Bab 2
“MASUKKKK!!!” pekik
Arrayyan dari dalam
setelah mendengar pintu
bilik pejabatnya diketuk.
Suaranya lantang, kuat
dan jelas. Orang
pekak pun boleh
mendengar dengan elok!
“Bos, saya
nak serahkan dokumen
ni. Tuan Ghazali
punya dokumen dan saya diarahkan
beliau untuk serahkan
dokumen ini pada
bos,” Diela menghulurkan
fail berwarna hitam
yang dipeluknya kepada
Arrayyan.
Arrayyan hanya mengangguk-anggukkan kepalanya
lantas menyambung kerjanya
yang terbengkalai tadi. Menyemak
semula dokumen apa
yang patut. Melihat
senarai akaun yang
dikredit dan didebit
oleh syarikatnya.
“Letakkan di
situ,” dia berkata
selamba tanpa memandang
muka Diela. Bontot
pen ditangannya digigit-gigit. Kemudian,
dia menurunkan beberapa
catatan di buku
peribadinya.
“Baik, err..
bos, saya…” Diela
sudah tergagap-gagap hendak
memberitahu mengenai perletakan
jawatannya. Nak beritahu
ke tak nak?
Kalau tak beritahu
nanti, macam mana
dengan dia? Kalau
diberitahu nanti, soalannya
tetap sama. Macam
mana dengan dia?
Selamatkah dia daripada
amarah Arrayyan?
Nafas dihela
beberapa kali. Dihembus
perlahan-lahan mencari ketenangan.
Takut dengan bosnya
yang macam perempuan
mengandung sahaja moodnya. Emo
sahaja. Setiap hari mood
bosnya macam perempuan
mengandung! Perempuan mengandung
tujuh bulan pun
boleh terberanak terus
bila mendengar jerkahannya.
Dasar hantu
raya, hantu setan!
Bos gila! Dendamnya
masih berbaki rupa-rupanya
sebaik sahaja teringat
betapa dia sering
dikutuk dan dijerkah
sepanjang dia bekerja
di situ.
“Saya apa?”
soal Arrayyan dingin.
Dengusan mula kedengaran.
Kasar dan menakutkan.
Seperti seladang sahaja
bunyinya. Diela sudah
ketap bibir. Bukan
petanda baik!
Kepala Arrayyan
masih menunduk menghadap
kerjanya. Dia sedikit
pun tidak mengangkat
kepalanya. Malas hendak
menatap muka Diela.
Bukan ada faedah
pun pada pendapatnya.
Telinga capang! Pendek.
Body tak
lawa! Cuttinghancus! Hidung kembang.
Harapkan kulit aje
putih gebu. Selamba
hatinya mengutuk Diela.
“Saya.. saya..”
tergagap-gagap lagi. Arrayyan
sudah naik botol
kicap di kepala.
Tahap marahnya memuncak!
Dia paling pantang
kalau ada pekerja
yang ingin melengah-lengahkan masanya.
Tergagap-gagap seperti ada
melakukan kesalahan. Ini
Arrayyan Zainuddin! Siapa
mahu melengahkan kerja
aku memang akan
dipetir dengan kuasa
paling tinggi. Sehingga
hangit seratus peratus!
Dia berdiri dan
menepuk meja kuat.
“Saya apa?!!!”
dush! Macam
ditumbuk Diela rasa.
Terperanjat dijerkah sebegitu
kuat.
Terhinggut bahu
Diela menahannya jerkahan
yang maha dahsyat
itu. Masya-Allah! Boleh
terbang rambutnya akibat
dipetir di hadapan
muka ini. Ini,
kalau ada penyakit
lemah jantung, memang
tunggu keranda teruslah
jawabnya! Silap-silap hari
bulan, tunggu tok
imam baca talkin
sahaja. Kalau terkena
sedu ni tadi,
memang takkan sedu
lagi dah lepas
ni!
Tentu sahaja
pekerja di luar
mula berkumpul dan
bersoseh bagai mengenai
Diela. Memang mereka
akan mengadakan mesyuarat kilat
seperti itu jika
terdengar Arrayyan mengamuk.
Adalah bendanya yang
digosipkan oleh mereka.
“Saya nak
letak jawatan!” Diela
mengaku akhirnya. Kepalanya
tertunduk-tunduk ketakutan.
Sekejap-sekejap matanya memandang
ke arah bosnya
yang begitu tajam
merenung dia. Mata
cantik lelaki itu
merenungnya tanpa berkelip.
Mukanya bengis kalah
firaun berperang!
Arrayyan
merengus kuat. Anak
mata kelabunya merenung
tepat ke dalam
anak mata hitam Diela sehingga
gadis itu kaku
di tempat dirinya.Muka
Diela pucat. Ketara
sekali. Tentu Diela
takutkan amukannya.
“Inikah muka
orang yang boleh
bekerja bawah tekanan
melampau? Inikah dia
orang yang berkata
dengan yakin bahawa
dia akan bertahan
dengan sebarang tekanan?
Awak memang bekerja
untuk berhenti ya,
Diela?” Arrayyan menyoal
sarkastik! Gulp. Diela menelan
liur. Payau.
“Maaf bos,
saya akan berkahwin
tak lama lagi.
Dalam masa beberapa
bulan dari sekarang.
Tunang saya mengarahkan
saya untuk berhenti
kerja. Kami perlu
membuat persediaan untuk hari pernikahan
kami nanti,” Diela
cuba menggoreng alasan
yang munasabah.
“Alasan!” alasan
Diela tidak diterima.
Langsung! Diela rasa
tercabar. Menyesal dia
tinggalkan pistol air anak
saudaranya di dapur
rumah. Alangkah indahnya
jika dia bawa
sekali. Hendak sahaja
dia pancutkan pistol
air itu ke
muka bosnya. Biar
terkelip-kelip macam orang
terkena sawan!
“Sumpah bos!
Betul,” Diela cuba
meyakinkan bosnya seyakin
yang boleh.
“Saya tak
benarkan awak berhenti
kerja,” tegas! Kejam
dan tak berhati
perut! Hati busuk!
‘Hati batu
punya orang. Bongok.
Hantu punya bos! Bengong! Aku
nak berhenti pun
kau sekat. Sakit
betul hati aku!’
Diela menyumpah seranah
bosnya di dalam
hati.
“Tapi bos..”
belum pun habis
Diela merengek, Arrayyan
mencantas katanya.
“Saya tak
peduli. Awak tak
akan diberhentikan selagi
awak tidak mencari
pekerja pengganti yang
kalis amarah dan
kebal hatinya. Dalam
masa lima hari,
awak tak boleh
berhenti. Kalau awak
berhenti juga, gaji
awak untuk bulan ini, burn!!!”
tegas lagi. Kejam
lagi! Syaitan punya
bos!!! Pekik hati
Diela semahunya namun,
ianya hanya bergema
di ruang hati
sahaja.
“Tapi..” baru
lagi hendak memintas,
sekali lagi dia
dijerkah.
“No more excuses! Berhenti sekarang
dan gaji awak,
dilupuskan!” ugutan yang
maha kejam! Mana
boleh macam ni.
Kalau repot polis
pun, belum tentu
polis nak tolong. Dia
kaya. Sekejap je
dia boleh settle perkara
ni. Nak report pihak
atasan? Hantu inilah
yang paling atas
dah! Alahai! Kepala
yang tak gatal,
Diela garu-garu dengan
muka sedih. Macam
mana dia nak
berhenti, kalau macam
ni?
“Baik bos,”
akhirnya Diela akur.
Puaslah dia bersengkang
mata mencari calon
terbaik untuk dijadikan
pengganti buat dirinya
di pejabat ini.
Siapalah yang sanggup
menggosok dahi sendiri
yang berkedut akibat
dimarahi bos ini
nanti?
“You may leave
now!” arahan
kejam sekali lagi
menjadi santapan telinga
Detective Conan Diela.
Capang! Diela dihalau.
Tangan Arrayyan mengibas-ngibas ke
arah pintu. Memang
menghalau tahap tak
hormat orang! Zionis!
Diela melangkah
pergi dengan langkah
gontai. Tak bersemangat
langsung. Hanya hatinya
sahaja yang bersemangat
mengutuk keras bosnya
yang kejam ini.
‘Jebon! Aku
doakan kau jumpa
pekerja yang menyakitkan
hati kau setiap
masa. Aku doakan
kau jumpa pekerja
yang akan membuatkan
kau rasa nak
mati! Kalau boleh,
pekerja yang melawan
kata kau! Kalau
boleh, pekerja yang
beri pelempang sulung
kat muka kau!
Dan kalau boleh,
aku nak kau
melutut dengan pekerja
kau pulak nanti!’
doa Diela geram.
“Sekejap Diela!!”
arahan kuat Arrayyan
yang boleh membuatkan
ramai pak cik-pak
cik yang menghidap
sakit jantung mati
tak sempat mengucap!
Diela sendiri pun
sudah tidak pasti
sama ada dia
bebas penyakit ataupun
mungkin mempunyai darah
tinggi atau lemah
jantung semenjak dia bekerja
di sini. Langkah
dihentikan. Dia berpaling
perlahan.
“Ya bos?”
Diela mempamerkan senyuman
plastik!
“Carikan saya
pekerja yang rajin
macam robot, mendengar
kata, tahan lantun
dan kalis peluru.
Telinga tak besar.
Juga tak lembab
macam awak!” Damm!!! Lagi
sekali. ‘Tahan lantun?
Bos ingat manusia
itu bola gulikah?
Kalis peluru? Apa
ni? Bos pandai
berkias juga. Lembab?
Aku ni dia
panggil lembab? Memang
toyol punya bos!
Kau tu lembik!
Semua benda nak
berharap pada pekerja
bawahan saja. Urrgghh!’
“Baik bos!”
hanya itu yang
boleh Diela jawab.
“Okey,” dia
membalas lantas tangannya
mengibas-ngibas tanda mengarahkan
Diela keluar dengan
cara yang paling
tidak hormat. Mahu
sahaja Diela ketuk
kepala bos dia
itu dengan kasut
tumit halusnya itu
sekuat hati, biar
ada kesan lubang
di dahi licinnya.
ARRAYYAN memanggung
kepalanya sambil matanya
yang tajam memerhatikan
pekerja-pekerja bawahannya. Tidak
semua mereka sibuk
dengan kerja. Ada
yang sibuk dengan
bergosip. Gosip? Esh! Melampau
betullah! Dia berdiri
dengan hati yang
membengkak. Tangannya dicekup
geram.
‘Jagalah kau orang!
Aku bayar gaji kau orang
untuk bekerja bukannya
untuk makan gaji
buta!’ dia membebel
sendirian. Geram sungguh
melihat pekerjanya sibuk
bergosip sehingga lupa
dunia. Dia yang
sedang merenung mereka
dari dalam bilik
ini sedari tadi
pun, pekerjanya masih
tidak perasan!
Dia membuka pintu
bilik pejabatnya dengan
kasar. Sekelip mata
sahaja, pekerja yang
terkantoi bergosip berlari
lintang-pukang ke meja
masing-masing. Dah nama
pun terkantoi, kan?
Tentulah sekejap lagi
petir akan menyambar.
Muka Arrayyan menyinga.
Kalah kartun singa
yang diberi nama,
Simba!
“Gosh!” Suzanna,
pekerja terbaik Arrayyan
yang sedang tekun
menaip terhenti bila
melihat muka bengis
Arrayyan. Azham di
sebelahnya turut memandang
ke arah Arrayyan.
Automatik, jari yang
menari-nari menaip juga
sudah berhenti.
“Trouble is
a friend! Oh
no,”Azham pula bersuara
perlahan manakala pekerja
lain, ada yang
sudah menghijau wajahnya.
Kelat. Mereka yang
bergosip, satu pejabat
yang diamuk. Lihatlah
kalau tak percaya.
Azham dan Suzanna
cepat-cepat menyumbat kapas
di dalam laci
masing-masing ke telinga.
Melihat Arrayyan menarik
nafas sehingga naik
dadanya, bukanlah petanda
yang baik. Malah,
memang tiada petanda
yang baik jika
Arrayyan keluar dari
biliknya!
“Aku suruh kau
orang bekerja! Aku
bayar kau orang
gaji supaya kau
orang bekerja dekat
sini! Bukannya chit chat
kit kat dekat office
aku!! Kalau rasa
nak bergosip, korang
segera keluar!!” memang
tiada ‘saya awak’
lagi jika dia
sedang menghamun. Keluar
bahasa kasarnya.
Terhinggut
bahu semua pekerjanya
kecuali Suzanna dan Azham yang
kembali menekuni tugas
mereka. Buat masa
ini, mereka memegang
rankingpekerja yang paling lama berkhidmat di
Syarikat Avaloft itu.
Sesekali
mereka berdua menghirup
kopi di meja
dan kembali menekuni
kerja tanpa menghiraukan
amarah ketua mereka.
Memang Arrayyan tidak
pernah memandang mereka
dengan bengis kerana
kerja mereka amat
bagus. Memang dari
dulu lagi, mereka
berdua sentiasa komited
terhadap kerja mereka.
Jarang membuat kesilapan,
dan atas sebab
itulah mereka berdua
mudah mendapat kenaikan
gaji.
Usai sahaja menghamburkan
amarah, semua pekerja
menunduk dan berpura-pura
sedang sibuk bekerja.
Arrayyan pula kembali
memasuki bilik pejabatnya
dan dihempas pintu
dengan kasar sekali.
GEDEGANGGG!!! Sekali lagi
bahu pekerjanya terhinggut
dek terkejutkan bunyi
hempasan pintu itu.
Hendak menggumam pun
mereka sudah tiada
keberanian lagi. Hanya
pandangan mata sahaja
yanmg mampu mereka
hantar sesama mereka.
Arrayyan memang garang
mengalahkan hantu raya! Bos paling
kejam di serata
alam!!! Pekik mereka
di dalam hati.
0 komen:
Post a Comment