BAB 9
Beberapa ketika
kemudian...
“AWAK cakap
dalam telefon tadi,
ada benda yang
awak kena bincangkan
dengan saya. Make it
fast.” Aku tidak
memandang wajahnya. Wajah
yang menyebabkan kesakitanku
bertambah. Wajah yang
paling aku benci.
Aku tahu dia
merenung ke arahku.
“Saya nak
tanya soalan berkaitan
dengan arwah.” Dia
menyentuh sensitivitiku. Hal
berkaitan arwah Rasydan
ingin disoal. Aku?
Aku agak marah.
Kenapa dia tak
nak biarkan suami
aku tenang di
sana?
“Soalan apa
lagi? Awak dah
tak ada kerja
lain ke selain
daripada nak ganggu
ketenteraman roh arwah
dekat kubur tu?”
aku menyoalnya sinis.
“Cik Irqin...”
panggil Inspektor Amri.
“Puan Irqin!”
aku membetulkan panggilannya
dengan pantas. Tidak
suka dia mengabaikan
perkataan ‘Puan’ itu.
Padaku, aku masih
lagi isteri Rasydan
walaupun dia telah
tiada.
“Maaf. Puan,
ini adalah sebahagian
dari kerja saya.
Saya tak kisahlah
cik... maksud saya,
puan nak cakap
apa tentang saya.
Selagi saya boleh
tadah telinga ni,
saya tadah. Tapi
puan kena ingat,
saya ni manusia
biasa. Kadang-kadang kesabaran
tu tipis. Okey,
berbalik kepada niat
saya...” belum pun
habis dia bersuara,
aku menyampuk.
“Niat awak datang ke
sini semata-mata nak
menyindir saya ke?”
Dapat aku lihat
dia menarik nafas
dengan dalam dan
menghembuskannya perlahan. Mungkin
cuba bersabar dengan
sikapku setelah beberapa
kali dihalau pergi.
Atas nasihat dan
pujukan bekas ibu
mertuaku, aku akhirnya
terpaksa menerima kedatangan
lelaki ini ke
rumahku.
Lagi pula,
dia kata ada
hal yang penting
yang perlu diberitahu
mengenai arwah. Jadi
aku mahu tahu.
“God
give me strength.”
Aku dengar dia berbisik kepada dirinya
sendiri. Tangannya digenggam. Aku
tahu dia sedang
cuba bersabar dengan
sikapku yang tidak
pernah mesra dengannya.
Haruslah aku tidak
mesra! Dia yang
memberitahu berita kematian
suamiku. Dia yang
mencekak bajuku tanpa
hormat di wad
meskipun aku tahu
salah aku. Macam
tak boleh berlembut!
“Saya datang
sebab nak soal
siasat mengenai Encik
Rasydan.” Dia bersuara
tidak lama kemudian.
“Dah tertera
dia kemalangan! Apa lagi...” aku
tak sempat menghabiskan
kata, dia meninggikan
suara.
“Dia disabotaj!”
terkejut aku mendengar
berita itu. Takkanlah?
Siapa yang hendak
mensabotaj suamiku? Suamiku
tiada musuh. Mustahil
untuk dia disabotaj!
“Wh... wh...”
aku tak mampu
bersuara.
“Saya minta
maaf, puan. Puan
kena dengar betul-betul.
Tolong bekerjasama dengan
saya, I’ll make it
quick.” Inspektor Amri
bersuara dengan nada
yang mengendur. Aku
tahu dia itu
jenisnya agak baran.
Lihat sajalah... atau
mungkin dengan aku
saja kerana cara
layananku terhadap dia.
“Okay,
memang kita tahu
Encik Rasydan terlibat
dalam kemalangan. Dan,
pemeriksaan pada mayat
arwah dulu tidak
menunjukkan sebarang jenayah...” belumpun
dia habis berkata-kata,
aku memotong.
“So?”
Bila sudah tiada
bukti sebarang jenayah
pada jasad suamiku.
“Please,
ma’am. Dengar dulu.
Memang pada mayatnya,
tiada sebarang bukti
berlakunya jenayah tetapi...
kami buat pemeriksaan
menyeluruh...” apa lagi
yang dia cuba
sampaikan? Sengaja hendak
mendera perasaan akukah?!
“Kenapa?” aku
sudah hilang sabar.
“Encik Rasydan
ada bermusuh dengan
sesiapa tak?” soalannya
membuatkan aku terbangkit
dari duduk.
“What?!!
This is
ridiculous! Go!
Suami saya takkan
bermusuh dengan sesiapa.
Tak pernah! Suami
saya baik orangnya.
Can you
please, go? This is
too much! Pihak
kau orang memang
dah melampau.” aku
kembali menggunakan bahasa
kasar. Geram dengan
soalannya yang berbaur
tuduhan itu.
“Kita tak
habis lagi.” dia
ikut berdiri. Aku
sudah menghala ke
pintu yang terbuka.
Tanganku aku tunjuk
ke luar. Aku
menghalau dia balik!
“I
thought we are
done here.” Aku
bersuara tegas.
“Puan...” panggil
dia lagi tetapi
aku mengangkat tapak
tanganku, mengisyaratkan supaya
dia berhenti bersuara.
Kalau dia tak
mahu berhenti bersuara
juga, talk to my
hand!
“Please,
dengan segala hormatnya,
Inspektor Amri.” Aku
sekali lagi mengarahkan
dia keluar. Dia
berjalan perlahan-lahan keluar.
“IRQIN okey ke
duduk di sini
sendirian? Marilah berpindah
ke rumah mama.”
Ajak ibu mertuaku
sewaktu dia mengunjungiku. Aku
tahu dia risaukan
aku di sini.
Aku tersenyum
hambar.
“Mama tak
perlu risaukan saya.
Saya dekat sini
okey...” pujukku.
“Makan minum
masih okey?” soal
ibu mertuaku lagi.
Prihatin. Aku terdiam.
“Irqin makan
bila lapar, ma.”
Beritahuku secara jujur.
Cuma, rasa laparku
itu jarang muncul.
Aku melihat wajah
suram di hadapanku.
Tangannya aku usap.
“Mama risau
tengok Irqin. Kamu
nampak kurus benar.”
Ibu mertuaku bersuara
sebak. Air mata
bertakung di pelupuk
matanya. Aku sedar,
aku perlu membuktikan
kepada ibu mertuaku
yang aku boleh
hidup sendiri di
sini.
“Mama, arwah
abang pernah pesan
dekat Irqin, kalau
dia tak ada,
dia nak Irqin
teruskan hidup ini.”
Cuma Irqin belum
lagi bersedia... sambungku
di dalam hati.
“Arwah dah
tahu saatnya dah
tiba. Sebab itu
dia selalu berpesan
macam tu... tapi
Irqin tak benarkan
dia bercakap begitu.
Sebab Irqin takut...
takut benda jadi
beginilah.” Kali ini
aku yang sayu
sendiri.
“Allah lebih
sayangkan dia.” Kepalaku
diusap.
“Irqin masih
boleh bermanja dengan
mama, kan?” soalku.
“Pastilah boleh.
Mama tak ada
anak dah selain
Irqin.” Sebak ibu
mertuaku bersuara.
“Kalau Irqin
nak tinggal dengan
mama pun mama
terima. Irqin boleh
jual rumah ini.
Tak pun, berikan
sewa kepada orang
lain.” Beritahu ibu
mertuaku. Aku menggeleng-gelengkan kepalaku.
“Ini sahaja
kenangan Irqin dengan
arwah abang. Irqin
tak mahu lupuskannya
dari ingatan. Irqin
hargai niat baik
mama, tapi Irqin
akan tetap di
sini. Di ‘sisi’
abang.” Beritahuku terus-terang.
Ibu mertuaku mengangguk-anggukkan kepalanya.
Selesai berbual
dengan mama, dia
meminta diri untuk
pulang. Aku menghantarnya
ke muka pintu.
“Jaga diri,
ya sayang.” Pintanya.
Aku menyalami tangannya
dengan penuh hormat.
Aku rasa terhutang
budi pula dengan
ibu mertuaku. Dia
masih melayanku dengan
elok.
“Mama hati-hati.
Kirim salam dekat
papa.” Pintaku. Dia
tersenyum dan mengangguk.
Pulang saja mama,
telefon rumahku berbunyi.
“Hello assalammualaikum...” aku
menjawab.
“Waalaikumsalam...” suara
garau itu kedengaran
teragak-agak di hujung talian.
Aku mendengus. Talian
aku matikan terus.
Dia lagi.
“PUAN...” terkejut
aku dengan panggilan
itu. Nyaris tak
terlucut bakul berisi
pakaian yang aku
baru selesai angkat
dari ampaian. Kenapalah
hari-hariku mesti dilalui dengan
menghadap muka lelaki
ini?! Aku tak
suka dia datang
ke mari!
“Awak nak
apa lagi?!” jerkahku
geram. Tidak puas
lagikah dia mengganggu
ketenteramanku? Apa sebenarnya
yang dia mahukan?
Aku rasa aku
tidak menyusahkan sesiapa
pun dalam hidup
ini.
“Saya nak
bincangkan hal baru-baru
ni. Kes ni
belum selesai.” Beritahunya
dengan langkah yang
semakin hampir denganku.
Riaknya tenang saja.
“Dah selesai.”
Aku membuat pembetulan.
“Ini termasuk
dalam kes saya,
puan. Saya kena
selesaikan. Nanti kami
pihak polis dituduh
buat kerja sambil
lewa pula.” Dia
mungkin sudah hilang
sabar dengan penolakanku.
Kata-kata yang lahir
dari mulutnya sudah
kedengaran tegas.
“Saya tak
tuduh pun begitu.
Biarlah! Tolonglah pergi
balik sekarang.” Aku
menghalaunya. Dia tidak
berganjak malah memilih
untuk berdiri terpacak
di hadapanku dengan
wajah seriusnya.
“Hati saya
tak tenteram bila
semua ni tak
berakhir. Saya bertanggung
jawab menyiasat kes
ni.” Dia berkata
lagi. Aku mendengus.
Tidak faham-faham lagi
rupanya Inspektor Amri
ini. Dia tak
tahukah hati aku
masih lagi hancur
dengan pemergian suamiku
secara tiba-tiba itu?
“Saya lagi
tak tenteram bila
hari-hari kena menghadap
muka awak.” Aku
berkata jujur. Aku
nampak dia tersenyum
sinis.
“Puan tak
perlu hadap muka
saya lagi kalau
kes ni dah
selesai. Sebab itulah
saya perlukan kerjasama
puan. Bukan kekejaman.”
Dia sudah mula menjawab
dengan nada sarkastik.
Kenapalah dia suka
sungguh menyakitkan hati
aku dengan cara-cara
dia?
“Awak ni
suka menyindir kan?!”
aku menegur dengan
geram.
“Bergantung dengan
layanan orang pada
saya, puan. Saya
bukan macam anggota
polis yang lain
yang begitu bersabar
dengan orang yang
macam puan. Okey
saya pun tak
berapa ada masa
sangat nak memujuk
puan supaya bertoleransi
jadi saya akan
cakap saja supaya
puan tahu. Puan
nak dengar ke
tak nak dengar
ke, terpulang. Saya
cuma nak cakap
mengenai kereta suami
puan disabotaj. Kami
dapati brek keretanya
dipotong dengan sengaja
oleh individu yang
mungkin berdendam dengannya.
Jadi...” terkejut aku
mendengar berita itu.
Ya Allah! Bukan
kemalangan yang tidak
sengajakah?
Adakah suamiku
menjadi mangsa akibat
perbuatan khianat orang
kepadanya?
“Apa dia?!”
aku berharap agar
dia mengubah kenyataannya
itu.
“Ya, keretanya
disabotaj. Mungkin ada
orang yang berdendam
dengannya.” Ternyata tidak!
Memang benar suamiku
disabotaj.
“Tak mungkin!”
aku tidak boleh
percaya.
“Saya tahu
suami puan seorang
yang baik. Mungkin
kerana kebaikannya itu
ada pihak yang
tidak berpuas hati
dengannya dan sanggup
melakukan hal demikian.”
Inspektor Amri berkata
tenang.
“Kenapa wujud
manusia macam itu?!”
tiba-tiba aku jadi
sakit hati. Aku
yang menanggung derita
kerana hasad dengki
orang? Kenapa dunia
ini tidak adil?!
“Percayalah ini
bukan kali pertama
kami berhadapan dengan
kes sebegini. Puan,
boleh puan fikirkan
orang-orang yang berkemungkinan berdengki
dengan suami puan?”
dia kembali menyoal
dengan wajah seriusnya.
Tajam matanya memandang
wajahku. Menanti jawapan.
“Buat masa
ni, tak ada...
saya tak dapat
fikirkan sesiapa.” Aku
menjawab dengan kurang
yakin. Benarkah tidak
ada? Suamiku sangat
baik. Suamiku ada
kerja yang agak
senang. Jadi, takkan
tak ada yang
berdengki dengannya?
“Ada tak
dia tunjuk sikap
peliknya beberapa hari
sebelum dia meninggal?”
soal Amri.
“Memang orang
nak meninggal akan
bersikap pelik.”
“Maksud saya,
macam susah hati,
gelisah...” soalannya membuatkan
aku teringat tingkah
laku Rasydan ketika
kami habis solat.
Dia nampak gelisah
sekali. Dia menangis!
Hari yang dia
memelukku kuat dan
tidak mahu melepaskanku.
“Ada... tapi
dia tak beritahu
saya apa-apa tentang
hal itu. Saya
rasa, itu mungkin
sebab dia sedar
ajalnya dah nak
sampai.” Kataku jujur.
Mungkin Rasydan begitu
kerana dia sedar
tempohnya bersama aku
tidak lama. Inspektor
Amri mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Arwah ada
kawan baik?” soal
polis itu lagi.
Aku menarik
nafas panjang. Mungkin
dia bertanya tentang
Zack kerana dia
tahu lelaki lebih
percayakan rakan baik
berbanding isteri sendiri
untuk berkongsi masalah.
Tetapi Rasydan aku
bukan lelaki yang
begitu. Rasydan lebih
selesa berkongsi masalah
dia dengan aku.
“Ada.” Jawabku
pendek.
“Apa namanya?”
“Zack. Muhammad
Zakari Yahya.” Nama
penuh Zack aku
sebut. Mungkin juga
Zack tahu siapa
yang bermusuh dengan
Rasydan. Mungkin Rasydan
ada menceritakan sesuatu
kepadanya tetapi tidak
kepada aku kerana
tidak mahu aku
bersusah hati.
“Boleh berikan
saya nombor telefon
dia? Saya perlukan
banyak sumber.” Pinta
Inspektor Amri lagi.
Aku rasa, dalam
dompet arwah suamiku
ada kad bisnes
sahabat karibnya.
“Sekejap.” Aku
meminta diri untuk
mengambil kad bisnes
Zack. Aku harap
Zack dapat membantu
Inspektor Amri untuk
menyelesaikan kes suamiku
ini. Aku mahu
pemergian suamiku dibela.
Tidak lama
kemudian, aku turun
bersama kad yang
sudah di tangan.
Inspektor Amri membelakangiku dengan
menyeluk kocek seluarnya.
Dia seorang anggota
polis yang sangat
tinggi dan segak.
Tapi sayang sekali,
wajahnya seringkali kelihatan
beku. Atau mungkin
hanya dengan aku.
“Nah. Berjanji
dengan saya yang
awak akan jatuhkan
hukuman pada yang
dah buat hidup
saya macam ni?”
soalku. Dia berpaling
sebaik sahaja mendengar
suaraku.
“InsyaAllah, puan.
Kami akan cuba
sedaya upaya untuk
bawa pihak yang
bertanggung jawab ke
muka pengadilan.” Katanya
dengan nada yang
meyakinkan. Nampaknya, aku
perlu lagi menghadap
muka dia. Sampai
kes Rasydan selesai.
Sungguh, sebenarnya aku
tak kuat.
“Okey. Beritahu
saya setiap perkembangannya.” Aku
berkata. Dia mempamerkan
senyuman nipis.
“Will
do. Terima kasih
atas kerjasama.” Ucapnya.
Aku hanya mengangguk.
0 komen:
Post a Comment