BAB 8
Bintang di
langit sudah tiada
sinarnya lagi,
Bulan yang
menerangi malam juga
kemalapan...
Aku di
sini sudah tiada kekuatan lagi...
Hidupku kini
bagaikan dalam kegelapan...
“IRQIN nak
abang. Irqin nak
abang. Irqin nak
abang. Irqin nak
abang. Irqin nak
abang...” aku berpeluk
lutut dan berkata-kata
bersendirian di dalam
bilik. Majlis tahlil
sedang berjalan di
bawah. Untuk apa
majlis tahlil diadakan?
Untuk meraikan pemergian
Rasydankah? Segembira mana
mereka meraikannya? Segembira
mana mereka melihat
tangisanku?
“Irqin?” panggilan
itu menyebabkan ‘zikir’ku
terhenti. Aku menoleh.
Farah, berpakaian jubah
dan bertudung lilit
menghampiri. Dia mendepangkan
tangannya. Matanya sudah
merah. Tangisan yang
sudah berhenti beberapa
jam yang lalu
pecah semula sebaik
sahaja dia menerpaku.
Sanggup dia pulang
dari Dubai semata-mata
untuk menemaniku?
Tentu dia
masih dalam kepenatan.
“Rasydan, Farah...
suami aku... suami
aku... dia dah
tak ada...” aku
menangis dalam pelukannya.
Pelukannya merupakan
tempat yang paling
aku perlukan buat
masa ini. Esakan
dia juga kedengaran.
Pilu. Lama aku
memeluknya. Melampiaskan tangisan
di bahunya. Tiada
lagi orang yang
memahamiku selain dia.
Sendat dadaku akibat
menanggung derita ini
sendirian.
“Irqin, I’m so
sorry. Stay strong
please? Be strong! Allah
lebih menyayangi dia!
Tolonglah jangan macam
ni. It hurts me.”
dia menyapu air
mataku dengan kedua
ibu jarinya. Kepalaku
diusap-usapnya beberapa kali.
“Suami aku,
Farah. Suami aku...”
aku tak dapat
berkata apa-apa selain
menangis dan terus
menangis. Sampai sekarang
pun aku masih
tak percaya yang
Rasydan sudah tiada.
Aku masih belum
pulang ke rumah kami
lagi. Entah bagaimana
rasanya untuk aku
menjejakkan kaki ke
situ lagi. Melihat
kenangan kami bersama...
“Ya, sayang.
Aku tahu. Jangan
macam ni. Please? Jangan
macam ni. Kau
kuat, kau tabah.
Tolong jangan macam
ni...” Farah merayu-rayu.
Wajahnya sudah lencun
dengan air mata.
Aku tahu dia
turut bersedih. Dia
juga agak rapat
dengan Rasydan. Rasydan
baik dengan semua
orang.
“Dia akan
balik, kan?” soalku
bodoh. Esakan Farah
bertambah kuat.
“Please
stop it, Irqin...
Jangan macam ni,
Qin. Kau kena
kuat. Kuatlah kawanku.
Kuatlah! Kuatkanlah imanmu,
kuatkanlah jiwamu. Cekalkanlah
hatimu wahai sahabat.”
dia mengusap-usap belakang
dadaku. Tangisanku menjadi
raungan. Biarlah aku
lepaskan segala-galanya hari
ini di bahunya.
Entah bila lagi
aku akan berjumpa
dengan dia lagi.
Aku bakal
keseorangan selepas ini.
Tiada Rasydan, tiada
Farah, tiada sesiapa.
“Abang akan
balik!” aku menangis
lagi.
“Ya Allah,
Irqin. Ya Allah!
Astaghfirullahalazim.
Laillahaillallah! Ingat Allah,
Irqin. Ingat Allah!
Kau mesti teruskan
hidup ni, Irqin.
Teruskan dengan cekal.
Itu yang Rasydan
nak. Please?” rayu Farah
di tepi telingaku.
Aku memeluknya
bertambah kuat. Aku
tak boleh terima
yang aku ditinggalkan
dengan cara begini.
Ketika dia dikebumikan
pun aku tiada.
Bagaimana aku nak
percaya yang dia
benar-benar telah tiada?
“Aku tak
kuat, Farah. Aku
tak kuat... Tolonglah
kembalikan abang aku...
macam mana aku
nak lalui semua
ni nanti, Farah...
tolonglah aku...” rayuku
dengan sedu-sedan yang
semakin menggila.
Belum pernah
aku menangis seteruk
ini. Ini merupakan
kesakitan yang tiada
tolok bandingnya. Tolonglah
bangunkan aku dari
mimpi ini. Tolonglah!
Aku sudah tidak
sanggup lagi untuk
menghadapinya.
“Ingatlah Irqin.
Rasulullah pernah bersabda,
“Seorang Mukmin akan
tetap (berterusan) diberi
cubaan, sampai dia
berjalan di muka
bumi ini tanpa
dosa sedikitpun.” Tenangkan hati kau,
Irqin. Ada hikmahnya
semua ni terjadi.
Kau kena redha
dengan ujian ni.
Ini sebahagian dari
untuk menguatkan akidah
kau.” pujuk Farah
lagi. Aku cuba
mencari nilai positif
dalam setiap kata-katanya
namun aku tak
mampu. Aku tak
mampu! Aku tetap
tak boleh menerima
takdir yang berlaku!
Rasydan tak harus mati!
“Aku yang
sebabkan dia pergi!
Aku yang desak
dia balik malam
tu! Kalau dia
tak balik, semua
ni takkan jadi!”
akhirnya aku akui
kesilapanku. Ya! Kalau Rasydan
tak balik, tentu
kemalangan itu takkan
berlaku.
“Bukan salah
kau. Ajal dia
dah sampai. Kalau
dia tak balik
malam tu pun, dia tetap
akan pergi juga
kalau waktu itulah
janjinya dengan Allah!
Kau kena redha!”
Farah bertegas.
“Tak. Berhenti
nak sedapkan hati
aku. Aku dah
bunuh suami aku
sendiri. Dia pergi
sebab aku...” aku
memeluk lutut. Erat. Aku rindukan
pelukan Rasydan.
“Lailahailallah... jangan
begini, Irqin. Tolonglah
dengar cakap aku...”
Farah mengusap dadanya
berkali-kali. Dia cuba
menenangkan hatinya. Mungkin
dia geram dengan
pendirian aku.
“Aku akan
tinggalkan kau seorang
diri. Kau tenangkan
fikiran dulu.” Dia
meminta diri.
“Kau pun
nak tinggalkan aku...”
aku menangis lagi.
“Aku ada
bila kau perlukan
aku. Cuma kau
yang tak menerima
kewujudan aku bila
waktu kau perlukan
aku.” Nadanya berkecil
hati. Dia mengelap
air matanya daripada
tumpah lagi. Mungkin
dia berasa hati
apabila nasihatnya sedikitpun
aku tidak mahu
dengar.
AKU mencapai
kain tudung yang
tersangkut di penyangkut
baju. Sesudah menyarungkan
tudung itu ke
kepalaku, aku berjalan
menuruni tangga ke
tingkat bawah di
banglo ibu mertuaku.
“Irqin nak
ke mana, sayang?”
soal ibu mertuaku
lembut.
“Irqin nak
balik ke rumah
Irqin dengan abang,
ma.” Sendu masih
ada dalam kata-kataku.
Ibu dan bapa
mertuaku berpandangan sesama
mereka. Aku tahu
mereka cukup bersimpati
dengan aku. Aku
juga bersimpati dengan
mereka kerana mereka
kehilangan anak. Satu-satunya
anak mereka.
“Tinggallah sini
dulu...” sebak suara
ibu mertuaku memohon.
“Irqin nak
balik.” Semakin menggeletar
bibir ini menahan
sebak. Hidung mula
rasa pedih. Aku
mahu pulang. Aku
mahu tidur di
katil aku dan
suami dan berharap
bila aku bangun
besok, dia ada
mengucup mataku. Aku
berharap ini semua
mimpi. Mimpi yang
sengaja menguji kekuatan
aku.
“Dah tengah
malam...” bapa mertuaku
cuba memujuk.
“Tak apa.”
Aku masih berdegil.
“Kami ikut
sekali.” Ibu mertuaku
bersuara. Aku menggeleng-gelengkan kepala.
“Irqin cuma
nak bersendiri. Irqin
rindukan abang.” Aku
berterus terang juga
akhirnya. Aku lihat
ibu mertuaku sudah
berpaling dariku. Tangannya
mengelap air mata
yang mula mengalir.
Bapa mertuaku mengusap
lembut bahu ibu
mertuaku sekaligus menambahkan
lagi rasa pilu
di hatiku.
Mereka kekal
sebagai pasangan suami
isteri sehingga usia
yang tua. Aku
dan Rasydan? Hanya
sekerat jalan saja.
“Papa hantarkan...”
bapa mertuaku mungkin
bersimpati denganku, akhirnya
membuat keputusan untuk
menghantarku.
Aku hanya
mampu membalas dengan
anggukan.
“IRQIN masih
ada kami.” Bapa
mertuaku bersuara sebaik
saja dia memandu
keretanya keluar dari
perkarangan rumah mewahnya.
Aku angguk. Berat
sekali anggukanku kerana
aku masih berharap
yang ayatnya itu
terselit nama suamiku.
“Apa-apa hal,
Irqin carilah kami.
Kami kehilangan Rasydan
juga. Tapi Rasydan
berikan kami anak
perempuan. Jangan anggap
pemergian dia menyebabkan
hubungan kita terputus.”
Ceramah bapa mertuaku
lagi. Sekali lagi
aku mengangguk berat. Cuba
menelan kata-kata itu
dengan bersusah payah.
“Hmmm.” Hanya
itu saja yang
mampuku balas.
“Irqin harap
mama dan papa
membenarkan Irqin tinggal
di rumah abang.”
Aku akhirnya bersuara
lambat-lambat. Aku bimbang
jika bakal dihalau
keluar dari rumah
Rasydan nanti. Siapalah
aku ini tanpa
Abang Rasydan?
“Itu rumah
Irqin. Sekarang sudah
menjadi milik Irqin
sepenuhnya. Kami tak
ambil harta anak.
Hartanya untuk orang
yang ditanggungnya.” Keluh
ibu mertuaku yang
sedari tadi hanya
mendiamkan diri. Aku
tahu ibu mertuaku
dari tadi hanya
berendam dengan air
mata kerana kehilangan
anak kesayangannya.
“Terima kasih
mama, papa.” Ucapku.
“Tak perlu
berterima kasih. Irqin
anak kami juga.”
Beritahu bapa mertuaku.
Air mataku mengalir.
Besarnya kasih seorang
bapa terhadap anaknya
yang telah pergi...
Kereta sudah
sampai ke perkarangan
rumah aku dengan
Rasydan.
“Sayang, ingat
ya... ada masalah,
jangan segan-segan. Terus
cari kami. Kalau
besok Irqin perlukan
apa-apa, terus cari
mama.” Pujuk ibu
mertuaku sesaat aku
membuka pintu. Aku
mengangguk berat. Tangannya
aku salam. Tapak
tangannya lembut menyentuh
atas kepalaku. Aku
tahu dia bersimpati
denganku.
MALAM pertama
tidurku di rumah
sendiri tanpa Rasydan.
Rasanya perit sekali.
Serasa baru lagi
aku bergurau senda
dengannya di dalam
rumah ini. Suasana
di rumah ini
nampak suram biarpun
lampu sudah terang
menerangi segenap ruang.
Ia suram bagaikan
turut sama berkabung
dengan pemergian tuannya.
Kakiku melangkah
lesu ke dalam
bilik kami. Katil
itu... sudah tiada
suamiku berbaring kemalasan
di atasnya. Sayu. Kakiku
melangkah ke meja
kerja suamiku. Tiada
lagi suamiku berhempas
pulas menyiapkan kerjanya
di situ. Tanganku
menyentuh meja kerjanya
yang sentiasa kemas
tersusun. Punggung, kulabuhkan
ke kerusi. Laci
meja itu aku
buka.
Air mata
mula bertakung semula.
Bauan suamiku masih
kuat, menyebabkan hatiku
terasa sebak mengenangkan
yang dia telah
tiada. Aku sudah
kembali merindunya. Air
mata mula menitis
mengenangkan bauan suamiku
yang bakal hilang
suatu hari nanti.
Sebuah jurnal
aku keluarkan dari
laci. Aku tahu,
segalanya tentang aku
dicatitkan di dalam
itu. Walaupun catatannya
pendek dan ringkas,
namun hampir semua
yang dia tulis
tentang aku.
‘Aku beri
bunga, dia pulangkan
semula. Dia tak
suka bunga ke?’
catatan pendek yang
berjaya menambahkan takungan
air mataku. Teringat
cara dia mendekatiku
dulu.
‘Ewah, jual
mahal sungguh si
katik ni...’ catatan
ini membuatkan air
mataku luruh. Irqin
rindukan abang. Tuhanku,
sampaikanlah rindu ini
kepadanya yang sudah
jauh dariku.
Helaian aku
selak lagi dengan
dada yang semakin
sendat menahan duka.
‘I
love you, sayang.
Cepatlah bagi respons!
Tak senang duduk
dah saya di
sini.’
“Irqin cintakan
abang juga. Sangat-sangat...” aku
mengucup gambar kami
yang dia lekatkan
di helaian terakhir
jurnalnya, kemudian jurnal
itu aku peluk
kuat sambil melangkah
ke katil. Bantalnya
aku usap, bagaikan
mengusap kepalanya.
“Sampai hati
abang tinggalkan Irqin
sendiri.” Semakin kuat
esakanku. Aku tidak
mahu lagi tidur
di dalam gelap.
Aku takkan mampu.
0 komen:
Post a Comment