BAB 7
“RISSA, payah
betul nak bercakap
dengan awak sekarang,
kan?” tegur Zakwan.
Arissa menghentikan langkahnya.
Dia berpaling. Senyuman
paksa diukir. Malas
sangat dia nak melayan
Zakwan sebenarnya. Zakwan
ni makin dilayan,
makin teruk perangai
mengada-ngada dia. Silap-silap
haribulan nanti, Arissa
diajak couple pula.
Bukannya dia
tak tahu sejarah
hidup Zakwan. Dulu
ada budak yang
bercerita tentang Zakwan
kepadanya yang Zakwan
itu seorang yang
jenis terlalu menaruh
harapan. Mula-mula Zakwan
akan menawarkan untuk
berkawan, selepas itu
menghantar pulang. Arissa
melalui dua fasa
itu. Dan fasa
ketiga, Zakwan akan
mengajak orang yang
dia pernah hantar
pulang itu couple.
Eee, scary!
Dahlah Zakwan
kerap tertangkap merenung
ke arahnya. Memang
dia langsung tak
selesa. Tak dilayan,
dikata sombong. Bila
melayan, begini pula
padahnya. Semenjak dua tiga hari
ini, kerap benar
Zakwan mengekor dia.
Dia ke kafe,
Zakwan ikut ke
kafe.
Dia ke
tandas, sedar-sedar Zakwan
terpacak di luar
tandas. Tak faham
sungguh! Dia jadi
tak selamat dengan
tindak-tanduk Zakwan. Nampak
pelik.
“Rissa, dengar
tak ni? Asal
saya bersuara aje,
awak termenung.” Bebel
Zakwan. Arissa menjungkitkan
keningnya. Kau dah
kenapa? Soal hatinya.
“Awak nak
apa?” soal Arissa
tanpa berselindung.
“Sombong betul
awak ni kan?” tuduh Zakwan. Berkerut-kerut kening Arissa
mendengarnya. Tanya macam
itu pun sombong
ke?
“Sombong apanya?
Saya tanya awak
nak apa aje
kan? Awak boleh
tak jangan nak
kejar saya semata-mata
untuk cakap saya
sombong!” Arissa membentak.
Kali ini dia
naik marah.
“Payah nak
cakap dengan awak
sekarang. Dulu awak
tak macam ni
pun.” Zakwan bersuara
tak puas hati.
Bila mereka berlaga
pandang, Arissa seringkali
mengelak. Arissa mesti
dah tahu isi hati dia
bagaimana. Kenapa mahu
mengelak pula?
“Sebab saya
busy. Itu saja.”
Arissa berdalih. Zakwan
mencemik. Dia berpeluk
tubuh di hadapan
Arissa.
“Busy mengelak
daripada saya?” sinis
soalan Zakwan.
“Siapa tak
mengelak kalau ke
mana-mana dia pergi
ada orang jadi
ekor?” sindir Arissa
geram.
“Saya Cuma
nak pastikan awak
selamat.”
“Tak perlulah
awak buang masa.
Tahulah saya jaga
diri.” Kata Arissa
dengan suara mengendur.
“Saya nak
ajak awak keluar
makan.”
“Maaflah tak
boleh.” Arissa menolak.
“Awak nak
saya bagitau budak
kelas ke tentang
awak?” kening Zakwan
terjungkit. Arissa mencebir.
Ugutan itu tidak
lagi menakutkan dia.
Dia sudah malas
nak ambil pusing
lagi tentang ugutan
Zakwan. Dia tahu
Zakwan sekadar mahu
dia menerima pelawaannya.
“Awak nak
beritahu awak beritahu
sajalah. Benda tu
bukan lagi penghalang
buat saya. Sekarang,
beri saya laluan.”
Arissa mendengus. Kalau
dulu dia takut
budak kelasnya tahu
tentang apa yang
dia belajar, sekarang
tidak lagi. Dulu
sebab dia masih
belum mahir. Sekarang
dia sudah tahu
asas-asasnya. Sesiapa yang
cari masalah dengan
dia, memang on the
spot dia boleh ‘kiokkan’.
“Kalau saya
tak ke tepi?”
Zakwan menguji.
“Saya tak
naklah ulang banyak
kali. Kesabaran saya
tipis. Jangan nak
menguji. Saya tak
suka.” Arissa berkata
dengan nada amaran.
Zakwan tersenyum sinis.
Perlahan-lahan dia berganjak
dari tempatnya berdiri.
“ABANG...” Ikmal ditegur
Arissa. Sedikitpun dia
tidak menyapa semula.
Sakit hatinya tak
mahu hilang lagi
setelah melihat kejadian
tadi. Arissa dikejar
Zakwan. Budak dulu
tu. Menyampah. Mesti
budak itu sukakan
Arissa. Dia rasa
tak sedap hati
dengan kemunculan Zakwan
itu. Sudahlah Zakwan
memandangnya semacam dari
jauh.
Bukanlah dia
takut dengan pandangan
itu. Dia Cuma
takut kalau Zakwan
ada niat tidak
elok pada Arissanya.
“Abang?” panggil
Arissa yang sudah
melabuhkan punggung ke
kerusi di sebelah
penumpang. Pintu kereta
ditutup. Wajahnya ditenung
Arissa tanpa kelip.
Nak tak nak
terpaksa dia menyahut.
“Ya.”
“Abang okey
tak? Nampak macam
stress saja.” Arissa
berceloteh. Ikmal menjelingnya.
Takkan Arissa tak
nampak muka cemburu
abang ni? Takkan
nak tunggu abang
lipat budak tu
baru Arissa nak
sedar? Bentak hatinya.
“Abang tak
suka Rissa berbual
dengan dia.” Kata
Ikmal sambil menjatuhkan
handbreak. Sedikitpun dia
tak pandang Arissa.
Arissa pula
mengangguk faham kini.
Patutlah takde mood.
Cemburu rupanya. Ingatkan
Ikmal berhati kayu.
Dia menahan senyum.
“Abang, dia
bincang soal pelajaran
dengan Rissa. Itu
sajalah.” Dalih Arissa.
Malas dia nak
ceritakan kisah sebetulnya.
Takut Ikmal pergi
belasah budak Zakwan
itu pula. Naya.
Ikmal mencemik.
Tak percayalah kalau
bincang soal pelajaran
sampai nak kena
kejar dan halang
perjalanan macam tu.
Budak kecil pun
takkan percaya.
“Hati abang
kuat kata dia
ada simpan niat
lain untuk rapat
dengan Rissa.” Lebih
kepada menggumam, Ikmal
bersuara.
“Abang ni...
niat apa? Rissa
kan ada Muay
Thai.” Arissa cuba
memujuk. Ikmal tersenyum
sinis. Bukan nak
memperlekeh tapi kata-kata
Arissa itu berbaur
riak.
“Tapi tak
pro lagi.” Sekarang
dia pula yang
kedengaran riak. Sebenarnya
dia risaukan keselamatan
Arissa. Mungkin dia
pakwe yang kayu
dan kaku tapi
dia ada hati.
Hatinya pula diserahkan
sepenuhnya kepada Arissa
dan dia mahu
Arissa jaga hati
dia sebaik mungkin.
“Abang ajarlah
sampai pro...” Arissa
masih memujuk. Ikmal
mengeluh. Nampaknya Arissa
tak nampak kerisauan
dia.
“Abang takut
dia nak ambik
kesempatan pada Arissa.”
Beritahu Ikmal jujur.
“Atau abang
takut Arissa jatuh
hati pada dia?”
Arissa menduga.
Ikmal nak
tergelak mendengarnya. Dengan
budak itu? Tidak
langsung! Kalau dengan
orang lain mungkin
ya. Kalau dulu
mungkin ya dia
cemburukan Zakwan. Dulu
dia belum ada
apa-apa dengan Arissa.
Sekarang, mereka bergelar
sepasang kekasih dan
tentu-tentunya Zakwan itu
tidak lagi menjadi
penghalang buat mereka.
Kalau Arissa nakkan
Zakwan, sepatutnya dah
lama Arissa menolak
dia.
“No lah.
Abang tau Arissa
takkan jatuh hati
dengan mamat lembik
macam dia tu.
Abang takut kalau
dia cuba sesuatu
di luar dugaan
Arissa. Abang tengok
Arissa tak layan
dia. Abang suka
sebenarnya kalau Arissa
tak layan dia. Tapi
janganlah ketara sangat.
Lelaki ni kalau
tak dilayan, mulalah
nak buat perangai
tak semenggah. Kalau
Arissa tak suka
dia, Arissa kena
cakap elok-elok. Slow
talk dengan dia.”
Ikmal memberi nasihat.
“Dah banyak
kali slow talk dah.
Dia tu jenis
tak faham bahasa!”
Rengus Arissa. Memanglah
dia takut sekiranya
apa yang dikatakan
Ikmal itu benar-benar
terjadi. Dia tengok
Zakwan pun jenis
yang mungkin berani
melakukan apa saja
asalkan hati puas.
“Rissa kena
hati-hatilah.” Ikmal bersuara.
Arissa telan liur.
Menakutkan pula.
“Tak
ada
apa kut?” Arissa
menyedapkan hati sendiri.
“LAMBAT balik
hari ni, Rissa.
Buat apa? Ke
mana?” soal Aida.
Arissa melabuhkan punggung
ke sebelah kakaknya.
Dia teragak-agak untuk
bertanya Aida mengenai
Zakwan.
“Akak dah ingat
semua ke?” soal
Arissa tiba-tiba. Kening
Aida terangkat.
“Kenapa tanya?”
“Jawablah. Nak
tahu.”
“Entahlah. Rasa
macam ada aje
yang akak belum
ingat semua. Bila
abang Pijoi Rissa
tu cerita apa
yang dah berlaku
dalam tempoh lima
tahun dulu tu,
ada yang akak
ingat. Ada yang
akak rasa Abang
Pijoi awak sengaja
karang cerita. Yelah,
akak kan tak
ingat sangat...” Aida
bersuara bersama senyumnya.
Arissa ikut tersenyum.
Kadang-kadang dia berharap agar
dia jadi macam
Aida. Biarlah ada
perkara yang dia
lupa. Tapi, dia
nak pilih perkara-perkara yang
dia nak lupa
tu. Tentunya yang
buruk-buruk. Buat apa
nak ingat perkara
yang buruk-buruk, kan?
Tapi itu semua
mustahil.
“Contohnya?” Arissa
menyoal.
“Entah? Dia
kata akak pernah
tendang kereta dia
sampai kemek. Akak recall
balik, rasanya tak
ada pun dalam
cebisan memori ni
peristiwa tu.” Aida
berkerut. Masih berusaha
untuk mengingat tentang
hal itu.
“Betullah tu.”
Arissa tergelak. Aida angkat kening.
“Betul eh?”
“Iya... akak
bengang bila abang
Pijoi pergi makan
dengan budak ofis
akak, perempuan. Sofiya
tak silap Rissa,
nama dia. Dia
suka abang Pijoi
dan akak tak
suka dia. Abang
Pijoi tuduh akak
cemburu, akak marah.”
Cerita Arissa. Aida
jadi pelik. Arissa
tahu?
“Rissa tahu
tak macam mana
kes diorang pergi makan tu
boleh jadi? Setahu
akak, abang Pijoi
sendiri pun tak
suka Sofiya.” Aida
jadi pelik. Atau
dia lupa perkara
yang membuatkan Hafizul
tak suka pada
Sofiya?
“Memanglah tak
suka. Abang Pijoi
tak suka sesiapa
yang akak tak
suka. Dengarnya kak
Sofiya tu kena
gastrik. Atas dasar
belas kasihan, abang
Pijoi offer nak belikan
dia makanan je
tapi dia yang
menyibuk nak ikut.
Tu yang makan
sama tu. Waktu
tu akak dengan
abang Pijoi tengah
gaduh. Bila akak
tau Abang Pijoi
tak pergi pujuk
akak, malah pergi
makan dengan musuh
ketat akak, akak
mengamuklah. Tu yang
akak tendang kereta
dia sampai lekuk
tu.” cerita Arissa.
Dia pun tahu
cerita itu daripada
Hafizul.
Pelik melihat
Hafizul pulang ke
kampung dengan kereta
yang kemek begitu.
Memanglah kecil. Tapi
bukan satu saja
kesan kemeknya. Tiga! Ayah Chik
pun bertanyalah kenapa
lalu Hafizul pun
menceritakan semuanya. Muka
Aida cemberut saja
sepanjang Hafizul bercerita.
Bertambah cemberut bila
Acik dan Ayah
Chik mula berleter.
“Tapi dulu
akak bukan suka
kat abang Pijoi
pun kan?” soalan
Aida menyebabkan memori
itu terbang jauh
dari fikiran Arissa.
“Memanglah tak
suka. Tapi akak
tetap conquer abang Pijoi.
Kesian dia. Tak
boleh berbaik dengan
mana-mana perempuan pun.
Semua akak marah.
Semuanya akak kata
tak padan dengan
Abang Pijoi. Siap
akak cakap, selagi
abang Pijoi punya
awek tak kena
dengan selera akak,
jangan harap akak
bagi abang Pijoi
kahwin. Rupa-rupanya akak
jodoh abang Pijoi.”
Aida tersengih. Seingat
dia, dia sendiri
pernah menyatakan hendak
memilih pasangan Hafizul.
“Arissa tau
dari mana kisah
kereta tu?” soal
Aida tidak lama
kemudian.
“Selepas kejadian
tu, akak dengan
dia ada balik
kampung. Ayah Chik
pun apa lagi?
Soal siasatlah kenapa
kereta jadi macam
tu. Lagi satu,
akak tak payah
nak pelik sangat.
Apa je yang
Abang Pijoi tak
cerita dengan kami?
Okey, baru teringat.
Dia tak cerita
kisah macam mana
akak boleh mengandung
dan kejadian-kejadian tu.
Itu saja. Yang
lain semua dia
cerita. Akak bergaduh
dengan dia ke,
akak pergi bercuti
ke, dia selalu
report dekat kami.”
Arissa berkata dengan
panjang lebar.
“Bagus jugak
suami akak, kan?”
Aida menayang sengih.
Baru sekarang dia
sedar yang Hafizul
itu seorang lelaki
yang sangat hormat
pada keluarganya.
“Mestilah. Akak
aje yang tak sedar.” Tempelak
Arissa.
“Hmm, itulah.”
“Dan akak
bahagia walaupun ada
perkara yang akak
tak ingat?”
“Bahagia. Sebab
akak dah ingat
perkara yang penting.
Kejadian tu... so,
bila dah ingat
yang tu, baru
akak boleh memaafkan.
Bila memaafkan, hati
akak rasa lapang.
Rasa tenang.” Jawab
Aida. Arissa tersenyum.
“Sekarang jawab
soalan Rissa ni
pulak.”
“Apa dia?”
“Akak pernah
tak... ada lelaki
mengurat?” Aida tergelak
mendengar soalan Arissa
itu.
“Tak namanya
perempuanlah kalau tak
ada lelaki mengurat.”
Jawabnya bersahaja. Arissa
mencemik. Bukan mengurat dekat tepi
jalan maksud dia.
Ini mengurat cara
lain. Macam Zakwan!
Mula-mula usyar. Lepas
tu sibuk pula
nak ambil tahu
hal dia. Lepas
tu dah mula
berani nak kongkong
dia. Psiko!
“Tak, maksud
Rissa... lelaki tu
terkejar-kejarkan akak tapi
akak tak layan.”
“Ada.”
“Macam mana
akak handle?”
“Akak kahwin
dengan dia.” Jawapan
Aida itu membuatkan
Arissa ketuk kepala
sendiri. Memang Hafizul
tergila-gilakan Aida tapi
waktu tu Aida
tak sedar. Aida
pula tergelak dengan
jawapannya.
“Akak ni...
bukan macam itulah.
Akak pun tak
tahu abang Pijoi
suka akak waktu tu,
kan? Hmmm, okey
Rissa bagi contoh.
Ada seorang budak
ni suka kat
Arissa.” Arissa berjeda.
Masih berfikir sama
ada hendak beritahu
atau tidak tentang
gangguan Zakwan itu.
“Hmmm?” kening
Aida sudah terjongket.
Ah! Cerita sajalah.
“Arissa tak
layan dia. Malah
agak berkasar sikit...”
Arissa menelan liur.
“Mana boleh
macam tu? Kalau
tak suka jangan
layan kasar-kasar. Lelaki
ni tak suka
tau dimalukan? Kita
sendiri pun tak
suka.” Aida berleter.
“Itulah. Tapi
dia tak reti
bahasa. Akak rasa
dia akan bertindak
jauh tak?”
“Pernah dulu
ada seorang budak
macam tu. Tapi
abang Pijoi sendiri
yang tolong settlekan.
Rissa mintak tolong
Ikmal settlekan.” Cadang
Aida.
“Nanti abang
Ikmal settlekan cara
lain. Riuk budak
tu.” Arissa langsung
tak percayakan cara
Ikmal menyelesaikan masalah
dia.
“Ya tak
ya juga. Ikmal
tu bukannya betul
juga.” Aida mencemik.
“Amboi sedap
mengata kawan baik
aku.”
“Amboi sedap
mengata pakwe Arissa!”
serentak Arissa dan
Hafizul bersuara. Aida
terkekeh-kekeh gelak.
“Kau dah
balik?” soal Aida
lantas menyalami suaminya.
Sejuk hati Arissa
melihatnya.
“Perempuan, bila
dah mengumpat, apa
terjadi dalam dunia
ni pun dia
tak sedar dah.
Dah lama aku
balik. Saja nak
tengok kau perasan
ke tak.” Hafizul
melonggarkan tali lehernya.
Sempat dikucup dahi
Aida.
Arissa meminta
diri. Tiba-tiba dia
jadi cemburu dengan
kebahagiaan kakaknya. Dapatkah
dia bahagia begitu
dengan Ikmal sedangkan
Ikmal bukan jenis
yang menunjukkan kasih
sayang seperti Hafizul?
0 komen:
Post a Comment