BAB 6
“HELO sayang
abang... miss you.” Aku
menggeliat. Skrin telefon
bimbit aku tatap
sebelum kembali melekapkan
ke telinga. Tadi
aku angkat terus
talian dengan mata
terpejam. Suamiku.
“Helo abang.
Miss you
more.” Aku menyahut
dengan suara yang
tenggelam timbul.
“Sayang buat
apa ni? Tidur?
Abang ganggu?” dia
menyoalku. Prihatin.
“Tidak abang.
Dari tadi dah
Irqin tunggu abang call.
Sampai tertidur dengan
novel ni...” aku
berkata. Panggilan daripada
dialah aku nantikan
dari pagi tadi
sebaik sahaja dia
masuk ke dalam
kereta. Memang aku
sudah angau!
“Kesiannya... abang busy
sungguh pagi tadi.
Tak sempat nak call.
Sampai aje dekat
pejabat, menimbun kerja
yang abang dapat.”
Katanya bagaikan berpantun.
“Tak apa,
bang. Irqin faham.”
“Sayang dah
makan?” soalnya.
“Sudah tadi...
abang?”
“Abang makan
roti aje. Itu
pun suruh budak
buatkan di pantri.
Abang duduk menghadap
kertas kerja ni.
Tak sempat turun
makan. Dua jam
lima belas minit
lagi abang balik.
Masak sedap-sedap tahu?” pesannya.
Alahai kasihannya suamiku.
Sampai tak sempat
nak makan. Aku
tahu bagaimana payah
kerja dia. Aku
pernah bekerja dengan
dia. Tambahan pula
aku tahu bagaimana
disiplinnya dia dengan
kerjanya. Sekali dia
dah bekerja, jangan
haraplah sesiapa boleh
mengganggu. Dia sangat
serius bila bekerja.
“Baik abang.
Kenapalah tak berhenti
sekejap, turun makan?
Gastrik nanti.” Bebelku.
“Abang nak
siapkan kerja ni
cepat. Boleh balik
awal. Boleh jumpa
sayang abang ni.
Kalau kena gastrik,
dekat rumah ada
ubatnya...” katanya manja.
Ada-ada saja jawapan
dia yang mampu
membuatkan aku tersenyum.
“Yalah. Balik
nanti hati-hati tau.”
Aku berpesan.
“Baik sayang.
I
love you.” Talian
dimatikan selepas aku
membalas ucapannya.
“ABANG dah
balik...” cerianya suara
suamiku menyapa telinga.
Aku berpura-pura tidur.
Aku harap dia
pergi ke dapur
dulu dan melihat
lauk yang terbentang
di bawah tudung
saji. Lauk kegemarannya.
“Sayang...” panggilnya.
Telingaku ditiup menyebabkan
aku ketawa kegelian.
“Abang dah
agak sayang prank abang.
Bahu gegar-gegar tahan
ketawa. Nampak sangat...”
dia mengucup dahiku.
Aku mengucup tangannya
dan bangun. Kami
duduk berhadapan antara
satu sama lain.
Tali lehernya aku
tanggalkan. Butang kolarnya
aku buka sehingga
nampak singlet putihnya.
“Penat first day
kerja?” soalku. Dia
tersengih dan mengangguk.
Aku bergerak ke
belakangnya untuk memberikan
urutan bagi melegakan
penatnya.
“Okey?” soalku
mengenai urutanku.
“Much
better...” dia bersuara.
“Kena sakat
tak dengan budak
ofis?” soalku. Dia
tergelak.
“Ada. Budak-budak
nakal itulah. Berserilah
apalah. Biasalah, orang
baru kahwin...” kata
suamiku. Aku tersenyum.
Dah agak. Budak-budak
nakal yang dimaksudkan tentu
sekali rakan yang
pernah menjadi sahabat
karibku sewaktu bekerja
di situ dulu.
Maya dan Jamal
dan Liza.
“Diorang kirim
salam dekat sayang.
Diorang pesan, diorang
nak anak buah.”
Beritahu suamiku lagi.
Aku tergelak kecil.
Malulah pula bila
dibicara soal anak.
Tak pernah terfikir
pun lagi untuk
mempunyai zuriat dalam
tempoh perkahwinan yang
masih baharu ini.
“Kita tunggu
diorang kahwin nanti
ye. Nanti Irqin
nak sakat sampai
muka diorang merah
menyala. Baru rasa.”
Aku berkata geram.
“Abang rasa
Jamal dengan Maya
tu macam ada
apa-apa aje.” Suami
aku juga mengesyaki
perkara sama sepertiku.
“Diorang berdua
tu memang, bang.
Tak lama lagi,
sedar-sedar langsunglah tu.”
Aku mengiyakan. Memang
aku dapat agak
cara mereka berbual
agak pelik.
Pernah suatu
ketika aku tercuri
dengar perbualan mereka.
‘Saya sayangkan awak,
Maya. Saya tak
pernah sayangkan orang
macam ni.’. Waktu
itu nak tertelan
kapur aku berlari
menyelamatkan diri kerana
bimbang terkantoi mencuri
dengar perbualan orang.
“Abang lapar
kan?” soalku sambil
menghentikan urutan di
bahunya.
“Hmmm...” sahutnya.
Matanya masih terpejam.
Kasihannya dia. Tentu
penat.
“Jom makan...”
aku menarik tangannya
bangun.
“Jom... Sayang
masak lauk favorite abang,
kan?” soalnya. Aku
tersengih dan mengangguk-anggukkan kepalaku.
“Abang tengok
tadi... cadang nak
ajak sayang makan.
Lepas kena urut,
terlupa pulak. Nampak
sangat urutan sayang
melekakan abang.” Pujinya.
Aku tersenyum. Setiap
hari pasti ada
saja ayat manis-manis
daripada dia.
“Tahu pun...”
“COME here,
honey.”
Panggilnya sambil menggamit
tanganku untuk duduk
di ribaannya. Aku
menurut. Punggung aku
labuhkan ke ribaannya.
Dia melingkarkan tangannya
ke perutku. Dagunya
menongkat ke bahuku.
“Abang ni
makin hari makin
manja.” Aku memberi
komen. Suka juga
dia bermanja begitu.
Nampaklah yang dia
kehausan kasih sayangku.
Tidak rela kalau
dia kehausan kasih
sayang perempuan lain.
“Selagi ada
peluang, abang akan
bermanja puas-puas.” Ucapnya.
Aku mengusap tangannya
yang melingkari pinggangku.
“Abang... abang
rindukan Irqin tak
setiap kali kat
tempat kerja?” soalku.
Aku dengar dia
ketawa kecil.
“Sentiasa.” Jawabnya
sepatah sambil mengucup
rambutku.
“Kenapa?” soalku
pula.
“Entah. Otak
abang asyik memikirkan
sayang. Mungkin sebab
waktu abang nak
dapatkan sayang dulu,
abang kena guna
macam-macam helah nak
bagi Irqin sukakan
abang.”
“Helah?”
“Yalah, beli
bungalah apalah...”
“So...?”
“So, bila
abang dah dapat,
abang hargailah sesungguhnya.
Sebab sayang dah
buat abang bersusah-payah untuk
goda sayang.”
“Ada juga
jenis yang dah
dapat dia buat
bodoh saja.”
“Abang bukan
jenis yang begitu.
Buat apa bersusah
payah kalau penghujungnya
nak abaikan pulak?”
“Ini yang
menyebabkan Irqin sayangkan
abang lebih ni.”
“Jangan lebih
sangat sayang... nanti
dah jumpa cinta
baru, payah pula
sayang nak lupa
abang.”
0 komen:
Post a Comment