Bab 3
“ABBY, kau
kena tolong aku.
Selamatkan maruah aku, please?!!” Abby
mengeluh untuk ke sembilan puluh
enam kali. Apa
yang teruk sangatnya
dengan bos Diela
ini sampai melibatkan
maruah bagai ni?Abby
mendecit geram. Kalau
tak memikirkan sahabat
karib, sudah lama
ditempelengnya wajah Diela
ini.
Dia memang dari
keturunan orang yang
tidak suka didesak.
Hendak menolong bagaimana
pula? Dia bukannya
pintar sampai boleh
menyelesaikan masalah orang
lain. Dia sendiri
juga punya masalah
dalam hidup! Masalah
besar lagi!
“Apa yang sampai
melibatkan maruah ni,babe?” dia
menyoal Diela bengang.
Dia ketika itu sedang memasak.
Suara Diela setiap
masa menghantuinya. Diela
ini begitu suka
mendesak semenjak dia
hendak berhenti kerja ini.
Setiap masa Diela
memujuk rayu kepadanya
supaya menerima tawaran
bekerja di situ.
Tawaran Diela sendiri
yang buat! Bagaimana
dia hendak bekerja
di situ kalau
hari-hari telinganya menerima
berita yang tidak
enak mengenai perangai
bos Diela itu?
“Tolonglah!
Aku tak sanggup
dah! Tadi ada
mak cik cleaner yang
terperanjat dengar jerkahan
bos aku tu.
Sampai tercampak keluar
gigi palsu dia. Betul aku
tak tipu! Okey,
tu memang salah
mak cik tu sebab tak
pakai Polident tapi..
yalah, tak elokkan?
Main jerkah je
sesuka hati. Aku
tak sanggup ditengking
lagi. Sedangkan mak
cik tu pun
boleh tercampak gigi
palsunya, inikan pula
aku? Mahu tercabut
telinga capang aku ni
nanti.
Kalau ada kau,
kau boleh tengking
balik bos aku tu. Mulut
kau lebih pedas,
berbisa, berselumbar dan
bersembilu!” Diela berkata
sambil mempamerkan riak
kasihan.
“Are you
serious? Lepas tu
mak cik cleaner tu
cakap apa?” Abby
tidak menghiraukan ayat
Diela yang terakhir
itu. Dia perlu
tahu kesinambungan kisah
yang terjadi pada
mak cik cleaner itu.
Terkejut dia mendengar
berita tentang mak
cik cleaner itu. Teruk
sangatkah tahap kewarasan
bos Diela sampaikan
mak cik itu
boleh tersembur keluar
gigi palsunya? Tentu
mak cik itu
trauma!
“Apa lagi? Traumalah
mak cik tu.
Bersungguh dia pergi
kutip gigi palsu
dia. Mujur tak kena
pijak dek pekerja
lain. Kalau tak,
naya aje. Patah.
Sudahlah buat gigi
palsu mahal sekarang
ni. Mak cik
tu kata, lepas
ni, dia nak
cuci pejabat bos
awal pagi. Setiap
petang bos asyik
memaki hamun sahaja.
Dia takut nanti dengan
gusi-gusinya sekali tercampak
keluar! Mak cik
tu tak tahu,
pagi-pagi lagi teruk
angin bos aku!
Bos aku tu
mereng sangat otaknya.
Tak ada kesayuan
langsung di hati.
Hati beku! Kau
tau tak pagi tadi, dia kutuk telinga
capang aku ni?
Dia minta aku
buatkan dia air
dalam gelas besar
sebesar telinga aku
ni. Hantu punya
bos! Boleh dia
kutuk telinga aku
ni? Sakit sungguh
hati aku. Macamlah
telinga dia lawa
sangat! Telinga dia tu berkerepot
macam keropok goreng,”
cerita Diela kali
ini benar-benar menggeletek
ulu hati Abby. Berdekah-dekah dia
mentertawakan Diela. Dia
boleh bayangkan keropok
goreng yang asalnya
kecil dan lurus tetapi setelah
digoreng, ia berkerepot
dan membesar. Oh!
Buruknya!
“Abby!” Diela
memberi amaran.
Sakit hatinya
bila tidak mendapat
pembelaan sewajarnya daripada
Abby. Abby mengetap
bibirnya menahan lucu.
Disebabkan rasa simpati
pada sahabatnya yang
sudah mencuka itu,
akhirnya Abby membuat
muka selamba.
“Maaf. Aku
rasa bos kau
tu tak cukup
kasih sayang,” selamba
sahaja Abby memberikan
komennya. Mendengarkan cerita
Diela sudah cukup
membuktikan bahawa bos
Diela itu perlukan
penampar sebagai ubat
hariannya.
“Haa. Itulah
pasal! Aku benci
sungguhlah dengan dia.
Jangan sampai aku smackdown dia
sudahlah!” Diela berkata
bengang. Terkekeh-kekeh Abby
mentertawakannya. Diela ini
memanglah. Berani kata
belakang. Kalau di
depan? Dikipas-kipas bosnya!
“Kau ni
yang dah tak
betul ya? Depan
dia kau buat
apa? Cuba kau
cakap? Pandang mata
dia pun kau
seram inikan pulak
kau nak wrestling sama
dia. Cakap belakang
saja tahu!” kutuk Abby
selamba. Tahu sangat
dengan sikap Diela
itu. Di hadapannya
tunjuk berani, di
hadapan bos pula?
Terkujat sendiri. Kelat
wajah Diela ditubanya.
Hmmph!
“Abby, kau
gantikan kerja akulah.
Sebulan aje. Lepas tu
kau berhenti ajelah. Tolonglah.
Aku betul-betul terdesak
ni nak cari
pengganti,” desakan Diela
itu membuatkan Abby
terbuntang. Selepas disogok
dengan cerita kurang
enak didengari, mahukah
Abby bekerja di
situ? Tentulah tidak!
“Kau dah
gila? Kau nak
aku bertukar jadi
Hulk ke apa?
Aku mana boleh
tahan dengan suasana
bising apa lagi
dengan petir menyambar
di telinga! Tak
boleh. Kau ni..
carilah jalan lain,”
Abby menolak mentah-mentah. Diela
mencemik geram.
“Dia bagi
aku masa lima
hari je kau
tahu tak? Kalau
tak gaji aku
sebulan ni, burn! Kejam
mana? Letih dan sia-sia aku
kerja sebulan ni tahan
amarah dia, tau
tak? Patutlah telinga
aku makin membesar.
Ini semua sebab
dia!!” Diela menghamburkan
lagi amarahnya. Disalahkan
bosnya atas telinga
capang yang dicipta
olehNYA. Sangat tak
patut!
“Alahai.. Tak
payah fikir sangatlah.
Dia acah saja
tu,” Abby menyedapkan
hati Diela. Dia
tetap tidak percaya
ada bos sekejam
bos Diela. Mungkin niat
bos Diela itu
sekadar mahu bergurau?
Siapa tahu?
“Kalau dia
acah, memang besok
dia nak matilah
tu. Seumur hidup
aku bekerja di
situ, beramah dan
mengacah orang langsung
tiada dalam kamus
hidupnya! Muka dia,
serius memanjang! Bukan
setakat serius, kalau
kau tengok kening
dia, setiap hari,
macam ular. Berzig-zag keningnya.
Berkerut setiap masa.
Kalau dapat tengok
bos aku tu
senyum, aku rasa
ramai pekerja dia
yang buat puasa
nazar!” bersungguh Diela
berkata begitu. Abby
menahan suka. Teruk
sungguh perwatakan bos
Diela ini kalau
sampai itu tahapnya.
“Kau cari
jelah orang yang
terdesak nak bekerja,”
Abby memberikan cadangannya.
Dia memang tidak
berminat hendak bekerja
di tempat kerja
Diela. Apatah lagi
setelah mendengar cerita
Diela? Macam kisah
seram! Kalau syarikat
itu berhantu, mungkin
dia boleh pertimbangkan
lagi keputusannya. Tetapi
kalau syarikat itu
mempunyai bos yang berperangai hantu,
untuk apa dia
pertimbangkan lagi? Reject teruslah!
“Kaulah orangnya!
Kau seorang aje yang
dah kena dengan
syarat-syarat yang bos
aku beri,” Diela
berkata teruja. Tangan
ditepuk berkali-kali dengan
gembira.
Teringat pada
syarat-syarat bos dia
pada petang tadi.
Lagi pula, memang
Abby tidak bekerja
sekarang. Abby berhenti
kerja kerana tidak
tahan dengan bos
lamanya yang suka
mengurat. Menggatal. Sudahlah
ada bini tiga!
Apa punya kuat
nafsu sesetengah lelaki
ni ya? Lupakan
kes tu! Sekarang
fokus pada kes
di syarikatnya sendiri.
“Syarat?” Abby
menyoal pelik. Diela
mengangguk-anggukkan kepalanya. Mukanya
memang ternyata nakal!
Ada agenda tersembunyilah tu!
Abby sudah berkerut
keningnya. Cuba meneka
syarat yang dimaksudkan
oleh Diela itu.
Agak-agaknya, apa syarat
yang bos dia
tetapkan?
“Syarat apa?” Abbymenyoal lagi
apabila soalannya tidak
diendahkan Diela. Semakin
berkerut keningnya. Muka
nakal Diela menakutkannya.
“Syarat yang
dia minta berbunyi
macam ni, dia
nak pekerja yang
kalis amarah dan
kebal hatinya,” Diela
berkata spontan. Bibirnya
melirikkan senyuman ala-ala
‘malaikat’. Nampak baik
sedangkan suaranya sinis
menyapa gegendang telinga
Abby.
“Aku tergolong
dalam kumpulan itukah?”
Abby menyoal pelik.
Diela mengangguk-anggukkan kepalanya.
Yakin. Amat yakin.
Abby mencemik. Dia
bukannya kalis amarah.
Harap maaf. Dia
pekerja yang suka
berdendam dengan bos
sendiri dan cepat
naik angin!! Itu
kenyataannya.
“Kau bukan
sahaja ada hati
yang kebal. Malah,
kepala kau turut
sama kebal,” Diela
bersuara yakin. Abby
mencebir. Tahulah dia,
Diela sedang menggula-gulakan dia.
“Kau tak
payah nak beli
jiwa aku!Stop buttering me,”
Abby berkata selamba.
Diela pula mencebik.
Tak menjadi pula
strategi dia membodek
kali ini. Abby
ternyata sudah arif benar dengan
sikapnya yang suka
membodek.
“Ada lagi
syaratnya,” Diela menyambung.
Abby menjungkitkan keningnya.
Api dapur gas
ditutup setelah dia
usai memasak.
“Apa syaratnya?”
Abby menyoal Diela.
Tangannya yang basah
mengelap baju dipakai
dengan spontan.
“Dia cakap
macam ni, ekhem.. ekhemm…‘Carikan saya
pekerja yang rajin
macam robot, mendengar
kata, tahan lantun
dan kalis peluru.
Telinga tak besar.
Juga tak lembab
macam awak!’ Ha,
macam itulah bos
aku cakap tadi!”
Diela mengulang tayang
kata-kata bosnya. Kali
ini, Abby sudah
tergelak bagai dirasuk
syaitonnirajin! Sampai
tergolek-golek ke lantai.
Memang bosnya Diela
itu kerek amatlah
kalau sedang itu
tahapnya!
“Abby, aku
bukan cerita untuk
tengok kau gelak
macam orang nak
mati besok. Simpatilah
sikit pada nasib telinga aku
ni. Asyik-asyik kena
kutuk saiz telinga.
Telinga aku ni
tak ada dosa
pun. Capang macam
ni, comel what?” Diela
bersuara sendu. Abby
menahan dirinya dari
ketawa.
“Okey-okey sorry! Aku
boleh tolong apa?
Kau pasti ke
aku tergolong dalam
kumpulan tu? Aku
bukannya rajin mana
dan kau pun
tahu aku memang
cepat naik angin,
kan?” Abby membebel.
Diela mendengus.
“Kalau kau
bekerja dengan dia,
automatik kau jadi
rajin. Percayalah! Sekali
dia menjerkah kau, memang siap terus kerja
kau! Aku berani
jamin,” Diela berkata
lagi. Mukanya serius
tapi kata-katanya? Abby
tergelak sekali lagi.
Lenguh perutnya akibat
mentertawakan Diela. Diela
ini, kalau gelabah,
memang keluarlah ayat-ayat
kartun dia.
“Hmmph, aku
tak naklah. Aku
risau. Banyak lagikan
jalan lain? Haa! Kau buatlah
iklan. Tulis dekat facebook
ke, dalam blog
ke?” Abby memberi
cadangan. Wajah Diela
bersinar bagaikan disuluh
dengan cahaya matahari!
Sehingga silau mata
memandang wajahnya!
“You’re brilliant my
friend! How can
I forget about
that?” pujinya
sambil terloncat-loncat kegembiraan
seperti kanak-kanak Ribena!
Siap buat lompat
bintang lagi. Teruja
benar.
Diela berlari
ke arah lappynya. Dia
harus membuat iklan
sekarang juga!Abby menggeleng-gelengkan kepalanya.
Apa-apa sahajalah Diela!
Moga-moga kau berjaya
menjumpai pengganti kau. Tapi bukan
aku... Abby berdoa
di dalam hati.
Dia memerhati
ketekunan Diela membuat
iklan secara online dari
dapur. Kepala digeleng-gelengkan melihat
telatah Diela yang
kalut itu.
“Kut ya
pun, makanlah dulu!
Nasi dah siap
senduk. Lauk dah
siap cedok. Dah
hidang bagai ni.
Iklan tu boleh
sambung buat kejap
lagi,” Abby memanggil
Diela yang meniarap
menghadap laptopnya sambil
menghayunkan kakinya bergilir-gilir.
“Ah! Kau
makan ajelah dulu.
Aku nak cari
pengganti aku ni! This
means war!” Diela
bersuara penuh dendam
dan langsung tidak
berpaling dari menghadap
laptopnya. Bersungguh dia
mahu menyudahkan iklan
itu. Abby mencemik
geram. Kalau tahu
begini terdesaknya Diela,
baik dia beritahu
cadangannya selepas makan
supaya sahabatnya itu
tidak mengabaikan makan
dan minum.
0 komen:
Post a Comment