Bab 14
“BADRUL! Awak buat
apa kat sini?”
soalku terkejut apabila
Bad sampai ke
pejabatku pada tengah
hari itu. Dia
berkemeja jalur berwarna
biru. Lengan baju
sudah dilipat ke
siku. Tali leher
masih tersemat indah
di lehernya. Alamak
segaknya. Mukanya serius
tanpa secalit senyuman.
Eh? Dah kenapa?
Datang tempat orang
lepas tu tunjukkan
muka sinis dia?
Sumpah aku lebih
rela tengok muka
Julia!
“Zahid call saya
tadi. Awak ada
suruh saya datang
ke? Dia ada
buat masalah lagi
ke dengan awak,
hmm?” soal Bad
dengan muka seriusnya.
Aku menggeleng-geleng menidakkan
kata-katanya. Apa pula
motif Zahid menelefon
Bad? Aku tak
suruh pun!
Lagi pula,
selepas kejadian dulu,
mana ada budak
dua orang tu
buat masalah dengan
aku dah melainkan
menyakat aku tak
kira masa. Selebihnya,
pancit tayar ke,
bagi katak ke,
memang tak ada.
Mereka sudah pandai
menjaga tingkah laku
mereka sekarang.
“Tak ada.
Saya tak ada
cakap apa-apa... rasanya...”
aku jawab teragak-agak.
Memang tak ada
rasanya. Memanglah tumpuan
aku terganggu dek sms dan panggilan Encik
Tunang Tubi tadi
tapi aku rasa,
tak adalah sampai
tahap aku suruh
Zahid telefonunclenya. Aku hanya mengumpul dosa
kering dengan mengutuk
unclenya saja
tadi. Selebihnya, tiada!
“Lah! Habis
tu macam mana
dia boleh telefon
tiba-tiba?” soal Bad
masih tidak percaya.
Dia berpeluk tubuh
di hadapanku. Nampak
otot-otot lengannya. Ouh! Seksi... eh!
Kejap? Zahid telefon
dia guna apa? Public
phone ada ke kat sekolah
ni? Aku tak
pernah perasan agaknya.
Atau, Zahid bawa
telefon bimbit ke
sekolah?
“Serius memang
tak ada. Manalah
saya nak tahu
kenapa dia menelefon
awak?” aku menjawab
dengan muka serius
juga. Keningnya bertaut.
Aku juga sama
melihat keadaannya begitu.
Dia garu kening
dengan jari kelingking
manakala sebelah tangan
lagi bercekak pinggang.
Mungkin dia sedang
sibuk, tiba-tiba Zahid
menelefonnya lantas dia
terpaksa meninggalkan kerja.
Cheh! Ulasan aku
bagus benar!
“Tak apalah
kalau macam tu.
Saya balik dulu.
Kalau dia nakal-nakal,
awak beritahu saya.”
Bad berkata pula
dengan muka tak
mau senyumnya itu.
Kerek gila!
“Maaflah kalau
panggilan Zahid tu
menyebabkan kerja awak
terganggu.” aku meminta
maaf bagi pihak
anak muridku a.k.a
anak saudaranya! His!
Patutnya aku tak
payah minta maaf
pun tak apa.
Bukannya salah aku.
“Eh tak
apalah. Jay tu
memang manja orangnya.
Sengaja nak cari
perhatian saya agaknya.”
Bad menggeleng-gelengkan kepalanya.
Aku angkat bahu. No
comment.
“Mona, kita
ada mesyuarat kat
bilik mesyuarat satu.
Guru besar suruh
berkumpul pukul dua
belas setengah kejap
lagi.” Cikgu Farhan
muncul membawa berita
yang agak memeranjatkan
aku. Ada mesyuarat?
Ada yang bestnya tentang
mesyuarat ni walaupun
aku paling tak
suka bermesyuarat. Satu-satunya
perkara best ialah, aku
tak payah masuk
kelas mengajar budak.
Budak-budak pun bergembira
sakan bila cikgu-cikgu
tak masuk kelas.
“Lah! Ye
ke? Awak tahu
dari mana, Pa’an?”
soalku sambil mengeluh.
Aku tak suka
bermesyuarat sebab aku
tak suka satu
detik yang dipanggil
FORMAL! Aku tak
suka bermesyuarat juga
sebab aku rasa
BOSAN! Duduk dalam
tu kena dengar
si guru besar
membebel. Haish! Bosan...
“Saya pun
baru dapat tahu.
Ada notis. Lagipun
Syakila beritahu saya
tadi.” Farhan berkata
lantas pergi meninggalkan
aku dan Bad.
Aku pandang Bad,
Bad pandang aku.
Aku angkat kening
sekali, dia angkat
kening dua kali.
Heee, ada yang
kena hayun dengan
aku ni kang.
“Saya balik
dululah Kak Fashionista,
ya?” dia meminta
diri dengan sopan.
Panggilan tu yang
buat aku panas
hati.
“Mona okey.”
aku membetulkan nama
aku.
“Saya suka
nama Kak Fashionista.
Rare.” ujarnya
sambil tersenyum senget.
Dia berjalan meninggalkanku. Aku
terlopong. What?Rare apanya?!
Apa motif dia
ni?! Urfff! Setakat
datang, nak tunjuk
muka kerek dan
panggil aku dengan
nama tu baik
tak payah! Benci
sungguh aku dibuatnya.
“Eh kak,
mana kelas si
Zahid? Alang-alang ni,
nak jumpa dia
kejap. Nak bagi
duit belanja.” kak,
dia panggil aku?
Heee! Memang nak
kenalah dia ni!
“Kelas dia
kat bangunan depan
tu. Kelas ketiga
dari kiri.” aku
berkata. Bad mengangguk
dan pergi selepas
mengucapkan terima kasih.
Yayaya, whatever! Tapi... bagusnya
dia. Siap nak
beri duit belanja
lagi.
“KENAPA ada kat
sini lagi ni
Farhan?” soalku apabila
menyedari Farhan masih
tidak pulang. Farhan
tersenyum hambar. Muka
macam tak ada
nur sahaja. Kenapa
dengan dia ni?
Tertanya-tanya juga aku!
Sekarang sudah lewatlah!
Hampir jam tiga
suku petang.
“Kereta saya
pancit.” ujarnya sambil
tersenyum hambar.
“Kerja
siapalah ni, entah?
Empat-empat tayar. Semua
pancit. Dulu kereta
awak. Sekarang kereta
saya.” bebelnya sambil
menggaru-garu belakang kepala.
Dia bercangkung di
tayar kereta dengan
riak hampa. Kasihannya
dia.
“Saya ada
pam!” aku berkata
bersungguh. Selepas kejadian
dulu, memang aku
tidak pernah tinggalkan
pam kereta di
rumah lagi. Serik!
“Saya nak
pinjam boleh? Ni,
habis calar kereta
saya. Sudahlah baru
tukar colour.” dia membebel
lagi sambil memicit-micit
dahi. Kasihannya dia. Terdapat kesan
calar. Macam calar
yang disengajakan. Takkan
kerja Zahid dan
Ariff kut? Setahu
aku, Farhan tak
mengajar budak dua
orang tu di
dalam kelas. Hmph.
Siapa punya kerja?
Tertanya-tanya jadinya aku.
Sambil tertanya-tanya tu,
aku hulurkan juga
pam di dalam
bonet keretaku kepadanya.
Telefon bimbit aku
tiba-tiba berbunyi. Eh?
Encik Tunang Tubi
ni takkanlah tak busy
langsung hari ini?
Banyak masa dia
menelefon aku!
“Aira, awak
kat mana?” soalnya.
“Dekat sekolah
lagi ni ha.
Kereta Pa’an pancit.
Entah siapa punya
kerjalah. Kesian dia.”
aku berkata dengan
nada simpati sambil
menunggu pamku digunakan.
“Ha, padan
dengan muka dia.
Siapa suruh menggatal
dengan tunang saya?
Saya memang berterima
kasih pada siapa
yang buat dajal
kat dia tu.
Biar dia rasa.”
kata Encik Tunang
Tubi penuh dendam.
Aku berdeham. Belum
pun tunang lagi.
“Esk awak
ni! Tak baik
cakap macam tu!”
aku marah dengan
suara tertahan. Bimbang
si Farhan mendengar.
“Yalah. Tu
hukuman buat dia.
Dahlah, sekarang awak
abaikan dia, awak
balik rumah. Rehat-rehat.
Awak tu dahlah
puasa. Penat awak
nanti.” bebel Encik
Tunang Tubi penuh
prihatin.
“Pam saya
pada dia.” aku
bersuara berbisik.
“Bagilah dia
pakai dulu. Besok
suruh dia pulangkan.
Awak jangan nak
mengada nak berdua-dua
dengan dia erk
kat sekolah tu?
Besok jugak kita
bertunang kang...” Encik
Tunang Tubi mula mengugut.
“Hee, awak
ni. Belum jadi
hak awak lagi
awak nak kongkong
saya.” aku mula
naik marah. Suaraku
aku kawal serendah
yang boleh. Mana
boleh dia kawal-kawal
aku macamlah aku
ni tidak punya
perasaan?
“Bukan maksud
saya nak mengongkong
awak. Tapi saya
tak suka dia.
Sebab saya dengar
dia bergurau benda
yang saya tak
suka. Dia bergurau
benda peribadi awak.
Sedangkan saya nak
sentuh hal peribadi
awak pun saya
malu. Saya bakal
tunang awak langsung.
Kalau awak nak
berbual dengan lelaki
lain saya tak
kisah. Tapi jangan
dia! Saya dah
mula nampak aura
negatif dia.” si
Encik Tunang Tubi
dah mula merengek.
Aku tahan senyum.
Awal-awal dah tunjuk
cemburu.
“Heee, awak
ni. Yalah. Saya
balik sekarang.” aku
mengalah. Silap Farhan
juga... siapa suruh
bergurau tak kena
pada tempat dan
masa? Dan tak
kena pada orang.
Kihkihkih.
“Okey. Thanks sayang.
Drive elok-elok.”
ujarnya dengan suara
mengendur. Aku tersengih.
Merinding bulu roma
dipanggil sayang. Auwww!
“Baik awak.
Awak kerja elok-elok.”
pesanku pula.
“Saya kerja
separuh hari saja
hari ni. Tadi
ada hal yang
tak dapat dielakkan.
Nanti kita jumpa.”
ujarnya. Aku terbelalak.
“Nak jumpa?”
soalku kuat.
“Eh?! Nanti
kita berbual lagi.
Dah nak kahwin
nanti kita jumpalah.
Atau awak nak
jumpa sekarang?” soalnya
bersama tawa kecil.
Aku mencemik. Tak
nak aku jumpa
dia. Tunggu dah
nak kahwin nantilah!
Baru tak sampai
dua hari berkenalan.
Macam gatal pula
aku kalau nak
jumpa dengan dia
sedangkan kami baru
bersms. Masih belum
kenal diri masing-masing
lagi.
“Nak kahwin
nantilah baru jumpa
ek? Saya segan
lagilah sekarang...” aku
berkata malu-malu. Dia
tergelak senang.
“Itulah. Malam
ni saya telefon
awak lagi ya.
Kita berbual macam
semalam...” ujarnya. Semalam?
Syoknya berbual dengan
dia. Lama. Suara
lemak merdu. Ah! Sukanya.
“Baik awak...”
aku tersengih.
“Dah, sekarang,
masuk kereta dan drive
home safe.” pesannya.
“Sekarang?” soalku
main-main.
“Yalah sayang.
Sekarang...” leretnya. Hailah!
Bulu romaku... merinding
lagi... seksi betul
suara dia.
“Pa’an, saya
balik dulu ya?”
tanpa mematikan panggilan,
aku bercakap dengan
Pa’an.
“Temanlah saya
ni, Mona... saya
seorang diri saja
ni...” leret Farhan.
“Jangan dilayan!
Gatal punya jantan.
Siaplah dia besok!
Aira... baliklah eh?
Janganlah termakan dengan
pujuk rayu dia.
Tak manis kalau
awak berdua dengan
dia.” suara cuak
Encik Tunang Tubi
memujuk. Siaplah dia
besok? Amboi. Tak
mudahlah ayat Encik
Tunang Tubi aku! Macamlah dia
kenal siapa Farhan!
Comelnya dia! Entah
rupa dia comel
entahkan tidak. Esk!
Fikirkan tentang itu
pula!
Aku sepatutnya dengar
kata Encik Tunang
Tubi. Ya, memang
tak manis dipandang
orang. Berdua-duaan. Tiada
sebarang ikatan pula.
Isk! Baik aku
bagi alasan nak
balik.
“Tak bolehlah
Pa’an. Tak manis
kalau kita berdua
je kat sini.”
ujarku cuba menolak.
Farhan kelihatan frust sedikit.
“Tapi pam
awak ni?” soal
dia bersedih. Dia
memuncungkan mulutnya ke
pam di sebelah
tayar.
“Saya ambil
besok ajelah pam
tu, awak pakailah
dulu ya. Lagipun
saya kena balik
cepat ni. Ada
hal kat rumah.”
terpaksalah aku berbohong.
Tambah lagi dosa
kering. Ada hallah
sangat. Hal nak bergayut dengan
Encik Tunang Tubi.
Kihkihkih!
“Okeylah kalau
macam tu. Awak
hati-hati.” pesan Farhan
yang akhirnya mengalah.
Aku angguk. Telefon
masih melekap di
telinga. Aku masuk
ke dalam kereta.
Enjin kuhidupkan. Handsfree aku
cucuh ke telefon
dan sumbat ke
telinga.
“Dah,I’m on my
way home now.
Puas ke?” soalku
menyindir. Tanganku memulas
stereng menuju jalan
keluar. Aku pun
kenapalah excited semacam nak
balik ni?Macamlah dia
ada di rumah.
Encik Tunang Tubi
dah bersorak sakan.
Yes berkali-kali.
Nak tergelak aku
mendengar suara gembiranya.
“Thanks Aira. Thanks! Duduk
rumah diam-diam tau?”
Encik Tunang Tubi
berpesan.
“Baik awak.”
“Ingat, jangan
bergaduh dengan housematetu lama
sangat. Things might get
worst kalau tak
cari jalan nak
sembuhkan.” pesannya lagi.
Aku tersengih. Ingat
juga dia pada
pergaduhanku dengan Julia
sedangkan sepanjang hari
ini, aku terlupa.
Yalah! Aku pun
bukannya nak sangat
bergaduh dengan dia.
Dah dia cari
pasal tu siapa
suruh?
“Baik awak...”
aku menyahut sahaja.
Akur. Dia bukan
tahu pun kalau
aku berbaik ke
tak berbaik ke...
“Saya suka
bila awak cakap
‘baik awak’ tu. Sounds
so... obey.” Katanya.
Aku tersengih. Tabiat,
mungkin?
“EH! Dah balik
dah dia?!” cerianya
muka Bad! Rajin
pula dia menegur
aku dengan senyuman
hari ni? Pelik!
Pelik! Aku senyum
sekejap sahaja pada
dia. Malas hendak
membalas sapaannya. Kemudian,
aku buka pintu
rumah dan kembali
semula ke kereta.
Buku latihan anak
muridku, aku bawa
keluar.
“Jumpa lagi
kita.” ujarnya ceria.
“Jumpalah. Dah
nama pun jiran.
Sebelah pintu pulak
lagi.” aku berkata
mendatar. Dia tersenyum.
Terlebih gula ke
apa dia ni?
Tadi sewaktu dekat
sekolah, bukan main
serius lagi muka
dia! Aku menolak
pintu kereta dengan
kepala lutut. Itu
sahaja yang tengah
‘free’ sekarang.
Tangan sudah penuh
dengan buku dan
beg tangan. Muka
Bad kelihatan terkejut
melihat keadaan aku.
“Ganasnya akak.
Tutup pintu guna
kepala lutut.” ujarnya
kemudian tergelak-gelak. Kelakar
sangat ke? Aku
menjelingnya.
“Nak tutupkan
mata orang dengan
kepala lutut ni
pun boleh.” aku
jawab selamba lantas
membawa buku masuk
ke rumah. Terkekeh-kekeh dia
gelakkan aku. Tak
faham betul aku.
Apa yang mengubah
mood dia bertukar
360 darjah macam
itu pun aku
tak tahu?! Ceria
sangat!
Terus aku
masuk rumah. Terserempak
pula dengan Julia.
Dah balik dah dia rupa-rupanya.
Tak perasan pada
kereta dia. Kami masing-masing terkaku.
Berdiri tegak. Dia
kelihatan seperti hendak
membuka mulut. Aku
mendengus.
Aku belum
bersedia lagi nak
tengok muka dia!
Aku berjalan terus
ke bilik. Tak
berpaling lagi. Pintu
aku kunci. Pakaian
aku tukar sesudah
mandi, selepas itu
aku solat Zohor.
Selepas solat, aku
duduk termenung sekejap.
Otak bagai terngiang-ngiang suara
Encik Tunang Tubi
menyuruh agar aku
berbaik dengan Julia.
Hm nanti-nantilah!
Laptop yang
memang setia di
atas meja, aku
dekati lantas kubuka.
Sudah lama aku
tidak menulis. Puisi
pun dah lama
tak jalan. Haish!
Tanganku menaip laju.
Idea mencurah-curah kalah
hujan lebat. Agaknya
idea datang di
kala aku sedang
‘berbahagia’ sekarang ni
kut? Ngeh ngeh
ngeh!
0 komen:
Post a Comment