki bilik Arrayyan.
Dia berharap sangat
agar Arrayyan sudah
tidak mengamuk macam
dulu lagi dengan
apa yang menimpa
lelaki itu. Biar
dia dapat pengajaran
sikit.
“Saya panggil
awak masuk, awak
jalan terkedek-kedek. Cimpanzi
jalan lagi macho dan
laju dari awak
tahu tak? Lembab
sungguh!” bebel Arrayyan
geram.
Bila tengok
muka Abby, automatik
dia rasa sakit
hati! Terus dia
teringat pada Hisyam
dan pak saudara
serta mak saudaranya
yang tak kering
gusi mentertawakan dia.
Rasa bodoh sangat.
Arrghh! Abby ini
memang buat hidupnya
menderita ditertawakan!
Abby menelan
liur. Ingatkan, kes baru-baru ini
akan menyebabkan mood
bos jadi elok
apabila dengannya. Ini
tidak. Sama aje.
Kerek. Bos hanya
okey dengan pekerja
lain aje. Hmmph.
“Saya punya
lutut kan masih
sakit? Terhincut-hincut dan sebab
itulah lambat sikit,”
Abby menjawab dengan
nada mendatar. Arrayyan
rasa tercabar bila Abby membalas
katanya tanpa ada
rasa bersalah. Ada
sahaja jawapannya sehingga
Arrayyan rasa hendak
meraung sekuat hati.
“Eee, muka
inilah yang selalu
masuk tv kena
sumpah jadi belacan
tu,” Arrayyan menahan
marah. Giginya terkacip
rapat dan jari
telunjuk mula ditunjuk
tepat ke muka Abby.
Mujurlah Abby
ini perempuan, kalau
tidak, sudah lama
dia tenyeh hidungAbby
dengan belacan. Sakit
sungguh hatinya. Menjawab
sahaja kerja Abby
dua puluh empat
jam. Lagi parah
bila melihat muka
comelnya yang beriak
selamba setiap kali
menjawab. Tercabar sungguh
Arrayyan rasa!
Marah pulak?
Mungkin, dulu, dia
takut dengan bosnya
ini. Tetapi, memandangkan,
dia sudah berjaya
menempeleng muka dan
menerajang kaki bosnya,
alahai. Dah tak
takut lagi. Lagi
pula, bukankah dia
yang menyelamatkan nyawa
bos itu hari? Biarlah bos
berdiri lima puluh
kaki lebih tinggi
daripadanya, jangan harap
dia terketar-ketar lutut
lagi.
“Apa pasal
pulak muka saya?
Bukan muka bos
ke yang selalu
masuk tv?” Abby
berkerut. Arrayyan ternganga.
Menyedari keterlanjurannya, Abby
mengetap bibir.
“Err, maksud
saya. Boskan CEO, mesti
selalu masuk tv.
Businessman berjaya, kan...” Abby
ketap bibir. Tahan
senyum. Muka serius
dipamerkan. Arrayyan menjeling
Abby dua ratus
tiga puluh darjah.
Memang Abby ni
suka melawan betul!
Setiap hari sampai
perit otaknya hendak
menampung kata-kata gadis
itu.
“Bos nak
apa panggil saya?”
soal Abby bosan.
Malas hendak menatap
wajah kacak Arrayyan
itu. Muka macam
orang Itali. Rambut
panjang. Mata bundar
dan galak berwarna
kelabu terang, hidung
mancung dan bibir
seksi. Sayang sekali,
rupa yang kacak
itu tak bersesuaian
dengan hatinya. Hatinya
keras. Kalah batu!
“Saya nak
awak carikan saya
lima jenis fail
berwarna merah macam
ini dekat dalam
stor,” arah Arrayyan
selamba sambil mengangkat
sebuah fail berwarna
merah. Semalam, dia
sudah memasang strategi.
Dia hendak mengenakan
Abby semahu-mahunya. Biar
padan dengan muka
gadis itu. Tengoklah
sama ada dia
berani menjawab atau
tidak selepas ini.
Fail merah
itu memang tiada
di bilik stor.
Bukannya penting pun
fail itu. Dah
namanya dicampak ke
stor, memang dah
tak berguna lagilah.
Tetapi, sebab nak
kenakan Abby punya
pasal, dia buat
pula arahan seperti
itu. Baru lagi
dia berasa senang
dengan kehadiran gadis
itu, tiba-tiba Hisyam
pula membuatkan dia
jadi sakit hati
dengan Abby. Alang-alang
Abby dah jadi
hero ni, baik
dia kenakan Abby
cukup-cukup.
Hari ini,
gadis itu berjalan
dengan terhincut-hincut ke
tempat kerja. Simpati
bertukar jadi sakit
hati bila melihat
semua pekerjanya berkerumun
mengelilingiAbby macamlah Abby
itu sakit kronik
nak mati! Lagi
geram bila ramai
pula pekerja lelaki
yang sibuk membantu
Abby membuat kerja.
Macamlah Abby tu
tak ada tangan!
argh! Kenapa hati
rasa tak tenteram
ni?!
“Senang aje.
Kau nak makan
gaji buta ya?
Kau suruh pekerja
lelaki bujang yang
bekerja tetapi kau
duduk diam-diam?” gumam
Arrayyan perlahan. Sakit
mata hatinya melihat
betapa mesranya Abby
dengan pekerja lelaki
yang lain. Adakah
ini dinamakan cemburu?
Oh tidak! Bukan
cemburu tetapi sakit
hati sebab Abby
tak serius bekerja!
“Saya keluar
dulu, bos. Dari
tadi cakap dengan
bos, tak ada
respons langsung. Baik
saya keluar. Nak cuba bercakap
dengan tunggul pula.
Mana tahu ada
respons ke?” suara Abby kedengaran
sarkastik. Puas dia
bercakap sendirian tetapi
mata Arrayyan tetap
memandangnya dengan pandangan
tak puas hati.
Tajam dan mengghairahkan. Eh
tidak! Tajam dan
menakutkan! Ya.
“Awak ni,
tolong hormat saya
sikit!” arahan tegas
mula kedengaran. Boleh Abby bandingkan
dia dengan tunggul?
Sakit sungguh hatinya.
Abby menangguk tanda
faham. Di hadapan
bos, dia asyik
akur sahaja. Di
belakang bos, ‘hantu
punya bos!’ dikutuk
Arrayyan semahunya.
“Baik bos,”
ucap Abby mendatar tanpa
ada riak bersalah.
Arrayyan berdiri
dan menyandarkan pinggulnya
ke meja pejabat.
Kaki kanannya disilangkan
ke kaki kiri. Dia memeluk
tubuh dan merenung
Abby penuh minat.
Abby jadi tak
selesa dengan renungan
itu. Lelaki itu
nampak kacak dengan
rambut panjangnya disikat
rapi ke belakang
dan digel dengan
kemas. Sut biru
gelapnya juga nampak
padan benar dengan
tubuhnya. Kacak!
“Saya keluar
dulu,” Abby meminta
izin. Kalau ikutkan
hati hendak sahaja
dia menjerkah bosnya
itu. Nak tenung
aku, bayarlah! Hantu
punya bos!
“AZHAM, mana
dia perginya fail
warna merah dalam
bilik stor ni?”
soal Abby yang
sudah serabai dengan
sawang dan habuk
di atas kepalanya.
Sudah hampir dua
jam dia terperap
di dalam itu. Bila
dia mengadu pada
Arrayyan, Arrayyan akan
mendesaknya untuk cari
sampai dapat. Kalau
ditakdirkan dia tidak
menjumpai fail itu
sehingga ke tengah
malam, pun dia
mesti kena cari
sampai jumpa. Kejam
mana? Kasihan betul
pada nasib dia
sendiri.
‘Stor macam
puaka! Langsung tak
berkemas. Apa guna gaji si cleaner
dibayar kalau bilik
stor pun tak
pandai nak kemas?’
Bebel Abby di dalam hati.
Azham yang
pada ketika itu
melintasi bilik stor
bersama beberapa buah
buku di tangan
menghentikan langkahnya. Dia
berkerut sedikit. Kemudian,
tanpa disuruh, dia
menyandarkan bahunya ke
pintu bilik stor
itu.
“Kenapa awak
duduk kat dalam
ni?” soal Azham
pelik. Setahunya, memang
pekerja yang bekerja
di aras dia
tidak perlu masuk
ke bilik stor
itu kecuali jika
diarahkan sahaja. Tapi,
sebagai PA kepada
Encik Arrayyan bin
Zainuddin, tindakan Abby
itu sangatlah mengejutkan
dia.
Diela dulu
pun tidak pernah
menjejakkan kaki ke
dalam bilik stor
itu. Nama pun
PA, kerjanya memang
perlu setia di
tempat duduknya dan
juga di bilik
bos. Tak perlu
bergerak jauh selain
daripada menemani bos.
Pelik!
“Saya diarahkan
bos agar mencari
fail merah sebanyak
lima buah! Dia
kata, kelima-lima fail
itu ada di
sini. Dah naik
sawan saya mencarinya.
Tak juga jumpa,”
bebel Abby kepenatan.Azham menahan
tawa. Lurus betul Abby ini
rupanya!
“Fail merah
sebenarnya jarang digunakan
pejabat sini. Fail-fail
yang kami selalu
guna ialah warna
kuning, biru dan
hitam. Warna merah
tu memang ada
tiga je. Itu
pun kepunyaan bekas
pekerja lama kat
sini,” Azham bersuara
dengan senyuman melebar.
Suka betul dia
mengenakan Abby. Lurus
sangat, siapa suruh?
Abby menggaru-garu
kepalanya.
“Lah, habis
tu, bos tahu
tak?” soal Abby
lurus. Azham mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Dah dia
yang buat syarat
macam tu. Fail
yang berwarna merah
memang dia tak
nak tengok. Dia
tak berapa suka
dengan warna merah
agaknya,” cerita Azham
yang sudah tersengih-sengih. Alahai!
Kelakar sungguh Abby
ni. Langsung tak
syak apa-apa. Mana
datangnya fail merah
dekat pejabat ni?
Dahi Abby
berkerut seribu. Tak
logik langsung. Kalau
sekali pun tak
suka, takkanlah sampai
fail merah tak
boleh guna?
“Lah, habis
tu, untuk apa dia suruh
saya cari fail
warna merah? Ni
ada tiga aje?”
soal Abby semakin
kusut otaknya. Azham
sudah tergelak-gelak. Tak
sampai hati untuk
terus mempermainkan perasaan
Abby yang kelihatan
serius benar hendak
melaksanakan kerjanya itu.
“Awak ni Abby! Lurus
sangat orangnya. Kat
pintu stor tu,
awak baca ke
tidak? Kan dah
tertulis kat pintu
ni, fail yang
ada dalam stor
ni hanyalah warna
kuning, biru dan
hitam? Tiga warna
itu untuk kegunaan
pejabat tingkat ini.
Tiga fail merah
yang awak jumpa
tu tentu ada
yang tersalah letak.
Fail warna merah
dekat tingkat dua,” Azham bersuara
sambil tergelak kecil.
Abby mendengus
geram. Jadi dia
kena tipulah ni?
Inilah pertama kali
dalam hidupnya ada
syarikat yang mengasingkan
warna-warna fail seperti
syarikat ini. Apa
yang Arrayyan tak
puas hati sangat
dengan dia sampaikan
sanggup menipu dia
sebegitu? Eee, bengkak
hatinya!
‘Hantu punya
bos!!!’ pekik hatinya
kuat.
Kau memang
nak kena ya
Ayam?! Bukan Ayan
lagi dah! Sakit
sungguh dia diayam-ayamkan oleh
Arrayyan. Okey, kalau
Ayan yang pilih
untuk bertempur, jadi,
baik. Dia akan
membalas dendam!
“ABBY, mana
fail warna merah
yang saya mintak
tu?” soal Arrayyan
dengan senyuman yang
cuba ditahan. Tentu Abby sudah
naik sawan mencari
fail itu. Padan
dengan muka dia!
Hahaha. Arrayyan menyorokkan
senyumannya di sebalik
fail yang didirikan
menutup muka kecuali
mata.
“Saya dah jumpa bos!
Senang sangat nak
cari. Lebih dari
lima buah saya
jumpa! Apalah bos
ni, fail itu
pun nak suruh
saya yang carikan.
Cari sendiri aje
lain kali,” bidas Abby selamba.
Fail yang Arrayyan
pegang itu terlentang
ke meja. Muka
Arrayyan ketara terkejut.
Kali ini Abby
yang cuba menahan
senyum melihat perubahan
riak Arrayyan itu. ‘Kau nak
kenakan Abby ya?
Memang kau dah
tersalah orang!’ hati Abby menggumam.
“Aik awak
jumpa macam mana?”
soal Arrayyan pelik.
Setahunya, fail merah
memang tidak dibenarkan
berada di tingkat
itu. Bagi memudahkan
pengurusan kerja kata
papanya. Dato’ Zainuddin
punya idealah yang
mengatur syarat seperti
itu. Setiap tingkat
terbahagi kepada warna-warna
fail yang tersendiri.
“Aik? Bos
kan suruh saya
cari kat stor?
Saya jumpa kat
mana lagi? Dekat
storlah!” Abby jawab
selamba. Tawa cuba
ditahan sebaik mungkin.
Dia membuat muka
pelik. Innocent kononnya.
“Huh? Tapi,
bukan ke tingkat
ni tak ada
fail merah??” soal
Arrayyan pelik tanpa
menyedari bahawa dia
sudah terpecahkan tembelang
sendiri. kepalanya digaru-garu
meskipun tiada rasa
gatal.
“Hah!
Gotcha!!! Kantoi
dah. Bos ni,
lain kali jangan
nak kenakan saya.
Buat penat saya
cari selama hampir
dua jam kat
situ. Mujur Azham
ada beritahu mengenai
fail merah tu.
Kalau tak, nahas
bos!” kali ini Abby mengugut
Arrayyan. Arrayyan tergigit
bibir!
Alamak! Licik
sungguh permainan Abby
ini rupa-rupanya.
“Apa motif
bos nak kenakan
saya ni?” soal Abby geram.
Kalau bukan berpangkat
bos, sudah lama
dia tenyeh gigi
Arrayyan dengan sireh
nenek di kampung.
Biar merah! Geram
tau? Melambatkan kerja
dia. entah apa
motif Arrayyan pun
dia tak tahu.
“Hobi... Awak
pulak, dah tak
ada kerja lain
nak duduk kat
sini dan buat
muka macam itu?”
soal Arrayyan kerek
bila melihat air
muka Abby terpancar
riak bengang bila
dia menjawab ‘hobi’
tadi.
“Hobi...” jawab Abby selamba
lantas menghempukkan fail
merah yang diambil
dari stor tingkat
bawahke meja Arrayyan.
Lebih daripada lima
dia ambil tadi. Arrayyan menjegilkan
biji matanya. Tercabar
sungguh dia dengan
sikap Abby itu.
Oh! Dia
gadis yang tak
makan saman! Boleh
Abby ajuk katanya?
Melampau! Mentanglah dia
ada rahsia tersembunyi
dengan Abby, pandai
gadis itu mengambil
kesempatan! Kalau Abby
ceritakan mengenai peristiwa
di sebalik penyebab
luka di kaki
Abby itu, malu
besarlah dia! Jatuh
sahamnya sebagai seorang
lelaki macho! Nak
tak nak kena
jaga juga hati
Abby supaya tidak
memecahkan rahsia itu.
“Nah ni.
Saya ambil kat
stor tingkat bawah,”
dia berkata selamba.
Selepas itu, dengan
riak tidak bersalah,
dia meninggalkan Arrayyan
sendirian tanpa pamitan.
Arrayyan menyumpah
seranah di dalam
hati. Eee! Apa pasallah
Abby pasti akan
dapat membalas balik
setiap idea jahatnya?
Digaru-garu kepalanya yang
tak gatal itu
dengan tangan kanan
sementara tangan kirinya
menyeluk kocek! Misi
mengenakan Abby, gagal!
Malah, dia yang
terkena balik!
‘Mulut Abby
tu... urgghh!!! Rasa
nak cium! Eh,
bukan! Rasa nak
tenyeh dengan lada!’
Namun entah
kenapa, ada senyuman
yang tiba-tiba terukir
di bibirnya. Abby
memang pintar. Sangat...
dan comel juga. What
have you done
to me, Abby?
Arrayyan menyandar ke
kerusi dan kemudian
dipusing ke kiri
dan ke kanan
sambil jemari kanannya
setia mengetuk meja.
Senyuman akhirnya menjadi semakin
lebar. Merekah indah.
“Abby...” sebutnya
perlahan.
0 komen:
Post a Comment